soalan-soalan stpm 2004_terkini

6
BAHASA MELAYU Soalan STPM 2004 Berdasarkan tajuk-tajuk di bawah, tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 650 hingga 700 patah perkataan. [50] 1. Perpaduan amat penting bagi sesebuah Negara yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum seperti Malaysia. Jelaskan usaha- usaha yang dilakukan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan penduduk di Negara ini melalui sistem pendidikan. 2. Penggunaan racun makhluk perosak dengan tidak mengikut peraturan boleh membawa kesan buruk. Bincangkan kesan buruk itu dan berikan cadangan untuk mengatasi masalah penggunaan racun makhluk perosak tanpa mengikut peraturan. 3. Kestabilan politik dan kecekapan pengurusan dan pentadbiran negara membawa kepada kepesatan kemajuan yang dicapai oleh Malaysia dalam pelbagai bidang. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pendapat ini? 4. Sebagai seorang pegawai kanan di Kementerian Pendidikan, anda diminta memberikan ucapan dalam suatu majlis perasmian Hari Sains di sebuah Sekolah Menengah Sains yang terkemuka di Negara ini. Ucapan itu hendaklah menekankan cara memupuk budaya sains dan teknologi dalam kalangan pelajar. Sediakan teks ucapan tersebut. Soalan STPM 2005 Berdasarkan tajuk-tajuk di bawah, tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 650 hingga 700 patah perkataan. [50] 1. Kini, minat masyarakat Malaysia terhadap aktiviti sukan dan riadah semakin meningkat. Bincang kepentingan aktiviti ini dalam kehidupan harian warga Malaysia. 2. Kerajaan bercita-cita menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan ilmu di rantau ini. Bagi mencapai matlamat tersebut, banyak usaha yang telah dijalankan terutamanya oleh

Upload: cikgunorsuhaida

Post on 29-Jun-2015

4.506 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan-soalan STPM 2004_terkini

BAHASA MELAYU

Soalan STPM 2004

Berdasarkan tajuk-tajuk di bawah, tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 650 hingga 700 patah perkataan. [50]

1. Perpaduan amat penting bagi sesebuah Negara yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum seperti Malaysia. Jelaskan usaha-usaha yang dilakukan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan penduduk di Negara ini melalui sistem pendidikan.

2. Penggunaan racun makhluk perosak dengan tidak mengikut peraturan boleh membawa kesan buruk. Bincangkan kesan buruk itu dan berikan cadangan untuk mengatasi masalah penggunaan racun makhluk perosak tanpa mengikut peraturan.

3. Kestabilan politik dan kecekapan pengurusan dan pentadbiran negara membawa kepada kepesatan kemajuan yang dicapai oleh Malaysia dalam pelbagai bidang. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pendapat ini?

4. Sebagai seorang pegawai kanan di Kementerian Pendidikan, anda diminta memberikan ucapan dalam suatu majlis perasmian Hari Sains di sebuah Sekolah Menengah Sains yang terkemuka di Negara ini. Ucapan itu hendaklah menekankan cara memupuk budaya sains dan teknologi dalam kalangan pelajar. Sediakan teks ucapan tersebut.

Soalan STPM 2005

Berdasarkan tajuk-tajuk di bawah, tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 650 hingga 700 patah perkataan. [50]

1. Kini, minat masyarakat Malaysia terhadap aktiviti sukan dan riadah semakin meningkat. Bincang kepentingan aktiviti ini dalam kehidupan harian warga Malaysia.

2. Kerajaan bercita-cita menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan ilmu di rantau ini. Bagi mencapai matlamat tersebut, banyak usaha yang telah dijalankan terutamanya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada pendapat anda, dapatkah hasrat tersebut dicapai? Kemukakan hujah untuk menyokong pendapat anda itu.

3. Sebagai seorang tokoh ekonomi, anda diundang untuk menyampaikan satu ceramah tentang cara-cara Malaysia menghadapi masalah kemelesetan ekonomi. Sediakan teks ceramah tesebut.

4. Di Negara-negara Dunia Ketiga, terutamanya di Negara-negara yang masih miskin, gejala penggunaan tenaga buruh kanak-kanak berlaku secara berleluasa. Bincangkan kesan negatif yang timbul daripada gejala tersebut.

Page 2: Soalan-soalan STPM 2004_terkini

Soalan STPM 2006

Berdasarkan tajuk-tajuk di bawah, tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 650 hingga 700 patah perkataan. [50]

1. Kempen kitar semula yang telah dilancarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sejak Disember 2000 kurang mendapat sambutan daripada anggota masyarakat. Sebagai pegawai kementerian yang terlibat dalam kempen ini, anda telah dijemput menyampaikan ceramah kepada pelajar sekolah tentang kebaikan aktiviti kitar semula kepada masyarakat dan negara. Tulis teks ceramah itu selengkapnya.

2. Akhir-akhir ini jumlah pengganggur dalam kalangan siswazah semakin meningkat sedangkan banyak bidang yang boleh diterokai oleh siswazah untuk memperoleh pendapatan. Salah satu bidang yang dapat memberikan pendapatan yang lumayan ialah bidang pertanian. Walau bagaimanapun, kebanyakan siswazah kurang berminat menceburi bidang ini. Jelaskan sebab-sebab siswazah kurang berminat menceburi bidang pertanian.

3. Kini, stesen televisyen cenderung mengadakan rancangan sedemikian menimbulkan kesan negatif kepada penonton, terutamanya golongan remaja.Sebagai pengerusi sebuah persatuan kebudayaan dan kesenian yang berpengaruh, anda diminta menghantar satu memorandum kepada Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi. Dalam memorandum tersebut, anda menyatakan kekesalan tentang kesan negatif yang timbul daripada rancangan tersebut dan kemukakan usul untuk menangani kesan negatif itu . Tulis memorandum tersebut selengkapnya.

4. Minat golongan belia untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan masih kurang membanggakan. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan golongan belia kurang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan? Jelaskan kesan yang timbul sekiranya fenomena tersebut gagal diatasi.

Page 3: Soalan-soalan STPM 2004_terkini

Soalan STPM 2007

Berdasarkan tajuk-tajuk di bawah, tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 650 hingga 700 patah perkataan. [50]

1. Pihak kerajaan telah melaksanakan berbagai-bagai usaha untuk mengukuhkan patriotisme dalam kalangan rakyat negara ini. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, jelaskan tindakan yang perlu dilakukan untuk memperkukuh patriotisme itu.

2. Gejala obesiti atau kegemukan dikatakan berpunca daripada amalan pemakanan yang tidak sihat. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini?

3. Kegiatan seni budaya tradisional kini semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di negara ini. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya keadaan tersebut.

4. Langkah Kementerian Pelajaran Malaysia memasukkan komponen Kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi para pelajar tingkatan satu hingga lima boleh memberikan kesan yang positif kepada pelajar. Jelaskan pernyataan ini.

Soalan STPM 2008

Berdasarkan tajuk-tajuk di bawah, tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 650 hingga 700 patah perkataan. [50]

1. Telefon bimbit kini semakin digemari oleh masyarakat tanpa mengira golongan. Jelaskan sebab alat ini menjadi pilihan ramai dan kesan yang timbul daripada penggunaanya.

2. Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan yang telah berakar umbi dalam kalangan masyarakat ini masih wujud. Pada pendapat anda, mengapakah gejala rasuah perlu dibendung.

3. Bersempena dengan Kempen Pengguna bijak yang dianjurkan oleh pihak kerajaan, anda telah dipilih mewakili daerah dalam pertandingan syarahan anjuran Jabatan Pelajaran Negeri. Tajuk syarahan anda ialah “Hak-hak Pengguna”. Tulis teks syarahan anda itu.

4. Pada masa ini, kebanyakan rancangan televisyen lebih mementingkan keuntungan kewangan berbanding dengan melaksanakan tanggungjawab sosial. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini?

Page 4: Soalan-soalan STPM 2004_terkini

Soalan STPM 2009

Berdasarkan tajuk-tajuk di bawah, tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 650 hingga 700 patah perkataan. [50]

1. Pihak kerajaan kerap memberikan saranan agar industri desa dimajukan. Berikan penjelasan anda tentang manfaat memajukan industri desa.

2. Muzik merupakan salah satu elemen seni budaya yang diminati ramai. Huraikan peranan muzik dalam masyarakat.

3. Pihak kerajaan kerap memberikan saranan kepada rakyat Malaysia khususnya generasi muda agar menguasai lebih daripada daripada satu bahasa. Pada pandangan anda, apakah kelebihan menguasai lebih daripada satu bahasa? Kemukakan cadangan anda untuk menggalakkan generasi muda menguasai lebih daripada satu bahasa.

4. Malaysia ialah salah sebuah negara yang berjaya menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum. Usaha tersebut ternyata mendatangkan faedah kepada semua pihak dan perlu diteruskan. Pada pendapat anda, mengapakah perpaduan kaum penting kepada rakyat dan negara?. Jelaskan langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan perpaduan kaum di negara ini.

Soalan STPM 2010

Berdasarkan tajuk-tajuk di bawah, tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 650 hingga 700 patah perkataan. [50]

1. Aktiviti pembakaran secara terbuka sering dilakukan di negara ini. Tindakan sedemikian mendatangkan pelbagai kesan negatif. Jelaskan kesan tersebut.

2. Di negara ini terdapat berbagai-bagai jenis ilmu seni pertahanan diri yang dapat menarik minat remaja untuk mempelajarinya. Huraikan kebaikan mempelajari dan mengamalkan ilmu tersebut.

3. Penglibatan sesetengah remaja dalam kumpulan samseng pada masa ini dikatakan berpunca daripada kegagalan ibu bapa melaksanakan tanggungjawab mereka. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pendapat tersebut?

4. Sebagai pegawai di Kementerian Pelancongan, anda diminta untuk menyampaikan ceramah kepada sekumpulan bakal pengusaha bidang pelancongan tentang faktor yang menarik pelancong asing untuk melawat ke Malaysia. Dalam ceramah tersebut, nyatakan juga kepentingan industri pelancongan kepada masyarakat dan Negara. Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.