soalan smktm bahasa melayu

7
8/8/2019 SOALAN SMKTM BAHASA MELAYU http://slidepdf.com/reader/full/soalan-smktm-bahasa-melayu 1/7 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU MAHKOTA MUAR, JOHOR PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN 2010 BAHASA MELAYU KERTAS 2 PARA U2 (Masa : 3 jam) Ara han : 1. Jawab satu soalan daripada Bahagian A, soalan dalam Bahagian B, satu soalan daripada Bahagian C dan soalan dalam Bahagian D 1

Upload: nuur-mursyiidah-muhammad

Post on 29-May-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SOALAN SMKTM BAHASA MELAYU

8/8/2019 SOALAN SMKTM BAHASA MELAYU

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-smktm-bahasa-melayu 1/7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU MAHKOTA

MUAR, JOHOR 

PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN 2010

BAHASA MELAYUKERTAS 2

PARA U2

(Masa : 3 jam)

Arahan :

1. Jawab satu soalan daripada Bahagian A, soalan dalam Bahagian B, satu soalan daripada

Bahagian C dan soalan dalam Bahagian D

1

Page 2: SOALAN SMKTM BAHASA MELAYU

8/8/2019 SOALAN SMKTM BAHASA MELAYU

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-smktm-bahasa-melayu 2/7

BAHAGIAN A

 

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 650 hingga 700 patah perkataan dengan berdasarkan satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini. (50)

1. Walaupun usaha untuk menggalakkan anak muda mempelajari seni pertahanan diridilakukan, namun sambutan mereka terhadap seni tersebut kurang menggalakkan. Pada

  pandangan anda, apakah kepentingan mempelajari seni pertahanan diri? Jelaskan

langkah-langkah yang difikirkan berkesan untuk menggalakkan anak muda mempelajariilmu-ilmu seni pertahanan diri.

2. Perubatan tradisional masih mendapat tempat dalam kalangan masyarakat sehingga kini.

Sebahagian doktor juga mengakui keberkesanan perubatan tradisional dalam mengubati  beberapa penyakit. Jelaskan kepentingan-kapentingan perubatan tradisional kepada

masyarakat dan Negara

3. Sebagai Menteri Perdangangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, anda diminta

untuk menyampaikan ucapan sempena dengan pelancaran Bulan “Bijak Berbelanja” tajuk ucapan anda ialah “Ke Arah Amalan Berjimat Cermat yang Efektif dalam Kalangan

Masyarakat.” Tulis teks ucapan anda itu.

4. Kegagalan intitusi keluarga menyebabkan pengabaian warga tua. Sejauh manakah anda

 bersetuju dengan penyataan ini?

2

Page 3: SOALAN SMKTM BAHASA MELAYU

8/8/2019 SOALAN SMKTM BAHASA MELAYU

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-smktm-bahasa-melayu 3/7

Bahagian B

5. Fahami petikan di bawah dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa

menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat tidak lebih daripada tiga perenggandan panjangnya antara 180 hingga 190 patah perkataan.

Jumlah perkataan dalam jawapan ditulis pada akhir jawapan. (20 markah)

Persaingan untuk mendapatkan tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA)

  pada masa ini semakin sengit, berikutan peningkatan pelajar yang lulus cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Boleh

dikatakan hampir setiap tahun, semakin ramai pelajar memperoleh keputusan cemerlang dalam

SPM dan STPM. Keadaan berkenaan juga boleh menimbulkan masalah apabila tempat yang

ditawarkan terhad, terutama bagi kursus kritikal berbanding nisbah pelajar yang luluscemerlang.

Dalam keadaan ini, sememangnya wajar Kementerian Pengajian Tinggi meningkatkan

 penanda aras dan kelayakan memasuki IPTA bagi memastikan mereka yang benar-benar layak diterima masuk ke universiti tempatan. Perkara ini perlu diberi

 perhatian kerana hampir setiap tahun wujud bantahan apabila peljar mendakwa ada diskriminasi

dan peranan orang berpengaruh dalam memastikan tempat di IPTA. Olehhal yang demikiam, kita berharap penanda aras dan syarat berkenaan nanti mesti objektif dan

 praktikal serta telus bagi memastikan pelajr mendapat hak setanding dengan pencapaian mereka.

Kita tidak mahu berlakunya kejadian terlepas pandang atau tidak menilai sewajarnya terhadap permohonan pelajar yang benar-benar layak unutk mengikuti kursus yang dipohon.

Dalam pada itu, pelajar cemerlang dan ibu bapa perlu membuka minda supaya tidak terlalu

tertumpa kepada kursus kritikal seperti bidang perubatan dan pergigian yang tempatnmya terhad.

Mereka boleh memilih kursus lain yang mempunyai potensi pasaran kerja yang baik bagi

mengelakkan persaingan sengit, selain membolehkan mereka mendapat tempat di universitiawam. Pelajar perlu bijak memilih kursus bagi menjamin masa depan mereka. Mereka tidak 

seharusnya menganggap bahawa pelajar cemerlang mesti mengikuti kursus kritikal setanding

dengan keputusan akademik. Mereka juga perlu sedar bahawa IPTA menyediakan pelbagaikursus yang mencabar, mempunyai potensi baik pada masa depan dan dapat membantu

 pembangunan negara.

3

Page 4: SOALAN SMKTM BAHASA MELAYU

8/8/2019 SOALAN SMKTM BAHASA MELAYU

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-smktm-bahasa-melayu 4/7

Calon-calon yang sudah terjamin tempatnya di IPTA, semestinya berasa lega keranasasaran dan cita-cita mereka sudah dipenuhi. Tidak kurang juga pelajar yang kurang berpuas hati

kerana mereka ditawarkan program pengajian bukan pilihan, terutamanya dalam kalangan calon

yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumalatif (PNGK) 4.00. Namun begitu, harus diingatkan bahawa selain faktor tempat yang terhad, dasar meritokrasi dalam pemilihan calon ke IPTA

sekarang turut mengambil kira pembabitan mereka dalam kegiatan kokurikulum yang

menyumbang 10 peratus, selain 90 operatus aspek akademik seperti yang pernah diguna pakaisebelum tahun 2002. Pembabitan mereka dalam kegiatan kokurikulum itu bukan sekadar 

digunakan untuk tujuan pengukuran, tetapi dinilai sebagai sebahagian daripada markah penuh

yang menjadi penentu, sama ada seseorang calon lebih layak berbanding dengan calon lain yang

mendapat tempat. Oleh itu, calon yang memperoleh PNGK 4.00 tetapi tidak langsung terbabitdalam sebarang kegiatan kokurikulum tidak harus terkejut atau melatah sekiranya mereka tidak 

mendapat tawaran ke IPTA kerana markah mereka hanya 90 peratus untuk akademik semata-

mata sedangkan untuk kegiatan kokurikulum mereka tidak memperoleh sebarang markah.

Mereka yang tidak dapat memasuki IPTA, tidak bermakna impian mereka untuk 

melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan hasrat mencapai cita-cita terkubur.

Mereka masih dapat meneruskannya dengan mengikuti pelbagai kursus di institusi pengajian

tinggi swasta (IPTS). Berikutan syarat yang lebih ketat untuk ke IPTA, kemasukan ke IPTSdijangka meningkat kira-kira 40 peratus atau 25,000 orang pada tahun 2006. Hal ini menjadi

 petanda baik kepada IPTS yang sebelum ini mneghadapi maslah kekurangan pelajar, malah ada

institusi yang terpaksa ditutup. Namun bagitu, banyak pihak yang mengharapkan pengusahaIPTS dapat meningkatkan mutu perkhidmatan masing-masing. Mereka hendaklah menyediakan

sistem pembelajaran dan pengajaran serta kemudahan yang setanding atau lebih baik daripada

IPTA. Mereka perlu menggunakan peluang ini untuk membuktikan bahawa IPTS mampumenyediakan modal insan cemerlang untuk pembangunan negara pada masa hadapan.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada

Berita Harian, 27 Mac 2006)

4

Page 5: SOALAN SMKTM BAHASA MELAYU

8/8/2019 SOALAN SMKTM BAHASA MELAYU

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-smktm-bahasa-melayu 5/7

Bahagian C

6. Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini kepada dalam bentuk prosa biasa dengan

memindahkan bentuk dialog kepda bentuk cakap pindah. (15 markah)

“Assalamualaikum?” Lebai Pa melangkah masuk ke kawasan gelanggang silat itu.“Waalaikummussalam..ha, kamu orang tua!”

Lebai Pa terkejut. Di dalam gelanggang itu tidak ada Pendekar Atan tetapi yang ada

ialah Kidam dan Majid.

”Lebai hendak berjumpa dengan Pendekar Atan?” tanya Majid.”Ya...dia ada di rumah?”

“Tak ada! Bentak Kidam.

“Saya tidak bercakap dengan kamu, Kidam!” Lebai Pa menyergah.

”Jangan dilayan sangat Kidam tu, Lebai. Dia tu tengah mereng...gila isim.” Majid bersuara lagi.“Pendekar Atan ada di rumah?”

”Tak ada! Tak ada!” teriak Kidam lagi.Majid seperti cuba untuk bercakap tetapi kemudiannya mendiamkan diri setelah Kidam

membeliakkan mata ke arahnya.

”Pendekar Atan pergi ke mana?”

”Manalah aku tahu, dia tidak memberitahu aku!”Mata Lebai Pa terkebil-kebil setelah diperbodoh-bodohkan sebegitu rupa. Majis menekup

mulutnya sendiri menahan suaranya dariapada keluar. Dia begitu geli hati melihat lakonan Lebai

Pa dan Kidam itu.

(Dipetik dan diubah suai daripada

Mereka Yang Tertewas oleh HasanuddinMd Isa, 1989, DBP, halaman 172)

5

Page 6: SOALAN SMKTM BAHASA MELAYU

8/8/2019 SOALAN SMKTM BAHASA MELAYU

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-smktm-bahasa-melayu 6/7

BAHAGIAN C

Alih bahasa petikan di bawah ini kepadaa bahasa Melayui Moden (15markah)

Al-Kisah maka tersebutlah perkataan Hang Kamar orang Melaka. Adapun

Hang Kuaar itu orang Temenggung Seri Seroja; maka ia pergi berniaga ke Inderapura. Setelahdidengarnya Bendahara mati dan Sang Setu dibunuh oelh raja Inderapura itu tiada berdosa, saja

Temenggung dengan segala pegawai dengki akan dia, maka fikirnya, “Jika demikian baiklah aku

khabarkan ke Melaka Bendahara dan Sang Setu mati dibunuh kerana dikhianati oleh

Temenggung.” Setelah sudah ia fikir demikian, maka Hang Kamr pun segera kembali keMelaka. Maka ia naik mengadap Temenggung lalu duduk menyembah,. Maka kata

Temenggung, “Dari mana mika datang ini?. Maka sembah Hang Kamar, “Adapun sahaya datuk 

di Inderapura itu Bendahara Seri Buana dengan Hang Kadim anak Hang Jebat itu mati dibunuh

oleh raja Inderapura dengan sebab fitnah Temenggung hendak menjadi Bendahara “.

*mika (engkau)

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Hikayat Hang

Tuah, 1981, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan

Pustaka, halaman 158-159)

6

Page 7: SOALAN SMKTM BAHASA MELAYU

8/8/2019 SOALAN SMKTM BAHASA MELAYU

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-smktm-bahasa-melayu 7/7

BAHAGIAN D

Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini.Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab

kesalahan dan kemudian buat pembetulan.

“Wanita adalah pengundi setia dan mempunyai kecenderungan untuk memilih Barisan Nasional

kerana mereka mengetahui perkara yang kerajaan rancangkan untuk mereka,” kata Naib Ketua

Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kepada pemberita. Pilihanraya kecil DewanUndangan Negeri Machap diadakan berikutan dengan kematian Datuk Wira Poh Ah Tiam

daripada Parti Barisan Nasional akibat sakit buah pinggang pada bulan lepas. Manakala itu,

Ketua Wanita MCA, Datuk Dr.Ng Yen Yen juga pernah mengatakan yang beliau meletakkansasaran sebanyak 75 peratus pengundi wanita Cina di Machap akan mengundi Barisan Nasional.

Dia yakin bahawa sekiranya pengundi wanita Cina berpihak kepada mereka, kemenangan adalah

lebih cerah.

7