soalan pk bahasa malaysia

5
PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN ________________________________________________________________________ HBSL3203 PENDIDIKAN KHAS: PENGAJARAN BAHASA MELAYU JANUARI 2014 ________________________________________________________________________ ARAHAN KEPADA PELAJAR 1. Tugasan ini mengandungi DUA (2) bahagian yang disediakan dalam bahasa modul berceta kursus ini. 2. Jawab dalam bahaa M!"a#$ . 3. Muat turunkan %!&'"a%tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk peny dan penyerahan tugasan anda . Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon Times New Roman dan langkau baris .". 4. Tugasan anda hendaklah antara 2 00 h *++a 3000 patah perkataan % ,a- termasuk ru#ukan. $ilangan perkataan hendaklah ditun#ukkan di hu#ung tugasan anda. Ja*+a* menyalin soalan dan arahan tugasan dalam #awapan anda . 5. %nda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUT.R BERSEMUKA . %nda dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk ru#ukan sendiri. 6. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara /hb hb Ma 2014 a%a$ T$% a" 4 . &erahan !"!'a hb Ma 2014 a%a$ !"!'a T$% a" 4 TIDAK akan diterima. 7. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. %nda dilarang meniru tugasan orang #uga dilarang sama sekali memplagiat ker#a orang lain sebagai ker#a sendiri . 2

Upload: muhammad-aiman

Post on 06-Oct-2015

237 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Soalan OUM

TRANSCRIPT

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN

________________________________________________________________________

HBSL3203

PENDIDIKAN KHAS: PENGAJARAN BAHASA MELAYU

JANUARI 2014

________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR Tugasan ini mengandungi DUA (2) bahagian yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. Jawab dalam bahasa Melayu.

Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda.

Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR BERSEMUKA. Anda dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 7hb - 9hb Mac 2014 atau Tutorial 4. Serahan selepas 9hb Mac 2014 atau selepas Tutorial 4 TIDAK akan diterima. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

PENILAIANTugasan ini akan menyumbangkan 40% markah kepada kursus tersebut dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik.

Anda akan dimaklumkan tentang markah tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula.

PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH Amaran: Tugasan yang diserahkan secara automatik akan disemak untuk persamaan.

Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut: Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30% : potongan 20% daripada jumlah markah yang diperoleh.

Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50% : potongan 40% daripada jumlah markah yang diperoleh.

Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah sifar akan diberikan.

SOALAN TUGASAN

Kanak-kanak berkeperluan khas dalam masalah pembelajaran memang diakui mengalami kesukaran dalam kemahiran berbahasa. Justeru, mereka sukar untuk mengikuti pelajaran dan juga berkomunikasi dengan rakan sebaya mereka. Guru perlu memahami masalah yang dihadapi oleh pelajar sebegini supaya ia dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Anda dikehendaki menjalankan satu temu bual bersama EMPAT (4) orang peserta yang terdiri daripada guru pendidikan khas dalam masalah pembelajaran. Maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan tugasan anda adalah:

Kebolehan dan kemahiran berbahasa dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

Perkaitan antara kemahiran berbahasa dengan pencapaian literasi.

Kaedah Pengajaran Bahasa kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

Cadangan untuk mempertingkatkan pencapaian bahasa kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

Laporan perlu merangkumi butir-butir diri peserta kajian seperti jawatan dan pengalaman bersama kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

( 20 markah)

2.Merujuk DUA (2) ARTIKEL DALAM JURNAL yang berkaitan dengan perkembangan bahasa kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

Anda dikehendaki membuat analisis dengan mengaitkan hasil dapatan temu bual dengan pembacaan yang dijalankan. Artikel asal perlu disertakan semasa menghantar tugasan.

(20 markah)

[Jumlah : 40 markah]

RUBRIK TUGASAN

KOD KURSUS : HBSL3203

NAMA KURSUS : PENDIDIKAN KHAS: PENGAJARAN BAHASA MELAYU

SEMESTER

:JANUARI 2014

No.Kriteria PenilaianWajaranSangat LemahLemahMenepati sebahagian piawaiMenepati piawaiMelebihi piawaiMarkah

Penuh

01234

1.Pengenalan

2Tiada sebarang pengenalan atau tidak membincangkan tentang definisi dan konsep tugasan seperti bahasa kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

Pengenalan yang lemah dan tidak membincangkan tentang definisi dan konsep tugasan seperti bahasa kanak-kanak bermasalah pembelajaran.Pengenalan yang sederhana dan tidak membincangkan tentang definisi dan konsep tugasan seperti bahasa kanak-kanak bermasalah pembelajaran.Pengenalan yang menarik, membincangkan tentang definisi dan konsep tugasan seperti bahasa kanak-kanak bermasalah pembelajaran.Pengenalan yang menarik, membincangkan dengan jelas tentang definisi dan konsep tugasan seperti bahasa kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

8

2.Isi Kandungan3Tiada perbincangan dan tiada bukti pelaksanaan kajian.Perbincangan yang lemah tetapi masih menyertakan bukti-bukti pelaksanaan kajian.

Perbincangan agak memuaskan berserta profil peserta kajian tentang:

Kebolehan dan kemahiran bertutur dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

Perkaitan kemahiran berbahasa dengan pencapaian literasi.Kaedah pengajaran bahasa kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran.Cadangan untuk mempertingkat- kan pencapaian bahasa.

Perbincangan yang baik berserta profil peserta kajian tentang

Kebolehan dan kemahiran bertutur dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

Perkaitan kemahiran berbahasa dengan pencapaian literasi.Kaedah pengajaran bahasa kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran.Cadangan untuk mempertingkat- kan pencapaian bahasa.Perbincangan secara terperinci dan jelas berserta profil peserta kajian tentang

Kebolehan dan kemahiran bertutur dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

Perkaitan kemahiran berbahasa dengan pencapaian literasi.Kaedah pengajaran bahasa kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran.Cadangan untuk mempertingkat- kan pencapaian bahasa.

12

3.Maklumat Sokongan (Sorotan Kajian)

3Tidak membincangkan isu-isu dan tiada artikel yang disertakan.Isu-Isu berkaitan kurang dibincangkan, tidak mengaitkan dapatan temu bual dan disertakan artikel dalam jurnal yang dirujuk.

Isu-Isu berkaitan dibincangkan secara memuaskan dengan mengaitkan dapatan temu bual dan disertakan artikel dalam jurnal yang dirujuk.

Isu-Isu berkaitan dibincangkan secara baik dengan mengaitkan dapatan temu bual dan disertakan artikel dalam jurnal yang dirujuk.Isu-Isu berkaitan dibincangkan secara gramatis, jelas dan berkesan dengan mengaitkan dapatan temu bual dan disertakan artikel dalam jurnal yang dirujuk.

12

4.Kesimpulan

2Tiada kesimpulan dan tidak menjawab persoalan tugasan.Kesimpulan yang tidak jelas dan tidak menjawab persoalan tugasan.Kesimpulan yang boleh diterima tetapi tidak menjawab persoalan tugasan dengan baik.

Kesimpulan yang boleh diterima. Ia menjawab persoalan tugasan.Kesimpulan yang kukuh dan menjawab persoalan tugasan. 8

JUMLAH

40

2