soalan pidato

20
FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES HBML4403 KOMPETENSI DALAM BAHASA MELAYU SEMESTER MEI 2015 Kemahiran dalam komunikasi bertulis bukanlah bergantung kepada kepantasan penulis menulis dan melontarkan kata-kata, sebaliknya teks itu perlu jelas, tepat dan mudah difahami khalayak. Perbincangan berfokus kepada perkara berikut; a) Pemahaman anda tentang komunikasi bertulis dan tafsirkan ciri- ciri yang perlu ditekankan bagi menghasilkan sebuah teks yang jelas, tepat dan mudah difahami khalayak (berkesan). b) Sebagai seorang guru yang berpengalaman, hasilkan sebuah Risalah Panduan Pengendalian Pertandingan Pidato Peringkat Sekolah selengkapnya. c) Sejauh manakah aktiviti pertandingan pidato dapat membantu pelajar mengembangkan daya pemikiran dan sahsiah? NAMA SABARUDDIN BIN JALUMIN NO MATRIKS 700826125377001 NRIC 700826125377 NO TELEFON 01114811620 / 01115217449 EMAIL [email protected] NAMA PENSYARAH EFFENDY BIN YUSUFF NAMA TUTOR EFFENDY BIN YUSUFF PUSAT PEMBELAJARAN OPEN UNIVERSITY MALAYSIA CAWANGAN TAWAU 1

Upload: halusan-maybe

Post on 12-Apr-2016

24 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pidato bahasa melayu

TRANSCRIPT

Page 1: soalan pidato

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HBML4403KOMPETENSI DALAM BAHASA MELAYU

SEMESTER MEI 2015

Kemahiran dalam komunikasi bertulis bukanlah bergantung kepada kepantasan penulis menulis dan melontarkan kata-kata, sebaliknya teks itu perlu jelas, tepat dan mudah difahami khalayak.

Perbincangan berfokus kepada perkara berikut;a) Pemahaman anda tentang komunikasi bertulis dan tafsirkan ciri-ciri yang perlu ditekankan bagi menghasilkan sebuah teks yang jelas, tepat dan mudah difahami khalayak (berkesan).b) Sebagai seorang guru yang berpengalaman, hasilkan sebuah Risalah Panduan Pengendalian Pertandingan Pidato Peringkat Sekolah selengkapnya.c) Sejauh manakah aktiviti pertandingan pidato dapat membantu pelajar mengembangkan daya pemikiran dan sahsiah?

NAMA SABARUDDIN BIN JALUMINNO MATRIKS 700826125377001NRIC 700826125377NO TELEFON 01114811620 / 01115217449EMAIL [email protected] PENSYARAH EFFENDY BIN YUSUFFNAMA TUTOR EFFENDY BIN YUSUFFPUSAT PEMBELAJARAN

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA CAWANGAN TAWAU

SEMESTER : SMP MEI 2015

1

Page 2: soalan pidato

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 12.0 DEFINI KOMUNIKASI

BERTULIS2

3.0 PANDUAN PENGENDALIAN PERTANDINGAN PIDATO

4

4.0 PIDATO MENGEMBANGKAN DAYA PEMIKIRAN DAN SAHSIAH.

9

5.0 KESIMPULAN 11 BIBLIOGRAFI

2

Page 3: soalan pidato

1.0 PENGENALAN

Bidang pendidikan pada masa kini perlu mengalami transformasi seiring dengan

perkembangan zaman. Hal ini disebabkan kerana, matlamat negara yang menginginkan mutu

pendidikan negara setanding dengan negara-negara maju dari semua aspek termasuklah

pengeluaran modal insan yang seimbang meliputi aspek jasmani, rohani, intelek dan emosi.

Sistem pendidikan di Malaysia perlu diubah dari segenap ruang sehinggalah kepada peringkat

yang paling asas. Menurut Juriah Long, Raminah Sabran, Sofiah Hamid. (1990), guru-guru

merupakan sasaran utama bidang ini kerana guru adalah komponen utama yang

menggerakkan sistem pendidikan negara ini. Jika dahulu pendidikan berorientasikan guru

banyak diterapkan namun kini terdapat beberapa jenis pembelajaran yang berorientasikan

pelajar. Kini pengajaran dan pembelajaran telah mengalami perubahan dalam berbagai

bentuk seperti kaedah pengajaran, bahan bantu mengajar, pengetahuan guru tentang model-

model yang dapat diaplikasikan juga semakin bertambah.

Perkembangan bidang pendidikan di negara kita tetap memberikan penumpuan utama

terhadap perkembangan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar utama dalam

Pengajaran dan Pembelajaran di peringkat Sekolah. Menurut Juriah Long, Raminah Sabran,

Sofiah Hamid. (1990), bahasa Melayu yang menjadi tunjang utama dalam proses

pembelajaran dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah menengah

sememangnya mencerminkan kepentingan bahasa ini sebagai medium penyatu paduan

penduduk Malaysia yang berbilang kaum untuk hidup dalam satu negara bangsa yang

merdeka. Atas sebab itulah salah satu pendekatan pengajaran Bahasa Melayu sebagai daya

penarik minat para pelajar melalui penggunakan konsep bahasa yang mencerminkan

kepelbagaian variasi bahasa mengikut penggunaannya berserta ragam bahasa yang digunakan

dalam satu-satu masa untuk diaplikasikan ke atas kehidupan seharian. Menurut Esah

Sulaiman (2004) menjelaskan bahawa, bahasa merupakan alat berkomunikasi yang wujud

seiring dengan kewujudan manusia itu sendiri. Melalui bahasa manusia dapat melahirkan

idea, perasaan, dan berhubung di antara sesama mereka. Bahasa dikuasai secara semula jadi

atau dipelajari secara formal atau tidak formal. Keupayaan berbahasa dengan baik

membolehkan seseorang itu berkomunikasi dengan lebih berkesan lagi.

Penyampaian bahasa dapat digunakan melalui beberapa pendekatan teori bagi

menyampaikan hasrat di sanubari. Antara pendekatan dalam pengajaran Bahasa Melayu

3

Page 4: soalan pidato

seperti pendekatan komunikasi secara berkesan yang mampu menarik minat orang untuk

mendengar sebarang hujahan mahu pun peneguhan dalam perbualan secara lisan. Atas sebab

itulah, kemahiran dalam komunikasi secara berkesan melalui ciri-ciri tertentu perlu dipelajari

dan difahami agar pengetahuan berbahasa seseorang akan semakin bertambah baik.

2.0 DEFINI KOMUNIKASI BERTULIS DAN TAFSIRKAN CIRI-CIRI YANG

PERLU DITEKANKAN BAGI MENGHASILKAN SEBUAH TEKS YANG

JELAS, TEPAT DAN MUDAH DIFAHAMI KHALAYAK (BERKESAN).

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ketiga, komunikasi ialah

perhubungan secara langusung atau dengan perantaraan surat dan lain-lain. Selain itu,

menurut Jas Laile Suzana Jaafar (2008) menyatakan bahawa, komunikasi juga bermaksud

proses pemindahan maklumat dan makna dari satu pihak (pengantar) kepada pihak lain

(penerima). Perkataan komunikasi pula bermaksud perkongsian untuk mewujudkan satu

persefahaman dalam komunikasi. Komunikasi bertulis telah lama digunakan lebih kurang

1000 000 tahun yang dahulu. Menurut Calvin S. Hall & Gardner Lindzey, et : Dr A.

Supratiknya (1993) dalam The New Enclopedia Britannica. Komunikasi bertulis merupakan

cara penyampaian maklumat oleh penyampai kepada penerima secara bertulis dengan

menggunakan bahasa yang betul dan ia juga merupakan salah satu aktiviti merakamkan idea,

pandangan atau pendapat dalam bentuk yang mudah difahami. Tujuan komunikasi bertulis

ialah untuk menyalurkan idea serta berkongsi maklumat yang ada.

Komunikasi bertulis mempunyai perbezaan dengan komunikasi lisan iaitu komunikasi

bertulis lebih memerlukan pemilihan kata-kata yang kemas dan perlu sediakan teks untuk

disampaikan kepada khalyak.Manakala komunikasi lisan memerlukan bahan-bahan yang

cukup untuk menyampaikan maklumat yang tepat supaya mendengar dapat memahaminya

dengan baik dan jelas. Sebelum kita teruskan dengan ciri-ciri komunikasi bertulis yang

berkesan, terdapat beberapa bentuk teks komunikasi bertulis iaitu karangan berformat khusus

dan karangan berformat umum. Surat rasmi, memo, emel dan tulisan ilmiah adalah contoh

teks karangan yang berformat khusus manakala karangan yang berformat umum adalah surat

tidak rasmi. Misalnya untuk memo, merupakan singkatan kepada memorandum iaitu alat

komunikasi bertulis dalam jabatan sendiri untuk berhubung secara rasmi..

4

Page 5: soalan pidato

Sesebuah penulisan itu perlu menepati ciri-ciri berikut iaitu penghantar atau

penyampai maklumat hendaklah memastikan mesej yang hendak disampaikan jelas serta

menggunakan bahasa yang semua orang faham. Kita sedia maklum bahawa jika kita

menggunakan bahasa yang agak susah difahami menyebabkan mesej yang ingin kita

sampaikan dalam teks ucapan kita misalnya tidak sampai kepada khalayak. Bahasa yang

digunakan dalam komunikasi hendaklah difahami oleh audiens dan ia mempengaruhi

kefahaman audiens terhadap apa yang hendak disampaikan serta berasaskan prinsip-prinsip

tatabahasa. Janganlah dipengaruhi bahasa atau dialek yang susah difahami dan mungkin

hanya segelintir sahaja yang memahami. Misalnya, makan jadi makang dalam bahasa

Terengganu. Tidak semua dialek negeri masing-masing difahami oleh setiap audiens.

Sebelum teks yang telah disiapkan perlu bagi kita meneliti dengan baik mesej yang hendak

dinyatakan dengan jelas serta yakin dengan kepentingan mesej yang hendak disampaikan.

Misalnya kita hendak menyampaikan ucapan mengenai kepentingan berjimat-cermat tetapi

kita sendiri tidak yakin dan tidak faham dengan isi ucapan kita, maka mesej itu tidak akan

sampai kepada pendengar kita seperti bercakap atas angin sahaja. Antara ciri-ciri lain bagi

komunikasi bertulis ialah sensitif kepada maklumbalas pihak lain. Ini bermaksud jika ada

pendengar kita bagi respon mengenai apa yang kita telah sampaikan, kita mestilah ambil

peduli dan pastikan kita baiki apa yang patut. Jika kita tidak peduli mengenai maklumbalas

ucapan atau teks yang dihasilkan bagi yang berikutnya tidak mantap dan mungkin isi-isi

kandungannya berulang.

Menurut Esah Sulaiman (2004) menyatakan bahawa, gangguan juga merupakan salah

satu daripada ciri-ciri komunikasi bertulis. Gangguan dalam proses komunikasi bertulis boleh

berlaku pada mana-mana peringkat. Akibat daripada gangguan ini menyebabkan penerima

susah memahami makna yang disampaikan. Misalnya, maklumat yang sampai melalui

ucapan atau ceramah mungkin terganggu disebabkan oleh suara orang ramai yang bercakap

sambal mendengar ceramah.Ini menganggu kejelasan suara pengirim dan seterusnya

penerima sukar untuk memahami maklumat yang disampaikan.

Sebagai kesimpulannya, komunikasi bertulis yang menggunakan bahasa yang mudah

difahami akan meninggalkan kesan yang baik terutama dalam bentuk memo dan surat

pekeliling. Komunikasi bertulis yang tidak berkesan adalah disebabkan tajuk atau maklumat

yang disampaikan itu terlalu umum dan sukar untuk difahami dengan lebih jelas.

5

Page 6: soalan pidato

3.0 PANDUAN PENGENDALIAN PERTANDINGAN PIDATO

KERTAS KONSEP

1.0 PENGENALAN

Pidato ialah satu cabang seni menyampaikan mesj secara lisan yang mengandungi

idea, menaakul konsep, menghuraikan dan merumuskannya secara berkesan. Pidato adalah

pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak ramai untuk menghuraikan

dan menjelaskan sesuatu tajuk.  Berpidato merupakan aktiviti berkomunikasi secara sehala,

iaitu pemidato akan menjelaskan perkara-perkara tentang sesuatu tajuk dalam masa yang

ditentukan untuk mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju dengan apa akan

dipidatokan juga bertujuan menerangkan sesuatu maklumat bagi menyakinkan sekumpulan

pendengar.

1.1 OBJEKTIF

1.1.1 Membina keyakinan diri1.1.2 Meluaskan pengetahuan1.1.3 Memantapkan kemahiran komunikasi dan Bahasa Melayu baku1.1.4 Memupuk semangat patriotisme1.1.5 Menjana daya saing secara positif

2.0 PESERTA

2.1 Pertandingan ini terbuka untuk kepada murid-murid tahap 2 sekolah rendah bantuan kerajaan

3.0 PERINGKAT PERTANDINGAN

Pertandingan ini akan dijalankan bagi peringkat daerah:

3.1 PERINGKAT DAERAH

3.1.1 Semua Pejabat Pendidikan Daerah / Bahagian diminta mengendalikan pertandingan peringkat ini.

3.1.2 Seorang peserta terbaik hendaklah dipilih mewakili daerah / bahagian ke pertandingan peringkat negeri.

6

Page 7: soalan pidato

4.0 FORMAT PERTANDINGAN

4.1 BAHAGIAN PERTAMA

Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing dengan tajuk yang telah disediakan oleh jawatankuasa pertandingan terlebih dahulu.

4.2 BAHAGIAN KEDUA

Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing secara spontan atas tajuk yang ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan. Peserta dikehendaki memilih tajuk di dalam sampul yang disediakan di meja ketua hakim. Pertandingan pidato secara spontan ini dijalankan selepas sahaja selesai pertandingan pidato bahagian pertama. Setelah mendapat tajuk, peserta diberi masa satu minit untuk membuat persiapan di pentas pidato tanpa bantuan oleh mana-mana pihak, alat tulis, kertas catatan, alat komunikasi dan alat elektronik.

4.3 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

4.3.1 Peserta diberi masa LIMA (5 minit) untuk pidato bahagian pertama dan TIGA (3 minit) untuk pidato bahagian kedua.

4.3.2 Loceng akan dibunyikan sekali, SATU (1 minit) sebelum tamat dan dua kali setelah tamat bagi setiap kategori dan bahagian pertandingan.

4.3.3 Penyampaian pidato selepas loceng penamat dibunyikan bagi setiap bahagian pertandingan tidak akan diberi markah.

4.3.4 Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong.

4.3.5 Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong.

4.3.6 Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut / mana-mana satu daripadanya) tidak layak untuk diumumkan sebagai pemenang disemua kategori dan peringkat kebangsaan.

4.3.7 Peserta pidato dikehendaki menggunakan pakaian seragam sekolah / blazer / pakaian kebangsaan

7

Page 8: soalan pidato

4.3.8 Pengerusi majlis berhak menegur peserta yang melanggar mana-mana peraturan di atas.

4.4 PEMILIHAN TAJUK

4.4.1 Peringkat Daerah

Jawatankuasa setiap peringkat hendaklah menetapkan tajuk Pidato Pertama dan Kedua berdasarkan isu-isu semasa yang tersiar dalam media massa negara.

4.5 PERATURAN PEMARKAHAN

4.5.1 Pembahagian Markah Pidato Bahagian Pertama

4.5.1.1 Idea / Isi ( 30 markah )

Peserta pidato akan diadili dari segi pengutaran tiga idea / isi. Isi / idea hendaklah bernas yang disokong oleh data / bahan yang tepat / logic sebagai peneguh huraiannya.

Panduan Pemarkahan

Idea / Isi tepat – 2 markahHuraian – 4 markahData / contoh – 3 markahMarkah penuh bagi setiap isi / idea ialah 9 markah (9 X 3 = 27 markah + 3 markah takrifan tajuk = 30 markah).

4.5.1.2 Bahasa ( 20 markah )

Peserta pidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas, baku ( struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.

4.5.1.3 Penyampaian dan Persembahan ( 50 markah )

4.5.1.3.1 Peserta pidato akan diadili dari segi persembahan yang lancer dan menyakinkan, gaya yang menarik dan susunan isi yang tertib. (Pergerakan tangan yang keterlaluan tidak digalakkan dan akan menjejaskan markah persembahan)

4.5.1.3.2 Intonasi dan nada yang sesuai, (nada suara yang tinggi, menjerit, menyanyi, berlakon, diolog, bersyair tidak dibenarkan dan akan menjejaskan markah persembahan)

8

Page 9: soalan pidato

4.5.1.3.3 Peserta pidato WAJIB memberikan salam dan kata-kata aluan sebelum memulakan pidato. Lima markah maksimum akan dipotong jika peserta menyentuh isu sensitif / menunjukkan pelakuan / tutur kata yang kurang sopan.

4.5.2 Pembahagian Markah Pidato Bahagian Kedua ( Spontan )

4.5.2.1 Isi ( 40 markah )

Peserta pidato akan diadlili dari segi pengutaraan dua idea / isi. Idea / isi hendaklah bernas / logic dan dihurai dengan jelas

Panduan Pemarkahan

Idea / isi – 5 markahHuraian – 10 markahData / contoh – 4 markahMarkah penuh bagi setiap isi / idea ialah 19 markah (19 m X 2 = 38 markah + 2 markah takrifan tajuk = 40 markah).

4.5.2.2 Bahasa ( 30 markah )

Peserta pidato akan diadlili dari segi bahasa yang jelas dan baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.

4.5.2.3 Penyampaian dan Persembahan ( 30 markah )

4.5.2.3.1 Peserta pidato akan diadlili dari segi persembahan yang lancer dan menyakinkan, gaya yang menarik dan susunan isi yang tertib. (Pergerakan tangan yang keterlaluan tidak digalakkan dan akan menjejaskan markah persembahan)

4.5.2.3.2 Intonasi dan nada yang sesuai. (nada suara yang tinggi, menjerit, menyanyi, berlakon, diolog, bersyair tidak dibenarkan dan akan menjejaskan markah persembahan.

4.5.2.3.3 Peserta pidato WAJIB memberikan salam dan kata-kata aluan sebelum memulakan pidato. Lima markah maksimum akan dipotong jika peserta menyentuh isu sensitive / menunjukkan pelakuan / tutur kata yang kurang sopan.

9

Page 10: soalan pidato

4.6 KRITERIA PEMILIHAN PEMIDATO TERBAIK

4.6.1 Pemidato setiap bahagian akan diadili dari segi isi / idea, bahasa dan persembahan. Panel hakim tidak boleh terpengaruh dengan reaksi emosi / tepuk sorak penyokong

4.6.2 Panel hakim diingatkan agar tidak memilih peserta pidato yang membaca nota / teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan ( semua kesalahan tersebut / mana-mana satu daripadanya ) sebagai pemenang.

4.6.3 Panel hakim perlu membuat keputusan MENGGUNAKAN SISTEM JURI.

4.6.4 Keputusan panel hakim adalah muktamad

5.0 TARIKH PERTANDINGAN

5.1 Peringkat Daerah : 20 Julai 20145.2

6.0 AM

Sebarang Pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia.

10

Page 11: soalan pidato

4.0 PIDATO MENGEMBANGKAN DAYA PEMIKIRAN DAN SAHSIAH.

  Pidato ialah sebuah seni pengucapan di khalayak umum dengan menggunakan bahasa

yang indah untuk memikat dan memukau penonton untuk terus mendengar apa yang

diperkatakan. Pidato adalah tunggak kepada lahirnya sebuah masyarakat yang berkeyakinan,

bertrampilan, berwibawa dan mampu mengeluarkan hujah dan idea berkesan bagi melahirkan

sebuah bangsa yang berjaya.  Pidato juga merupakan satu kemahiran yang boleh dipelajari.

Menurut Esah Sulaiman (2004) menjelaskan bahawa, kajian yang telah dijalankan di negara-

negara barat dan melalui pemerhatian yang dibuat di tanahair membuktikan bahawa

anggapan begini adalah tidak tepat dan tidak benar sama sekali. Kemahiran pidato ini

sebenarnya boleh dipupuk atau diasah melalui proses pembelajaran, pendedahan dan amalan

dengan panduan serta bimbingan dari pemidato yang terlatih.

Menurut Mohd. Nasar bin Sukor, (2007) menyatakan bahawa, para pelajar yang

menceburi bidang pidato dapat melahirkan sifat jati diri seperti berkeyakinan tinggi dan dan

daya pemikiran semakin kreatif serta kritis. Malah mereka juga mampu memberikan idea

yang bernas. Hal ini kerana, bila mereka membuat teks pidato, mereka akan mencari bahan

dari semua sumber baik bahan bacaan atau media elektronik. Mereka juga akan banyak

berfikir mahu menghasilkan semua pidato yang baik dan isinya serta mampu memukau

audiens yang hadir. Selain itu, mereka akan lebih banyak membaca tentang isu-isu semasa

negara dan boleh bercakap tentang fakta-fakta yang mereka dapat melalui pembacaan serta

kajian yang terperinci. Pidato juga dapat mengasah pemikiran mereka dengan selalu bertukar-

tukar pendapat sesama kawana-kawan mereka atau guru mereka mengenai tajuk yang akan

dilontarkan dalam teks pidato mereka.

Harus diingatkan bahawa berpidato mampu memberi kekuatan dan impak yang kuat

kepada melahirkan belia yang berwawasan. Idea-idea positif yang mereka lontarkan dengan

pendapat mereka sendiri mampu membantu daya pemikiran mereka akan lebih berkembang.

Selain itu, dengan berpidato mereka bukan hanya ingin mendapatkan ilmu di dalam kelas

sahaja malah mereka ingin berkongsi ilmu dengan orang luar. Mereka juga akan jadi bijak

berkomunikasi dan tidak hanya terhad di dalam kelas sahaja. Menurut Mohd. Nasar bin

Sukor, (2007), kemahiran pidato adalah satu kemahiran yang diiktiraf seluruh industri, dalam

bidang teknikal, pengurusan maupun ilmiah sebagai teramat penting. Walaupun pelbagai

11

Page 12: soalan pidato

jenis media massa dijadikan sebagai alat komunikasi tetapi tidak dapat diambil alih oleh

komunikasi semuka. Melalui pertandingan pidato yang dianjurkan sama ada di sekolah

rendah atau menengah dengan pelbagai peringkat dapat menjadikan pelajar mempunyai

sahsiah yang baik.

Justeru, jika daripada peringkat awal mereka dilatih dengan selalu bercakap

dihadapan orang ramai, mereka tidak akan malu menyuarakan pandangan mereka terhadap

sesuatu perkara. Mereka akan menjadi lebih telus dalam membuat keputusan. Mereka juga

akan jadi orang lebih berkeyakinan dan mempunyai jati diri yang baik. Tuntasnya, pelajar

yang mahir berpidato perlulah diwujudkan untuk membudayakan pemikiran pelajar, berani,

berdaya saing dan mampu mematahkan hujah negatif bagi menghasilkan idea bernas. Oleh

itu berpidato adalah satu langkah yang boleh dilihat sebagai teras kepada pembangunan jati

diri seseorang. Melalui pidato juga ianya memberi bonus kepada mereka sekaligus

mewujudkan pelajar yang berwawasan tinggi.

12

Page 13: soalan pidato

5.0 KESIMPULAN

Bahasa Melayu merupakan suatu bahasa yang indah dan unik kerana ayat-ayat yang

digunakan mempunyai tautan antara satu ayat dengan ayat yang lain (kohesi) dan mempunyai

perkaitan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain (koheren). Daripada pernyataan

inilah yang membuatkan sesebuah karya bahasa Melayu menjadi hebat. Bagi meningkatkan

perasaan cinta ke atas ilmu Bahasa Melayu, ianya bukanlah sesuatu yang sukar tetapi

memerlukan kerjasama yang erat daripada peringkat penggubal bahasa sehingga kepada

pengguna bahasa agar hasilnya juga akan kelihatan hebat. Semasa berbahasa, sama ada

tulisan ataupun lisan mestilah mempunyai kesinambungan antara satu idea dengan satu idea

yang lain atau memperlihatkan wacana yang berkesan agar pendengar atau pembaca

memahami isi atau hujah yang ingin dan akan disampaikan.

(2660 Patah Perkataan)

13

Page 14: soalan pidato

BIBLIOGRAFI

Calvin S. Hall & Gardner Lindzey, et : Dr A. Supratiknya (1993). The New Enclopedia

Britannica. Yogjakarta : Kanisius media.

Esah Sulaiman (2004). Kemahiran Berbahasa dalam Pengucapan Awam. Johor Bahru :

Universiti Teknologi Malaysia.

Jas Laile Suzana Jaafar (2008). Komunikasi Secara Berkesan Dalam Perhubungan Seharian.

Selangor : Arah Pendidikan Sdn. Bhd.

Juriah Long, Raminah Sabran, Sofiah Hamid. (1990). Pendekatan Mengajar Bahasa

Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

Mohd. Nasar bin Sukor, (2007). Penulisan Pidato Dan Implikasinya Kepada Masyarakat.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

14