soalan percubaan t5 (1)

10
Soalan 1 : Rumusan [ 30 markah ] Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha untuk memajukan orang kurang upaya dan kekangannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Sejak negara mencapai kemerdekaan semua pihak termasuk golongan istimewa, atau yang sering dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) turut terlibat dalam pembangunan negara. Kerajaan berbangga terhadap OKU di negara ini kerana sentiasa berpandangan positif dan berkeyakinan bahawa hak dan kehidupan mereka dapat diubah sekiranya mereka berusaha dan diberi peluang memajukan diri. OKU perlu diberi kesempatan untuk mengintegrasikan diri dan bergaul dengan masyarakat. Walaupun peratus OKU di negara ini kecil, kita harus menerimanya seperti manusia normal yang lain. Bagi seseorang yang sempurna, mendapat pekerjaan ialah suatu yang lumrah tetapi bagi OKU hal ini merupakan satu anugerah yang amat bermakna. Bagi mencapai cita-cita dalam kehidupan, OKU haruslah memanfaatkan pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Berdasarkan kemudahan tersebut, diharap golongan OKU ini lebih bersifat proaktif untuk memajukan diri mereka dalam pelbagai bidang kehidupan. Justeru, sehingga kini terdapat banyak dalam kalangan OKU yang telah menempa kejayaan dalam bidang masing-masing, antaranya ialah Profesor Dr Ismail Md Salleh iaitu pakar ekonomi yang tersohor, Dr Chandra Muzaffar, Encik Tuah bin Atan (peguam) dan banyak lagi. Bagi sektor awam, satu peratus peluang pekerjaan diperuntukkan kepada OKU dan sehingga kini pelbagai jenis pekerjaan dijawat oleh golongan istimewa ini. Golongan itu juka diberi pendidikan atau latihan yang sempurna mampu bekerja setanding dengan orang biasa. Dalam RMK-9, kerajaan menubuhkan lebih banyak pusat pemulihan komuniti bagi orang kurang upaya. Pusat pemulihan itu akan dibangunkan sebagai pusat khidmat setempat bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih komprehensif bagi OKU. Pemeriksaan dan pengesanan ketidakupayaan, khidmat rujukan, penyebaran maklumat mengenai OKU, latihan vokasional dan penempatan pekerjaan, pendaftaran OKU serta perkhidmatan sokongan adalah antara perkhidmatan yang disediakan oleh pusat pemilihan tersebut. Akta OKU

Upload: uma-devi-verma

Post on 08-Dec-2015

30 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

55

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Percubaan t5 (1)

Soalan 1 : Rumusan

[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha untuk memajukan orang kurang upaya dan kekangannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Sejak negara mencapai kemerdekaan semua pihak termasuk golongan istimewa, atau yang sering dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) turut terlibat dalam pembangunan negara. Kerajaan berbangga terhadap OKU di negara ini kerana sentiasa berpandangan positif dan berkeyakinan bahawa hak dan kehidupan mereka dapat diubah sekiranya mereka berusaha dan diberi peluang memajukan diri. OKU perlu diberi kesempatan untuk mengintegrasikan diri dan bergaul dengan masyarakat. Walaupun peratus OKU di negara ini kecil, kita harus menerimanya seperti manusia normal yang lain.

Bagi seseorang yang sempurna, mendapat pekerjaan ialah suatu yang lumrah tetapi bagi OKU hal ini merupakan satu anugerah yang amat bermakna. Bagi mencapai cita-cita dalam kehidupan, OKU haruslah memanfaatkan pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Berdasarkan kemudahan tersebut, diharap golongan OKU ini lebih bersifat proaktif untuk memajukan diri mereka dalam pelbagai bidang kehidupan. Justeru, sehingga kini terdapat banyak dalam kalangan OKU yang telah menempa kejayaan dalam bidang masing-masing, antaranya ialah Profesor Dr Ismail Md Salleh iaitu pakar ekonomi yang tersohor, Dr Chandra Muzaffar, Encik Tuah bin Atan (peguam) dan banyak lagi. Bagi sektor awam, satu peratus peluang pekerjaan diperuntukkan kepada OKU dan sehingga kini pelbagai jenis pekerjaan dijawat oleh golongan istimewa ini. Golongan itu juka diberi pendidikan atau latihan yang sempurna mampu bekerja setanding dengan orang biasa.

Dalam RMK-9, kerajaan menubuhkan lebih banyak pusat pemulihan komuniti bagi orang kurang upaya. Pusat pemulihan itu akan dibangunkan sebagai pusat khidmat setempat bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih komprehensif bagi OKU. Pemeriksaan dan pengesanan ketidakupayaan, khidmat rujukan, penyebaran maklumat mengenai OKU, latihan vokasional dan penempatan pekerjaan, pendaftaran OKU serta perkhidmatan sokongan adalah antara perkhidmatan yang disediakan oleh pusat pemilihan tersebut. Akta OKU juga akan digubal untuk meningkatkan dan melindungi hak OKU supaya mereka hidup bermaruah dan mempunyai harga diri. Di samping kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) juga memainkan peranan penting untuk memperjuangkan hak dan kepentingan OKU. Di Malaysia terdapat badan NGO seperti Persekutuan Orang Pekak Malaysia, Persatuan Orang Buta Malaysia, Persatuan Orang Cacat Malaysia dan sebagainya yang memainkan peranan untuk membela golongan OKU.

Walaupun mengalami pelbagai kelemahan dan kekurangan, tidak bermakna mereka tidak boleh menguasai kemahiran akademik atau kemahiran kerja. Oleh itu penekanan terhadap bidang pendidikan dan latihan kemahiran perlu terus diberi keutamaan oleh pihak berkuasa tanpa sebarang perbezaan dan selaras dengan dasar kerajaan untuk memberikan hak yang sama kepada semua individu termasuk OKU. Kementerian Pelajaran telah memberikan bantuan elaun khas dan intensif kepada pelajar-pelajar OKU di sekolah rendah, menengah, maktab perguruan serta kolej matrikulasi.

Tuntasnya, kehadiran golongan OKU dalam masyarakat tidak harus dipandang serong atau disisihkan daripada masyarakat. Mereka perlu diberi peluang untuk menonjolkan bakat dan kebolehan yang mereka ada. Golongan OKU ini tidak mengharapkan simpati daripada orang lain tetapi

Page 2: Soalan Percubaan t5 (1)

mengharapkan peluang supaya mereka juga dapat bersama-sama dengan golongan normal memberi sumbangan ke arah pembangunan dan kemajuan negara.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada ‘Sumbangan Orang Kurang Upaya Kepada Negara’ oleh Hj. Samat Buang, Dewan Siswa, Ogos 2012)

Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2 ( a ) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri

(i) Apakah maksud berpandangan positif dalam petikan di atas? [2 markah]

(ii) Nyatakan perkhidmatan yang disediakan oleh pusat pemulihan komuniti orang kurang upaya? [3

markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah orang kurang upaya perlu diberi perhatian oleh masyarakat di negara ini.? [4 markah]

Soalan 2(b) - Petikan Drama

Baca petikan drama di bawah dengan teliti,  kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Romli              : Itu betul, Pak Sudin. Tapi kita tak tahu akan jadi sampai begini. Kuda-kuda itu membawa penyakit.

Pak Sudin        : Kita nak buat apa sekarang?

Kamar             : Kita pergi jumpa tuan Dollah. Kita ceritakan perkara yang sedang berlaku.

Pak Sudin        : Nak cerita apa?

Leman             : Kita katalah, sebelum dia datang dengan kuda-kudanya, air sungai bukan begini.  Ikan banyak, udang banyak. Sekarang tengok apa dah jadi?

Romli              : Kuda- kuda dia mandi, meloncat-loncat, entah apa-apa lagi yang dibuatnya di dalam ‘ sungai tu.

Kamar             : Anak- anak kita sakit, isteri kita sakit. Kita pun tak sedap badan. Apa nak jadi ha?

Leman             : Penyakit yang bukan-bukan pula tu. Tengok apa jadi dekat anak aku?Anak Romli, anak   Sudin? Mata budak tu tertangkup langsung. Ada yang lumpuh  yang pekak, yang tolol.  Dulu mana pernah jadi semua ni? Lama-lama nanti  apa jadi pada masyarakat kita?

Pak Sudin        : Siapa kata semua ni kerana kuda-kuda Tuan Dollah?

Page 3: Soalan Percubaan t5 (1)

Romli              : Mengapa dulu tak begini?

  (Dipetik daripada drama ‘1400’oleh Noordin Hassan dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan masalah-masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak di  kampung tersebut.                       [2 markah]

(ii)Jelaskan usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk mencegah penyakit berjangkit merebak dalam kalangan masyarakat.                                    [3markah]

(ii) Huraikan satu pengajaran  dalam petikan drama di atas dan satu pengajaran lain daripada  drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4markah]

Soalan 2(c) - Petikan Prosa Klasik

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dan sampailah di Kuala Johor. Maka orang Johor pun gegerlah, mengatakan, “Tuan kita sudah datang!” Dan mana suku Laksamana, semuanya datang, menghadap baginda.Maka kata orang Johor, “ Jikalau betul asal tuan kami, minta ditawarkan air yang masin.”Dan titah baginda, “Baiklah.” Dan lalu diambil rotan, dilingkar, dimasukkan ke dalam air yang masin, menjadi tawarlah.” Lalu dimasukkan ke dalam lingkaran rotan itu. Maka segera diambilnya air itu. Dan, masing-masing minum air itu, sangat tawarnya, lagi sejuk rasanya. Maka segala orang Johor pun bersoraklah, “Ialah, tuanku patik, Tuanku Yang Maha Mulia ini!” Dan banyaklah yang mengikut baginda. Dan baginda pun bertitah kepda segala rakyat, “ Hendaklah kamu mengatakan ‘daulat’.”

Maka baginda pun masuk ke Negeri Johor. Maka dibedil orang dari kubu Johor. Maka segala meriam pun keluar air pada mulut meriam. Satu pun tiada berbunyi. Maka baginda pun mudik, didayungkan oleh segala rakyat, sambil bertimang, berakung, lalu ke Pangkalan Rama, di atas jambatan dalam. Maka baginda pun melompat naik ke atas jambatan. Baginda memegang pedang kerajaan bernama Sepurejab, telah terhunus dari sarungnya. Setelah dilihat oleh hulubalang yang berempat baginda seperti kilat melompat naik ke atas jambatan, maka hulubalang keempat sama melompat dengan pedang terhunus, mengiringkan baginda, dengan segala Orang Besar-besar, masing-masing dengan pedang dan perisai, seperti hadamat bunyinya.

(Dipetik daripada Hikayat Siak muka surat 52-53,Hikayat Siak, 1992,Dewan Bahasa dan Pustaka,Antologi Dirgahayu Bahasaku.)

(i) Berikan maksud hadamat bunyinya. [ 2 markah]

(ii) Nyatakan perkara-perkara pelik yang berlaku apabila ‘baginda’ sampai ke Kuala Johor dan Negeri Johor. [ 3 markah ]

Page 4: Soalan Percubaan t5 (1)

(iii) Pada pendapat anda, apakah kelebihan-kelebihan lain yang perlu ada pada diri ‘baginda’ jika ‘baginda’ hidup pada zaman sekarang. [3 markah ]

Soalan 2(d) - Puisi

GURINDAM TONGGAK DUA BELAS

Hendak pandai menghargai masa,Jangan dinanti esok lusa.

Ketekunan akan membawa kejayaan,Kegigihan bekerja dengan keupayaan.

Wajah ceria keseronokan bekerja,Usah berduka bermuram durja.

Hidup dalam kemuliaan kesederhanaan,Bertindak dengan penuh kebijaksanaan.

Ketinggian peribadi jadi amalan,Ketelusan hati jadi bekalan.

Kekuatan sifat baik hati,Bertimbang rasa dan bersimpati.

Pengaruh kepimpinan melalui teladan,Baik buruk jadikan sempadan.

Menjadi kewajipan menjalan tugas,Walaupun sederhana tetapi tegas.

Kebijaksanaan berhemat perlu diutama,Tidak membazir teliti saksama.

Keutamaan kesabaran fikiran tenang,Perkara susah menjadi tenang.

Page 5: Soalan Percubaan t5 (1)

Peningkatan bakat diberi sokongan,Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan.

Nikmat mencipta budaya kreatif,Kembangkan bakat semoga aktif.

(Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Apakah maksud 'baik buruk dijadikan sempadan'. [2markah] 

(ii) Pada pendapat anda, apakah kesan buruk amalan suka menangguhkan kerja? [3 markah]

(iii) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam puisi tersebut. [4 markah]

Page 6: Soalan Percubaan t5 (1)

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa 

(i)   destinasi(ii)  definisi(iii) maksimum(iv) syarat(v) vandalisme(vi) patriotisme                                                                                                       [6 markah]

(b) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian anda dikehendaki menggabungkan ayat-ayat berikut menjadi tiga ayat tanpa mengubah maksud ayat 

Akhir-akhir ini kes demam Denggi yang melanda negara kita telah meningkat. Keadaan ini telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Demam Denggi boleh membawa maut. Nyamuk Aedes menjadi punca kepada wabak demam Denggi. Nyamuk ini membiak di tempat-tempat takungan air. Tumpuannya ialah takungan air yang jernih seperti dalam bekas takungan air,dalam pasu bunga, dalam botol-botol air terbiar dan juga dalam longkang-longkang yang tersumbat.Kesedaran masyarakat tentang bahaya demam Denggi semakin meningkat akhir-akhir ini. Kerajaan telah melancarkan pelbagai kempen. Kempen-kempen dilakukan melalui media cetak dan media elektronik . Kempen-kempen ini adalah untuk menyedarkan masyarakat.

           Akhir-akhir ini kes demam Denggi yang melanda negara kita telah meningkat sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat kerana demam Denggi boleh membawa maut .

Nyamuk Aedes yang menjadi punca kepada wabak demam Denggi membiak di tempat-tempat takungan air seperti tempat tumpuannya ialah takungan air yang jernih seperti dalam bekastakungan air, dalam pasu bunga, dalam botol-botol air terbiar serta longkang-longkang yang tersumbat.

Kesedaran masyarakat tentang bahaya demam Denggi semakin meningkat akhir-akhir ini,si samping kerajaan telah melancarkan pelbagai kempen melalui media cetak dan media elektronik untuk menyedarkan masyarakat.

.  

(c)(i) Anggota keselamatan mengetatkan kawalan di segenap pelusuk kampung itu kerana Kejadian penceroboh yang berlaku baru-baru ini. 

(ii) Setiap bandaraya di dunia biasanya mempunyai padatan penduduk melebihi sejuta orang.

(iii) Pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka peranan hulu balang sangat penting untuk jaminan keamanan negeri.                                                                                                                           [6 markah](i)   pelusuk       -   pelosok      penceroboh  -  pencerobohan (ii)  bandaraya    -  bandar raya      padatan       -   kepadatan 

Page 7: Soalan Percubaan t5 (1)

(iii) hulu balang  -   hulubalang      jaminan       -   menjamin

(d) (i) Dalam dokumentasi Tahun Melawat Malaysia pada pukul 8.00 malam tadi terdapat video klip berkenaan pengurusan perkhidmatan tren ke KLIA.

(ii) Semasa Pembentangan Belanjawan 2012 Yang Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan pendidikan sebanyak RM2 bilion ke sekolah-sekolah di negara ini.

(iii) "Hadiah kebesaran yang dianugerahkan oleh beta diharapkan menjadi motivasi kepada  masyarakat,"  titah raja kepada rakyatnya.                                                                                                                          [6 markah](i)  dokumentasi                 -   dokumentari      video klip                     -   klip video(ii) Yang Berhormat             -   Yang Amat Berhormat     ke                                -   kepada(iii) hadiah                          -   bintang / pingat     dianugerahkan oleh beta -   beta anugerahkan

(e) Baca ayat berikut kemudian nyatakan satu peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat-ayat ini

(i) Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir,semua pihak yang bermusuhan telah berbaik-baik semula seperti sedia kala BIDUK LALU KIAMBANG BERTAUT

(ii)  Salina sering berpegang pada prinsip bahawa setiap manusia mempunyai sikap atau tingkah laku berbeza antara satu sama lain.RAMBUT SAMA HITAM,HATI LAIN-LAIN(iii) Encik Suren meminta pelajarnya yang bernama Jia Chin membaiki komputernya tetapi akhirnya komputer itu semakin rosak teruk dan tidak dapat digunakan sama sekali. BAGAI TIKUS MEMBAIKI LABU                                                                                                                          [6 markah]

Page 8: Soalan Percubaan t5 (1)