soalan peperiksaan akhir tahun bmpemahaman tahun 5

9
SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHUN 5 BAHASA MALAYSIA Kertas 1 Masa : Lima puluh minit Arahan Am : Tiap-tiap soalan diikuti tiga pilihan jawapan A, B, dan C atau empat pilihan  jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan itu. Soalan 1 hingga Soalan 17 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. “_____________ akan bertolak ke Melaka pada pagi esok,” kata Encik Musa kepada anak-anaknya. A. Kamu B. Kalian C. Kami D. Kita Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah. 2. Yusri _____________ pada pokok itu untuk menghilang kan penat. A. bercangkung B. bersandar C. bergayut D. bergantung 3. Air tasik itu menjadi __________ kerana orang ramai membuang sampah sarap ke dalamnya. A. deras B. tohor C. keruh D. jernih

Upload: zatil-nabilah

Post on 13-Apr-2018

251 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Bmpemahaman Tahun 5

7/27/2019 Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Bmpemahaman Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-peperiksaan-akhir-tahun-bmpemahaman-tahun-5 1/9

SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

TAHUN 5

BAHASA MALAYSIA

Kertas 1

Masa : Lima puluh minit

Arahan Am : Tiap-tiap soalan diikuti tiga pilihan jawapan A, B, dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan itu.

Soalan 1 hingga Soalan 17

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. “_____________ akan bertolak ke Melaka pada pagi esok,” kata Encik Musa kepada

anak-anaknya.

A. Kamu

B. Kalian

C. KamiD. Kita

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2. Yusri _____________ pada pokok itu untuk menghilangkan penat.

A. bercangkung

B. bersandar

C. bergayut

D. bergantung

3. Air tasik itu menjadi __________ kerana orang ramai membuang sampah sarap ke

dalamnya.

A. deras

B. tohor

C. keruh

D. jernih

Page 2: Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Bmpemahaman Tahun 5

7/27/2019 Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Bmpemahaman Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-peperiksaan-akhir-tahun-bmpemahaman-tahun-5 2/9

4. Songket yang ditenun oleh gadis itu sungguh __________ buatannya.

A. mantap

B. kemas

C. lembut

D. padat

5. Saroja pergi ke klinik __________ ibunya kerana dia sakit perut.

A. dengan

B. oleh

C. bagi

D. untuk

6. Suria mendapat kad undangan ke majlis hari jadi __________ rakannya __________

hari Isnin.

A. oleh ... diB. daripada ... pada

C. pada ... daripada

D. tentang ... daripada

7. Walaupun sibuk dengan tugas, dia __________ pulang ke kampung untuk

menjenguk ibunya.

A. nanti

B. selalu

C. sangat

D. kelak

8. Ayah dan ibu sudah __________ kad jemputan perkahwinan kakak kepada

penduduk kampuing.

A. menyebarkan

B. menerbangkan

C. melepaskan

D. mengedarkan

9. Api yang membakar sampah sarap itu semakin marak __________ ditiup angin

kencang.

A. sehingga

B. walauC. apabila

D. lalu

10. Ketua kampung __________ supaya mangsa kebakaran itu ditempatkan di balai

raya.

A. mencadangkan

B. bercadangC. dicadangkan

D. cadangan

Page 3: Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Bmpemahaman Tahun 5

7/27/2019 Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Bmpemahaman Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-peperiksaan-akhir-tahun-bmpemahaman-tahun-5 3/9

11. Apabila mendengar penjelasan daripada gadis itu, tuan hakim diam __________ .

A. terpaku

B. termenung

C. terharu

D. tercengang

12. Mangsa-mangsa tsunami itu telah lama dipindahkan ke kawasan __________ baru.

A. tempat

B. setempat

C. tempatan

D. penempatan

13. Suasana malam di kampung itu __________ kerana tiada kenderaan yang lalu-

lalang.

A. gelap mataB. sunyi sepi

C. diam membisu

D. kongsi gelap

14. Keadaan di dalam kelas itu __________ dengan suara murid-murid yang berbual

sesama sendiri sehingga menarik perhatian Guru Besar.

A. kacau-bilau

B. huru-hara

C. kucar-kacir

D. hiruk-pikuk

15. __________ orang yang datang ke padang sekolah untuk menyaksikan acara

sukaneka itu.

A. Berselang-selang

B. Bertubi-tubi

C. Berduyun-duyun

D. Bertalu-talu

16. Beberapa __________ gambar telah dikireimkan oleh Sabrina kepada saya.

A. lembar

B. bidang

C. helaiD. keping

17. “Jangan percaya __________ cakap orang yang lidah bercabang itu,” kata Ayu

kepada adiknya.

A. benar-benar

B. bulat-bulat

C. awal-awalD. cepat-cepat

Page 4: Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Bmpemahaman Tahun 5

7/27/2019 Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Bmpemahaman Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-peperiksaan-akhir-tahun-bmpemahaman-tahun-5 4/9

18. Puan Soh menafikan khabar angin yang menyatakan bahawa dia akan berpindah

rumah.

Perkataan seerti bagi menafikan ialah

A. mengakui

B. menyangkal

C. menerimaD. melawan

19. Sujatha meminta maaf kepada Chee Mei kerana telah memungkiri janji mereka

kelmarin.

Perkataan berlawanan bagi memungkiri ialah

A. menepati

B. mengingkari

C. mengakui

D. melaksanakan

Soalan 20 hingga Soalan 22

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

20. I Rumah saya agak jauh dari sekolah.

II Barangan yang dijual di pasar raya itu jauh lebih murah daripada yang

dijual di pasar raya lain.III “Pergilah jauh agar tiada sesiapa pun yang akan mengganggumu,” kata

Khairil kepada rakan baiknya.

IV Setiap hari, dia berjalan kaki jauh lima kilometer.

A. II sahajaB. I dan II sahaja

C. III dan IV sahaja

D. I, II, dan III sahaja

21. I. Warna dinding bangunan itu hilang kerana selalu terdedah pada matahari.

II. Penoreh getah itu hilang pungca pendapatan semasa musim tengkujuh.

III. Helikopter itu perlahan-lahan hilang daripada pandangan.

IV. Kami telah hilang kepercayaan terhadapnya.

A. I dan IVB. II dan III

C. I, II, dan III

D. II, III, dan IV

22. I. Murid-murid disuntik untuk melindungi mereka daripada terkena penyakit

yang berbahaya.

II. Ayah tidak perasan bahawa poket bajunya terkena dakwat.

III. Orang awam diingatkan oleh pihak polis agar berhati-hati sebelum terkena.

IV. Penyakit kulit biasanya terkena orang yang kurang menjaga kebersihan diri.

A. I dan II sahajaB. II dan IV sahaja

C. I, II, dan III sahaja

D. II, III, dan IV sahaja

Page 5: Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Bmpemahaman Tahun 5

7/27/2019 Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Bmpemahaman Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-peperiksaan-akhir-tahun-bmpemahaman-tahun-5 5/9

23. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

Siapakah yang dibenarkan menggunakan kemudahan gelanggang di sekolah

kamu?

A. Setiap murid dibenarkan menggunakan sebarang kemudahan di

gelanggang sekolah.

B. Setiap murid di sekolah saya dibenarkan menggunakan kemudahangelanggang.

C. Setiap murid dibenarkan menggunakan gelanggang di sekolah.

D. Setiap mnurid di sekolah saya dibenarkan menggunakan kemudahan selain

gelanggang.

24. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Projek pembinaan rumah kos rendah itu dianggarkan bernilai RM13 juta. 

A. Adakah projek pembinaan rumah kos rendah itu dianggarkan bernilai RM13

 juta?

B. Siapakah yang mengganggarkan nilai projek pembinaan rumah kos rendahitu?

C. Mengapakah projek pembinaan rumah kos rendah itu dianggarkan bernilai

RM13 juta?

D. Berapakah anggaran nilai projek pembinaan rumah kos rendah itu?

Soalan 25 dan Soalan 26

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

25. “Perbincangan ini dijangka akan berlarutan hingga petang,” kata ketua kumpulan

itu.

A. Ketua kumpulan itu memberitahu bahawa perbincangan itu diramalkanberterusan hingga petang.

B. Ketua kumpulan itu memberitahu ahli-ahli kumpulannya bahawa

perbincangan itu akan ditamatkan pada waktu petang.

C. Ketua kumpulan itu menjelaskan bahawa perbincangan itu telah berlarutan

hingga petang.

D. Ketua kumpulan itu mengarahkan perbincangan itu dilanjutkan hingga

petang.

26. Kita perlu mendengar nasihat ibu bapa.

A. Nasihat ibu bapa perlu kita dengar.

B. Ibu bapa perlu mendengar nasihat kita.

C. Ibu perlu mendengar nasihat bapa kita.D. Kita dan ibu bapa perlu mendengar nasihat.

Soalan 27 hingga Soalan 30

Pilih ayat yang betul.

27. A. Perompak itu senjatakan sepucuk pistol

B. Murid-murid yang langgar peraturan sekolah akan diambil tindakan.

C. Pemuda itu tidak daya untuk mengangkat kotak yang penuh denganmuatan.

D. Kaum wanita sibuk menyediakan bahan untuk masakan.

Page 6: Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Bmpemahaman Tahun 5

7/27/2019 Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Bmpemahaman Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-peperiksaan-akhir-tahun-bmpemahaman-tahun-5 6/9

28. A. Kedai itu ditutup kerana sedang mengubahsuaikan.

B. Sebuah kapal perang berteduh di Pelabuhan Klang.

C. Abang perlu pembaharuan lesen memandunya minggu depan.

D. Ibu dan ayah sedang berehat di anjung rumah.

29. I. Danial dan Fei Hong hendak menjumpai Muniandy pada petang ini.

II. Kata-kata yang dituturkannya itu menunjukkan bahawa dia terlalumerendah diri.

III. Kanak-kanak itu duduk di pangkuan ayahnya.

IV. Di masa itu saya sedang mengangkat pakaian di jemuran.

A. I dan II sahaja

B. II dan III sahaja

C. III dan IV sahaja

D. I, II, dan III sahaja

30. I. Kita tidak seharusnya mempercayai khabar angin.

II. Carilah sahabat yang bersifat jujur dalam persahabatan.III. Julia bertepuk dahinya yang dihinggapi nyamuk.

IV. Kepetahannya kata-kata memikat hati penonton.

A. I dan II sahaja

B. III dan IV sahaja

C. II, III, dan IV sahaja

D. I, II, III, dan IV

Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. 

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, GuruBesar, guru-guru, tuan-tuan dan puan-puan serta rakan-rakan sekalian. Saya berasa

bangga kerana diberi peluang untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk,

'Kemerosotan Disiplin di Kalangan Pelajar Sekolah.'

Peraturan di sekolah patut diperketatkan dalam usaha menangani masalah disiplin.

Peraturan sekolah bukan sahaja untuk rnenyekat kebebasan pelajar tetapi berfungsi

sebagai garis panduan untuk mengawal tingkah laku seseorang. Ini penting untuk

membentuk pelajar yang berakhlak mulia.

Antara kemerosotan disiplin yang terdapat di kalangan pelajar-pelajar ialahberambut panjang, rmerokok, merosakkan kemudahan sekolah, pakaian tidak kemas,

ponteng dan sebagainya. Mereka yang melanggar disiplin ini beranggapan bahawa

disiplin ini mengongkong kebebasan di samping sifat ego mereka.

Tuan-tuan dan puan-puan para hadirin sekalian,

Kejadian pelajar berkunjung ke pusat-pusat hiburan, snooker  dan video games 

sering kedengaran sejak akhir-akhir ini. Pergaulan mereka di tempat sebegitu memang

tidak mencerminkan tingkah laku sebagai pelajar. Terdapat juga pelajar yang

dipengaruhi oleh iklan yang digemburkan oleh media massa. Pengaruh ini dapat dilihat

melalui cara mereka berpakaian, bergaul dan pertuturan mereka. Contohnya merekaberpendapat bahawa dengan berpakaian ala barat, mereka akan kelihatan berbeza

daripada orang lain dan menjadi tumpuan ramai. Sikap ini terbawa-bawa ke alam

persekolahan dan menyebabkan mereka melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Page 7: Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Bmpemahaman Tahun 5

7/27/2019 Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Bmpemahaman Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-peperiksaan-akhir-tahun-bmpemahaman-tahun-5 7/9

  Keadaan ini merupakan penyakit yang melanda pelajar-pelajar. Kita mestilah

berganding bahu untuk merawat penyakit ini. Pendedahan di akhbar-akhbar tentang

keruntuhan disiplin di kalangan pelajar sekolah diharap dapat menyedarkan masyarakat

untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

Orang yang berperanan menangani masalah ini ialah ibu bapa mereka sendiri.

Mereka menjadi contoh utama dalam mencanai anak-anak rnereka. Ibu bapa digesasupaya memberikan didikan agama kepada anakanak mereka. Namun begitu, guru

dituntut unuk memainkan peranan mereka ke arah membentuk disiplin pelajar.

Sekian, terima kasih.

31. Antara yang menjadi punca pelajar-pelajar melanggar peraturan ialah

A. pergaulan

B. berpakaian ala barat

C. kelonggaran peraturan sekolah

D. murid tidak berperibadi tinggi

32. Perkataan mencanai dalam petikan di atas bermaksud

A. mendidilk

B. menghala

C. mengubah

D. membentuk

33. Mengapakah pelajar terpengaruh untuk berpakaian ala barat?

A. Menukar selera berpakaianB. Pakaian barat lebih diminatiC. Pakaian barat menggambarkan disiplin ala barat

D. Pakaian barat menjadikan mereka rnendapat tumpuan ramai

34. Apakah 'penyakit' yang mesti dirawat dalam petikan di atas?

A. Penyakit yang tidak diketahui

B. Penyakit yang dialami oleh pelajar-pelajar

C. Penyakit berjangkit yang menyerang pelajar

D. Penyakit yang menjadi punca keruntuhan disiplin di kaiangan pelajar

35. Apakah cara berkesan untuk mengatasi masalah ini?

A. Murid-murid mencontohi orang tuanyaB. Guru-guru mengajar anak muridnya sehingga pandai

C. Memberi anak-anak pendidikan agama yang cukup

D. Mendedahkan perbuatan mereka di dalam surat khabar

Page 8: Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Bmpemahaman Tahun 5

7/27/2019 Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Bmpemahaman Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-peperiksaan-akhir-tahun-bmpemahaman-tahun-5 8/9

Soalan 36 hingga Soalan 40

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Taman Orkid Antarabangsa Serendah terletak 40 kilometer ke utara Kuala Lumpur.

Taman Orkid ini diwujudkan bersempena dengan Persidangan Orkid Sedunia yang

diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 2011.

Taman Orkid ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Orkid yang ditanam

di kawasan ini mempunyai pokok yang segar dan banyak mengeluarkan bunga. Hal ini

disebabkan oleh iklim yang amat menyegarkan di kawasan tanah tinggi.

Di Taman Orkid Antarabangsa ini terdapat lebih kurang 500 jenis orkid. Kebanyakan

orkid di sini adalah orkid kacukan. Namun, ada juga orkid hutan. Orkid-orkid di sini jarang-

 jarang ditemukan di tempat lain.

Peminat orkid banyak mempunyai pilihan jika membeli orkid di sini. Harga yang

ditawarkan adalah antara RM5 hingga RM70 bergantung kepada jenis bunganya.

Semasa membeli orkid, pegawai yang bertugas akan menerangkan cara-cara menanamorkid yang betul, cara mencegah serangan penyakit, dan cara membaja orkid yang

betul.

Semenjak taman ini dibuka, kira-kira 25 000 pengunjung telah berkunjung ke sini

setiap tahun. Selain pengunjung tempatan, pengunjung dari luar negara, misalnya dari

India, Taiwan, China, Afrika Selatan, Scotland, Jerman, dan Perancis tertarik untuk datang

ke sini.

Di samping berpeluang menikmati keindahan dan kecantikan pelbagai jenis orkid,

pengunjung dapat juga menaiki menara tinjau untuk melihat pemandangan yang

menghijau di Taman Orkid Antarabangsa Serendah.

36. Kata keistimewaan dalam petikan bermaksud… 

A. keunikan

B. kelebihan

C. kebesaran

D. keindahan

37. Penyataan yang berikut adalah benar tentang orkid yang terdapat di Taman Orkid

Antarabangsa Serendah, kecuali… 

A. pokok-pokoknya segar dan mengeluarkan bunga.

B. jenis orkidnya ialah orkid hutan dan orkid kacukan.

C. orkid di sini tidak perlu dijaga dengan teliti.D. orkid yang ditanam di sini tidak kurang daripada 500 jenis.

38. Berapakah jumlah pengunjung Taman Orkid Antarabangsa Serendah dalam

 jangka masa empat tahun itu?

A. 500 orang

B. 25 000 orang

C. 50 000 orangD. 100 000 orang

Page 9: Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Bmpemahaman Tahun 5

7/27/2019 Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Bmpemahaman Tahun 5

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-peperiksaan-akhir-tahun-bmpemahaman-tahun-5 9/9

39. Apakah bukti yang menunjukkan bahawaTaman Orkid Antarabangsa mendapat

perhatian orang ramai?

A. banyak pelancong dari dalam dan luar negeri yang mengunjungi taman itu

B. pelancong banyak membeli pokok orkid sebagai tanda kenangan

C. bilangan pelancong asing yang mengunjungi taman ini melebihi bilangan

penduduk setempatD. pengunjung sering menaiki menara tinjau

40. Pada pendapat anda, mengapakah Taman Orkid Antarabangsa Serendah

diwujudkan?

A. untuk memperkenalkan tanaman orkid kepada generasi baru

B. untuk memperindah Bandar Raya Kuala Lumpur

C. untuk mempelbagaikan tanaman yang terdapat di negara kita

D. untuk menanam minat orang ramai terhadap pokok orkid

- KERTAS SOALAN TAMAT -