peperiksaan akhir tahun 4 moral

8
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 4 SK (P) JALAN YAHYA AWAL, 80100 JOHOR BAHRU NAMA :______________________________________ KELAS :__________________ Jawab semua soalan : A. Pilih SATU jawapan yang betul : 1. Apakah yang dimaksudkan dengan Kepercayaan kepada Tuhan dalam salah satu prinsip Rukun Negara? A. Percaya kepada Tuhan itu ada dan mematuhi segala suruhan dan larangan-Nya. B. Untuk memastikan setiap manusia mempunyai Tuhan. C. Supaya setiap manusia bertindak mengikut perasaan. D. Supaya tidak berlaku pergaduhan sesame manusia. 2. Kita hendaklah ____________pendapat rakan kita. A. Menghina B. Menghormati C. Menentang D. Memuji-muji 3. Makan nasi di atas daun pisang merupakan amalan kaum…………………….. A. Melayu B. India C. Cina D. Sikh 4. Setiap hari Jumaat, penganut agama Islam akan bersembahyang di ……………… A. surau B. masjid C. rumah D. mana-mana sahaja Rakyat Malaysia perlu menyokong kempen-kempen yang telah dilancarkan oleh kerajaan seperti

Upload: anonymous-2fistza

Post on 22-Jul-2016

122 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

soalan

TRANSCRIPT

Page 1: Peperiksaan Akhir Tahun 4 Moral

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUNPENDIDIKAN MORAL TAHUN 4

SK (P) JALAN YAHYA AWAL, 80100 JOHOR BAHRU

NAMA :______________________________________ KELAS :__________________

Jawab semua soalan :

A. Pilih SATU jawapan yang betul :

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Kepercayaan kepada Tuhan dalam salah satu prinsip Rukun Negara?A. Percaya kepada Tuhan itu ada dan mematuhi segala suruhan dan larangan-Nya.B. Untuk memastikan setiap manusia mempunyai Tuhan.C. Supaya setiap manusia bertindak mengikut perasaan.D. Supaya tidak berlaku pergaduhan sesame manusia.

2. Kita hendaklah ____________pendapat rakan kita.A. MenghinaB. Menghormati C. Menentang D. Memuji-muji

3. Makan nasi di atas daun pisang merupakan amalan kaum……………………..

A. Melayu B. India C. Cina D. Sikh

4. Setiap hari Jumaat, penganut agama Islam akan bersembahyang di ………………A. surauB. masjidC. rumahD. mana-mana sahaja

5.

Pernyataan di atas mengandungi nilaiA. Cinta akan negaraB. Taat setia kepada Raja dan negaraC. Hormat dan taat kepada Raja dan NegaraD. Sanggup berkorban untuk negara

Rakyat Malaysia perlu menyokong kempen-kempen yang telah dilancarkan oleh kerajaan seperti ‘Belilah Barangan Buatan Malaysia’

Page 2: Peperiksaan Akhir Tahun 4 Moral

6. Kevin enggan mengemas katilnya. Dia berpendapat itu kerja pembantu rumahnya. Kevin seorang yang………………..A. pemalasB. berdikariC. tekun berusahaD. berbudi bahasa

7. Kita hendaklah memakai pakaian yang kemas dan ………………….setiap hari.A. bersihB. cantikC. mahalD. biasa

8. Mei Lee meniru dalam peperiksaan pertengahan tahun yang lalu. Dia perlu………………A. banyak bermainB. tidur tepat pada masanyaC. menolong ibu membuat kerja rumahD. memberitahu gurunya

9. Kim Meng terambil buku Matematik Rajan. Dia patut………………..A. memberitahu RajanB. beritahu Rajan apabila ditanya oleh RajanC. membuang buku ituD. tidak perlu beritahu kepada sesiapa

10. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan sikap ikhlas?A. Ashni menderma sebahagian daripada wang tabungnya kepada mangsa banjir.B. Edward kerana kawan-kawannya menderma.C. Rozi memberitahu rakan-rakannya bahawa dia menderma banyak.D. Rakesh tidak menderma langsung.

11. Persahabatan antara murid lelaki dan perempuan perlu ada.........................................A. keperluannyaB. kebebasannyaC. batasannyaD. ramah mesranya

12. Aminah sentiasa.............................kelakuannya supaya tidak berlebih-lebihan apabila berhadapan dengan sesiapa sahaja.A. memaafkanB. menjagaC. mendengarD. membuat

Page 3: Peperiksaan Akhir Tahun 4 Moral

13. Salah satu sikap baik hati ialah................................A. membantu mereka yang memerlukan.B. tidak peduli orang lain.C. mementingkan diri.D. menjaga keluarga sendiri.

14. Mengamalkan sikap.............................akan mengeratkan perhubungan dengan orang lain.A. membantu mereka yang memerlukan.B. pentingkan diri.C. suka.D. marah.

15. Wan menyerahkan dompet yang dijumpainya di sekolah kepada guru disiplin. Wan mengamalkan sikap...............A. sederhanaB. belas kasihanC. kejujuranD. berterima kasih

16. Ruzana menderma kepada mangsa kebakaran itu dengan hati yang ..............................A. baikB. ikhlasC. jujurD. sederhana

17. Mengapakah undang-undang dan peraturan jalan raya diwujudkan?A. Meningkatkan taraf perkhidmatan awamB. Meningkatkan keselamatan pelancong asingC. Memudahkan pengguna mengenal pasti jalan yang selamatD. Memastikan pengguna dapat menggunakan jalan raya dengan tertib dan selamat

18. Kita hendaklah mempunyai sikap .................................terhadap keluarga kita.A. benciB. tidak peduliC. sayangD. kurang mesra

19. Setiap anak perlu ...........................ketika bertutur dengan ibu bapa mereka.A. bersopanB. berseronokC. berdiriD. berlagak

20. Apabila melakukan sesuatu kesalahan, kita perlu mengakuinya dan............................A. melupakanB. meminta maafC. meninggikan suaraD. menghilangkan diri

Page 4: Peperiksaan Akhir Tahun 4 Moral

21.Sebagai anggota sebuah keluarga, kita perlu saling.................... A. memarahiB. menyalahiC. bantu membantuD. mendengki

22.Seorang anak yang menghormati ibu bapa akan..........................A. menonton rancangan kegemarannya di televisyen.B. menutup televisyen yang sedang ditonton oleh ibu bapa.C. menukar saluran televisyen tanpa persetujuan ibu bapa.D. menonton bersama rancangan televisyen yang ditonton oleh ibu bapa dan keluarga.

23.Sekiranya adik kita tidak membuat kerja sekolah, menjadi tanggungjawab kita untuk.................A. mengajarnyaB. mengunjungiC. mengingatiD. membiarkan

24.Satu cara menjaga imej keluarga ialah........................A. memikirkankesan perbuatan diri sendiri ke atas keluargaB. melakukan apa-apa sahaja yang menyeronokkan diri sendiriC. bergaul dengan rakan yang mempunyai tingkah laku yang kurang baikD. berkonflik dengan setiap anggota keluarga

25.Mengapakah kita perlu menerima pandangan dan teguran orang lain?A. Supaya orang lain tidak boleh mengkritik kita lagiB. Supaya kita mudah diterima dalam masyarakatC. Supaya kita dapat membaiki kelemahan diriD. Supaya mendapat pujian daripada orang lain

26.Semasa cuti sekolah, kita boleh .............................. datuk dan nenek di kampong.A. melupakan C. mengingatiB. mengujungi D. membiarkan

27.Mengapakah kita perlu berbaik-baik dengan jiran?A. Untuk memudahkan kita mendapat pertolonganB. Untuk menyelesaikan masalah kekeluargaan yang kita hadapiC. Untuk menjamin kebahagiaan dalam keluargaD. Untuk mengetahui rahsia peribadi mereka

Page 5: Peperiksaan Akhir Tahun 4 Moral

28.Nyatakan situasi dalam gambar di atas.A. Majlis rumah terbukaB. Sambutan Hari RayaC. Upacara pengebumian D. Majlis Hari Keluarga

29.Apakah tujuan penubuhan rukun tetangga?A. Menjaga keselamatan penduduk setempatB. Menyelaraskan aktiviti-aktiviti kemasyarakatanC. Memantau kegiatan harian pendudukD. Merancang strategi untuk membangunkan kawasan setempat

30.Apakah sikap yang perlu kita tunjukkan ketika melawat negara lain?A. Menghormati cara hidup dan budaya masyarakat negara tersebutB. Membandingkan keistimewaan negara sendiri dengan negara yang dilawatiC. Mempersoalkan kewajaran undang-undang di negara tersebutD. Mematuhi peraturan yang sama dengan negara sendiri

BAHAGIAN B:

Jawab semua soalan.

1) Tuliskan ‘HORMAT’ atau ‘TIDAK HORMAT’ berdasarkan kenyataan yang berikut.

(10 markah)

Page 6: Peperiksaan Akhir Tahun 4 Moral

2) Tandakan ( / ) atau ( x ) pada ruangan yang diberikan.

(10 markah)