soalan dst tahun 3 (peperiksaan akhir tahun)

12
018/1 PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN | TAHUN 3 1 | DISEDIAKAN OLEH : ROSELIANA RUSLI JAWAB SEMUA SOALAN (40 MARKAH) 1. Keperluan asas amat penting kepada manusia untuk terus hidup. Antara keperluan asas berikut, yang manakah bukan keperluan asas manusia. A. Kereta C. Air B. Makanan D. Udara 2. Antara berikut manakah pasangan yang betul ? Organ Deria A. Mata Pendengaran B. Kulit Sentuhan C. Telinga Rasa D. Hidung Penglihatan 3. Rajah 1 di bawah menunjukkan beberapa spesies haiwan. Rajah 1 Berdasarkan rajah di atas manakah pernyataan yang betul ? A. Semua haiwan di atas hidup di darat B. Semua haiwan di atas bertelur C. Semua haiwan di atas melahirkan anak D. Semua haiwan di atas hidup di air

Upload: rosell-roseliana-rusli

Post on 20-Jan-2017

600 views

Category:

Education


24 download

TRANSCRIPT

018/1 PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN | TAHUN 3

1 | DISEDIAKAN OLEH : ROSELIANA RUSLI

JAWAB SEMUA SOALAN (40 MARKAH)

1. Keperluan asas amat penting kepada manusia untuk terus hidup. Antara keperluan asas

berikut, yang manakah bukan keperluan asas manusia.

A. Kereta C. Air

B. Makanan D. Udara

2. Antara berikut manakah pasangan yang betul ?

Organ Deria

A. Mata Pendengaran

B. Kulit Sentuhan

C. Telinga Rasa

D. Hidung Penglihatan

3. Rajah 1 di bawah menunjukkan beberapa spesies haiwan.

Rajah 1

Berdasarkan rajah di atas manakah pernyataan yang betul ?

A. Semua haiwan di atas hidup di darat

B. Semua haiwan di atas bertelur

C. Semua haiwan di atas melahirkan anak

D. Semua haiwan di atas hidup di air

018/1 PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN | TAHUN 3

2 | DISEDIAKAN OLEH : ROSELIANA RUSLI

4. Antara yang berikut, yang manakah bukan peralatan bilik sains ?

A. Kaki retort B. Bikar C. Tilam D. Penunu Bunsen

5. Rajah 2 di bawah menunjukkan seekor harimau sedang memburu seekor rusa.

Rajah 2

Harimau memburu rusa untuk mendapatkan _____________________

A. Pasangan

B. Tempat tinggal

C. Makanan

D. Udara

6. Makanan amat penting untuk manusia meneruskan kehidupan. Antara berikut yang

manakah makanan yang memberikan tenaga kepada manusia ?

A. C.

B. D.

018/1 PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN | TAHUN 3

3 | DISEDIAKAN OLEH : ROSELIANA RUSLI

7. Manusia mengalami perubahan dalam kehidupan. Antara yang berikut yang manakah

manusia alami semasa tumbesaran?

A. Pertambahan saiz

B. Pertambahan kecantikan

C. Pertambahan bilangan rambut

D. Pertambahan bilangan kaki

8. Jadual 1 di bawah menunjukkan keputusan penyiasatan pertumbuhan biji benih.

Hari 0 3 6 9 12

Tinggi (cm) 0 1 3 5 8

Jadual 1

Pilih kesimpulan yang betul berdasarkan jadual di atas.

A. Semakin bertambah bilangan hari, semakin berkurang ketinggian biji benih.

B. Semakin berkurang bilangan hari, semakin bertambah ketinggian biji benih.

C. Semakin bertambah bilangan hari, semakin bertambah ketinggian biji benih.

D. Semakin berkurang bilangan hari, pertumbuhan biji benih adalah sekata.

9. Manusia mempunyai tiga jenis gigi iaitu gigi taring, gigi geraham dan gigi kacip.

Antara berikut yang manakah benar tentang kegunaan gigi kacip ?

A. Memotong makanan

B. Menyiat makanan

C. Memecah makanan

D. Mengoyakkan makanan

018/1 PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN | TAHUN 3

4 | DISEDIAKAN OLEH : ROSELIANA RUSLI

10. Makan makanan yang berkhasiat boleh menjaga kesihatan gigi. Antara berikut

manakah makanan yang boleh merosakkan gigi ?

A. C.

B. D.

11.

Antara yang berikut yang manakah berkaitan dengan pernyataan di atas ?

A. Haiwan boleh dikelaskan mengikut tempat tinggalnya.

B. Haiwan boleh dikelaskan mengikut makanan yang dimakan.

C. Haiwan boleh dikelaskan mengikut cara pembiakannya.

D. Haiwan boleh dikelaskan mengikut ciri-ciri fizikalnya.

Setiap haiwan mempunyai diet pemakanannya yang tersendiri. Ada

haiwan yang makan tumbuhan sahaja, ada haiwan yang makan haiwan

lain sahaja dan ada juga haiwan yang makan tumbuhan dan haiwan lain.

018/1 PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN | TAHUN 3

5 | DISEDIAKAN OLEH : ROSELIANA RUSLI

12. Spesies haiwan yang berlainan mempunyai tabiat makan yang berbeza. Rajah 3 di

bawah menunjukkan satu spesies haiwan.

Rajah 3

Antara berikut yang manakah benar tentang tabiat makan haiwan di atas ?

A. Herbivor

B. Karnivor

C. Omnivor

D. Karhivor

13. Haiwan penting kepada hidupan lain. Hidupan lain bersama-sama mendapat faedah

daripada tumbuhan. Antara yang berikut, yang manakah tidak benar tentang

kepentingan haiwan terhadap hidupan lain ?

A. Haiwan merupakan sumber makanan kepada manusia.

B. Haiwan dapat digunakan sebagai pengangkutan.

C. Haiwan dapat menyebarkan biji benih.

D. Haiwan dapat digunakan untuk didera.

14. Haiwan membiak dengan dua cara iaitu melahirkan anak dan bertelur. Antara yang

berikut, yang manakah mengandungi semua haiwan yang bertelur.

A. Arnab, tikus, kanggaru, paus

B. Ikan, ular, tikus, belalang

C. Katak, harimau, penguin, paus

D. Penyu, katak, ikan, burung

018/1 PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN | TAHUN 3

6 | DISEDIAKAN OLEH : ROSELIANA RUSLI

15. Rajah 4 di bawah menunjukkan sejenis tumbuhan.

Rajah 4

Apakah jenis akar bagi tumbuhan di atas ?

A. Akar serabut C. Akar jejala

B. Akar tunjang D. Akar selari

16. Haiwan membiak dengan cara bertelur dan melahirkan anak. Antara yang berikut,

haiwan manakah yang bertelur paling sedikit ?

A. C.

B. D.

17. Tumbuhan memberi faedah kepada manusia dan haiwan seperti membekalkan

oksigen. Apakah yang akan berlaku sekiranya semua tumbuhan di bumi

dimusnahkan?

A. Bumi akan menjadi cantik dan sangat nyaman

B. Manusia dan haiwan akan mengalami tumbesaran yang cepat

C. Manusia dan haiwan akan kehilangan sumber makanan

D. Bumi akan menjadi sejuk

018/1 PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN | TAHUN 3

7 | DISEDIAKAN OLEH : ROSELIANA RUSLI

18. Rajah 5 menunjukkan sejenis haiwan. Bagaimanakah cara haiwan di bawah bergerak ?

Rajah 5

A. Merangkak C. Berlari

B. Berjalan D. Mengengsot

19. Semua haiwan bergerak. Haiwan bergerak dengan pelbagai tujuan. Antara yang

berikut yang manakah bukan tujuan haiwan bergerak ?

A. Untuk mencari pasangan

B. Untuk mencari kawan

C. Untuk mencari makanan

D. Untuk mencari musuh

20. Rajah 6 menunjukkan keadaan pokok bunga yang ditanam oleh Amirah di bawah ini.

Rajah 6

Apakah yang tidak boleh dilakukan oleh Amirah untuk menyuburkan pokok bunga

yang ditanam olehnya?

A. Menyiram air setiap hari

B. Mendedahkan pokok bunganya kepada cahaya matahari

C. Memberikan baja yang sesuai kepada pokok bunganya

D. Membungkus pokok bunganya dengan plastik

018/1 PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN | TAHUN 3

8 | DISEDIAKAN OLEH : ROSELIANA RUSLI

21. Namakan bentuk magnet di bawah.

A. Magnet bar C. Magnet U

B. Magnet silinder D. Magnet ladam

22. Susun objek-objek di bawah dari yang paling kecil kepada yang paling besar.

Bola sepak Bola tenis Guli

A. Bola sepak , Bola tenis , Guli

B. Bola tenis , Bola sepak , Guli

C. Guli, Bola sepak , Bola tenis

D. Guli, Bola tenis , Bola Sepak

23. Pembaris yang ________________ dapat disimpan di dalam kotak pensel.

A. Besar C. Panjang

B. Kecil D. Pendek

24. Sesetengah benda berbau. Sesetengah benda tidak berbau. Deria bau membolehkan

kita menikmati makanan dengan lebih enak. Apakah organ yang terlibat dengan bau ?

A. Telinga C. Mata

B. Hidung D. Kulit

018/1 PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN | TAHUN 3

9 | DISEDIAKAN OLEH : ROSELIANA RUSLI

25. Antara yang berikut, yang manakah bukan sumber cahaya ?

A. Matahari C. Lampu

B. Api D. Bulan

26. Bayang-bayang terbentuk apabila cahaya tidak dapat _______________ objek.

A. menerangi C. menuruni

B. menembusi D. menghilangkan

27. Kelaskan bahan makanan berikut berdasarkan rasa.

P Q R

P Q R

A. Manis Pahit Masam

B. Masin Manis Pahit

C. Masam Masin Manis

D. Pahit Masam Manis

28. Rasa adalah penting dalam kehidupan kita. Yang manakah tidak berkaitan dengan

kepentingan deria rasa?

A. Membolehkan kita mempunyai keinginan untuk sentiasa makan makanan

berkhasiat.

B. Membolehkan kita menikmati makanan dengan enak.

C. Membolehkan kita menghidu setiap makanan.

D. Membolehkan kita makan makanan kegermaran kita.

018/1 PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN | TAHUN 3

10 | DISEDIAKAN OLEH : ROSELIANA RUSLI

29. Model binaan sebuah kapal terbang yang dibina hendaklah dibuka bermula daripada

langkah akhir ke langkah awal pemasangan. Berikut ialah langkah-langkah untuk

membuka binaan tersebut.

Susun langkah-langkah yang betul untuk membuka model binaan tersebut.

A. P, Q, R, S C. R, Q, S, P

B. S, R, Q, S D. Q, P, S, R

30. Bahan yang menyerap air sesuai digunakan untuk mengelap air yang tumpah di atas

lantai. Antara objek berikut, yang manakah boleh menyerap air ?

A. Topi keledar C. Mop

B. Baju hujan D. Gelas kaca

31. Kita perlu memilih tanah yang sesuai untuk menanam pokok padi. Antara jenis tanah

berikut, yang manakah jenis tanah yang sesuai untuk menanam padi ?

A. Tanah gembut C. Tanah pasir

B. Tanah kebun D. Tanah liat

32. Ada objek yang tenggelam di dalam air. Ada juga objek yang timbul di permukaan air.

Antara objek-objek berikut, yang manakah akan tenggelam di dalam air?

A. Daun B. Pensel kayu C. Kunci D. Gabus

P. Buka komponen bahagian badan

Q. Buka komponen bahagian kipas

R. Buka komponen bahagian roda

S. Buka komponen bahagian ekor dan sayap

018/1 PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN | TAHUN 3

11 | DISEDIAKAN OLEH : ROSELIANA RUSLI

33. Apakah yang dimaksudkan dengan bahan magnet ?

A. Objek yang tidak boleh ditarik oleh magnet

B. Objek yang boleh ditarik oleh magnet

C. Objek yang boleh ditolak oleh magnet

D. Objek yang tidak boleh ditolak oleh magnet

34. Apabila dua kutub magnet yang sama didekatkan, magnet tersebut akan ___________

antara satu sama lain.

A. menolak C. meregang

B. menarik D. melentur

35. Antara bentuk-bentuk yang berikut yang manakah paling stabil ?

A. Silinder B. Piramid C. Sfera D. Prisma

36. Tanah ialah bahan yang terdapat di permukaan Bumi. Tanah sangat penting dalam

kehidupan. Terdapat beberapa jenis tanah di sekeliling kita. Salah satunya ialah tanah

liat. Antara berikut, yang manakah kandungan yang terdapat dalam tanah liat.

A. Kelodak C. Haiwan dan tumbuhan mereput

B. Pasir D. Batu kerikil

37. Antara berikut yang manakah akan mengeluarkan bunyi yang kuat ?

A. Bunyi jam loceng C. Bunyi siren kereta bomba

B. Bunyi lebah D. Bunyi kicauan burung

38. Antara berikut yang manakah menyambung serta menggerakkan roda, gear, takal dan

gegancu ?

A. Engkol C. Gandar

B. Pencantum D. Cincin rantai

018/1 PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN | TAHUN 3

12 | DISEDIAKAN OLEH : ROSELIANA RUSLI

39. Berikut ialah komponen dan bilangan yang diperlukan untuk membina model C-Kren

kecuali

40. Sistem pergerakan model C-kren mempunyai gegancu. Gegancu mempunyai sistem

pergerakannya sendiri. Apabila salah satu gegancu berpusing mengikut arah jam,

gegancu yang satu lagi akan bergerak ____________ arah jam dan kren tersebut

bergerak ke hadapan.

A. mengikut C. melompat

B. melawan D. menuruni

-SOALAN TAMAT-

Nama Komponen Bilangan

A. Gegancu besar 2

B. Gear besar 1

C. Takal 1

D. Cincin rantai 124