soalan pemahaman mgb

Upload: mohamad9677

Post on 26-Feb-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 Soalan Pemahaman MGB

    1/12

    1

    Soalan 1 hingga Soalan 18

    Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

    Soalan 1berdasarkan gambar di bawah.

    1. Nek Peah hanya mampu __________ badannya sahaja selepas dia disahkan

    menghidap penyakit lumpuh sebelah badan.

    A mengesot

    B mengheretC menganjak

    D menyorong

    2. Penyu betina itu ________ pasir untuk bertelur di pantai Rantau Abang.

    A mengais

    B menggaru

    C mengorek

    D mencungkil

    3. Kemenangan __________ merupakan kejayaan bersama. Tanpa bimbingan dan

    dorongan __________, pasti kemenangan ini sukar dicapai, kata Shahmizan

    kepada hadirin.

    A kami anda

    B saya kalian

    C kita mereka

    D mereka kamu

    4. Raihana sangat __________ bertutur dalam bahasa Jepun kerana ayahnya

    berketurunan Jepun.

    A fasih

    B akrab

    C cerdik

    D bijaksana

  • 7/25/2019 Soalan Pemahaman MGB

    2/12

    2

    5. Pedagang Cina itu __________ dengan jong ke Melaka sambil membawa kain

    sutera.

    A berdiam

    B belayar

    C berjalan

    D berkelana

    6. Abang terjatuh dari pokok kelapa dan kakinya patah. __________, doctor

    mengatakan bahawa kecederaannya itu tidak serius.

    A Justeru

    B Lantaran itu

    C Namun begitu

    D Oleh sebab itu

    7. Mak Long Leha merendam kacang hijau itu sehingga __________ sebelum dibuat

    bubur.

    A kurus

    B gemuk

    C empuk

    D kembang

    Soalan 8berdasarkan gambar di bawah.

    8. Mak Temah sedang tekun __________ 200 kajang atap nipah yang dipesan oleh

    pelanggannya di pelantar rumah.

    A menjalin

    B menekat

    C menyemat

    D menganyam

  • 7/25/2019 Soalan Pemahaman MGB

    3/12

    3

    9. Akmal membubuh se__________ kayu api dan beberapa __________ dau getah

    kering untuk menghidupkan unggun api.

    A rumpun cebis

    B keping gugus

    C punting helai

    D batang pokok

    10 . Pak Zahid berasa ______ apabila memanjat pokok kelapa yang ______ itu.

    A kebas rendang

    B gering runcing

    C lenguh lampai

    D gayat tinggi

    Soalan 11berdasarkan gambar di bawah.

    11. Dinding dapur rumah Mak Andak menjadi _________ kerana terkena jelaga dapurkayu.

    A kebiru-biruan

    B kehijau-hijauan

    C keungu-unguan

    D kehitam-hitaman

    12. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan berusaha menjadikan Malaysia sebagai

    destinasi __________ yang utama

    A ulang-alik

    B beli-belah

    C gerak-geri

    D lalu-lalang

  • 7/25/2019 Soalan Pemahaman MGB

    4/12

    4

    Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah

    13. Pak Kalang menjadikan kerja membuat sape sebagai _________ keluarganya.

    A mata hati

    B mata petai

    C mata duitan

    D mata pencarian

    14. Hanya kerana adiknya yang terlibat dengan penagihan dadah, semua keluarga

    Faizah mendapat malu ibarat __________ .

    A sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua

    B seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit

    C tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata

    D untung sabut timbul, untung batu tenggelam

    15. Lengkaplah diri kalian dengan ilmu pengetahuan, __________ kalian akan dihormatioleh masyarakat, pesan Tok Ngah kepada cucu-cucunya.

    A agar

    B supaya

    C nescaya

    D manakala

    16. Puan Hanim meletakkan gubahan bunga yang dibelinya di __________ ruang tamu

    rumahnya.

    A belakang

    B depan

    C sudut

    D bucu

  • 7/25/2019 Soalan Pemahaman MGB

    5/12

    5

    17. Pembangunan di Bandar Raya Kuala Lumpur amat __________ .

    A ligat

    B pesat

    C cepat

    D deras

    18. Beg udara yang dipasang pada stereng kereta mewahnya itu telah menyelamatkan

    Tengku Razif __________ cedera teruk dalam kemalangan yang berlaku

    __________ awal pagi semalam.

    A dari .. di

    B dari .. pada

    C daripada .. diD daripada .. pada

    19 . Laksamana Hang Tuah dan lima sahabatnya sedang ______ Sultan Melaka di

    balairung seri.

    A merafak

    B mencemar

    C menghadap

    D menjunjung

    20. Kami juga turut __________ dengan pembantu utama Encik Marzuki, iaitu Encik

    Faris.

    A mengenali

    B perkenalkan

    C mengenalkan

    D diperkenalkan

    Pilih perkataan seertibagi perkataan yang bergaris.

    21. Walaupun berketurunan Cina, namun Cheng Tat tidak canggung makan nasi dengan

    tangan.

  • 7/25/2019 Soalan Pemahaman MGB

    6/12

    6

    Pilih perkataan seerti bagi canggung.

    A keliru

    B kesal

    C kekok

    D kecut

    Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.

    22. Pak Rahman menyandarkan basikal tuanya pada perdu pokok ara lalu berjalan ke

    arah sungai untuk menjala ikan.

    Pilih perkataan berlawan bagi perdu.

    A pangkal

    B batang

    C pucuk

    D kaki

    Soalan 23

    Pilihjawapan yang paling sesuaibagi ayat tanya di bawah.

    23. Apakah yang sedang dilakukan oleh penduduk Kampung Buntal?

    A Mereka berehat selepas kerja mendirikan khemah diadakan.

    B Mereka diarahkan supaya membina khemah tetamu dengan segera.

    C Mereka sedang mendirikan khemah tetamu untuk majlis rumah terbuka itu.

    D Mereka berpakat untuk mendirikan khemah semasa majlis rumah terbuka itu.

    Pilihayat tanya yang paling sesuaibagi ayat di bawah.

    24. Ya, sejuk! Untung saya bawa baju tebal, jika tidak pasti menggigil.

    A Benarkah udara sejuk di Genting Highlands?

    B Mengapakah udara di Genting Highlands sejuk?

    CApakah keuntungan yang kita dapat jika membawa baju tebal?

    D Perlukah saya membawa baju tebal untuk ke Genting Highlands?

  • 7/25/2019 Soalan Pemahaman MGB

    7/12

    7

    Soalan 25 hingga Soalan 26

    Pilih ayat yang sama maksuddengan ayat yang diberikan.

    25. Kavita, ceritakanlah pengalaman kamu semasa bercuti di Bali kepada kami, kata

    Rini dan Mei Lin.

    A Rini dan Mei Lin meminta mereka menceritakan pengalaman Kavita

    semasa bercuti di Bali.

    B Rini dan Mei Lin meminta Kavita menceritakan pengalamannya

    semasa bercuti di Bali kepada kami.

    C Rini berpesan kepada Kavita untuk menceritakan pengalamannya

    semasa bercuti di Bali kepada Mei Lin.

    D Rini dan Mei Lin meminta Kavita menceritakan pengalamannya

    semasa bercuti di Bali kepada mereka.

    26. Dengan bersukan, tubuh kita akan menjadi cergas manakala minda akan menjadi

    cerdas.

    A Kita bersukan apabila tubuh menjadi cergas manakala minda menjadi cerdas.

    B Kecergasan tubuh serta kecerdasan minda kita akan terbentuk jika bersukan.

    C Dengan tubuh yang cergas dan minda yang cerdas, kita bersukan.

    D Tubuh yang cergas menjadikan minda kita cerdas jika bersukan.

    Soalan 27 hingga soalan 28

    Pilih ayat-ayat yang menggunakanperkataanbergarisdengan betul .

    27 . I Tuntutlah panduan selagi kita masih muda dan bertenaga.

    II Doktor turut memberikan buku panduan kesihatan kepada datuk.

    III Pramugari itu memberikan panduan keselamatan di dalam pesawat.

    IV Semua penduduk kampung diberi panduan agar tidak melalui jalan itu.

    A I dan II

    B I dan III

    C II dan III

    D III dan IV

  • 7/25/2019 Soalan Pemahaman MGB

    8/12

    8

    28. I Hasan menyusup melalui pintu belakang banglo itu untuk menyiasat.

    II Kedinginan malam di Tanah Tinggi Cameron itu menyusup ke tulangku.

    III Rajan menyusup maklumat sulit itu ke dalam peti besi lalu menguncinya.

    IV Chiu Li menyusup majalah kesihatan kegemaran abangnya ke bawah bantal.

    A I dan II

    B I dan III

    C I,III dan IV

    D I,II, III dan IV

    Soalan 29 hingga Soalan 30

    Pilih ayat-ayat yang betul.

    29. I Nisa berasal daripada sebuah keluarga yang miskin.

    II Sebuah mini perpustakaan telah dibina di kampong saya.

    III Industri pelancongan telah meningkatkan pendapatan negara.

    IV Setiap orang pelajar mempunyai cara yang tersendiri sewaktu belajar.

    A I dan III sahaja

    B II dan IV sahaja

    C I, II dan III sahaja

    D II, III dan IV sahaja

    30. I Yang singgah di makmal Doktor Azli itu siapakah?

    II Mengapa kita akan mula mengemas makmal komputer?

    III Cara untuk membuat replika gunung berapi itu bagaimana?

    IV Kamukah yang mengambil Ensiklopedia Sains Angkasa daripada ayah?

    A I dan II sahaja

    B I dan III sahaja

    C II dan IV sahaja

    D III dan IV sahaja

  • 7/25/2019 Soalan Pemahaman MGB

    9/12

    9

    Soalan 31 hingga Soalan 35

    Baca petikan dialog di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

    Semasa menantikan sesi pembelajaran pada pagi itu bermula, Diana dan Jenny bersarapan

    di kantin sambil berbual-bual tentang hobi masing-masing.

    Diana : Jenny, apakah hobi kamu pada masa senggang?

    Jenny : Saya suka mengumpul setem dan sampul surat hari pertama. Apakah pula

    hobi kamu, Diana?

    Diana : Saya pula suka membaca buku cerita, terutamanya buku cerita bercorak

    penyiasatan, sains fiksyen dan pengembaraan. Antara penulis yang paling

    saya minati ialah Tommy Jesse.

    Jenny : Saya tahu kamu memang ulat buku. Apakah kebaikan hobi kamu itu?Diana : Banyak kebaikan yang saya peroleh daripada hobi saya ini, Jenny. Saya

    dapat menambah ilmu pengetahuan melalui pembacaan saya. Dalam buku

    cerita yang saya baca, terdapat fakta-fakta baru tentang sesuatu perkara.

    Melalui pembacaan itu, saya dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang

    pelbagai bidang. Apakah kebaikan hobi kamu pula, Jenny?

    Jenny : Saya juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan daripada setem dan

    sampul surat hari pertama yang saya kumpul. Pada setem yang saya kumpul

    ada dinyatakan maklumat tentang gambar yang dicetak pada setem tersebut.

    Manakala pada sampul surat hari pertama pula terdapat nota pendek tentang

    sesuatu peristiwa, perayaan atau sebagainya yang istimewa. Ini secara tidaklangsung menambahkan pengetahuan saya dalam pelbagai bidang seperti

    kebudayaan, makanan, pakaian dan sebagainya. Apakah lagi kebaikan hobi

    kamu itu?

    Diana : Saya juga dapat menambah perbendaharaan kata saya melalui pembacaan

    saya. Saya akan mencatatkan perkataan baru dan perkataan susah daripada

    buku cerita dan mencari maknanya di dalam kamus.

    Jenny : Begitu juga dengan saya. Saya dapat menggunakan pengetahuan tentang

    sesuatu perkara semasa menulis karangan.

    Diana : Selain itu, saya juga banyak mendapat pengajaran daripada cerita yang saya

    baca.

    Jenny : Ya, saya bersetuju dengan kata-kata kamu itu. Pada waktu rehat nanti,

    bolehlah saya ikut kamu ke perpustakaan. Saya pun hendak meminjam

    buku cerita juga.

    Diana : Boleh, apa salahnya, Jenny.

  • 7/25/2019 Soalan Pemahaman MGB

    10/12

    10

    31. Apakah yang dilakukan oleh Diana dan Jenny di kantin sekolah?

    A Bertugas di kantin

    B Mengulang kaji pelajaran

    C Menjual makanan di kantin

    D Bersarapan sambil berbual-bual

    32. Antara kebaikan yang diperoleh Diana daripada hobinya adalah ..

    A menambahkan ilmu pengetahuan

    B menambahkan keayuan wajah

    C membentuk keyakinan diri

    D menambahkan kenalan

    33. Bagaimanakah Jenny dapat memperoleh maklumat melalui sampul surat haripertama yang dikumpulnya?

    A Melayari internet

    B Bertanyakan kepada guru

    C Membuat ulang kaji di rumah

    D Membaca nota pendek pada

    sampul surat hari pertama itu.

    34. Pilih pernyataan yang benar berdasarkan petikan.

    A Jenny gemar membaca buku cerita bercorak fiksyen dan pengembaraan.

    B Diana sangat gemar mengumpul sampul surat hari pertama dan setem.

    C Jenny hendak mengikut Diana meminjam buku semasa waktu rehat.

    D Jenny dapat menambahkan perbendaharaan katanya melalui pembacaan.

    35. Rangkai kata masa senggangdalam petikan bermaksud ..

    A masa hadapan

    B masa lapangC masa belajar

    D masa rehat

  • 7/25/2019 Soalan Pemahaman MGB

    11/12

    11

    Soalan 36 hingga Soalan 40

    Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

    Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, guru-guru

    penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Pada hari ini, saya akan

    menyampaikan syarahan bertajuk, Kekurangan Tabiat Membaca dalam Kalangan Murid.

    Hadirin yang saya hormati,

    Melalui kegiatan membaca, ilmu pengetahuan seseorang akan bertambah. Hal ini

    demikian kerana amalan membaca itu merupakan jambatan ilmu. Ilmu itu pula merupakan

    penyuluh hidup. Malang sekali, tidak ramai murid yang menjadikan tabiat membaca sebagaisebahagian daripada gaya hidup seharian mereka.

    Sebagai buktinya di sekolah, ramai dalam kalangan murid yang jarang-jarang

    membaca buku terutamanya pada waktu rehat. Mereka lebih gemar berbual-bual dan

    bermain di padang. Malah, mereka juga jarang mengunjungi perpustakaan sekolah.

    Guru-guru dan rakan-rakan,

    Selain itu, kekurangan aktiviti atau program yang menggalakkan murid-murid

    membaca di sekolah juga menyebabkan mereka tidak gemar membaca. Seharusnya pihaksekolah membanyakkan program yang dapat menarik minat murid untuk membaca seperti

    Program Bacathon. Penganjuran program ini dapat mendidik mereka agar rajin membaca.

    Di samping itu, mengadakan sebuah perpustakaan mini di rumah juga dapat

    menyemai budaya suka membaca dalam diri murid. Dengan adanya perpustakaan mini,

    murid-murid berpeluang menambahkan pengetahuan mereka di rumah sendiri.

    Sehubungan dengan itu, semua pihak harus sedar dan bekerjasama menanam tabiat

    membaca dalam kalangan murid.

    Sekian, terima kasih.

  • 7/25/2019 Soalan Pemahaman MGB

    12/12

    12

    36. Amalan membaca sangat penting untuk ..

    A dijadikan gaya hidup seharian.

    B meluaskan pengalaman seseorang.

    C menambahkan ilmu pengetahuan seseorang.

    D membentuk tabiat meminjam buku dalam kalangan murid.

    amalan membaca itu merupakan jambatan ilmu

    37. Apakah maksud pernyataan di atas?

    A Jambatan ilmu itu ialah sikap gemar membaca.

    B Memang sukar memperoleh ilmu pengetahuan.

    C Sikap gemar membaca dapat meluaskan pengetahuan.D Pengetahuan tidak akan diperoleh dengan hanya membaca buku.

    38. Mengapakah pihak sekolah harus membanyakkan aktiviti membaca?

    A Dapatmenarik minat murid untuk membaca

    B Untuk memeriahkan Kempen Membaca

    C Dapat mengisi masa lapang murid

    D Untuk menyahut seruan kerajaan

    39. Apakah tujuan utama pembinaan sebuah perpustakaan mini di rumah?

    A Mengajar murid-murid tentang pentingnya perpustakaan mini

    B Supaya murid-murid berpeluang untuk menambah ilmu

    C Untuk menyimpan pelbagai koleksi buku di rumah

    D Menjadikan sudut rumah kelihatan lebih menarik

    40. Rangkai kata sedar dan bekerjasamabermaksud ______ .

    A insaf

    B yakin

    C berani

    D prihatin

    - KERTAS SOALAN TAMAT