soalan pemahaman

Upload: zilasyirah

Post on 14-Jan-2016

11 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bahasa malaysia tahun 3

TRANSCRIPT

Bahagian A (30 markah)Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Bangkai haiwan di tepi jalan itu berbau ____________.a. harumb. busukc. nyamand. wangi

2. Pelajar-pelajar yang ____________ itu telah dirotan oleh guru besar.a. tinggib. rajinc. nakald. keras

3. Setelah mengalami sakit perut, dia berasa ____________ untuk membeli minuman di tepi jalan lagi.a. serikb. ngeric. gentard. gembira

4.

Emak sedang ____________ air di dapur.a. memotong b. menjerangc. membasuhd. melerai

5. Pak Samad ____________ kambingnya di pokok.a. menambatb. mengikatc. meletakd. menitip

6. Kak Arina sedang ____________ ikan yang baru dibeli.a. membelahb. menyiangc. memotong d. menghiris

7.

Kami mendengar penerangan cikgu ____________ mencatat nota penting.a. makab. tetapic. sehinggad. sambil

8. Ayah lewat tiba di rumah ____________ terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.a. supayab. laluc. keranad. malah

9. Lawatan ke Muzium Negara akan diadakan pada hari esok _____________ lusa?a. danb. atauc. tetapid. sambil

10.

Azman berbasikal ke sekolah ____________ setiap pagi.a. dib. padac. darid. daripada

11. Keropok itu dibuat ____________ ikan tamban.a. dib. ke c. dari d. daripada

12.

Swee Ling ialah seorang pekebun teh. ____________ memetik daun teh di ladangnya pada setiap pagi. a. Diab. Bagindac. Kamud. Kita

13. ____________ telah sepakat untuk membawa emak ke Mekah pada tahun ini, kata Abang Long.a. Merekab. Sayac. Kamid. Dia

14. _____________, berani kau menuduh aku begitu!a. Cisb. Ohc. Amboid. Aduhai

15. _____________, bagaimanalah nasib aku selepas ini!a. Haib. Wah c. Aduhd. Aduhai ( /30 markah)

Bahagian B (10 Markah)i. Pilih soalan yang paling sesuai dengan jawapan yang diberi.

16. Bilik badrul gelap kerana lampunya rosak.a. Bilakah bilik Badrul gelap?b. Mengapakah Badrul duduk di dalam gelap?c. Mengapakah bilik Badrul gelap?d. Siapakah yang berada di dalam bilik gelap itu?

17. Mereka berkelah di Sungai Congkak.a. Di mana mereka pergi berkelah?b. Mengapa berkelah di Sungai Congkak?c. Di mana letaknya Sungai Congkak?d. Apakah keistimewaan Sungai Congkak?

ii. Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberi

18. Bilakah Aisyah menonton televisyen?a. Aisyah menonton televisyen pada waktu lapang.b. Aisyah menonton televisyen bersama adiknya.c. Aisyah menonton televisyen di ruang tamu.d. Aisyah suka menonton rancangan kartun.

19. Berapa orangkah yang akan menyertai perkhemahan itu?a. Perkhemahan itu diadakan di Tasik Kenyir.b. Mereka akan bertolak pada pukul 7 pagi esok. c. Cikgu Sarimah akan mengiringi peserta perkhemahan tersebut.d. Jumlah peserta perkhemahan itu adalah seramai 30 orang.

20. Adakah awak pernah ke Pulau Kapas?a. Cuaca di sana sangat sejuk.b. Pulau Kapas terletak di dalam negeri Terengganu.c. Saya pernah ke Pulau Kapas tahun lepas.d. Seronoknya jika saya dapat ke sana.

( /10 markah)

Bahagian C (20 Markah)Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan berikut.Semut adalah sejenis serangga yang tinggal di dalam lubang atau di atas pokok. Semut tinggal secara berkumpulan. Di dalam masyarakat semut ada satu masyarakat semut yang tersusun. Ia terdiri daripada permaisuri, menteri-menteri, askar-askar, hamba-hamba dan sebagainya. Semut amat menggemari benda-benda yang manis seperti madu dan gula.Masyarakat semut ini diperintah oleh permaisuri. Kerajinan dan ketertiban semut bekerja amat mengagumkan. Jika diperhatikan semut akan berjalan secara sederet dan tidak akan kelihatan seekor pun yang menyimpang. Antara sikap semut yang boleh dicontohi ialah bekerjasama, taat dan disiplin yang tinggi. Sikap ini harus ada dalam diri seseorang dalam melakukan sebarang pekerjaan.

7

21. Semut hidup ____________.a. seorang dirib. bertiga c. berkumpuland. bekerluarga

22. Semut suka makan ____________.a. sayur-sayuranb. madu c. vitamind. ikan

23. Masyarakat semut mempunyai sistem pentadbiran yang baik kerana ____________.a. keluar bekerja secara sendirianb. makan benda yang manisc. tinggal di dalam lubangd. mempunyai masyarakat yang tersusun 24. Apakah amalan semut yang tidak boleh diikuti oleh manusia?a. Rajin bekerjab. Suka berkawanc. Cara pemakanand. Cara bekerja

25. Apakah yang dilakukan oleh semut apabila menerima arahan daripada permaisuri?a. Menjalankan tugas dengan sambil lewa.b. Menjunjung permaisuric. Menjauhkan diri daripada permaisurid. Menjalankan tugas dengan taat

( /10 markah)Baca petikan kemudian jawab soalan-soalan di bawah.

Kuala Selangor, 18 September Suatu kemalangan jalan raya telah berlaku antara sebuah lori dengan sebuah kereta pada awal pagi semalam. Tiga orang pemuda cedera parah dalam kemalangan itu. Menurut saksi, kemalangan itu berpunca daripada keadaan jalan raya yang licin akibat hujan lebat. Pemandu lori itu gagal mengawal lori yang dipandu laju. Pemandu tersebut cuba mengelak sebuah motorsikal lalu bertembung dengan kereta mangsa. Kecelakaan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk. Bagaimanapun, pihak polis berjaya mengawal keadaan tersebut.

26. Di manakah kemalangan itu berlaku?a. Bandarb. Kuala Selangorc. Jalan Kenanga

27. Berapa orangkah yang mengalami cedera parah?a. Seorangb. Dua orangc. Tiga orangd. Empat orang

28. Kemalangan itu berlaku antara lori dengan ___________.a. motorsikalb. pejalan kakic. keretad. polis

29. Apakah punca kemalangan tersebut?a. Jalan licinb. Hujan lebatc. Lalu lintas yang sesakd. Kecuaian pemandu kereta

30. Bagaimanakah kesesakan lalu lintas dapat dikawal?a. Pertolongan dari hospital.b. Pertolongan dari pihak bomba.c. Pertolongan dari pihak polis.d. Kerjasama daripada pengguna-pengguna jalan raya. ( /10 markah)