soalan pemahaman
DESCRIPTION
BMTRANSCRIPT
-
SULIT
PEJABAT PELAJARAN DAERAH HILIR PERAK
AGREASIF KE ARAH A REALITI (AKAR) UJIAN KHAS UPSR 2014
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN (SJKC/SJKT) 021/031
50 minit Lima puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu sahaja jawapan yang paling sesuai. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian, hitamkan jawapan yang baru.
Kertas soalan ini mengandungi hanya 12 halaman bercetak.
021/031 2014 Hak Cipta Unit Pengurusan Akademik [Lihat halaman sebelah] Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak SULIT
-
SULIT 2 021/031
Soalan 1 hingga Soalan 20 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. 1. ______________ berkenan untuk merasmikan Pesta Citrawarna di Stadium Bukit Jalil,
kata pegawai istana.
A Beta B Patik C Hamba D Baginda
2. Semalam ____________ gembira ke rumah nenek, kata kembar seiras itu kepada rakan
mereka.
A kita B saya C kami D kalian
Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah. 3. Kami diminta oleh guru Pendidikan Jasmani ________ tangan semasa latihan senaman
itu.
A mendepakan B menjulurkan C mengangkat D menghulurkan
021/031 2014 Hak Cipta Unit Pengurusan Akademik [Lihat halaman sebelah]Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak SULIT
-
SULIT 3 021/031
4. Armin berasa ___________ apabila berada di tempat yang tinggi.
A gayat B gerun C gelisah D sayu
5. ________ minggu lalu, saya sekeluarga bercuti ________ Pulau Langkawi selama tiga hari.
A Di ... dari B Pada ... di C Sejak ... ke D Dari ... hingga
6. Ibu memerah tuala dan pakaian yang basah itu ________ menyidainya di ampaian sebelum pergi ke pasar.
A lalu B kerana C sambil D malahan
Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.
7. Perajurit yang gagah berani itu telah _______________ sewaktu mempertahankan tanah airnya.
A pengorbanan B berkorban C terkorban D dikorban
021/031 2014 Hak Cipta Unit Pengurusan Akademik [Lihat halaman sebelah]Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak SULIT
-
SULIT 4 021/031
Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.
8. Chai Zhi Leong sedang _____________ air soya ke dalam gelas sambil diperhatikan oleh
ibunya. A menuang B menyimbah C merenjis D menjirus
9. Pada setiap pagi, ayah akan makan telur masak___________.
A sesetengah B sebahagian C separuh D seluruh
10. Encik Ahmad ___________ melawat jirannya di hospital.
A dapat B boleh C hendak D harus
11. Faruk menyelak muka surat buku sehelai __________ sehelai.
A demi
B bagi C pada D dari
12. Muka Pak Ayob ___________akibat disengat lebah ketika membersihkan dusunnya.
A pucat- lesi B calar-balar C herot-berot D bengkak-bengkil
021/031 2014 Hak Cipta Unit Pengurusan Akademik [Lihat halaman sebelah]Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak SULIT
-
SULIT 5 021/031
13. Beg yang berat itu tidak ____________ oleh abang.
A diangkat B terangkat C berangkat D mengangkat
Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.
14. Johan sedang memaku ______________ tingkap rumahnya.
A kekisi B kekuda C tetupai D jejari
15. Adam mengambil __________ isi ikan merah yang dimasak oleh ibunya.
A segenggam B sekepal C secubit D secalit
16. Omar menggunakan wang diberikan oleh ayahnya __________membeli sebuah kamus.
A untuk B agar C lalu D demi
021/031 2014 Hak Cipta Unit Pengurusan Akademik [Lihat halaman sebelah]Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak SULIT
-
SULIT 6 021/031
17. Faridah membaca ___________ pantun dengan suara yang kuat.
A seuntai B sebaris C sepatah D serangkap
18. Pelbagai hidupan laut yang cantik terdapat di ____________ laut.
A hujung B celah C bawah D dasar
19. Bunga mawar yang ditanam oleh emaknya di taman itu sedang mekar.
Pilih perkataan seerti bagi mekar
A layu B hidup C kuncup
D kembang 20. Susu pekat itu sangat manis. Pilih perkataan berlawan bagi pekat
A lembik B beku C likat D cair
Soalan 21 dan 22 Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 21. I Buah rambutan itu sangat manis. II Senyuman Aminah begitu manis sekali. III Anak perempuan tidak manis dipandang orang jika lewat malam baru pulang
ke rumah. IV Air laut rasanya manis.
A I,II dan III B I,II dan IV C I,III dan IV D II,III dan IV
021/031 2014 Hak Cipta Unit Pengurusan Akademik [Lihat halaman sebelah]Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak SULIT
-
SULIT 7 021/031
22. I Pegawai yang makan suap itu telah ditangkap. II Perjalanan kami tadi makan masa selama setengah jam. III Letupan bom itu telah makan beberapa buah bangunan. IV Kemalangan itu berpunca daripada brek keretanya yang tidak makan.
A I,II dan III B I, II dan IV C I,III dan IV D II,III dan IV
23. Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang diberi.
Siapakah yang membuat gasing ini?
A Gasing ini belum dibuat lagi. B Gasing ini akan dipamerkan di galeri seni. C Lelaki tua itulah yang membuat gasing ini. D Lelaki tua itu akan membuat gasing ini.
24. Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi. Permainan tradisional yang paling digemari oleh mereka ialah galah panjang.
A Siapakah permainan tradisional yang paling digemari oleh mereka? B Apakah permainan tradisional yang paling digemari oleh mereka? C Mengapakah permainan tradisional yang digemari oleh mereka? D Bagaimanakah permainan tradisional yang digemari oleh mereka?
Soalan 25 dan 26 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 25. Vitamin C dalam buah limau baik untuk kesihatan.
A Kesihatan yang baik terdapat dalam Vitamin C buah limau. B Buah limau mengandungi Vitamin C yang baik untuk kesihatan. C Buah limau yang sihat mengandungi Vitamin C. D Kesihatan buah limau ialah Vitamin C.
021/031 2014 Hak Cipta Unit Pengurusan Akademik [Lihat halaman sebelah]Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak SULIT
-
SULIT 8 021/031
26. Zainab, ambilkan saya pinggan itu,kata Wati.
A Zainab menyuruh Wati mengambil pinggan itu untuknya. B Pinggan itu diambil oleh Wati dan diberikan kepada Zainab. C Zainab diminta oleh Wati supaya meletakkan pinggan yang diberinya itu. D Wati meminta Zainab mengambil pinggan itu untuknya.
Soalan 27 dan 28 Pilih ayat yang betul. 27. A Para-para peserta dikehendaki mendaftarkan diri pada hari Ahad depan.
B Azmi mencatat segala barang-barang yang hendak dibeli. C Dahanum sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kebakaran itu . D Berbagai jenis makanan dijual di gerai itu .
28. I Mereka saling bantu-membantu ketika bergotong-royong.
II Mereka bertolak-tolakan ketika peraduan itu diadakan. III Mereka patut saling hormat menghormati jiran tetangga. IV Mereka saling memandang ketika bertemu di dewan.
A II dan IIII sahaja B II dan IVsahaja C I ,II dan III sahaja D I, II, III, dan IV
Soalan 29 dan 30 Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai. 29. Sikap Mona _________________________dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang guru
beri tentu susah untuk mencapai kejayaan.
A bagai anjing dengn kucing B bagai menatang minyak yang penuh C bagai melepaskan batok di tangga D bagai dakwat dengan kertas
30. Semua murid __________________ untuk mendengar taklimat Program Hari
Kokurikulum yang akan diadakan di Hutan Lipur Ulu Licin, Beruas pada minggu depan.
A ambil hati B ambil berat C pasang badan D pasang telinga
021/031 2014 Hak Cipta Unit Pengurusan Akademik [Lihat halaman sebelah]Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak SULIT
-
SULIT 9 021/031
Soalan 31 hingga soalan 35 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya.
KERACUNAN MAKANAN
PANTAI REMIS, 22 FEBRUARI Seramai 20 orang murid Sekolah Kebangsaan Kampung
Selamat telah mengalami keracunan makanan. Mereka telah dihantar ke Pusat Kesihatan Pantai
Remis untuk mendapatkan rawatan oleh guru-guru sekolah berkenaan. Kejadian ini mula berlaku
pada pukul 11.30 pagi selepas waktu rehat. Kejadian ini telah disedari oleh guru yang bertugas
pada minggu tersebut iaitu Puan Hajah Saleha binti Puteh.
Kejadian ini kemungkinan besar berlaku akibat daripada nasi lemak yang dijual di kantin
sekolah. Kebanyakan murid yang memilih menu tersebut telah mengalami sakit perut dan
muntah-muntah. Seramai lapan orang murid mengalami sakit perut yang serius. Pihak sekolah
telah mengambil tindakan pantas dengan membawa murid-murid yang keracunan makanan untuk
mendapatkan rawatan. Pengusaha kantin pula dilarang meneruskan aktiviti jualan makanan pada
hari tersebut. Pejabat Pelajaran Daerah Manjung juga telah dimaklumkan tentang kejadian ini.
Sehingga pukul 4.00 petang, seramai dua belas orang murid telah dihantar ke Hospital
Seri Manjung untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Keadaan mereka pada ketika ini agak
stabil. Sementara itu murid-murid yang lain telah dibenarkan pulang. Pusat Kesihatan Pantai
Remis telah mengesahkan semua murid ini telah mengalami keracunan makanan. Wakil Pusat
Kesihatan Pantai Remis telah datang melawat kantin sekolah berkenaan. Kantin sekolah
diarahkan tutup serta-merta. Pengusaha kantin itu telah diminta untuk membersihkan kawasan
kantin dan sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Kantin sekolah hanya akan dibuka
sekiranya pihak Pusat Kesihatan berpuas hati dengan tahap kebersihan kantin tersebut.
021/031 2014 Hak Cipta Unit Pengurusan Akademik [Lihat halaman sebelah]Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak SULIT
-
SULIT 10 021/031
31. Apakah yang menyebabkan keracunan makanan di sekolah tersebut?
A Kuih yang dijual B Nasi lemak yang dijual C Makanan yang dijual D Minuman yang dijual
32 Apakah tanda-tanda awal yang menunjukkan murid-murid mengalami keracunan makanan?
A Sakit perut B Muntah-muntah C Sakit perut yang serius D Sakit perut dan muntah-muntah
33 Berapakah jumlah bilangan murid yang serius ketika mengalami keracunan makanan?
A 8 B 10 C 12 D 20
34 Siapakah yang mengarahkah pengusaha kantin menutup perniagaan mereka?
A Pejabat Pelajaran Daerah Manjung B Pusat Kesihatan Pantai Remis C Guru yang bertugas D Guru Besar
35 Semua penyataan di bawah benar tentang petikan kecuali ________________
A Pusat Kesihatan Pantai Remis mengambil mangsa di sekolah untuk dirawat.
B Pejabat Pelajaran Daerah Manjung tidak dimaklumkan oleh pihak sekolah. C Pengusaha kantin diarahkan menutup perniagaan mereka. D Guru Besar telah menyedari kejadian keracunan makanan.
021/031 2014 Hak Cipta Unit Pengurusan Akademik [Lihat halaman sebelah]Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak SULIT
-
SULIT 11 021/031
Soalan 36 hingga soalan 40
Baca dan fahami petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan di bawah ini.
Kegiatan kokurikulum dijalankan di semua sekolah. Kegiatan kokurikulum bermaksud aktiviti
yang dijalankan di luar bilik darjah. Semua murid diwajibkan menyertainya. Ada tiga jenis
aktiviti yang dijalankan iaitu kelab, permainan dan unit beruniform.
Dengan menyertai kegiatan-kegiatan ini murid-murid akan memperoleh banyak faedah.
Antaranya, murid-murid dapat menambah ilmu pengetahuan. Contohnya, melalui pengakap
murid-murid akan belajar jenis-jenis ikatan, cara mendirikan khemah dan sebagainya. Seterusnya
kegiatan ini dapat mengelakkan diri murid-murid daripada membuang masa dengan kerja-kerja
yang tidak berfaedah. Contohnya melepak, merayau-rayau, bergaul dengan budak-budak nakal
dan sebagainya.
Tidak ketinggalan juga semasa menjalani aktiviti kokurikulum murid-murid boleh
berbincang dan bertukar-tukar fikiran tentang aktiviti yang dijalankan. Dengan itu dapat
mengeratkan tali persahabatan.Di samping itu murid-murid akan memperoleh sijil penyertaan
bagi unit-unit yang disertai. Sijil penyertaan ini sangat berguna apabila murid-murid memohon
memasuki sekolah berasrama atau universiti. Itulah antara faedah murid-murid menyertai
kegiatan kokurikulum. Oleh itu, murid-murid digalakkan menyertainya.
36. Apakah kegiatan yang diwajibkan di sekolah-sekolah?
A Pengakap B Kurikulum C Permainan D Kokurikulum
021/031 2014 Hak Cipta Unit Pengurusan Akademik [Lihat halaman sebelah]Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak SULIT
-
SULIT 12 021/031
021/031 2014 Hak Cipta Unit Pengurusan Akademik [Lihat halaman sebelah]Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak SULIT
37. Perkataan mengeratkan dalam petikan di atas bermaksud
A mengikatkan B meningkatkan C mengukuhkan D mendekatkan
38 Mengapakah murid-murid tidak digalakkan mensia-siakan masa?
A Supaya murid-murid disayangi guru-guru B Supaya prestasi pelajaran tidak merosot C Supaya terhindar daripada perlakuan negatif D Supaya senang memasuki sekolah berasrama
39 Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah-sekolah terbahagi kepada _________
A tiga jenis. B empat jenis. C lima jenis. D enam jenis.
40 Pilih pernyataan yang tidak benar.
A Aktiviti kokurikulum dimestikan kepada semua murid. B Melalui permainan murid-murid dapat bergaduh sesama sendiri. C Aktiviti pengakap dapat melatih murid-murid hidup berdikari. D Sijil kokurikulum berguna apabila memohon memasuki sekolah
berasrama.
KERTAS SOALAN TAMAT