soalan oll

3
TUGASAN PSV3104 ASAS SENI REKA SYAFIQ ACKMAL BIN SAIDI ( PISMP MATEMATIK 1 ) Pengertian Asas Seni Reka Asas seni reka merupakan pengetahuan tentang unsur seni dan prinsip rekaan. Sangat penting dalam penghasilan karya. Karya seni yang baik adalah hasil gabungjalin antara unsur seni dan prinsip rekaan. Unsur-Unsur Seni Unsur-unsur seni dapat dibahagikan kepada enam unsur: a) Garisan - cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. b) Rupa - hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya. Terbahagi kepada dua iaitu rupa geometri (segitiga, segi empat dll) dan rupa organic (bebas cth: daun, buah, batu) c) Bentuk - mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan. Terbahagi kepada dua iaitu bentuk konkrit ( sebenar atau sifat 3D) dan bentuk ilusi (ilutrasi/gambar) d) Jalinan - kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda. Terbahagi kepada dua iaitu jalinan sentuh (boleh sentuh/rasa) dan jalinan tampak ( tidak boleh sentuh)

Upload: noraina-mahat

Post on 24-Dec-2015

227 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Oll

TUGASAN PSV3104 ASAS SENI REKA

SYAFIQ ACKMAL BIN SAIDI ( PISMP MATEMATIK 1 )

Pengertian Asas Seni Reka

Asas seni reka merupakan pengetahuan tentang unsur seni dan prinsip rekaan. Sangat

penting dalam penghasilan karya. Karya seni yang baik adalah hasil gabungjalin antara

unsur seni dan prinsip rekaan.

Unsur-Unsur Seni

Unsur-unsur seni dapat dibahagikan kepada enam unsur:

a) Garisan - cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-

jarak tertentu.

b) Rupa - hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya.

Terbahagi kepada dua iaitu rupa geometri (segitiga, segi empat dll) dan rupa

organic (bebas cth: daun, buah, batu)

c) Bentuk - mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu

permukaan. Terbahagi kepada dua iaitu bentuk konkrit ( sebenar atau sifat 3D)

dan bentuk ilusi (ilutrasi/gambar)

d) Jalinan - kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda. Terbahagi

kepada dua iaitu jalinan sentuh (boleh sentuh/rasa) dan jalinan tampak ( tidak

boleh sentuh)

e) Ruang - kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek, atau rongga

dalam sesuatu objek. Juga dibahagikan kepada dua iaitu ruang nyata (ruang

sebenar) dan ruang tampak (lukisan).

f) Warna - tindak balas cahaya ke atas permukaan atau objek di alam sekeliling.

Terbahagi kepada tiga iaitu warna asas (tidak boleh dihasilkan melalui campuran

warna lain cth merah, biru, kuning), warna sekunder (campuran dua warna asas

cth hijau, ungu, jingga) dan warna tertier (campuran satu warna asas dengan

satu warna sekunder)

Page 2: Soalan Oll

TUGASAN PSV3104 ASAS SENI REKA

Prinsip Rekaan Seni Reka.

Prinsip seni reka dibahagikan kepada 7 iaitu:

a) Harmoni - wujud di alam sekeliling apabila munculnya susunan atau ulangan

unsur-unsur seni mengikut cara atau gaya yang tertentu. Tujuan menghasilkan

kesan harmoni adalah untuk menarik perhatian pada sesuatu gubahan, objek

atau imej.

b) Penegasan - sesuatu yang boleh menarik perhatian dan tumpuan kepada

pemerhatian tampak. Ianya berfungsi sebagai daya penarik, pemusatan karya,

mengelak kebosanan dan menjadikan gubahan lebih menarik.

c) Imbangan - keadaan gubahan yang sama sempadan, sama berat dan graviti,

sama kecerahan warna, sama padan dan sama gaya penampilan.Terdapat tiga

jenis imbangan iaitu imbangan simetri, tidak simetri dan imbangan semua arah.

d) Kontra - wujud apabila salah satu daripada unsur-unsur seni mempunyai ciri-ciri

yang bertentangan di antara satu sama. Ianya bertujuan untuk menimbulkan

kesan yang menarik pada sesebuah karya seni. Kontra berkait rapat dengan

penegasan (semakin tinggi kadar kontra semakin jelas penegasan).

e) Kepelbagaian - keadaan penggabungan pelbagai gaya, nilai dan idea yang

berbeza. Susunan atau ulangan unsur-unsur seni yang bertentangan arah dan

berbeza saiznya akan mewujudkan kepelbagaian.

f) Irama dan Pergerakan - wujud apabila terdapatnya keadaan yang

bergetar,bergoyang, bergegar, berayun, bersinar-sinar dan sebagainya.

Pergerakan bertujuan untuk memberi ‘nyawa’, rupa dan bentuk visual dalam seni

tampak dua dimensi.

g) Kesatuan - olahan motif atau ulangan unsur-unsur seni secara sistematik,

berpandukan grid berdasarkan idea sesuatu hasil karya. Susun atur yang kemas,

teratur, lengkap dan sempurna dapat mewujudkan kesatuan.