soalan lazim penggunaan kad kredit korporat (kkk) di … lazim (faq... · 2020. 11. 11. · ii. ibu...

13
SOALAN LAZIM PENGGUNAAN KAD KREDIT KORPORAT (KKK) DI KEMENTERIAN/JABATAN PERMOHONAN KAD KREDIT KORPORAT 1. Siapakah yang layak memohon Kad Kredit Korporat? Semua Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan layak memohon Kad Kredit Korporat dan perlu membuat permohonan bagi kelulusan Pegawai Pengawal melalui Bahagian Kewangan Kementerian/Jabatan masing-masing. 2. Apakah yang dimaksudkan institusi kewangan yang boleh mengeluarkan Kad Kredit Korporat untuk kegunaan Kementerian/Jabatan Persekutuan? Institusi kewangan yang boleh mengeluarkan Kad Kredit Korporat untuk kegunaan Kementerian/Jabatan Persekutuan adalah: i. Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013; ii. Ibu pejabat/tempat perniagaan utama terletak di Malaysia; dan iii. Di bawah kawalan tempatan. 3. Apakah yang dimaksudkan dengan di bawah kawalan tempatan dalam Pekeliling Perbendaharaan PS2.6? Kawalan tempatan bermaksud pengeluar kad/bank tertakluk di bawah peraturan, dasar dan polisi yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dari semasa ke semasa. 4. Siapakah yang diberi kuasa memegang, melakukan perbelanjaan dan menyimpan Kad Kredit Korporat? Mana-mana pegawai yang telah diberi penetapan kuasa dan tugas secara bertulis oleh Pegawai Pengawal boleh memegang, melakukan perbelanjaan dan menyimpan dengan selamat Kad Kredit Korporat. 5. Adakah Kad Kredit Korporat boleh dibawa keluar daripada pejabat? Kad Kredit Korporat tidak boleh dibawa keluar daripada pejabat. Ini disebabkan tiada keperluan untuk membawa keluar Kad Kredit Korporat memandangkan semua pembelian yang dibenarkan adalah pembelian secara dalam talian (online).

Upload: others

Post on 05-Feb-2021

28 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • SOALAN LAZIM

    PENGGUNAAN KAD KREDIT KORPORAT (KKK)

    DI KEMENTERIAN/JABATAN

    PERMOHONAN KAD KREDIT KORPORAT

    1. Siapakah yang layak memohon Kad Kredit Korporat?

    Semua Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan layak memohon Kad

    Kredit Korporat dan perlu membuat permohonan bagi kelulusan Pegawai

    Pengawal melalui Bahagian Kewangan Kementerian/Jabatan masing-masing.

    2. Apakah yang dimaksudkan institusi kewangan yang boleh

    mengeluarkan Kad Kredit Korporat untuk kegunaan

    Kementerian/Jabatan Persekutuan?

    Institusi kewangan yang boleh mengeluarkan Kad Kredit Korporat untuk

    kegunaan Kementerian/Jabatan Persekutuan adalah:

    i. Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan

    Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013;

    ii. Ibu pejabat/tempat perniagaan utama terletak di Malaysia; dan

    iii. Di bawah kawalan tempatan.

    3. Apakah yang dimaksudkan dengan di bawah kawalan tempatan dalam

    Pekeliling Perbendaharaan PS2.6?

    Kawalan tempatan bermaksud pengeluar kad/bank tertakluk di bawah

    peraturan, dasar dan polisi yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dari

    semasa ke semasa.

    4. Siapakah yang diberi kuasa memegang, melakukan perbelanjaan dan

    menyimpan Kad Kredit Korporat?

    Mana-mana pegawai yang telah diberi penetapan kuasa dan tugas secara

    bertulis oleh Pegawai Pengawal boleh memegang, melakukan perbelanjaan

    dan menyimpan dengan selamat Kad Kredit Korporat.

    5. Adakah Kad Kredit Korporat boleh dibawa keluar daripada pejabat?

    Kad Kredit Korporat tidak boleh dibawa keluar daripada pejabat. Ini

    disebabkan tiada keperluan untuk membawa keluar Kad Kredit Korporat

    memandangkan semua pembelian yang dibenarkan adalah pembelian secara

    dalam talian (online).

  • 6. Adakah Kad Kredit Korporat boleh digunakan untuk membuat

    perbelanjaan bagi pegawai lain selain pemegang kad?

    Ya. Pemegang kad boleh membuat perbelanjaan bagi pembelian tiket kapal

    terbang, bayaran sewa penginapan dan langganan aplikasi ICT pegawai lain

    selain dirinya sendiri.

    7. Berapakah bilangan Kad Kredit Korporat yang boleh dimohon oleh

    setiap Kementerian atau jabatan?

    Bilangan maksimum Kad Kredit Korporat yang dibenarkan bagi setiap PTJ

    perlulah munasabah mengikut keperluan dan tertakluk kepada kelulusan

    Pegawai Pengawal Kementerian/Jabatan masing-masing. Walau

    bagaimanapun, jumlah Had Kredit bagi setiap PTJ adalah tidak melebihi

    RM200,000.

    8. Adakah Kad Kredit Korporat mempunyai tarikh luput?

    Kad Kredit Korporat mempunyai tarikh luput dan Kementerian/Jabatan perlu

    sentiasa memantau tarikh luput Kad Kredit Korporat. Permohonan Kad Kredit

    Korporat baharu hendaklah dibuat dengan institusi kewangan selewat-

    lewatnya 14 hari sebelum tarikh tamat tempoh agar proses perbelanjaan dan

    pembayaran menggunakan Kad Kredit Korporat berjalan dengan lancar.

    9. Bolehkah Kad Kredit Korporat dipanjangkan kepada Pusat Kos dengan

    mengambil kira bajet yang diperuntukkan kepada Pusat Kos?

    Tidak boleh. Kemudahan Kad Kredit Korporat adalah diberikan kepada

    jabatan berstatus Pusat Tanggungjawab.

    10. Bolehkah Kad Kredit Korporat diberikan kepada Menteri?

    Tidak boleh. Kemudahan Kad Kredit Korporat adalah diberikan kepada

    jabatan berstatus Pusat Tanggungjawab dan pemegang kad merupakan

    pegawai yang telah diberi penetapan kuasa dan tugas secara bertulis oleh

    Pegawai Pengawal untuk memegang, melakukan perbelanjaan dan

    menyimpan dengan selamat Kad Kredit Korporat.

    11. Adakah Kad Kredit Korporat hanya boleh dimohon menggunakan bank

    pejabat perakaunan/house bank sahaja?

    Tidak. Kemudahan Kad Kredit Korporat boleh dimohon menggunakan bank-

    bank lain selain house bank. Setiap Kementerian/Jabatan perlu berunding

  • dengan pihak pengeluar kad agar dapat memberikan pulangan dan faedah

    terbaik bagi setiap perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pengeluar Kad.

    12. Adakah Kad Kredit Korporat boleh diberikan kepada Jawatan tertinggi

    Suruhanjaya yang bertaraf Contract of Service?

    Tidak boleh. Kemudahan Kad Kredit Korporat adalah diberikan kepada

    jabatan berstatus Pusat Tanggungjawab dan pemegang kad merupakan

    pegawai yang telah diberi penetapan kuasa dan tugas secara bertulis oleh

    Pegawai Pengawal untuk memegang, melakukan perbelanjaan dan

    menyimpan dengan selamat Kad Kredit Korporat.

    13. Bolehkah Kad Kredit Korporat didaftarkan atas nama PTJ?

    Tidak boleh. Kad Kredit Korporat hendaklah didaftarkan atas nama individu

    yang telah diberi penetapan kuasa dan tugas secara bertulis oleh Pegawai

    Pengawal sahaja.

    14. Adakah cukai perkhidmatan RM25.00 yang dikenakan ke atas Pusat

    Tanggungjawab boleh dibayar?

    Ya. Cukai perkhidmatan berjumlah RM25.00 tersebut boleh dibayar

    memandangkan pengeluaran Kad Kredit Korporat adalah tertakluk kepada

    cukai perkhidmatan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018 [Akta 807].

    15. Adakah Pusat Tanggungjawab boleh membayar yuran tahunan Kad

    Kredit Korporat?

    Tidak boleh. Pengeluaran Kad Kredit Korporat adalah tertakluk kepada cukai

    perkhidmatan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018 [Akta 807]. Selain

    daripada pengenaan cukai perkhidmatan tersebut, tiada caj lain yang boleh

    dikenakan oleh Pengeluar Kad termasuklah caj langganan dan yuran

    tahunan.

  • PERBELANJAAN KAD KREDIT KORPORAT

    1. Apakah yang dimaksudkan dengan Penyata Akaun Kad Kredit Korporat

    dengan tarikh seragam 20hb setiap bulan?

    Tarikh Penyata Kad tersebut dikeluarkan dan tempoh transaksi (cycle period)

    antara 21hb bulan sebelum hingga 20hb bulan semasa.

    2. Berapakah had maksima bagi setiap Kad Kredit Korporat?

    Had kredit ditetapkan berdasarkan anggaran keperluan dan trend

    perbelanjaan setiap PTJ dan tidak melebihi RM200,000. Sekiranya terdapat

    keperluan, permohonan meningkatkan Had Kredit hendaklah dikemukakan

    kepada Pegawai Pengawal atau mana-mana pegawai yang diberi penetapan

    kuasa dan tugas bersama justifikasi.

    3. Adakah Kad Kredit Korporat boleh digunakan sekiranya had

    perbelanjaan bulanan telah mencapai had maksimum?

    Tidak. Pusat Tanggungjawab hendaklah mengemukakan permohonan bagi

    meningkatkan Had Kredit bersama justifikasi yang lengkap untuk kelulusan

    Pegawai Pengawal atau mana-mana pegawai yang diberi penetapan kuasa

    dan tugas.

    4. Apakah yang dimaksudkan dengan had kredit hendaklah disemak juga

    dengan peruntukan yang diluluskan di PTJ?

    Penentuan had kredit Pusat Tanggungjawab hendaklah disemak dengan

    peruntukan yang diluluskan bagi kod akaun perbelanjaan menggunakan Kad

    Kredit Korporat. Sebagai contoh; kelulusan peruntukan Objek Sebagai 21000

    adalah RM100,000, maka kelayakan had kredit yang munasabah adalah

    RM100,000 atau kurang.

    5. Adakah Kad Kredit Korporat boleh digunakan untuk pembayaran

    penginapan di kaunter hotel?

    Tidak boleh. Kad Kredit Korporat hanya boleh digunakan bagi bayaran sewa

    penginapan untuk Perjalanan Rasmi dalam dan luar Negara secara dalam

    talian (online) sahaja.

    6. Bolehkah kad kredit korporat digunakan untuk membuat pembelian

    tiket/tempahan penginapan melalui portal carian atau perbandingan

    harga seperti Booking.com, Expedia.com, Trivago.com atau

    Agoda.com?

  • Boleh. Apa-apa portal yang membenarkan bayaran menggunakan kad kredit

    korporat bagi pembelian tiket/tempahan penginapan dalam talian adalah

    dibenarkan. Walau bagaimanapun, Jabatan perlu memastikan syarat & terma

    portal adalah tidak bercanggah dengan Pekeliling Perbendaharaan PS 2.6

    dan Garis Panduan Penggunaan Kad Kredit Korporat oleh

    Kementerian/Jabatan. Pusat Tanggungjawab tidak dibenarkan memilih

    kaedah bayaran di kaunter hotel dan pembayaran hendaklah dibuat secara

    online kerana Kad Kredit Korporat tidak boleh dibawa keluar dari pejabat.

    7. Terdapat hotel yang meminta fizikal Kad Kredit Korporat semasa

    pendaftaran masuk bagi menunjukkan bukti pengesahan tempahan

    walaupun tempahan telah dibuat secara dalam talian.

    Kad Kredit Korporat hanya dibenarkan untuk digunakan bagi tempahan hotel

    secara online dan Ketua Jabatan hendaklah memastikan fizikal Kad Kredit

    Korporat tidak dibawa keluar dari kawasan pejabat. Pusat Tanggungjawab

    juga hendaklah memastikan syarat & terma portal adalah tidak bercanggah

    dengan Pekeliling Perbendaharaan PS 2.6 dan Garis Panduan Penggunaan

    Kad Kredit Korporat oleh Kementerian/Jabatan serta perlu menyemak syarat

    & terma sebelum tempahan dibuat. Kad fizikal tidak boleh dibawa keluar bagi

    menjamin keselamatan dan mengelakkan penyalahgunaan Kad Kredit

    Korporat. Sekiranya perlu, Ketua Jabatan boleh mengemukakan surat

    pengesahan penggunaan Kad Kredit Korporat untuk dikemukakan kepada

    pihak hotel sebagai bukti pengesahan tempahan.

    8. Selain daripada tiga (3) perbelanjaan yang dibenarkan dalam PS 2.6 dan

    Garis Panduan Kad Kredit Korporat, bolehkah Kad Kredit Korporat

    digunakan untuk perbelanjaan kecemasan?

    Sebagai contoh; membayar perbelanjaan makan minum semasa

    menghadiri mesyuarat/kursus di luar.

    Tidak boleh. Kad Kredit Korporat hanya boleh digunakan untuk perbelanjaan

    bagi urusan rasmi seperti berikut:-

    i) Pembelian Tiket Kapal Terbang secara dalam talian (online);

    ii) Bayaran Sewa Penginapan secara dalam talian (online); dan

    iii) Langganan Aplikasi Information and Communication Technology (ICT)

    di mana mod pembayaran yang ditetapkan oleh penyedia

    perkhidmatan (service provider) adalah melalui kad kredit sahaja.

    Tiada perbelanjaan lain dibenarkan selain yang dinyatakan di atas.

  • 9. Semasa membeli tiket kapal terbang AirAsia, bolehkah pegawai memilih

    opsyen lain yang ditawarkan contohnya tambah had bagasi, makanan,

    pilih tempat duduk dan insuran penerbangan atau memilih tiket yang

    paling mahal (contohnya Malaysia Airlines Economy Flex atau AirAsia

    Premium Flex) kerana tiket tersebut memberi banyak kemudahan iaitu

    makanan percuma, had bagasi yang lebih tinggi, pembatalan tiket tanpa

    penalti dan penukaran tiket tanpa penalti?

    Pembelian tiket kapal terbang menggunakan Kad Kredit Korporat adalah tertakluk kepada kelayakan pegawai dan syarat-syarat sebagaimana yang ditetapkan dalam pekeliling dan peraturan yang berkuat kuasa. Kos – kos yang boleh dituntut oleh pegawai apabila membuat pembelian tiket penerbangan secara atas talian tanpa menggunakan WPUA adalah terhad sebagaimana Para 5.2, WP 2.5 Pekeliling Perbendaharaan. Objektif penggunaan Kad Kredit Korporat adalah sebagai satu langkah penjimatan dan kaedah alternatif untuk memudahkan pembayaran. Walaubagaimanapun, pegawai masih perlu mematuhi pekeliling dan peraturan lain yang berkaitan dan berkuat kuasa. Kos – kos yang boleh dituntut oleh pegawai apabila membuat pembelian tiket penerbangan secara atas talian tanpa menggunakan WPUA adalah terhad sebagaimana Para 5.2, WP 2.5 Pekeliling Perbendaharaan. Kos yang boleh dituntut oleh pegawai apabila membuat pembelian tiket penerbangan secara atas talian tanpa menggunakan WPUA adalah seperti berikut:

    i. Harga Tiket Penerbangan; ii. Surcaj Bahan Api; iii. Cukai Lapangan Terbang; iv. KLIA2 Fees (jika berkaitan); v. Sales and Services Tax (SST) vi. Bagasi (tuntutan berdasarkan kilogram bagasi paling minimum

    yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan); vii. Insurans; viii. Fi Pemprosesan - Fi tersebut adalah wajib bagi membolehkan

    tiket dikeluarkan oleh syarikat penerbangan atau syarikat pengembara pelancongan; dan

    ix. Tuntutan-tuntutan lain yang diluluskan oleh Pegawai Pengawal. Pegawai Pengawal boleh menentukan kos-kos lain yang boleh dituntut berdasarkan kepada kewajaran dan keperluan Kementerian/Jabatan/Agensi masing-masing.

    10. Bolehkah Kad Kredit Korporat digunakan untuk urusan rasmi luar

    negara?

    Boleh. Kad Kredit Korporat boleh digunakan untuk pembelian tiket kapal

    terbang dan bayaran sewa penginapan untuk perjalanan rasmi dalam dan

  • luar negara secara dalam talian (online) serta langganan aplikasi ICT di mana

    mod pembayaran yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan adalah

    melalui kad kredit sahaja.

    11. Sekiranya dokumen sokongan sebagai bukti perbelanjaan

    menggunakan Kad Kredit Korporat hilang, apakah yang perlu dibuat?

    Pegawai tersebut hendaklah mengemukakan pengesahan bukti perkhidmatan

    yang telah diterima pada borang tuntutan atau mendapatkan salinan daripada

    agensi yang telah memberikan perkhidmatan.

    12. Adakah penggunaan Kad Kredit Korporat perlu mendapatkan tiga (3)

    sebut harga?

    Pembelian tiket kapal terbang adalah tertakluk kepada kelayakan pegawai

    dan syarat-syarat yang ditetapkan dalam pekeliling dan peraturan

    berkuatkuasa. Walau bagaimanapun, pembelian tiket kapal terbang tidak

    tertakluk kepada had nilai dan kaedah perolehan di bawah tatacara perolehan

    Kerajaan yang berkuat kuasa dan tidak memerlukan tiga (3) sebutharga.

    Bayaran sewa penginapan adalah tertakluk kepada kelayakan pegawai dan

    syarat-syarat sebagaimana yang ditetapkan dalam pekeliling dan peraturan

    yang berkuat kuasa. Bayaran sewa penginapan menggunakan Kad Kredit

    Korporat adalah tertakluk kepada had nilai dan kaedah perolehan di bawah

    tatacara perolehan Kerajaan yang berkuat kuasa dan memerlukan kajian

    pasaran serta tiga (3) sebutharga dilampirkan.

    Perolehan aplikasi ICT adalah tertakluk kepada tatacara perolehan Kerajaan

    yang berkuat kuasa dan memerlukan kajian pasaran serta tiga (3) sebutharga

    dilampirkan.

    13. Apakah yang perlu Kementerian/Jabatan laksanakan sekiranya pegawai

    yang menggunakan Kad Kredit Korporat melebihi kelayakan

    sepatutnya?

    Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan penggunaan Kad Kredit

    Korporat dilaksanakan di PTJ mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

    Perbelanjaan yang diluluskan hendaklah mengikut kelayakan pegawai, benar,

    teratur, lengkap dan munasabah. Ketua Jabatan perlu mengambil tindakan

    sewajarnya ke atas perkara-perkara yang didapati telah dibuat tidak mengikut

    peraturan yang ditetapkan. Bayaran balik daripada pegawai juga perlu dikutip

    bagi amaun yang telah melebihi kelayakan sepatutnya.

  • 14. Apakah contoh langganan ICT yang boleh dibayar menggunakan Kad

    Kredit Korporat?

    Kad Kredit Korporat hanya boleh digunakan untuk perbelanjaan bagi urusan rasmi seperti langganan Aplikasi Information and Communication Technology (ICT) di mana mod pembayaran yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan (service provider) adalah melalui kad kredit sahaja. Aplikasi ICT yang dilanggan oleh Kementerian/Jabatan telah mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Melulus yang berkenaan dan perolehan ICT adalah tertakluk kepada tatacara perolehan Kerajaan yang berkuat kuasa. Contoh langganan aplikasi ICT adalah langganan iklan di Facebook yang menetapkan pembayaran melalui kad kredit SAHAJA.

    15. Adakah duti setem bagi perjanjian Kad Kredit Korporat antara agensi

    dengan bank boleh @ perlu dibayar? Bagaimana cara bayarannya?

    Pembayaran duti setem melibatkan perjanjian Kerajaan Malaysia adalah

    dikecualikan dan tidak perlu dibayar.

    16. Adakah PTJ boleh membayar caj tambahan (cross border fee) yang

    dikenakan oleh Booking.com sebanyak 1% bagi tempahan sewa

    penginapan?

    Bayaran sewa penginapan menggunakan Kad Kredit Korporat adalah bagi

    sewa bilik penginapan sahaja termasuk bayaran perkhidmatan, cukai

    perkhidmatan dan bayaran yang wajib ke atas sewa penginapan. Invois yang

    dikeluarkan oleh Booking.com hendaklah dinyatakan dengan jelas bagi caj

    tambahan tersebut. PTJ hendaklah memilih pelaksanaan yang

    menguntungkan kerajaan termasuk menjalankan kajian pasaran sebelum

    tempahan dibuat. Sekiranya caj 1% adalah termasuk caj yang wajib dibayar,

    caj tersebut hendaklah dinyatakan dalam invois yang dijana.

    17. Terdapat perbezaan amaun antara invois pembelian tiket penerbangan

    MAS dengan Penyata Kad Kredit Korporat di mana amaun di penyata

    lebih tinggi daripada invois?

    Amaun yang perlu dibayar adalah jumlah keseluruhan seperti pada Penyata

    Akaun Kad Kredit Korporat. Sekiranya terdapat amaun yang

    mencurigakan/penyalahgunaan Kad Kredit Korporat dan late charges,

    siasatan berdasarkan Tatacara Pengurusan Kehilangan dan Hapus Kira

    Wang Awam berkuatkuasa hendaklah dilaksanakan. Semakan selanjutnya

    hendaklah dilakukan dan apa-apa amaun perbezaan yang terlebih dibayar

    hendaklah dituntut daripada pihak yang bertanggungjawab.

  • PEMBAYARAN KEPADA PENGELUAR KAD

    1. Bilakah tarikh akhir membayar kepada pengeluar kad bagi penggunaan

    bulanan Kad Kredit Korporat?

    Bayaran kepada Pengeluar Kad hendaklah dibuat dan disempurnakan dalam

    tempoh 14 hari selaras dengan Arahan Perbendaharaan 103(a) setelah

    dokumen lengkap diterima.

    2. Adakah penalti dikenakan ke atas kelewatan membayar Kad Kredit

    Korporat?

    Ya. Pusat Tanggungjawab boleh dikenakan caj atas kelewatan pembayaran

    (late charges) sekiranya pembayaran dibuat melebihi tempoh penangguhan

    bayaran (grace period). Walau bagaimanapun Pusat Tanggungjawab boleh

    membuat permohonan pengecualian (waive) bayaran denda lewat kepada

    bank dan sekiranya diluluskan, pelarasan caj denda lewat akan dibuat dalam

    penyata bulan berikutnya.

    3. Apakah kod akaun yang digunakan untuk membayar Kad Kredit

    Korporat?

    Kod akaun bagi pembayaran Kad Kredit Korporat hendaklah mematuhi PS

    1.1, Penjenisan Kod bagi Hasil dan Perbelanjaan, Carta Akaun Akruan (CAA)

    dan Garis Panduan Penggunaan Kad Kredit Korporat oleh

    Kementerian/Jabatan seperti berikut:

    Perkara Kod Akaun Perihal Kod

    Bayaran sewa

    penginapan

    B0221102 Penginapan

    (Dalam Negeri)

    B0221202 Penginapan

    (Luar Negeri)

    Pembelian Tiket

    Kapal Terbang

    B0221106 Bayaran Kapal Terbang

    (Dalam Negeri)

    B0221206 Bayaran Kapal Terbang

    (Luar Negeri)

    Langganan

    aplikasi ICT B0229108

    Perkhidmatan computer dan

    prosesan data

    Caj atas kelewatan

    pembayaran

    (late charges)

    B0552999

    Pelbagai (termasuk premium

    insurans, komisyen bank dan

    bayaran-bayaran lain yang

    tidak dijeniskan)

  • Cukai

    perkhidmatan

    (service tax)

    B0552901

    Cukai (Termasuk

    Pendapatan Perbadanan,

    Cukai Tanah, Cukai Jualan,

    Cukai Pintu Dan Duti Setem)

    4. Apakah Kod Vendor bagi pembayaran Kad Kredit Korporat?

    Kod vendor bagi pembayaran Kad Kredit Korporat diselaraskan satu kod

    vendor dan satu akaun bank gunasama bagi setiap bank untuk mengelakkan

    isu lambakan kod vendor bank yang diwujudkan di iGFMAS bagi bank yang

    sama dan mengelakkan risiko penggunaan one time vendor (OTV) bagi

    pembayaran Kad Kredit Korporat. Kod Vendor bagi pembayaran Kad Kredit

    Korporat boleh dirujuk melalui surat yang telah diedarkan oleh Bahagian

    Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP) bil. JANM.BPOPP.600-

    12/2/28 (33) bertarikh 18 Ogos 2020 seperti di Lampiran 1.

    5. Sekiranya tempahan tiket kapal terbang atau penginapan dipinda atau

    dibatalkan atas kesilapan atau kehendak pegawai itu sendiri, siapakah

    yang akan membayar penalti?

    Merujuk Garis Panduan Penggunaan Kad Kredit Korporat di Kementerian/Jabatan menyatakan sekiranya pegawai membuat perubahan dengan syarikat penerbangan atau pihak penyedia penginapan dan terdapat kos dikenakan kesan perubahan yang dilakukan, pegawai dikehendaki menanggung kos penalti tersebut.

    6. Adakah pembayaran Kad Kredit Korporat boleh menggunakan cek?

    Pembayaran melalui Pindahan Dana Elektronik (Electronic Fund Transfer -

    EFT) hendaklah diutamakan bagi semua pembayaran selaras dengan

    SPANM 7/2018.

  • PEREKODAN DAN PEMANTAUAN

    1. Siapakah yang perlu memantau perekodan Kad Kredit Korporat?

    Pegawai Pengawal merupakan pentadbir utama yang bertanggungjawab

    sepenuhnya ke atas keseluruhan pengurusan kewangan dan perakaunan

    berkaitan Kad Kredit Korporat di PTJ. Namun Pegawai Pengawal boleh

    memberikan penetapan kuasa dan tugas kepada pegawai lain di bawah

    seliaannya untuk menguruskan dan memantau perekodan Kad Kredit

    Korporat. Penetapan kuasa dan tugas hendaklah dibuat secara teratur,

    dinyatakan dengan jelas dan secara bertulis setakat mana pegawai

    dibenarkan menjalankan tugas dan kewajipan bagi pihak Pegawai Pengawal.

    2. Berapa kali Kad Kredit Korporat perlu dibuat pemantauan dalam

    setahun?

    Ketua Jabatan hendaklah mengadakan pemeriksaan mengejut secara

    berkala dan tidak kurang dari sekali dalam tempoh enam (6) bulan ke atas

    pengurusan Kad Kredit Korporat selaras dengan AP 309 untuk memastikan

    dan mengesahkan segala peraturan yang ditetapkan bagi penggunaan Kad

    Kredit Korporat telah dipatuhi.

    3. Adakah Pusat Tanggungjawab perlu mengisi daftar Kad Kredit Korporat

    bagi penggunaan sebelum atau selepas garis panduan Kad Kredit

    Korporat dikeluarkan oleh JANM?

    Ya. Daftar Kad Kredit Korporat hendaklah dibuat oleh Pusat Tanggungjawab

    bagi penggunaan sebelum dan selepas Garis Panduan Kad Kredit Korporat

    dikeluarkan.

    4. Adakah Pusat Tanggungjawab perlu mengisi Laporan Bulanan

    Penggunaan Kad Kredit Korporat?

    Ya. Pusat Tanggungjawab dikehendaki menyediakan Laporan Bulanan

    Penggunaan Kad Kredit Korporat untuk merekod setiap transaksi

    perbelanjaan yang menggunakan Kad Kredit Korporat seperti di Lampiran B –

    Laporan Bulanan Penggunaan Kad Kredit Korporat dan mengemukakan

    laporan tersebut kepada Pegawai Pengawal atau pegawai-pegawai lain yang

    diberi Penetapan Kuasa dan Tugas oleh Pegawai Pengawal pada setiap suku

    tahun.

  • 5. Bagi Laporan Bulanan Penggunaan Kad Kredit Korporat, sekiranya

    pegawai yang diberi penetapan kuasa masih dalam peringkat untuk

    penurunan kuasa adakah perlu disahkan oleh Pegawai Pengawal bagi

    laporan tersebut?

    Ya. Lampiran B – Laporan Bulanan Penggunaan Kad Kredit Korporat

    hendaklah disediakan secara bulanan dan dikemukakan kepada Pegawai

    Pengawal atau pegawai-pegawai lain yang diberi Penetapan Kuasa dan

    Tugas oleh Pegawai Pengawal pada setiap suku tahun. Tanggungjawab

    untuk menyemak dan mengesahkan Laporan Bulanan Penggunaan Kad

    Kredit Korporat adalah di bawah tanggungjawab Ketua Jabatan.

    Disediakan oleh:

    Sekretariat Kad Kredit Korporat

    Bahagian Khidmat Perunding

    Jabatan Akauntan Negara Malaysia

    E-mel: [email protected]

    mailto:[email protected]

  • LAMPIRAN 1