soalan kuiz wati

7
SOALAN KUIZ NAMA: ROSMAWATI BT AB GHANI NO MATRIK:D20121057881 SEMESTER:1 MARKAH: 1)Sebutkan majalah yang terawal menyiarkan karya sastera dan apakah karya sastera berkenaan. Majalah Pengasuh menerbitkan cerpen pertama berjudul Kecelakaan Pemalas karya Al- Madrasi atau Nur Ibrahim sekitar dekad 1920-an. 2) Nyatakan secara ringkas apakah peranan yang di ,dimainkan oleh GAPENA? Peranan pertama yang dimainkan oleh GAPENA ialah menyatukan penulis tanah air yang menulis dalam bahasa kebangsaan. Kedua ialah mempertahankan dan memperjuangkan hak dan kepentingan penulis. Ketiga ialah memberikan sumbangan moral dan material secara positif kepada tujuan dan cita-cita gabungan. Keempat pula ialah mengusahakan peluang untuk penulis memajukan bakat mereka. 3) Senaraikan 11 Orang sastera Malaysia? i- Kamaluddin Muhammad @ Keris Mas(1981) ii- Dato Shahnon Ahmad (1982) iii- Datuk Dr. Usman Awang(1983) iv- Datuk A.Samad Said(1986) v- Muhammad Dahlan bin Abdul Biang@Arena Wati(1988) vi- Prof Dr. Muhammad Hj. Salleh(1991) vii- Datuk Nordin Hassan(1993) viii- Datuk Abdullah Hussain(1996) ix- Syed Othman Kelantan(2001) x- Dr .Anwar Ridhwan(2009) 1

Upload: ahmad-zulhafiz

Post on 29-Dec-2015

44 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

soalan

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Kuiz Wati

SOALAN KUIZ

NAMA: ROSMAWATI BT AB GHANI

NO MATRIK:D20121057881

SEMESTER:1

MARKAH:

1)Sebutkan majalah yang terawal menyiarkan karya sastera dan apakah karya sastera berkenaan.

Majalah Pengasuh menerbitkan cerpen pertama berjudul “Kecelakaan Pemalas” karya Al- Madrasi atau Nur Ibrahim sekitar dekad 1920-an.

2) Nyatakan secara ringkas apakah peranan yang di ,dimainkan oleh GAPENA?

Peranan pertama yang dimainkan oleh GAPENA ialah menyatukan penulis tanah air yang menulis dalam bahasa kebangsaan. Kedua ialah mempertahankan dan memperjuangkan hak dan kepentingan penulis. Ketiga ialah memberikan sumbangan moral dan material secara positif kepada tujuan dan cita-cita gabungan. Keempat pula ialah mengusahakan peluang untuk penulis memajukan bakat mereka.

3) Senaraikan 11 Orang sastera Malaysia?

i- Kamaluddin Muhammad @ Keris Mas(1981)

ii- Dato’ Shahnon Ahmad (1982)

iii- Datuk Dr. Usman Awang(1983)

iv- Datuk A.Samad Said(1986)

v- Muhammad Dahlan bin Abdul Biang@Arena Wati(1988)

vi- Prof Dr. Muhammad Hj. Salleh(1991)

vii- Datuk Nordin Hassan(1993)

viii- Datuk Abdullah Hussain(1996)

ix- Syed Othman Kelantan(2001)

x- Dr .Anwar Ridhwan(2009)

xi- Datuk Dr. Ahmad Kamal@kemala(2011)

1

Page 2: Soalan Kuiz Wati

4) Sebarkan tiga cerpenis Mutakhir Malaysia yang berjaya menempah nama di persada sastera negara?

Usman Awang Khadijah Hasyim Hamzah Hussain

5) Senaraikan karya-karya yang pernah dihasilkaan oleh Syed Sheikh Al-Hadi dan Huraikan secara ringkas satu daripadanya.

Hikayat Faridah Hanum Hikayat Pembelaan Dalam Rahsia atau kasih saudara kepada saudaranya. Hikayat Nuruk Ain Hikayat Taman Cinta Berahi Mahir Affandi dengan iqbal Hanun Ciri Cerita Rokambul( karya Adaptasi) Tafsir juz Amma(1927)

Hikayat Faridah Hanum

Hikayat Faridah Hanom adalah novel hasil karya Syed Syeikh al-Hadi pada tahun 1925. Novel ini menggunakan kata 'hikayat' sebagaimana 'Hikayat Abdullah' atau 'Hikayat Inderputera'. Hikayat Faridah Hanom mengisahkan percintaan sepasang anak muda keturunan bangsawan iaitu Faridah Hanom dengan Shafik Afandi.

Novel ini menggambarkan percintaan muda-mudi yang terhalang seperti yang digambarkan dalam cerita liput lara Melayu. Pertemuan pasangan yang bercinta itu adalah secara biasa dab tiada lagi diselitkan unsur-unsur khayalan seperti mimpi.Percintaan dalam karya ini bukanlah percintaan antara seorang wira yang mencari seorang wanita yang diilhamkan oleh mimpi, ataupun yang ditemui dalam pengembaraan seperti yang terdapat dalam kebanyakkan hikayat, tetapi percintaan dalam Faridah Hanum mempunyai nilai intelektual… percintaan antara keduanya lebih merupakan sebagai panduan spritual hasil daripada cita- cita yang sama. Tema percintaan seumpama ini adalah tema percintaan yang baru dalam kesusasteraan Melayu pada waktu ini.

Hikayat Faridah Hanum menampilkan perkahwinan paksa antara Faridah Hanum dengan sepupunya Baharuddin Affandi. Sebagai tanda protes terhadap amalan ini, pengarang mengambarkan perkahwinan yang ditetapkan oleh orang tua itu tidak membahagiakan. Tema seumpama ini terdapat dalam novel Hikayat Faridah Hanom dan Salah Asuhan.

Novel ini mengangkat emansipasi wanita yang menampilkan watak Faridah Hanum seorang perempuan yang berpendidikan. Yahya Ismail (1963: 438) meletakkan Syed Sheikh Al-Hadi sebagai pelopor tema emansipasi wanita dalam novel di Malaysia. Melalui watak Faridah Hanum wanita tidak lagi berada di bawah kongkongan lelaki malah wajar berdikari. Namun

2

Page 3: Soalan Kuiz Wati

begitu wanita juga disarankan supaya menjaga batas-batas pergaulan agar tidak terkeluar dari nilai dan normal masyarakat pada ketika itu.

6) Sebutkan 10 puisi yang pernah dihasilkan oleh Datuk Usman Awang

Guru oh guru Membunuh mimpi Ibuku Jentayu Gadis kecil Warganegara Dunia Berkayung rindu di selat seberang Sahabatku Kambing Hitam Arca dan puisi.

Antara puisi-puisi pilihan yang terkenal Usman Awang ialah merupakan puisi yang dipetik daripada dua buah antologinya iaitu Duri dan Api dan puisi-puisi pilihan. Daripada antologi Duri dan Api, dipetik puisi-puisi “kelopak Rasa”, “Kemanusiaan”, Ayah Belum Pulang”, “Mahasiswa”, dan “Pemuda dan Gadis Tionghoa”.

7) Nyatakan nama lima orang penyair terkenal mutakhir indonesia

Amir Hamzah Chairil Anwar Subagio sastrowardojo Sitor Situmorang Taufik Ismail Gunawan Mohamad

8) Muslim Burmat adalah Pengarang terkenal Brunei Darussalam.Nyatakan secara ringkas latar belakang dan karya-karya yang pernah dihasilkannya.

Muslim Burmat merupakan nama penanya. Sedangkan nama asli dari Muslim Burmat adalah Awang Haji Muslim bin Haji Burut. Muslim Burmat merupakan salah satu dari orang yang berketurunan Kedayan. Dia dilahirkan pada 15 April 1943, di Kampong Kiarong, Brunei Darussalam. Mendapat pendidikan Melayu dan Inggeris di tempat kelahirannya. Beliau menerima S.E.A Write Award di Bangkok pada tahun 1986 dan Anugerah Sasterawan Nusantara di Johor Bahru, Malaysia pada tahun 1999. Kini beliau menjadi Penulis Tamu di Jabatan Kesusasteraan Melayu di Universiti Brunei Darussalam.

Muslim Burmat merupakan salah satu pegarang dari Negara Brunei Darusalam. Dia juga pernah bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka Negara Brunei Darussalam. Karya-karya Muslim Burmat banyak terpublikasikan dalam media massa seperti Radio Brunei, Pelita Brunei, Dewan Bahasa, Dewan Sastera, Suara Brunei, Pangsura, dan Bintang Harian. Antara

3

Page 4: Soalan Kuiz Wati

karya beliau yang telah diterbitkan ialah kumpulan cerpen Debu Berterbangan, Puntung dalam Gerimis, Gelas di Atas Meja, Manisku Sayang, dan Jalinan, dan Pelarian (1977). Lari Bersama Musim (1982) merupakan novel pertamanya diikuti oleh Hadiah Sebuah Impian (1983), Puncak Pertama (1988), Terbenamnya Matahari (1996), Sebuah Pantai di Negeri Asing (1995), dan Urih Pesisir (1999). Kumpulan cerpen dan noveletnya ialah Dari Sini Kita Bermula (1993).

Kesungguhan Muslim Burmat dalam berkarya mengangkat karyanya sampai memenangi beberapa hadiah. Novel Beliau yang berjudul Hadiah Sebuah Impian mendapatkan tempatan kedua dalam Peraduan menulis novel Sempena tahun 1980 dari Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Darussalam. Pada tahun 1983 novelnya yang berjudul Puncak Pertama mendapatkan penghargaan dari Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Darussalam. Tahun 1982 cerpennya yang berjudul Hujan Hingga ke Senja mendapatkan penghargaan dari Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Darussalam. Dan pada tahun 1992 novelnya yang berjudul Terbenamnya Matahari juga mendapat tempat pertama dalam Peraduan Menulis Novel Sempena dari Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Darussalam.

Selain itu, novel-novel Muslim Burmat yang lain dan sudah diterbitkan adalah Lari Bersama Musim, Sebuah Pantai di Negeri Asing, Urih Pesisir, Terbang Tinggi, Makna Sebenar Sebuah Ladang, dan Maka. Dan semua novelnya itu diterbitkan oleh penerbit yang sama yaitu Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Darussalam.

9) Prof Madya Dr Talib Semat adalah pensyarah UPSI yang pernah memenangi Anugerah Buku Negara.Sebutkan lima buah buku yang pernah dihasilkannya.

Panas Salju Salam kembara Doa Ibu Fajar Di Bumi Permata Tenang Dalam Gelora

10) Nyatakan secara ringkas tentang latar belakang pejabat karang mengarang.

Pejabat Karang-Mengarang ditubuhkan pada 19 November 1922 di Tanjung Malim, Malaysia. pengetuanya ialah OT Dussek dan pembantunya ialah Zaaba. pembantu. Matlamat Pejabat Karang mengarang terbahagi dua iaitu rancangan jangka panjang dan rancangan jangka pendek. Rancangan jangka panjang ialah mengeluarkan jurnal-jurnal bergambar, mengadakan perpustakaan yang dibawa ke kampung-kampung, membawa buku-buku ke kampong untuk dijual, menulis dan menterjemahkan serta menyunting novel-novel lalu menyenggalarakan pencetakannya, memperluaskan pengaruh ke kampung-kampung dengan mengadakan khutubkhanah(perpustyakaan) dimerata-rata, melatih penterjemah baru dan menterjemahkan perkara-perkara yang hendak diterjemahkan oleh jabatan kerajaan. Rancangan jangka pendek ialah mengeluarkan sebanyak mungkin buku-buku sekolah Melayu dan mengeluarkan bahan bacaan untuk masyarakat umum.

4

Page 5: Soalan Kuiz Wati

Aktiviti-akitiviti yang telah dijalankan oleh Pejabat Karang Mengarang ialah menulis (mengarang), menjalankan usaha-usaha penterjemahan dan kerja-kerja penyuntingan dalam bidang penerbitan buku-buku yang tertentu serta menyenggalarakan penerbitannya (buku-buku pelajaran dan novel-novel moden). Peranan Pejabat Karang Mengarang dalam bidang penterjemahan pula adalah seperti menterjemahkan perkara-perkara yang hendak diterjemahkan oleh Jabatan-Jabatan Kerajaan dan bergiat dalam usaha melatih penterjemah-penterjemah baru dengan cara mengambil mereka bekerja dengan Pejabat Karang Mengarang.

11) Apakah tajuk cerpen remaja yang terkenal karya Ali Majod?

Pensel Sebatang

12) Nyatakan tajuk puisi karya Usman Awang yang bertemakan sumbangan dan pergorbanan seorang guru?

Guru O guru

13) Nyatakan dengan ringkas proses kreatif Ihsan Noorzali seperti yang terdapat dalam antologi pilar-pilar waiduri.

Proses terbentuk daripada jiwa ,bukan sekadar permainan kata. Ihsan Noorzali telah memulakan perjalanan tanpa dorongan orang-orang yang paling dekat dalam kehidupan. Beliau berkata puisilah yang paling dimesrainya dan beliau juga didorong oleh perasaan sendiri untuk mendampingi teman-teman penulis Angkatan Sasterawan Nasional Kedah ( asasi) sekitar awal tahun 1980-an. Ihsan Noorzali percaya bahawa menulis puisi adalah percakapan diri dan hati. Puisi bukan permainan kata-kata seperti anak-anak kecil bermain menyusun ‘puzzle’ atau membina ‘istana pasir’ di pantai. Ia lahir dari perasaan dan sememangnya kadang-kadang tidak disedari saya sudah memiliki sebuah puisi lengkap dengan kata-kata. Menurutnya ,puisi adalah puitis dalam siratan makna. Selain itu, beliau juga berkata bahawa di Negara ini hidup tidak boleh menjadi kaya dengan menulis puisi. Yang pasti nilai diri seorang pemuisi tidak pernah sama dengan menilai diri seorang artis.

14) Senaraikan lima buah Persatuan penulis yang terdapat di Malaysia.

GAPENA(Gabungan Penulis Nasional Malaysia) PENA(Gabungan Penulis Nasional Malaysia) Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) Persatuan Penulis Budiman Persatuan Penulis Skrim Malaysia

15) Sebutkan tiga orang pelajar zaman ASAS 50 Di Singapura

Muhd Ariff Ahmad atau Mas

5

Page 6: Soalan Kuiz Wati

Masuri SN Awang Il-Sarkam

16)Apakah nama majalah khas berkaitan kesusateraan melayu terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka

Majalah Dewan Sastera.

17) Hari apakah disisipkan karya sastera cerpen dan puisi edisi jawi terbitankumpulan utusan melayu.

Isnin

18) Siapakah nama wartawan Berita Harian yang memenangi Hadiah satera utusan Exxon-Mobil 2011 baru-baru ini yang menggondol hadiah RM 10 000

HAFIZAH Mohd Nazmi

19) Sebutkan salah seorang puisi terkenal karya Hamzah Fansuri

Syair Burung Unggas Syair Dagang Syair Perahu Syair Si Burung pipit Syair Si Burung Pungguk Syair Sidang Fakir

20) Siapakah nama penyair indonesia yang berketurunan batak yang menghasilkan puisi sebaris “malam Lebaran”

Sitong Situmorang.

6