soalan kt.docx

11
KAJIAN TINDAKAN 1. penyelidikan yang ingin menjalankan penyelidikan tindakan perlu membina instrument untuk memungut data a. Senaraikan 4 kaedah pengumpulan data soal selidik Temu bual Pemerhatian Ujian b. Berikan 3 kepentingan guru menjalankan penyelidikan tindakan Untuk memperbaiki amalan pengajaran Memperbaiki atau meningkatkan kefahaman terhadap amalan pengajaran Memperbaiki situasi di mana pengajaran dijalankan 2. a. Nyatakan jenis kesahan luaran bagi situasi berikut Bil Situasi Penyelidikan Jenis kesahan luaran A Penyelidikan menggunakan teknik seni visual untuk mengukuhkan kemahiran menulis huruf-huruf kecil (abjad) menggunakan tali dan kertas pasir Kesahan ekologi B Pengyelidik membuat penambahbaikan kepada teknik bercerita dengan menggunakan boneka. Data yang diperoleh sebelum dan selepas penambahbaikan dapat menunjukkan samada dapatannya sama atau sebaliknya. Kesahan variasi rawatan 1

Upload: zulmajdil-hafiz-zaki

Post on 27-Sep-2015

227 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

soalan kajian tindakan

TRANSCRIPT

KAJIAN TINDAKAN

1. penyelidikan yang ingin menjalankan penyelidikan tindakan perlu membina instrument untuk memungut data

a. Senaraikan 4 kaedah pengumpulan data

soal selidik

Temu bual

Pemerhatian

Ujian

b. Berikan 3 kepentingan guru menjalankan penyelidikan tindakan

Untuk memperbaiki amalan pengajaran

Memperbaiki atau meningkatkan kefahaman terhadap amalan pengajaran

Memperbaiki situasi di mana pengajaran dijalankan

2. a. Nyatakan jenis kesahan luaran bagi situasi berikut

Bil

Situasi Penyelidikan

Jenis kesahan luaran

A

Penyelidikan menggunakan teknik seni visual untuk mengukuhkan kemahiran menulis huruf-huruf kecil (abjad) menggunakan tali dan kertas pasir

Kesahan ekologi

B

Pengyelidik membuat penambahbaikan kepada teknik bercerita dengan menggunakan boneka. Data yang diperoleh sebelum dan selepas penambahbaikan dapat menunjukkan samada dapatannya sama atau sebaliknya.

Kesahan variasi rawatan

C

Penyelidik mendapati penggunaan doh dapat meningkatkan kemahiran menulis. Namun begitu, dapatan menunjukkan berlakunya perubahan positif dalam kemahiran membaca.

Kesahan temporal

D

Penyelidik membuat kajian untuk mendapatkan data bagi mencari sebab tentang teknik membaca kaedah hafalan kurang berkesan untuk diaplikasikan dalam kelas pemulihan

Kesahan hasil atau dapatan

b. Jelaskan kesahan populasi mengikut aspek berikut

Konsep

Kebolehan untuk membuat generalisasi dapatan kajian ke atas individu yang tidak terlibat sebagai peserta penyelidikan.

Sampel

Sampel daripada populasi boleh didapati melalui teknik pemilihan secara rawak

Kaitan dengan populasi lain

Dapat dibuat apabila dapatan didapati sesuai untuk mana-mana populasi.

3. Proses merancang dan melaksanakan peyelidikan tindakan melibatkan langkah-langkah yang tersusun.

a. P, Q, R, S dan T dalam jadual 1 merupakan langkah-langkah melaksanakan penyelididkan tindakan. Jelaskan P, Q, R, S dan T

P

Melakukan proses refleksi terhadap amalan PdP

Q

Mengenalpasti focus kajian

R

Mengenalpasti objektif kajian

S

Menentukan kumpulan sasaran

T

Merancang dan melaksanakan tindakan bagi mengatasi pemasalahan

b. Berdasarkan jadual, buat analisis ringkas, tentang pencapaian pelajar Tahun 4 Bestari dalam peperiksaan yang telah diduduki

Gred

A

B

C

D

E

Bilangan pelajar

0

2

16

20

2

Berdasarkan jadual, hanya 2 orang sahaja yang mendapat gred B, 16 orang mendapat gred C, 20 orang mendapat gred D dan 2 orang pelajar tidak lulus (E) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Keputusan Bahasa Melayu semester 1 menunjukkan 22 pelajar atau 55 % pelajar memperolehi gred D dan E. Oleh itu sebahagian besar daripada pelajar itu adalah lemah dalam Bahasa Melayu. Maka satu pelan tindakan boleh dilaksanakan untuk menangani masalah ini.

4. Penyelididkan Tindakan dilakukan berdasarkan sesuatu situasi iaitu mendiagnos sesuatu masalah dan cuba mengatasinya dalam konteks itu.

a. Nyatakan 3 ciri penyelidikan tersebut

Membuat refleksi dan membaiki kerja sendiri

menghubungkaitkan refleksi dengan tindakan

menyebarkan dan mengongsi pengalaman kepada peserta dan mereka berminat

penglibatan dalam pengumpulan data dan empowerment

kolaborasi dengan mengwujudkan suatu komuniti berfikiran kritis dilakukan oleh guru dalam konteks harian.

Penilaian dan refleksi kendiri dan berkomitmen untuk meningkatkan kefahaman praktis untuk memperbaiki amalan pendidikan

Pengajaran progresif secara berterusan dalam suatu lingkaran

5. Oleh sebab itu, setiap penyelidikan mestilah melalui prosedur dan etika penyelidikan yang betul. Bincangkan.

Prosedur penyelidikan yang baik.

a. Melaksanakan langkah-langkah logical seperti

Mengenalpasti keaslian masalah yang dikaji dan bidang pengetahuan berkaitan

Melakukan tinjauan literature untuk memahami bagaimana orang lain telah menghadapi/ menyelesaikan masalah/ isu

Pengumpulan data secara tersusun dan terkawal untuk memperoleh keputusan/ dapatan yang sah

Menganalisis data yang setimpal / berkaitan dengan masalah/ isu/ focus

Membuat kesimpulan dan generalisasi

b. Memahami dan mematuhi sesuatu kaedah yang saintifik serta dapat mengintegrasikan keterangan induktif dan deduktif

Terima mana-mana huraian yang relevan

c. Mematuhi kod etika penyelididkan semasa menjalankan penyelididkan

Terima mana-mana huraian yang relevan

Etika

6. Jelaskan konsep pengumpulan data melalui pemerhatian dan bincangan perbezaan pemerhatian berstruktur dengan pemerhatian tidak berstruktur.

a. Konsep pemerhatian

Salah satu cara pengumpulan data

Pemerhatian terhadap tingkah laku responden

Pemerhatian bertujuan untuk merekodkan tingkahlaku

Terdapat 2 jenis pemerhatian iaitu pemerhatian berstruktur dan pemerhatian tidak berstruktur

Dalam pemerhatian, pemerhati boleh turut serta ataupun tidak turut serta

b. Perbezaan pemerhatian berstruktur dengan pemerhatian tidak berstruktur

Pemerhatian berstruktur

Pemerhatian tidak berstruktur

Menggunakan senarai semak

Mudah dianalisis

Penyelidik membuat pemerhatian sendiri

Senarai semak dianalisis menggunakan frekuensi dan peratus

Boleh menggunakan borang catatan pemerhatian (catatan tingkahlaku responden)

Menggunakan nota lapangan

Penyelidik perlukan bantuan rakan

Boleh menggunakan alat perakam untuk merekod tingkahlaku responden

Semua catatan perlu secara teliti (lengkap)

Data dipersembahkan secara naratif

7. Soal selidik merupakan satu daripada cara yang paling mudah untuk memperoleh data yang diperlukan yang membolehkan guru mengetahui tentang keadaan sebenar tentang isu-isu PdP. Soal selidik yang dibina mestilah menepati objektif atau masalah yang dikaji.

Huraikan aspek-aspek yang perlu diberi perhatian dalam membina soalan-soalan dalam soal selidik.

a. Soalan yang dibina mestilah relevan dengan tujuan kajian

b. Soalan yang dikemukankan perlulah jelas dan tidak mengelirukan responden

c. Soalan yang dikemukakan hendaklah mudah dijawab oleh murid atau responden

d. Soalan yang diajukan dapat mengumpulkan maklumat tyang dikehendaki setepat mungkin

8. Setelah penyelididkan dijalankan, dapatan kajian akan dianalisis dan hasil kajian akan dilaporkan secara bertulis.

Sediakan satu contoh format penulisan laporan kajian tindakan

Nama penyelidik

Nama institusi/ sekolah

Isi kandungan

PENDAHULUAN

Refleksi PdP lalu/ refleksi sorotan literature

FOKUS KAJIAN/ ISU KEPRIHATINAN

Tinjauan masalah

Analisis tinjauan masalah

OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN

KUMPULAN SASARAN

TINDAKAN

Prosedur tindakan

Cara mengumpul data

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

DAPATAN

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Senarai rujukan

Lampiran

9. Dengan melaksanakan penyelidikan tindakan, penyelidik yang hendak menjalankan penyelididkan tindakan seharusnya membuat perancangan yang komprehensif agar tindakan yang diambil benar-benar berkesan dalam mengatasi permasalahan yang telah dikenalpasti.

Huraikan proses merancang dan melaksanakan penyelididkan tindakan

a. Melakukan proses refleksi terhadap PdP

b. Mengenalpasti focus kajian

c. Mengenalpasti objektif kajian

d. Menentukan kumpulan sasaran

e. Merancang dan melaksanakan tindakan bagi mengatasi permasalahan

10. Nyatakan 4 peringkat utama dalam Model Penyelididkan Tindakan Kurt Lewin

a. Perancangan

b. Tindakan

c. Pemerhatian

d. Refleksi

11. Jelaskan maksud pernyataan berikut.

a. Refleksi sebelum melaksanakan tindakan intervensi

Refleksi yang dilaksanakan oleh pengamal untuk mengenalpasti masalah masalah/ focus/ isu kajian

b. Refleksi semasa menjalankan tindakan intervensi

Refleksi yang dilaksanakan semasa proses PdP berlangsung

c. Refleksi selepas melaksanakan tindakan intervensi

Refleksi yang dilaksanakan selepas tindakan/ kajian/ penyelidikan dilaksanakan bagi melihat sama ada dapat meningkatkan/ menambahbaik proses PdP

12. Huraikan 2 perbezaan antara Penyelidikan Tindakan dengan Penyelidikan Gunaan

Penyelidikan Tindakan

Penyelidikan Gunaan

Intervensi berskala kecil ke dalam fungsi dunia sebenar dan melihat kesan-kesan intervensi ini

Menginterpretasikan metod saintifik dengan tidak begitu tegas

Berdasarkan sesuatu situasi iaitu mengdiagnos sesuatu masalah dan cuba mengatasinya dalam konteks itu.

Koloboratif di mana sepasukan penyelidik dan guru bekerjasama dalam sesuatu projek

Ia berunsur penglibatan di mana ahli pasukan mengambil bahagian secara langsung atau tidak langsung

Lebih berfokus kepada menentukan hubungan dan menguji teori

Lebih tegaskan metod saintifik

Ia tumpukan bukan kepada generalisasi tapi kepada ilmu pengetahuan yang tepat kepada satu situasi yang spesifik

Menggunakan penyelidikan asas yang telah dijalankan oleh penyelidik sebelumnya atau kajian sebelum ini

Dijalankan untuk menerokai dan mengenalpasti masalah bagi tujuan merancang strategi dan tindakan untuk menyelesaikan masalah berkenaan

13. Jelaskan definisi penyelidikan tindakan

Satu kajian tindakan yang menggunakan prosedur sistematik untuk mengumpulkan maklumat.

Dilaksanakan oleh pengamal sendiri

Untuk mengkatkan/ membaiki keadaan sedia ada

terhadap sesuatu bidang kerja mereka seperti proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan sekolah, pengurusan perpustakaan

14. Jelaskan perbezaan antara dua pendekatan tersebut

a. Kuantitatif

Mendapat fakta menggunakan pengukuran objektif/ analisis statistic/ data numeric untuk menjelaskan satu-satu fenomena/ tingkahlaku yang boleh diperhatikan

Persoalan kajian dinyatakandalam bentuk hipotesis

Tidak dapat menjelaskan kenapa dan mengapa

b. Kualitatif

Mendapatkan maklumat secara terperinci dan mendalam ke atas situasi/ individu tertentu

Data dikutip melalui pemerhatian, temubual, penulisan diari/ analisis dokumen

Menjawab soalan kenapa dan bagaimana boleh menerangkan sebab dan akibat

15. Jelaskan kelebihan penyebaran dapatan kajian secara rangkaian atas talian beserta dengan contoh-contoh yang relevan

Dapat berkongsi maklumat data dengan orang lain

Mengemukakan cadangan penambahbaikan

Mengenalpasti isu-isu pendidikan pemulihan

Mengembangkan kajian terhadap masalah dan isu yang berkaitan

Menggalakkan usaha untuk mendapatkan maklumat

16. Berdasarkan situasi di atas, senaraikan 4 aspek dalam menghasilkan kertas cadangan yang telah dilaksanakan oleh pelajar X.

(situasi atas tutak dapat dikenalpasti..sorry)

a. Focus kajia

b. Soalan kajian

c. Reka bentuk kajian

d. Sampel kajian

17. Jelaskan aspek-aspek berikut

a. Soalan kajian

Membina soalan-soalan yang akan dikaji

Soalan perlu relevan dengan tajuk/ focus kajian

b. Sampel kajian

Memilih murid untuk menjadi sampel/ responden

Menentukan kaedah pemilihan responden

Menentukan saiz sampel/ responden

SETIAP YANG SUSAH ITU PASTI ADA SENANGNYA

SETIAP YANG PAHIT PASTI ADA MANISNYA

SABAR YA

Khuzaidah abd hafidz

2