soalan kertas 1

11
1 SJKC PAY FONG 1, MELAKA UJIAN BULANAN JULAI TAHUN 2013 BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 KERTAS 1 (50 minit)

Upload: nurul-nazwa

Post on 02-Jun-2015

2.291 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan kertas 1

1

SJKC PAY FONG 1, MELAKAUJIAN BULANAN JULAI TAHUN 2013

BAHASA MALAYSIA TAHUN 4

KERTAS 1 (50 minit)

Page 2: Soalan kertas 1

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1. Weng Seng menjumpai _________ rantai di dalam

semak ketika menebas rumput.

A sepasangB seuratC seutasD segelung

2. Karim pergi ke ____________ itu untuk membeli pensil warna.

A panggung wayangB kedai bukuC taman perumahanD kedai runcit

3 “ Bendahara, perintahkan Hang Tuah mengahdap ________ ,” titah Sultan Mansur Shah.

A patikB betaC tuankuD hamba

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4. __________ hujan turun dengan lebat, Zarith sedang tidur di dalam biliknya.

A TatkalaB SementaraC Andai kataD Seterusnya

5. “________ , tinggisungguh bangunan-bangunan di Kuala Lumpur !”

A AmboiB NahC AduhD Oh

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. Pekerja itu sedang ______________seguni beras untuk dimasukkan ke dalam

lori.A menggalasB mendukungC memikulD menjunjung

7. Sayur-sayuran yang ditanam oleh Pak Samad sungguh

2

NAMA: ................................................. MARKAH : .............................

TARIKH: ................................... TANDATANGAN IBU

BAPA/PENJAGA : ........................

Arahan Am: tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A,B, C, dan D. Bagi setiap soalan pilih satu jawapan sahaja.

Page 3: Soalan kertas 1

__________ kerana selalu disirami air.

A sihat B ceria C segarD molek

8. Ahmad mencampakkan lima ________ batu ke dalam sungai itu.

A bijiB butirC buahD ketul

Soalan 9 berdasarkan gambar dibawah

9. Pakaian ayah menjadi __________ kerana terkena

tanah semasa dia menggembur tanah tersebut.

A compang - campingB comot-comotC calar-balar

D corak carik

10. Pada perhimpunan pagi, semua murid dan guru berdiri tegak sebagai tanda ________ lagu Negaraku yang sedang dinyanyikan.

A menghormatiB penghormatanC penghormatD kehormatan

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11. Ayah terpegun mendengar bunyi burung merbuk di dalam sangkar itu sungguh ___________

A serakB merduC lunakD garau

.Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12. Swee Kim ________________ apabila terlihat seekor tikus di dalam biliknya.

3

Page 4: Soalan kertas 1

.A takutB marahC terkejutD tegamam

13. Tanah sawah itu ___________ kerana kekurangan air apabila tiba musim kemarau.

A kering - kontangB segar-bugarC pucat lesiD basah kuyup

14. Kami tidak dapat melihat _______ yang terdapat di persimpangan jalan itu kerana dilindungi pokok

A papan iklanB papan tandaC papan jalanD papan kenyataan

Soalan 15 dan Soalan 16Pilih kata yang seerti dengan kata yang bergaris.

15. Tiang penyidai di belakang rumah Mak Mah semakin condong.

A sengetB ranapC tegakD teguh

16. Sikap suka membuang masa dengan berpelesiran di pusat membeli-belah

harus dihindari.

A dibuangB dipupukC disemaiD dijauhi

Soalan 17 dan Soalan 18

Pilih kata berlawan yang paling sesuai bagi kata yang bergaris.

17. Perjalanan menaiki kapal terbang lebih cepat berbanding bas tetapi tambangnya mahal.

A lajuB lembabC lambat

18. Majlis perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur itu berjalan dengan lancar.

A kurang B lamaC lembapD senyap

Soalan 19 berdasarkan gambar di bawah

19. Kelihatan _______________ orang pesakit sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan.A setengatB seluruhC segalaD beberapa

Soalan 20 dan Soalan 21Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk penyataan dan tempat kosong di bawah ini.

20. Penduduk Kampung Bayan bergotong-royong membina

4

Page 5: Soalan kertas 1

jambatan yang roboh di kampung itu.A Seperti air di kolam itu.B Seperti bulan di pagar

bintangC Seperti aur dengan

tebingD Seperti rumput di tepi

jalan

21. Salmah _____________ apabila tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh Cikgu Sarini. A bagai duri dalam dagingB bagai katak di bawah

tempurungC bagai cicak makan kapurD bagai ayam disambar

helangSoalan 22 dan Soalan 23Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

22. I. Pak Musa mengandar dua bekas rotan ketika pulang dari hutan.

II. Puan Juriah ialah bekas pengarah Syarikat Sari Maju.

III. Bekas luka pada kaki Amin akibat kemalangan jalan raya itu masih kelihatan.

IV. Kakak menyimpan kerepek pisang itu di dalam bekas plastik

yang kedap udara.A I dan IIB II dan IVC I, II dan IIID II, III dan IV

23. I. Enjin kereta itu masih hidup walaupun dimasuki sedikit air hujan.

II. Hidup petani di kampung itu sangat susah sejak dilanda kemarau.

III. Nenek senang hidup api dapurnya untuk memasak nasi.

IV. Pokok bunga kertas itu masih hidup walaupun tidak disirami air.

A I dan IVB II dan IIIC I, II dan IIID I, III dan IV

Soalan 24Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

24. Tangan saya berdarah kerana terkena ranting kayu.

A Bagaimanakah kamu boleh terkena ranting kayu?

B Mengapakah kamu boleh terkena ranting kayu?

C Apakah yang kamu rasa apabila tangan kamu berdarah?

D Mengapakah tangan kamu berdarah?

Soalan 25 dan Soalan 26Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

25. “ Lim bolehkah pulangkan buku yang kamu pinjam itu?” tanya Ahmad.

A Ahmad diminta oleh Lim untuk memulangkan

buku yang dipinjamnya itu.

5

Page 6: Soalan kertas 1

B Ahmad berharap agar buku Lim dipulangkan kepadanya.

C Ahmad meminta Lim supaya memulangkan buku yang dipinjamnya.

D Ahmad mengharapkan Lim meminjamkan buku

yang dipulangkan itu.

26. Kata Siti kepada Wei Ling, “Baju ini dijahit oleh ibu saya.”

A Siti memberitahu Wei Ling bahawa baju itu dijahit

oleh ibunya.B Siti memberitahu Wei

Ling bahawa ibu saya telah menjahit baju itu.

C Siti memberitahu Wei Ling bahawa baju itu dijahit

oleh ibu Wei Ling.D Siti memberitahu saya

bahawa baju itu dijahit oleh Wei Ling.

Soalan 27 dan Soalan 28Pilih ayat yang betul.

27. A Rosila bukan sahaja pandai tetapi rajin.

B Saya bukan suka makan roti canai.

C Kuih kegemaran adik adalah kuih jagung.

D Tolong bermain di padang yang luas

itu.

28. A Abang membawa saya menonton tayangan gambar di Tanjong Golden Village.

B Bola sepak takraw diperbuat dari rotan.

C Setengah orang memang tidak suka mengulang

kaji pelajaran pada waktu malam.

D Ayam-ayam peliharaan nenek sudah bertelur di

dalam reban.

Soalan 29 dan Soalan 30Pilih ayat-ayat yang betul.

29. I Lelaki itu tidak bapa saya.

II Bank itu terletak di antara klinik dengan kedai buku.

III Ayah membeli sebuah majalah di kedai itu.

IV Puan Mariam mengemas rumah tatkala pergi kepasar.

A II sahajaB II dan III sahajaC II dan IV sahajaD II , III dan IV sahaja

30. I Bungkusan itu diposkan kepada sahabatnya

yang berada di Jakarta.II Bas itu dijangka akan

tiba pada pukul 10.00 malam.III Gunung yang tinggi

sekali di Malaysia ialah Gunung Kinabalu.

IV Puisi itu dideklamasikan oleh Cikgu Badrul.

A I dan II sahajaB I, II dan III sahajaC II, III dan IV sahaja

D I , II , III dan IV sahaja

6

Page 7: Soalan kertas 1

Soalan 31 hingga Soalan 35Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis. Yang Berusaha Encik Haiqal Izham selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tropicana, guru-guru, para ibu bapa, dan rakan-rakan pelajar sekalian. Pada pagi ini saya akan menyampaikan syarahan bertajuk “Kebaikan Bersukan”.Hadirin sekalian,

Banyak faedah yang diperoleh daripada aktiviti bersukan. Kebaikan yang paling nyata ialah aktiviti ini boleh menyihatkan badan. Semasa bersukan, kita akan mengeluarkan peluh. Berpeluh merupakan satu cara untuk menyingkirkan bahan buangan daripada badan. Selain itu, bersukan juga boleh menguatkan jantung dan otot seseorang.

Bersukan juga boleh mengisi masa lapang seseorang. Melalui aktiviti bersukan, seseorang itu akan dapat menghabiskan masanya dengan lebih berfaedah. Aktiviti ini boleh dilakukan apabila kita mempunyai masa lapang atau pada hujung minggu.

Bersukan juga boleh merapatkan hubungan sesama kita. Kita boleh melakukan aktiviti ini bersama keluarga, kawan-kawan, atau jiran tetangga. Aktiviti yang dilakukan bersama-sama ini juga akan membangkitkan perasaan saling menghormati.Hadirin sekalian,

Sesungguhnya banyak lagi manfaat yang boleh diperoleh daripada aktiviti bersukan. Kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk memudahkan aktiviti ini dilakukan. Marilah kita memanfaatkan kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan.

Sekian, terima kasih.

31. Siapakah Haiqal Izham?

A Guru besar B Pengerusi MajlisC Tetamu jemputan

D Pelajar Sekolah Kebangsaan Tropicana

32. Bagaimanakah bersukan boleh menyihatkan badan?

A Megubati penyakit

B Menguatkan jantung C Membekalkan khasiat D Mendapatkan kulit yang

cantik.

33. Bersukan biasanya boleh dilakukan

A pada hujung minggu B pada musim perayaan

C semasa mengunjungi rakan D semasa diadakan pesta

7

Page 8: Soalan kertas 1

keraian

34. Berikut merupakan kebaikan bersukan, kecuali..

A menyihatkan badanB mengisi masa lapangC mengeratkan perhubunganD boleh menjadi sumber

pendapatan

35. Rangkai kata paling nyata dalam petikan bermaksud

A amat ramai B amat tinggi C amat cantik D amat terserlah

Soalan 36 hingga Soalan 40

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang diberi.

MACHANG, Rabu – beberapa buah rumah di Kampung Simpang Empat dan Kampung Sungai Air Tawar telah di tenggelami air ekoran hujan lebat tanpa henti sejak dua hari lalu.

Mangsa-mangsa banjir tersebut telah dipindahkan ke Dewan Majlis Daerah Machang. Terdapat juga sebahagian daripada mangsa menumpang di rumah saudara-mara masing-masing. Pihak kerajaan telah menghulurkan bantuan segera kepada mangsa-mangsa ini.

8

Page 9: Soalan kertas 1

Sementara itu, jalan utama yang menghubungi machang dengan Kuala Krai telah ditenggelami air. Semua jenis kenderaan tidak dibenarkan melalui jalan tersebut.

Seorang mangsa banjir, Encik Ezry Imran bin Mohamed Ezrudin memberitahu bahawa mereka telah diselamatkan oleh Pasukan jabatan Pertahanan Awam ( JPA 3 ). Tambahnya lagi, kebanyakan mangsa tidak menyedari rumah telah ditenggelami air kerana kejadian tersebut berlaku ketika mereka sedang nyenyak tidur.

Pegawai Daerah macang, Encik Syed Ismail bin Syed Khushairy menasihatkan kepada para penduduk agar segera berpindah sekiranya rumah mereka mulai ditenggelami air. Mereka hanya perlu membawa dokumen-dokumen penting ke pusat-pusat pemindahan.

36. Mengapakah beberapa buah rumah ditenggelami air?

A. Air sungai melimpah.B. Rumah mereka rendah.C. Hujan lebat tanpa henti.D. Musin tengkujuh sudah tiba.

37. Mangsa-mangsa banjir telah

ditempatkan di

A. sekolahB. balai rayaC. kuala kraiD. Dewan Majlis Daerah

Machang

38. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh mangsa jika rumah mereka mulai ditenggelami air?

A. Menutup semua pintu.B. mengunci pintu rumah.C. Menyelamatkan kenderaan

masing-masing.D. membawa dokumen-

dokumen penting ketika berpindah.

39. Berikut merupakan akibat daripada banjir tersebut,

kecuali..

A. mangsa mengalamikebuluran.

B. mangsa-mangsa terpaksa dipindahkan.C. kenderaan tidak boleh

melalui kawasan yang dilanda banjir.

D. jalan yang menghubungkan Machang dan Kuala Krai

terputus.

40. Rangkai kata nyenyak tidur dalam petikan bermaksud

A. tidur yang lena.B. tidur di atas katil empuk.C. tidur yang sekejap sahaja.D. tidur dalam keadaan

kesejukkan.

9

Page 10: Soalan kertas 1

~ KERTAS SOALAN TAMAT~

SKIMA JAWAPAN SOALAN BAHASA MELAYU TAHUN 4 – PKSR 11. B 21. C2. A 22. D3. B 23. A4. A 24. A5. B 25. C6. B 26. A7. C 27. A8. D 28. B9. B 29. B10. A 30. D11. B 31. A12. A 32. B13. A 33. A14. B 34. D

10

Disediakan oleh : Nurul Nazwa binti Osman Disahkan oleh: Pn. Lee Sie En

Page 11: Soalan kertas 1

15. A 35. D16. D 36. C17. C 37. D18. C 38. D19. B 39. A20. C 40. A

11

Page 12: Soalan kertas 1

12