soalan kerja kusus

7
PENILAIAN KURSUS (PPGPJJ) KBP 3023 KANAK-KANAK KERENCATAN AKAL, SINDROM DOWN, AUTISME DAN PELBAGAI KECACATAN k Sem 2 2013/14 PN. NOREHA BINTI MOHD YUSOF (PENYELARAS KURSUS) FAKULTI PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN MANUSIA Jabatan Pendidikan Khas

Upload: lokman-said

Post on 20-Jan-2016

11 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: soalan kerja kusus

PENILAIAN KURSUS

(PPGPJJ)

KBP 3023

KANAK-KANAK KERENCATAN AKAL,

SINDROM DOWN, AUTISME DAN

PELBAGAI KECACATAN k

Sem 2

2013/14

PN. NOREHA BINTI MOHD YUSOF (PENYELARAS KURSUS) FAKULTI PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN MANUSIA

Jabatan Pendidikan Khas

Page 2: soalan kerja kusus

PENGENALAN

Kursus ini bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta kursus dalam memahami

kanak-kanak berkeperluan khas dan berisiko seperti kanak-kanak dengan Kerencatan Akal,

Sindrom Down, Autisme dan Pelbagai Kecacatan. Kursus ini bertujuan untuk fokus kepada

definisi, punca-punca, ciri-ciri, perkembangan dan masalah sampingan kanak-kanak

Kerencatan Akal, Sindrom Down, Autisme, dan Pelbagai Kecacatan.

2.0 HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

i. Menguasai ilmu dalam bagi mengetahui dan memahami definisi kanak-kanak kerencatan akal, sindrom Down, Autisme, dan pelbagai kecacatan (C2, A2 , CS2);

ii. Menguasai kemahiran teknikal dan mengajar bagi mengenalpasti perkembangan kanak-kanak kerencatan akal, sindrom Down, Autisme, dan pelbagai kecacatan (C4, A2, CS2);

iii. Menjalankan penyelidikan melalui penyediaan kajian kes kanak-kanak kerencatan akal, sindrom Down, Autisme, dan pelbagai kecacatan (C4, A3, CT3);

3.0 PENILAIAN KURSUS

3.1. Pemberatan

Kategori Pemberatan Kerja kursus 60%

Peperiksaan Akhir 40% JUMLAH 100%

3.2. Agihan Pemberatan Kerja Kursus

Bentuk Kerja Kursus

Jenis Tugasan

Agihan Markah (Peratus)

Individu Esei Ilmiah 40%

E-Forum 20% JUMLAH 60%

4.0 BENTUK KERJA KURSUS SECARA INDIVIDU Sila baca SEMUA perkara yang terdapat di bawah supaya anda mendapat kefahaman yang sebenar tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus anda.

Tugasan Arahan Tarikh

Akhir %

TUGASAN INDIVIDU 1

Penyakit ini sebenarnya sudah diketahui sejak tahun 1866 oleh Dr Lang Don Down dari Inggeris tetapi baru pada awal tahun 60an ditemukan diognisisnya secara pasti, iaitu dengan pemeriksaan kromoson. Dahulu nama penyakit ini dikenali dengan mongoloid atau mongolism kerana penderitanya mempunyai gejala klinik yang khas iaitu wajahnya seperti bangsa monggol dengan mata yang sepet membujur ke atas. Merujuk kepada pernyataan di atas, lakukan satu kajian

Minggu 10

20

Page 3: soalan kerja kusus

perpustakaan dengan bersumberkan artikel-artikel dari jurnal atau bahan-bahan lain yang berkaitan sebagai rujukan untuk membincangkan: a. Ciri-ciri fizikal, kognitif, sosial, dan punca-punca masalah yang sering berlaku kepada kanak-kanak Down Sindrom. b. Tiga kaedah membaca yang boleh digunakan bagi membantu kanak-kanak Down Sidrom. c. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk membantu kanak-kanak masalah Down Sindrom. Hasilkan pelaporan penulisan anda dalam bentuk ilmiah.

TUGASAN INDIVIDU 2

Pilih 2 murid kategori autisme atau terencat akal atau pelbagai kecacatan. Buat kajian biografi murid tersebut yang yang mengandungi maklumat terperici seperti

Latar belakang keluarga dan murid yang dipilih. (laporkan sekiranya murid mempunyai sejarah ahli keluarga lain yang mengalami masalah yang sama)

Ciri-ciri masalah kognitif ,tingkah laku,emosi dan psikomotor

Status atau rekod pencapaian akademik semasa kanak-kanak kategori yang dipilih

Gambar-gambar berkenaan murid tersebut (untuk tugasan sahaja)

Bukti seperti salinan kad kemajuan, sijil, hasil kerja dan sebagainya.

Laporan daripada pakar perubatan seperti pediatrik, audiologis, terapi carakerja, kaunseling dan sebagainya (sekiranya ada)

Berdasarkan maklumat yang diperolehi huraikan dan laporkan secara terperinci ciri-ciri kognitif ,tingkah laku,emosi dan psikomotor. Bincangkan juga kaedah dan teknik khusus untuk mengatasi masalah ciri-ciri yang dinyatakan.

Minggu 10

20

E-FORUM 5 (Lima) soalan forum disediakan untuk dibincang secara on-line menerusi laman MyGuru3. Selain daripada respon sendiri anda mesti memberi respon sekurang-kurangnya kepada 4 respon orang lain untuk setiap soalan.

FORUM 1 Kanak-kanak yang mempunyai lebih dari satu kecacatan atau kecacatan pelbagai merupakan tamparan hebat kepada ibu bapa dan keluarga dan ini merupakan satu cabaran yang sangat besar. Bincangkan peranan yang boleh dimainkan oleh pasukan pelbagai disiplin bagi membantu ibu bapa, keluarga dan penjaga yang mempunyai kanak-kanak pelbagai kecacatan ini.

Minggu 4

4

FORUM 2 Bincangkan dari aspek perkembangan mental, fizikal, dan psikologi kanak-kanak berkeperluan khas kategori terencat akal.

Minggu 6

4

FORUM 3 Pendekatan Analisis Tugasan melibatkan proses pembahagian kemahiran kepada beberapa komponen

atau langkah mudah yang dapat dikuasai dan dipelajari oleh seseorang murid. Huraikan bagaimanakah anda mengaplikasikan Pendekatan

Minggu 7

4

Page 4: soalan kerja kusus

Analisis Tugasan dalam bilik darjah.

FORUM 4 Penggunaan ICT dalam pendidikan khas telah lama bermula seiring dengan bermulanya penggunaan

teknologi dalam pendidikan murid normal. Penggunaan ICT telah membewa banyak perubahan dalam pendidikan murid khas. Secara terperinci

bincangkan bentuk dan ciri ICT yang sesuai bagi kanak-kanak sindrom down,autisme dan terencat akal.

Minggu 8

4

FORUM 5 Kanak-kanak kategori terencat akal diukur keupayaan koginif (IQ). Sebagai guru pendidikan khas bincangkan langkah-langkah yang perlu anda laksanakan bagi pelaksanaan pendidikan inklusif untuk mereka.

Minggu 9

4

JUMLAH MARKAH KERJA KURSUS 60 %

5. PANDUAN MENULIS ESEI ILMIAH.

Penulisan mestilah mematuhi format berikut: i. Format APA ii. Font: Times New Roman iii. Saiz: 12 iv. Spacing: 1.5 v. Margins:

Atas 1” (inci) ATAU 2.5 cm

Bawah 1" (inci) ATAU 2.5 cm

Kanan 1” (inci) ATAU 2.5 cm

Kiri 1.5” (inci) ATAU 3.0 cm

vi. Bibliografi/ Sumber rujukan mestilah ada sekurang-kurangnya:

5 buah buku ilmiah

4 artikel dari jurnal (bercetak/ atas talian)

4 Sumber internet yang berwibawa.

Dinyatakan di dalam esei dan bahagian bibliografi

vii. Panjang: 18 - 20 halaman.

6. SKALA PEMARKAHAN KERJA KURSUS

Artikel Ilmiah (30%) E-Forum (30%) A Penulisan ilmiah yang cemerlang,

menepati format, isi mencukupi, isi di olah dan dikembangkan dengan baik, ada contoh yang baik dan konkrit. Ada idea asli yang bernas, kreatif dan kritis. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa.

Tahap perbahasan secara ilmiah yang cemerlang, penyampaian yang cemerlang & kemas, menarik & kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi yang baik.

A- Penulisan ilmiah yang baik, menepati format, isi mencukupi, isi dikembangkan dengan baik, ada contoh yang konkrit. Ada idea asli yang bernas. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa.

Tahap perbahasan secara ilmiah yang baik, penyampaian yang baik, menarik & kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi yang baik.

Page 5: soalan kerja kusus

B+ Penulisan ilmiah yang sederhana, menepati format, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Tiada kesalahan bahasa.

Tahap perbahasan ilmiah yang sederhana, penyampaian yang baik, menarik & kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi.

B Penulisan ilmiah yang sederhana, menepati format, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 3 perkara).

Tahap perbahasan sederhana, penyampaian yang baik, menarik dan idea yang bernas.

B- Penulisan secara ilmiah, kesalahan format yang minima (tidak lebih 2 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea sendiri. Kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 3 perkara).

Ada perbahasan secara ilmiah, penyampaian yang baik & menarik dan ada idea yang kemas

C+ Penulisan secara ilmiah, kesalahan format yang minima (tidak lebih 3 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 5 perkara).

Ada penjelasan, penyampaian yang sederhana, Ada idea sendiri yang baik.

C Penulisan secara ilmiah, kesalahan format tidak melebihi 4 perkara. isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan bahasa tidak melebihi 7 perkara.

Tahap perbincangan yang rendah, penyampaian sederhana dan sekadar ada, ada idea tetapi kurang kemas.

D Penulisan lemah, kesalahan format melebihi 5 perkara. isi tidak mencukupi, isi tdak dihuraikan. Tiada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan bahasa melebihi 8 perkara.

Tidak ada penjelasan, penyampaian yang tidak berkesan, idea yang tidak jelas.

E Tidak diserah pada waktu yang ditetapkan. Tidak lengkap.

Gagal melengkapkan tugasan & Tidak menjawab soalan.

1. PERHATIAN & PERINGATAN!!!!!!!

Segala perkara yang berkaitan dengan kursus ini adalah merujuk dan mengikut arahan Tutor E-Learning anda.

Kehadiran dan penglibatan pada setiap tutorial adalah WAJIB.

Ketidakhadiran boleh menyebab anda dihalang (bar) dari menduduki peperiksaan akhir.

Karya anda mestilah asli dari idea anda sendiri.

Plagiat adalah jenayah intelek yang boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Sentiasa AWAS dan PEKA dengan tarikh-tarikh yang berkaitan dengan penghantaran tugasan secara on-line.

Sentiasa rujuk kepada pengumuman dari masa ke semasa.

Pastikan tugasan dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan secara on-line. Serahan pos tidak dianggap sebagai bukti penghantaran.

Kegagalan anda melengkapkan & menghantar tugasan adalah tanggungjawab anda sendiri dan menjejaskan markah & gred anda.

Pastikan anda menjadi pelajar yang aktif.

Semua peraturan adalah tertakluk kepada arahan Tutor E-Learning bagi kumpulan masing-masing.

Page 6: soalan kerja kusus
Page 7: soalan kerja kusus

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013

KBK 3073 : MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS

TAJUK ESEI ILMIAH

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK

PUSAT PEMBELAJARAN: EL-_________

NAMA TUTOR E-LEARNING:____________________________________

TARIKH SERAH: ________________

PEMARKAHAN