soalan hangat kertas mikroekonomi

Upload: nurul-akma

Post on 05-Apr-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Soalan Hangat Kertas Mikroekonomi

    1/5

    SOALAN HANGAT KERTAS MIKROEKONOMI (SPOT

    QUESTIONS FOR ECONOMICS)Bahagian B [30 markah]

    1 Huraikan tiga ciri sistem ekonomi seperti yang diamalkan di Malaysia. [6 markah]

    Malaysia mengamalkan sistem ekonomi campuran :1:

    Sebahagian penyelesaian masalah asas ekonomi ditentukan oleh mekanisme pasaran, manakalasebahagian lagi menerusi keputusan kerajaan :1:

    Individu (isi rumah), firma, kerajaan bebas memiliki harta dan sumber ekonomi, serta bebasmenggunakannya untuk mencapai objektif masing-masing :2:

    Firma bebas bersaing mengeluarkan barang ekonomi untuk memaksimumkan untung, kerajaanmengeluarkan barang awam untuk memaksimumkan kebajikan :2:

    2 Terangkan perbezaan antara barang pengguna dengan barang modal. [6 markah]

    Barang pengguna: barang yang dapat memuaskan pengguna secara langsung :1:

    barang akhir / tidak perlu diproses lagi :1:

    contoh sabun, buah-buahan, pakaian :1: (dua contoh o.k.)

    Barang modal: sumber yang digabungkan dengan sumber ekonomi lain untuk

    mengeluarkan barang pengguna atau barang modal yang lain :1:

    : memuaskan kehendak pengguna secara tidak langsung :1:

    : contoh jentera, lori, peralatan, kilang :1: (dua contoh o.k)

    3 Mengapakah jumlah penawaran sesuatu barang lebih banyak dalam jangka panjang dibandingkandengan jangka pendek? Jelaskan alasan anda. [6 markah]

    Dalam jangka panjang, semua input merupakan input berubah :1:

    Maka, firma boleh meningkatkan penawaran sesuatu barang dengan membesarkan skala pengeluaran:1:

    Firma juga boleh memajukan teknologi baharu / canggih :1:

    Dalam jangka pendek, input terdiri daripada input tetap dan input berubah :1:

    Maka, firma hanya dapat meningkatkan penawaran dengan menambahkan penggunaan inputberubah sahaja :1:

    Firma hanya dapat meningkatkan penawaran dengan jumlah yang sedikit dalam jangka pendek :1:

    4 Dengan menggunakan contoh, terangkan tentang keseimbangan pasaran yang melibatkanpermintaan dan penawaran [6 markah]

    Definisi: kuantiti permintaan pengguna = kuantiti penawaran pengeluar sesuatu barang pada tingkatharga tertentu :1:

  • 7/31/2019 Soalan Hangat Kertas Mikroekonomi

    2/5

    Berlaku apabila keluk permintaan bersilang dengan keluk penawaran :1:

    Keluk :1:

    Huraian keluk: kes lebihan penawaran harga jatuh menuju P, Q keseimbangan :1:

    kes lebihan permintaan harga naik menuju P, Q keseimbangan :1:

    titik keseimbangan kuantiti diminta = kuantiti ditawar :1:

    5 Jelaskan dengan ringkas keanjalan permintaan pendapatan bagi kumpulan barang berikut:

    (a) barang kemas; (b) gula; (c) beras hancur [6 markah]

    (a) Eybarang kemas +ve kerana merupakan barang mewah :1:

    Apabila pendapatan pengguna meningkat, permintaan barang kemas juga meningkat :1:

    (b) Eygula = sifar kerana gula barang mesti :1:

    Walaupun pendapatan pengguna meningkat, permintaan terhadap gula tidak berubah :1:

    (c) Eyberas hancur = -ve kerana merupakan barang bawahan :1:

    Apabila pendapatan pengguna meningkat, permintaan terhadap beras hancu akan berkurangan :1:

    6 Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan hubungan antara jumlah utiliti dengan utiliti sut.

    Definisi: TUialah jumlah kepuasan yang diperoleh daripada penggunaan sesuatu barang / MU ialahperubahan jumlah utiliti akibat tambahan seunit kuantiti barang yang diguanakan :1: (jika beri satudefinisi juga diberi 1 markah)

    Keluk hubungan geometrik menegak :2:jika dilukis berasingan :1:

    Berdasarkan g/rajah, apabila TUnaik, MU> 0 iaitu mulai kuantiti 0 hingga Qo :1:

    Apabila TUmaksimum, MU= 0 (sifar), pada Qo :1:

    Apabila TUmenurun, MU= -ve, iaitu selepas kuantiti Qo :1:

    7 Dengan memberikan contoh, terangkan maksud firma, industri dan input pengeluaran.[6 markah]

    Firma ialah organisasi / pihak /pelaku ekonomi yang menggabungkan faktor pengeluaran bagimelaksanakan aktiviti pengeluaran (barang dan perkhidmatan) :1:

    Contoh pengeluar sayur yang menggabungkan keusahawanan, bahan mentah, tanah dan modaluntuk aktiviti pengeluaran sayur :1:

    Industri ialah sekumpulan firma yang menghasilkan barang dan perkhidmatan yang sama :1:

    Contoh industri kraf tangan terdiri daripada semua firma dalam kegiatan ekonomi yang berasaskan

    kerja anyaman, sulaman, ukiran dan pemasaran :1:

    Input pengeluaran ialah barang atau perkhidmatan yang digunakan dalam proses pengeluaran barang

  • 7/31/2019 Soalan Hangat Kertas Mikroekonomi

    3/5

    dan perkhidmatan yang lain :1:

    Contoh buruh, modal, tanah, usahawan :1:

    8 Huraikan perbezaan antara kos eksplisit dengan kos implisit. [6 markah]

    Definisi: kos eksplisit ialah perbelanjaan yang sebenar dibayar oleh firma ke atas sesuatu input /faktor (bagi mengelakkannya daripada berpindah kepada kegunaan kedua terbaik) :1:

    Kos implisit ialah (nilai) penggunaan input yang tidak dibayar oleh firma :1:

    Konsep: kos eksplisit ialah perbelanjaan nampak / secara langsung atas input /

    faktor bukan milik firma :1:

    kos implisit ialah perbelanjaan tak nampak / kos lepas, iaitu input / faktor

    milik firma boleh menerima bayaran jika dijual kepada firma lain :1:

    Contoh: kos eksplisit upah / gaji, bunga pinjaman bank, bil elektrik dan air :1: (satu contohmencukupi)

    kos implisit gaji pemilik firma sendiri jika bekerja di tempat lain, sewa bangunan, bunga atasmodal :1: (satu contoh mencukupi)

    Bahagian C [20 markah]

    9 Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor.

    [10]

    Definisi: aliran fizikal dan aliran wang yang berlaku antara isi rumah dan firma dalam sesuatu

    ekonomi :2:

    Gambar rajah / model (lengkap) :2:

    Aliran fizikal pergerakan faktor milik isi rumah ke pasaran faktor :1:

    Dibeli oleh firma bagi proses pengeluaran barang dan perkhidmatan :1:

    Aliran fizikal pergerakan barang dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh firma ke pasaran barang :1:

    Dibeli oleh isi rumah untuk penggunaan :1:

    Aliran wang bayaran atas faktor, iaitu upah, sewa, bunga dan untung oleh firma kepada isi rumah

    :1:

    Pendapatan isi rumah dibelanjakan untuk membeli barang dan perkhidmatan :1:

    Aliran wang bayaran atas barang dan perhkhidmatan oleh isi rumah kepada firma :1:

    Pendapatan firma dibelanjakan untuk membayar pembelian faktor :1: [nota: maksimum 10

    markah]

  • 7/31/2019 Soalan Hangat Kertas Mikroekonomi

    4/5

    10 Berdasarkan gambar rajah yang sesuai, dan dengan andaian ceteris paribus, huraikan kesan

    terhadap keseimbangan pasaran ayam di negara anda sekiranya:

    (a) harga makanan ternakan ayam meningkat

    (b) persatuan pengguna berjaya meyakinkan masyarakat bahawa ikan ialah sumber

    protein yang terbaik untuk kesihatan

    (c) kerajaan memberi subsidi kepada penternak-penternak ayam. [10 markah]

    (a) Keluk / label D, S1, So, E1, P1, Po Eo, D; Kuantiti (unit), Q1 Qo.

    Keluk :1:

    Huraian harga input naik, kos naik, SS alih ke kiri, P naik, Q turun :2:

    (b) Harga (RM), Do, S, D1 Eo, P1, E1, Po Eo, Do, S D1, O Kuantiti (unit), Q1 Qo

    Keluk :1:

    Huraian DD berkurangan, DD alih ke kiri, harga jatuh, kuantiti turun :2:

    (c) Harga (RM), D So S1, Eo, P1, Po E1, So D, O Kuantiti (unit), Qo Q1

    Keluk :1:

    Huraian kos jatuh, SS alih ke kiri, harga jatuh, kuantiti naik :2:

    (Nota: beri bonus 1 markah jika semua jawapan betul)

    11 Dengan menggunakan pendekatan utiliti kardinal, terangkan pembentukan keluk permintaan

    individu. [10 markah]

    Definisi: keluk permintaan individu menunjukkan hubungan negatif antara harga dengan kuantitiyang diminta bagi sesuatu barang :1:

    Konsep: pembentukan keluk DD yang bercerun negatif / ke bawah dari kiri ke kanan dapat

    diterangkan menerusi hukum utiliti sut berkurangan :1:

    Contoh: Andaian 2 barang, Px, Py, Y :1:

    : Jadual Q, TUx, MUx, TUy, MUy :2:

    : syarat keseimbangan 1 - MUx/Px = MUy / Py :1:

    : syarat keseimbangan 2 - PxQx + PyQy Y :1:

  • 7/31/2019 Soalan Hangat Kertas Mikroekonomi

    5/5

    : andai Py jatuh, Px tetap --> tambah Qy, Qx :1:

    : jadual P,Q bagi barang y :1:

    : keluk permintaan individu bagi barang y :1:

    12 Apakah hukum pulangan berkurangan bertentangan dengan ekonomi bidangan?

    Jelaskan kedua-dua konsep dengan menggunakan gambar rajah. [10 markah]

    Hukum pulangan berkurangan (HPB) tidak bertentangan dengan ekonomi bidangan (EB), malah

    memiliki persamaan :1:

    HPK berdasarkan konsep jangka pendek, dengan andaian apabila input berubah ditambah terus-

    menerus atas input tetap, jumlah keluaran (TP) mulanya bertambah pada kadar yang makin

    meningkat, kemudian pada kadar menurun mencapai titik maksimum :1:

    Dalam SAC, hukum ini digambarkan pada bahagian mencerun ke atas :1:

    EB merujuk konsep jangka panjang, iaitu semua input ialah input berubah :1:

    Apabila firma menambah keluaran secara terus-menerus, LAC akan menurun :1:

    Digambarkan dengan bahagian keluk LAC mencerun ke bawah :1:

    Label keluk: Kos (RM), B, SACo, A, SAC1, C, LAC, 0, Qo Q1 Keluaran (unit)

    Huraian: jika firma menambah keluaran dari OQo ke OQ1, HPK berlaku

    merujuk SACo, kos purata naik dari AQo ke BQ1

    firma tidak lagi menggunakan loji SACo, sebaliknya SAC1

    untuk meneluarkan OQ1, kos purata jangka panjang turun ke CQ1, iaitu bahagian LAC menurun @ EB

    (keluk: 2 markah, huraian: 2 markah)