soalan excel p.am 2 2011 stpm 2011 trial sabah

Upload: sifu-k

Post on 07-Apr-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/4/2019 Soalan Excel p.am 2 2011 Stpm 2011 Trial Sabah

    1/9

    EXCEL II 6 ATAS : 2011 SULIT*

    JABATAN PELAJARAN SABAH

    PEPERIKSAAN EXCEL II 2011

    SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

    (STPM)

    Arahan kepada calon:

    JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN

    BERBUAT DEMIKIAN.

    Jawab enam soalan. Pilihsatu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B, D, dan E dan

    duasoalan dalam Bahagian C.

    Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian.

    Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung[ ].

    Kertas soalan ini terdiri daripada 08 halaman bercetak.

    JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH

    JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH

    JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH

    JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH

    JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH

    JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH

    JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH

    JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH

    JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH

    JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH

    JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH

    JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH

    JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH

    JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH

    JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH

    JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH

    900/2 STPM

    PENGAJIAN AM

    KERTAS2

    ( Tiga jam) ))

    NOTABersama dengan kertas soalan ini anda harus menerima kertas graf. Jikatidak, sila minta daripada pengawas peperiksaan.

  • 8/4/2019 Soalan Excel p.am 2 2011 Stpm 2011 Trial Sabah

    2/9

    EXCEL II : 2011

    SULIT*

    Jabatan Pelajaran Negeri Sabah

    Bahagian A

    Pilih satudaripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara

    250 hingga 300 patah perkataan. [25]

    1. Antara tujuan kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat atau hub produk halal

    ialah membantu memacu pertumbuhan ekonomi negara. Jelaskan pernyataan tersebut.

    2. Kewujudan laman sosial seperti facebook, twitter dan blog sebagai medium

    komunikasi telah membolehkan masyarakat menghantar dan menerima maklumat dengan cepat.Namun, kemudahan ini telah disalahgunakan oleh pelbagai pihak. Bincangkan.

    Bahagian B

    Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara

    250 hingga 300 patah perkataan. [25]

    3. Pembudayaan teknologi hijau di Malaysia amat penting untuk kelestarian

    hidupan. Jelaskan.

    4. Hipertensi, diabetis dan lemah jantung antara penyakit paling umum dihidapi

    ramai. Kebimbangan terhadap pembunuh senyap ini dipengaruhi oleh beberapa faktor.

    Justeru, penyakit yang menyebabkan kesengsaraan hidup dan meragut nyawa itu harusdicegah. Bincangkan.

    900/2

    *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

    2

  • 8/4/2019 Soalan Excel p.am 2 2011 Stpm 2011 Trial Sabah

    3/9

    EXCEL II : 2011

    SULIT*

    Bahagian C

    Pilih dua soalan dalam bahagian ini: satu daripada soalan 5(a) atau 5(b) dan satulagi daripada soalan 6(a) atau 6(b). [20]

    5 (a) Ketika warga kota mengimpikan bandar raya bertaraf dunia, dikelilingi bangunan

    pencakar langit dan mercu tanda hebat, masih ada pemandangan yang menyakitkan mata

    dan hati yang berupa rumah-rumah setinggan. Kewujudan rumah setinggan di sekitar ibukota umpama kudis yang belum terubat walaupun jumlahnya semakin mengecil.

    Keengganan sesetengah penduduk setinggan berpindah ke kawasan perumahan yang

    disediakan disebabkan beberapa faktor. Selain sukar meninggalkan tempat tinggal yangdianggap mempunyai nilai sentimental, masalah pengangkutan turut dilihat sebagai

    masalah besar.

    (Dipetik dan diubahsuai daripada http://www.utusan.com.my)

    (i) Mengapakah penduduk setinggan enggan berpindah ke kawasan

    perumahan yang disediakan?

    (ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan

    implikasi kewujudan kawasan setinggan.

    ATAU

    (b) Satu daripada kebaikan sektor pelancongan sukan negara ialah kita dapat

    memperkenalkan negara Malaysia ke seantero dunia. Misalnya, melalui kejohanan

    perlumbaan kereta Formula 1 di Litar Sepang, Sukan Komanwel 1998, kita dapatmempopularkan negara kita dalam kalangan peminat sukan dunia. Selain itu, kita dapat

    membuktikan bahawa kita mampu menjadi tuan rumah bagi sukan berprestij dunia yang

    lengkap dengan pelbagai kemudahan prasarana. Melalui penganjuran Kejohanan F1,

    Malaysia dapat dipromosi ke seluruh dunia melalui siaran langsung kejohanan tersebutke seluruh dunia.

    (Dipetik dan diubahsuai daripada http://galusbm1.blogspot.com)

    (i) Apakah kepentingan sektor pelancongan sukan di Malaysia?

    900/2

    *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

    3

  • 8/4/2019 Soalan Excel p.am 2 2011 Stpm 2011 Trial Sabah

    4/9

    EXCEL II : 2011

    SULIT*

    (ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, cadangkan langkah-langkah

    untuk meningkatkan sektor pelancongan sukan di Malaysia.

    6 (a) Industri aeroangkasa antara bidang yang mampu membantu Malaysia menembusi

    pasaran dunia sekali gus meningkatkan ekonomi negara. Kerajaan telah lama

    menetapkan industri aeroangkasa sebagai industri strategik seperti yang ditekankan oleh

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Industri aeroangkasa adalah industriyang mempunyai nilai tambah yang tinggi dan sangat dikawal. Hal ini bermakna

    negara-negara maju tidak akan melepaskan atau menyerahkan industri aeroangkasa

    dengan mudah kepada negara lain.

    (Dipetik dan diubahsuai daripada http://www.bharian.com.my)

    (i) Mengapakah teknologi aeroangkasa dikatakan sebagai industri yang strategik kepada negara?

    (ii) Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan, kemukakan langkah-langkahuntuk memajukan industri aeroangkasa di negara ini.

    ATAU

    (b) Sebanyak 12 lokasi pelancongan iaitu sembilan buah pulau taman laut dan tiga pulau lain yang kesemuanya di Kedah, Terengganu dan Pahang terpaksa ditutup

    sehingga 31 Oktober 2010 berikutan kejadian pelunturan karang. Fenomena yangmenunjukkan tanda-tanda karang ditekan dan mungkin akan mati itu semakin meluas,malah ia mencapai status 90 peratus bagi sesetengah kawasan terumbu karang yang

    terjejas.

    (Dipetik dan diubahsuai daripada http://www.utusan.com.my)

    (i) Apakah yang anda faham tentang pelunturan karang?

    (ii) Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan, jelaskan punca-punca

    berlakunya kemusnahan terumbu karang.

    900/2

    *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

    4

  • 8/4/2019 Soalan Excel p.am 2 2011 Stpm 2011 Trial Sabah

    5/9

    EXCEL II : 2011

    SULIT*

    Bahagian D

    Jawabsatusoalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertasgraf. [15]

    7. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta

    yang sesuai untuk menunjukkan perbandingan perolehan negeri Sabah bagi dagangan

    antarabangsa minyak sawit bagi tahun-tahun yang dinyatakan.

    Perolehan negeri Sabah bagi dagangan minyak sawit antarabangsa mengikut

    negara pengimport adalah sangat menggalakkan bagi tahun 2006 dan tahun 2009.

    Pada tahun 2006 dagangan minyak sawit dengan negara India menyumbang

    perolehan eksport berjumlah RM1075 juta. Jumlah ini kemudiannya telah bertambahkepada RM1143 juta pada tahun 2009.

    Negara Amerika Syarikat dan Filipina pula, masing-masing telah menyumbang perolehan 19.05 % dan 6.66 % kepada negeri Sabah daripada jumlah perolehan

    keseluruhan dagangan antarabangsa minyak sawit pada tahun 2006 yang berjumlah

    RM5368 juta. Pada tahun 2009 pula, jumlah perolehan dagangan Amerika Syarikat danFilipina meningkat masing-masing kepada RM1364 juta dan RM423 juta. Negara Korea

    Selatan pula, merupakan negara yang paling sedikit membeli minyak sawit negeri Sabah.

    Pada tahun 2006, perolehan daripada dagangan minyak sawit dengan Korea Selatan

    berjumlah RM353 juta. Pada tahun 2009, jumlah ini meningkat sedikit iaitu sebanyakRM26 juta berbanding dengan tahun 2006 menjadikan perolehan dari negara Korea

    Selatan sebanyak 5.91 % daripada jumlah keseluruhan tahun 2009 yang berjumlah

    RM6403 juta.

    Pasaran minyak sawit negeri Sabah juga meluas sehingga ke negara China dan

    United Kingdom. Pada tahun 2009, perolehan dagangan eksport minyak sawit ke Chinamencatatkan jumlah RM2066 juta dan jumlah ini merupakan peningkatan berbanding

    dengan perolehan eksport minyak sawit ke China pada tahun 2006 yang hanya

    merupakan 37.79 % daripada perolehan keseluruhan dagangan minyak pada tahun 2006.

    United Kingdom pula, walaupun mengimport dengan kadar yang sedikit, tetapi telahmenunjukkan pertambahan nilai bagi tahun bandingan 2006 dengan tahun 2009. Pada

    tahun 2006, nilai perolehan dagangan minyak sawit dengan United Kingdom ialah

    RM530 juta dan jumlah perolehan ini telah meningkat sebanyak RM498 juta pada tahun2009.

    Secara keseluruhannya, perolehan negeri Sabah bagi dagangan antarabangsa

    minyak sawit menunjukkan peningkatan sebanyak RM1035 juta pada tahun 2009

    berbanding dengan jumlah perolehan pada tahun 2006.

    900/2

    *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

    5

  • 8/4/2019 Soalan Excel p.am 2 2011 Stpm 2011 Trial Sabah

    6/9

    EXCEL II : 2011

    SULIT*

    (Dipetik dan diubahsuaikan daripadaJadual Perangkaan Malaysia, 2010)

    8. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf

    yang sesuai untuk menunjukkan pola perubahan nilai pelaburan asing di Malaysia

    mengikut sektor-sektor terpilih bagi tempoh tahun 2005 hingga tahun 2008.

    Pelaburan asing bagi sektor-sektor terpilih di negara ini menujukkan peningkatan

    sepanjang tahun 2005 hingga tahun 2008. Antara sektor yang terpilih terlibat dalam pelaburan pembangunan di negara ini melalui pelaburan asing ialah perkilangan,

    perlombongan, pelancongan dan perhotelan, pembinaan serta pengangkutan dan

    perhubungan.

    Pada tahun 2005, pelaburan dalam sektor perkilangan ialah berjumlah RM2668

    bilion daripada jumlah keseluruhan pelaburan asing bagi sektor terpilih di negara ini,iaitu RM6514 bilion. Pelaburan sektor ini adalah besar berbanding dengan pelaburan

    sektor perlombongan yang berjumlah RM108 bilion. Sektor pelancongan dan perhotelanpula, menunjukkan nilai pelaburan yang lebih tinggi daripada sektor perlombongan

    sebanyak RM398 bilion. Sektor pembinaan dan sektor pengangkutan dan perhubunganpula menyumbang pelaburan asing di negara ini sebanyak RM3232 bilion dan 25.56 %

    daripada jumlah itu adalah pelaburan asing dari sektor pembinaan.

    Bagi tahun 2006 pula, jumlah pelaburan sektor perkilangan adalah berkurang

    kepada RM2182 bilion manakala pelaburan asing dari sektor perlombongan pula

    menunjukkan peningkatan menjadi RM120 bilion berbanding dengan nilai pelaburanpada tahun 2005. Pelaburan asing bagi sektor terpilih di negara ini yang melibatkan

    sektor pelancongan dan perhotelan menunjukkan pengurangan sebanyak RM166 bilion

    berbanding dengan tahun sebelumnya. Sektor pembinaan serta sektor pengangkutan dan perhubungan pula, masing-masing menyumbang pelaburan asing di Malaysia sejumlahRM1120 bilion dan RM1295 bilion.

    Bagi tahun 2007, pelaburan asing bagi sektor perkilangan di Malaysia ialahRM1059 bilion, iaitu lebih tinggi berbanding dengan pelaburan sektor perlombongan

    serta sektor pelancongan dan perhotelan masing-masing berjumlah RM170 bilion dan

    RM990 bilion. Sektor pembinaan pula menyumbang pelaburan sejumlah RM940 biliondaripada jumlah keseluruhan pada tahun ini, iaitu RM4829 bilion. Selebihnya merupakan

    pelaburan untuk sektor pengangkutan dan perhubungan.

    Pada tahun 2008, jumlah pelaburan asing untuk sektor terpilih di Malaysia ialahRM6416 bilion. Pelaburan daripada sektor perkilangan menunjukkan peningkatan

    sebanyak RM1096 bilion berbanding dengan tahun sebelumnya. Sektor perlombongan

    pula meningkat kepada RM240 bilion. Sektor pelancongan dan perhotelan pulaberkurangan pelaburannya kepada R680 bilion berbanding tahun 2007. Sektor pembinaan

    900/2

    *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

    6

  • 8/4/2019 Soalan Excel p.am 2 2011 Stpm 2011 Trial Sabah

    7/9

    EXCEL II : 2011

    SULIT*

    dan sektor pengangkutan serta perhubungan pula masing-masing menunjukkan

    peningkatan pelaburan kepada RM1227 bilion dan RM2114 bilion pada tahun 2008.

    (Dipetik dan diubahsuaikan daripadaLaporan Ekonomi Malaysia, 2009)

    Bahagian E

    Jawabsatusoalan sahaja dalam bahagian ini. [15]

    9. Berdasarkan carta pai yang diberikan, jelaskan perubahan kes kemalangan perusahaandi Malaysia pada tahun 2007 hingga tahun anggaran 2009 dan berikan langkah-langkah

    yang berkesan untuk mengurangkan kemalangan tersebut.

    Malaysia: Kemalangan Perusahaan

    antara Tahun 2007 hingga Anggaran Tahun 2009

    (Disesuaikan daripada

    900/2

    *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

    7

  • 8/4/2019 Soalan Excel p.am 2 2011 Stpm 2011 Trial Sabah

    8/9

    EXCEL II : 2011

    SULIT*

    (Disesuaikan daripada Laporan Pertubuhan Perkhidmatan Sosial (Perkeso), 2010)

    10. Berdasarkan gambarajah di bawah ini, huraikan proses pembangunan dan perancanganalam sekitar sebelum sesuatu projek pembangunan dilaksanakan di negara kita.

    Proses Pembangunan dan Perancangan Alam Sekitar

    900/2

    *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

    8

    Susunan Organisasi dan Sumber Manusia

    i. Keputusan dan nilai

    ii. Pakar iii. Kumpulan-kumpulan minat tertentu dan awam

  • 8/4/2019 Soalan Excel p.am 2 2011 Stpm 2011 Trial Sabah

    9/9

    EXCEL II : 2011

    SULIT*

    900/2

    *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

    Sistem Susunan Data dan

    Sumber Maklumat

    Keterangan

    Projek

    Sempadan-

    sempadan Kesan Inventori Data

    Maklumat Dibentuk

    Semasa Proses

    Penilaian

    Peringkat Penilaian

    Skop

    Penilaian

    Kesan-kesan

    Penentuan

    Ramalan

    Kesan-kesan

    Intepretasi dan

    Evaluasi Kesan

    dan Kelonggaran

    Prosedur

    Komunikasi dan

    Persembahan

    Hasil-hasil

    Input kepada

    Membuat Keputusan

    Pembangunan

    dilaksanakan

    Pengubahsuaian Dalam

    Aspek-aspek TertentuTIDAK

    YA

    9

    Pembangunan

    (Dipetik dan diubahsuaikan daripadaPengenalan kepadaPerancangan Sosial, USM, Pulau Pinang, 2008)

    KERTAS SOALAN TAMAT