soalan en.awang

Upload: aurararo

Post on 14-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Soalan en.awang

    1/6

    RBT3119 RABU

    6/2/2013

    a) Huraikan secara ringkas konsep-konsep berikut

    i) e perolehan

    Sistem perolehan elektronik itu yang lebih dikenali sebagai e-Perolehan,

    akan memudahkan aktiviti perolehan kerajaan dan meningkatkan kualiti

    perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan. e-Perolehan dijangka akan

    menukarkan proses perolehan tradisional (secara manual) di dalam

    jentera kerajaan kepada perolehan elektronik menerusi Internet.

    e-Perolehan membolehkan para pembekal mempamerkan produk mereka

    di dalam jaringan web sedunia, menerima, mengurus dan memproses

    pesanan pembelian serta menerima bayaran daripada agensi-agensi

    kerajaan menerusi Internet. Katalog produk para pembekal akan

    ditukarkan ke bentuk katalog elektronik atau e-Catalogue, yang boleh

    dilihat dari mana-mana desktop menggunakan perisian pelayar web.

    Pembekal juga berupaya menghantar sebutharga, mendapatkan dokumen

    tender dan menghantar tawaran tender menerusi e-Perolehan. e-

    Perolehan membolehkan para pembekal mendaftar atau memperbaharui

    pendaftaran mereka dengan Kementerian Kewangan menerusi Internet.

    Para pembekal akan dapat menghantar permohonan, memeriksa status

    permohonan dan membayar bayaran pendaftaran melalui e-Perolehan.

    ii) Pengurusan rantaian pembekal

    Definisi Rantaian Bekalan (Supply chain)

    Supply chain adalah satu sistem yang melibatkan proses pengeluaran,

    pengiriman, penyimpanan , pengedaran dan penjualan produk dalam

    rangka untuk memenuhi permintaan produk tersebut . Supply chain di

    dalamnya termasuk seluruh proses dan kegiatan yang terlibat didalam

    penyampaian produk tersebut sehingga sampai ke pengguna. Semua itu

    termasuk proses pengeluaran pada pembuatan, sistem pengangkutan

  • 7/29/2019 Soalan en.awang

    2/6

    RBT3119 RABU

    6/2/2013

    yang menggerakkan produk dari pembuatan sampai ke cawangan

    pengedar dan peruncit, gudang tempat penyimpanan produk tersebut,

    pusat pengedaran dimana tempat pengiriman dalam kuantiti besar

    dibahagikan kedalam kuantiti kecil untuk dikirim semula ke kedai-kedai

    dan akhirnya sampai ke peruncit yang menjual produk-produk tersebut.

    Tujuan Rantaian Bekalan (Supply chain)

    Tujuan supply chain adalah untuk memastikan sesuatu produk berada

    pada tempat dan waktu yang tepat untuk memenuhi permintaan

    pengguna tanpa menyebabkan stok yang berlebihan atau kekurangan.

    Sebuah operasi yang efisyen bergantung pada lengkapnya dan tepatnya

    aliran data yang berhubungan dengan produk yang diminta dari peruncit

    kepada pembeli , sistem pembuatan dan juga kembali semula ke kilang.

    Dalam rangka memenuhi stok barang yang tersedia untuk peruncit,

    pengilang harus menentukan jumlah produk yang dikeluarkan pada waktu

    tertentu. Dengan itu pengilang harus mejangkakan atau membuat

    perkiraan jumlah penjualan. Ramalan ini digunakan untuk menentukan

    jumlah dan jenis bahan mentah yang harus dibeli, perkapalan dan waktu

    pengiriman untuk bahan mentah tersebut dan waktu yang diperlukan

    untuk proses pembuatan. Kemudian barang yang sudah siap disimpan

    didalam gudang sehingga permintaan dipesan oleh pengedar.

    Pengedar membeli produk dari pengilang dalam jumlah yang besar dan

    produk tersebut dimuat kan ke dalam trak , pallet atau kemasan lain dari

    produk tersebut. Pada ketika pengedar menerima kiriman dan tempahan,

    ia pula akan dipecah dan diagihkan dalam bentuk yang lebih kecil untuk

    dihantar kepada peruncit (retailer).

  • 7/29/2019 Soalan en.awang

    3/6

    RBT3119 RABU

    6/2/2013

    Komponen Dalam Pengurusan Supply Chain

    Perancangan

    Merupakan pengembangan sebuah strategi untuk menyusun seluruh

    sumber alam yang diperlukan untuk memuaskan tuntutan pelanggan

    tentang produk dan layanan. Perancangan yang besar dan baik perlu bagi

    mencapai standard untuk memantau rantaian bekalan supaya menjadi

    lebih efisen , menjimatkan kos dan memberikan kualiti dan kepuasan

    kepada pelanggan.

    Sumber

    Merupakan proses memilih pembekal yang akan menghantar barang dan

    bahan yang diperlukan untuk mencipta produk atau servis berkaitan. Ini

    juga melibatkan masalah penentuan harga, pengiriman dan proses

    pembayaran dengan pembekal dan mewujudkan proses timbang tara

    untuk memantau dan meningkatkan hubungan baik antara dua pihak.

    Pembuatan

    Termasuk didalamnya jadual yang membolehkan untuk kegiatan

    pengeluaran, pengujian produk , pengemasan dan persiapan untuk

    proses pengiriman berlaku. Sebagai bahagian terbesar yang menjadi

    bahagian intensif pada rantaian bekalan adalah tahap kualiti, hasil

    produksi dan tenaga kerja yang produktif. Meliputi proses-proses

    pengeluaran, ujian, pembungkusan, persiapan untuk penghantaran, tahap

    kualiti, hasil pengeluaran dan tenaga produktif.

  • 7/29/2019 Soalan en.awang

    4/6

    RBT3119 RABU

    6/2/2013

    Penghantaran/ Kiriman

    Ia disebut sebagai logistik dan ini adalah sebuah proses perniagaan yang

    melibatkan pergerakan fizik dari produk yang berada di laluan rantaian

    bekalan. Didalam rantaian ini terdapat perkara seperti bahan mentah

    berpindah ke proses pembuatan dan produk yang sudah siap akan

    bergerak menuju ke arah pengguna. Di sini juga terdapat kemudahan

    servis tambahan seperti pergudangan, persiapan untuk promosi produk

    dan proses pemulangan semula barang-barang yang rosak ketika proses

    penghantaran berlaku.

    Pengembalian/Pemulangan

    Bahagian ini merupakan bahagian yang antara terakhir dalam rantai

    bekalan. Bahagian ini melibatkan pemulangan semula produk yang

    mungkin rosak atau menghadapi masalah ketika sudah berada di tangan

    pengguna. Ini memberi peluang dan gambaran yang baik pada syarikat

    dimana pengguna akan lebih merasa terbela jika sesuatu produknya itu

    rosak dipertengahan jalan dalam rantai bekalan.

    b) Huraikan secara ringkas WWW (World Wide Web)

    Definisi WWW (World Wide Web) adalah suatu ruang informasi yang yang

    dipakai oleh pengenal global yang disebut Uniform Resource Identifier (URI)

    untuk mengidentifikasi sumber-sumber daya yang berguna. WWW sering

    dianggap sama dengan Internet secara keseluruhan, walaupun sebenarnya ia

    hanyalah sebahagian daripadanya. Fungsi WWW adalah menyediakan data dan

    informasi untuk dapat digunakan bersama.

    c) Jelaskan bagaimana Internet dan WWW memungkinkan e-dagang.

  • 7/29/2019 Soalan en.awang

    5/6

    RBT3119 RABU

    6/2/2013

    E-dagang adalah satu proses ekonomi baru yang melibatkan urusan jual

    beli, pemindahan atau pertukaran barangan, perkhidmatan dan/atau

    maklumat melalui jaringan komputer termasuk Internet. Melihat kepada

    apa yang dinyatakan oleh pelopor pengurusan tentang e-dagang, kesan

    sebenar revolusi Internet baru sahaja mula dirasai. Dengan itu, kajian

    berbentuk ulasan terperinci ini adalah untuk meneroka penggunaan

    strategik e-pemasaran dalam transformasi industri penerbitan. Ia

    membincangkan bagaimana strategi e-pemasaran menghasilkan

    transformasi industri penerbitan dari satu saluran tunggal pemasaran

    kepada pemasaran secara besar-besaran. Ia menghuraikan tentang

    strategi-strategi pengurusan dalam penggunaan teknologi-teknologi

    maklumat baru dalam pasaran dunia, tentang anjakan kuasa kompetitif

    antara pelbagai tingkat sepanjang rantaian bekalan industri penerbitan

    termasuk pembangunan-pembangunan semasa dalam e-pemasaran dari

    tempat pandangan pemegang saham implikasi-implikasi dan impak serta

    kemungkinan senario persekitaran perniagaan masa depan industri

    penerbitan.

    i) Huraikan secara ringkas 6 ciri-ciri atau perkhidmatan yang menyokong

    e-dagang.

    Penggunaan e-dagang oleh sesebuah syarikat itu juga dapat membantu

    mengintegrasikan semua bahagian dalaman syarikat tersebut dengan

    sesebuah transaksi perniagaan itu untuk meningkatkan kualiti

    perkhidmatan kepada pelanggan. Sebagai contohnya apabila pelanggan

    membuat tempahan pembelian menerusi e-dagang, tempahan tersebut

    boleh dengan serta merta dihantar kepada beberapa bahagian dalaman

    yang berkenaan seperti bahagian penjualan, bahagian logistik dan

    bahagian pembuatan. Dengan ini pengkoordinasian dalaman untuk

    memenuhi pesanan tersebut akan menjadi lebih efisyen.E-dagang

    sebenarnya terdiri daripada beberapa komponen yang mempunyai ciri-

  • 7/29/2019 Soalan en.awang

    6/6

    RBT3119 RABU

    6/2/2013

    ciridan fungsinya yang tersendiri sebagai contohnya Pertukaran Data

    Elektronik atauElectronic Data Interchange (EDI), Internet, pensijilan

    digital, tandatangan digital, wangdigital, Electronic Funds Transfer ,

    Electronic Catalogs, Intranets, Kod Bar dan lain-lain lagi. Jika halangan

    utama bagi seseorang usahawan menjalankan perniagaan di bandar

    (untuk peluang pasaran yang lebih luas) ialah kadar sewa bangunan yang

    tinggi, maka dengan E-Dagang masalah itu tidak wujud lagi. Dengan

    menempatkan perniagaan disebuah pelayan web utama, mereka telah

    menempatkan diri secara global. Ini kerana teknologi web membolehkan

    ia diakses dari mana-mana tempat sekalipun. Apa yang menarik lagi ialah

    kosnya secara relatif adalah amat kecil. Contohnya untuk menempatkan

    perniagaan produk/perkhidmatan di pelayan web Yahoo Geocities

    atauFortunecity, dua buah pelayan web yang mempunyai komuniti

    berjuta-juta pengguna Internet anda hanya perlu membayar lebih kurang

    RM100-150 sebulan. Potensi pasaran usahawan ialah kesemua komuniti

    Yahoo Geocities/Fortunecity khususnya dan pengguna Internet amnya.

    Selain itu usahawan turut ditawarkan khidmat penyelenggaraan

    perniagaan maya mereka.