soalan bm tahun 3 pemahaman

6
SK.SERI MACHAP PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2014 BAHASA MELAYU ( KERTAS 1 ) TAHUN 3 Nama:____________________________________ Tahun :_______________ Bulatkan jawapan yang paling sesuai 1 Air di dalam __________ itu sedang menggelegak. A. cerek B. gelas C. besen D. dulang 2 Kakak saya bekerja sebagai __________ di Hospital Kota Bharu. A. polis B. bomba C. peguam D. jururawat 3 Kita boleh menonton pelbagai rancangan melalui __________. A. televisyen B. parabola C. audio D. radio 4 Tandan kelapa sawit itu dipotong dengan sebilah __________ yang diikat pada galah. A. gergaji B. gunting C. sabit D. keris 5 "__________ amat bangga akan kemakmuran yang dikecapi oleh negara ini," titah Sultan Abdul Halim Syah. A. Aku B. Saya C. Kami D. Beta 6 Hang Tuah banyak berjasa kepada raja Melayu pada zamannya dan __________ menjadi lambang kesetiaan orang Melayu kepada raja. A. baginda B. mereka C. beliau D. tuan hamba

Upload: fazliaman

Post on 19-Jul-2016

44 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

n

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Bm Tahun 3 Pemahaman

SK.SERI MACHAPPEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2014

BAHASA MELAYU ( KERTAS 1 ) TAHUN 3

Nama:____________________________________ Tahun :_______________

Bulatkan jawapan yang paling sesuai

1    Air di dalam __________ itu sedang menggelegak.A. cerekB. gelasC. besenD. dulang

2    Kakak saya bekerja sebagai __________ di Hospital Kota Bharu.A. polisB. bombaC. peguamD. jururawat

3    Kita boleh menonton pelbagai rancangan melalui __________.A. televisyenB. parabolaC. audioD. radio

4    Tandan kelapa sawit itu dipotong dengan sebilah __________ yang diikat pada galah.A. gergajiB. guntingC. sabitD. keris

5    "__________ amat bangga akan kemakmuran yang dikecapi oleh negara ini," titah Sultan Abdul Halim Syah.A. AkuB. SayaC. KamiD. Beta

6    Hang Tuah banyak berjasa kepada raja Melayu pada zamannya dan __________ menjadi lambang kesetiaan orang Melayu kepada raja.A. bagindaB. merekaC. beliauD. tuan hamba

7    Kalau __________ inginkan kejayaan, marilah kita ikuti kursus ini.

Page 2: Soalan Bm Tahun 3 Pemahaman

A. akuB. andaC. beliauD. mereka

8    Sultan Muzaffar ialah seorang raja yang adil. __________ dihormati oleh rakyat jelata.A. BetaB. DiaC. KamuD. Baginda

9    Tiap-tiap pagi Johan akan ____________ untuk menjaga kesihatan.A. berlatihB. bermainC. bersenamD. beristirahat

10    Ah Ling __________ buku latihannya dengan kemas.A. membalutB. mengoyakC. mengguntingD. membungkus

11    Ibu meminta kakak __________ kain di ampaian kerana hari sudah senja dan matahari mulai terbenam.

A. menghamparB. mengangkatC. menyingsingD. menjemur

12    "Bawang putih ini perlu __________ sebelum ditumis ke dalam kuali," kata Puan Kamariah kepada anaknya.

A. ditapisB. dikukusC. dimayangD. dihancurkan

13    Wajahnya memang menakutkan __________ hatinya sangat baik.A. jIkaB. tetapiC. keranaD. apabila

14    Ayah membuka pintu __________ masuk ke dalam bilik tidur.A. atau

Page 3: Soalan Bm Tahun 3 Pemahaman

B. laluC. tetapiD. sambil

15    Dia masih terus melakukan kerja itu __________ telah beberapa kali diberi teguran oleh bapanya.

A. hinggaB. jikalauC. semenjakD. sungguhpun

16    Baju batik itu mahal __________ tidak bermutu tinggi.A. jikaB. tetapiC. kecualiD. malahan

17    Tukang kayu itu __________ sekeping papan dengan kertas pasir.A. bergosokB. penggosokC. gosokanD. menggosok

18    Para __________ bertepuk tangan melihat aksi hebat ahli sarkas itu.A. menontonB. tontonanC. penontonD. penontonan

19    Serangan belalang telah __________ semua tanaman di kawasan itu.A. memusnahkanB. kemusnahanC. pemusnahanD. pemusnah

20    Pinggan kaca itu __________ China.A. pembuatanB. perbuatanC. pembuatD. buatan

21    _________, cantik sungguh pemandangan bandar raya Kuala Lumpur pada waktu malam!

A. WahB. Aduh

Page 4: Soalan Bm Tahun 3 Pemahaman

C. AmboiD. Aduhai

22    __________, ramainya peminat yang mengunjungi majlis perkahwinan pelakon terkenal itu!

A. AduhaiB. AduhC. WahD. Cis

23    __________, saya tidak bersetuju dengan keputusan yang berat sebelah itu!A. AhB. EhC. OhD. Nah

24    __________ jumlah anak ikan yang saudara lepaskan di dalam kolam ini?A. BilakahB. BerapakahC. MengapakahD. Bagaimanakah

25    __________ yang mengambil pemadam Husna?A. ApakahB. SiapakahC. BerapakahD. Bagaimanakah

26    __________ tajuk perbincangan kita pada hari ini?A. AapakahB. SiapakahC. BerapakahD. Mengapakah

27    __________ bilangan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah di sekolah kamu?A. ApakahB. SiapakahC. Berapakah D. Mengapakah

28    Badannya __________ akibat terkena duri.A. compang-campingB. coreng-morengC. jalur-malurD. calar-balar

Page 5: Soalan Bm Tahun 3 Pemahaman

29    Ibu kucing itu melahirkan anak yang __________.A. hebat-hebatB. comel-comelC. kuat-kuatD. rendah-rendah

30    Kuih __________ ini dibuat oleh Kakak Ani.A. aci-aciB. duit-duitC. labu-labuD. onde-onde

31    __________ meludah di kawasan ini.A. MintaB. JanganC. Jemput D. Tolong

32    __________ sampaikan pesanan saya ini kepada bapa kamu nantiA. UsahB. Jangan C. TolongD. Jemput

33    Nasrul, __________ tunjukkan saya cara-cara membuat layang-layangA. JanganB. UsahC. TolongD. Jemput

34    __________ usik barang-barang itu.A. JanganB. TolongC. UsahD. Sila

35    __________ pimpin orang buta yang hendak melintas jalan.A. UsahB. JemputC. JanganD. Tolong

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Negara kita Malaysia, bukan sahaja mempunyai masyarakat pelbagai kaum tetapi juga kaya dengan perayaan. Ada perayaan yang berkaitan dengan agama seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Krismas dan Deepavali. Ada pula perayaaan yang berkaitan dengan adat dan kepercayaan

Page 6: Soalan Bm Tahun 3 Pemahaman

seperti Tahun Baru Cina, Thaipusam, Bambaazon dan Hari Gawai. Hari Gawai ialah satu pesta yang disambut oleh kaum Iban di Sarawak.

Hari Gawai disambut tiap-tiap tahun pada bulan Jun selepas selesai sahaja musim menuai. Sekarang, Hari Gawai ini merupakan cuti umum bagi negeri Sarawak.

Hari Gawai merupakan pesta musim menuai bersamaan pula dengan tahun baru orang Iban. Pesta ini menjadi pesta penting. Pada hari ini, semua keluarga akan balik ke kampung. Perayaan itu disambut dengan mengadakan kenduri di samping acara tari-menari, permainan, hiburan awam dan pertandingan ratu cantik. Hari Gawai ini juga merupakan hari untuk melawat kaum keluarga dan sahabat-handai.

Satu daripada acara penting pada Hari Gawai ialah upacara miring. Upacara ini diadakan di rumah panjang pada tengah malam sebelum Hari Gawai. Upacara ini diadakan untuk memohon berkat daripada Tuhan mereka.

36    Siapakah yang merayakan Hari Gawai?A. Kaum Iban di SarawakB. Pelbagai kaum di MalaysiaC. Orang yang melawat saudara maraD. Seluruh penduduk Sarawak

37   Mengapakah upacara miring diadakan?A. Untuk memohon berkat daripada Tuhan merekaB. Untuk menghidupkan malam Hari GawaiC. Untuk memeriahkan lagi pesta tersebutD. Untuk meraikan sahabat handai

38   Bilakah Hari Gawai dirayakan?A. Sebelum bulan JunB. Selepas tamat musim menuaiC. Apabila semua keluarga pulangD. Sebelum upacara miring dilakukan

39    Pilih pernyataan yang tidak benar tentang Hari GawaiA. Diisyhtiharkan cuti umum bagi negeri SarawakB. Digunakan untuk melawat kaum kerabatC. Salah satu daripada perayaan agamaD. Terdapat pertandingan ratu cantik

40    Perkataan kenduri dalam petikan bermaksudA. PerhimpunanB. PertemuanC. MesyuaratD. Jamuan