soalan aneka pilihanshayouk.tripod.com/gubal_soalan_-_aneka_pilihan.doc · web viewgunakan bahasa...

16
SOALAN ANEKA PILIHAN 1. PENGENALAN 1. Berdasarkan kepada data ………] 2. Pokok ……………………………….ialah ] Soalan (Stem) 3. Jawapan [ A. pokok getah ………. ] tepat/ [[B] pokok durian………. ] 4. Pilihan [ C. pokok rambutan ….. ] Jawapan [ D. pokok langsat …….. ] (Alternatives) 1.1. Soalan aneka pilihan mempunyai: (1) stimuli (2) pokok soalan

Upload: ngodien

Post on 22-Apr-2018

244 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: SOALAN ANEKA PILIHANshayouk.tripod.com/GUBAL_SOALAN_-_ANEKA_PILIHAN.doc · Web viewGunakan bahasa yang mudah, straight forward dan bebas daripada sebarang kekeliruan. Pastikan bahawa

SOALAN ANEKA PILIHAN

1. PENGENALAN

1. Berdasarkan kepada data ………] 2. Pokok……………………………….ialah ] Soalan

(Stem)

3. Jawapan [ A. pokok getah ………. ]tepat/ [[B] pokok durian………. ] 4. Pilihan

[ C. pokok rambutan ….. ] Jawapan[ D. pokok langsat …….. ] (Alternatives)

1.1. Soalan aneka pilihan mempunyai:

(1) stimuli(2) pokok soalan(3) jawapan tepat(4) pilihan jawapan

2. RUPABENTUK SOALAN ANEKA PILIHAN

Soalan aneka pilihan boleh digubal dalam berbagai-bagai bentuk dan rupa. Secara amnya di dalam peperiksaan-peperiksaan yang dijalankan dalam perkhidmatan awam terdapat 8 bentuk utama yang sering digunakan iaitu:-

Page 2: SOALAN ANEKA PILIHANshayouk.tripod.com/GUBAL_SOALAN_-_ANEKA_PILIHAN.doc · Web viewGunakan bahasa yang mudah, straight forward dan bebas daripada sebarang kekeliruan. Pastikan bahawa

2.1. Soalan-soalan dikemukakan secara direct

Bagi soalan jenis ini calon dikehendaki memilih satu jawapan yang tepat atau terbaik sekali dengan menggunakan pemikiran yang positif.

Contoh soalan

Kakitangan Kerajaan ada badan tertentu bertanggungjawab dalam soal dasar mengenai disiplin dan pentadbiran. Bagi angkatan tentera badan tersebut ialah

A. Majlis Angkatan Tentera.B. Suruhanjaya Angkata Tentera.C. Majlis Keselamatan Negara.D. Ketua Turus Angkatan Tentera.E. Pasukan Polis Militeri.

2.2. Soalan-soalan yang mengkehendaki calon menjawab dari sudut negatif. Bentuk soalan ini, walaupun wujud di dalam sesuatu peperiksaan, tidak digalakkan sangat oleh kerana soalan mengkehendaki calon memikir secara negatif walhal calon mempelajari sesuatu itu dari sudut positif.

Contoh Soalan

Kebaikan pita magnetik daripada kad tebuk adalah seperti berikut, KECUALI

A. Perpindahan data dapat dilakukan dengan lebih pantas.

B. Boleh menyimpan data dengan lebih padat.

C. Keselamatan data lebih terkawal.

D. Data yang salah mudah diperbaiki.

2.3. Bentuk soalan di mana calon dikehendaki memilih satu susunan yang betul (cara perjalanan sesuatu alat; peristiwa-peristiwa mengikut susunan kronologi; satu jalan cerita yang logikal; dsbnya).

Page 3: SOALAN ANEKA PILIHANshayouk.tripod.com/GUBAL_SOALAN_-_ANEKA_PILIHAN.doc · Web viewGunakan bahasa yang mudah, straight forward dan bebas daripada sebarang kekeliruan. Pastikan bahawa

Contoh Soalan

Pilih satu susunan cerita yang paling sesuai bagi peristiwa berikut:-

i. Pencuri memasuki ikut pintu belakang kedai runcit.

ii. Pencuri melarikan diri.

iii. Pekedai sedang nyenyak tidur.

iv. Sebuah kedai runcit dimasuki pencuri.

v. Pekedai masih tidak sedarkan apa yang sedang berlaku.

vi. Pencuri mengambil wang dalam cash register dan tersepak beberapa botol kosong.

A. iii, i, v, vi, ii, iv

B. iv, i, iii, v, vi, ii

C. iv, i, iii, vi, v, ii

D. iv, iii, i, vi, v, ii

2.4. Satu bentuk soalan di mana rajah digunakan sebagai pokok soalan dan calon dikehendaki terus menjawab apakah yang dimaksudkan dengan salah satu elemen di dalam rajah berkenaan.

Contoh Soalan

Nyatakan apakah ‘X’ dalam rajah di bawah ini:-

Page 4: SOALAN ANEKA PILIHANshayouk.tripod.com/GUBAL_SOALAN_-_ANEKA_PILIHAN.doc · Web viewGunakan bahasa yang mudah, straight forward dan bebas daripada sebarang kekeliruan. Pastikan bahawa

A. Parlimen

B. Kabinet

C. Suruhanjaya-suruhanjaya

D. Majlis Perpaduan Negara

2.5. Satu bentuk yang digemari oleh penggubal-penggubal soalan aneka pilihan terutama sekali bagi peperiksaan pengesahan dalam jawatan ialah jenis soalan mengisi ruang kosong (fill in the blank). Blank ini boleh dibuat pada permulaan ayat dalam stem ataupun pada hujung ayat dalam stem atau pada kedua-dua tempat berkenaan. Ada juga blank yang dimuatkan di tengah-tengah stem.

Contoh Soalan

_______________ adalah satu teknik yang mencantumkan ciri-ciri fail capaian berjujukan dan terus (sequential and direct access file).

A. Jujukan berindeks (indexed sequential)

B. Rawak (random)

C. Isihan (sorting)

D. Cantuman (merging)

2.6. Satu bentuk lain soalan aneka pilihan ini ialah dengan menggunakan satu, dua atau lebih ayat-ayat dalam stem yang diikuti dengan satu soalan. Jawapan-jawapan dalam bentuk ayat-ayat lengkap diberi di dalam pilihan-pilihan jawapan.

Contoh Soalan

En. Wong seorang Pegawai Kerani yang bertugas di Johor Bahru telah berkhidmat selama 7 tahun. Ia telah menghabiskan kesemua cuti rehatnya. En. Wong perlu

Page 5: SOALAN ANEKA PILIHANshayouk.tripod.com/GUBAL_SOALAN_-_ANEKA_PILIHAN.doc · Web viewGunakan bahasa yang mudah, straight forward dan bebas daripada sebarang kekeliruan. Pastikan bahawa

mengambil cuti untuk pergi menziarahi bapanya yang sakit di Melaka. Apakah jenis cuti yang boleh En. Wong ambil?

A. Cuti separuh gaji.

B. Cuti rehat tahun hadapan.

C. Cuti tanpa gaji.

D. Cuti kecemasan.

2.7. Satu lagi bentuk soalan aneka pilihan yang boleh dibuat oleh penggubal-penggubal soalan ialah soalan yang dibuat berdasarkan kepada satu-satu stimuli tertentu seperti satu gambarajah; atau satu kumpulan data statistik; ilustrasi dan sebagainya. Soalan-soalan yang digubal mestilah mengenai data-data yang diberi itu.

Contoh Soalan

Eksport Barangan Utama Mengikut Haluan 1983

Page 6: SOALAN ANEKA PILIHANshayouk.tripod.com/GUBAL_SOALAN_-_ANEKA_PILIHAN.doc · Web viewGunakan bahasa yang mudah, straight forward dan bebas daripada sebarang kekeliruan. Pastikan bahawa

Berdasarkan data-data yang diberi mengenai Eksport Barangan Utama Malaysia 1983, dari segi kuantiti barangan manakah yang paling banyak dieksport oleh Malaysia?

A. Petroleum Mentah.

B. Getah.

C. Minyak Kelapa Sawit.

D. Tidak dapat ditentukan.

2.8. Satu lagi bentuk soalan aneka pilihan yang boleh digunakan oleh penggubal-penggubal soalan terutama bagi peperiksaan-peperiksaan tertentu ialah jenis soalan di mana penggubal perlu menyediakan satu rencana pendek ataupun panjang dan soalan-soalan yang dikemukakan adalah berdasarkan kepada rencana itu.

Contoh Soalan

Rencana

Pencemaran kebudayaan sebenarnya telah lama berlaku, sudah puluhan, malah mungkin ratusan tahun. Tetapi banyak pendapat yang pro dan kontra tentang hal ini. Ada para ahli sosiologi dan antropologi yang menamakan ini satu proses assimilasi, proses pengaruh mempengaruhi antara satu kebudayaan dengan yang lain, suatu proses yang natural. Kebudayaan yang beku-statik adalah kebudayaan dari peradaban atau bangsa yang mati.

Bagaimanapun, perkembangan teknologi komunikasi dan media massa dalam masa kira-kira 30 tahun ini telah menyebabkan pengaruh buruk atau pencemaran itu semakin meluas, bukan saja di kalangan kelompok elit dan golongan kelas atas di kota, tetapi sudah menjalar sampai ke kawasan setinggan dan ke desa-desa. Namun kita tidak merasakan ini sesuatu hal yang serius, terutama kerana sifat atau ciri pencemaran itu sering berubah, bagai fenomena yang tak stabil, seperti model dan fesyen.

Page 7: SOALAN ANEKA PILIHANshayouk.tripod.com/GUBAL_SOALAN_-_ANEKA_PILIHAN.doc · Web viewGunakan bahasa yang mudah, straight forward dan bebas daripada sebarang kekeliruan. Pastikan bahawa

Nota Penting

Terdapat banyak lagi bentuk-bentuk soalan aneka pilihan yang boleh dibuat oleh penggubal-penggubal soalan dan penting dinyatakan di sini bahawa tiada satu peraturan khusus apakah bentuk-bentuk soalan yang perlu dimuatkan di dalam sesuatu peperiksaan aneka pilihan. Pada kebiasaannya perkara ini terpulang kepada Panel Peperiksaan bagi menentukan dan Panel Peperiksaan seringkali membiarkan pemilihan bentuk soalan aneka pilihan ini kepada penggubal-penggubal. Yang penting ialah wujudnya beberapa variety bentuk-bentuk soalan di dalam sesuatu peperiksaan. Walau bagaimanapun, bentuk soalan ini dipengaruhi oleh tujuan peperiksaan dan juga subject matter nya.

3. Panduan menulis soalan-soalan aneka pilihan

Berikut adalah panduan secara am bagi membantu penggubal-penggubal soalan membina soalan-soalan aneka pilihan yang baik:-

3.1. Pilih satu konsep atau idea yang difikirkan penting diketahui oleh calon. Penting di sini bererti perkara yang akan ditanya itu hendaklah penuh bererti (of importance) dan perlu diketahui oleh pegawai-pegawai dalam perkhidmatan/jawatan berkenaan. Sebagai contoh: Soalan mengenai pengedaran fail lebih bererti daripada soalan mengenai nama-nama fail untuk peperiksaan Pegawai Kerani.

3.2. Satu-satu idea atau konsep yang hendak ditanya itu hendaklah jelas diterangkan di dalam pokok soalan.

3.3. Tiap-tiap pilihan jawapan (alternatives) hendaklah kait-mengait di antara satu dengan yang lain dan semua pilihan jawapan itu juga turut berkaitan dengan pokok soalan.

3.4. Pastikan bahawa sesuatu soalan itu hanya mempunyai satu jawapan yang tepat sahaja.

3.5. Gunakan bahasa yang mudah, straight forward dan bebas daripada sebarang kekeliruan. Pastikan bahawa pernyataan-pernyataan yang digunakan itu tidak mempunyai maksud-maksud lain. Jangan sekali-kali menjadikan soalan itu satu

Page 8: SOALAN ANEKA PILIHANshayouk.tripod.com/GUBAL_SOALAN_-_ANEKA_PILIHAN.doc · Web viewGunakan bahasa yang mudah, straight forward dan bebas daripada sebarang kekeliruan. Pastikan bahawa

ujian kefahaman bahasa (kecuali ujian itu ialah khusus untuk menguji bahasa). Bahasa yang digunakan mestilah mudah difahami dan tidak ambiguous.

3.6. Apabila beberapa soalan didasarkan kepada satu stimuli seperti peta, petikan karangan, carta graf dan lain-lain, pastikan bahawa tiap-tiap soalan itu bebas daripada unsur-unsur di luar stimuli berkenaan. Calon-calon hendaklah ditanya berdasarkan maklumat-maklumat di dalam stimuli itu sahaja.

3.7. Dalam menulis satu-satu soalan tentukan bahawa tujuan soalan itu jelas. Jika anda hendaklah menguji pengetahun, janganlah membuat soalan-soalan yang akan menguji penggunaan. Atau sebaliknya, jika anda menguji penggunaan, janganlah membuat soalan-soalan yang menguji pengetahuan.

3.8. Jangan menggunakan dua negatif di dalam satu-satu soalan. Jika soalan itu berkehendakan calon memilih jawapan yang salah, jadikan pilihan jawapan itu dalam bentuk positif.

3.9. Pastikan bahawa bahasa, perbendaharaan kata, struktur ayat dan nahu bersesuaian dengan peringkat kebolehan calon.

3.10. Semasa menggubal soalan, penggubal-penggubal janganlah cuba menceduk terus dari buku-buku teks atau buku-buku rujukan untuk dijadikan sebahagian daripada soalan atau stimuli. Pokok soalan atau pilihan jawapan seboleh-bolehnya hendaklah menggunakan ayat-ayat penggubal soalan itu sendiri.

3.11. Soalan-soalan yang dikemukakan oleh penggubal soalan perlulah kemaskini dan tidak out of date.

3.12. Jika penggubal soalan ingin mengemukakan soalan yang sukar, pastikan bahawa soalan yang dikatakan sukar itu memerlukan pemikiran yang mendalam (sophisticated thinking) dan bukan kerana soalan itu menguji perkara yang tidak penting dan tidak ramai calon yang tahu mengenainya. Dengan lain-lain perkataan, satu perkara yang tidak ramai calon tahu tidak semestinya menjadikannya satu soalan yang baik.

Page 9: SOALAN ANEKA PILIHANshayouk.tripod.com/GUBAL_SOALAN_-_ANEKA_PILIHAN.doc · Web viewGunakan bahasa yang mudah, straight forward dan bebas daripada sebarang kekeliruan. Pastikan bahawa

4. Panduan khusus cara membina pokok soalan bagi soalan-soalan aneka pilihan

4.1. Penggubal soalan perlulah menjelaskan tugasan yang sepatutnya dibuat oleh calon di dalam pokok soalan. Di samping itu pokok soalan mesti mengandungi semua maklumat yang diperlukan oleh calon untuk menjawab satu-satu soalan itu dengan betul.

4.2. Seboleh-bolehnya pokok soalan tidak perlu mengandungi sebarang petua (clues) untuk jawapan.

4.3. Pokok soalan sepatutnya tidak mengandungi maklumat yang tidak berkaitan dengan tugasan/soalan.

4.4. Pokok soalan hendaklah jangan dibuat sebegitu rupa sehingga struktur ayat/penggunaan bahasa boleh memberitahu calon yang mana satukah pilihan jawapan yang betul dengan senang.

Contoh

Satu alat mekanik yang penting bagi pemandu menukar tayar kereka yang bocor ialah

A. tangannya.

[B] dongkerak.

C. kepandaiannya menggunakan spanner.

D. tidak dapat ditentukan.

Dalam contoh soalan, pilihan (A) tidak munasabah sebab ‘alat mekanik’ tentulah bukan ‘tangan’! Pilihan (C) juga tidak logik sebab ‘kepandaian’ juga tidak boleh jadi ‘alat mekanik’. (D) sudah tentu tidak akan dipilih oleh calon sebab dari struktur ayat ialah ‘tidak dapat ……’ nampak kejanggalannya. Jadi (B) mestilah jawapannya, walaupun calon mungkin tidak tahu apakah makna ‘dongkerak’!

Page 10: SOALAN ANEKA PILIHANshayouk.tripod.com/GUBAL_SOALAN_-_ANEKA_PILIHAN.doc · Web viewGunakan bahasa yang mudah, straight forward dan bebas daripada sebarang kekeliruan. Pastikan bahawa

5. Panduan khusus membuat pilihan jawapan (alternatives) bagi soalan-soalan aneka pilihan

Pilihan jawapan adalah sama pentingnya dengan pokok soalan. Oleh yang demikian, penggubal-penggubal perlu memberi perhatian khusus kepada semua pilihan jawapan supaya satu set soalan yang bermutu dapat dibuat. Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

5.1. Halus perbezaan di antara pilihan jawapan.

5.2. Semua pilihan jawapan hendaklah jelas dan tepat.

5.3. Pilihan-pilihan jawapan mestilah ada hubungan dengan pokok soalan dan di antara satu dengan yang lain.

5.4. Jangan berikan petua (clues) dalam pilihan jawapan.

5.5. Perlu wujud satu keseragaman dalam pilihan jawapan.

5.6. Cuba elakkan menggunakan perkataan-perkataan seperti ‘sesuai’, ‘hanya’, ‘tidak sekali-kali’, ‘tiap-tiap kali’ dan lain-lain.

5.7. Cuba jangan mengulang-ulang maklumat yang sama di dalam pilihan jawapan.

5.8. Pilihan jawapan tidak bertentangan di antara satu dengan yang lain dari segi idea, konsep/nahu.

5.9. Penggubal-penggubal soalan perlulah menyusun pilihan-pilihan jawapan secara logik.

Nota penting

Lampiran C ialah satu cabutan daripada buku Educational Measurement & Evalution oleh Jum C. Nunnally (Mc Graw-Hill Inc. USA) yang ditulis dalam bahasa Inggeris sebagai rujukan tambahan. Rujukan ini menerangkan bagaimana soalan multiple choice harus dibuat.

Page 11: SOALAN ANEKA PILIHANshayouk.tripod.com/GUBAL_SOALAN_-_ANEKA_PILIHAN.doc · Web viewGunakan bahasa yang mudah, straight forward dan bebas daripada sebarang kekeliruan. Pastikan bahawa

6. Menyunting soalan-soalan aneka pilihan

Setelah seseorang penggubal soalan itu menggubal soalan aneka pilihan (bilangan soalan berbeza-beza – mungkin ada penggubal yang diminta menggubal 10 dan 20 soalan dan mungkin ada penggubal yang diminta menggubal labih dari itu), penggubal berkenaan perlulah menyusun soalan-soalan yang digubalnya itu dalam satu susunan yang logik. Semasa menyusun soalan-soalan ini, penggubal perlu mengambilkira perkara-perkara berikut:-

6.1. Jawapan-jawapan betul kepada soalan-soalan mestilah randomly placed. Ini bermakna jika dalam jawapan terdapat 4 pilihan ‘A’, ‘B’, ‘C’ dan ‘D’, maka jawapan-jawapan kepada soalan-soalan tidak semestinya semuanya ‘A’ atau semuanya ‘B’ dan sebagainya. Pilihan-pilihan jawapan mestilah kadang-kadang terdapat di pilihan ‘A’ dan kadang-kadang terdapat di pilihan ‘B’ dan seterusnya.

6.2. Penggubal-penggubal soalan hendaklah juga sedar akan tahap kesukaran soalan yang dibuatnya dan taburan tahap-tahap kesukaran ini juga hendaklah adil. Ini bermakna penggubal-penggubal soalan mestilah menggubal bukan sahaja beberapa solan yang dirasakan sukar tetapi juga soalan-soalan senang. Walaupun perkara ini agak sukar dibuat oleh penggubal–penggubal yang telah berkecimpung dalam urusan penggubal soalan bagi beberapa tahun, mereka akan dapat sense tahap kesukaran sesuatu soalan yang digubalnya itu. Oleh yang demikian ada baiknya juga seseorang pegawai itu dilantik menjadi penggubal soalan bagi lebih daripada dua atau tiga kali untuk sesuatu peperiksaan.

6.3. Semasa menyusun soalan, penggubal perlulah membuat satu susunan soalan mengikut sequence of thought yang difikirkan sesuai. Ini juga satu perkara yang amat penting oleh kerana jika soalan-soalan tidak mengikut satu aturan atau perjalanan yang logik, maka berkemungkinan calon tidak dapat memikir dangan betul dan keadaan pemikiran yang berkecamuk bagi seseorang calon di dalam dewan peperiksaan akan memberi satu akibat yang buruk kepadanya.

Page 12: SOALAN ANEKA PILIHANshayouk.tripod.com/GUBAL_SOALAN_-_ANEKA_PILIHAN.doc · Web viewGunakan bahasa yang mudah, straight forward dan bebas daripada sebarang kekeliruan. Pastikan bahawa

6.4. Satu perkara kecil, tetapi tidak kurang pentingnya ialah quality of print, soalan-soalan yang digubalnya. Jika penggubal menggunakan tulisan tangan maka tulisan tangan itu hendaklah senang dibaca dan jika penggubal soalan menggunakan mesin taip maka print mesin taip hendaklah jelas.