kemudahan ahli majlis - pantas | mpsppantas.mpsp.gov.my/e-taklimat/mpsp/jabatan perkhidmat… ·...

21
KEMUDAHAN AHLI MAJLIS 1. Ahli Majlis baru akan diberi peralatan-peralatan seperti berikut semasa dilantik : a) Teg Nama b) Cop Getah Ahli Majlis c) Lencana Kereta Majlis d) Akta Kerajaan Tempatan 1976 e) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 f) Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 g) Undang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Seberang Perai h) Perintah Tetap Majlis Perbandaran Seberang Perai Peralatan-peralatan tersebut hendaklah dikembalikan kepada Majlis selepas tamat tempoh perkhidmatan sebagai Ahli Majlis dan tidak akan disambung semula. 2. 'Brief Case' Majlis boleh memberi subsidi tidak melebihi RM 150.00 untuk pembelian se unit 'brief case' bagi pelantikan pertama. Resit asal hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Pentadbiran Am, Jabatan Khidmat Pengurusan di Tingkat 8, Wisma UMNO, Butterworth untuk proses bayaran balik. Tuntutan ini hanya boleh dibuat semula selepas tiga tahun dari tahun tuntutan bagi Ahli Majlis yang dilantik semula. 3. 'Lounge Suit' Majlis akan membekalkan sepasang 'lounge suit' kepada Ahli Majlis yang pertama dilantik. Kemudahan ini hanya boleh diberi semula selepas 3 tahun bagi Ahli Majlis yang dilantik semula. 4. Pas Percuma Kolam Renang Awam Seberang Jaya 1

Upload: others

Post on 07-Jan-2020

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEMUDAHAN AHLI MAJLIS - Pantas | MPSPpantas.mpsp.gov.my/e-taklimat/MPSP/JABATAN PERKHIDMAT… · Web viewUntuk mengelakkan duplikasi atau kekeliruan yang mungkin berlaku, semua kenyataan

KEMUDAHAN AHLI MAJLIS

1. Ahli Majlis baru akan diberi peralatan-peralatan seperti berikut semasa dilantik :

a) Teg Namab) Cop Getah Ahli Majlisc) Lencana Kereta Majlisd) Akta Kerajaan Tempatan 1976e) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974f) Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976g) Undang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Seberang Perai h) Perintah Tetap Majlis Perbandaran Seberang Perai

Peralatan-peralatan tersebut hendaklah dikembalikan kepada Majlis selepas tamat tempoh perkhidmatan sebagai Ahli Majlis dan tidak akan disambung semula.

2. 'Brief Case'

Majlis boleh memberi subsidi tidak melebihi RM 150.00 untuk pembelian se unit 'brief case' bagi pelantikan pertama. Resit asal hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Pentadbiran Am, Jabatan Khidmat Pengurusan di Tingkat 8, Wisma UMNO, Butterworth untuk proses bayaran balik. Tuntutan ini hanya boleh dibuat semula selepas tiga tahun dari tahun tuntutan bagi Ahli Majlis yang dilantik semula.

3. 'Lounge Suit'

Majlis akan membekalkan sepasang 'lounge suit' kepada Ahli Majlis yang pertama dilantik. Kemudahan ini hanya boleh diberi semula selepas 3 tahun bagi Ahli Majlis yang dilantik semula.

4. Pas Percuma Kolam Renang Awam Seberang Jaya

Pas masuk percuma ke Kolam Renang Awam Seberang Jaya akan diberi kepada Ahli Majlis termasuk ahli keluarganya. Permohonan untuk ahli keluarga hendaklah disertakan salinan kad pengenalan dan surat beranak. Dua keping gambar diperlukan bagi setiap pas semasa membuat permohonan. Pas ini perlu dibaharui pada setiap tahun.

1

Page 2: KEMUDAHAN AHLI MAJLIS - Pantas | MPSPpantas.mpsp.gov.my/e-taklimat/MPSP/JABATAN PERKHIDMAT… · Web viewUntuk mengelakkan duplikasi atau kekeliruan yang mungkin berlaku, semua kenyataan

5. Pas Meletak Kereta Percuma

Pas meletak kereta percuma di kawasan MPSP akan diberi pada awal tahun selepas mendapat nombor pendaftaran kereta Ahli Majlis. Selepas mendapat semua nombor pendaftaran kereta Ahli Majlis, Majlis akan mengemukakan permohonan pas meletak kereta percuma di kawasan Pulau kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Pada 30 April 2001, Majlis dalam mesyuarat Majlis Penuh telah meluluskan pemberian pas meletak percuma kepada bekas Ahli Majlis dengan syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

i) Berkhidmat dengan Majlis sebagai Ahli Majlis selama dua ( 2 ) tahun berturut-turut.

ii) Ahli Majlis yang tamat tempoh perkhidmatan sebagai Ahli Majlis di mana tempoh perkhidmatan itu kurang daripada dua (2 ) tahun berturut-turut akan diberi pas meletak kereta percuma selama satu ( 1 ) tahun lagi.

iii) Tinggal ( Bermastautin ) atau bekerja di Negeri Pulau Pinang.

iv) Hanya satu kenderaan diberikan kemudahan dan kenderaan itu mesti dimiliki dan didaftarkan atas nama bekas Ahli Majlis sendiri. Bagi yang memiliki lebih daripada satu kenderaan, maka pilihan perlu dibuat yang mana satu kenderaan sahaja akan diberi pas meletak kereta percuma.

v) Kelayakan selama hayat bekas Ahli Majlis sahaja dan kelayakan ini tidak akan disambung kepada waris mereka apabila mereka meninggal dunia.

vi) Pas meletak kereta percuma ini akan diperbaharui dari tahun ke tahun. Pemegang pas ini perlu mematuhi syarat-syarat yang digariskan untuk melayakkan pembaharuan ke atas pas meletak kereta percuma.

vii) Pemohon perlu datang sendiri atau menghantar wakil semasa membuat permohonan dan semasa mengambil pas. Borang permohonan hendaklah disertakan salinan geran kenderaan untuk membuktikan pemilikan kenderaan tersebut didaftarkan atas nama pemohon.

viii) Pemberian kemudahan khas ini berkuat kuasa mulai Januari 2001. Perkiraan tahun kelayakan bekas Ahli Majlis ialah dari tahun perkhidmatan sebagai Ahli Majlis mulai tahun 1994.

2

Page 3: KEMUDAHAN AHLI MAJLIS - Pantas | MPSPpantas.mpsp.gov.my/e-taklimat/MPSP/JABATAN PERKHIDMAT… · Web viewUntuk mengelakkan duplikasi atau kekeliruan yang mungkin berlaku, semua kenyataan

6. Elaun Bulanan

Ahli Majlis akan dibayar elaun bulanan tetap sebanyak RM 600.00 dan elaun mesyuarat sebanyak RM 50.00 bagi sekali mesyuarat. Walau bagaimanapun, jumlah maksimum elaun tersebut termasuk tuntutan elaun perbatuan tidak boleh melebihi RM 1,000.00. ( Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 24 September 1997 ). Elaun mesyuarat hanya boleh dituntut untuk mesyuarat-mesyuarat rasmi. ( Majlis perjumpaan, pelancaran, taklimat atau kempen gotong-royong adalah bukan mesyuarat rasmi ).

7. Elaun Perjalanan

Elaun perjalanan atas urusan rasmi boleh dituntut mengikut peraturan dan kadar seperti mana dipakai bagi pegawai Perkhidmatan Awam Tingkatan Tertinggi 'G' (M2). Takrif urusan rasmi ialah tugas yang dijalankan atas anjuran / jemputan Kerajaan Persekutuan, Negeri atau Majlis.

Kelayakan elaun adalah seperti berikut :

Elaun Makan RM 60.00 Setiap 24 jam daripada masa bertolak dari Ibu Pejabat dan masa balik sampai Ibu Pejabat

Elaun Harian RM 30.00 Tempoh melebihi 8 jam tetapi kurang daripada 24 jam

Elaun makan tidak layak dituntut jika kemudahan makan disediakan oleh Kerajaan, Penganjur atau Pengangkut. Sekiranya sebahagian daripada kemudahan makan disediakan, Ahli Majlis hanya layak menuntut bahagian makan yang tidak disediakan itu tertakluk kepada kadar-kadar seperti berikut:

(a) Sarapan pagi - 20% daripada Elaun Makan(b) Makan tengah hari - 40% daripada Elaun Makan(c) Makan malam - 40% daripada Elaun Makan

Sewa Hotel RM 180.00 Disokong dengan resit asal atau

Elaun Lojing RM 60.00 Tanpa resit

3

Page 4: KEMUDAHAN AHLI MAJLIS - Pantas | MPSPpantas.mpsp.gov.my/e-taklimat/MPSP/JABATAN PERKHIDMAT… · Web viewUntuk mengelakkan duplikasi atau kekeliruan yang mungkin berlaku, semua kenyataan

Elaun Perbatuan Kenderaan

SYARAT-SYARAT BAYARAN

1.1 Jumlah tuntutan elaun termasuk elaun tetap, elaun mesyuarat dan elaun perjalanan tidak boleh melebihi RM1,000.00 sebulan [ Keputusan MMK ], iaitu Majlis hanya membayar baki peruntukan daripada elaun tetap dan elaun mesyuarat untuk membayar elaun perjalanan ( elaun makan / harian, sewa hotel dan elaun batuan ).

1.2 Ahli Majlis hendaklah memohon kelulusan menjalankan tugas rasmi dengan kenderaan sendiri sebelum boleh menuntut elaun batuan. ( Contoh Borang Permohonan dikepilkan )

1.3 Ahli Majlis yang menghadiri aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Majlis, Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri di mana tempat itu boleh dihubungi terus oleh kapal terbang atau kereta api dan jarak tempat itu melebihi 240 KM, hendaklah menggunakan perkhidmatan kapal terbang atau kereta api. Mereka boleh menuntut tambang gantian, jika menggunakan kenderaan sendiri. Walau bagaimanapun, mereka boleh memohon kelulusan daripada Yang Dipertua terlebih dahulu untuk menggunakan kenderaan sendiri bagi tujuan tersebut dan bayaran elaun batuan boleh dibuat jika permohonan tersebut diluluskan. Jumlah tuntutan elaun masih berdasarkan syarat-syarat seperti 1.1 di atas. Penyertaan aktiviti-aktiviti tersebut mesti diluluskan oleh Yang Dipertua.

1.4 Tuntutan elaun perjalanan hendaklah menggunakan Borang MPSP 61A. ( Borang dikepilkan )

1.5 Kehadiran / penyertaan dalam kempen gotong-royong tidak boleh dibayar elaun perbatuan.

Semua tuntutan hendaklah disertakan dengan surat kelulusan / arahan daripada Yang Dipertua atau Setiausaha Perbandaran.

4

Page 5: KEMUDAHAN AHLI MAJLIS - Pantas | MPSPpantas.mpsp.gov.my/e-taklimat/MPSP/JABATAN PERKHIDMAT… · Web viewUntuk mengelakkan duplikasi atau kekeliruan yang mungkin berlaku, semua kenyataan

8. Rawatan Perubatan

Rawatan percuma, tidak termasuk ahli keluarga, mengikut peraturan dan kadar yang ditetapkan bagi pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional M2. Kemudahan rawatan perubatan hendaklah diperoleh dari Hospital Kerajaan atau Hospital Universiti sahaja ( Keputusan Jemaah Menteri dan Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan pada tahun 1977 ) Ahli Majlis hendaklah mendapat surat akaun daripada Bahagian Pentadbiran Am, Jabatan Khidmat Pengurusan terlebih dahulu sebelum pergi ke hospital.

Permohonan sedang dikemukakan kepada pihak Kerajaan Negeri untuk pertimbangan sama ada kemudahan klinik panel yang sedang dinikmati oleh anggota Majlis dipanjangkan kepada Ahli Majlis.

9. Penggunaan Lorong Keutamaan Feri

Pihak Penang Port Sdn Bhd telah bersetuju untuk memberi pertimbangan Laluan Keutamaan kepada Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai bagi menyeberang dengan feri semasa menjalankan tugas-tugas rasmi apabila terdapat kesesakan di Pangkalan Feri. Ahli Majlis hendaklah memperkenalkan diri kepada Pegawai Penang Port Sdn Bhd yang bertugas apabila hendaklah menggunakan kemudahan tersebut. Bersama-sama ini dikepilkan salinan surat Penang Port Sdn Bhd untuk tujuan tersebut.

10. Notis Tender

Notis tender boleh diperoleh melalui laman web MPSP. Mulai tahun 2003, salinan notis tender tidak akan dihantar kepada Ahli Majlis.

5

Page 6: KEMUDAHAN AHLI MAJLIS - Pantas | MPSPpantas.mpsp.gov.my/e-taklimat/MPSP/JABATAN PERKHIDMAT… · Web viewUntuk mengelakkan duplikasi atau kekeliruan yang mungkin berlaku, semua kenyataan

11. Pembelian Komputer Notebook Terpakai

Majlis pada 26 Februari 2002 telah meluluskan satu dasar di mana Ahli Majlis yang tamat tempoh perkhidmatan dengan Majlis boleh membeli notebook yang telah dibekalkan kepada beliau dengan harga yang istimewa seperti berikut :

Usia Notebook Harga Istimewa( % daripada harga pembelian )

< 6 bulan

6 bulan - 1 tahun 70%

1 tahun - 1 ½ tahun 50%

1 ½ tahun - 2 tahun 30%

2 tahun - 2 ½ tahun 20%

2 ½ tahun - 3 tahun 10%

> 3 tahun RM 200

Pada 31 Mac 2003 Majlis telah lulus untuk mengurangkan harga tawaran lagi berdasarkan tempoh perkhidmatan berturut-turut seperti berikut:

Tempoh PerkhidmatanHarga Tawaran

( % dikurangkan daripada harga istimewa )

< 1 tahun -

1 tahun 20%

> 1 tahun - 2 tahun 30%

> 2 tahun - 3 tahun 40%

> 3 tahun 50%

6

Page 7: KEMUDAHAN AHLI MAJLIS - Pantas | MPSPpantas.mpsp.gov.my/e-taklimat/MPSP/JABATAN PERKHIDMAT… · Web viewUntuk mengelakkan duplikasi atau kekeliruan yang mungkin berlaku, semua kenyataan

GARIS PANDUAN PERBELANJAAN PERUNTUKAN PROJEK JAWATANKUASA MAJLIS TAHUN 2003

1. Tujuan

1.1 Majlis telah memperuntukkan sejumlah RM1,700,000 dalam belanjawan tahun 2002 untuk projek-projek Jawatankuasa Majlis. Panduan-panduan berikut akan digunakan dalam memohon, menimbang dan melaksanakan projek-projek yang berkaitan dengan peruntukan berkenaan.

2. Kategori Projek

2.1 Peruntukan berjumlah RM50,000 diadakan kepada setiap Ahli Majlis untuk mencadangkan program-program yang termasuk di bawah aktiviti Majlis sahaja. Program / aktiviti yang dibenarkan adalah seperti berikut :-

(i) Kerja-kerja kecil pembersihan dan pembaikan.

(ii) Projek-projek kecil infrastruktur dan pengindahan.

(iii) Lain-lain projek yang diluluskan oleh Yang Dipertua.

3. Syarat Kelulusan

3.1 Aktiviti yang dicadangkan untuk dilaksanakan hendaklah memberi faedah kepada penduduk di kawasan berkenaan.

3.2 Peruntukan khas ini boleh digunakan untuk projek-projek tersebut di atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut :

(i) Peruntukan ini tidak boleh digunakan untuk kepentingan seseorang individu , kelab atau persatuan yang bermotifkan komersial atau se sebuah badan politik atau untuk sesuatu kaum sahaja.

(ii) Peruntukan hendaklah dibelanjakan dalam tahun semasa dan tidak boleh di bawa ke tahun hadapan.

(iii) Peruntukan yang diluluskan untuk satu-satu aktiviti tidak boleh digunakan untuk aktiviti lain.

7

Page 8: KEMUDAHAN AHLI MAJLIS - Pantas | MPSPpantas.mpsp.gov.my/e-taklimat/MPSP/JABATAN PERKHIDMAT… · Web viewUntuk mengelakkan duplikasi atau kekeliruan yang mungkin berlaku, semua kenyataan

(iv) Peruntukan ini tidak boleh digunakan untuk penyelenggaraan bangunan - bangunan keagamaan dan yang berkaitan dengannya.

4. Kaedah Pelaksanaan Projek

4.1 Pengarah Pentadbiran dan Sumber Manusia adalah Pegawai yang akan mengendalikan permohonan daripada setiap Ahli Majlis.

4.2 Senarai projek yang dikemukakan selepas 31 Oktober 2003 tidak akan dilayan.

4.3 Projek-projek yang telah diluluskan boleh dilaksanakan secara gotong royong atau melalui kaedah perolehan biasa. Sekiranya projek dilaksanakan secara gotong royong perbelanjaan yang dibenarkan adalah jamuan ringan, pembekalan seperti topi dan pakaian (hanya baju T sahaja) dan alat-alat gotong royong.

4.4 Sesuatu projek hanya boleh dimulakan selepas kelulusan Yang Dipertua.

5. Saluran Peruntukan

5.1 Ahli-Ahli Majlis akan mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang hendak dilaksanakan dan mengemukakan senarai aktiviti tersebut kepada Pengarah Pentadbiran dan Sumber Manusia.

5.2 Yang Dipertua akan menimbang dan meluluskan senarai aktiviti yang dikemukakan oleh setiap Ahli Majlis.

5.3 Aktiviti yang diluluskan akan dimaklumkan oleh Pengarah Pentadbiran dan Sumber Manusia kepada Jabatan-Jabatan Teknikal Majlis atau Jawatankuasa Program Bersih dan Indah untuk pelaksanaan.

5.4 Se salinan senarai aktiviti yang diluluskan akan dikemukakan kepada Ahli Majlis yang berkaitan. Semua proses sebut harga dan pelaksanaan projek akan diuruskan oleh Jabatan / Jawatankuasa yang dilantik sahaja.

8

Page 9: KEMUDAHAN AHLI MAJLIS - Pantas | MPSPpantas.mpsp.gov.my/e-taklimat/MPSP/JABATAN PERKHIDMAT… · Web viewUntuk mengelakkan duplikasi atau kekeliruan yang mungkin berlaku, semua kenyataan

6. Prosedur Kewangan

6.1 Kesemua projek yang diluluskan hendaklah dilaksanakan mengikut peraturan dan prosedur kewangan yang ditetapkan oleh Majlis dan Arahan-Arahan Perbendaharaan yang berkenaan.

6.2 Sebarang pembelian atau pelaksanaan projek-projek kecil hendaklah didahului dengan pengeluaran Pesanan Kerajaan atau Inden Kerja mengikut mana yang berkenaan.

6.3 Perintah Tetap Majlis mengenai dengan had nilai perolehan hendaklah dipatuhi sepenuhnya berhubung dengan tatacara dan peraturan dalam pengurusan perolehan Kerajaan.

9

Page 10: KEMUDAHAN AHLI MAJLIS - Pantas | MPSPpantas.mpsp.gov.my/e-taklimat/MPSP/JABATAN PERKHIDMAT… · Web viewUntuk mengelakkan duplikasi atau kekeliruan yang mungkin berlaku, semua kenyataan

LAWATAN KE LUAR NEGERI OLEH AHLI MAJLIS

Syarat-syarat :

1. Mesti membawa manfaat kepada Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan. Contoh-contoh lawatan yang boleh diberi keutamaan ialah :

1.1 Lawatan balas di bawah program bandar berkembar;

1.2 Lawatan misi perdagangan yang bertujuan untuk merintis jalan ke arah mewujudkan peluang-peluang perniagaan dan menarik pelaburan daripada bandar / negara yang dilawati;

1.3 Bertujuan untuk ‘menjual’ tempat-tempat pelancongan di negara ini kepada pelancong-pelancong luar negeri.

2. Lawatan ke luar negeri hanya boleh dilakukan dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

3. Sesuatu lawatan ke luar negeri hendaklah dirancang dengan rapi dan peruntukan untuk tujuan ini hendaklah dimasukkan dalam Anggaran Belanjawan Tahunan. Pihak Berkuasa Tempatan yang tidak mempunyai peruntukan untuk tujuan lawatan ke luar negeri dalam Anggaran Belanjawan Tahunan tidak digalakkan membuat lawatan dalam tahun berkenaan.

4. Lawatan hendaklah dibuat ke negara-negara yang pengalamannya boleh digunakan bagi membaiki keadaan Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan. Seboleh-bolehnya keutamaan diberi kepada negara-negara ASEAN, terutamanya yang telah dikenal pasti banyak mempunyai ciri-ciri positif berhubung dengan pentadbiran dan pengurusan Kerajaan Tempatan.

5. Se sebuah Pihak Berkuasa Tempatan hanya boleh membuat lawatan sekali sahaja dalam masa 3 tahun.

6. Hanya Ahli Majlis-Ahli Majlis yang telah berkhidmat selama 3 tahun dan kakitangan-kakitangan yang berkaitan sahaja yang layak menyertai lawatan yang dirancang. Orang yang sama hendaklah dielakkan daripada diberikan peluang yang berulang kali menyertai lawatan. Jumlah peserta dalam lawatan mesti pada jumlah yang minimum dan terhad kepada mereka yang berkaitan dengan bidang tugas tujuan lawatan sahaja.

10

Page 11: KEMUDAHAN AHLI MAJLIS - Pantas | MPSPpantas.mpsp.gov.my/e-taklimat/MPSP/JABATAN PERKHIDMAT… · Web viewUntuk mengelakkan duplikasi atau kekeliruan yang mungkin berlaku, semua kenyataan

7. Dua atau lebih Pihakberkuasa Tempatan boleh di gabungkan dalam sesuatu lawatan ke luar negeri.

8. Lawatan ke luar negeri seboleh-bolehnya adalah untuk tujuan mempelajari bidang-bidang seperti berikut :

8.1 Perancangan bandar - merangkumi program pengindahan, lanskap seni taman dan rekreasi;

8.2 Pengendalian projek-projek pelancongan;

8.3 Perbandingan sistem pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan;

8.4 Pengurusan dan pelupusan sisa-sisa pepejal dan pembetungan; dan

8.5 Projek Perumahan.

9. Laporan terperinci mengenai hasil lawatan berkenaan hendaklah disediakan dan dikemukakan kepada Pihakberkuasa Negeri dalam tempoh satu (1) bulan selepas daripada lawatan berkenaan, satu salinan laporan hendaklah juga dihantar kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk makluman.

10. Syarat-syarat tersebut di atas tidak terpakai terhadap lawatan-lawatan atas arahan Kerajaan Negeri atau Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ataupun apabila dikehendaki menghadiri mesyuarat atau seminar anjuran pertubuhan-pertubuhan antarabangsa di mana Pihakberkuasa Tempatan berkenaan menjadi ahlinya.

11

Page 12: KEMUDAHAN AHLI MAJLIS - Pantas | MPSPpantas.mpsp.gov.my/e-taklimat/MPSP/JABATAN PERKHIDMAT… · Web viewUntuk mengelakkan duplikasi atau kekeliruan yang mungkin berlaku, semua kenyataan

ABSTRAK DARIPADA PERINTAH TETAP 1996

PENGELUARAN SIARAN AKHBAR OLEH AHLI MAJLIS

Ahli Majlis tidak boleh membuat kenyataan akhbar melainkan dengan kebenaran Yang Dipertua seperti yang diperuntukkan di bawah Perintah Tetap 1996 Majlis Perbandaran Seberang Perai Perkara 43 yang berbunyi seperti berikut :

“43 Kenyataan Akhbar

(1) Untuk mengelakkan duplikasi atau kekeliruan yang mungkin berlaku, semua kenyataan akhbar yang berkaitan dengan hal-hal Malis hendaklah dibuat oleh Yang Dipertua.

(2) Ahli Majlis yang ingin membuat sebarang siaran akhbar mengenai hal-hal Majlis hendaklah memaklumkan kepada Yang Dipertua sebelum berbuat demikian.”

AM

46. Ahli Majlis Tidak Boleh Mengundi Jika Terlibat ( S. 34 AKT )

Jika seseorang Ahli Majlis ada mempunyai kepentingan wang secara langsung atau secara tidak langsung dalam sesuatu kontrak atau kontrak yang dicadangkan atau perkara lain yang mana menjadi perkara pertimbangan, ia hendaklah memberitahu dan menarik diri daripada mesyuarat itu dan tidak boleh mengundi.

12

Page 13: KEMUDAHAN AHLI MAJLIS - Pantas | MPSPpantas.mpsp.gov.my/e-taklimat/MPSP/JABATAN PERKHIDMAT… · Web viewUntuk mengelakkan duplikasi atau kekeliruan yang mungkin berlaku, semua kenyataan

Dasar Pengambilan Kerja Semula Bagi Pesara-pesara

Untuk Jawatan Bertaraf Kontrak di Majlis Perbandaran Seberang Perai

Dasar pengambilan kerja semula bagi pesara-pesara untuk jawatan yang bertaraf kontrak adalah seperti berikut:

a. Jawatan itu dianggap kritikal dan patut diisikan dengan segera.

b. Jawatan itu memerlukan kepakaran / kemahiran yang sukar didapati.

c. Permohonan daripada idividu tidak akan dilalayi oleh Majls. Ia hanya akan diberi pertimbangan sekiranya ada permohonan daripada Jabatan berkenaan untuk keperluan yang mendesak sahaja.

d. Prestasi pesara adalah tinggi.

e. Tahap kesihatan pesara adalah memuaskan.

f. Budibicara Yang Dipertua untuk meluluskan sesuatu permohonan.

Syarat-syarat pelantikan :

i. Pesara-pesara yang telah bersara atas sebab mencapai umur wajib pada umur 56 tahun dan bukan atas pilihan sendiri atau bersara wajib pada umur 55 tahun;

ii. Pesara-pesara hendaklah disahkan sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan dan boleh menjalankan kerja dengan memuaskan;

iii. Jawatan yang diisi adalah jawatan yang dipegang sebelum bersara;

iv. Jawatan itu buka jawatan kenaikan pangkat;

v. Tempoh pelantikan kontrak dihadkan selama satu (1) tahun sahaja mengikut keperluan Jabatan; dan

vi. Gaji yang ditawarkan adalah berdasarkan kepada gaji yang akhir diterima oleh mereka. Jika matagaji teresebut berada di peringkat P2 atau P3, maka ia hendaklah diselaraskan kepada matagaji yang tertinggi yang berhampiran di peringkat P1.

Disahkan oleh Majlis Penuh Ke-330 ( 10/2001 )

13

Page 14: KEMUDAHAN AHLI MAJLIS - Pantas | MPSPpantas.mpsp.gov.my/e-taklimat/MPSP/JABATAN PERKHIDMAT… · Web viewUntuk mengelakkan duplikasi atau kekeliruan yang mungkin berlaku, semua kenyataan

Pada 31 Oktober 2001 BAYARAN ELAUN WARDEN LALU LINTAS

SEKOLAH

1 Syarat-syarat Permohonan

Kelulusan permohonan akan diberi pertimbangan berdasarkan syarat-syarat berikut :

1.1 Permohonan hendaklah dibuat oleh sekolah berkenaan dan diperakukan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

1.2 Pelantikan warden lalu lintas hendaklah terdiri daripada kakitangan sekolah berkenaan. Pencalon dikehendaki mengikuti latihan dan taklimat yang diberi oleh Cawangan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah.

1.3 Lalu lintas di depan pintu besar sekolah adalah sibuk dan tidak ada kemudahan lampu isyarat pejalan kaki, lintasan garis kuning atau jejantas.

2 Bekalan Peralatan

Majlis akan membekalkan peralatan seperti berikut :

1. 1 helai “wear house coat” berwarna putih2. 1 helai “peak cap” berwarna putih3. 1 pasang “white cotton glove”4. 1 papan tanda “Berhenti”

3 Latihan

Latihan yang diberi oleh polis merangkumi aspek-aspek penugasan pengawal lalu lintas sekolah seperti berikut :

1. Road Traffic ( School Crossing Patrol ) Rule 19632. Tatacara mengawal lalu lintas3. Tatacara meniup wisel4. Peralatan dan pakaian yang sesuai dan lengkap5. Memberi isyarat tangan6. Keselamatan jalan raya murid sekolah, pengguna jalan

raya yang lain dan diri sendiri7. Kuasa dan tanggungjawab pengawal lalu lintas sekolah8. Tatacara mengambil tindakan terhadap pesalah lalu lintas9. Papan tanda lalu lintas dan perabot jalan yang

diperlukan. 10. Membuat laporan polis da memberi maklum balas

4. Kadar Bayaran Elaun

1. Satu sesi pagi atau petang : RM 100.00 sebulan

14

Page 15: KEMUDAHAN AHLI MAJLIS - Pantas | MPSPpantas.mpsp.gov.my/e-taklimat/MPSP/JABATAN PERKHIDMAT… · Web viewUntuk mengelakkan duplikasi atau kekeliruan yang mungkin berlaku, semua kenyataan

2. Kedua sesi pagi dan petang : RM 200.00 sebulanKemudahan Klinik Panel Bagi Kakitangan

Majlis Perbandaran Seberang Perai

1. Syarat Kemudahan Rawatan

1.1 Kemudahan ini adalah untuk kakitangan Majlis yang bertaraf tetap dan kontrak sahaja serta isteri (isteri-isteri) atau suami yang sah dan anak-anak di bawah 18 tahun.

1.2 Istilah `anak’ adalah termasuk anak-anak tiri dan anak-anak angkat di bawah tanggungan pegawai yang diiktiraf mengikut undang-undang.

1.3 Kemudahan ini adalah untuk sepanjang tempoh perkhidmatan dengan Majlis sahaja.

1.4 Rawatan yang ditanggung oleh Majlis hanya untuk rawatan biasa, ubat, suntikan biasa dan bayaran rundingan sahaja.

1.5 Rawatan pakar, imunisasi, pergigian, pemeriksaan ibu mengandung, haemodialysis serta rawatan khusus yang lain adalah tidak termasuk dalam kemudahan ini. Jika kakitangan yang terlibat mendapatkan rawatan ini di klinik panel Majlis, beliau hendaklah menjelaskan sendiri kos rawatan yang berkenaan.

1.6 Tiada had bilangan rawatan. Walau bagaimanapun ianya tertakluk kepada had perbelanjaan yang telah ditetapkan. Perbezaan jumlah kos rawatan dan had perbelanjaan akan dibayar oleh kakitangan melalui potongan gaji atau lain-lain kaedah yang sesuai.

1.7 Pelaksanaan kemudahan ini tidak menjejaskan kemudahan rawatan sedia ada di klinik / hospital kerajaan. Kakitangan Majlis mempunyai pilihan sama ada mendapatkan rawatan di klinik/hospital kerajaan atau klinik panel Majlis.

1.8 Kemudahan ini merupakan kemudahan tambahan kepada kakitangan Majlis bagi mendapatkan rawatan biasa.

1.9 Pengurusan Majlis berhak menahan kemudahan ini kepada mana-mana kakitangan atas sebab-sebab yang difikirkan wajar.

2. Kategori Dan Had Perbelanjaan

2.1 Kakitangan Majlis akan dikelaskan kepada dua kategori seperti di sebelah. Bagi setiap kategori akan melayakkan kepada had perbelanjaan yang telah ditetapkan seperti sebelah:

15

Page 16: KEMUDAHAN AHLI MAJLIS - Pantas | MPSPpantas.mpsp.gov.my/e-taklimat/MPSP/JABATAN PERKHIDMAT… · Web viewUntuk mengelakkan duplikasi atau kekeliruan yang mungkin berlaku, semua kenyataan

Kategori StatusHad

Perbelanjaan Setahun

A - Bujang- Duda/Janda tanpa anak

RM 200.00

B- Suami & Isteri kakitangan Majlis- Suami atau Isteri kakitangan Majlis- Duda/janda dengan anak

RM 500.00

2.2 Had perbelanjaan setahun yang dinyatakan di atas adalah merangkumi juga bagi keluarga yang suami dan isteri merupakan kakitangan Majlis.

3. Kad Kemudahan Rawatan

3.1 Semua kakitangan yang layak akan diberikan kad ini sebagai pengenalan bagi mendapatkan rawatan di klinik panel.

3.2 Kad ini mempunyai maklumat asas kakitangan dan tanggungan yang layak.

3.3 Kad ini hendaklah ditunjukkan kepada klinik panel bagi setiap kali mendapatkan rawatan. Kegagalan berbuat demikian, kakitangan yang berkenaan mungkin dikehendaki membayar kos rawatan.

3.4 Kad ini mempunyai tempoh sah yang akan ditentukan oleh Pengarah Khidmat Pengurusan.

3.5 Kad ini diberi percuma.

3.6 Bayaran perkhidmatan sebanyak RM5.00 akan dikenakan bagi penggantian kad disebabkan kerosakan akibat kecuaian dan kehilangan.

3.7 Bayaran perkhidmatan tidak dikenakan bagi pembaharuan kad akibat tamat tempoh sah dan pindaan maklumat di atas kad. (Contohnya menambah bilangan anak).

3.8 Kad ini hendaklah dikembalikan apabila tamat perkhidmatan dengan Majlis atau apabila diminta berbuat demikian.

16