soalan 3sej islam.doc

26
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS SEJARAH ISLAM DI ASIA TENGGARA (LSI 3023) TUGASAN INDIVIDU SOALAN 3: BINCANGKAN KONFLIK UMAT ISLAM DI SELATAN FILIPINA DAN SELATAN THAILAND. DISEDIAKAN OLEH: MAZURA BINTI HAJI MANAN (D 20072031163) KUMPULAN: A PENSYARAH:

Upload: mazura-mai

Post on 15-Sep-2015

43 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Bincangkan konflik umat islam di Selatan Filipina dan Selatan Thailand

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SEJARAH ISLAM DI ASIA TENGGARA

(LSI 3023)

TUGASAN INDIVIDU

SOALAN 3:BINCANGKAN KONFLIK UMAT ISLAM DI SELATAN FILIPINA DAN SELATAN THAILAND.DISEDIAKAN OLEH:

MAZURA BINTI HAJI MANAN

(D 20072031163)

KUMPULAN:A

PENSYARAH:

DR. HARYATI BINTI HASANTARIKH PENYERAHAN TUGASAN:

01 OKTOBER 2010

Soalan 3: Bincangkan konflik umat Islam di selatan Filipina dan Selatan Thailand

1.0 PENGENALANWilayah selatan Filipina merupakan sebuah wilayah yang turut mengalami pergolakan dan krisis politik berpanjangan sejak tahun-tahun awal kemerdekaannya dan berlarutan sehingga kini terutamanya merujuk kepada konflik ke atas umat Islam di selatan Filipina. Wilayah ini terdiri daripada Pulau Mindanao, Palawan, Jolo, Basilan dan kumpulan pulau-pulau kecil merupakan sebuah wilayah yang asalnya terdiri daripada majoriti penduduk beragama Islam. Menurut C. Adib Majul (1988), Islam mula diperkenalkan di selatan Filipina bermula dari Kepulauan Sulu seawal abad ke-10 Masihi. Pulau Mindanao merupakan sebuah pulau terbesar di wilayah ini dan majoriti penduduk Muslimnya telah membina suatu semangat atau identiti Muslim Filipina yang agak terasing daripada masyarakat keseluruhan. Mereka berkebolehan untuk berbahasa Tagalog (bahasa rasmi negara Filipina) namun, disebabkan oleh faktor perbezaan agama, terpisah berdasarkan keadaan geografi serta pengasingan dalam pentadbiran dan sebagainya, maka ia telah menonjolkan sentimen yang tinggi dalam kalangan masyarakatnya. Hal ini menyebabkan keadaan wilayah sering berhadapan dengan pelbagai konflik dan huru-hara. Ia juga dikatakan sering diledakkan dengan peristiwa pertempuran serta keganasan.

Sementara itu di Thailand pula, agama Buddha merupakan agama rasmi bagi kerajaan ini kerana kebanyakan peduduknya merupakan penganut agama Buddha aliran Travada. Terdapat juga penduduk yang menganut agama Konghuchu. Umat Islam secara demografinya merupakan masyarakat minoriti tetapi mereka dipandang penting dalam strategi keamanan dan kestabilan politik negara tersebut. Kedudukan mereka sebahagian besarnya tertumpu di bahagian selatan Thailand. Berdasarkan kedudukan tertib wilayah, kawasan selatan terdiri daripada 14 buah wilayah yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Selatan Atas dan Selatan Bawah. Selatan Atas terdiri daripada sembilan buah wilayah iaitu Chumpon, Ranong, Suratthani, Nakhorn Sri Tammarat, Pangnga, Phuket, Krabi, Trang dan Pathlung. Selatan Bawah terdiri daripada lima buah wilayah iaitu wilayah Songkhla, Satun, Pattani, Yala dan Narathiwat. Kelima-lima wilayah ini disebut sebagai Changwad Chaidaen Pak Tai (wilayah-wilayah Sempadan Selatan). Sebelum tahun 1963, wilayah-wilayah di Selatan Bawah ini pada mulanya hanya mengandungi empat buah wilayah sahaja tanpa memasukkan Songkhla sebagai wilayah yang kelima dengan menggunakan agama sebagai asas pembahagian. Ia digelar sebagai Si Changwad Pak Tai (empat wilayah di selatan). Seperti yang berlaku di selatan Filipina, umat Islam di selatan Thailand juga terpaksa berhadapan dengan pelbagai konflik di negara mereka. 1.0 KONFLIK UMAT ISLAM DI SELATAN FILIPINA Di Selatan Filipina, terdapat beberapa kelompok atau kumpulan masyarakat yang telah bergerak bagi menuntut kebebasan daripada negara Filipina. Walau bagaimanapun, kumpulan tersebut mempunyai tujuan yang pelbagai dan tidak sehaluan kerana ada di antaranya berjuang menuntut kebebasan wilayah dan ada juga yang menuntut kemerdekaan secara penuh. Selain itu, terdapat juga kelompok yang bergerak dalam bentuk keganasan yang secara lazimnya menculik dan menuntut tebusan dalam bentuk wang ringgit. Keadaan ini menjadikan perbincangan mengenai gerakan di selatan Filipina dilihat begitu kompleks. Menurut Mohd. Noor Yazid (2000), gerakan-gerakan Islam, pertembungan dengan penjajah Barat dan pergolakan-pergolakan yang berlaku di selatan Filipina sepanjang abad ke-20 mempunyai hubungan rapat serta kesan yang besar terhadap perkembangan krisis dan konflik politik pada hari ini.

Penjajahan Sepanyol dan Amerika Syarikat ke atas Filipina banyak meninggalkan kesan khususnya ke atas umat Islam di wilayah tersebut. Kemerdekaan yang diperoleh oleh Filipina pada tahun 1946 daripada Amerika Syarikat telah mewujudkan dua kumpulan yang bertentangan dengan polisi dan agama iaitu Islam dan Kristian, yang sekian lama bermusuhan diletakkan dalam sebuah negara. Pemisahan iaitu pembentukan sebuah negara Islam merdeka yang telah dipohon oleh pemimpin Islam Moro menerusi memorandum yang diserahkan kepada kerajaan Amerika di saat Filipina meniti detik kemerdekaannya gagal dicapai. Oleh itu, berlakulah masalah pergolakan serta konflik di antara umat Islam dengan penduduk bukan Islam di wilayah ini.2.1Proses Memurtadkan Penduduk Islam FilipinaPenjajahan Filipina oleh kuasa Sepanyol berlangsung sehingga kedatangan tentera Jepun dan kemudiannya Amerika Syarikat selama lebih kurang 300 tahun. Antara tujuan utama penaklukan Filipina oleh kuasa Sepanyol ialah disebabkan oleh tarikan politik, ekonomi (monopoli perdagangan) dan tarikan agama iaitu untuk memaksa umat Islam Filipina menjadi Kristian. Para mubaligh Kristian berjaya menyebarkan agama Kristian di Filipina kecuali di beberapa wilayah selatan, kepulauan Sulu dan Mindanao. Mereka berjaya mengkristiankan para pembesar tempatan dan secara tidak langsung rakyat bawahan turut terpengaruh. Kedatangan mubaligh-mubaligh Kristian secara berterusan seperti pendakwah Augustinian (1517), Francisian (1577), Jesuit (1581) dan Dominican (1587) telah mengukuhkan lagi kedudukan agama ini di Filipina. Merujuk kepada Wan Ahmad D.S. dalam Wan Kamal Mujani (2002), keadaan ini menimbulkan tekanan ke atas umat Islam di Filipina sehingga menunjukkan bilangan umat Islam yang telah murtad semakin bertambah dari masa ke semasa sehingga catatan pada awal abad ke-19 menunjukkan seramai 12 000 000 orang umat Islam telah dibaptiskan. Sepanyol juga telah melancarkan serangan ke atas umat Islam Filipina (Moro) dengan persaingan dan pertentangan agama serta politik, menerusi pelbagai cara seperti kekerasan, pujukan dan pemberian hadiah serta kedudukan sosial untuk menarik kesediaan umat Islam memeluk agama Kristian. Keadaan ini memperlihatkan bahawa usaha yang dilakukan oleh Sepanyol dengan bantuan kewangan serta senjata (kekerasan) dalam memurtadkan penduduk Filipina berlangsung secara sistematik dan berjaya apabila sebanyak 83% penduduk Filipina adalah penganut Kristian Katolik dan ia merupakan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang berpenduduk Kristian terbesar. 2.2Penindasan dan Diskriminasi ke atas Umat Islam FilipinaUmat Islam di Selatan Filipina sering ditindas dan didiskriminasikan oleh pihak pentadbiran sejak sebelum Filipina mendapat kemerdekaannya pada tahun 1946. Keadaan ini merupakan salah satu daripada usaha yang dilakukan untuk melemahkan kedudukan penduduk Islam di selatan Filipina. Hal ini boleh dilihat semasa pentadbiran kuasa Amerika Syarikat di Manila, galakan telah diberikan kepada penduduk beragama Kristian dari bahagian lain di Filipina khususnya dari Luzon yang mempunyai kepadatan penduduk yang sangat tinggi untuk menetap di wilayah yang diduduki oleh orang Islam. Tujuannya juga adalah untuk menghapuskan kawasan majoriti Islam bagi jangka masa yang panjang. Ketika itu kerajaan kolonial Amerika di Manila menyediakan pelbagai kemudahan seperti sokongan kewangan dan peruntukan undang-undang yang dilihat lebih memihak dan menguntungkan penduduk bukan Islam di Filipina. Hal ini boleh dirujuk kepada Land Registration Act 1902 diikuti oleh Public Land Acts 1905, 1913, 1914 dan 1919. Semua tanah di Filipina dijadikan sebagai milik negara tetapi setiap individu boleh memohon bagi memiliki tanah-tanah tersebut sebagai hak milik persendirian. Secara tidak langsung keadaan ini menyebabkan penduduk Islam Moro telah kehilangan hak pemilikan tanah yang diwarisi mengikut undang-undang adat secara turun-temurun. Seterusnya, perbezaan peluang pemilikan tanah yang timbul di antara penduduk yang beragama Islam dan Kristian Katolik oleh undang-undang tanah Filipina juga sangat jelas berlaku. Hal ini kerana, dalam Akta Tanah 1919, penduduk Filipina yang beragama Kristian layak memohon tanah sebagai milik persendirian mereka sehingga keluasannya mencecah 24 hektar berbanding hanya 10 hektar sahaja bagi umat Islam. Selain itu, proses untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa bagi penduduk yang beragama Kristian juga adalah lebih senang dan cepat. Situasi ini menyebabkan timbulnya perasaan tidak puas hati umat Islam terhadap orang Kristian dan pentadbiran Amerika di Manila ketika itu di samping konflik yang timbul apabila terpaksa berhadapan dengan keadaan Amerika yang turut menggalakkan kemasukan syarikat-syarikat besar dari luar bagi memajukan tanah-tanah dengan aktiviti pertanian dan perladangan secara besar-besaran di wilayah yang diduduki dan dimiliki oleh orang Islam.

2. 3Keganasan dan Ancaman ke atas Umat Islam FilipinaSeterusnya, umat Islam di selatan Filipina juga terpaksa berhadapan dengan konflik seperti pemberontakan dan keganasan serta ancaman yang kian meningkat. Dalam tahun 1960-an, rusuhan penentangan terhadap kerajaan pusat telah berlaku secara meluas di Mindanao dan kepulauan selatan Filipina. Pada tahun 1961, satu pemberontakan yang dipimpin oleh Ombra Amilbangsa telah tercetus. Beliau mendakwa dirinya berasal dari kesultanan Sulu telah berjuang untuk mendirikan negara Sulu yang merdeka. Seterusnya, muncul pula gerakan Hajal Ouh Movement dengan tujuan untuk memerdekakan Sulu serta Basilan dan Zamboanga tetapi usaha tersebut tidak berjaya kerana beliau telah dibunuh oleh tentera Filipina. Keganasan yang berlaku ke atas umat Islam semakin ketara apabila semasa di bawah pemerintahan Marcos, umat Islam telah dibunuh dengan sewenang-wenangnya. Disebabkan keadaan tersebut, pada tahun 1966, satu projek rahsia angkatan tentera Islam (Operasi Merdeka) diperkenalkan. Namun, pada Mac 1968, seramai 180 orang pemuda Islam yang menganggotai operasi ini telah dibunuh secara besar-besaran oleh pihak kerajaan dan peristiwa ini disebut sebagai Peristiwa Jabidah. Sementara itu, muncul pula pasukan semi-tentera Kristian (Illaga) yang dilatih oleh tentera Filipina dan diketuai oleh Kolonel Carlos Cajela serta Kapten Manual Tranco. Mereka ditugaskan untuk membunuh dan merompak umat Islam di merata tempat terutama di wilayah Cotabatu dan Lano. Kesannya, pada Jun 1971, seramai 200 orang umat Islam yang telah dijemput untuk menghadiri majlis perundingan telah dibunuh ketika sedang menunggu majlis tersebut bermula dalam sebuah masjid oleh tentera kerajaan dan pasukan Illaga. Berdasarkan pengakuan kumpulan Illaga, mereka telah berjaya membunuh seramai 50 000 orang umat Islam, membakar lebih dari 500 buah masjid, 200 buah madrasah, 20 000 buah rumah serta menyebabkan sejuta orang Filipina menjadi pelarian. Begitu juga dengan beberapa peristiwa lain yang turut menunjukkan keganasan dan ancaman ke atas umat Islam seperti peristiwa pembunuhan seramai 36 orang umat Islam di Tacub, Kauswaga dan Lano del Norte pada 22 Sepetember 1971. Dalam peristiwa ini, semua kaum lelaki dipancung kepala sementara kaum wanita dibelah perut dan kanak-kanak pula dipotong telinga. Pihak tentera dan kumpulan Illaga diberikan ganjaran sebanyak 1 000 peso bagi harga sepasang telinga. Kemusnahan ladang umat Islam juga telah disebabkan oleh tentera Filipina. Mereka mendakwa tentera Filipina menggunakan bahan kimia yang beracun untuk memusnahkan tanaman, membunuh binatang dan manusia serta meracuni sungai-sungai.

2. 4Gerakan Pertubuhan MIM, MNLF, MILF dan Militan Abu Sayyaf

Muslim Independence Movement (MIM), merupakan sebuah pertubuhan yang telah ditubuhkan oleh orang Islam di Mindanao, Sulu dan Palawan dengan tujuan untuk mencapai kemerdekaan. Pertubuhan ini telah ditubuhkan rentetan daripada peristiwa Jabaidah pada tahun 1968 dan kemudiannya ia telah bertukar menjadi Mindanao Independence Movement. Sebuah pasukan tentera Islam turut ditubuhkan dan dikenali sebagai Balckshirt atau Bracuda dengan tujuan untuk menghadapi serangan gerila Kristian. Pasukan ini mengenakan pakaian seragam dan kebanyakannya beroperasi di Kotabatu dan Lanao. Dengan adanya pasukan tentera tersebut dikatakan bahawa konflik antara umat Islam dengan Kristian semakin menigkat sehinggakan seramai lebih kurang 30 000 penduduk Islam dan Kristian telah lari meninggalkan rumah masing-masing kerana takut menerima tindakan di antara satu dengan lain. Setelah Mindanao diisytiharkan merdeka, Katolik Kristian telah melancarkan Gerakan Illaga anti-Moro dan kemuncak gerakan ini ialah berlakunya peristiwa pembunuhan seramai 70 orang Islam dalam sebuah masjid di Bario Manila, utara Kotabatu. Usaha untuk melemahkan kekuatan MIM telah dilakukan oleh kerajaan Filipina dengan mempengaruhi pemimpin utama menerusi pemberian jawatan tinggi dalam pentadbiran kerajaan. Konflik dalaman iaitu perpecahan anggota MIM menyebabkan Moro National Liberation Front (MNLF) di bawah pimpinan Nur Misuari telah ditubuhkan pada tahun 1972. MNLF bergerak dengan tujuan untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dan secara menyeluruh iaitu bebas daripada kawalan Manila serta pembentukan negara Islam yang berdaulat. Ia mendapat sokongan daripada Organisation of the Islamic Confrence (OIC), Islamic Confrence of Foreign Ministers (ICFM) dan Presiden Libya, Muammar Gaddafi. Konflik umat Islam di sini dapat dilihat apabila Perjanjian Tripoli pada tahun 1976 yang telah ditandatangani di Tripoli (Libya) menemui kegagalan kerana pentadbiran Marcos di Filipina telah melanggar perjanjian mengenai tuntutan autonomi ke atas wilayah di selatan Filipina yang diketengahkan oleh OIC. Kesannya, Nur Misuari telah berubah sikap dengan menuntut kemerdekaan untuk Republik Bangsa Moro. Kegagalan perjanjian ini juga menyebabkan kepimpinan beliau telah dicabar oleh Pengerusi Biro Hal Ehwal Luar MNLF iaitu Hashim Selamat. Walau bagaimanapun, Hashim Selamat telah gagal untuk mendapatkan sokongan daripada OIC dan sebuah pertubuhan baru telah dibentuk oleh beliau iaitu Moro Islamic Liberation Front (MILF).

Penubuhan MILF ini bermatlamat untuk mewujudkan sebuah sistem politik Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan cuba dicapai melalui usaha-usaha dakwah, tarbiyah dan semangat jihad. Dianggarkan seramai 12 500 orang telah menjadi anggotanya. Berdasarkan namanya sahaja ia dapat menggambarkan betapa asas Islam mendasari parti ini dan bukan lagi nasionalisme. Ia juga merupakan satu kelompok utama yang keluar dari MNLF apabila pertubuhan itu mengadakan persetujuan untuk meletakkan senjata pada tahun 1987 di atas pemberian autonomi wilayah kepada mereka. MILF berkeras untuk berjuang secara kekerasan dan tidak melihat autonomi sebagai memadai. Gerakan pembebasan Muslim ini telah banyak memberikan tekanan kepada kerajaan Filipina. Terdapat beberapa insiden pengeboman yang dikaitkan dengan gerakan ini, namun ia tidak dapat dibuktikan. Gerakan ini juga telah menafikan pendakwaan terhadap mereka berhubung penglibatan dalam beberapa kes dan salah satunya ialah pengeboman di timur kota Zamboanga pada Oktober 2003.Seterusnya, mucul pula gerakan militan Abu Sayyaf. Gerakan yang berpusat di Jolo ini merupakan perjuangan untuk menuntut kemerdekaan penduduk Islam di selatan Filipina, namun kebanyakan tindakannya dilihat tidak bergerak untuk kemerdekaan wilayah tersebut. Gerakan ini lebih banyak melakukan gerakan penculikan dan tuntutan tebusan daripada pihak tertentu. Dengan kata lain ia lebih mirip bersifat lanun daripada bersifat nasionalis. Sehingga kini rakyat Amerika Syarikat, Jerman dan Malaysia pernah diculik dan tuntutan tebusan telah berakhir dengan pelbagai insiden. Ada yang dibayar dan tidak kurang juga yang berakhir dengan pembunuhan. Gerakan sebegini selalunya akan dikaitkan dengan gerakan Al-Qaeda dan Osama bin Laden walaupun dakwaan ini belum dapat dibuktikan lagi. Secara tidak langsung ia telah memberi imej yang negatif kepada gerakan yang berasaskan nama Islam. Inilah antara konflik dalaman dan luaran yang terpaksa dihadapi oleh umat Islam di selatan Filipina.3.0 KONFLIK UMAT ISLAM DI SELATAN THAILAND

Umat Islam di selatan Thailand turut menerima nasib yang sama seperti umat Islam di selatan Filipina. Mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai konflik dalam kehidupan seharian terutamanya dalam aspek agama dan budaya. Konflik sebegini sebenarnya sudah lama berlaku iaitu sejak tahun 1786 lagi apabila wilayah kesultanan Melayu Fathoni telah dikuasai oleh kerajaan Siam. Terdapat pihak yang beranggapan bahawa konflik yang berlaku di selatan Thailand ialah konflik jenis pemisah kerana melibatkan sekumpulan aktor yang menuntut kemerdekaan dari negara Thai setelah empat kawasan selatan Thailand iaitu Yala, Pattani, Narathiwat dan Satun dimasukkan sebagai daerah negara Thai dalam perjanjian dengan pihak British pada tahun 1909. Tuntutan yang timbul ialah supaya kawasan ini mempunyai perbezaan asas dengan kawasan-kawasan lain dalam negara Thai termasuklah dari segi identiti yang melibatkan bahasa, agama, budaya dan cara hidup dibebaskan supaya penduduknya dapat menentu dan mengamalkan kehidupan mereka dengan cara yang tersendiri.

3.1 Pelaksanaan Dasar Satu Thai dalam Pentadbiran ThailandKonflik umat Islam di selatan Thailand turut timbul akibat daripada perlaksanaan dasar satu Thai (one Thai) yang cuba menjadikan seluruh rakyat dalam negara Thai dibentuk dengan identiti yang berteraskan kepada bahasa Thai, agama Buddha serta cara hidup Thai. Contohnya, penggunaan bahasa dan budaya Melayu Muslim cuba untuk dihapuskan oleh kerajaan Thailand. Oleh itu, konflik yang dihadapi oleh umat Islam di wilayah ini termasuklah apabila dipaksa menggunakan bahasa Siam sehinggakan penggunaan nama-nama yang berunsur Islam seperti Ahmad, Yusuf dan Abdul Kadir adalah dilarang sekaligus mereka yang ingin mendapatkan pekerjaan dipejabat-pejabat kerajaan di selatan Thai tidak dapat berbuat demikian selagi nama tidak diubah kepada bahasa Siam. Suasana pemaksaan sebegini telah dirasai oleh umat Islam sejak penjajahan Siam ke atas Pattani pada tahun 1902 lagi. Kerisauan dalam kalangan penduduk Melayu-Islam di sini ialah identiti mereka akan luput. Disebabkan itulah, maka bangkitnya pemimpin-pemimpin dari kalangan ulama terutamanya yang memperjuangkan hak mereka sebagai kelompok minoriti dalam sebuah negara yang dilihat tidak mempeduli malah menindas hak-hak asas mereka.

Selaras dengan dasar satu Thai ialah sistem pemerintahan yang bercorak central iaitu berpusat. Kesemua dasar dan keputusan dibuat di Bangkok dan dilaksanakan oleh sistem birokrasi yang turut dilantik oleh pusat. Rata-ratanya mereka terdiri daripada golongan luar kawasan selatan Thai. Penggabungan dasar-dasar ini menyebabkan perasaan terpinggir penduduk Melayu-Islam semakin meningkat. Muncullah pergerakan-pergerakan seperti Pattani United Liberation Organization (PULO) dan Barisan Revolusi Nasional (BRN) serta Bersatu untuk memperjuangkan kebebasan kawasan mereka daripada cengkaman Bangkok. Konflik sebegini dilihat lebih kepada ketidakpedulian sentimen identiti atau penindasan identiti oleh pemerintah.

3.2Penempatan Patung Berhala di Sekolah Kebangsaan

Umat Islam di Selatan Thailand juga turut mengalami konflik apabila pada tahun 1985, Kementerian Pelajaran di Thailand telah menjalankan polisi yang tidak boleh diterima oleh mereka khususnya di Pattani kerana ia dilihat bercanggah dengan ajaran agama Islam. Polisi tersebut ialah penempatan patung berhala di semua sekolah kebangsaan. Polisi ini diumumkan tanpa mengecualikan masyarakat Islam yang majoritinya di selatan Thailand. Arahan dikeluarkan kepada semua pengarah sekolah rendah kebangsaan di setiap wilayah supaya meletakkan patung berhala disemua institusi pendidikan yang berada di bawah Kementerian Pelajaran. Arahan yang disertakan dengan tekanan itu telah menyebabkan umat Islam di selatan Thailand hidup dalam keadaan bimbang sehinggakan terdapat ibubapa yang mengambil langkah menghalang anak-anak mereka ke sekolah seperti di daerah Muang, Tape dan Langu dan terdapat lebih daripada 50 buah sekolah di wilayah Satun terpaksa ditutup. Di samping itu, peristiwa guru beragama Buddha di sekolah Surao Charake Kob yang telah bertindak memaksa para pelajar yang majoritinya beragama Islam membuat penghormatan dan menyembah patung berhala di sekolah mereka telah menimbulkan kemarahan masyarakat Islam setempat sehingga berlakulah penentangan umat Islam ke atas dasar yang diperkenalkan dalam kerajaan Thai.

3.3Larangan Pemakaian HijabKonflik seterusnya yang terpaksa dilalui oleh umat Islam di selatan Thailand juga ialah mengenai larangan pemakaian hijab. Hijab merupakan pakaian wanita Islam yang berdasarkan syariat agama dalam bentuk menutup semua badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Ia mula muncul di institusi pendidikan tinggi kerajaan pada awal tahun 1980-an iaitu bermula di Universiti Songkhla Nakarin, Pattani. Pemakaian hijab oleh pelajar muslim telah tidak disenangi oleh beberapa pihak seperti Gabenor Wilayah Pattani sehingga beliau telah mengusulkan kepada pihak universiti tersebut untuk menyekat pemakaian hijab berkenaan. Namun, sikap universiti yang lebih terbuka dan demoktratik menyebabkan usaha tersebut gagal sebaliknya pemakaian hijab terus berkembang di universiti termasuk di kampus pusat, Hadyai. Perkembangan ini telah mempengaruhi beberapa institusi yang lain seperti Vittayalai Kheru Yala (Kolej Perguruan Yala).

Konflik mengenai hijab ini terus tercetus apabila pada tahun 1987 di Kolej Perguruan Yala, pelajar Islam yang memakai hijab ini telah dilarang daripada memasuki kelas oleh pensyarah mereka yang sebahagian besarnya beragama Buddha di samping larangan memasuki Perpustakaan Kolej. Pelajar muslim yang mengenakan hijab juga telah dikecam oleh Persatuan Umum Pelajar Kolej (Smoson Naksuksa). Keadaan bertambah tegang apabila pakaian sembahyang di bilik sembahyang Kolej telah dicuri dan dilemparkan ke tanah serta tempat-tempat najis. Seterusnya, pada tahun 1988 pula, pelajar Islam telah berasa didiskriminasikan dan berasa sangat marah apabila pihak kolej telah menentukan bilik peperiksaan khas untuk pelajar-pelajar yang berpakaian hijab. Oleh itu, mereka telah bertindak keluar serta tidak mengambil peperiksaan pada hari tersebut. Peristiwa sebegini telah menyebabkan berlakunya demonstrasi dan tunjuk perasaan yang kemudiannya membawa kepada perjanjian sebagai persetujuan untuk menyelesaikan masalah hijab. Kejayaan yang diperoleh menerusi demonstrasi selama lapan hari telah menjadikan amalan memakai hijab tersebar luas dalam kalangan pelajar wanita Islam yang berada di institut pengajian tinggi kerajaan di seluruh negara.

3.4Kekejaman dan Kezaliman Tentera ThailandDalam politik Thailand, tentera merupakan institusi yang berpengaruh dan penting dalam menentukan kestabilan kerajaan yang memerintah. Pandangan masyarakat Islam di selatan pula, tentera merupakan institusi utama yang mendatangkan kezaliman serta kekejaman kepada masyarakat berdasarkan tindakan pembunuhan kejam yang telah dilakukan oleh mereka. Hal ini dapat dilihat pada beberapa peristiwa seperti pada tahun 1987, peristiwa tembakan secara kumpulan dilakukan oleh tentera Hutan-Ranger (Tahan Peran) unit 43 seramai 20 orang ke atas 7 orang pekebun getah di Mukim 1, Tambon Bahoi, Ampoe, Sebayoi, Wilayah Songkhla. Dalam kejadian ini, 4 orang umat Islam telah mati ditembak sementara yang lain sempat melarikan diri. Selain itu pada tahun 1990, tragedi pembunuhan secara kejam telah dilakukan oleh pihak tentera Tahan Peran ke atas seorang wanita yang dikenali sebagai Puan Rukiah Cheyong, 27 tahun dan anak perempuannya Bariyah yang berusia 7 tahun. Pembunuhan ini telah dilakukan dirumah mangsa di wilayah Yala. Sebenarnya, disamping terkenal dengan kekejaman membunuh, pihak tentera turut terkenal dengan kes-kes jenayah serta rompakan tetapi disebabkan tidak mempunyai bukti yang cukup, maka masyarakat terpaksa mendiamkan diri sehinggalah apabila berlakunya peristiwa pembunuhan sebegini. Mereka mula berani untuk memprotes tindakan tentera-tentera tersebut. Peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Tak Bai pada bulan Ramadhan tahun 2004 telah menyebabkan seramai 85 orang umat Islam terbunuh pada hari berkenaan akibat sesak nafas kerana ditindan beramai-ramai di dalam trak askar. Begitu juga dengan peristiwa pengeboman di dalam Masjid Krisik dan beberapa lagi siri pembunuhan beramai-ramai ala operasi ketenteraan konvensional yang jelas bertentangan dengan hak-hak kemanusiaan.

4.0 KESIMPULAN Berdasarkan perbincangan mengenai konflik umat Islam di selatan Filipina dan selatan Thailand, maka dapat disimpulkan disini bahawa kedua-dua wilayah ini mengalami masalah yang hampir sama iaitu kekejaman dan diskriminasi ke atas penduduknya yang beragama Islam. Disamping itu, faktor agama dan budaya turut menjadikan konflik terus tercetus sehingga mendatangkan peristiwa-peristiwa seperti pembunuhan, pemberontakan dan sebagainya. Perjuangan untuk menegakkan sebuah wilayah Islam yang bebas juga telah melahirkan kumpulan-kumpulan pejuang serta pertubuhan-pertubuhan Islam bagi melawan dasar-dasar serta corak pimpinan pihak pentadbiran yang mengancam serta mencabul hak umat Islam. Terdapat usaha-usaha dan rundingan-rundingan yang cuba dilakukan oleh pihak pemimpin bersama pejuang-pejuang pertubuhan bagi membincangkan serta mengatasi masalah yang tercetus dalam wilayah masing-masing. Kedua-dua wilayah ini sehingga kini masih lagi mencari langkah penyelesaian terhadap konflik yang berlaku sejak dahulu hingga kini bagi mencari kata sepakat untuk membentuk sebuah negara-bangsa yang berdaulat. BIBLIOGRAFIAhmad Omar Chapakia. (2000). Politik Thai dan Masyarakat Islam di Selatan Thailand. Alor Star: Pustaka Darussalam Sdn. Bhd.Al-Habib Alwi bin Thahir Al-Haddad. (2001). Sejarah Masuknya Islam di Timar Jauh. Jakarta: Pt. Lentera Basritama.

Farid Mat Zain dan Zulkarnain Mohamed. (2008). Muslim Selatan Thai: Konflik dan Perjuangan. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Fealy, G. & Hooker, V.M. (2006). Voices of Islam in Southeast Asia: A Contemporary Sourcebook. Michigan: University of MichiganHussin Mutalib. (2008). Islam in Southeast Asia. Singapore: Institute of Southeast Asia.

Joseph Chinyong Liow & Nadirsyah Hosen. (2010). Islam in Southeast Asia (ed. 1). New York: Routledge.

Kamaruzaman Askandar. (2001). Menyelesaikan Konflik di Selatan Thailand. Edisi April-Jun. Bil. 48. Kuala Lumpur: Pemikir Utusan Melayu Bhd.

Mahayudin Hj. Yahaya dan Ahmad Jelani Halimi. (1993). Sejarah Islam. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.Mohd. Noor Yazid. (2000). Pergolakan di Selatan Filipina. Edisi Oktober-Disember. Bil. 22. Kuala Lumpur: Pemikir Utusan Melayu Bhd.Muhammad Fadhlullah. (2009). Suara Anak Muda: Sejarah Perjuangan Umat Islam di Pattani (Vol. 2). Diperoleh pada September 30, 2010 daripada http://arruhuljadid86.blogspot.com/2009/06/perjuangan-umat-islam-selatan-thailand.html

Nidzam Sulaiman. (2004). Kemelut Politik Selatan Filipina di Bawah Arroyo. Diperoleh pada Spetember 26, 2010 daripada http://www.google.com.my/search?q=Kemelut Politik Selatan Filipina di Bawah Arroyo.Saifullah Mohd. Sawi dan Samsu Adabi Mamat. (2009). Sejarah dan Tamadun Islam di Asia Tenggara. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Sidel, J. T. (2007). The Islamic Threat in Southeast Asia: A Reassessment. Singapore: Institute of Southeast Asian.Wan Ahmad D.S. (2002). Minoriti Muslim di Filipina dalam Minoriti Muslim: Cabaran dan Harapan Menjelang Abad Ke-21 oleh Wan Kamal Mujani. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.Wan Kamal Mujani. (2002). Minoriti Muslim: Cabaran dan Harapan Menjelang Abad Ke-21. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia Mohd. Noor Yazid. (2000). Pergolakan di Selatan Filipina. Dipetik daripada majalah PEMIKIR edisi Oktober-Disember 2000, hlm. 179.

Ibid., hlm180-181.

Mahayudin Hj. Yahaya & Ahmad Jelani Halimi. (1993). Sejarah Islam. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd., hlm. 573.

Nidzam Sulaiman. (2004). Kemelut Politik Selatan Filipina di Bawah Arroyo. Diperoleh pada September 26, 2010 daripada http://www.google.com.my/search?q=Kemelut Politik Selatan Filipina di Bawah Arroyo.

Al-Habib Alwi bin Thahir Al-Haddad. (2001). Sejarah Masuknya Islam di Timar Jauh. Yakarta: Pt. Lentera Basritama, hlm. 141.

Saifullah Mohd. Sawi dan Samsu Adabi Mamat. (2009). Sejarah dan Tamadun Islam di Asia Tenggara. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd., hlm. 82.

Ahmad Omar Chapakia. (2000). Politik Thai dan Masyarakat Islam di Selatan Thailand. Alor Star: Pustaka Darussalam Sdn. Bhd., hlm. 20

Ibid., hlm. 25.

Nidzam Sulaiman. (2004). Kemelut Politik Selatan Filipina di Bawah Arroyo. Diperoleh pada Spetember 26, 2010 daripada http://www.google.com.my/search?q=Kemelut Politik Selatan Filipina di Bawah Arroyo.

Mohd. Noor Yazid. (2000). Pergolakan di Selatan Filipina, hlm. 181.

Ibid., hlm. 187.

Saifullah Mohd. Sawi dan Samsu Adabi Mamat. (2009). Sejarah dan Tamadun Islam di Asia Tenggara, hlm. 103.

Wan Kamal Mujani. (2002). Minoriti Muslim: Cabaran dan Harapan Menjelang Abad Ke-21. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 83.

Saifullah Mohd. Sawi dan Samsu Adabi Mamat. (2009). Sejarah dan Tamadun Islam di Asia Tenggara., hlm. 104.

Hussin Mutalib. (2008). Islam in Southeast Asia. Singapore: Institute of Southeast Asia, hlm. 65.

Mohd. Noor Yazid. (2000). Pergolakan di Selatan Filipina, hlm. 185-186.

Ibid., hlm. 186.

Ibid., hlm. 187.

Wan Ahmad D.S. (2002). Minoriti Muslim di Filipina dalam Minoriti Muslim Cabaran dan Harapan Menjelang Abad ke-21. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 88.

Ibid., hlm. 88.

Wan Ahmad D.S. (2002). Minoriti Muslim di Filipina dalam Minoriti Muslim Cabaran dan Harapan Menjelang Abad ke-21, hlm. 88-89.

Wan Kadir Che Man dalam Farid Mat Zain dan Zulkarnain Mohamed. (2008). Muslim Selatan Thai: Konflik dan Perjuangan. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd., hlm. 92.

Wan Ahmad D.S. (2002). Minoriti Muslim di Filipina dalam Minoriti Muslim Cabaran dan Harapan Menjelang Abad ke-21, hlm. 89.

Saifullah Mohd. Sawi dan Samsu Adabi Mamat. (2009). Sejarah dan Tamadun Islam di Asia Tenggara, hlm. 108.

Hussin Mutalib. (2008). Islam in Southeast Asia. hlm. 67

Fealy, G. & Hooker, V.M. (2006). Voices of Islam in Southeast Asia: A Contemporary Sourcebook. Michigan: University of Michigan, hlm. 69

Mohd. Noor Yazid. (2000). Pergolakan di Selatan Filipina, hlm. 192.

Sidel, J. T. (2007). The Islamic Threat in Southeast Asia: A Reassessment. Singapore: Institute of Southeast Asian, hlm. 46.

Nidzam Sulaiman. (2004). Kemelut Politik Selatan Filipina di Bawah Arroyo. Diperoleh pada September 26, 2010 daripada http://www.google.com.my/search?q=Kemelut Politik Selatan Filipina di Bawah Arroyo.

Kamaruzaman Askandar. (2001). Menyelesaikan Konflik di Selatan Thailand. April-Jun. Bil. 48. Kuala Lumpur: Pemikir Utusan Melayu Bhd., hlm. 2.

Saifullah Mohd. Sawi dan Samsu Adabi Mamat. (2009). Sejarah dan Tamadun Islam di Asia Tenggara, hlm. 87.

Muhammad Fadhlullah. (2009). Suara Anak Muda: Sejarah Perjuangan Umat Islam di Pattani (Vol. 2). Diperoleh pada September 30, 2010 daripada http://arruhuljadid86.blogspot.com/2009/06/perjuangan-umat-islam-selatan-thailand.html

Kamaruzaman Askandar. (2001). Menyelesaikan Konflik di Selatan Thailand, hlm. 3.

Ahmad Omar Chapakia. (2000). Politik Thai dan Masyarakat Islam di Selatan Thailand. Alor Star: Pustaka Darussalam Sdn. Bhd., hlm. 255.

Ahmad Omar Chapakia. (2000). Politik Thai dan Masyarakat Islam di Selatan Thailand, hlm. 255-260.

Ibid., hlm. 261.

Ahmad Omar Chapakia. (2000). Politik Thai dan Masyarakat Islam di Selatan Thailand, hlm. 261-267.

Ibid., hlm. 274.

Ibid., hlm. 277.

Farid Mat Zain dan Zulkarnain Mohamed (2008). Muslim Selatan Thai: Konflik dan Perjuangan, hlm. 236.

Joseph Chinyong Liow & Nadirsyah Hosen. (2010). Islam in Southeast Asia (ed. 1). New York: Routledge, hlm. 206.

PAGE 3