slidedaf-bab5

50
BAB 5 PRINSIP-PRINSIP PENCUKAIAN

Upload: estefania-sofea-zahara

Post on 25-Jun-2015

1.357 views

Category:

Documents


21 download

TRANSCRIPT

Page 1: SLIDEDAF-bab5

BAB 5PRINSIP-PRINSIP

PENCUKAIAN

Page 2: SLIDEDAF-bab5

OBJEKTIF BAB 5

Menilai prinsip-prinsip pencukaian yang baik.

Menentukan implikasi pengenaan cukai ke atas kerajaan, pengguna dan pengeluaran

Page 3: SLIDEDAF-bab5

5.1 PENGENALAN

Prinsip-prinsip pencukaian merupakan kriteria-kriteria yang diperlukan bagi membentuk sistem pencukaian yang baik.

Semua orang boleh memberi pendapat masing-masing mengenai sistem pencukaian yang baik dan ahli-ahli ekonomi bersetuju bahawa cukai perlu mencapai beberapa matlamat tertentu.

Page 4: SLIDEDAF-bab5

Rajah menunjukkan antara matlamat pencukaian :

Mengutip sejumlah hasil kepada kerajaan

Mengubah gelagat individu supaya mengambil atau tidak mengambil tindakan tertentu

Kajian oleh pihak kerajaan keatas kesan-kesan pengenaan

cukai kepada individu, masyarakat dan pihak kerajaan

sendiri

Page 5: SLIDEDAF-bab5

Rajah mengambarkan prinsip-prinsip yang sering menjadi ukuran kepada keberkesanan sesuatu cukai iaitu:

Prinsip-prinsip

pencukaian

Ekuiti

Kecekapan EkonomiKeberkesanan

pentadbiran cukai

Page 6: SLIDEDAF-bab5

5.2 EKUITI

Ia merupakan prinsip asas yang

penting bagi setiap masyarakat.

Ini kerana setiap pembayar cukai

perlu menyumbang bayaran yang

saksama dalam bentuk cukai bagi

membiayai kos pentadbiran

negara.

Namun begitu masih tidak terdapat

persetujuan yang spesifik tentang

cara agihan sumbangan oleh

pembayar untuk mencapai

keadilan kepada semua pihak.

Biasanya ahli ekonomi akan menggunakan teori faedah dan teori keupayaan membayar untuk penyelesaian.

Perbincangan tentang kedua-dua teori ini akan dilakukan setelah kita memahami tentang konsep yang menjadi asas kepada kedua-dua teori tersebut iaitu ekuiti mendatar dan ekuiti menegak.

Page 7: SLIDEDAF-bab5

SOALAN DALAM TEKS 5.1

1. Bezakan di antara ekuiti mendatar dan ekuiti menegak.

Page 8: SLIDEDAF-bab5

5.2.1 EKUITI MENDATAR DAN EKUITI MENEGAK

Ekuiti Mendatar

Ekuiti mendatar mengukur agihan cukai di antara individu yang sama kedudukan boleh cukai untuk

mencapai keadilan diantara mereka.

Contoh : En Abu dan En Abi mempunyai pendapatan boleh cukai sebanyak RM 10,000. Untuk mencapai ekuiti mendatar, kedua-dua perlu membayar jumlah

cukai yang sama, katakan RM1,000.

Page 9: SLIDEDAF-bab5

1.Menyatakan setiap yang menggunakan perkhidmatan kerajaan dan menikmati faedah daripada kemudahan awam perlu membayar cukai.

2. Selaras dengan konsep ekuiti mendatar, individu perlu membayar sejumlah cukai yang sama banyak dengan faedah perkhidmatan kerajaan yang di terima.

3.Cukai yang dikenakan keatas barangan dan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan disifatkan sebagai harga (suatu pembayaran keatas penggunaan) bagi barang atau perkhidmatan itu. Contohnya : Tol Lebuh raya dan Cukai Pintu.

4. Secara praktikalnya, teori ini sukar dilaksanakan kerana terdapat kesulitan dalam mengenal pasti dengan tepat siapa yang lebih menikmati faedah dan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan. Sistem percukaian yang baik harus mengambil kira keupayaan membayar dan bukan sahaja hanya berdasarkan teori.

5.2.2 Teori Faedah

Page 10: SLIDEDAF-bab5

5.2.3 Teori Keupayaan Membayar

1. Setiap pembayar cukai perlu menanggung pengorbanan yang sama banyak dari segi pembayaran cukai.

2. Asas teori keupayaan membayar ini ialah pengorbanan utiliti bersifat subjektif iaitu bermaksud kebajikan atau kepuasan.

3. Teori ini menjelaskan bahawa mengikut konsep ekuiti mendatar individu yang mempunyai kapasiti boleh yang sama.

Page 11: SLIDEDAF-bab5

5.2.3 Teori Keupayaan Membayar

4. Untuk konsep ekuiti menegak pula individu yang berlainan kedudukan pula perlu membayar jumlah bayaran cukai yang berbeza.

5. Untuk mengaplikasikan teori ini, perkara yang terpenting dilakukan adalah mengenali definisi keupayaan membayar cukai (tax paying ability) iaitu

a) perbandingan pendapatan antara individu

b) perbandingan kekayaan dan penggunaan.

Page 12: SLIDEDAF-bab5

5.2.3 Teori Keupayaan Membayar

6.Untuk membentuk struktur cukai yang berasaskan keupayaan membayar, pendekatan di bawah konsep teori menegak telah dilaksanakan. Ia beranggapan bahawa sistem cukai perlu dibentuk mengikut kemampuan masing-masing. Secara praktiknya hanya individu yang kaya sahaja di wajibkan membayar cukai.

Page 13: SLIDEDAF-bab5

Dua pendekatan utama dibawah teori keupayaan membayar

1. Semua individu menyumbangkan kearah pembayaran cukai walaupun tidak sama jumlah cukainya.

2.Pendekatan ini mengkehendaki supaya individu dengan tingkat pendapatan yang berbeza merasai pergorbanan yang sama. Ini bermakna individu dengan OE sebelum cukai hanya perlu membayar cukai sebanyak EF.

Page 14: SLIDEDAF-bab5

3.Daripada rajah tersebut di bawah dapat disimpulkan bahawa dokrin pengorbanan mutlak saksama tidak memerlukan pembayaran cukai yang sama banyak oleh semua individu tetapi memerlukan pengorbanan kebajikan disamaratakan iaitu EFGH.

Dua pendekatan utama dibawah teori keupayaan membayar

Page 15: SLIDEDAF-bab5

Pendekatan pengorbanan mutlak saksamaKeluk Utiliti Marginal Pendapatan

Page 16: SLIDEDAF-bab5

Pendekatan pengorbanan sut saksama

Cukai yang membawa pengorbanan minimum kepada kumpulan masyarakat secara keseluruhan.

Pendekatan ini juga dikenali pengorbanan agregat minimum, mereka yang kaya dicukai sehingga pendapatan selepas cukai mereka mencapai tingkat kumpulan kedua terkaya.

Kesannya ialah kadar cukai ↑ ikut pendapatan dan mungkin capai tingkat perampasan (confiscatory).

Page 17: SLIDEDAF-bab5

Pendekatan pengorbanan sut saksama

Individu pembayar 1

Pendapatan sebelum cukai

II

Jumlah cukai

$50,000 III

Pendapatan selepas cukai

IV

Jumlah Cukai

$ 60,000 V

Pendapatan selepas cukai

VI

A 100,000$ 50,000$ 50,000$ 55,000$ 45,000$ B 50,000 - 50,000 5,000 45,000 C 40,000 - 40,000 - 40,000 D 30,000 - 30,000 - 30,000 E 20,000 - 20,000 - 20,000

Jadual 5.1 Agihan cukai untuk mencapai pengorbanan Sut Saksama

Page 18: SLIDEDAF-bab5

Pendekatan Pergorbanan Sut Saksama

Merujuk kepada jadual 5.1 diatas, didapati bahawa pendapatan antara $50,000 dan $100,000 memberi pemiliknya penambahan kepuasan yang kecil sahaja, Oleh itu tiada agihan beban cukai lain yang akan menyebabkan pengorbanan yang lebih kecil ke atas masyarakat berkenaan.

Ini kerana setiap ringgit yang diambil daripada individu B hingga E akan melibatkan pengorbanan yang lebih daripada setiap ringgit yang diambil daripada A selagi cukai itu tidak melibatkan tingkat pendapatan selepas cukai bagi A kurang daripada B.

Page 19: SLIDEDAF-bab5

Pendekatan Pengorbanan Sut Saksama

Ruangan V dan VI dalam jadual 5-1 menunjukkan kepada kita agihan cukai dan pendapatan selepas cukai diantara individu berkenaan sekiranya kerajaan ingin mengumpulkan hasil sebanyak $ 60,000. Baki $ 10,000 akan datang daripada individu A dan b dalam jumlah yang sama. Ini kerana selepas cukai sebanyak $50,000 dibayar oleh A, individu A dan b akan berkedudukan sama.

Page 20: SLIDEDAF-bab5

Pendekatan Pengorbanan Sut SaksamaContoh 5.1

Berikut adalah agihna cukai di antara individu dalam sesebuah negara hipotetikal jika kerajaan ingin mengumpulkan hasil sebanyak $70,000 dan $ 150,000.

Individu pembayar

Pendapatan sebelum cukai

Jumlah Cukai

$70,000

Pendapatan selepas cukai

Jumlah Cukai

$150,000

Pendapatan selepas cukai

Sumbing 50,000$ -$ 50,000$ 12,500$ 37,500$ Lembing 70,000 10,000 60,000 32,500 37,500 Baling 10,000 - 10,000 - 10,000 Jeling 30,000 - 30,000 - 30,000 Bimbing 100,000 40,000 60,000 62,500 37,500 Lesing 80,000 20,000 60000 42,500 37500Jumlah Cukai 70,000$ 150,000$

Page 21: SLIDEDAF-bab5

Pendekatan Pengorbanan Sut Saksama

Pendekatan ini membawa implikasi bahawa kadar cukai meningkat mengikut pendapatan dan mungkin mencapai tingkat perampasan (confiscatory). Konsep keadilan dalam agihan cukai agak melampau dengna jurang agihan pendapatan dan kekayaan dapat dirapatkan tetapi pendekatan ini juga akan menyebabkan implikasi negatif keatas kegiatan ekonomi.

Dalam realiti, kerajaan sememangnya mengamalkan kadar penggunaan kadar progresif, namun ia tidak pernah dikenakan sehingga mencapai 100% daripada pendapatan boleh cukai seseorang individu.

Page 22: SLIDEDAF-bab5

Pendekatan Pengorbanan Sut Saksama.

• KESIMPULAN

Kedua-dua pendekatan ini sebenarnya telah mendapat kritikan kerana kehidupan sebenar tidak semua individu mempunyai keluk marginal yang sama serta menikmati kepuasan yang sama.

Ini juga tidak bermaksud bahawa kita menolak pendekatan pengorbanan. Jelas sekali bahawa prinsip ekuiti adalah amat penting bagi masyarakat.

Masyarakat berhak merasakan bahawa sesuatu cukai yand dikenakan adalah adil dan saksama.

Page 23: SLIDEDAF-bab5

5.3 Kecekapan Ekonomi

Cukai mempunyai kesan-kesan sampingan yang akan memberi kesan ke atas gelagat atau tingkahlaku ekonomi individu yang ada kalanya memberi kebaikan kepada mereka.

Contoh:

Cukai ke atas rokok dan minuman keras mungkin menghalang individu daripada mengamalkan aktiviti-aktiviti yang membahayakan kesihatan dan pembaziran wang.

Page 24: SLIDEDAF-bab5

5.3 Kecekapan Ekonomi

Kesan cukai keatas gelagat ekonomi individu berkemungkinan tidak signifikan disebabkan oleh kadar cukai yang rendah dan sektor awam yang hanya sebuah sektor kecil dalam ekonomi.

Keadaan seperti ini sebenarnya mendorong pihak kerajaan lebih cenderung untuk membina sistem yang mempunyai pelbagai jenis cukai dan mengenakan kadar yang rendah berbanding dengan hanya satu cukai pada kadar yang tinggi.

Page 25: SLIDEDAF-bab5

5.3.1 Cukai Neutral

• 5.3.1 Cukai Neutral»Maksud: Cukai yang tidak menjejaskan pilihan

pasaran individu.

Page 26: SLIDEDAF-bab5

5.3.1 Cukai Neutral

• Keluk permintaan AD: keluk permintaan normal, bercerun dari kiri ke kanan (kecerunan negatif).Maka, harga barang ↑, beli kuantiti yang kecil

• Keluk pernawaran menegak dengan keanjalan sifar (tidak anjal sempurna).Maka, kuantiti barangan terhad dan tidak dapat ditambah dalam masa singkat.

• Titik E : persilangan keluk permintaan dan penawaran, harga keseimbangan dalam pasaran bagi barangan pada P dan kuantiti diminta pada Q.

• Cukai tidak mempengaruhi penawaran yang bersifat keanjalan sifar.

• Kuantiti adalah tetap dan tidak berubah mengikut harga.

Page 27: SLIDEDAF-bab5

5.3.2 Beban berlebihan

Rajah 5.3 : Beban berlebihan dan keluk Hasil-Kadar Cukai

Page 28: SLIDEDAF-bab5

5.3.2 Beban berlebihan

Beban kerugian: kerugian kepada kecekapan ekonomi, sebab kerugian sektor swasta lebih besar berbanding sumber yang diperolehi oleh sektor awam dariapda cukai.

Ia berlaku disebabkan perubahan gelagat kepenggunaan.

Pengguna bertindak balas menggantikan barangan yang dicukai yang merupakan barangan pilihan utama dengan satu barangan lain yang tidak dicukai tetapi merupakan pilihan kedua.Pilihan kedua ini kurang digemari atau tidak memberi faedah sebanyak pilihan utama kepada pengguna. Jadi, kepuasan pengguna telah berkurangan.

Page 29: SLIDEDAF-bab5

5.3.3 Kesan Laffer

Rajah 5.4 : Hubungan antara Kadar dan Hasil Cukai

Page 30: SLIDEDAF-bab5

5.3.3 Kesan Laffer

o Pengenaan kadar cukai yang tinggi tidak semestinya membawa kepada jumlah hasil yang bertambah kepada kerajaan.

o Kebiasaannya apabila kadar ditingkatkan dari 0 kepada k, hasil akan mula bertambah.

o Jika kadar yang dikenakan melebihi k, hasil cukai akan mula berkurangan dan boleh mencapai jumlah sifar.

Page 31: SLIDEDAF-bab5

5.3.4 Lebihan Pengguna dan Lebihan Pengeluar

Rajah 5.5 : Lebihan Pengguna dan Lebihan Pengeluar

Page 32: SLIDEDAF-bab5

5.3.4 Lebihan Pengguna dan Lebihan Pengeluar

Melalui rajah 5.5 , kesan cukai ke atas pengguna dan pengeluar dapat di lihat apabila keluk-keluk permintaan (AD) dan penawaran (SF) adalah normal.

Sebelum cukai dikenakan, harga di pasaran adalah P1 dan kuantiti Q1.

Lebihan pengguna adalah sebanyak AP1E, manakala pengeluar pula mendapat lebihan pengeluar atau keuntungan sebanyak P1EF.

Page 33: SLIDEDAF-bab5

5.3.4 Lebihan Pengguna dan Lebihan Pengeluar

Apakah yang akan berlaku jika kerajaan mengenakan cukai sebanyak CG keatas barangan ini?

Penggenaan cukai sebanyak CG akan menyebabkan keluk penawaran berganjak keatas menjadi S+T. Ini menjadikan harga barangan berkenaan dalam pasaran meningkat menjadi P2 tetapi kuantiti kesimbangan pasaran berkurangan kepada Q2.

Kesan kepada lebihan pengguna kerana faedah bersih daripada penggunaan barangan ini telah berkurangan menjadi AP2C akibat dari kenaikan harga.

Ini menjelaskan bahawa pengguna telah mengalami kerugian sebanyak P1P2CE apabila cukai sebanyak CG dikenakan ke atas barangan ini.

Page 34: SLIDEDAF-bab5

5.3.4 Lebihan Pengguna dan Lebihan Pengeluar

Kenaikan cukai berkenaan telah menyebabkan lebihan pengeluar berkurangan daripada P1EF menjadi HGF sahaja. Jumlah kerugian kepda pengeluar ialah kawasan P1EGH.

Semua ini berlaku kerana pihak pengeluar terpaksa menanggung sebahagian beban cukai tersebut. Pengeluar tidak dapat menaikkan harga barangan itu sebanyak CG untuk ditanggung penguna kesemuanya kerana sifat barangan ini mempunyai pengganti.

Page 35: SLIDEDAF-bab5

5.3.4 Lebihan Pengguna dan Lebihan Pengeluar

Berapakah jumlah hasil yang akan diperolehi kerajaan? Jumlah hasil yang akan diperolehi kerajaan adalah HP2CG

iaitu dengan mendarabkan kadar cukai CG dengan kuantiti yang dijual iaitu 0Q2.

Jelas di sini bahawa pihak swasta menanggung kerugian iaitu HP2CEG sedangkan hasil cukai kepada sektor awam ialah HP2CG.

Di sini kita lihat terdapat beban berlebihan sebanyak CGE yang ditanggung oleh sektor swasta.

Page 36: SLIDEDAF-bab5

5.3.4 Lebihan Pengguna dan Lebihan Pengeluar

Rajah 5.6 : Kesan Cukai Bagi Barangan Pengguna dengan Keanjalan Permintaan Sifar

Page 37: SLIDEDAF-bab5

5.3.4 Lebihan Pengguna dan Lebihan Pengeluar

Kesan cukai bagi barangan keanjalan sifar merupakan satu lagi keadaan apabila cukai dikenakan ke atas barangan yang mempunyai keanjalan sifar tetapi keanjalan penawaran adalah normal.

Maksud barangan yang mempunyai keanjalan sifar adalah barangan ini merupakan barangan mesti yang tidak mempunyai ganti seperti makanan dan minuman.

Contoh lain adalah garam.

Page 38: SLIDEDAF-bab5

5.3.4 Lebihan Pengguna dan Lebihan Pengeluar

Dalam rajah 5.6, Q merupakan barangan mesti. Persilangan antara keluk penawaran LS dengan keluk

permintaan akan menentukan harga kesimbangan di pasaran sebanyak P. Jika satu cukai sebanyak FE dikenakan ke atas barangan ini, ia akan menyebabkan keluk penawaran bergerak ke atas menjadi S+T.

Apabila hal ini berlaku kita akan mendapat keluk keseimbangan baru pada titik F.

Harga barangan pula akan meningkat menjadi P1. Keadaan ini memperlihatkan kepada kita, pengguna adalah

pihak yang akan menanggung keselurahan bebanan cukai ini.

Page 39: SLIDEDAF-bab5

5.3.4 Lebihan Pengguna dan Lebihan Pengeluar

Keadaan seperti ini dibuktikan oleh lebihan pengguna yang semakin berkurangan.

Kerugian pengguna dan hasil kepada kerajaan ialah sebanyak PP1FE.

Ini menunjukkan tidak berlaku kerugian kecekapan apabila cukai dikenakan ke atas barangan yang mempunyai keanjalan permintaan sifar.

Keadaan yang sama juga akan berlaku apabila cukai dikenakan ke atas barangan yang mempunyia keanjalan penawaran sifar.

Page 40: SLIDEDAF-bab5

5.3.4 Lebihan Pengguna dan Lebihan Pengeluar

KESIMPULAN

Cukai yang baik dari segi kecekapan ekonomi adalah cukai yang dikenakan keatas barangan yang mempunyai keanjalan permintaan dan penawaran yang rendah.

Dari segi jumlah beban cukai, beban yang idtanggung oleh

pengguna akan meningkat apabila semakin anjal penawaran atau semakin kurang anjal permintaan sesuatu barangan.

Bagi pengeluar pula, mereka akan menanggung beban cukai yang besar apabila penawaran kurang anjal dan permintaan sangat anjal.

Page 41: SLIDEDAF-bab5

Ciri sistem pencukaian yang baik:

→ cukai yang mempunyai kos pentadbiran yang tidak terlalu tinggi.

Kos semakin ↑, struktur semakin kompleks.

Contoh: cukai kepala (poll tax)

Pengakuran (compliance) yang efektif dengan cara: Kenakan denda @ penalti tinggi terhadap pihak bersalah @

ingkar. Belanja kos tinggi daripada segi penguatkuasaan agar semua

pihak melaksanakan kewajipan masing-masing.

5.4 Keberkesanan Pentadbiran Cukai

Page 42: SLIDEDAF-bab5

5.4 Keberkesanan Pentadbiran Cukai

Rajah 5.7 : Jumlah Pentadbiran Cukai yang Optimum

Page 43: SLIDEDAF-bab5

5.4 Keberkesanan Pentadbiran Cukai

• Rajah 5.7 menunjukkan piawaian asas dalam menilai keberkesanan pentadbiran cukai

• Panel (I): sudut kecekapan ekonomi, bil. pengutip cukai yang diperlukan ialah sebanyak N orang.

• Keluk FM: faedah marginal• Keluk KM: kos marginal• Panel (II): secara normal, pihak kerajaan tidak sepatutnya berharap

dapat mengutip semua hasil yang wajib dibayar oleh semua orang.• Panel (III): kos-kos pentadbiran berhubung dengan jumlah hasil

cukai yang dikutip• Maka, prinsipnya ialah kos pentadbiran cukai tidak boleh terlalu

tinggi berbanding dengan hasil cukai.

Page 44: SLIDEDAF-bab5

o 2 tindakan untuk mengurangkan beban cukai:

Pengelakkan cukai

Pelarian cukai

o Pengelakkan cukai - tindakan sah yang dilakukan oleh individu untuk kurangkan liabiliti cukainya.

o Pelarian cukai – tindakan menyalahi undang-undang untuk mengurangkan bayaran cukai @ supaya tidak membayar cukai sama sekali.

5.4.1 Pengelakan dan Pelarian Cukai

Page 45: SLIDEDAF-bab5

• Kos-kos dalam pentadbiran cukai :

a) Kos pentadbiran Ditadbirkan oleh kerajaan. Semua perbelanjaan yang ditanggung oleh agensi

berkenaan ialah kos pentadbiran cukai. Cukai langsung ditadbirkan oleh Lembaga Hasil Dalam

Negeri. Cukai tidak langsung ditadbirkan oleh Jabatan Kastam

dan Eksais. Kedua-dua pihak tidak tanggung semua kos keseluruhan

pentadbiran cukai tetapi pihak-pihak lain dalam proses pembuatan keputusan mengenai sesuatu cukai.

5.4.2 Kos Pentadbiran dan Pengakuran Cukai

Page 46: SLIDEDAF-bab5

5.4.2 Kos Pentadbiran dan Pengakuran Cukai

b) Kos Pengakuran Pihak yang membayar cukai juga tanggung kos

apabila mereka membayar cukai. Perlu simpan rekod-rekod, isi borang cukai

setelah semak semua maklumat, atau upah pihak tertentu spt akauntan atau perunding cukai.

Semakin kompleks struktur cukai, semakin ↑ kos pengakuran wujud.

Page 47: SLIDEDAF-bab5

5.4.3 Kos-Kos Lain

Perbelanjaan Cukai

Polisi-polisi cukai yang terlibat pengecualian, pelepasan @ penolakan sebahagian daripada pendapatan daripada dicukai, @ apabila kadar yang lebih rendah diberikan.

Contoh : pengecualian cukai dalam pendapatan pencen.

Page 48: SLIDEDAF-bab5

5.4.3 Kos-Kos Lain

Perlindungan Cukai

Hasil daripada sesuatu polisi yang menyebabkan beban cukai pembayar cukai berkurangan tanpa disedari secara langsung oleh pembuat dasar.

Sesuatu aktiviti menjadi tidak produktif kepada individu @ syarikat berbanding dengan aktiviti-aktiviti lain.

Contoh: kerajaan mengecualikan pendapatan daripada simpanan tetap daripada dicukai sedangkan pendapatan daripada sumber lain dicukaikan.

Page 49: SLIDEDAF-bab5

5.4.3 Kos-Kos Lain

Kos MelobiKos yang ditanggung oleh pihak swasta untuk mendapatkan pengecualian @ pelepasan cukai daripada kerajaan.

Pengampunan CukaiPembayar cukai diberi peluang untuk membayar cukai-cukai tertangguh dengan mengurangkan atau mengecualikan penalti yang seharusnya dikenakan ke atas mereka.Kerajaan kembali sebahagian daripada hasil cukai yang tidak dibayar.

Page 50: SLIDEDAF-bab5

PRINSIP-PRINSIP PERCUKAIAN

RUMUSAN

Sistem cukai yang baik memerlukan beberapa kriteria-kreteria tertentu. Antaranya ialah:

Sistem cukai yang dapat menjana sejumlah hasil yang diperlukan oleh kerajaan

Bersikap adil dan saksama ke atas pembayar cukai

Cekap dari segi ekonomi

Berkesan dari segi pentadbiran

Sebagai pembayar cukai, anda perlu faham sebab-sebab sesuatu cukai itu diadakan dan prinsip-prinsip percukaian yang digunakan. Permahaman mengenai perkara ini memudahkan kita mengambil tindakan yang sah untuk mengurangkan beban cukai di samping tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai rakyat.