slide krangan bahan rangsangan

5
BAHAGIAN C (15 markah) Lihat carta piramid makanan di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam carta tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataa

Upload: que-hairi

Post on 16-Jan-2016

237 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Slide Krangan Bahan Rangsangan

BAHAGIAN  C      (15 markah)

Lihat carta piramid makanan di bawah dengan teliti.   Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam carta tersebut,  tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah  perkataa

Page 2: Slide Krangan Bahan Rangsangan

Kaedah mencari isia) Tersuratb) tersirat (kesan,Punca,Langkah-langkah,cara-cara

• Tema: Piramid Makanan

TERSURAT TERSIRAT (Kesan Baik)

ISI CONTOH HURAIAN

8 - 12 hidangan Nasi, mi, roti, bijirin, ubi Membekalkan tenaga

3 - 5 hidangan Buah-buahan dan sayuran Membantu sistem penghadaman

2 - 3 hidangan Ikan, ayam, itik, daging, kekacang Membekalkan protein

1 - 2 hidangan Susu dan produk tenusu Mengelakkan obesiti

Guna sedikitLemak minyak, gula, garam Mengelakkan penyakit

Page 3: Slide Krangan Bahan Rangsangan

Contoh karangan:Piramid makanan merupakan panduan pemakanan untuk kesihatan. Antara amalan

pemakanan yang dicadangkan ialah mengambil 8 hingga 12 hidangan nasi, mi, roti, bijirin dan ubi

kerana makanan ini membekalkan tenaga kepada manusia. Selain itu, kita digalakkan mengambil

hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membantu sistem penghadaman. Di samping itu,

kita juga disyorkan mengambil ikan, ayam, itik, daging dan kekacang kerana makanan tersebut kaya

dengan protein. Kita juga seboleh-bolehnya mengurangkan pengambilan susu dan produk tenusu

untuk mengelakkan obesiti. Akhir sekali, lemak minyak, gula dan garam mestilah digunakan sedikit

sahaja bagi mengelakkan penyakit. Kesimpulannya, kita digalakkan mematuhi piramid makanan agar

kesihatan kita lebih terjamin.

(97 patah perkataan)

Page 4: Slide Krangan Bahan Rangsangan

Latihan:

Page 5: Slide Krangan Bahan Rangsangan

Contoh Jawapan:

Belakangan ini sering berlaku kemalangan di negara kita. Antara punca utama kemalangan tersebut adalah

disebabkan kecuaian pemandu. Tamsilnya, terdapat pemandu yang memandu kenderaan sambil menggunakan telefon

bimbit. Selain itu, kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik akan menyebabkan berlakunya kerosakan pada

kenderaan tersebut.Sebagai contoh, tayar yang haus dan tidak digantikan dengan tayar yang baru menyebabkan

berlakunya kemalangan.Seterusnya, keadaan jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik juga menyebabkan

kenderaan tidak dapat dikawal dengan baik hingga menyebabkan kemalangan. Akhir sekali, faktorkelemahan

penguatkuasaan seperti lambat menjejaki mereka yang sering melanggar peraturan jalan raya menyumbang kepada

peningkatan kemalangan di jalan raya. Kesimpulanya kita digalakkan untuk sentisa berhati-hati dijalan raya agar

keselamatan diri lebih terjamin.

(100 patah perkataan)