slaid 2p (kumpulan)

40
Kumpulan : Buah Kurma Nama Ahli Kumpulan : 1) Nor Husni bt Mokhtar 2) Nurul Fatihah bt Zulkifli 3) Aesah Arwaekeuji PENGURUSAN BILIK DARJAH

Upload: zfs

Post on 15-Jan-2017

81 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

Kumpulan : Buah Kurma

Nama Ahli Kumpulan :1) Nor Husni bt Mokhtar2) Nurul Fatihah bt Zulkifli3) Aesah Arwaekeuji

PENGURUSAN BILIK DARJAH

Pengenalan

Pengenalan

Bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai suatu bilik di mana sekumpulan murid diajar oleh seorang guru. Pengurusan bilik darjah bermaksud suatu usaha untuk mentadbir murid dan mengurus bilik darjah supaya suasana persekitarannya tersusun dan ceria serta menggalakkan aktiviti pembelajaran. Suasana bilik darjah yang menarik, kemas dan teratur akan membantu memberi keselesaan kepada tenaga pengajar untuk menjalankan proses p & p di dalam bilik darjah serta meningkatkan interaksi antara murid dengan murid dan murid dengan guru. Oleh itu, bilik darjah perlu bersifat mesra-pelajar.

PENGURUSAN BILIK DARJAHSOALAN 3SOALAN 4SOALAN 2SOALAN 1SOALAN 10SOALAN 9SOALAN 8SOALAN 5SOALAN 6SOALAN 7

Suatu usaha mentadbir murid dan mengurus bilik darjah supaya suasana persekitarannya tersusun dan ceria serta menggalakkan aktiviti pembelajaran. Pengurusan bilik darjah melibatkan aktiviti pengajaran, pembelajaran dan pengendalian murid-murid serta peralatan.

-

SIAPAKAH YANG TERLIBAT DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH?

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIAPIHAK SEKOLAH(GURU-GURU)

Telah mengubal

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KBSM dan KBSR

KSSR dan KSSM

Tujuannya ialah :

- Untuk melahirkan modal insan yang lebih cemerlang. -Dilaksanakan melalui pengajaran dalam pendidikan moral, pendidikan Islam dan proses pengajaran dan pembelajaran.-Nilai-nilai murni yang ingin disampaikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia akan diteruskan pihak sekolah yang dilakukan atau dijalankan oleh para guru.

- Nilai-nilai murni yang disampaikan KPM diteruskan pihak sekolah terutama para guru.

- Kawalan guru diperlukan untuk menjamin suasana sosioemosi bilik darjah yang menggalakkan pengajaran dan pembelajaran.

- Guru bukan sahaja mengajar dan mendidik malah guru juga berperanan untuk membentuk sikap, nilai dan akhlak pelajar melalui pembentukan disiplin yang baik.

Bagaimanakah Untuk Menghasilkan Pengurusan Bilik Darjah Yang Berkesan Atau Sistematik?

- Mempunyai persekitaran yang baik dan selesa.- Bersifat multimedia supaya pelajar dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut peredaran masa, ruang yang bersifat terbuka - Guru yang mempunyai personaliti yang berlainan.- Menggunakan kawalan yang positif .Faktor teknikal juga meliputi beberapa perkara seperti kemahiran guru.Guru haruslah menghadiri seminar, forum dan bengkel dengan tujuan untuk memperkukuhkan lagi kemahiran yang guru miliki.

Apakah Prinsip-Prinsip Pengurusan Bilik Darjah Yang Digunakan?

Hubungan baik di antara guru dan pelajarSikap guru yang optimistik dan bersungguh-sungguh.Bersikap positif kepada semua pelajarProseder pengurusan yang tegas

Pelaksanaan peraturan dan rutin pada awal tahunKurangkan gangguan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Memberi dorongan yang positifMendapatkan kerjasama pelajar dalam membina peraturan dan rutin kelas

Adakah Pengurusan Bilik Darjah Dapat Melahirkan Pembelajaran Yang Aktif?

Para pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan dan berbeza-beza dengan pelajar yang lain.Pelajar dapat mengaitkan aktiviti yang dijalankan dengan bidang dan kemahiran mereka.

Pelajar dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka terhadap bidang yang diceburi.

Antara ciri-ciri komunikasi yang boleh digunakan oleh guru dan pelajar dalam bilik darjah :i. Pelajar dan guru menerapkan dan mengamalkan demokrasi dalam komunikasi.ii. Guru dan pelajar harus menggunakan bahasa yang berkesan .iii. Kesediaan mendengar antara guru dengan pelajar dalam proses menyesuaikan diri dengan komunikasi.

Apakah jenis-jenis interaksi yang boleh digunakan di dalam pengurusan bilik darjah?

Interaksi SehalaInteraksi Dua Hala Antara Guru Dan Murid

Interaksi Pelbagai Hala Antara Guru Dengan Murid Dan Murid Dengan Murid

INTERAKSI SEHALA Corak interaksi bilik darjah ditentukan oleh guru kelasTiada interaksi yang berlaku antara murid dengan murid Murid-murid tidak terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara aktif

INTERAKSI DUA HALA DI ANTARA MURID DENGAN MURIDAktiviti pengajaran dan pembelajaran bercorak aktifPerhubungan guru dengan murid menjadi rapat akibat komunikasi terbuka Murid-murid untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran

INTERAKSI PELBAGAI HALA ANTARA GURU DENGAN MURID DAN MURID DENGAN MURIDGuru menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran di dalam kelasKomunikasi berkesan yang berlaku di antara guru dengan murid dan murid dengan muridPenyertaan aktif murid dalam proses pengajaran dan pembelajaranSuasana yang kondusif untuk mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran

Apakah komunikasi yang sesuai digunakan di dalam pengurusan bilik darjah?

Komunikasi Lisan Komunikasi Secara Bukan Lisan

KOMUNIKASI LISANKomunikasi secara langsung di antara dua orang atau lebih.Melibatkan penggunaan bahasa tertentu. Proses pemindahan maklumat atau idea secara lisan dihantar daripada seorang individu kepada seorang atau sekumpulan pendengar. Idea yang disampaikan dalam komunikasi verbal mestilah jelas dan mudah difahami.

- Terdiri daripada semua jenis bentuk tingkahlaku yang bukan lisan dan tidak bertulis.

- Merupakan gerakan anggota badan, mimik muka atau sebarang komunikasi yang dibuat tanpa suara.

- Terdiri daripada gerak isyarat seperti isyarat tangan, gerak kepala atau ungkap mata. KOMUNIKASI BUKAN LISAN

APAKAH PENILAIAN YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH GURU DI DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH

Pernilaian terhadap nilai yang diamalkan

Merupakan garis panduan, tindakan dan pola tingkah laku yang diingini di dalam bilik darjah. Nilai yang dipilih dan diamalkan dapat mencorakkan perkembangan tingkah laku yang baik dan menjamin keharmonion bilik darjah. Penilaian terhadap aspek disiplin

Mempengaruhi suasana dan persekitaran bilik darjah yang efektif mencerminkan disiplin dalam kalangan pelajar dan guru. Disiplin meliputi dimensi moral dan akhlak yang mencorakkan sahsiah dan tingkah laku yang baik dan terpuji tanpa mengira latar budaya murid berkenaan.

Boleh dilakukan di dalam bilik darjah berdasarkan budaya jika dilaksanakan secara efektif mencerminkan wujudnya perkembangan hubungan sosial yang dinamis, harmoni dan bertanggungjawab dalam oranisasi bilik darjah. Psikologi yang membina keyakinan dan keberanian boleh mendorong satu pembentukan sahsiah dan tingkah laku yang baik dalam bilik darjah.

Penilaian guru terhadap hubungan sosial murid Penilaian terhadap aspek psikologi murid

APAKAH PENDEKATAN YANG BOLEH DIGUNAKAN DI DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH?

Pendekatan IntimidationMengawal tingkah laku melalui kaedah yang menimbulkan perasaan takut dalam diri pelajar seperti ancaman, sindirir, kata-kata yang mempersendakan dan memperkecilkan diri pelajar serta paksaan.Pendekatan AutoritarianGuru menetapkan peraturan-peraturan dan pengutkuasaan dilakukan tanpa sifat tolak ansur.Pelajar dikawal dengan memberi arahan dan penyeliaan dijalankan secara berterusan.Pendekatan Cookbook ManagementGuru menyenaraikan perkara-perkara yang boleh dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh pelajar Pendekatan SosioemosiGuru bersikap empati dalam memahami tingkahlaku pelajar serta mewujudkan komunikasi yang berkesan.

Pendekatan Permisif (Kebebasan)Kebebasan sepenuhnya diberikan kepada pelajar dengan tujuan untuk memperkembangkan potensi masing-masing. Pendekatan Perubatan TingkahlakuGuru memainkan peranan untuk memodelkan tingkah laku yang diingini.Pendekatan PengajaranProses pengajaran yang berasaskan keperluan dan minat pelajar dapat memotivasikan mereka untuk memberi tumpuan kepada pelajaran dan mengurangkan masalah salah laku. Pendekatan Proses KumpulanKumpulan pelajar di dalam bilik darjah dianggap sebagai satu sistem sosial. Guru memainkan peranan untuk mewujudkan dan mengekalkan satu sistem sosial yang efektif dan produktif.

BAGAIMANAKAH UNTUK MENGURUSKAN TINGKAHLAKU MURID DALAM BILIK DARJAH?

Permulaan PelajaranPelajar ada di tempat masing-masing tepat pada masanya dengan buku terbuka , pensel diasah dan lain-lain serta bersiap sedia bagi memulakan pelajaran.Meja tulis dalam keadaan bersih , kemas dan pelajar beredar dengan teratur sumber pengajaran dapat digunakan secara maksimum apabila kelas diajar sebagai satu unit. Akhir pelajaranPengajaran untuk kelasGuru harus berusaha mengajar kelas secara keseluruhan dan melakukan aktiviti-aktiviti yang telah di rancang secara teratur. Kaedah PengajaranPara guru sentiasa mencari dan berusaha bagi menjadikan pembelajaran lebih berkesan. Fikiran terbuka dan bersedia membuat perubahan apabila diperlukan dapat memastikan guru tersebut sentiasa mengikuti perkembangan mutakhir teknik-teknik utama pengajaran.

VIDEO

VIDEO

RUMUSANSejajar dengan perkembangan dunia pendidikan era ini, peranan dan tugas guru dalam mengurus bilik darjah semakin mencabar. Guru bukan sahaja bertindak sebagai pengurus bilik darjah efektif tetapi juga perlu mengembleng tenaga dan mental untuk mempertingkatkan diri dengan pelbagai ilmu pengurusan agar mereka dapat mengenalikan bilik darjah yang di pertanggungjawabkan kepada mereka dengan baik. Pengurusan bilik darjah merupakan suatu tugas yang penting yang memerlukan tahap pengetahuan, kemahiran, kesabaran, komitmen yang tinggi bagi memperoleh pencapaian yang membanggakan.

APAKAH MAKSUD PENGURUSAN BILIK DARJAH ?

Suatu usaha mentadbir murid dan mengurus bilik darjah supaya suasana persekitarannya tersusun dan ceria serta menggalakkan aktiviti pembelajaran. Pengurusan bilik darjah melibatkan aktiviti pengajaran, pembelajaran dan pengendalian murid-murid serta peralatan.

-