skrip pengacara majlis mesyuarat agung pibg

Upload: ahk83

Post on 04-Nov-2015

272 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

ikut suka

TRANSCRIPT

Skrip Pengacara Majlis Mesyuarat Agung PIBGSKRIP PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG SK CLIFFORD KALI KE-35 TAHUN 2012PEMAKLUMAN:( 15 MINIT SEBELUMACARA BERMULA )1.Assalamualaikum wbh dan salam sejahtera2.Majlis mengucapkan selamat datang kepada semua hadirin ke MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU DAN GURU SK CLIFFORD TAHUN 2012.3.Bagi pihak urusetia, saya ingin menyampaikan beberapa makluman kepada para hadirin.4.Aturcara majlis adalah seperti yang tertera pada buku program.5.Mohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan UNTUKMATIKAN TELEFON BIMBIT atau sediakan dalam silent mode.6.Para hadirin diminta berdiri semasa ketibaan tetamu jemputanSKRIP PENGACARAANBILAGENDASKRIPTINDAKAN

1Ketibaan tetamu kehormatMengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik Ahmad Fikri Emir bin Ahmad Turki, Pengurus Cyber Bang ke Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Sk Clifford Kali Ke-35 Tahun 2012.

2ProtokolBismillahirrahmanirrahim.....Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Wassolati wassalamu ala ashrafil anbia iwalmursalin.Waala alihi wa ashabihi ajmain

Assalamualaikum whb, salam sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Perak AmanjayaYang BerbahagiaEncik Ahmad Fikri Emir bin Ahmad Turki,Pengurus Cyber BangYang Berusaha Encik Roslan bin Kechil,Guru Besar Cemerlang SK CliffordYang DihormatiEncik Kamaruddin b Sulaiman,Yang Dipertua PIBG, SK CliffordPuan Rashadah bt Othman,Penolong Kanan PentadbiranTuan Haji Ali Othman bin Dayon,Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Zaleha bt Abdul HamidPenolong Kanan KokurikulumBarisan ahli jawatankuasa PIBG,Guru-guru, seterusnya tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian.

Faridah

3Alu-aluanBulat Air Kerana PembentungBulat Manusia Kerana MuafakatFaham Sesuai, Benar SeukurBulat Segolek, Pipih SelayangRundingan Jangan SelisihMuafakat Jangan BercanggahTuah Pada SekataBerani Pada SeiaIbarat Labu Menjalar Ke HuluIbarat Kundur Menjalar Ke HilirPangkalnya Sama DipupukPucuknya Sama DigentisYang Jauh Dijemput Dengan DestaYang Dekat Dijemput Dengan TepakBerhimpun Dan BermuafakatBagi menjayakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Clifford kali ke-35.

Faridah

4Bacaan doaSidang hadirin,

Menadah tangan tanda kerendahan,Lafaz Bismillah memperkukuh tautan;Doa dipohon penuh pengharapan,Agar majlis mendapat keberkatan.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Oleh itu,majlis mempersilakan Al-fadhil Tuan Haji Ahmad Hisham bin Zainal untuk memimpin bacaan doa.Dipersilakan.....

-Bacaan Doa

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Al-fadhil Ustaz atas bacaan doa itu tadi.

Ustaz Wan Azizan

5Ucapan Alu-aluan YDP PIBGWarga dewan yang mulia.

Encik Kamaruddin YDP PIBG,Segak orangnya kemas bergaya;Dijemput ke pentas tampilkan diri,Memberi ucapan pembuka bicara.

Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Kamaruddin bin Sulaiman, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Cllifford untuk memberikan ucapan.Dengan sukacitanya dipersilakan....

-Ucapan YDP PIBG

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Ustaz Wan Azizan

6Ucapan Guru BesarTuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian,

Seorang pemimpin hebat,Menjadi suluh dalam gelita,Menjadi penawar dalam bisa,Menjadi penenang dalam duka,Menjadi penyejuk dalam derita,Menjadi penyabar dalam murka.

Justeru, majlis dengan segala hormatnya menjemput Encik Roslan bin Kechil, Guru Besar Cemerlang merangkap Penasihat PIBG SK Clifford untuk menyampaikan ucapan.Majlis mempersilakan....

-Ucapan Guru Besar

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan sebentar tadi.

Ustaz Wan Azizan

7Ucapan PerasmianSidang warga dewan sekalian,

Sirih junjung penuh bererti,Indahnya adat tidak terperi;Tibalah saat masa dinanti,Mendengar amanat ucapan perasmi.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Encik Ahmad Fikri Emir bin Ahmad Turki, Pengurus Cyber Bang untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Clifford KaliKe-35 bagi tahun 2012.

Dengan penuh takzim majlis mempersilakan.....

-Ucapan Perasmian

Dengan Bismillah kita mulai,Alhamdulillah wassola tannabi;Dengan takbir llahi Rabbi,Selesailah sudah upacara merasmi.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Encik Ahmad Fikri Emir bin Ahmad Turki atas ucapan dan kesudian menyempurnakan majlis perasmian sebentar tadi.

Faridah

8Penyampaian Sijil dan cendera-hatiBeli keladi di Pekan Lidup,Sayang rasa lemaknya kurang;Taburlah budi ketika hidup,Kelak jasa dikenang orang.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2011/2012.

Justeru, sekali lagi majlis menjemput dan mempersilakan Yang BerbahagiaEncik Ahmad Fikri Emir bin Ahmad Turki, Pengurus Cyber Bang diringi oleh Yang Berusaha Encik Roslan bin Kechil, Guru Besar Cemerlang SK Clifford untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan majlis penyampaian sijil kepada Ahli Jawatankuasa PIBG SK Clifford sesi 2011/2012.

Dengan segala hormatnya dipersilakan....

Akar keladi melilit selasih,Selasih tumbuh di hujung taman;Kalungan budi junjungan kasih,Mesra kenangan sepanjang zaman.

Dijemput..............(rujuk senarai nama)Dijemput..............

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik Ahmad Fikri Emir bin Ahmad Turki kerana sudi menyempurnakan majlis sebentar tadi.

Sebagai tanda terima kasih, dipersilakan Encik Roslan bin Kechil, Guru Besar Cemerlang SKC untuk menyampaikan cenderahati tanda ingatan daripada warga PIBG SK Clifford kepada tetamu istimewa kita pada hari ini.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar.

Ustaz Wan Azizan

9PenutupDengan berakhirnya majlis penyampaian sijil dan cenderahati itu tadi, maka selesailah sudah majlis perasmian Mesyuarat Agung kita pada hari ini.Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG kali ke-35 merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini.

Dari mana asalnya, usah diusul,Molek budinya menambat hati;Dua tiga bicara salah tersasul,Jangan dibawa ke dalam hati.

Bintang barat terbitnya petang,Bintang timur terbitnya pagi;Jika tidak melarat panjang,Tersisa umur bertemu lagi.

Mengumumkan Tetamu Kehormat meninggalkan majlis.

Untuk makluman hadirin sekalian, majlis berhenti rehat dan dijemput kepada semua hadirin di dewan ini untuk mengambil minuman yang disediakan di belakang dewan dan majlis akan bersambung semula pada pukul........

Sekian, wabilahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.

Faridah

Teks Pengacara Perasmian Mesyuarat Agung PIBGTEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK BUMBONG LIMA 2015.Pengacara Majlis:Pn. Fatimatuzzura/Pn. Sh. HanuniPENGUMUMAN KETIBAAN.Mengumumkan ketibaan..diiringi olehBagi memberkati majlis kita marilah kita sama-sama membaca ummu kitab. Al fatihah.Bismillah..Alhamdullilahi-rabbilalamin,Wassalatuwassa-mualaashrafil-ambia iwalmursalin waala alihi wasahbihi ajmain.Rabbishrahli sodri wayassirli amri wahlu uqdatam millisani yafqahul qauli.

Yang.,Yang Berusaha.,Yang Dipertua PIBG SK Bumbong Lima.

Yang Berbahagi .Guru Besar SK Bumbong Lima Yang dihormati,..Naib YDP SK Bumbong Lima,Para AJK PIBG,Guru-guru penolong Kanan,guru-guru dan kakitangan SK Bumbong Lima,ibubapa,seterusnya hadirin dan hadirat sakalian.Assalamualaikum.w.h.w.

Lenggang bertapak seni memandangSilat sendeng menyusun jariSalam Sembah selamat datangSudilahTuan ke majlis kami

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta limpah rahmatnya ,kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Binjai KertasTahun 2012.Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan sakalian dapat mengceriakan lagi majlis kita pada petang ini.

Saya bagi pihak ahli jawatankuasa berbesar hati mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Tn Hj Zawawi bin Ismail ,ADUN Kuala Berang,YDP PIBG,AJK PIBG,Guru-Gur dan Kakitangan Sekolah serta para ibu bapa ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2012.Tidak lupa menzahirkan rasa bangga kepada semua ibu bapa yang berkesempatan hadir pada petangini.Pastinya pertemuan pada hari ini bertujuan bertukar pandangan dan pemikiran membina ke arah membantu pihak sekolah dalam meningkatkan potensi anak-anak kita khususnya dalam bidang akademik dan juga kokurikulum serta sahsiah bagi anak-anak dan seterusnya.menjulang nama SK Binjai Kertas . Tanpa kehadiran dan sokongan dari tuan-puan sakalian,siapalah kami di SK Binjai Kertas ini.Kami selalu mengharapkan sokongan padu dari tuan-tuan dan puan-puan sakalian dalam apa jua sekali aktiviti murid-murid di sekolah ini.BACAAN DOA

Bagi memberkati dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon keberkatan Illahi, agar segala urusan mendapat rahmatnya. Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput Al-Fadhil Ustaz Kamrul Arifin bin Said bagi memimpin bacaan doa.Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Kamrul Arifin bin Saidatas bacaan doa itu tadi.Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,Berat Sama di pikulRingan sama dijinjingKita umpama aur dengan tebingitulah yang ibaratkanIbubapa dan guru saling perlu memerlukan.Pelbagai usaha telah dan akan dicernakanKejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpiJika kita bersatu hati.UCAPAN ALUAN PENASIHATBukan keris tanpa ulunyaBukan majlis tanpa ucapannya.

Majlis pada petang ini dimulakan dengan dengan mempersilakan Yang Berberusaha En Raseli bin Ismail,merangkap penasihat PIBGSK Binjai Kertas untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hurmatnya dipersilakan.

Demikian tadi ucapan aluan oleh Yang Berusaha En Raseli bin Ismail,merangkap penasihat PIBGSK Binjai Kertas. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.Pergi ke kedai membeli gulaGula di bawa berhati-hatiYang Dipertua kami mempersilaUcapan diberi kita hayati.

UCAPAN YDP PIBGSeterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Tn Hj Mohd Noor bin Samad,YDP PIBG Sk Binjai Kertas untuk menyampaian ucapan. Dipersilakan.

Demikian tadi ucapan oleh Yang DiPertua PIBG Tn Hj Mohd Noor b Abdul Samad. Terima kasih diucapkan.UCAPAN PERASMIAN

Menjemput YB untuk berdiri,Memberikan ucapan kepada kamiKepada YB ruang diberi,Mohon rasmikan majlis kami

Majlis dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan Yang Berhormat Tn Haji Zawawi bin Ismail merangkap ADUN kawasan Kuala Berang bagi menyampaikan ucaptama dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK BINJAI KERTAS 2012.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Dengan Bismillah kita mulai,Alhamdulillah wassola tannabi,Dengan takdir Ilahi Rabbi,Selesai sudah upacara merasmi.

Majlis ini dengan rasa terhutang budi dan kasih merakamkan setinggi-tinggi penghargaan danucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato .,kerana sudi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis pada hari ini.PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Orang berbudi,Kita berbahasa.

Sebagai ucapan terima kasih, majlis dengan ini mempersilakan Yang Berhormat TN HAJI ZAWAWI BIN ISMAIL ADUN KUALA BERANG UNTUK MENERIMA CENDERAHATI DARI KAMI.Majlis mempersilakan..

Kini selesai sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agong SK BINJAI KERTAS2012. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato.. dan para jemputan sekalian,

Majlis dengan ini menjemput Yang Berhormat dan para tetamu jemputan khas diiringi Tuan Guru Besar, Yang Berusaha En Raseli bin Ismail , untuk menikmati juadah yang disediakan di Bilik Jamuan.Dipersilakan.

Para ibu bapa diminta tunggu kerana majlis mesyuarat akan dimulakan sebentar lagi.Kalau ada jarum yang patahJangan disimpan didalam petiKalau ada silap dan salahJangan disimpan didalam hati.Sebelum menyerahkan majlis ini kepada pengerusi mesyuarat saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya ada kata bacara dari saya menyentuh perasaan hadirin sakalian.

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah,Wassalamualaikumwhwt.