skrip pengacara majlis mesyuarat agung pibg

7
Skrip Pengacara Majlis Mesyuarat Agung PIBG SKRIP PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG SK CLIFFORD KALI KE-35 TAHUN 2012 PEMAKLUMAN: ( 15 MINIT SEBELUM ACARA BERMULA ) 1. Assalamualaikum wbh dan salam sejahtera 2. Majlis mengucapkan selamat datang kepada semua hadirin ke MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU DAN GURU SK CLIFFORD TAHUN 2012. 3. Bagi pihak urusetia, saya ingin menyampaikan beberapa makluman kepada para hadirin. 4. Aturcara majlis adalah seperti yang tertera pada buku program. 5. Mohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan UNTUK MATIKAN TELEFON BIMBIT atau sediakan dalam ‘silent mode’. 6. Para hadirin diminta berdiri semasa ketibaan tetamu jemputan SKRIP PENGACARAAN BI L AGENDA SKRIP TINDAKAN 1 Ketibaan tetamu kehormat Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik Ahmad Fikri Emir bin Ahmad Turki, Pengurus Cyber Bang ke Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Sk Clifford Kali Ke-35 Tahun 2012. 2 Protokol Bismillahirrahmanirrahim..... Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Wassolati wassalamu ‘ala ashrafil anbia iwalmursalin. Wa’ala alihi wa ashabihi ajma’in Assalamualaikum whb, salam sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Perak Amanjaya Yang Berbahagia Encik Ahmad Fikri Emir bin Ahmad Turki, Pengurus Cyber Bang Yang Berusaha Encik Roslan bin Faridah

Upload: muhd-hirdzi

Post on 19-Dec-2015

280 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

skrip

TRANSCRIPT

Skrip Pengacara Majlis Mesyuarat Agung PIBG SKRIP PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG SK CLIFFORD KALI KE-35 TAHUN 2012PEMAKLUMAN: ( 15 MINIT SEBELUM ACARA BERMULA )1. Assalamualaikum wbh dan salam sejahtera2. Majlis mengucapkan selamat datang kepada semua hadirin ke MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU DAN GURU SK CLIFFORD TAHUN 2012.3. Bagi pihak urusetia, saya ingin menyampaikan beberapa makluman kepada para hadirin.4. Aturcara majlis adalah seperti yang tertera pada buku program.5. Mohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan UNTUK MATIKAN TELEFON BIMBIT atau sediakan dalam silent mode.6. Para hadirin diminta berdiri semasa ketibaan tetamu jemputan SKRIP PENGACARAANBILAGENDASKRIPTINDAKAN

1Ketibaan tetamu kehormatMengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik Ahmad Fikri Emir bin Ahmad Turki, Pengurus Cyber Bang ke Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Sk Clifford Kali Ke-35 Tahun 2012.

2Protokol Bismillahirrahmanirrahim.....Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Wassolati wassalamu ala ashrafil anbia iwalmursalin.Waala alihi wa ashabihi ajmain

Assalamualaikum whb, salam sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Perak AmanjayaYang Berbahagia Encik Ahmad Fikri Emir bin Ahmad Turki, Pengurus Cyber Bang Yang Berusaha Encik Roslan bin Kechil,Guru Besar Cemerlang SK CliffordYang Dihormati Encik Kamaruddin b Sulaiman,Yang Dipertua PIBG, SK CliffordPuan Rashadah bt Othman, Penolong Kanan PentadbiranTuan Haji Ali Othman bin Dayon,Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Zaleha bt Abdul HamidPenolong Kanan KokurikulumBarisan ahli jawatankuasa PIBG,Guru-guru, seterusnya tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian.

Faridah

3Alu-aluanBulat Air Kerana PembentungBulat Manusia Kerana MuafakatFaham Sesuai, Benar SeukurBulat Segolek, Pipih SelayangRundingan Jangan SelisihMuafakat Jangan BercanggahTuah Pada SekataBerani Pada SeiaIbarat Labu Menjalar Ke HuluIbarat Kundur Menjalar Ke HilirPangkalnya Sama DipupukPucuknya Sama DigentisYang Jauh Dijemput Dengan DestaYang Dekat Dijemput Dengan TepakBerhimpun Dan BermuafakatBagi menjayakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Clifford kali ke-35.

Faridah

4Bacaan doaSidang hadirin,

Menadah tangan tanda kerendahan,Lafaz Bismillah memperkukuh tautan;Doa dipohon penuh pengharapan,Agar majlis mendapat keberkatan.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Oleh itu, majlis mempersilakan Al-fadhil Tuan Haji Ahmad Hisham bin Zainal untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.....

- Bacaan Doa

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Al-fadhil Ustaz atas bacaan doa itu tadi.

Ustaz Wan Azizan

5Ucapan Alu-aluan YDP PIBGWarga dewan yang mulia.

Encik Kamaruddin YDP PIBG,Segak orangnya kemas bergaya;Dijemput ke pentas tampilkan diri,Memberi ucapan pembuka bicara.

Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Kamaruddin bin Sulaiman, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Cllifford untuk memberikan ucapan.Dengan sukacitanya dipersilakan....

- Ucapan YDP PIBG

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Ustaz Wan Azizan

6Ucapan Guru BesarTuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian,

Seorang pemimpin hebat,Menjadi suluh dalam gelita,Menjadi penawar dalam bisa,Menjadi penenang dalam duka,Menjadi penyejuk dalam derita,Menjadi penyabar dalam murka.

Justeru, majlis dengan segala hormatnya menjemput Encik Roslan bin Kechil, Guru Besar Cemerlang merangkap Penasihat PIBG SK Clifford untuk menyampaikan ucapan.Majlis mempersilakan....

- Ucapan Guru Besar

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan sebentar tadi.

Ustaz Wan Azizan

7Ucapan PerasmianSidang warga dewan sekalian,

Sirih junjung penuh bererti,Indahnya adat tidak terperi;Tibalah saat masa dinanti,Mendengar amanat ucapan perasmi.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Encik Ahmad Fikri Emir bin Ahmad Turki, Pengurus Cyber Bang untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Clifford Kali Ke-35 bagi tahun 2012.

Dengan penuh takzim majlis mempersilakan.....

- Ucapan Perasmian

Dengan Bismillah kita mulai,Alhamdulillah wassola tannabi;Dengan takbir llahi Rabbi,Selesailah sudah upacara merasmi.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Encik Ahmad Fikri Emir bin Ahmad Turki atas ucapan dan kesudian menyempurnakan majlis perasmian sebentar tadi.

Faridah

8Penyampaian Sijil dan cendera-hatiBeli keladi di Pekan Lidup,Sayang rasa lemaknya kurang;Taburlah budi ketika hidup,Kelak jasa dikenang orang.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2011/2012.

Justeru, sekali lagi majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Encik Ahmad Fikri Emir bin Ahmad Turki, Pengurus Cyber Bang diringi oleh Yang Berusaha Encik Roslan bin Kechil, Guru Besar Cemerlang SK Clifford untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan majlis penyampaian sijil kepada Ahli Jawatankuasa PIBG SK Clifford sesi 2011/2012.

Dengan segala hormatnya dipersilakan....

Akar keladi melilit selasih,Selasih tumbuh di hujung taman;Kalungan budi junjungan kasih,Mesra kenangan sepanjang zaman.

Dijemput..............(rujuk senarai nama)Dijemput..............

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik Ahmad Fikri Emir bin Ahmad Turki kerana sudi menyempurnakan majlis sebentar tadi.

Sebagai tanda terima kasih, dipersilakan Encik Roslan bin Kechil, Guru Besar Cemerlang SKC untuk menyampaikan cenderahati tanda ingatan daripada warga PIBG SK Clifford kepada tetamu istimewa kita pada hari ini.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar.

Ustaz Wan Azizan

9PenutupDengan berakhirnya majlis penyampaian sijil dan cenderahati itu tadi, maka selesailah sudah majlis perasmian Mesyuarat Agung kita pada hari ini.Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG kali ke-35 merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini.

Dari mana asalnya, usah diusul,Molek budinya menambat hati;Dua tiga bicara salah tersasul,Jangan dibawa ke dalam hati.

Bintang barat terbitnya petang,Bintang timur terbitnya pagi;Jika tidak melarat panjang,Tersisa umur bertemu lagi.

Mengumumkan Tetamu Kehormat meninggalkan majlis.

Untuk makluman hadirin sekalian, majlis berhenti rehat dan dijemput kepada semua hadirin di dewan ini untuk mengambil minuman yang disediakan di belakang dewan dan majlis akan bersambung semula pada pukul........

Sekian, wabilahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.