skrip anugerah cemerlang 2011

5
1. Kata aluan MC Bismillahirahmannirrahim... Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka kata. Assalamualaikum w.b.t Salam sejahtera, salam satu Malaysia... Yang Berbahagia: Datuk Dr. Basharudin B. Panjang Ahmad (Naib Yang DiPertua PIBG Sekolah Kebangsaan Batu 4(2) Jalan Ipoh). Yang Berusaha: Pn. Lee Chong Yern (Guru Besar Sekolah Kebangsaan Batu 4(2) Jalan Ipoh). Barisan guru penolong kanan, guru-guru, para Ibu bapa, dan murid-murid yang dikasihi. Selamat datang ke Majlis Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Batu 4(2) Jalan Ipoh bagi tahun 2011. 2. Doa Tangan ditadah penuh inayah, Majlis dibuka penuh rahmatNya, Mohon keberkatan serta hidayah, Moga tercerna minda kelas pertama. Hadirin yang dimuliakan, Bagi merestui dan memberkati majlis kita ini, dipersilakan Tuan Haji Abdul Hadi Bin Ahmad untuk mengetuai bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan... Majlis merakamkan berbanyak terima kasih kepada Tuan Haji Abdul Hadi Bin Ahmad . 3. Ucapan Guru Besar Seterusnya, majlis dengan segala hormatnnya mempersilakan Yang Berusaha Pn. Lee Chong Yern Guru Besar SK Batu 4(2) Jalan Ipoh untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan... Maljis mengucapkan terima kasih kepada Pn. Lee Chong Yern atas ucapan alu-aluan itu tadi. 1

Upload: njkenali

Post on 14-Sep-2015

259 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Skrip untuk hari anugerah cemerlang sekolah rendah

TRANSCRIPT

1. Kata aluan MC

Bismillahirahmannirrahim...

Sirih berlipat sirih pinang,Sirih dari Pulau Mutiara,Pemanis kata selamat datang,Awal bismillah pembuka kata.Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera, salam satu Malaysia...Yang Berbahagia:

Datuk Dr. Basharudin B. Panjang Ahmad (Naib Yang DiPertua PIBG Sekolah Kebangsaan Batu 4(2) Jalan Ipoh).

Yang Berusaha:

Pn. Lee Chong Yern (Guru Besar Sekolah Kebangsaan Batu 4(2) Jalan Ipoh).

Barisan guru penolong kanan, guru-guru, para Ibu bapa, dan murid-murid yang dikasihi.

Selamat datang ke Majlis Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Batu 4(2) Jalan Ipoh bagi tahun 2011.

2. Doa

Tangan ditadah penuh inayah,

Majlis dibuka penuh rahmatNya,

Mohon keberkatan serta hidayah,

Moga tercerna minda kelas pertama.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi merestui dan memberkati majlis kita ini, dipersilakan Tuan Haji Abdul Hadi Bin Ahmad untuk mengetuai bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan...

Majlis merakamkan berbanyak terima kasih kepada Tuan Haji Abdul Hadi Bin Ahmad .

3. Ucapan Guru Besar

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnnya mempersilakan Yang Berusaha Pn. Lee Chong Yern Guru Besar SK Batu 4(2) Jalan Ipoh untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan...

Maljis mengucapkan terima kasih kepada Pn. Lee Chong Yern atas ucapan alu-aluan itu tadi.

4. Ucapan Perasmian

Indah budi kerana jasa,

Indah manusia kerana bahasa,

Budimu tuan tidak dilupa,

Semoga bahagia melimpah berkatNya.

Kini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Datuk Dr. Basharudin B. Panjang Ahmad untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Batu 4(2) Jalan Ipoh bagi tahun 2011. Dengan segala hormatnya dipersilakan...

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Datuk Dr. Basharudin B. Panjang Ahmad atas kesudian beliau merasmikan majlis. 4.1 Pelancaran Laman Web SekolahDijemput Datuk Dr. Basharudin B. Panjang Ahmad untuk melancarkan laman web sekolah.

Laman web sekolah telah dibangunkan oleh En. Mohd Adillas B. Ahmad Fesol. Tuan-tuan dan puan-puan boleh layari laman web tersebut untuk mengetahui perkembangan berkenaan dengan sekolah.4.2 Persembahan 1 (Multimedia)

Marilah kita sama-sama saksikan persembahan Multimedia yang disediakan oleh En. Mohd Adillas.

5. Penyampaian Trofi dan HadiahTuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,Kecemerlangan memerlukan komitmen yang tinggi serta kerjasama yang erat antara semua pihak. Sebagai penghargaan atas segala usaha dan kejayaan dalam mencipta kecemerlangan tersebut, pelbagai anugerah telah diwujudkan. Maka, beralih kita ke acara seterusnya iaitu penyampaian trofi dan hadiah.

5.1 Penyampaian Hadiah Murid Tahap 1

Majlis dengan segala hormatnya menjemput

untuk menyampaikan trofi dan hadiah kepada murid Tahap 1 . Dengan segala hormatnya dipersilakan...

5.1.1 Kedudukan dalam kelas (LAMPIRAN)

5.1.2 Mata pelajaran terbaik (LAMPIRAN)

5.1.3 Hadiah Peningkatan Terbaik (LAMPIRAN)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada

atas kesudian beliau menyampaikan trofi dan hadiah kepada murid tahap 1 sebentar tadi.

Persembahan Boria

Sungguh berkhasiat buah peria,

Begitu juga pucuk pegaga,

Pesan orang tua janganlah dilupa,

Mari saksikan Boria SK Batu 4 dua.

5.2 Penyampaian Hadiah Murid Tahap 2

Hadirin yang dihormatikan sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian trofi dan hadiah kepada murid tahap 2 . Dengan ini, dijemput

untuk menyampaikan trofi dan hadiah tersebut. Dengan segala hormatnya dipersilakan5.2.1 Kedudukan dalam kelas (LAMPIRAN)

5.2.2 Mata pelajaran terbaik (LAMPIRAN)

5.2.3 Hadiah Peningkatan Terbaik (LAMPIRAN)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada

kerana sudi

menyampaikan trofi bagi pencapaian Mata Pelajaran Terbaik sebentar tadi. Persembahan Cookie Chant

Hadiri yang dihormati,Sebagai halua telinga, Mari kita saksikan persembahan murid tahap 1 iaitu Cookie Chant . Persembahan Koir SuriramMajlis kita dihiburkan lagi dengan persembahan koir Suriram oleh murid tahap 2 .5.3 Penyampaian Hadiah

5.3.1 Sahsiah TerpujiSeterusnya dijemput

untuk menyampaikan anugerah YDP PIBG bagi kategori Sahsiah Terpuji. Dipersilakan...- LAMPIRAN -

Majlis mengucapkan terima kasih kepada

.5.3.2 Kehadiran PenuhSeterusnya dijemput

untuk menyampaikan Hadiah bagi kategori Kehadiran Penuh. Dipersilakan...- LAMPIRAN -Majlis mengucapkan terima kasih kepada

.

5.3.3 Penyampaian Hadiah Ketua Kelas & Penolong Ketua KelasSeterusnya dijemput

untuk menyampaikan Hadiah kepada Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas. Dipersilakan...

- LAMPIRAN -Majlis mengucapkan terima kasih kepada

. 5.3.4 Penyampaian Hadiah Kelas Terbersih Sepanjang Tahun 2011

Seterusnya dijemput

untuk menyampaikan Hadiah bagi kategori Kelas Terbersih Sepanjang Tahun 2011. Dipersilakan...- LAMPIRAN -

Majlis mengucapkan terima kasih kepada

.

5.3.5 Pengawas Sekolah & Pengawas Pusat Sumber SekolahSeterusnya dijemput

untuk menyampaikan sijil kepada Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah tahun 2012. Dipersilakan...- LAMPIRAN -

Majlis mengucapkan terima kasih kepada

.

5.3.6 Anugerah NILAM

Seterusnya dijemput

untuk menyampaikan Hadiah bagi kategori Anugerah NILAM. Dipersilakan...- LAMPIRAN -

Majlis mengucapkan terima kasih kepada

.

5.3.7 Anugerah Khas SekolahSeterusnya dijemput

untuk menyampaikan Hadiah bagi kategori Anugerah Khas Sekolah. Dipersilakan...- LAMPIRAN -

Majlis mengucapkan terima kasih kepada

.

Persembahan Tarian India

Dayung sampan sampai ke muara,

Mencari kasih tak kunjung tiba,

Hati terpaut pada keayuan si dia,

Terimalah persembahan Tarian India.

Persembahan Joget Pahang

Majlis kita diserikan lagi dengan persembahan Joget Pahang.

5.4 Penyampaian Sijil Penghargaan 5.4.1 Graduasi Murid Tahun 6Seterusnya dijemput

untuk menyampaikan Sijil Penghargaan Graduasi Murid Tahun 6. Dipersilakan...- LAMPIRAN -5.4.2 UPSR 2011- LAMPIRAN -

Majlis mengucapkan terima kasih kepada

.

5.4.3 Tokoh Murid Seterusnya dijemput

untuk menyampaikan Sijil kepada Tokoh Murid. Dipersilakan...- LAMPIRAN -

Majlis mengucapkan terima kasih kepada

.

PENUTUPBersyukur kini kami panjatkan,

Majlis anugerah telah disempurnakan,

Sekalung penghargaan kami hulurkan,

Segulung tahniah kami ucapkan.

Dengan berakhirnya Nyanyian Lagu Negaraku

itu tadi, maka berakhirlah Majlis Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Batu 4(2) Jalan Ipoh bagi tahun 2011.

Jika ada jarum yang patah jangan simpan di dalam peti,

Jika ada silap dan salah jangan simpan di dalam hati.

Majlis sekali lagi ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama menjayakan dan memeriahkan suasanan Majlis Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Batu 4 (2) Jalan Ipoh pada tahun ini. Sekian, terima kasih.

Jumpa lagi pada tahun hadapan.

1