skop kerja thin-client

Upload: hanif-harun

Post on 03-Apr-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Skop Kerja Thin-Client

    1/11

    SKOP KERJA

    1 UMUM

    1.1 Kontraktor dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan yang berkaitandi sekolah semasa membuat kerja-kerja pembekalan, penghantaran,pemasangan, pengkonfigurasian, pengujian, pentauliahan,penyelenggaraan dan latihan di sekolah yang terlibat.

    1.2 Sebarang kecacatan/kerosakan yang berlaku yang disebabkan olehpihak Kontraktor semasa kerja-kerja pembekalan dan pemasangandibuat oleh Kontraktor hendaklah dibaikpulih tanpa sebarang kostambahan kepada Kerajaan.

    1.3 Kontraktor hendaklah menyediakan tenaga kerja yang mempunyai

    kemahiran, pengetahuan teknikal dan mengetahui skop kerja yangperlu dilakukan.

    1.4 Setiap peralatan yang dibekalkan hendaklah diselaraskan denganperubahan umum teknologi komunikasi dan rangkaian yangberasaskan Web Based Cloud Technology tanpa sebarangpenambahan kos dan boleh digunakan sepanjang tempoh jaminanselama tiga (3) tahun.

    1.5 Cadangan tersebut mestilah memenuhi lima (5) elemen penting iaitu:

    (a) Sistem yang ditawarkan mestilah memenuhi segala keperluandengan mengambil kira keperluan masa hadapan dan bertahanlama ( system of the future ) sekurang-kurangnya teknologi tidakberubah dalam tempoh lama (tiga (3) tahun);

    (b) Proses Pengajaran dan Pembelajaran lebih baik dari segipenyampaian pembelajaran kepada murid ( better system ) darisistem sedia ada dan diterima pakai oleh guru/sekolah;

    (c) Sistem mudah untuk diurus, diselenggara dan mudahdilaksanakan ( easy to manage, maintain and implement);

    (d) Tidak membebankan guru untuk mengurus dan menyelenggaraperalatan; dan

    (e) Harga dan kos pelaksanaan bagi cadangan penyelesaian (cost effective)

    1.6 Mana-mana skop kerja yang tidak diperincikan hendaklah dirujukkepada pendekatan yang dilaksanakan semasa Proof Of Concept ( POC ).

    2 SKOP KERJA

  • 7/28/2019 Skop Kerja Thin-Client

    2/11

    2.1 Pembekalan

    (a) Kontraktor hendaklah membekalkan peralatan mengikut kuantitidan spesifikasi yang dinyatakan di Kuantiti Bil ( Bill of Quantity).

    (b) Semua peralatan yang dibekalkan hendaklah daripadapengeluaran yang terbaru, tulen dan bebas daripada sebarangkecacatan. Kontraktor hendaklah menggantikan peralatan yangdibekalkan dengan peralatan yang baru sekiranya didapatiperalatan yang dibekalkan semasa penghantaran tidakberfungsi dengan baik atau rosak.

    (c) Tempoh pembekalan keseluruhan peralatan adalah selama seratus lima puluh (150) hari kalendar bermula dari tarikhpesanan tempatan dikeluarkan. Kontraktor hendaklahmenyediakan jadual pelaksanaan dan senarai pegawai untuk

    dihubungi semasa pelaksanaan projek ini.(d) Kontraktor hendaklah memastikan pekerja-pekerja Kontraktor

    mematuhi etika pakaian dan peraturan-peraturan yangditetapkan di premis pengguna. Kad pekerja hendaklah dipakaidan dipamerkan sepanjang tempoh berada di tapak.

    (e) Kontraktor hendaklah memberikan jadual pembekalan untuksetiap lokasi kepada Kerajaan dalam tempoh empat belas (14)hari sebelum pembekalan dibuat supaya premis penggunadapat dimaklumkan terlebih dahulu.

    (f) Kontraktor hendaklah menyediakan dan melengkapkan kaddaftar harta modal bagi peralatan yang dibekalkan mengikutformat kewangan Kerajaan KEW-PA2 dan diserahkan kepadaguru ICT di sekolah untuk semakan dan pengesahan. Format iniakan diberikan oleh Kerajaan kepada Kontraktor.

    (g) Bagi hal pembekalan yang lewat diserahkan, dipasang, diuji,ditauliahi (mana-mana yang berkenaan) oleh Kontraktor,Kerajaan boleh melaksanakan mana-mana satu atau apa-apagabungan dua atau lebih tindakan yang berikut:

    (i) Menolak pembekalan itu, menamatkan Perjanjian ini danmerampas Bon Pelaksanaan; atau

    (ii) Membeli pembekalan yang dikehendaki itu daripadapunca-punca lain dan menolak pembekalan yang dibuatoleh Kontraktor. Bagi hal yang sedemikian, jika kosmemperolehi pembekalan itu daripada punca-punca lainmelebihi harga dalam Perjanjian ini, Kontraktor dikehendaki membayar amaun yang lebih itu sebagaipampasan kepada Kerajaan; atau

  • 7/28/2019 Skop Kerja Thin-Client

    3/11

    (iii) Setuju menerima pembekalan yang lewat itu danmengenakan denda lewat seperti formula atau kaedahyang berikut:

    Denda = V(T+D) x 5%

    T

    V = Nilai pembekalan yang lewat

    T = Tempoh masa pembekalan (dalam hari)

    D = Bilangan hari lewat

    2.2 Penghantaran

    (a) Waktu dan hari penghantaran hendaklah menepati waktu danhari bekerja di negeri/lokasi yang terlibat. Waktu bekerja adalahbermula dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Hari bekerjamengikut negeri adalah seperti berikut:

    BIL NEGERI HARI BEKERJA

    (i) Kedah Ahad - Khamis

    (Kecuali cuti am negeri

    atau kebangsaan)

    (ii) Kelantan

    (iii) Terengganu

    (iv) Perlis

    Isnin - Jumaat

    (Kecuali cuti am negeriatau kebangsaan)

    (v) Pulau Pinang

    (vi) Perak

    (vii) Selangor

    (viii) Wilayah PersekutuanKuala Lumpur

    (ix) Negeri Sembilan

    (x) Melaka

    (xi) Johor

    (xii) Pahang

    (xiii) Sabah

  • 7/28/2019 Skop Kerja Thin-Client

    4/11

  • 7/28/2019 Skop Kerja Thin-Client

    5/11

    (c) Kos bagi pelesenan, pengurusan, penyelenggaraan danpengendalian bagi perisian yang tersebut di atas tidak termasukdalam skop Kontraktor dan disediakan oleh pihak pembekalperisian yang akan diperolehi oleh Kerajaan. Perisian asas yangperlu disediakan oleh Kontraktor bagi pembekalan ini adalah

    seperti yang dinyatakan dalam Kuantiti Bil ( Bill of Quantity).

    (d) Sebarang perubahan perisian adalah tertakluk kepadakeperluan Kerajaan dari masa ke semasa dan akandimaklumkan kepada Kontraktor. Skop Kontraktor hanyamelibatkan membenarkan akses kepada para pembekaldan/atau pemasang perisian/aplikasi berkenaan agar merekaboleh membuat pemasangan di VDI yang disediakan.

    (e) Kontraktor dikehendaki menyediakan Wireless Local AreaNetwork (WLAN) bagi menghubungkan perkakasan-perkakasan

    yang berada di dalam rangkaian setempat. Skop kontraktor adalah terhad kepada menghubungkan suis rangkaian setempatsedia ada yang berfungsi kepada peralatan WLAN yangdibekalkan.

    (f) Kontraktor hendaklah melaksanakan pengkabelan danmemasang peralatan tambahan seperti router, switch, wireless

    AP, network management system atau apa-apa perkakasan lainyang bersesuaian yang diperlukan bagi memastikan WLANberfungsi secara menyeluruh tanpa melibatkan sebarang kostambahan kepada Kerajaan. Skop ini adalah terhad kepadapembekalan Standard Lab Configuration yan g merangkumiseperti berikut :

    (i) Virtual Desktop Infrastructure (VDI) License ;

    (ii) Thin Client Teacher;

    (iii) Thin Client Student;

    (iv) Server;

    (v) Network Switch;(vi) Wireless AP; dan

    (vii) UTP Cabling CAT6

    (g) Setiap perkakasan yang dibekalkan hendaklah boleh akseskepada aplikasi atau perisian yang dipasang di cloud atau didalam rangkaian setempat tanpa had pada bila-bila masatertakluk kepada penggunaan bersepadu sebagai satuStandard Lab Configuration .

  • 7/28/2019 Skop Kerja Thin-Client

    6/11

  • 7/28/2019 Skop Kerja Thin-Client

    7/11

  • 7/28/2019 Skop Kerja Thin-Client

    8/11

    (ii) Maklumat-maklumat terkini berkenaan produk darisemasa ke semasa;

    (iii) Program kesedaran (Awareness Program) kepada pihakpengurusan KPM;

    (iv) Technology Route Map oleh pihak Principle bagi tempohtiga (3) tahun; dan

    (v) Technology Update kepada pihak Kerajaan hendaklahdibuat sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun di dalamnegara dan dua (2) kali setahun di luar negara dengan

    jumlah enam (6) orang bagi setiap sesi.

    (e) Kontraktor dikehendaki menyerahkan cadangan pelanpemindahan teknologi kepada Kerajaan untuk persetujuan

    selewat-lewatnya dalam tempoh masa empat belas (14) harisebelum bengkel tersebut dilaksanakan.

    (f) Segala kos yang terlibat bagi pemindahan teknologi termasuk jurulatih, tempat latihan, nota, penginapan, makan-minum danlain-lain adalah tertakluk kepada peruntukan di dalam KuantitiBil (Bill of Quantity) di Lampiran A.

    2.7 Penyelenggaraan Dalam Tempoh Jaminan

    (a) Waktu dan hari meja bantuan (helpdesk) hendaklah bolehdihubungi mulai jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam (Isninhingga Jumaat)

    (b) Kontraktor dikehendaki memberikan penyelenggaraanpembaikan yang merangkumi penghantaran penggantianperanti/peralatan yang terlibat tertakluk kepada Standard Manufacturer Warranty secara percuma bagi segala peralatanyang rosak sepanjang tempoh jaminan ( warranty ). Jaminanadalah termasuk kos alat ganti, peralatan, pengangkutan dantenaga kerja.

    (c) Tempoh jaminan bagi peralatan yang dibekalkan adalah selamatiga (3) tahun daripada tarikh Sijil Pengujian Dan Pentauliahan(SPP) ditandatangani. Jika berlaku kerosakan semasa dalamtempoh jaminan, Kontraktor dikehendaki memperbaiki peralatantersebut tanpa sebarang kos tambahan kepada Kerajaan.

    (d) Kontraktor hendaklah memastikan segala aplikasi dan perisianyang dipasang di cloud atau rangkaian setempat diselenggaradengan baik supaya aplikasi dan perisian tersebut bolehdigunakan sepanjang masa.

  • 7/28/2019 Skop Kerja Thin-Client

    9/11

  • 7/28/2019 Skop Kerja Thin-Client

    10/11

    Bil Perkara Denda

    1. Lewat 1 7 Hari 5 % daripada harga peralatan

    2. Lewat 8 14 Hari 10 % daripada harga peralatan

    3. Lewat > 14 Hari Peralatan perlu diganti baru.Jika tidak, Kontraktor akandidenda bersamaan dengannilai peralatan tersebut.

    *Kelewatan dikira bermula dari tarikh tamat tempohturnaround time.

    (j) Laporan-laporan mengenai kerosakan berserta kerja-kerjapembaikan dan penggantian hendaklah dikemukakan kepada

    Kerajaan setiap bulan.(k) Kontraktor hendaklah mendapatkan jaminan daripada pihak

    principal bagi setiap peralatan yang dibekalkan.

    2.8 Pemantauan dan Dokumentasi

    (a) Mesyuarat pemantauan akan diadakan pada setiap mingguuntuk tiga bulan pertama.

    (b) Pihak kontraktor hendaklah menyediakan satu pasukan khassepanjang tempoh kontrak ini selama tiga (3) tahun.

    (c) Kontraktor hendaklah memastikan bahawa segala rekodberkenaan pembekalan ini diselenggara dengan baik dandiserahkan kepada Kerajaan. Dokumen-dokumen tersebutadalah seperti berikut:

    (i) Project Charter diserahkan semasa mesyuarat kick-off iaitu selepas empat belas (14) hari dari tarikh surat setujuterima;

    (ii) Manual pengguna bagi setiap peralatan yang dibekalkandiserahkan semasa taklimat penggunaan;

    (iii) Dokumentasi teknikal bagi membolehkan kerajaanmenguruskan peralatan-peralatan yang dibekalkan olehKontraktor antaranya konfigurasi IP, aplikasi, IDpengguna ( user ID ), kata laluan ( password ) dan lain-lainyang berkenaan selepas kerja-kerja pemasangan,pengujian dan pentauliahan selesai bersama-sama Sijil

    Akuan Penerimaan dan Sijil Pengujian dan Pentauliahan;

  • 7/28/2019 Skop Kerja Thin-Client

    11/11

    (iv) Rekabentuk dan diagram rangkaian setempat sertasambungan internet di setiap premis pengguna selepaskerja-kerja pemasangan, pengujian dan pentauliahanselesai dikemukakan bersama-sama Sijil AkuanPenerimaan dan Sijil Pengujian dan Pentauliahan;

    (v) Senarai peralatan yang dibekalkan diserahkan selepaskerja-kerja pemasangan, pengujian dan pentaulihanselesai bersama-sama Sijil Akuan Penerimaan dan SijilPengujian dan Pentauliahan;

    (vi) Laporan Kemajuan Projek dikemukakan setiap bulankepada pihak Kementerian; dan

    (vii) Laporan-laporan kerosakan dan pembaikan diserahkanpada setiap bulan.

    (d) Sekiranya dokumentasi diserahkan lewat melebihi tempoh yangditetapkan oleh Kerajaan, Kontraktor boleh dikenakan dendadengan amaun sebanyak RM100 sehari bagi setiap bilanganhari kelewatan sehingga dokumen tersebut diserahkan olehKontraktor kepada Kerajaan.

    3 Pembayaran

    3.1 Pembayaran bagi setiap pembekalan yang telah disempurnakan akandibuat dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh invois dansemua dokumen sokongan lengkap diterima. Tuntutan kontraktor hendaklah disokong oleh dokumen-dokumen berikut:-

    (a) Sijil Akuan Penerimaan (SAP) sebagai pengesahan bahawaperalatan telah diterima berada dalam keadaan baik danmemenuhi spesifikasi yang ditetapkan; dan

    (b) Sijil Pengujian dan Pentauliahan (SPP) sebagai pengesahanbahawa kerja-kerja pemasangan, pengkonfigurasian, pengujian

    dan pentauliahan telah dibuat dan peralatan tersebut bolehberfungsi dengan sempurna serta memenuhi spesifikasi yangditetapkan.

    3.2 Pembayaran kepada Kontraktor tidak boleh dianggap sebagaiperakuan bahawa pembekalan yang telah dibuat adalah mengikutkualiti yang dikehendaki dan tidak melepaskan Kontraktor daripadatanggungjawab yang berkaitan.