skim insurans murid sekolah suruhanjaya · pdf file6 2. ibubapa / murid/ penjaga mesti...

8
SKIM INSURANS MURID SEKOLAH SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT (SIMS - S.P.A.D) 2014 PANDUAN DAN MAKLUMAT UNTUK PENGETUA DAN GURU BESAR SEKOLAH Dengan Kerjasama

Upload: truongnhan

Post on 06-Feb-2018

235 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

  • SKIM INSURANS MURID SEKOLAH SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT

    (SIMS - S.P.A.D) 2014

    PANDUAN DAN MAKLUMAT UNTUK PENGETUA DAN GURU BESAR

    SEKOLAH

    Dengan Kerjasama

  • 2

    SKIM PERLINDUNGAN INSURANS MURID SEKOLAH

    (S.P.A.D)

    1. TUJUAN SKIM

    Selaras dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada sesi

    pembentangan Bajet 2013, kerajaan menerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

    (S.P.A.D.), sebagai agensi pelaksana dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia

    (KPM), mengumumkan skim perlindungan insurans murid-murid sekolah telah

    berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014 dan akan berterusan sehingga 31 Disember 2014.

    Kerajaan amat mengambil berat akan keselamatan pelajar-pelajar sekolah yang menaiki

    bas ke sekolah. Justeru itu, skim insurans ini adalah suatu langkah untuk

    mentransformasikan industri bas sekolah, yang mana ianya disediakan bagi membantu

    murid-murid dan keluarga murid bagi menghadapi keadaan yang tidak diduga.

    Skim perlindungan insurans ini melibatkan murid-murid sekolah yang bersekolah di

    sekolah-sekolah berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia DAN

    menaiki/menggunakan bas-bas sekolah yang berlesen dengan Suruhanjaya

    Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) diseluruh Semenanjung dan Lembaga Perlesenan

    Kenderaan Perdagangan (LPKP) bagi Sabah, Labuan dan Sarawak.

    Antara bentuk perlindungan insurans yang diberikan adalah yang melibatkan kematian

    akibat kemalangan (RM100,000), hilang keupayaan kekal (sehingga RM 100,000),

    bayaran perubatan sehingga RM5,000, manfaat hospital (RM150 sehari sehingga 30 hari)

    dan khairat kematian (RM2,500). Skim perlindungan ini juga meliputi kegunaan bas

    sekolah untuk aktiviti-aktiviti luar seperti rombongan, lawatan sambil belajar dan sebarang

    aktiviti ko-kurikulum dan kurikulum tambahan yang dilulus / dianjurkan oleh pihak

    Kementerian Pelajaran Malaysia.

    2. PERLAKSANAAN SKIM

    Skim ini disediakan oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) dan penyertaan

    adalah t e r d i r i d a r i p a d a s emua murid-murid sekolah yang berdaftar dengan

    Kementerian Pelajaran Malaysia yang menaiki bas-bas sekolah yang berlesen dengan

    Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) dan Lembaga Perlesenan

    Kenderaan Perdagangan (LPKP).

    Skim ini melindungi semua jenis sekolah dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia

    termasuk sekolah Swasta. Murid-murid bukan warganegara Malaysia juga turut

    dilindungi jika bersekolah di sekolah yang berdaftar dengan KPM dan menggunakan

    khidmat bas sekolah dibawah kawalan SPAD.

    2.1 BAYARAN

    Skim ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan melalui Suruhanjaya

    Pengangkutan Awam Darat dan tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan

    kepada pihak ibubapa dan sekolah.

  • 3

    3. SKOP PERLINDUNGAN

    3.1 Skim Pelindungan Insurans Murid Sekolah - SPAD (SIMS) yang

    dicadangkan ini menyediakan manfaat perlindungan akibat

    kemalangan kepada murid atau warisnya jika ditakdirkan berlaku kematian

    atau keilatan akibat murid berkenaan ditimpa kemalangan, yang mana

    termasuk :

    i) mati lemas, terhidu gas dan patukan ular;

    iii) rusuhan dan kekacauan awam.

    3.2 Amaun manfaat yang akan dibayar oleh SIMS adalah seperti berikut :

    SKOP PERLINDUNGAN AMAUN

    (RM)

    A) KEMATIAN 100,000

    B) KEILATAN KEKAL, TERPISAH ATAU HILANG ANGGOTA DARI BADAN 100,000

    C) KOS PERUBATAN 5,000

    D) ELAUN HOSPITAL bagi setiap hari/maksima 30 hari 150

    D) KHAIRAT KEMATIAN 2,500

    * Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah adalah dilindungi.

    * Semua Skop Manfaat Perlindungan didalam skim ini hanya terhad ketika pelajar berada didalam bas sekolah sahaja

  • 4

    3.3 Murid yang dilindungi adalah murid tingkatan enam kebawah.

    3.4 SIMS menyediakan perlindungan 24 jam sehari semalam dan meliputi seluruh

    Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei dan Thailand.

    4. TEMPOH PERLINDUNGAN

    Tempoh perlindungan bermula dari 1/1/2014 dan berkuatkuasa selama setahun

    sehingga 31/12/2014.

    Perlindungan ke atas seseorang murid, walau bagaimanapun, tamat secara serta merta

    apabila murid tersebut berhenti atau diberhentikan dari menjadi murid berdaftar di

    sekolah-sekolah dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

    5. KEKECUALIAN

    5.1 Walaupun skop perlindungan SIMS adalah sangat luas, ia adalah tertakluk

    kepada kekecualian-kekecualian seperti berikut :

    (i) Sukan merbahaya seperti luncur (ski) air, polo, memburu, payung terjun,

    perlumbaan bermotor, tinju, gusti dan sebagainya;

    (ii) Perlumbaan, ujian kelajuan atau ujian am kenderaan bermotor;

    (iii) Keilatan atau kurang upaya yang sedia wujud;

    (iv) Bunuh diri, atau cubaan bunuh diri dan kecederaan yang disengajakan;

    (v) Penyakit atau wabak;

    (vi) Pengaruh alkohol atau dadah;

    (vii) Mengandung atau keguguran;

    (viii) Peperangan dan risiko yang seumpamanya;

    (ix) Aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan Syariah;

    6. TUNTUTAN

    6.1 Apabila berlaku kemalangan, waris atau murid-murid atau operator bas boleh memberi makluman awal melalui :- Telefon :-

    Hotline SPAD: 1800 88 7723,

    Hotline LPKP Sabah : 1800 88 4266,

    Hotline LPKP Sarawak : 1800 88 2466,

    Hotline Takaful : 1300-88 -25 2385 ,

  • 5

    Email :-

    1) [email protected] (S.P.A.D.) 2) fms.lpkpsabah.gov.my (LPKP Sabah), 3) fms.lpkpsarawak.gov.my (LPKP Sarawak), 4) [email protected] atau [email protected]

    (Takaful). atau surat kepada S.P.A.D./LPKP dan Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB)

    Alamat :- 1) S.P.A.D:

    Bahagian Tuntutan Skim Insuran Murid-Murid Sekolah, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Blok D, Platinum Sentral,Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur. Tel: 603-2726 7000 (7317 or 7072)

    2) STMB:

    Jabatan Perniagaan Korporat, Syarikat Takaful Malaysia Berhad, Tingkat 26, Blok Annex, Menara Takaful Malaysia, No. 4, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur. Peti Surat 11483, 50746 Kuala Lumpur. Tel: 603-2268 1984 (679 or 215)

    3) LPKP Sabah:

    Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah, Tingkat 3, Blok E, Kompleks KWSP, 49, Jalan Karamunsing, 88000 Kota Kinabalu, Sabah. Tel: 088 - 238244

    4) LPKP Sarawak:

    Lot 421-422, Jalan Nanas, 93400 Kuching, Sarawak Tel: 082-412 033

    1. Borang Tuntutan boleh didapatkan dari pejabat atau laman sesawang:-

    S.P.A.D www.spad.gov.my dan

    Syarikat Takaful Malaysia www.takaful-malaysia.com.my.

    Borang tuntutan juga boleh diperolehi daripada :-

    - Pejabat S.P.A.D, - Pejabat LPKP, dan - Semua cawangan STMB.

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]://www.spad.gov.my/http://www.takaful-malaysia.com.my/

  • 6

    2. IbuBapa / Murid/ Penjaga mesti melengkapkan maklumat pada borang tuntutan, Lampiran A dan menyertakan segala dokumen sokongan mengikut jenis tuntutan yang diminta dengan merujuk kepada Ruangan : JENIS TUNTUTAN YANG DIKEMUKAKAN.

    3. Borang dan dokumen tuntutan yang telah lengkap diisi harus dikemukakan kepada sekolah untuk tujuan pengesahan murid-murid tersebut disahkan berdaftar di sekolah berkaitan.

    4. Murid atau waris boleh menghantar borang dan dokumen tuntutan terus kepada:-

    i) Jabatan Perniagaan Korporat di Ibu Pejabat Takaful Malaysia ; atau

    ii) melalui cawangan-cawangan Takaful Malaysia (TMCC Takaful myCare Centre) yang

    berhampiran. Kecuali negeri Perlis boleh terus ke TMCC Alor Setar atau berhampiran

    dengannya.

    iii) Ibubapa, penjaga atau waris boleh juga menghantar kepada pejabat SPAD dan pejabat

    LPKP.

    5. Pihak STMB akan membuat keputusan dan pembayaran akan dilakukan selewat-lewatnya 14

    hari bekerja daripada tarikh penyerahan dokumen lengkap.

    6. Khusus untuk pembayaran tuntutan Manfaat Hospital dan Khairat Kematian sahaja, pembayaran tuntutan segera akan dilakukan didalam tempoh 24 jam bekerja tertakluk

    Borang Kredit Terus beserta semua dokumen tuntutan telah dilengkapkan sepenuhnya.

    7. Semua Skop Manfaat Perlindungan didalam skim ini hanya terhad ketika murid berada didalam bas sekolah sahaja.

    8. Pihak Sekolah akan membantu murid atau waris didalam membuat tuntutan sekiranya perlu.

    9. Definisi bas sekolah yang berdaftar dengan SPAD/LPKP: i) Warna Bas Sekolah ialah warna Amber. (Kaedah-Kaedah bas Sekolah (Warna dan

    Tanda) 1987)

    ii) Warna korporat dengan kebenaran SPAD (seperti bas/van yang dibawah kelolaan

    sekolah-sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri,KPM).

    Dokumen Tuntutan boleh dimuat turun di laman web Syarikat Takaful Malaysia Berhad

    di alamat takaful-malaysia.com.my ATAU di cawangan Takafum Malaysia Berhad.

    BORANG TUNTUTAN SKIM INSURANS MURID SEKOLAH (S.P.A.D)

  • 7

    PANDUAN MENGISI BORANG DAN MENGEMUKAKAN TUNTUTAN TPSM

    1. Sebelum mengemukakan tuntutan, IbuBapa atau Penjaga hendaklah mengisi dan

    memastikan semua ruangan pada borang tuntutan lengkap diisi dan disertakan dengan

    dokumen tuntutan yang diminta oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad.

    Borang Tuntutan adalah seperti lampiran dan boleh digunakan salinan fotosat untuk

    Sila Rujuk Jadual A dibawah bagi memas