skema jawapan set a - lamanbahasa's blog | guru ... · web viewkertas 2 peraturan pemarkahan...

15
SULIT 1103/2 KELOMPOK M6 DAERAH SEBERANG PERAI UTARA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2009 1103/2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Peraturan Pemarkahan Okt UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN Peraturan pemarkahan ini SULIT. Kegunaannya khusus untuk pemeriksa yang berkenaan sahaja. Sebarang maklumat dalam peraturan pemarkahan ini tidak boleh dimaklumkan kepada sesiapa. 1103/2 SULIT 1

Upload: truongnhi

Post on 21-Apr-2018

234 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: SKEMA JAWAPAN SET A - Lamanbahasa's Blog | Guru ... · Web viewKertas 2 Peraturan Pemarkahan Okt UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN Peraturan pemarkahan ini SULIT. Kegunaannya

SULIT 1103/2

KELOMPOK M6DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

PEPERIKSAAN PERCUBAANSIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2009 1103/2BAHASA MELAYUKertas 2Peraturan PemarkahanOkt

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

AMARAN

Peraturan pemarkahan ini SULIT. Kegunaannya khusus untuk pemeriksa yang berkenaan sahaja. Sebarang maklumat dalam peraturan pemarkahan ini tidak boleh dimaklumkan kepada sesiapa.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Peraturan pemarkahan ini mengandungi 12 halaman bercetak.

Markah penuh : 110 markah1103/2 SULIT

1

Page 2: SKEMA JAWAPAN SET A - Lamanbahasa's Blog | Guru ... · Web viewKertas 2 Peraturan Pemarkahan Okt UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN Peraturan pemarkahan ini SULIT. Kegunaannya

SULIT 1103/2

Soalan 1

Markah penuh 30 dibahagi kepada :

a) Isi - 20 markahb) Bahasa - 10 markah

a) Isi [20 markah]

Nota :

i. Panduan mengira perkataan :

Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan : nama khas perkataan berulang penggunaan kata sendi did an ke tarikh angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan gelaran

ii. Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum diperiksa.iii. Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak perlu diperiksa.iv. Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

Bahagian Markah Markah

(i) Pendahuluan 2

(ii) Isi Tersurat 4 5 6 7 8 9 10 11 1216

(iii) Isi Tersirat 12 11 10 9 8 7 6 5 4

(iv) Penutup/Kesimpulan 2

Jumlah Markah 20

Soalan 1 : Rumusan

Pendahuluan:1103/2 SULIT

2

Page 3: SKEMA JAWAPAN SET A - Lamanbahasa's Blog | Guru ... · Web viewKertas 2 Peraturan Pemarkahan Okt UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN Peraturan pemarkahan ini SULIT. Kegunaannya

SULIT 1103/2

1. Petikan membincangkan akibat / implikasi/ keburukan pemakanan makanan segera kepada kanak-kanak.

[2m]2. Petikan membincangkan kesan-kesan pemakanan makanan segera kepada kanak-kanak. [0 m]3. Petikan membincangkan kesan-kesan pemakanan makanan segera kepada kanak-kanak dan cara-cara

mengatasinya. [0m]

Isi tersurat : kesan-kesan pemakanan makanan segera kepada kanak-kanak1. Memungkinkan anak mereka menjadi agresif dan ganas.2. Makanan manis yang dimakan boleh menaikkan paras gula darah kanak-kanak.3. Menyebabkan kanak-kanak letih dan mudah meradang.4. Kanak-kanak yang gemuk lebih cenderung untuk enggan mematuhi arahan.5. berpotensi melahirkan penjenayah.6. Perubahan gaya hidup kanak-kanak yang hilang nilai ketimuran.7. Penjajahan budaya pemakanan ini menyebabkan kanak-kanak di negara ini memikirkan bahawa makanan

segera dari barat adalah lebih berkhasiat daripada makanan tempatan.8. Garam yang dimakan oleh kanak-kanak juga mampu menambahkan risiko kematian.

Isi Tersirat : Cara-cara mengatasinya

1. Ibu bapa hendaklah menyediakan makanan seimbang kepada anak-anak.2. Ibu bapa mengehadkan kunjungan ke tempat-tempat makanan segera.3. Ibu bapa memantau masa tontonan televisyen kanak-kanak.4. Guru memberi kesedaran tentang budaya makan makanan segera melalui ceramah/motivasi dll.5. Pendedahan dalam mata pelajaran di sekolah contohnya, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan Pendidikan Sivik

dan Kewarganegaraan.6. Media massa mengurangkan tayangan iklan makanan segera.7. Media massa memberi pendedahan kepada pemakanan makanan berkhasiat .8. Kerajaan mengadakan kempen makan makanan berkhasiat.

Penutup

Kesimpulannya, semua pihak hendaklah memainkan peranan penting untuk mengatasi tabiat pemakanan makanan segera agar kesejahteraan kanak-kanak terjamin.

Calon perlu mengemukakan 2 perkara dalam bahagian penutup iaitu cadangan dan harapan. Sekiranya hanya satu bahagian sahaja diberi, berikan I markah sahaja.

b) Bahasa [10 markah]

Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan dalam jadual berikut :

Peringkat Markah Isi Markah Bahasa Huraian1103/2 SULIT

3

Page 4: SKEMA JAWAPAN SET A - Lamanbahasa's Blog | Guru ... · Web viewKertas 2 Peraturan Pemarkahan Okt UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN Peraturan pemarkahan ini SULIT. Kegunaannya

SULIT 1103/2

Baik 18 - 2015 - 17

9 - 107 - 9

− Kesinambungan isi baik− Struktur ayat/tatabahasa baik− Kosa kata luas− Tanda baca/ejaan betul

Sederhana 12 - 148 - 11

6 - 74 - 6

− Kesinambungan isi masih baik− Struktur ayat/tatabahasa masih memuaskan− Kosa kata masih memuaskan− Tanda baca/ejaan juga memuaskan

Lemah 1 - 7 1 - 4 − Pada keseluruhannya dalam serba kekurangan/tidak memuaskan.

Nota :

i. Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi.ii. Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah.iii. Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, walaupun jumlah perkataan kurang

daripada 120 patah perkataan, berikan 0 markah.iv. Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah tidak dipotong.

[Markah bahasa maksimum : 10 markah]

Soalan 2Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada :

Soalan 2(a) : 9 markahSoalan 2(b) : 9 markahSoalan 2(c) : 8 markahSoalan 2(d) : 9 markah

Perhatian bagi soalan 2(a) hingga Soalan 2(d)

1103/2 SULIT

4

Page 5: SKEMA JAWAPAN SET A - Lamanbahasa's Blog | Guru ... · Web viewKertas 2 Peraturan Pemarkahan Okt UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN Peraturan pemarkahan ini SULIT. Kegunaannya

SULIT 1103/21. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/sempurna.3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh (50%) daripada markah yang

diperuntukkan sahaja.

Soalan 2(a) : Petikan Umum

i) Maksud rangkai kata (kuasa) daya/kemampuan/tenaga (1m) , (desakan) tekanan/tolakan/dorongan (1m) - Daya tekanan / Dorongan yang kuat / Daya tolakan (2m)

[2 markah]

ii) Strategi yang digunakan oleh pengeluar makanan segera untuk menarik minat kanak-kanak terhadap makanan segera adalah pengeluar biasanya, memberikan hadiah iringan ketika membeli makanan ringan atau makanan segera (1m) pengeluaran produk terbaru makanan ringan dan makanan segera (1m) kata-kata perangsang yang menarik ketika iklan makanan ringan dan makanan segera (1m) propaganda yang berulang-ulang ini pasti membuahkan hasil (1m)

[3 markah]iii) Sebagai seorang murid, bagaimanakah caranya anda mengawal diri daripada pengaruh iklan

Mendisiplinkan diri / membuat jadual harian. Pemilihan rancangan TV yang sesuai. Masa tontonan yang sesuai. Mengawal nafsu dan kehendak. Perlu ada pengetahuan tentang makanan berkhasiat. Amalan pemakanan dalam keluarga.

** mana-mana jawapan yang relevan - diterima- 1 isi = 1 markah[4 markah]

Soalan 2(b) - Jangan Bunuh Rama-rama karya Noordin Hassan

i) Peristiwa yang berlaku terhadap Badut (Raja) .... Kaki dan tangannya luka waktu mengejar rama-rama baginda jatuh tergelincir dan terapung-apung di dalam telaga yang panas rama-rama yang dikejar tadi menghampiri lalu mengipas-ngipas baginda dengan sayap kecil air telaga beransur-ansur sejuk menjelang subuh baginda menyesali perbuatannya

(1 isi = 1m - maksimum 2 markah)ii) Kesannya perbuatan membunuh haiwan tidak dibendung .....

Pelbagai spesies haiwan akan pupus generasi akan datang tidak berpeluang melihat rupa dan kehidupan pelbagai haiwan yang sebenarnya. Sesetengah haiwan seperti rama-rama akan menjadi perhiasan di dinding semata-mata

1103/2 SULIT

5

Page 6: SKEMA JAWAPAN SET A - Lamanbahasa's Blog | Guru ... · Web viewKertas 2 Peraturan Pemarkahan Okt UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN Peraturan pemarkahan ini SULIT. Kegunaannya

SULIT 1103/2 sistem ekologi akan terganggu (1 isi= 1m - maksimum 3 markah)

iii) Pengajaran daripada petikan : Kita janganlah suka menganiaya makhluk Tuhan yang lemah/kecil. Contohnya , perbuatan membunuh

rama-rama adalah tidak wajar dilakukan. Kita hendaklah membantu orang yang dalam kesusahan. Contohnya, rama-rama berusaha membantu

Badut dengan mengipas-ngipas air yang panas dengan sayapnya yang kecil. Kita hendaklah berusaha untuk mencapai impian dan cita-cita.Pengajaran daripada keseluruhan drama : Setiap manusia mempunyai batas kemampuan dalam mencapai impian dan cita-cita. Contohnya,

Badut gagal mencapai keinginannya untuk menangkap rama-rama yang cantik. Kita hendaklah memupuk perasaan kasih sayang sesama makhlukTuhan. Contohnya , Badut akhirnya

menyayangi rama-rama setelah diselamatkan oleh rama-rama. Kita janganlah bertindak mengikut emosi seperti raja yang terlalu leka mengejar rama-rama hingga

terjatuh ke dalam kolam air panas. Kita hendaklah mengamalkan sikap tolong-menolong sebagaimana Peran dan Bidan Tuk Mah

menolong penduduk kampong yang buta. Janganlah leka dengan kemewahan sehingga tidak membantu orang lain yang dalam kemiskinan atau

kesusahan. (1 isi= 1m - maksimum 4 markah)

Soalan 2(c) - Kezaliman Membawa Padah

i) Maksud rangkai kata .. menembusi / mengenai / menusuk (1m) / hujung / muncung (1m) todak pada batang pisang itu.

[2 markah]

ii) Seri Maharaja memberikan pandangan pada raja supaya budak itu dibunuh kerana

Budak itu terlalu bijak bimbang budak itu akan lebih berpengaruh daripadanya bimbang budak itu akan berkuasa apabila dewasa nanti bimbang rakyat akan lebih menghormati budak tersebut bimbang rasa hormat rakyat terhadap raja akan menurun.

[1 isi= 1m - maksimum 3 markah ]

iii) Wajar budak ini akan mengancam kedudukan baginda apabila dewasa nanti

1103/2 SULIT

6

Page 7: SKEMA JAWAPAN SET A - Lamanbahasa's Blog | Guru ... · Web viewKertas 2 Peraturan Pemarkahan Okt UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN Peraturan pemarkahan ini SULIT. Kegunaannya

SULIT 1103/2 budak ini berani mengeluarkan pendapat walaupun masih kecil Idea budak ini seolah-olah mencabar kewibawaan baginda Pendapat budak ini dapat menyelamatkan nyawa rakyatnya dan rakyat akan memandang rendah

terhadap raja

Tidak wajar Baginda perlu membuat pertimbangan yang wajar sebelum mengambil sebarang keputusan. Baginda tidak perlu mengambil keputusan yang terburu-buru, sepatutnya berbincang terlebih dahulu

dengan para pembesar Baginda perlu menilai sesuatu perkara dari sudut yang positif Baginda sepatutnya tidak bertindak mengikut emosi

(Jawapan yang lain boleh diterima sekiranya sesuai ) [1 isi= 1m - maksimum 3 markah ]

Soalan 2(d) - Jalan-jalan Raya Kotaku

i) Sikap negatif pengguna jalan raya Tidak sabar ketika memandu Pemandu bersikap sombong/ angkuh Pemandu yang terlalu mengikut emosi Pemandu yang bosan Pemandu yang tidak bersopan santun Pemandu suka memandu dengan laju/ Pemandu yang menjadikan jalan raya gelanggang perlumbaan Pemandu tidak mematuhi peraturan jalan raya

[1 isi= 1m - maksimum 3 markah ]

ii) Sebab pengguna jalan raya rasa tertekan Pengguna rasa tertekan kerana tekanan yang dialami ketika berada di tempat kerja sehingga terbawa-

bawa ketika memandu waktu pulang./ Keletihan bekerja Faktor kedua, timbul rasa menyampah/bosan menunggu dalam kesesakan jalan raya waktu pulang

ditambah masalah ketika hujan Masalah keluarga dan tekanan kos hidup yang tinggi – harga minyak naik/ bayaran tol menyebabkan

diri pengguna rasa tertekan

1103/2 SULIT

7

Page 8: SKEMA JAWAPAN SET A - Lamanbahasa's Blog | Guru ... · Web viewKertas 2 Peraturan Pemarkahan Okt UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN Peraturan pemarkahan ini SULIT. Kegunaannya

SULIT 1103/2 Faktor sikap pengguna jalan raya yang lain tidak mematuhi peraturan jalan raya/ pengguna sombong/

memandu laju/lambat/ memotong barisan/ dll Kerosakan jalan raya / membaik pulih jalan Bencana alam (tanah runtuh/banjir kilat) dll

[1 isi= 1m - maksimum 3 markah ]iii) Tiga persoalan

Memandu dengan berhemah untuk mengelakkan berlakunya kemalangan/kesesakan, contohnya sikap pemandu yang memandu laju janganlah diikuti.

Menghormati pengguna jalan raya yang lain, contohnya sikap sombong pengguna jalan raya jangan dijadikan panduan.

Menjadikan jalan raya sebagai laluan yang selamat, contohnya sikap pengguna yang menjadikan jalan raya sebagai gelanggang kebuasan/berlumba/ mat rempit

Banyak bersabar/ mematuhi peraturan jalan raya supaya selamat di jalan raya. Bersikap bertimbang rasa ketika memandu untuk memberi keselesaan kepada pemandu lain. Menyayangi nyawa sendiri dengan mematuhi peraturan jalan raya kerana di jalan raya mudah terdedah

dengan kemalangan.[1 isi= 1m - maksimum 3 markah ]

Soalan 3Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada :

Soalan 3(a) : 6 markahSoalan 3(b) : 6 markahSoalan 3(c) : 6 markahSoalan 3(d) : 6 markahSoalan 3(e) : 6 markah

Perhatian bagi soalan 3(a)

1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan/jalan bahasa/tanda baca daripada keseluruhan soalan.3. Frasa yang berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.4. Frasa digunakan sebagai kata nama khas, berikan 0 markah.5. Jika memberikan makna dan tepat maknanya, berikan markah penuh 1 markah.6. Ayat yang dibina sebagai satu ayat tapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap ayat.7. Jika semua frasa digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu ayat.8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.9. Isi tidak jelas, tolak ½ markah.10. Sengaja menambah atau mengubah imbuhan (jika berkenaan), berikan 0 markah.

Soalan 3(a)

1103/2 SULIT

8

Page 9: SKEMA JAWAPAN SET A - Lamanbahasa's Blog | Guru ... · Web viewKertas 2 Peraturan Pemarkahan Okt UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN Peraturan pemarkahan ini SULIT. Kegunaannya

SULIT 1103/2

i) alah :1. kata untuk menyatakan kesal (1m)2. sensitif terhadap sesuatu (1m)

ii) reda1. kurang, hampir berhenti (1m)2. terima dengan ikhlas hati (1m)

iii) perang1. pertempuran (1m)2. warna (1m)

(1 ayat = 1m - markah penuh = 6m)

Soalan 3(b)

i) Ayat penyataii) Ayat tanyaiii) Ayat seruaniv) Ayat larangan ( ayat perintah )v) Ayat tunggal / ayat penyatavi) Ayat permintaan.

(6 markah)

Soalan 3(c)

i) antara bangsa - antarabangsamembelakangkan - membelakangi

ii) tempuh - tempohtulisan - bertulisan

iii) masa - massamembuatkan - membuat

(6 markah)Soalan 3(d)

i) semua pelajar-pelajar - semua pelajar / pelajar-pelajarmengkhabarkan - melaporkan

ii) dihasilkan oleh saya - saya hasilkanuntuk - oleh

iii) dibanteras - dielakkandengan - untuk

(6 markah)Soalan 3(e)

i) Pelanduk dua serupaii) Belakang parang jika diasah akan tajam juga

1103/2 SULIT

9

Page 10: SKEMA JAWAPAN SET A - Lamanbahasa's Blog | Guru ... · Web viewKertas 2 Peraturan Pemarkahan Okt UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN Peraturan pemarkahan ini SULIT. Kegunaannya

SULIT 1103/2iii) Sudah terantuk baru tengadah / nasi sudah menjadi bubur

(1 peribahasa = 2 markah - 6 markah)

Soalan 4Markah penuh 15 markah

Panduan pemarkahan bagi Soalan 4

Soalan 4(a)

i. Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari.ii. Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat lengkap.iii. Beri 2 markah untuk 1 sebab/alas an yang lengkap/jelas.iv. Beri 1 markah untuk sebab/alas an yang kurang lengkap/kurang jelas.v. Markah isi maksimum 4 markah.vi. Markah bahasa maksimum 3 markah.vii. Markah bahasa diberi seperti berikut :

Baik = 3 markahSederhana = 2 markahLemah = 1 markah

viii. Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.ix. Calon tidak menjawab 0 markah

Soalan 4(b)

i. Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari.ii. Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat lengkap.iii. Jika calon menjawab satu aspek sahaja (tiada perbandingan), maksimum 3 markah.iv. Markah isi maksimum 6 markah.v. Markah bahasa maksimum 2 markah.vi. Markah bahasa diberi seperti berikut ;

Baik = 2 markahLemah = 1 markah

vii. Jika calon menjawab dan markah isi 0 markah, beri 1 markah untuk bahasa.

1103/2 SULIT

10

Page 11: SKEMA JAWAPAN SET A - Lamanbahasa's Blog | Guru ... · Web viewKertas 2 Peraturan Pemarkahan Okt UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN Peraturan pemarkahan ini SULIT. Kegunaannya

SULIT 1103/2viii. Calon tidak menjawab 0 markah.

Soalan 4 (a)

Perlumbaan Kedua - Dua nilai bijaksana

1. Tuk Kura bijak dalam memilih tempat perlumbaan. Tuk Kura menggunakan peluang untuk memilih laluan perlumbaan yang tidak memerlukan kekuatan berlari, iaitu di lereng bukit.

2. Bijak dalam menentukan teknik perlumbaan. Pada hari perlumbaan, Tuk Kura bijak dengan menggunakan kelebihan cengkerangnya yang keras dengan melambung dari satu batu ke batu yang lain sehingga sampai di kaki bukit dalam masa yang singkat.

3. Tuk Kura bijak dalam mengatur strategi. Apabila Sang Arnab mahu mengondolkan bukit, Tuk Kura bersetuju kerana tindakan itu akan menguntungkannya juga.

4. Tuk Kura bijaksana agar tidak terpedaya dengan meminta Sang Arnab Putih menentukan sendiri syarat-syarat pertandingan di hadapan Sang Gajah, Sang Kerbau, Sang Belang, dan binatang-binatang lain bagi mengelakkan tipu muslihat Sang Kancil dan Sang Arnab Putih.

5. Tuk Kura bijaksana dalam mengkaji laluan perlumbaan. Tuk Kura menolak pertolongan Sang Gajah yang mahu membawanya turun dari puncak bukit. Tuk Kura hendak turun sendiri untuk mengkaji laluan perlumbaan.

Novel Julia - Dua nilai bijaksana

1. Julia bijak dalam melakukan sesuatu tindakan. Julia menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Banting bertujuan mengenal pasti masalah kemerosotan BMPRO Transport Sdn. Bhd.

2. Julia bijak dalam membuat keputusan, contohnya Julia mengambul keputusan bekerjsama dengan syarikat perniagaan milik keluarga Jun untuk melaksanakan Program Homestay di Felda Guar Napai.

3. Julia bijak dalam menyelesaikan masalah. Contohnya Julia bijak menghadapi kerenah Syed Mustaffa dan En. Baharom.

4. Julia seorang remaja yang bijak. Dengan kebijaksaaan Julia syarikat milik keluarganya yang hampir muflis berjaya dipulihkan / bijak menentukan masa depannya daripada remaja yang bersosial kepada remaja yang lebih berwawasan.

5. Datuk Bakar bijak dalam melakukan sesuatu tindakan, contohnya Datuk Bakar mengambil keputusan menghantar Julia belajar ke Hidayah Islamic College di Perth Australia.

1103/2 SULIT

11

Page 12: SKEMA JAWAPAN SET A - Lamanbahasa's Blog | Guru ... · Web viewKertas 2 Peraturan Pemarkahan Okt UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN Peraturan pemarkahan ini SULIT. Kegunaannya

SULIT 1103/2

Soalan 4(b) - Watak Sampingan

Perlumbaan Kedua JuliaSang Arnab Putih -Seekor arnab jantan yang masih muda dan gagah. Contohnya suka berlari , cergas, tangkas dan aktif, berlumba ke sana-sini. Sang Arnab putih bersikap ego dan sombong. Contoh, apabila Sang Kancil memuji-muji ketangkasannya, dia begitu bangga. Sang Arnab Putih semakin angkuh dan sombong apabila terpilih menyertai pertandingan setelah berjaya mengalahkan abang-abangnya. Sang Arnab putih juga mudah prasangka buruk kepada haiwan lain. Contoh, mengupah sang tedung untuk mengintip kegiatan dan strategi tuk kura.

Sang Gajah -Sang Gajah menjadi ketua segala haiwan di hutan. Seorang pemimpin yang baik hati, contoh mengangkat Tuk Kura naik ke puncak bukit dengan belalainya. Dia dilantik sebagai hakim pertandingan antara Tuk Kura dan Sang Arnab Putih. Sebagai hakim, menjalankan tugas dengan jujur dan adil.

Sang Tedung -Sang Tedung suka mengambil kesempatan atau mementingkan diri sendiri. Dia sanggup mengintip pergerakan Tuk Kura kerana mengharapkan upah telur ayam daripada Sang Arnab Putih.

Datuk Bakar -Datuk Bakar bapa Julia seorang Pengurus Besar Syarikat BMPRO Holding Sdn. Bhd. Seorang bapa dan suami yang bertanggungjawab. Memiliki keluarga yang bahagia bersama dua isteri dan anak-anak. Menghantar Julia, anak perempuan sulungnya belajar agama di Hidayah Islamic College di Perth, Australia. Datuk Bakar telah meninggal dunia bersama-sama isterinya Datin Maznah (mama Julia) dalam kemalangan jalan raya.

Datin Maznah -Datin Maznah adalah mama Julia, isteri Datuk Bakar dan madu Ummi Sarah. Penyayang dan bersikap rasional. Sering memberikan sokongan kepada suaminya dalam perniagaan. Beliau seorang yang bijak dalam membuat sesuatu tindakan terutamanya dalam menentukan pendidikan anaknya Julia. Sentiasa memberikan nasihat kepada anaknya terutamanya Julia. Meninggal dunia bersama suaminya dalam satu kemalangan jalan raya.

Ummi Sarah -Seorang isteri yang solehah dan tidak mementingkan diri sendiri. Apabila suaminya meninggal dunia, Ummi Sarah membantu anak tirinya Julia dengan membayar hutang-piutang yang ditinggalkan oleh arwah suaminya. Ummi Sarah yang menguruskan butik arwah suaminya hanya menganggap dirinya sebagai pekerja butik.

Jun -Pemuda berketurunan Cina tetapi telah memeluk agama Islam. Pemuda yang tampan dan periang. Dia pandai mengambil hati Julia dan sentiasa muncul atau

1103/2 SULIT

12

Page 13: SKEMA JAWAPAN SET A - Lamanbahasa's Blog | Guru ... · Web viewKertas 2 Peraturan Pemarkahan Okt UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN Peraturan pemarkahan ini SULIT. Kegunaannya

SULIT 1103/2menghubungi Julia pada saat Julia menghadapi masalah. Jun seorang yang bersopan santun dan menghormati orang lain. Jun menawarkan pertolongan dan membantu memulihkan syarikat Julia. Jun mencintai Julia dan berkahwin dengan Julia.

1103/2 SULIT

13