skema jawapan pp2 perak (daerah larut matang dan selama)

Upload: hazryle

Post on 09-Jul-2015

172 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

946/2

STPM 2011

PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 2 ( Tiga jam )

SKEMA JAWAPANPEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA, PERAK SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA( MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

Arahan kepada calon : JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Jawab empat soalan sahaja : semua soalan dalam Bahagian A dan dua soalan dalam Bahagian B Semua kerja penghitungan hendaklah ditunjukkan dengan jelas. Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada 4 halaman bercetak.

Panitia Pengajian Perniagaan Daerah Larut Matang & Selama 2011

946/2CADANGAN SKEMA JAWAPAN Bahagian A [50 markah]

SULIT

1. a) Dua tujuan Akta Perhubungan Industri 1967 adalah: Untuk mengadakan peraturan tentang perhubungan antara majikan dengan pekerja dan kesatuan sekerja Menyelesaikan dan mencegah pertikaian serta perbezaan dalam perhubungan antara majikan dengan pekerja dan kesatuan sekerja. Mengendalikn pertikaian perdagangan [H -1m, 2x1m=3m] Semak mana-mana 2 teratas b) Maksud sistem maklumat pengurusan ialah suatu kaedah pengurusan maklumat secara bersistem yang melibatkan pengumpulan data dari dalam dan luar organisasi, penterjamahan data kepada maklumat dan penyimpanan serta pengekstrakan maklumat bagi tujuan membuat keputusan [H-1m,H2-1m,H3-1m, 3x1m=3m] Mana-mana 3 huraian c) Dua agensi yang terlibat dalam menyediakan bantuan kewangan ialah i. ii. Majlis Amanah Rakyat (MARA) : Skim Pinjaman MARA,Tabung Bantuan Teknikal Industri. Perbadanan Jaminan Kredit Malaysia (CGC) : Skim Jaminan Utama, Skim Jaminan Tabung Usahawan Baru, Tabung Pinjaman Penjaja dan Peniaga Kecil, Skim Pinjaman Bersepadu. Agensi Kerajaan : Amanah Ikhtiar, Tabung bantuan usahawan kecil, Tabung pemulihan usahawan, Tabung usahawan baru. Bank Pembangunan Malaysia Berhad : pinjaman kewangan, pembiayaan harta tetap Bank Perdagangan : Pinjaman jangka pendek dan jangka panjang, overdraf, pemfaktoran, sewa beli atau sewa pajak. Syarikat kredit : Pinjaman. [mana-mana dua, F m , H m, 1mx2=2m] Semak mana-mana 2 teratas

iii. iv. v. vi.

d) Tiga peranan koperasi pekebun kecil ialaj i. Pemasaran hasil keluaran pekebun-pekebun kecil - Koperasi Pekebun Kecil membantu pekebun-pekebun kecil menjual hasil keluaran mereka ii. Membekalkan peralatan seperti mesin/jentera - Koperasi Pekebun Kecil boleh menjual peralatan sepert mesin/ jentera pada harga yang lebih murah daripada harga pasaran. iii. Pinjaman Modal - Koperasi Pekebun Kecil boleh menawarkan pinjaman kepada pekebun kecil pada kadar faedah yang rendah berbanding syarikat-syarikat kewangan yang lain. iv. Menjaga kebajikan ahli - seperti khairat kematian, derma siswa, insentif kewangan dan lain-lain. v. Mempelbagaikan kegiatan ekonomi dari hasil pekebun-pekebun kecil Contohnya penghasilan produk makanan dari hasil pertanian. vi. Memberi pendidikan,latihan, seminar atau bengkel mengenai peluang-peluang meningkat mutu hasil pertanian, kursus tanaman, memberi khidmat nasihat dan lain-lain. [Huraian lengkap 1m, 1mx3=3m] Pilih mana-mana 3 dan semak 3 jawapan pertama.

946/2

2

946/2e) i)

SULITInvois Konsular Dokumen yang dikeluarkan oleh konsular negara pengimport-(1/2m) tujuan untuk memberi maklumat kepada pihak kastam -(1/2m),bagi tujuan statistik dan untuk elakkan berlakunya pengistiharan palsu tentang nilai barang-(1/2m)

Sijil Pengesahan Tempat(Sijil Asal Usul) Dokumen yang memperakukan tentang asal usul tempat pengeluaran produk yang diexport-(1/2m) Dokumen yang menjadi rujukan kastam negara pengimport -(1/2m),untuk melaksanakan dasar kerajaan seperti kuota dan pembayaran cuaki-(1/2m) [H1 - m, H2 - m, 1mx2=2m] f) Maksud dunia tanpa sempadan perdagangan bebas yang tidak dibatasi oleh sempadan negara Mengadakan blok-blok perdagangan yang lebih bebas contohnya Komuniti eropah, AFTA, ASEAN, NAFTA urusan import dan export boleh berlaku tanpa halangan atau sekatan tarif dan bukan tarif wujud apabila terdapat persepakatan antara negara yang terlibat untuk melaksanakan konsep ini Mana-mana 3 Huraian - [H-1m, 1mx3=3m] . g) Tiga sebab berlakunya jenayah kolar putih Kekurangan kawalan dalaman pengurusan / kelemahan sistem pengurusan Kurang keimanan dan nilai-nilai murni dalam diri individu Kewujudan peluang untuk melakukannya Peraturan / prosuder / sistem yang longgar dalam organisasi Tindakan disiplin tidak dikuatkuasakan Kurang ketelusan Penurunan kuasa / pengagihan kerja yang tidak dikawal / penggunaan budibicara tanpa had dan kawalan Perasaan tamak dan belanja mewah dan boros Amalan / budaya memberi hadiah/token Persaingan dengan kawan-kawan yg hidup mewah Amalan nepotisme pilih kasih iaitu mengutamakan keluarga sendiri dalam urusan rasmi. Proses untuk mendapatkan perkhidmatan memakan masa yang terlalu lama / birokrasi [Pilih mana-mana 3 x 1m = 3 markah ] h) Etika perniagaan ialah satu set nilai dan peraturan yang menerangkan betul atau salah (1m) perbuatan seseorang peniaga dalam menjalankan aktiviti perniagaannya. (1 m) [H-1m,1mx2=2m] i) Enkod :Tindakan penghantar menterjemah mesej kepada simbol-simbol yang dapat difahami oleh penerima seperti perkataan, gerakan anggota badan, ayat & tutur kata. [1m] Dekod :Tindakan penerima mentafsir / menterjemah maklumat yang diterima daripada penghantar kepada dalam bentuk yg mudah difahami [1m] j) Tiga garis panduan untuk mendapatkan komunikasi bertulis yang efektif ialah : Gunakan perkataan/frasa yang mudah Gunakan perkataan yang pendek dan biasa Gunakan kata nama peribadi seperti anda Berikan gambaran dan contoh menggunakan carta Gunakan ayat aktif Elakkan perkataan yang tidak perlu. Alat tulis yang sesuai [Semak Mana-mana 3 teratas -, 1mx3=3m]

ii)

946/2

3

946/2Soalan 2 a) Maksud Francais ialah

SULIT

satu perjanjian undang-undang antara dua pihak yang mana penerima francais (francaisi) diberikan kemudahan hak untuk menjalankan perniagaan menerusi kaedah dan syarat yang ditetapkan oleh pemberi francais (francaisor) - (2m) Francaisi akan dikenakan royalti dan yuran yang perlu dibayar kepada francaisor (1m) Dua contoh perniagaan francais ialah KFC, Pizza Hut, Hotel Seri Malaysia, Ayamas, Mama Chop Papa Grill, 1901 Hot Dog, Kedai emas Poh Kong, Bata dan lain-lain yang bersesuaian, [ 2 contoh x m = 1m)

b)

Pemegang francais berformat ialah Francaisor menawarkan format perniagaan dalam pakej yang lengkap kepada francaisi. Merangkumi penggunaan harta intelktual seperi logo, jenama, strategi pemasaran, goodwill, operasi pengiklanan dan lain-lain bagi membuat dan memasarkan barangan. Francaisor akan sentiasa memberi perhatian dan kawalan terhadap francaisi untuk mengekalkan reputasi syarikat. Contoh perniagaan francais jenis ini adalah perniagaan makanan segera seperti KFC, Mc Donalds, A&W, Marrybrown dll [ Mana-mana 2 Huraian 2 x 1m = 2markah]

Lima prinsip yang perlu dipatuhi ialah :i) Keseragaman / consistency - Dari aspek imej, menu, tanda dagang, logo, sistem pengurusan, pemasaran dan reka bentuk premis yang menjadi identiti perniagaan dan perlu diamalkan oleh seluruh francais. - Bertujuan untuk memudahkan pelanggan mengenalpasti jenis produk dan perkhidmatan yg disediakan. ii) Kebersihan / cleanliness - Amalan utama perniagaan ini meliputi kebersihan premis dan produk yg ditawarkan. - Terdapat manual penjagaan kebersihan yg sistematik di mana pekerja dilatih cara yg betul untuk menguruskan premis agar imej kebersihan dapat dikekalkan Kelebihan persaingan / competitiveness - Kaedah pemasaran dikendalikan oleh francaisor dapat menjimatkan kos francaisi sebab ditanggung bersama semua francaisi - Pembelian bahan mentah secara pukal dapat menikmati ekonomi bidangan. Kesopanan / courtesy - Cara layanan yg diberikan oleh kakitangan amat dititikbeeratkan. - Francaisor akan memberi latihan untuk melayan kesopanan kepada pelanggan, ini akan memberikan kelebihan persaingan. Keselesaan / convenience - Keselesaan pelanggan semasa menggunakan produk sangat diutamakan ini bagi mengekalkan nama baik perniagaan. - Keselesaan yg diutamakan adalah reka bentuk premis, kemudahan sampingan dan peralatan. [ Fakta 1m, Huraian 1m - 5 x 2m = 10markah ]

iii)

iv)

v)

946/2

4

946/2c)

SULIT3 jenis modal kewangan ialah :i) Modal Tetap - Digunakan untuk membeli aset tetap perniagaan bagi memulakan dan menjalankan perniagaan dan mengalami susut nilai - Digunakan dalam proses pengeluaran - Sukar untuk ditentukan ke bentuk lain dalam tempoh operasi - Contoh : bangunan kilang, kenderaan, komputer ii) Modal Semasa / Kerja - Tabung sementara yg diwujudkan semasa operasi [engeluaran sedng dijalankan. - Digunakan untuk membiayai perbelanjaan operasi jangkamasa pendek. - Digunakan untuk membeli inventori, biayai jualan kredit, perbelanjaan operasi - Juga dikenali sebagai aset semasa perniagaan - Contoh simpanan akaun semasa di bank. iii) Modal Pertumbuhan / Tumbuh - Aset yg digunakan untuk membangunkan perniagaan. - Digunakan untuk mengembang atau mengubah arah tuju perniagaan masa depan. - Contoh membeli tanah untuk simpanan atau disewakan kpd pihak lain, simpanan peribadi, membuat pinjaman, pendapatan tertahan sebahagian daripada keuntungan yg disimpan [ Fakta 1m, Mana2 2 Huraian, 1H 1m, 2H - 2m : 3 x 3m = 9m]

946/2

5

946/2Bahagian B [50 Markah]

SULIT

3. (a)Lima kaedah bagaimana perkongsian Mega Venture Group dapat dibubarkan ialah: Pemberian Notis- seorang rakan kongsi Mega Venture Group memberi notis kepada rakan kongsi lain tenteng niatnya untuk melakukan pembubaran. Kebankrapan dan kematian rakan kongsi- kematian atau kebankrapan mana-mana rakan kongsi menyebabkan perkongsian terbubar secara otomatik Tempoh perkongsian tamat atau penyelesaian sesuatu projek- Pembubaran secara otomatik apabila tempoh sesuatu perkongsian tamat atau sesuatu projek telah dilaksanakan. Pembubaran oleh mahkamah- Mahkamah boleh membubarkan sesuatu perkongsian atas alasan-alasan tertentu apabila permohonan oleh rakan kongsi untuk membubarkan perkongsian tersebut. Pembubaran oleh sebab ketaksahan perkongsian- sesebuah perkongsian terbubar atas sebab ketaksaan perkongsian jika berlakunya sesesuatu kejadian dari segi undang-undang adalah tidak sah untuk perkongsian itu terus beroperasi. [F-1m, H-1m, 2mx5= 10 m] (b) Tiga jenis tugas pengarah Syarikat Mega Venture Sdn Bhd ialah Kewajipan fidusiari- wajib bertindak demi kepentingan syarikat dengan memaksimumkan keuntungan syarikat. Menjalankan tugas dengan mahir dan berhati-hati- Mempunyai kepakaran dan kemahiran untuk menjalankan tugas-tugas nya. Kewajipan statutori- kewajiapan untuk menjalankan tugas-tugas di sisi undang-undang seperti yang diperuntukkan di bawah akta syarikat. [ F-1m, H-1m, 2mx3= 6 m] (c) Syarikat tersebut telah membentukkan suatu Jawatankuasa Audit Dalaman (i) Jelaskan empat fungsi utama Jawatankuasa Audit dalaman Syarikat MegaVenture Memeriksa akaun-akaun Syarikat MegaVenture -memastikan akaun-akuan telah direkodkan denga sempurna dan disediakan mengikut prinsip-prinsip perakaunan. Membuat laporan- Selepas pengauditan, juruaudit menulis laporan demi mengesahkan akauan syarikat Syarikat MegaVenture. Melaporkan sebarang penyelewengan- melaporkan sebarang penyelewengan yang boleh menimbulkan ketidakpuasan pihak-pihak berkepentingan terhdap kandungan penyata kewangan. Memaklumkan kedudukan kewangan Syarikat MegaVenture kepada pihak-pihak berkepentingan- mendedahkan pihak berkepentingan terhadap kedudukan kewangan sebenar Syarikat MegaVenture sepanjang tempoh kewangan tersebut. [F - m , H - m, 1mx4=4m] (ii) Lima prinsip audit yang perlukan diamalkan oleh Jawatankuasa Audit dalaman Syarikat MegaVenture adalah: Ketelusan, objektiviti dan kebebasan-juruaudit perlu bersikap jujur, adil dan objektif semasa menjalankan kerja audit. Kerahsiaan- juruaudit wajib merahsiakan semua maklumat mengenai organisasi yang diaudit. Kemahiran dan kemampuan- juruaudit perlu menyediakan laporam audit dengan cermat dan berhati-hati Dokumentasi- semua aktiviti pengauditan perlu didokumentasikan sebagai bukti bahawa semua aktiviti pengauditan telah dilakukan mengikut prinsip audit. Sistem perakuanan dan sistem kawalan dalaman- juruaudit perlu memahami sistem perakaunan dan sistem kawalan dalam Syarikat MegaVenture Rumusan audit dan laporan- laporan audit mesti ditulis dengan jelas berdasarkan pendapat yang dilakukan oleh juruaudit. [F= , H = - 1 x 5 = 5m]

946/2

6

946/2

SULIT

4.(a) i. Maksud Rancangan Perniagaan: Dokumen bertulis yang merupakan pelan induk perniagaan (1m) yang menerangkan perincian seperti perakaunan, kewangan, pengeluaran, pemasaran dan pengorganisasian (1m).Menggariskan strategi tentang langkah-langkah yang diambil oleh usahawan untuk memulakan dan memajukan perniagaan (1m). [Mana-mana 2 isi 2 x 1m =2m] ii. Lima faedah yang En.Rosmadi akan perolehi dalam penyediaan Rancangan Perniagaan. (i) Sebagai garis panduan untuk menguruskan perniagaan. Dapat memberikan garis panduan kepada pengurus perniagaan dalam menentukan hala tuju perniagaan. RP menjelaskan secara terperinci tentang misi, matlamat, objektif,belanjawan,ramalan kewangan,target pemasaran sesuatu aktiviti perniagaan. RP juga membolehkan usahawan membuat keputusan yang cekap dan berkesan.

(ii) Mengurangkan kesilapan. Dapat mengurangkan kesilapan yang dilakukan oleh pihak pengurusan ataupun pihak pekerja. RP akan memandu usahawan dan pekerjanyan untuk mencapai matlamat yang sama dan sebarang kesilapan, pembaziran, penyelewengan, kerugian dapat dielakkan dan dikesan dari awal lagi. Jadi, ini dapat mengurangkan risiko berlaku kesilapan dan penyelewengan dalam proses mencapai matlamat perniagaan tersebut.

( iii). Sebagai Alat Kawalan RP memastikan segala aktiviti perniagaan dilaksanakan mengikut perancangan. RP dapat digunakan sebagai alat untuk mengukur tahap pencapaian organisasi perniagaan tersebut dalam sesuatu tempoh tertentu. Sebarang penyelewengan dapat dikenalpasti dengan segera dan tindakan pembetulan dapat diambil dengan segera. ( iv).Menggunakan sumber-sumber organisasi secara maksimum dan meningkatkan produktiviti. RP akan menyenaraikan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh perniagaan dan jenis serta amaun kos yang akan terlibat. Maklumat ini membolehkan organisasi mengambil langkah-langkah wajar untuk meminimumkan kos dan memaksimumkan pengeluaran. Penggunaan sumber dengan optimum akan dapat mengelakkan pembaziran/ meminimumkan kos dan membantu mencapai matlamat. (v). Menilai prestasi dan kemajuan syarikat. RP dapat membolehkan penilaian dilakukan supaya yang dirancang dan yang dilaksanakan adalah sama. Penilaian prestasi boleh dilakukan semasa dan selepas sesuatu aktiviti dijalankan. Hasil penilaian prestasi dapat membantu organisasi untuk mengenalpasti sama ada matlamat RP telah dapat dicapai atau sebaliknya. Sekiranya apa yang dilaksanakan tidak mencapai target yang ditentukan,maka tindakan pembetulan akan diambil.

946/2

7

946/2

SULIT

(vi). Alat komunikasi. RP digunakan untuk meyakinkan pihak-pihak yang berkepentingan seperti bank, pemegang saham,pembekal dan lain-lain. RP akan memberikan tanggapan positif ke atas perniagaan yang akan dijalankan, pihak pengurusan perniagaan dapat menerima kerjasama daripada pihak-pihak berkepentingan seperti pembekal ( mendapatkan bekalan bahan mentah secara kredit), pembiaya/bank ( mendapatkan pinjaman). [Mana-mana 5 ; F= 1 m H1= 1m 2m x 5 = 10m] *Jawapan mesti dikaitkan dengan En. Rosmadi sekurang-kurangnya sekali,jika tidak - 0m (b)Empat faktor yang menjadi penyebab kepada kegagalan usahawan: i. Sikap usahawan dari segi disiplin,etika dan tanggungjawab. meliputi sikap malas berusaha dan tidak jujur. ii. kekurangan persediaan merujuk kepada persediaan mental untuk menghadapi cabaran. ketahanan fizikal lemah seperti lembab bergerak dan bertindak. iii. faktor-faktor ekonomi. kegawatan ekonomi yang melanda Negara dan dunia. kemelesetan ekonomi global. iv. Pengurusan yang lemah. ketiadaan rekod atau pemfailan yang tidak sistematik. perletakan harga yang lemah. pengurusan kewangan/kredit yang lemah. v. Modal .Masalah kekurangan modal iaitu kesukaran mendapat pembiayaan Kelemahan pengurusan kewangan dalam firma. vi. Input pengeluaran Kenaikan harga minyak, kenaikan harga tepung, kos upah meningkat, kos overhed air dan elektrik meningkat. vii. Teknologi Tidak beerupaya mengguna teknologi terkini/canggih disebab kekurangan dana Kurang kepakaran dalam menggunakan teknologi. viii. Persaingan Keupayaan untuk bersaing dengan firma yg lebih besar, berteknologi tinggi atau mempunyai pasaran yang lebih luas.

ix. Kestabilan politik x. Sosiobudaya xi. Undang-undang / peraturan xii. Pelanggan kesukaran mendapat pelanggan, kurang kepercayaan drpd pelanggan xiii. Pembekal hubungan dengan pembekal yang tidak beerterusan xiv. Pekerja xv. Persekitran Fizikal / uitiliti / pergudangan / pengangkutan / perhubungan / kemudahan infrastruktur. xvi. Lokasi yang tidak strategic xvii. Bahan mentah kesukaran mendapat bahan mentah, kenaikan kos bahan mentah. [F -1m H-1m, 2m x 4 =8m]

946/2

8

946/2(c) Dua jenis subsidi dan insentif: i.

SULIT

ii.

iii. iv.

pemberian taraf perintis secara automatic. dibawah akta penggalakan. dalam jangkamasa taraf perintis, sesuatu perniagaan tidak perlu membayar cukai pendapatan. elaun pelaburan semula. di bawah akta cukai pendapatan 1967. pemberian elaun untuk 50% untuk firma kecil bagi membantu usahawan menjana modal. pengecualian cukai import. ke atas bahan mentah,komponen dan mesin yang diimport dari luar negara. potongan cukai dua kali. untuk latihan perindustrian menerusi industry yang diluluskan. [Mana-mana 2 Fakta beserta Huraian. F 1m, 1H = 1 - 2 m x 2 =5m]

5. (a) i. Pengurusan yang demokratik Setiap ahli mempunyai hak mengundi yang sama untuk memilih Ahli Lembaga Pengarah iaitu seorang ahli satu undi. Ahli boleh mengambil bahagian dalam pembuatan keputusan berkaitan dengan koperasi. ii. Keanggotaan sukarela dan terbuka Terbuka kepada sesiapa yang boleh mengunakan perkhidmatannya tanpa sebarang sekatan atau diskriminasi sosial, politik, agama dan lain-lain. Tidak boleh dipaksa kemasukan ahli. iii. Penglibatan anggota dalam kegiatan ekonomi Anggota koperasi memberi sumbangan sama rata kepada modal koperasi dan mengawalnya secara demokratik. Sebahagian daripada modal adalah harta beersama koperasi Anggota selalunya menerima gantirugi yang terhad ke atas modal yang disumbangkan sebagai sebahagian daripada syarat menjadi ahli. Anggota menyediakan kewangan bagi tujuan berikut ; memajukan koperasi, menyediakan rezab, memberi faedah kpd anggota mengikut jumlah transaksi dan menyokong lain-lain aktiviti yg dipersetujui. iv. Kebebasan dan autonomi Koperasi adalah organiai yang autonomi dan berdikari yg dikawal oleh anggotanya. Jika memasuki mana2 peerjanjian dengan lain-lain orgnisasi termasuk kerajaan atau menambah modal daripada sumber luar mereka beerbuat demikian diatas syarat2 yg memastikan kawalan demokrasi masih ditangan anggota di samping masih dapat mengekalkan taraf autonominya. v. Pendidikan, latihan dan maklumat/ Galakan kepada pendidikan Koperasi Membuat peruntukan untuk pendidikan dan latihan yang berkaitan dengan koperasi utk ahli lembaga pengarah, pengurus dan pekerja agar boleh menyumbang secara berkesan kepada kemajuan koperasi. Ahli-ahli berpeluang mendapat pendidikan tentang prinsip dan teknik-teknik berkoperasi yang baik. Koperasi juga menyampaikan maklumat kepada orang ramai terutamanya golongan muda dan ketua masyarakat berhubung dengan perihal dan faedah koperasi.

946/2

9

946/2

SULITvi. Kerjasama diantara koperasi berdaftar Koperasi membantu anggotanya secara lebih berkesan di samping mengukuhkan gerakan dengan berkerja bersama-sama diperingkat tempatan, wilayah , nasional dan antarabangsa, vii. Prihatin terhadap masyarakat Koperasi juga berusaha utk membangunkan masyarakat secara mampan melalui dasardasar yg diterima oleh anggotanya. [F-1m, H-1m, 2mx4=8m] (b) Proses penubuhan Persatuan Maju Rakyat untuk menjaga kepentingan masyarakat setempat:Perkataan penubuhan/permulaanmesti ada- jika tidak 0 markah

1. Mesyuarat penubuhan/pemulaan (1m) Kehadiran mesyuarat penubuhan tidak kurang daripada tujuh orang masyarakat setempat yang terlibat. (1m) Tujuan mesyuarat diadakan i. Mendapat persetujuan dikalangan ahli ii. Mendapat kelulusan nama dan alamat Persatuan - Nama persatuan seharusnya mengikut tujuan penubuhan dan kegiatan yang akan dijalankan. iii. Melantik ahli jawatankuasa kerja untuk menguruskan pendaftaran persatuan. iv. Menyediakan dan meluluskan undang-undang kecil persatuan yang hendak didaftarkan. ( Mana-mana 2 Fakta 2 x 1=2m) 2. Membuat Pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri(1m) Dokumen pendaftaran perlu ditandatangani oleh dua orang pemegang jawatan utama.(1m) Yuran pendaftaran perlu dijelaskan (sebanyak RM122++) kepada Pendaftar Pertubuhan.(1m) Dokumen yang diperlukan ialah i. borang permohonan, ii. senarai ahli jawatankuasa penaja, iii. 1 naskah undang-undang kecil iv. minit mesyuarat penubuhan. ( Mana-mana 2 Fakta 2 x 1=2m) 3. Pengeluaran Sijil perakuan Pendaftaran akan dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan sebagai pengesahan pendaftaran pertubuhan Persatuan Maju Rakyat ditempat tersebur (1m) Sebarang aktiviti atas nama pertubuhan tidak boleh dijalankan sehinggalah permohonan penubuhan Persatuan Maju Rakyat diluluskan. (1m) (c) Tiga perbezaan prinsip antara Persatuan Maju Rakyat dengan Syarikat Maju Rakyat Berhad. Dimensi/aspek Persatuan Maju Rakyat Syarikat Maju Rakyat Berhad 1. Matlamat Menjaga kepentingan dan kebajikan Memaksimumkan keuntungan perniagaan. ahli persatuan. 2. Pengurusan Pengurusan secara demokrasi setiap Kuasa pengurusan di bawah lembaga ahli mempunyai hak yang sama. pengarah yang dipilih dalam mesyuarat agung, bilangan undi bergantung kepada jumlah syer yang dimiliki. 3. Pemilikan Tidak mempunyai pemilik organisasi. Pemegang saham merupakan pemilik organisasi [3 x2m=6m]

946/2

10

946/2. 6a)

SULITTerangkan faktor luaran yang mendorong firma dari Arab saudi menjalankan operasi perniagaan di Malaysia. i) Sumber pengeluaran di luar negara. murah,kualiti,tenaga mahir mahir ramai,sumber tiada terdapat di pasaran domestik

ii) Meluaskan pasaran pasaran dalam negara sudah tepu,kena cari pasaran baru di luar negara pulangan lebih tinggi serta dapat memaksimumkan keuntungan iii) Perkongsian teknologi keperluan saling bergantungan antara dua negara mengalakan PAB tekonologi,kepakaran dan pengetahuan dikongsi bersama bagi atasi kelemahan masing-masing ini akan dapat tingkatkan produktiviti and kurangkan kos pengeluaran. iv) Persekitaran kestabilan politik dapat menjamin keselamatan harta dan nyawa kedudukan georafi yang stetegik dapat jimat kos penagngkutan bagi aktiviti impport kestabilan ekonomi menjamin peluang perniagaan dan galakan pelaburan v) Dasar kerajaan galakan kerajaan seperti penyediaan tapak kilang dengan kemudahan insfrtur yang lengkap promosi pelaburan seperti taraf perintis ,insentif ,mengalakkan PAB vi) Blok Perdagangan ASEAN mengalakkan aktiviti perniagan antara negara anggota untuk kepentingan bersama. terletak dalam kawasan pertumbuhan bekerjasama membangunkan kawasan serantau melalui kerjasama ekonomi ,teknikal dan lain. Fakta 1m,Huraian 1m Pilih mana-mana 5 X 2m= 10m

6b)

Berikan maksud risiko politik dalam perniagaan antarabangsa dan terangkan Empat bentuk risiko politik antarabangsa yang memberi kesan terhadap syarikat multinasional Definisi -sebarang tindakan kerajaan /dasar-dasar kerajaan yang mempunyai motif politik yang mempunyai kesan ke atas syarikat -(1m) Bentuk -bentuk risiko politik iPemiliknegaraan - negara tuan rumah ambil alih firma milik asing tanpa membayar apa-apa pampasan atau dengan membayar pampasan kepada firma asing tersebut ii- kawalan/batasan keatas penghantaran pulang wang ke negara asal - negara tuan rumah menghalang atau menyekat pengaliran keluar dana. iii- kawalan pertukaran asing yang ketat - tidak benarkan mata wang mereka ditukar kepada mata wang negara lain.oleh itu firma asing tidak boleh hantar pulang dana ke negara asal tanpa tukaran mata wang iv- politik negara tersebut kucar kacir/kekacauan politik v- karenah Birokrasi vi- Perubahan dasar dan peraturan kerajaan. Fakta 1m,Huraian 1m, Pilih mana-mana 4, 4 X 2m =8m.

946/2

11

946/26c) Tiga jenis insentif pelaburan bagi menggalakkan pelaburan asing ialah ; i)

SULIT

Taraf perintis pengecualian cukai dalam tempoh tertentu dan bidang-bidang tertentu.

ii) Kredit cukai pelaburan pengurangan cukai ke atas pelabur asing yang melabur di Malaysia iii) 3-penggunaan tenaga buruh pengurangan cukai bagi syarikat yang menggunakan tenaga buruh tempatan sepenuh masa dan mencapai bilangan buruh yang ditetapkan. iv) 4-galakkan penempatan pengurangan atau pengecualian cukai diberikan kepada syarikat yang beroperasi dalam zon perdagangan yang ditetapkan oleh kerajaan. v) insentif penggunaan tenaga eletrik dan air pengurangan bayaran eletrik dan air bagi syarikat asing mencapai kadar yang ditetapkan. vi) lain-lain galakkan seperti galakkan export,kadar susut nilai yang tinggi bagi penialaian aset,elaun export,galakkan khas industri eletronik,elaun pelaburan semula.

[Pilih mana-mana 3, Semak 3 teratas: Fakta 1,huraian 1m,2 m X 3= 6m,]

7.(a) Etika peniaga kepada pelanggan : i) Membekalkan barang yang berkualiti mengikut standard/piawaian yg ditetapkan ii) Menyediakan barang dan perkhidmatan yang selamat digunakan.- dari kesihatan dan keselamatan iii) Memberi perkhidmatan selepas jualan - perkhidmatan memasang, membaiki, khidmat nasihat dll. iv) Menjual mengikut sukatan dan timbangan yang betul tidak menipu sukatan dan timbangan v) Mengelak kegiatan menyorok/ menyembunyi stok vi) Memberi maklumat dan penerangan yang benar mengenai barang dan perkhidmatan.contohnya promosi yg jujur, kandungan bahan pada produk dll. vii) Menyediakan biro aduan - untuk menerima aduan dan rungutan para pengguna. viii) Memberi layanan yang mesra seperti memberi senyuman, peramah, melayan pelanggan dengan baik. ix) Menjual barangan dan perkhidmatan pada harga yang berpatutan mengikut ketetapan kerajaan (barang kawalan) dan juga pesaing. x) Sentiasa bersikap profesional dalam tindakan terhadap pengguna xi) Menyesuaikn barang dan perkhidmtan dengan perubahan masa/ mengikut citarasa pelanggan. (Semak 5 yang PERTAMA, huraian lengkap, 2m x 5 = 10m)

946/2

12

946/2

SULIT

(b) Warga korporat ialah mereka yang bertugas dalam firma perniagaan atau sektor swasta (1 m) yang mempunyai matlamat meningkatkan kadar pulangan atau bermotifkan keuntungan (1 m) dan membantu dalam mencapai objektif korporat mereka (1 m) Tiga peranan warga korporat dalam organisasi perniagaan : 1. Bertanggungjawab untuk memperolehi keuntungan yang maksimum untuk syarikat dan pemegang saham - Perlu mengamalkan suatu kaedah pentadbiran dan pengurusan yg cekap 2. Memilih pasukan pengurusan yang cekap dan jujur - iaitu bertanggungjawab mengendalikan fungsi pengurusan dengan baik 3. Menawarkan pakej upah dan ganjaran yang adil kepada pekerja Mengikut kelayakan dan kepakaran yg dimiliki 4. Melayan semua pekerja dengan adil - Iaitu tiada unsur diskriminasi dan nepotisme 5. Setiap warga korporat mengelak daripada melakukan sebarang penyelewengan - Ini boleh mencemarkan imej organisasi dan perlu menyumbang sepenuh tenaga untuk mencapai matlamat. 6. Menjaga kebajikan warga korporat (mana-mana 3 yang PERTAMA, F = 1m, H = 1m, 2m x 3 = 6m) ( c ) Dalam usaha mencegah rasuah, langkah-langkah positif yang boleh diambil oleh : 1. Kerajaan - Menguatkuasakan undang-undang untuk menghukum pihak-pihak yang menerima dan member rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997. - Mengemaskini sistem operasi dan pentadbiran di dalam setiap jabatan kerajaan. - Menetapkan tempoh masa yang diambil oleh jabatan kerajaan untuk meluluskan pelbagai jenis permohonan supaya pelanggan dapat menjangka masa kelulusan akan diperolehi. - Pemimpin kerajaan dan ketua-ketua jabatan harus menunjukkan teladan yang baik dengan tidak menerima rasuah supaya diteladani oleh semua kakitangan bawahan. - Penerapan nilai-nilai islam dipergiatkan di tempat kerja di samping menerapkan etika kerja sektor awam dalam diri setiap setiap kakitangan kerajaan. (mana-mana 2 huraian, 2 x 1 = 2m) 2. Penjawat awam - Harus mempunyai sikap membenci perbuatan rasuah. - Berpegang teguh kepada nilai-nilai murni, Etika Kerja Sektor Awam dan Tonggak 12. - Mengubah sikap terhadap orang awam yang mengunjungi pejabat mereka dan melihat orang awam sebagai pelanggan yang berhak dilayan dengan sempurna. - 7 teras perkhidmatan awam (Meningkatkan mutu perkhidmatan mereka, bekerja dengan penuh tanggung jawab dan berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri. - mana-mana 1 teras perkhidmatan awam) (mana-mana 2 huraian, setiap huraian = 1m) 3. Pelanggan - Tidak memberi wang sogokan kepada penjawat awam semata-mata untuk mendapatkan keistimewaan tertentu atau kelulusan bagi permohonan mereka. - Bekerjasama dengan pihak berkuasa dengan melaporkan perbuatan mana-mana penjawat awam yang cuba menerima rasuah. (setiap huraian 1m)

946/2

13

946/28. a) Perbezaan antara komunikasi menegak dan komunikasi mendatar. Aspek Peringkat / Jawatan Jabatan Tujuan Komunikasi Menegak Peringkat / jawatan yang (1) berbeza

SULIT

Komunikasi Mendatar Peringkat/jawatan yang sama (1) Dalam jabatan yang berbeza (1) Menyelaraskan aktiviti atau bahagian dalam organisasi. Menyelesaikan masalah (1) Pengurus Pemasaran dan pengurus Pengeluaran berbincang untuk mengatasi masalah pada produk mereka. (1)

Dalam jabatan yang sama (1) Menyampai arahan, interaksi, motivasi, mendapat maklumat, memberi laporan, pandangan dll (1) Pengurus Pemasaran meminta laporan jualan daripada jurujual (1)

Contoh

PENGURUS PEMASARAN

CEO

Gambarajah

KETUA JURUJUALPENGURUS PMASARAN PENGURUS PGLURAN

JURUJUAL

(1) [ Mana-mana 3 aspek, 3 x 2 = 6m ] 8 (b) Lima prinsip komunikasi yang berkesan ialah :-

(1)

1. Elakkan daripada sikap emosional semasa berkomunikasi menyampaikan maklumat berdasarkan fakta dan hujah yang rasional. 2. Sikap saling mempercayai untuk mewujudkan komunikasi yang harmoni 3. berfikiran terbuka semasa berkomunikasi bagi membolehkan setiap pihak memberi pandangan tanpa sekatan 4. mesti ada keseragaman dari segi pentafsiran maksud mesej dalam penyampaian dan penerimaan maklumat bagi mengelak salah faham 5. Menjelaskan idea atau tujuan sebenar sesuatu mesej sebelum komunikasi dijalankan bagi memastikan penghantar mengenkod mesej dgn baik dan penerima menterjemah mesej dgn lebih tepat 6. Mengenalpasti/menentukan tujuan sebenar komunikasi diadakan supaya dapat memberi penjelasan yang lebih tepat dan menjawwab sebarang persoalan yang timbul dengan baik. 7. Tindakan susulan (maklum balas) perlu diadakan untuk menerima maklum balas dan menilai keberkesanan proses komunikasi 8. Memberi tumpuan sepenuh perhatian terhadap mesej yang disampaikan dan mendengar dengan aktif supaya dapat memahami mesej dengan tepat. 9. Pastikan tindakan seiring dengan apa yang dicakapkan atau dikomunikasikan supaya tidak timbul kekeliruan contohnya menggunakan bahasa badan yang sesuai. 10. Adakan perundingan dengan orang lain terlebih dahulu sebelum mengadakan komunikasi sebenar untuk menwujudkan sikap tolak ansur. 11. Memasti dimana/tempat proses komunikasi itu diadakan agar proses komunikasi berlaku secara kondusif dan elak daripada gangguan dlm komunikasi. 12. Memudahkan bahasa dan aliran maklumat yang digunakan/mudah difahami. 13. Mana-mana jawapan yang relevan diterima. [ Fakta = 1m, Huraian 1m, 2 x 5 = 10m ) Semak 5 jawapan yang teratas sahaja.

946/2

14

946/2c) Kebaikan lisan dan keburukan lisan KEBAIKAN KOMUNIKASI LISAN 1. Mesej boleh dihantar dengan cepat. Contoh ; menyampaikan berita melalui media elektronik.

SULIT

KEBURUKAN KOMUNIKASI LISAN 1. Tidak sesuai digunakan oleh penghantar yg tidak mempunyai kemahiran bercakap kerana kemungkinan gagal menyampaikan mesej dengan baik. Contoh ; gagap, malu, sengau dsb 2. Gabungan penggunaan peralatan 2. mesej dihantar tidak boleh disimpan audio dan visual membolehkan atau direkod lalu tiada bahan bukti atau penyampaian mesej lebih menarik. utk membuat rujukan Contoh ; multimedia, pengiklanan di tv, Contoh ; perbualan telefon powerpoint semasa pembentangan 3. maklum balas boleh diterima dengan 3. jangka masa yg singkat untuk cepat jika timbul keraguan menterjemahkan mesej menyebabkan Contoh ; Melalui perbualan dan penerima gagal utk memahami mesyuarat sepenuhnya Contoh ; mendengar ceramah, syarahan, ucapan dsb 4. kejujuran penghantar boleh 4. mesej disalahtafsirkan mungkin akan dikenalpasti kerana bersemuka. tersinggung perasaan yg boleh Contoh ; Jurujual enggan menjawab menjejaskan hubungan soalan yg ditanya oleh pelanggan Contoh ; pertelingkahan yg berlaku dalam mesyuarat atau perbincangan, perbualan 5. Tidak melibatkan kos yg tinggi jika 5. penggunaan bahasa badan yg tidak peertemuan bersemuka. konsisten boleh mengelirukan penerima Contoh ; perbincangan dan mesyuarat Contoh ; menyampaikan perkara sedih dalam nada suara yg tinggi atau sambil senyum 6. lebih menyakinkan kerana penerima 6. tiada tumpuan menyebabkan mesej boleh bertanyakan soalan secara terus tidak dapat diterima dengan baik. jika tidak memahaminya. Contohnya Contoh ; pengumuman yg diumukan melalui perbualan penerima tidak mendengar dgn baik. (Mana-mana 3, F = 1m + Cth , 1 x 3 = 4 x 2 = 9m) Jawapan yang tidak dikaitkan dengan contoh yang bersesuaian = 0 markah)

SKEMA JAWAPAN INI HANYALAH CADANGAN. SEKIRANYA TERDAPAT KEKURANGAN DI DALAM SKEMA INI, ANDA DIGALAKKAN MEMBUAT PENAMBAHBAIKAN SECARA SENDIRI. SEKIAN, TARIMA KASIH

946/2

15