skema jawapan peperiksaan percubaan 940 p2.docx

15
940/2/2014 SMK.MAJAKIR PAPAR SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN 940 P2/2014 1. Bincangkan isu-isu yang timbul selepas pelantikan Abu Bakar al-Siddiq sebagai khalifah pertama kerajaan Islam Madinah. A. Pengenalan Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, suasana politik kerajaan Islam menjadi kurang stabil. Terdapat pelbagai isu yang membelenggu umat dan negara Islam ketika itu. Isu yang paling utama ialah berkaitan dengan kepimpinan. Hal ini kerana sebelum wafat, Nabi Muhammad SAW tidak pernah menyatakan individu yang bakal menjadi penggantinya. Namun selepas berlakunya perbincangan dalam kalangan umat Islam, Abu Bakar al-Siddiq telah diberikan amanah untuk mengetuai negara dan umat Islam sebagai khalifah ar-Rasyidin yang pertama. B. Isu-isu yang timbul Isu Kepimpinan dan Keselamatan 1. Isu penting yang timbul selepas pelantikan Abu Bakar al-Siddiq sebagai khalifah ialah isu kepimpinan. Bagi mengatasi isu ini, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq mewasiatkan kepada umat Islam agar melantik Umar bin al-Khattab sebagai khalifah kedua disebabkan kelayakan serta pengalaman yang dimiliki oleh beliau. Malah sejarawan menganggap Umar bin al-Khattab merupakan tangan kanan kepada khalifah Abu Bakar al-Siddiq. Tujuan Khalifah Abu Bakar mencadang idea ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya konflik sebagaimana peristiwa yang pernah berlaku sebelum beliau dilantik sebagai khalifah pertama. 1

Upload: noorjaafar

Post on 01-May-2017

252 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN 940 P2.docx

940/2/2014

SMK.MAJAKIRPAPAR

SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN 940 P2/2014

1. Bincangkan isu-isu yang timbul selepas pelantikan Abu Bakar al-Siddiq sebagai khalifah pertama kerajaan Islam Madinah.

A. Pengenalan

Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, suasana politik kerajaan Islam menjadi kurang stabil. Terdapat pelbagai isu yang membelenggu umat dan negara Islam ketika itu. Isu yang paling utama ialah berkaitan dengan kepimpinan. Hal ini kerana sebelum wafat, Nabi Muhammad SAW tidak pernah menyatakan individu yang bakal menjadi penggantinya. Namun selepas berlakunya perbincangan dalam kalangan umat Islam, Abu Bakar al-Siddiq telah diberikan amanah untuk mengetuai negara dan umat Islam sebagai khalifah ar-Rasyidin yang pertama.

B. Isu-isu yang timbul

Isu Kepimpinan dan Keselamatan

1. Isu penting yang timbul selepas pelantikan Abu Bakar al-Siddiq sebagai khalifah ialah isu kepimpinan. Bagi mengatasi isu ini, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq mewasiatkan kepada umat Islam agar melantik Umar bin al-Khattab sebagai khalifah kedua disebabkan kelayakan serta pengalaman yang dimiliki oleh beliau. Malah sejarawan menganggap Umar bin al-Khattab merupakan tangan kanan kepada khalifah Abu Bakar al-Siddiq. Tujuan Khalifah Abu Bakar mencadang idea ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya konflik sebagaimana peristiwa yang pernah berlaku sebelum beliau dilantik sebagai khalifah pertama.

2. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq berusaha menangani masalah ancaman oleh musuh kerajaan Islam. Bagi tujuan tersebut, beliau telah menggerakkan semula pasukan tentera yang pernah dibentuk oleh Nabi MuhammadSAW di bawah pimpinan Usamah bin Zaid ke sempadan Syam untuk menyerang Ghassan yang ketika itu berada di bawah jajahan Rom. Pasukan tentera Islam telah memperoleh kemenangan dalam ekspedisi ketenteraan tersebut. Kejayaan ini menyedarkan pihak-pihak yang ingin menyerang kerajaan Islam Madinah bahawa kerajaan Islam adalah kuat dan sukar untuk dikalahkan. Setelah itu, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq mengamanahkan pasukan Usamah bin Zaid untuk menjaga keselamatan Kota Madinah. Tindakan ini secara tidak langsung berjaya memadamkan ancaman oleh kaum Zubyan dan Absy.

1

Page 2: SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN 940 P2.docx

940/2/2014

Isu agama

3. Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW timbulnya golongan yang mengaku nabi palsu, enggan membayar zakat dan murtad yang dikenali sebagai golongan al Riddah. Setelah dilantik sebagai Khalifah, Abu Bakar al-Siddiq berusaha menyelesaikan masalah tersebut dengan cara diplomasi tetapi gagal. Beliau terpaksa menggunakan kekuatan ketenteraan iaitu telah membentuk 10 pasukan tentera yang akhirnya berjaya menundukkan golongan tersebut. Gerakan menggempur golongan ini dikenali sebagai Perang al-Riddah.

4. Khalifah Abu Bakar juga berusaha untuk mengumpul semula al-quran. Tindakan ini diambil ekoran daripada kebimbangan dalam kalangan umat Islam akan kehilangan al-Quran dari muka bumi yang sekaligus kemungkinan berlakunya penyelewengan berikutan kematian ramai golongan huffaz semasa memerangi golongan al-Riddah dalam perang di Yamamah. Situasi ini telah menimbulkan kesedaran tentang betapa perlunya usaha mengumpulkan al-quran dilakukan. Oleh itu, Umar al-Khattab telah mengemukakan cadangan tersebut. Kerja-kerja pengumpulan dan penyalinan semula al-quran dilakukan oleh Zaid bin Thabit. Naskhah al-quran tersebut kemudian diserahkan kepada Khalifah Abu Bakar al-Siddiq untuk disimpan.

C. Penutup.

Kesimpulannya, kejayaan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq menangani dan menyelesaikan pelbagai isu atau permasalahan yang timbul dalam negara Islam khususnya pada awal pemerintahannya sebagai khalifah telah berjaya mengembalikan semula kestabilan kepada negara Islam. Meskipun beliau hanya memerintah dalam tempoh dua tahun. Namun, sumbangannya telah menyebabkan beliau dianggap sebagai penyelamat negara dan umat Islam

2

Page 3: SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN 940 P2.docx

940/2/2014

2. Bincangkan konsep jihad dan etika peperangan dalam mempertahankan negara pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

A. Pengenalan

Ketahanan dalam Islam merujuk daya tahan atau kecekalan dalam menghadapi sesuatu perjuangan. Pertahanan pula dikaitkan dengan kaedah atau cara umat Islam mempertahankan kedudukan dan kesucian agama Islam daripada musuh-musuhnya. Islam tidak menggalakkan peperangan, namun peperangan tidak dapat dielakkan seandainya agama, negara dan maruah diri diancam oleh musuh. Hal ini bersesuaian dengan sifat agama Islam yang mementingkan kesejahteraan dan keamanan.Jihad dan etika peperangan sangat penting untuk mempertahankan negara pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

B. Konsep jihad

Dari sudut bahasa jihad bererti kesulitan, beban, dan kesungguhan atau keupayaan terakhir. Perkataan al- Jahdu dan al- Jihad menurut pengertian Bahasa Arab ialah pengerahan segenap tenaga manusia untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan atau menolak sesuatu yang dibenci. Menurut Istilah syarak pula, jihad ialah perang dan membantu semua persiapan peperangan.

Ringkasnya kalimah al-Jihad ertinya perang. Menurut Ibnu Rusyd, jihad perang ialah memerangi orang musrik atas dasar ad-din, manakala berperang melawan orang bukan Islam dengan menggunakan senjata sehingga mereka menerima Islam ( bukan memaksa) atau membayar jizyah disebut dengan jihad fisabilillah.

Jihad juga bermaksud berusaha bersungguh-sungguh atau berjuang dalam peperangan, menegakkan keadilan dan menegakkan agama Allah SWT. Jihad juga boleh diterima sebagai penumpuan segala tenaga dan usaha untuk mencapai suatu citi-cita iaitu menegakkan syiar Islam. Jihad dapat memperkukuhkan ketahanan dan pertahanan Islam.

C. Etika peperangan dalam Islam semasa zaman Nabi Muhammad s.a.w

Islam telah menetapkan tatacara berperang atau berjihad di jalan Allah SWT yang merangkumi sebelum, semasa dan selepas peperangan.

Islam hanya membenarkan umatnya berperang seandainya mereka diperangi terlebih dahulu .Contonya dalam perang Badar. Tentera Islam hanya menunggu serangan oleh musuh yang menceroboh. Setelah itu barulah peperangan besar-besaran berlaku.

Dalam ekpedisi peperangan, tentera Islam tidak boleh memerangi orang kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya upaya seperti kanak-kanak, kaum wanita, orang cacat, lumpuh, paderi atau pendeta.

Tentera Islam dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar rumah kecuali dalam keadaan darurat. Sepertti terpaksa menyingkirkan halangan yang ada di hadapan gerakan dakwah. Ini membuktikan Islam mementingkan keamanan dan kesejahteraan kepada masyarakat seluruhnya meskipun ketika berperang. Hal ini terbukti ketika

3

Page 4: SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN 940 P2.docx

940/2/2014

Nabi Muhammad SAW mengepung Taif. Harta benda musuh Islam langsung tidak diusik..

Islam menetapkan etika peperangan yang tidak boleh memerangi orang yang telah menyerah atau kafir dhimmi atau mereka yang telah mengikat perjanjian damai serta mengaku taat setia kepada pemerintah Islam

Islam melarang sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh. Antaranya ialah tentera tidak boleh mencincang mayat atau musuh yang terbunuh di medan perang sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Hindun bin Utbah terhadap jasad Saidina Hamzah, bapa saudara nabi Muhammad SAW ketika perang Uhud.

Sebarang perjanjian damai yang dimeterai wajib ditaati . Contohnya ketika perjanjian Hudaibiyah meskipun fasa-fasa dalam perjanjian itu seolah olah memberikan kelebihan kepada musuh Islam namun Rasulullah mempunyai misi tersendiri. Hasilnya, ekoran tindakan pihak musuh yang melanggar gencatan senjata yang telah dipersetujui dalam perjanjian tersebut, maka, peluang terbuka kepada nabi Muhammad S.A.W. mengetuai tentera Islam untuk membuka semula Kota Mekah pada tahun 8H.

Islam memberi layanan yang baik kepada tawanan perang.Ia merupakan salah satu kaedah berdakwah yang diajar oleh Rasulullah. Contohnya dalam perang Badar, Meskipun ada cadangan daripada para sahabat ar musuh-musuh Islam dibunuh tetapi Baginda tidak menerima cadangan tesebut. Sebaliknya Baginga menggunakan kaedah diplomasi, iaitu tawanan perang harus menebus diri dengan ilmu pengetahuan serta sejumlah wang tertentu. Ternyata kaedah inilah berjaya menarik ramai musuh Islam untuk menerima agama Islam sebagai ad-Din.

D. Kesimpulan

Amalan jihad dalam kalangan umat Islam amat penting kerana dapat mengukuhkan pertahanan Islam dan menjadi perangsang kepada umat Islam untuk terus berjuang demi menyebarkan agama Islam. Begitu juga etika peperangan yang diamalkan oleh tentera Islam bukan sahaja menggambarkan tentera Islam mempunyai disiplin yang tinggi, malah ia merupakan strategi dakwah secara halus yang dijalankan oleh tentera Islam di medan perang.

3. Jelaskan peranan dan kepentingan Institusi Baitulmal pada zaman kerajaan Khulafa’ al Rasyidin.

4

Page 5: SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN 940 P2.docx

940/2/2014

A. Pengenalan

1. Baitul mal merupakan institusi kewangan yang bertanggung jawab menyelenggara harta – harta umum atau menyimpan barangan yang berharga. Institusi ini juga dikenali dengan istilah Perbendaharaan Negara.

2. Sejarah penubuhan institusi ini dipercayai telah wujud sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi, namun disebabkan pendapatan negara Islam agak terhad. Institusi ini dipercayai berperanan dengan berkesan dan ditubuhkan secara rasmi pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab berikutan bertambahnya kawasan jajahan negara Islam yang secara tidak langsung telah meningkatkan sumber pendapatan negara.

3. Terdapat beberapa sumber Baitul mal, antaranya harta masyarakat diperoleh dari zakat, sedekah, dan wakaf, harta negara: diperoleh dari ghanimah, al fayy, kharaj, jizyah, usyur, harta karun dan harta tanpa waris, dan harta umum; dari kegiatan individu atau perkumpulan yang kemudiannya menyumbangkannya dalam bentuk cukai seperti zakat ataupun sedekah.

B. Peranan dan kepentingan Institusi Baitul mal

1. Antara kepentingan penubuhan institusi ini ialah untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik. Bantuan ini dilakukan melalui sumber zakat yang diperoleh sama ada zakat fitrah ataupun zakat harta, ianya akan diagihkan kepada golongan yang berhak menerimanya khususnya golongan fakir dan miskin. Implikasi daripada tindakan ini bukan sahaja masalah golongan ini dapat dikurangkan, malah ia secara tidak langsung ia dapat mendekatkan jurang sosial sekaligus mewujudkan masyarakat yang harmonis dalam sesebuah negara.

2. Sumber – sumber Baitul mal juga digunakan untuk penyediaan keperluan – keperluan asas. Antara keperluan asas yang diberikan keutamaan oleh pemerintah ialah pembinaan masjid, kemudahan jalan raya, sistem pengairan dan sebagainya. Kemudahan – kemudahan asas yang disediakan merupakan lambang tanggungjawab sosial pemerintah yang tidak mengabaikan soal kebajikan masyarakat di bawah pentadbirannya.

3. Sumber Baitul mal juga digunakan untuk membayar gaji pegawai kerajaan termasuk anggota tentera. Khalifah Umar al Khattab telah mengisytiharkan peraturan larangan para anggota tentera memiliki tanah – tanah yang dirampas sebaliknya tanah – tanah tersebut diserahkan kepada pemilik – pemilik asal tanah berkenaan. Sebagai balasan, anggota tentera diberikan imbuhan atau elaun yang diambil daripada Baitul mal.

4. Kepentingan institusi ini antaranya ialah untuk meningkatkan taraf hidup umat Islam. Melalui sumber Baitul mal, pelajar – pelajar Islam akan diberikan bantuan dalam bentuk insentif kewangan atau biasiswa bagi mendalami ilmu pengetahuan khususnya bidang keagamaan. Begitu juga dengan individu – individu yang ingin memulakan perniagaan atau melibatkan diri dalam kegiatan pertanian, mereka akan diberikan bantuan oleh pihak pemerintah melalui sumber kewangan ini.

5. Seterusnya kepentingan institusi ini ialah menjaga harta yang diwakafkan oleh seseorang individu ataupun menjadi pemegang amanah kepada individu yang meninggal dunia tanpa sebarang waris. Kebiasaan harta yang menjadi amanah kepada Baitulmal ialah hartanah dan sejumlah wang.

C. Kesimpulan

1. Penubuhan Baitulmal pada zaman Khulafa al Rasyidin sesungguhnya dapat menjamin bukan sahaja pembangunan ekonomi negara dan wilayah Islam bahkan ia dapat membantu golongan yang tidak bernasib baik serta memastikan harta yang dimiliki dijaga dengan sebaik yang mungkin berdasarkan syariat yang ditetapkan

5

Page 6: SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN 940 P2.docx

940/2/2014

2. Intitusi ini juga menggambarkan kehebatan kerajaan Islam menguruskan ‘amanah’ Allah dan sumber yang ada digunakan untuk menjana ekonomi umat Islam.

4. Bincangkan sumbangan Ibn Khaldun dalam bidang intelektual

A. Pengenalan1. Ibn Khaldun atau nama sebenarnya Abdul Rahman b. Muhammad b. Khaldun al-

Hadrami lahir di Tunis pada 1 Ramadan 732H (1331M). Keluarganya berasal daripada keturunan Arab Hadramaut yang pernah menetap di Serville, Sepanyol, yang kemudiannya berpindah dan menetap di Tunis, Afrika Utara semasa pemerintahan Hafs Abu Zakaria.

2. Ibn Khaldun mendapat pendidikan dalam pelbagai ilmu Islam seperti al-Quran, Hadis, perundangan Islam, kesusasteraan, falsafah, bahasa, dan mantik. Antara gurunya ialah Muhammad Ibrahim al-Abili, Abu Abdullah al-Jayyani, Abdullah Muhammad bin Abdul Salam.

3. Ibn Khaldun menjadi cendekiawan yang agung sehingga disanjung oleh Barat kerana sumbangan-sumbangannya dalam bidang intelektual. Hasil pemikiran Ibn Khaldun dalam bidang sejarah, sosiologi dan ekonomi banyak dimuatkan dalam hasil kitabnya, al-Muqaddimah.

B. Sumbangan Ibn Khaldun

1. Ibn Khaldun sebagai Pengasas Ilmu Sosiologi. Dunia telah mengiktiraf Ibn Khaldun sebagai bapa sosiologi kerana dia telah melakukan revolusi terhadap pengkajian sejarah yang sedia ada. Dalam kajian sejarah beliau, beliau telah memperluaskan bidang pengkajian sejarah dengan menfokuskan sesuatu peristiwa sejarah kepada dua ketogori asas. Ketogori pertama ialah akal. Manakala ketogori kedua pula ialah undang-undang sosial dan fizikal keadaan setempat. Selain itu, dalam kajian sejarah beliau, Ibn Khaldun telah menekankan kepada empat pekara dalam menanalisis sesuatu peristiwa sejarah. Pertama sekali beliau mengaitkan peristiwa-peristiwa antara satu sama lain melalui sebab dan akibat. Keduanya ialah beliau membuat analogi antara masa lalu dan masa sekarang. Seterusnya Ibn Khaldun mengambil kira kesan terhadap persekitaran. Perkara kempat pula ialah beliau mengambil kira kesan keadaan yang diwarisi dan ekonomi.

2. Sumbangan Ibn Khaldun dalam bidang sejarah. Seluruh dunia berterima kasih kepada Ibn Khladun kerana jasa beliau dalam memperkenalkan skop kajian baru dalam sejarah. Beliau merupakan orang yang pertama menganalisis sesuatu peristiwa dengan menekankan sebab dan akibat sesuatu peristiwa itu berlaku. Beliau merupakan insan yang pertama yang mengkaji sejarah dari skop sebab dan akibat. Ibn Khaldun juga mengaitkan perubahan sistem sosial antara masyarakat dengan faktor persekitaran seperti iklim, tanah, makanan, sumber galian, kemampuan berfikir, jiwa dan emosi mereka. Ahli-ahli sosiologi dunia kini menggunakan kaedah yang ditinggalkan oleh Ibn Kaldun dalam mengkaji sesuatu peristiwa sejarah. Hal ini demikian kerana, kaedah yang dibawa Ibn Khaldun ini lebih teliti dan tepat berbanding dengan keadah lama yang hanya merekod sejarah tanpa memahami sebab-sebab sebenar yang menyebabkan sesuatu peristiwa berlaku.

3. Sumbangan Ibn Khaldun dalam bidang ilmu Politik. Beliau mengemukakan teori jatuh bangun sesebuah kerajaan. Beliau membuat teori bahawa purata usia sesebuah negara bertahan dalam tiga generasi dan usia satu generasi bertahan selama 40 tahun. Ini bermakna purata usia sebuah negara 120 tahun. Usia tiga generasi pula, dibahagikan

6

Page 7: SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN 940 P2.docx

940/2/2014

kepada empat tahap. Pertamanya ialah tahap primitif, keduanya ialah tahap pemilikan, dan ketiga tahap beradab dan kemakmuran. Tahap keempat pula ialah tahap kelemahan dan  kerosakan. Teori ini telah digunakan oleh para sejarawan dunia untuk menilai jatuh bangunnya sesebuah kerajaan.

4. Sumbangan Ibn Khaldun dalam bidang ekonomi. Dalam bidang ilmu ekonomi, beliau telah membincangkan beberapa prinsip dan falsafah ekonomi seperti keadilan, kerjasama, kerja keras dan lain-lain. Berhubung dengan keadilan, beliau telah menekankan bahawa keadilan merupakan tulang belakang dan asas kekuatan sesebuah ekonomi. Sebaliknya, ketidakadilan bukan sahaja dilarang oleh Islam bahkan ia akan membawa kepada keruntuhan sesebuah tamadun. Teori-teori yang dikemukakan olehnya dianggap sebagai mendahului teori-teori ekonomi yanga dikemukakan oleh Adam Smith dan David Ricardo. Antara teori ekonomi yang dikemukakan olehnya ialah, kehidupan perekonomian sentiasa menghala ke arah pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dengan permintaan. Menurutnya, pengeluaran adalah berasaskan kepada faktor buruh dan kerjasama masyarakat. Walaupun faktor pengeluaran seperti tanah telah tersedia, beliau masih menganggap buruh merupakan faktor terpenting dalam proses pengeluaran untuk menghasilkan matlamat akhir.

5. Ibn Khaldun juga menyumbang dalam bidang kesusasteraan. Beliau telah menghasikan syair-syair semenjak kanak-kanak lagi. Kemahiran beliau dalam bidang ini jelas kelihatan dalam al-Mukaddimah ketika beliau membahaskan tentang syair-syair Arab. Sumbangan beliau dalam bidang kesusasteraaan itu menyebabkan beliau juga dianggap sebagai seorang tokoh budayawan.

C. Kesimpulan.

1. Idea-idea yang dikemukakan dalam kitab al-Muqaddimah, menyebabkan beliau diiktiraf sebagai tokoh sarjana dan sejarawan yang mengatasi sejarawan sebelumnya seperti al-Tabari dan al-Mas’udi. Karyanya, al-Muqaddimah merupakan buku terpenting tentang ilmu sosial dan masih terus dikaji hingga kini.

2. Ibn Khaldun juga dianggap sebagai orang yang pertama yang mencuba menerangkan dengan lengkap evolusi dan kemajuan sesuatu masyarakat melalui sebab dan akibat sesuatu peristiwa berlaku dan juga pengaruh persekitaran.

5. HURAIKAN CIRI-CIRI UTAMA SENI BINA DI ANDALUS PADA ABAD KE-13M.

7

Page 8: SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN 940 P2.docx

940/2/2014

Pengenalan

1 Definisi seni bina

Seni bina ialah keindahan yang dicetuskan melalui kemahiran. Ibn Khaldun berpendapat bahawa seni bina merupakan ciri ketamadunan yang penting. Manakala, Alfred Fred Frazer pula berpendapat bahawa seni Islam merupakan gambaran daripada sudut agama.

2. Konsep seni binaa) Maksud seni bina ialah kecekapan merancang dan membuat bangunan yang inda sesuai dengan maksud dan tujuan.

b) Seni bina melibatkan peralatan, kekukuhan dan memberi kesenangan dan keselesaan kepada pemilik .

3. Latar belakang seni bina Islam

bermula sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w dengan pembinaan masjid Quba dan Nabawi. Bidang seni semakin berkembang bermula pada zaman Khalifah Umar al Khattab .

4. Abad ke-13M –kemunculan kerajaan Nasriyah atau Bani al Ahmar

kerajaan islam terakhir di Andalus-nkerajaan yg diasakan Muhamad Yusuf b Nasr dikenali Ibn aal Ahmar.

Isi:

1. Kemajuan dan perkembangan bukan shj berlaku di Granada tetapi di kawasa lain juga yg diduduki orang Islam sepanyol.

2. Kesenian luar Granada pada abad ke-13 & 14M– dibawa oleh orang Islam & bukan Islam

3. Reka bentuk seni bina di Granada- melambangkan kesenian & reka bentuk Islam contoh istana al Hamra’- masih kekalkan reka bentuk zaman keagungan kerajaa islam di samping adanya ciptaan baharu

4. Istana -alHamra-hiasan berwarna emas dgn reka bentuk sangat menarikBilk ada berukuran sederhana, 2 buah dewan besar ,halaman dihiasi kolam air pancut & taman -128 tiang bulat daripada marmar

5. Binaan menarik & unik- 2 buah menara tinggi & berkilau tas Banjaran Sierra Nevada – dapat melihat keindahan kota Granadadgn taman bunga dan pohon buah-buahan

6. Binaan lain- masjid kecil bereka bentuk indah dikenali Masjid al Mulk oleh Sultan Muhammad II

7. Mihrab Masjid alMUlk- hiasan drp emas bertatahkan zamrud dan yaqut- permukaan dinding masjid dihiasi ukirn berselang seli dgn yat-ayat drp tulisan Arab.

8. Ciri paling nyata dlm seni bina zaman ini terdapat ruangan berbeza dlm sesbuah bangunan terutama Istana al Hamra’

KESIMPULAN Kemampuan kerajaan Nasriyyah pada abad ke-13M-membina bangunan bernilai seni yg unik-gabungan antara seni Islam dgn seni-seni tempatan asing tetap terserlah walaupun kerajaa ini dlm era kemerosotan.

8

Page 9: SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN 940 P2.docx

940/2/2014

6. Bincangkan faktor kebangkitan gerakan nasionalisme di Mesir pada abad ke 20.

Pengenalan

Sejarah penjajahan di Mesir

i) Mesir dikuasai oleh Perancis pada tahun 1798 M sebelum penjajahan kuasa-kuasa Barat selama tiga tahun

ii) Pakatan kerajaan Uthmaniah- British pada tahun 1801 telah berjaya mengalahkan kuasa Barat dan menguasai Mesir

iii) British menguasai sumber ekonomi dan mengeksploitasikan masyarakat Mesir serta menindas dan menyebabkan masyarakat Mesir bangun menentang.

Isi-isi

a) PENGARUH AGAMA Kemunculan golongan reformis Islam yang menentang pihak British kerana

tidak berpuas hati cara British membaratkan masyarakat Mesir di Mesir Gerakan Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan oleh Shaik Hassan al-Banna Pergerakan ini berlandaskan Al –Quran dan Sunnah serta menolak

modenisma yang berbentuk secular Pergerakan ini menyediakan umat Islam untuk berjihad membersihkan diri

daripada amalan syirik dan khurafat Karya yang mempengaruhi pemikiran barat yang berjudul Islam Dan Dasar-

Dasar Pemerintahan oleh Syaikh Ali Abdul Raziq yang menyokong tindakan Mustapha Kamal Ataturk kerana memisahkan agama dengan politik telah ditentang oleh golongan Ikhwan Muslimin

b) PERANAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN Penerbitan bahan-bahan kreatif seperti puisi, novel dan cerpen merupakan

hasil daripada peranan bahasa dan kesusteraan Penyajak Ahmad Shawqi dan Hafiz Ibrahin telah menerbitkan al-

Muayyaddan al-Liwa, sajak yang yang mengisahkan tentang pembunuhan Boutrous Ghali seorang penduduk asal Mesir.

Sajak tersebut telah menaikkan semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk Mesir

Golongan modenis Islam yang dipelopori oleh Rasyid Rida memperjuangkan Bahasa Arab dijadikan bahasa rasmi dalam urusan kerajaan dan menggantikan bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis

Taha Husayn telah menghasilkan karya fiksyen yang menonjolkan isu kemiskinan dan kejahilan disamping berbaur politik sebagai pencetus semangat

Najib al-Kilani telah mengasas kesatuan Rabitah Adab al-Islami al-`Alamiyyah merupakan perintis kepada penghasilan karya-karya kesusasteraan islam yang membangkitkan kesedaran rakyat Mesir

9

Page 10: SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN 940 P2.docx

940/2/2014

c) PENGARUH KEWARTAWANAN ATAU MEDIA MASA Penerbitan akhbar Salafiya yang ditulis oleh Rasyhid Rida telah membuka

minda rakyat Mesir dan penulisannya banyak menyentuh modenasi Islam Rasyid Rida juga menyalahkan dan menganggap penjajah sebagai penyebab

kemunduran umat islam Beliau juga cuba menegakkan warisan dan keperibadian islam terutama

bahasa Arab Mesir ( Lahjah Misriyah ) Penulis wanita seperti Ma;lak Hifni Nasif yang menggunakan nama pena

Bahithat al-Badiya membincangkan isu pendidikan dan peranan wanita secara terbuka

Akhbar-akhbar lain ialah al-Muqattam, al-Muqtataf, dan al-Mua`yyad telah menyediakan ruang khas untuk para penulis melontarkan idea khususnya menyedarkan masyarakat.

d) PERANAN PENDIDIKAN Golongan graduan tempatan yang diberikan pendidikan Inggeris telah

mempelopori kebangkitan kebangsaan menentang pihak British British telah mengabaikan pendidikan sekolah tajaan kerajaan di Mesir telah

member kesan kepada golongan Muslim di Mesir untuk membaiki taraf kehidupan mereka

Britis mementingkan kepada golongan berpendidikan memegang jawatan kerajaan bagi golongan yang berada sahaja.

Pada tahun 1908 rakyat Mesir dipimpin oleh Menteri Pendidikan dan beberapa tokoh nasionalisme telah menubuhkan sebuah Universiti swasta.

Penubuhan Universiti al-Azhar telah melahirkan tokoh-tokoh pejuang seperti Syaikh Rifa`ah al-Tahtawi, Sa`ad bin Zaghlul, dan Muhammad Abduh .

Golongan tadi telah mengubah sistem pendidikan di Mesir dengan memperbaharui sistem pendidikan tradisional disamping memperbaik sistem pendidikan moden

Penubuhan university Al Azahar menggalakkan kegiatan penterjemahan buku-buku ilmiah dalam bahasa Arab

Graduan telah terdedah dengan nilai politik dan kebudayaan Barat yang telah diajar oleh guru-guru berbangsa Perancis telah menyemaikan sikap anti-British kerana pernah belajar di Mesir.

e) GOLONGAN INTELEKTUAL Golongan intelektual di Mesir terbahagi kepada dua iaitu golongan ulama Tokoh tersebut muncul daripada bidang undang-undang seperti Mustafa

Kamil Pasha dan Mohammad Farid. Kedua-duanya bersikap keras dalam menentang British

Mustafa Kamil Pasha meraih sokongan intelektual daripada keturunan Qibti untuk menuntut kemerdekaan daripada British dan menubuhkan sebuah kerajaan berparlimen ala Barat

Hassan al- Banna telah mempelopori golongan intelektual islam untuk bangkit menentang British melalui penubuhan Ikhwanun Muslimin

10

Page 11: SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN 940 P2.docx

940/2/2014

Beliau melaksanakan program keislaman yang komprehensif untuk membetulkan akidah umat islam di Mesir dengan tujuan untuk membina kerajaan islam

Golongan intelektual lain seperti Jamal al-Din al-Afghani, Muhammad Abduh, dan Muhammad Rasyid Rida telah melahirkan idea-idea bagi membela dan melindungi masyarakat tempatan

Jamal a-Din al-Afghani dan Muhammad Abduh telah menyusun gerakan yang dineali sebagai al-Urwah al-Muthqa yang member kesedaran kepada umat islam melalui majalah tetapi telah disekat oleh pihak barat ke wilayah Mesir dan India

f) PENGARUH LUAR

Semasa Perang Dunia Pertama pihak British telah memaksa para petani di Mesir telah dijadikan hamba kepada British di Palestin, Galipori dan Perancis untuk membantu Pertubuhan Palang Merah British

Ramai rakyat Mesir yang terkorban menyebabkan mereka merasa lemah sehingga memerlukan kuasa asing untuk melindungi mereka di tanah air sendiri.

Tentera Amerika Syarikat telah mengambil peluang betapak di Mesir disamping kebanjiran tentera Bersekutu.

KESIMPULAN Kebangkitan semangat nasionalisme Mesir akibat daripada pengaruh agama

dengan kemunculan golongan reformis islam. Peranan karya yang dicipta untuk mencetuskan semangat nasionalisme dan

memperjuangkan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi Pengaruh bidang kewartawanan melalui akhbar yang member ruang kepada

rakyat melahirkan idea-idea atau mesej kesedaran . Sa`ad bin Zaqhlul salah seorang pemimpin yang sanggup bersemuka dengan

penjajah dan kemudian berjaya memaksa British member kemerdekaan bersyarat kepada Mesir pada tahun 1922 M.

11