skema jawapan jpns p2 2014 pengajian am.doc

16
[Lihat sebelah SULIT* SULIT* SKEMA JAWAPAN 1. Nyatakan tiga ciri yang menjadi petunjuk Malaysia dapat mencapai status Negara maju menjelang (3) i- Meningkatkan keupayaan sains dan teknologi ii- Industri menjadi teras perekonomian dan berkembang dengan pesat. iii- Kemudahan prasarana yang moden dan mencukupi. iv- Kemudahan pendidikan baik v- Taraf kesihatan vi- Pengurusan Sumber Alam- Lestari vii- Eksport berorentasi industry dan perkhidmatan viii- Kualiti dan produktiviti tinggi 2. Terangkan dua langkah bagi mempertingkat daya saing dan kepakaran rakyat Malaysia. (4) i. Memanggil balik tenaga pakar Malaysia yang berkhidmat di luar negara. Memberi pertimbangan kepada manfaat yang boleh diperoleh daripada kompetensi tenaga kerja Malaysia yang berada di dalam dan di luar negara. ii Mengkaji semula sistem pendidikan secara berterusan dan ditambah baik dari semasa ke semasa. Hal ini untuk melahirkan tenaga kerja masa depan, dengan komitmen kepada program berasaskan merit. iii Memupuk graduan berbakat – Graduan yang cemerlang dari segi pemikiran kreatif dan strategik serta kemahiran keusahawanan dan kepimpinan. Perkara ini penting untuk memacu kejayaan pada dekad mendatang. iv Memperkukuh peranan sektor swasta- Sektor swasta diberi peranan yang lebih besar dalam usaha memajukan negara. Manakala kerajaan berperanan sebagai pemudahcara. v Mengenal pasti beberapa polisi baharu – Polisi yang telah berjaya mencapai tujuannya pada era sebelum ini, namun kini mungkin menjadi penghalang kepada kejayaan, merencat pasaran, dan meletakkan negara dalam kedudukan yang kurang berdaya saing. STPM 900/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan ini tamat

Upload: rossaannuar

Post on 26-Sep-2015

146 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

SULIT*7SULIT*`

SKEMA JAWAPAN

1.Nyatakan tiga ciri yang menjadi petunjuk Malaysia dapat mencapai status Negara maju menjelang

(3)

i- Meningkatkan keupayaan sains dan teknologiii- Industri menjadi teras perekonomian dan berkembang dengan pesat.

iii- Kemudahan prasarana yang moden dan mencukupi.iv- Kemudahan pendidikan baik

v- Taraf kesihatan

vi- Pengurusan Sumber Alam- Lestari

vii- Eksport berorentasi industry dan perkhidmatan

viii- Kualiti dan produktiviti tinggi2. Terangkan dua langkah bagi mempertingkat daya saing dan kepakaran rakyat Malaysia.

(4)

i.Memanggil balik tenaga pakar Malaysia yang berkhidmat di luar negara. Memberi pertimbangan kepada manfaat yang boleh diperoleh daripada kompetensi tenaga kerja Malaysia yang berada di dalam dan di luar negara.iiMengkaji semula sistem pendidikan secara berterusan dan ditambah baik dari semasa ke semasa. Hal ini untuk melahirkan tenaga kerja masa depan, dengan komitmen kepada program berasaskan merit.iiiMemupuk graduan berbakat Graduan yang cemerlang dari segi pemikiran kreatif dan strategik serta kemahiran keusahawanan dan kepimpinan. Perkara ini penting untuk memacu kejayaan pada dekad mendatang.ivMemperkukuh peranan sektor swasta- Sektor swasta diberi peranan yang lebih besar dalam usaha memajukan negara. Manakala kerajaan berperanan sebagai pemudahcara.vMengenal pasti beberapa polisi baharu Polisi yang telah berjaya mencapai tujuannya pada era sebelum ini, namun kini mungkin menjadi penghalang kepada kejayaan, merencat pasaran, dan meletakkan negara dalam kedudukan yang kurang berdaya saing.

ViMengkaji semula sistem subsidi yang wujud di Malaysia Subsidi perlu dikaji semula supaya tidak membebankan kerajaan di samping meluaskan punca kutipan hasil melalui cadangan pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan(GST) untuk menambah pendapatan kerajaan.

3. Jelaskan dua langkah yang dijalankan oleh kerajaan dalam mensejahterakan kehidupan rakyat.

(4)

iMeningkatkan pendapatan rakyat/taraf hidup luar bandar Melalui usaha bantuan kepada petani, pengusaha Industri Kecil dan Sederhana dan nelayan

iiMemperluaskan perkhidmatan awam - Pelbagai kemudahan awam telah disediakan seperti kemudahan pendidikan bagi melahirkan modal insan yang berkualiti, perkhidmatan kaunter yang lebih cekap, dan kemudahan kesihatan untuk memberi rawatan yang terbaik kepada rakyat

iiiMembanteras jenayah mewujudkan keamanan dan keselamatan yang terjamin supaya rakyat berasa selamat dalam menjalankan tugas harian dan kehidupan mereka

ivMenyediakan persekitaran yang bersih dan kurang pencemaran Penguatkuasaan telah dijalankan bagi memastikan alam sekitar bebas dari pencemaran yang akan menjejaskan kesihatan rakyat

vMenyediakan kemudahan prasarana yang lengkap dan moden Pelbagai kemudahan asas telah ditambah dan diperbaiki dari semasa ke semasa seperti jalan raya, elektrik, dan air untuk kemudahan rakyat di bandar dan luar bandar.

viMenyediakan peluang pekerjaan yang luas dan upah yang tinggi Kerajaan sedaya upaya untuk menyediakan peluang-peluang pekerjaan dengan menarik pelabur dalam dan luar negeri untuk melabur di Malaysia4. Berikan empat inisiatif pembaharuan strategik dalam Model Baharu Ekonomi untuk mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing.

[4]

iMenyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi

iiMembangunkan tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing

iiiMewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing

ivMemperkukuh sektor awam

vMelaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran

viMembina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan

viiMeningkatkan sumber pertumbuhan

viiiMemastikan pertumbuhan yang mapan

5. MALAYSIA : kuantiti pengeluaran, eksport dan import serta harga minyak mentah pada tahun 2004 HINGGA TAHUN 2008Butiran20042005200620072008

Kauntiti pengeluaran

(Ribu tong sehari)255233300452421

Kuantiti eksport

(Ribu tong sehari)202212239390353

Kuantiti import

( Ribu tong sehari)9273484848

Harga pasaran (US$ setong)7588756967

Pengiraan :Nilai kuantiti pengeluaran (2005) : 255 22 = 233 ribu tong sehari.

Nilai kuantiti eksport

(2008) : 390-37 = 353 ribu tong sehari

SHAPE \* MERGEFORMAT

6Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, lukiskan media yang sesuai untuk menunjukkan bilangan murid di sekolah bantuan kerajaan mengikut negeri pada tahun 2000, 2003 dan 2005 antara sekolah rendah dan sekolah menengah.

Seramai 152.1 ribu murid telah mendaftar di sekolah rendah bantuan kerajaan di Pahang pada tahun 2000 berbanding dengan 128.3 ribu murid sekolah menengah. Bilangan sekolah rendah yang lebih banyak dan kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi di Perak telah menyebabkan bilangan muridnya lebih ramai. Daripada 429.9 ribu murid, 49.1% ialah murid sekolah menengah manakala yang selebihnya ialah murid sekolah rendah. Bilangan penduduk negeri Melaka yang sedikit berbanding negeri-negeri lain mempengaruhi bilangan murid di negeri tersebut. Pada tahun 2000, bilangan murid yang berdaftar di sekolah rendah kerajaan hanya seramai 69.1 ribu murid daripada keseluruhan 123.1 ribu murid yang berdaftar di sekolah bantuan kerajaan di negeri itu, manakala selebihnya ialah murid sekolah menengah. Kepadatan penduduk yang tinggi di Pulau Pinang telah mempengaruhi bilangan murid yang berdaftar di sekolah bantuan kerajaan di negeri itu. Daripada 254.8 ribu murid yang berdaftar, 60.75% ialah murid sekolah rendah manakala yang selebihnya ialah murid sekolah menengah.

Pada tahun 2003, di negeri Pahang bilangan murid sekolah rendah telah bertambah sebanyak 4.73% berbanding dengan tahun 2000.Murid di sekolah menengah pula turut menokok sebanyak 2.7 ribu murid berbanding tahun 2000.Dua tahun berikutnya, bilangan murid sekolah rendah di negeri ini telah bertambah kepada 171.0 ribu murid.Namun demikian, bilangan murid sekolah menengah berkurangan sebanyak 400 orang berbanding tahun 2003.

Di Perak pula, bilangan murid turut bertambah menjadi 487.8 ribu murid pada tahun 2003.Daripada jumlah tersebut, 54.92% ialah murid sekolah rendah dan selebihnya ialah murid sekolah menengah. Bilangan murid sekolah rendah pada tahun 2005 telah meningkat sebanyak 7.4 ribu murid sementara murid sekolah menengah pula menurun kepada hanya 218.1 ribu murid.

Di Melaka pula, pada tahun 2003 bilangan murid sekolah rendah telah bertambah kepada 79.8 ribu murid sedangkan murid sekolah menengah telah berkurangan sebanyak 4.07 % berbanding tahun 2000. Pada tahun 2005, bilangan murid telah bertambah menjadi 154.7 ribu murid.43.05% daripada jumlah tersebut ialah murid sekolah menengah manakala selebihnya ialah murid sekolah rendah.

Pada tahun 2005, jumlah murid di Pulau Pinang telah bertambah sebanyak 8,200 murid kepada 264.2 ribu murid berbanding tahun 2003. Daripada jumlah tersebut, 152.9 ribu orang ialah murid sekolah rendah manakala selebihnya ialah murid sekolah menengah.Pada tahun 2003 pula, 40.58% murid sekolah menengah dan selebihnya ialah murid sekolah rendah.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buletin Perangkaan Sosial, 2005)

7. Kelestarian permainan tradisional atau permainan rakyat perlu dikekalkan untuk generasi akan datang. Namun begitu, permainan sebegini semakin dipinggirkan oleh masyarakat. Bincangkan

Pengenalan:

Permainan tradisional seperti congkak, gasing, wau, galah panjang, batu seremban dan ting-ting bulan, mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri. Namun begitu, ia semakin dipinggirkan.

BilIdeaHuraian

AKepentingan melestarikan permainan tradisional

1Mempertahankan seni warisan bangsa Generasi hari ini dapat memahami dan mengetahui sumber permainan tradisional

Merupakan medium hiburan nenek moyang kita

Berbangga mempunyai nilai warisan lama

Melambangkan identity dan jati diri sesuatu bangsa

Menjadikan asset budaya sesuatu bangsa

2Mengeratkan silaturrahim Mementingkan semangat berpasukan dan bertolak ansur semasa bermain

Kebanyakan permainan tradisional ini (congak, gasing, batu seremban, cari cucu) dimainkan secara berpasangan atau berkumpulan

Mewujudkan persefahaman seterusnya mengukuhkan ikatan persaudaraan

Mewujudkan perpaduan dan kemesraan antara kaum.

3Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat Masa senggang remaja dapat diisi dengan aktiviti yang dapat mencerdaskan minda dan mencergaskan anggota badan semasa bermain

Permainan ini bebas daripada elemen keganasan dan menyeronokkan

Membentuk disiplin diri yang tinggi melalui peraturan, permainan yang perlu dipatuhi

Mengurangkan gejala sosial

4Melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif Ada sesetengah permainan tradisional ini telah diubah suai dan dimodenkan dari segi peralatan dan peraturannya

Menghasilkanperalatan/ perkakasan yang lebih menarik dan senang dibawa kemerata tempat

Penampilan baru ini merangsang daya kreativiti dan inovasi dalam permainan tradisional

BFaktor dipinggirkan

5Tiada pendedahan Generasi hari ini tidak didedahkan dengan cara bermain permainan tradisional(tidak tahu cara bermain)

Tiada tujuk ajar daripada ibu bapa atau generasi yang lebih tua

Sikap generasi baru tidak ingin mencuba

6Persaingan daripada permainan moden Pelbagai permaian moden yang menarik di pasaran ( sahibba, catur, tenis, permainan video)

Permainan moden dianggap lebih mencabar, lasak dan lebih berprestij

Permaian moden lebih disukai kerana dianggap sesuatu yang baru dan sentiasa diperbaharui

7Tiada nilai komersial Permainan tradisionl tidak menguntungkan berbanding permainan moden seperti bola sepak, tenis dan golf.

Permainan moden dapat menjana pendapatan lumayan

Tiada penaja untuk mengetengahkan permainan ini kecuali sepak takraw

8Hubungan kemasyarakatan yang semakin longgar Hal ini kerana kebanyakan permainan ini memerlukan sekumpulan orang untuk bermain

Kekurangan ahli untuk bermain terutama di kawasan bandar

Masyarakat tidak mengenali jiran dan kini lebih suka berkurung di rumah daripada bergaul dengan jiran tetangga

9Kurang tenaga pakar untuk membuat peralatan permainan Untuk membuat wau misalnya kita perlukan kepakaran dan kemahiran baik dari segi mencari bahan ataupun membuat permainan tersebut

Untuk membuat congkak dan gasing seseorang memerlukan kayu yang bermutu

Kesilapan dalam memilih bahan atau membuat alat permainan tersebut menyebabkan permainan seperti wau, tidak melayang di udara

Penutup:Permainan tradisional merupakan pusaka bangsa yang harus diketengahkan oleh Negara demi mencorakkan Malaysia dengan pelbagai permainan rakyat. Usaha-usaha untuk mengetengahkan harus dirancang oleh pelbagai pihak termasuk kalangan ibu bapa.

8. Pelaksanaan Dasar Perindustrian Berat membuka peluang kepada Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020, namun wujud masalah daripada pelaksanaan dasar ini.Bincangkan.

BilIdeaHuraian

A KEPENTINGAN

1Memantapkan ekonomi Malaysia sektor industrian berat mengeluarkan barang seperti kereta, simen, besi keluli dan petrokimia.

Eksport barangan keluaran industri berat dapat ditingkatkan

Negara Malaysia dapat mengurangkan pengimport barang ini

Tukaran wang asing yang banyak dapat dperolehi melaui pengeksport barang ini

Dapat memantapkan ekonomi negara

2Mengembangkan industri hiliran Komponen barang kecil tidak dihasilkan oleh industri besar

Kilang pembuatan kereta Proton tidak mengeluarkan barang-barang kecil untuk keretanya.

Industri kecil dan sederhana menyediakan komponen tersebut.

industri kecil dan sederhana berkembang hasil daripada kewujudan industri berat.

3Pemindahan dan penyerapan teknologi moden pembangunan industri berat memerlukan kerjasama badan korporat asing.

Menggalakkan kemasukan tenaga mahir dan teknologi moden

Pekerja tempatan berpeluang menyerap teknologi moden

Penyelidikan dan pembangunan dijalankan di negara kita

Malaysia dapat menghasilkan teknologi sendiri. taraf kemahiran meningkat , status rakyat Malaysia juga turut berubah.

4Meningkatkan taraf hidup rakyat Pendapatan penduduk meningkat kerana penduduk dapat bekerja di kilang-kilang yang telah dibuka.

Pengangguran berkurangan maka taraf hidup akan meningkat.

5Peluang pekerjaan Banyak kilang akan wujud hasil daripada perindusrian berat

Kemunculan pengusaha-pengusaha PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) memajukan lagi industri berkaitan industri besar.

Banyak peluang pekerjaan terbuka kepada masyarakat bagi memenuhi permintaan sumber manusia

B MASALAH

6Pencemaran alam

(* huraian mesti dikaitkan dengan industri berat) Urusan dan rawatan sisa kimia toksik yang kurang rapi akan mencemarkan alam sekitar apabila berlakunya perkembangan industri petrokimia yang pesat.

Pencemaran darat dan laut berlaku .

Kesihatan manusia terjejas dan kelestarian hidupan

Penggunaan tenaga nuklear akan memudaratkan pencemaran sekiranya loji nuklear bocor

7Kekurangan sumber manusia dalam sektor lain (pertanian dan pembinaan) Gaji sektor perindustrian lebih tinggi. Menarik lebih ramai tenaga manusia bekerja di sosial perindustrian

Kurang penyertaan tenaga buruh dalam ocial lain

Negara terpaksa mengambil tenaga buruh asing

8Kemasukan pekerja asing Menimbulkan masalah sosial seperti tempat tinggal, jenayah

Masyarakat tempatan kurang selesa dengan kehadiran mereka

9Kekurangan kepakaran dalam industri berat Industri memerlukan tenaga kerja pakar dan mahir dalam bidang masing-masing.

Negara masih kekurangan kepakaran dan terpaksa mengimport kepakaran asing dengan bayaran yang tinggi.

Penutup:

Kestabilan politik mesti dicapai oleh Negara Malaysia bagi menjamin kelangsungan perindustrian yang akan membawa kepada peningkatan ekonomi . Rakyat akan dapat hidup dalam keadaan selesa hasil daripada peningkatan pendapatan. MALAYSIA:KUANTITI PENGELUARAN, EKSPORT DAN IMPORT SERTA

HARGA MINYAK MENTAH PADA TAHUN 2004 HINGGA TAHUN 2008

0

50

100

150

200

250

300

350

400

450

500

2004

2005

2006

2007

2008

Tahun

Kuantiti pengeluaran,

eksport dan import

(ribu tong sehari )

0

20

40

60

80

100

Harga pasaran

(US$ setong)

Kauntiti pengeluaran

Kuantiti eksport

Kuantiti import

Harga pasaran (US$ setong)

Skala Y1 1cm: 50 ribu tong sehari

Skala 1 cm : US$ 10 setong

Petunjuk :

( Sumber dipetik dan diubahsuaikan daripada

Laporan Ekonomi 2007/2008)

MALAYSIA: BILANGAN MURID DI SEKOLAH PADA BANTUAN KERAJAAN MENGIKUT NEGERI PADA TAHUN

2000,2003 DAN 2005 ANTARA SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH

STPM 900/2*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan ini tamat

STPM 900/2*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan ini tamat