skema bm k2 - set 3

11
SKEMA KERTAS 2 : SET 3 (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012) SKEMA PEMARKAHAN Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Pendahuluan Petikan membincangkan /keistimewaan/kebaikan/manfaat/kelebihan industri desa kepada masyarakat. 2m Petikan membincangkan keistimewaan/kebaikan industri desa. 1m Isi Tersurat [4 hingga 12 markah ] Petikan membincangkan peranan/ fungsi industri desa: T1. Membuka peluang pekerjaan dan perniagaan kepada anak-anak kampung. 2m T2. Membantu menarik lebih ramai pelancong asing datang ke negara kita. 2m T3. Dapat menambahkan pertukaran wang asing. 2m T4. Mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara. 2m T5. Memperluas penggunaan pelbagai sumber asli tempatan sebagai bahan mentah untuk menghasilkan barangan yang berguna. 2m T6. Menjimatkan kos pengeluaran. 2m T7. Penurunan kadar kemiskinan. 2m T8. Meningkatkan warisan seni bangsa bagi membolehkan generasi baharu mengenali warisan seni bangsanya. 2m T9. Masa lapang penduduk desa juga boleh dimanfaatkan dengan kerja-kerja yang produktif dan menguntungkan. 2m Isi tersirat [ 4 hingga 12 markah ] S1. Masalah kekurangan modal. 2m S2. Masalah pemasaran dan promosi 2m S3. Masalah pengurusan dan pengalaman 2m S4. Persaingan dengan barangan lain 2m 1

Upload: muhamadkamil385

Post on 09-Aug-2015

230 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: SKEMA BM K2 - SET 3

SKEMA KERTAS 2 : SET 3 (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)

SKEMA PEMARKAHAN

Soalan 1 : Rumusan[30 markah]

PendahuluanPetikan membincangkan /keistimewaan/kebaikan/manfaat/kelebihan industri desa kepadamasyarakat. 2m

Petikan membincangkan keistimewaan/kebaikan industri desa. 1m

Isi Tersurat [4 hingga 12 markah ]

Petikan membincangkan peranan/ fungsi industri desa:

T1. Membuka peluang pekerjaan dan perniagaan kepada anak-anak kampung. 2mT2. Membantu menarik lebih ramai pelancong asing datang ke negara kita. 2mT3. Dapat menambahkan pertukaran wang asing. 2mT4. Mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara. 2mT5. Memperluas penggunaan pelbagai sumber asli tempatan sebagai bahan mentah untuk menghasilkan barangan yang berguna. 2mT6. Menjimatkan kos pengeluaran. 2mT7. Penurunan kadar kemiskinan. 2mT8. Meningkatkan warisan seni bangsa bagi membolehkan generasi baharu mengenali warisan seni bangsanya. 2mT9. Masa lapang penduduk desa juga boleh dimanfaatkan dengan kerja-kerja yang produktif dan menguntungkan. 2m

Isi tersirat [ 4 hingga 12 markah ]S1. Masalah kekurangan modal. 2mS2. Masalah pemasaran dan promosi 2mS3. Masalah pengurusan dan pengalaman 2mS4. Persaingan dengan barangan lain 2mS5. Teknologi yang rendah 2mS6. Pekerja yang kurang motivasi dan kurang produktif 2m

PenutupKesimpulannya, masyarakat hendaklah bersama-sama memajukan industri desa agar taraf hidup masyarakat desa dapat ditingkatkan. 2m

1

Page 2: SKEMA BM K2 - SET 3

SKEMA KERTAS 2 : SET 3 (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)

Soalan 2 : Pemahaman [35 markah]

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

(i) Maksud menjana pertumbuhan ekonomi:- Menghasilkan perkembangan sumber kekayaan/ pendapatan

[Maksimum : 2 markah]

(ii) Ciri-ciri industri desa- Industri berskala kecil-kecilan- Menghasilkan pengeluaran atau kerja tangan yang diusahakan oleh masyarakat kampung yang masih mengekalkan nilai-nilai seni tradisi dan kebudayaan.- Menggunakan teknik tradisi tempatan yang diwarisi daripada nenek moyang kita sejak zaman –berzaman.

[Maksmum : 3 markah]

(iii) Langkah-langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan- Mengadakan latihan kemahiran- Memberi bantuan modal/ pinjaman- Mengadakan promosi hasil industri desa- Meluaskan pasaran hasil industri desa- Memperkenalkan penggunaan teknologi moden dalam meningkatkan produktiviti- Mengadakan Anugerah Usahawan Industri Desa tahunan.

[Maksimum : 4 markah]

Soalan 2(b) – Petikan Cerpen ‘Israk’

(i) Perbezaan cara hidup Wah berbanding dengan kehidupan cucunya- Wah tinggal di rumah buruk, sedangkan cucunya tinggal di kediaman mewah.- Wah melihat pokok mencakar langit, sedangkan cucunya melihat bangunan

pencakar langit.- Setiap hari Wah makan makanan tradisional yang dianggap tidak sedap oleh cucunya, sedangkan cucunya makan makanan yang sedap-sedap.

(2 isi cukup) [maksimum : 2 markah]

2

Page 3: SKEMA BM K2 - SET 3

SKEMA KERTAS 2 : SET 3 (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)

(ii) Andaikan saya Israk, tindakan yang saya ambil untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan Wah di kampung ialah:

- melakukan aktiviti bersama-sama Wah- makan makanan yang dimasak oleh Wah- meluangkan masa berbual-bual/ bersembang/ bercerita dengan Wah- membantu Wah melakukan kerja-kerja di kebun/di rumah

(2 isi cukup)[makimum : 3 markah]

(iii) Satu pengajaran daripada petikan

- Janganlah bergaduh antara adik-beradikperbuatan Israk dan Mikraj yang sering bergaduh kerana perbezaan pendapat tidak wajar dicontohi. [ 1+1 ]

- Kita hendaklah saling menasihati antara satu sama lain Wah menasihati Israk dan Mikraj supaya tidak bertengkar. [ 1+1 ]

- Kita hendaklah pandai menyesuaikan diri walau di mana-mana sahaja kita beradaIsrak sepatutnya menyesuaikan diri dengan kehidupan Wah di kampung

[ 1+1 ]

Pilih mana-mana satu isi[2 markah]

Satu pengajaran lain daripada keseluruhan cerpen

- Janganlah lupa akan asal usul kita- Israk yang dibesarkan di luar negara sepatutnya tidak lupa akan asal usulnya yang

pernah dijaga oleh neneknya di kampung [1+1]- Kita haruslah berani bertindak menyelamatkan orang yang kita sayangi

Wah telah menghulurkan sebatang kayu kepada Israk yang terjatuh ke dalam sungai. Wah telah menarik Israk naik ke tebing [1+1]

- Kita hendaklah mentaati perintah Tuhan Wah menunaikan solat tepat pada waktunya dan sentiasa berwuduk [1+1]

Pilih mana-mana satu isi[ 2 markah]

[maksimum : 4 markah]

3

Page 4: SKEMA BM K2 - SET 3

SKEMA KERTAS 2 : SET 3 (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)

Soalan 2(c) – Petikan Prosa Klasik ‘Pelayaran Penuh Peristiwa’

(i) Maksud bagai kilat sembur-menyembur ialah :- begitu pantas sesuatu yang keluar dari mulut

[maksimum : 2 markah]

(ii) Pantang larang ketika bermain di gelanggang :- tidak boleh mencabut keris di pinggang, - dilarang membuang tengkolok di kepala, - ditegah menyingsing lengan, - dilarang menyeru nama anak lelaki

(3 isi cukup)[maksimum : 3 markah]

(iii) Kita dilarang melanggar pantang larang dalam sesuatu pertandingan kerana:- menghormati peraturan yang telah ditetapkan- mengelakkan berlakunya pergaduhan/ persengketaan/ perbalahan/ permusuhan

dengan pihak lawan- pertandingan dapat dijalankan dengan adil dan lancar

(2 isi cukup)[maksimum : 3 markah]

Soalan 2(d) – Sajak ‘Di Bawah Langit yang Sama’

(i) Perkara yang ingin dikongsi bersama oleh penyajak dengan warga dunia ialah:-berkongsi siang dan malam-menyemaikan rasa cinta sejagat-memberikan harapan yang sama kepada warga dunia

[2 markah]

(ii) Pada pendapat saya, sesebuah negara perlu mengamalkan sikap berbaik-baik dengan bangsa-bangsa lain di dunia supaya:

- mewujudkan hubungan diplomatik- menjalinkan kerjasama ekonomi- mewujudkan keamanan serantau/ dunia- berkongsi kepakaran teknologi- Mengelakkan peperangan/ perselisihan

(2 isi cukup)[maksimum : 3 markah]

4

Page 5: SKEMA BM K2 - SET 3

SKEMA KERTAS 2 : SET 3 (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)

(iii) Dua pengajaran berdasarkan sajak

1. Kita mestilah menganggap manusia sebenarnya sama taraf walau di manapun mereka berada kerana berada di bawah langit yang sama, hanya dipisahkan oleh sempadan politik yang dicipta oleh manusia. [1+1 ]

2. Kita mestilah menganggap setiap tempat mempunyai keistimewaannya yang tersendiri kerana setiap tempat itu mempunyai keindahan alam semula jadi masing-masing [1+1 ]

3. Kita perlu mewujudkan keamanan dunia agar rakyat hidup sejahtera [1+1 ]

(2 isi cukup)[maksimum : 4 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

(a)(i) Kukuh

a) kuat dan tegap buatannya atau binaaannya (berkenaan bangunan, dll)b) tahan (tidak mudah runtuh,binasa ,rosak ,dll)c) teguh (pendirian , dll ), tidak mudah berubah atau berganjak, cekal hati.d) tidak mudah turun naik (berkenaan ekonomi,kewangan,harga dsb),stabil

(ii) Tinggia) besar jaraknya di bahagian bawah (tapaknya), jauh ke atas (di atas),lwn

rendah b) panjang (berkenaan bangun tubuh dll), lawan pendek c) luhur,mulia d) peringkat atau tingkat atas (berkenaan pangkat,taraf, dll)

e) mahal(harga, dll) (besar perbelanjaan, dll)f) sudah maju ( kecerdasan, tamadun,dll) berada pada tingkat atas (pelajaran,pengetahuan)g) halus dan keras (suara), muluk,nyaring

(iii) Segara) Nyaman dan sihat (badan), tidak berpenyakit,cergasb) Menimbulkan rasa nyaman, enak,tenteramc) Tumbuh dengan suburnya(berkenaan tumbuh-tumbuhan), tidak layud) Masih baru (sst barang,berlakunya ssst peristiwa , dll) terlekat pada

ingatan;[Maksimum : 6 markah]

5

Page 6: SKEMA BM K2 - SET 3

SKEMA KERTAS 2 : SET 3 (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)

(b) (i) - Mengambil langkah yang berkesan kerajaan untuk membendung masalah

penganiayaan kanak-kanak - Untuk membendung masalah penganiayaan kanak-kanak, mengambil langkah

yang berkesan kerajaan

(ii) - Semakin uzur nenek, sejak terjatuh di bilik air - Sejak terjatuh di bilik air, semakin uzur nenek

(iii) - Akan bermesyuarat ketua-ketua kampung dengan pegawai daerah pada bulan Oktober ini.

- Akan bermesyuarat dengan pegawai daerah, ketua-ketua kampung pada bulan Oktober ini.

- Pada bulan Oktober ini, akan bermesyuarat ketua-ketua kampung dengan pegawai daerah

- Pada bulan Oktober ini, akan bermesyuarat dengan pegawai daerah, ketua-ketua kampung

[Maksimum : 6 markah]

(c)(i) merasa - berasa

berumahtangga - berumah tangga(ii) mengubah - menggubah

mahsyur - masyhur(iii) menemui - menemukan

Febuari - Februari

[Maksimum : 6 markah](d)

(i) menarik - mencabutmenggaru - menggaru-garu

(ii) menjual - menggadaibaru - baharu

(iii) mengambil - memetikcantik-cantik - cantik

[Maksimum : 6 markah]

(e) Peribahasa

i) Ukur baju di badan sendiri

ii) Harapkan pagar, pagar makan padi/ harapkan pegar, pegar makan padi

iii) Bagai kacang lupakan kulit

[Maksimum : 6 markah]

6

Page 7: SKEMA BM K2 - SET 3

SKEMA KERTAS 2 : SET 3 (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)

Soalan 4: Novel

[15 markah]

Skema Jawapan Novel

Panduan pemarkahan bagi soalan 4

4 (a) Nilai bekerjasama

(i) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari.(ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.(iii) Berikan 2 markah bagi setiap nilai yang lengkap.(iv) Berikan 1 markah bagi setiap nilai yang kurang lengkap.(v) Markah isi maksimum 4 markah (maksimum 2 markah bagi setiap isi).(vi) Markah bahasa maksimum 3 markah.(vii) Markah bahasa diberikan secara impression.

a. Baik = 3 markahb. Sederhana = 2 markahc. Lemah = 1 markah

(viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, berikan 1 markah untuk bahasa.(ix) Calon tidak menjawab 0 markah.

[maksimum : 7 markah]

4 (a) Nilai bekerjasama

Novel Azfa Hanani Novel Kembara Amira

a) Nilai bekerjasama dalam keluarga

Keluarga Datin Maziah sentiasa memberi kerjasama kepada Azfa Hanani untuk menyesuaikan diri dalam rumah banglo tersebut. Abang Mazran dan Kak Finaz pula sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada Azfa Hanani tentang peraturan yang mesti dipatuhi di dalam rumah itu. Abang Muzaffar pula sudi untuk mengajar cara-cara menggunakan komputer kepada Azfa Hanani.

Nilai bekerjasama dalam pasukan forum

Nilai bekerjasama menyelesaikan projek kajian arkeologi hingga berjaya.

Sekumpulan mahasiswa tahun akhir tempat Profesor Zaidah telah bekerjasama membuat kajian arkeologi di Bukit Mat Raya. Walaupun mereka menghadapi cabaran seperti tali khemah mereka dipotong oleh seseorang, namun mereka tetap meneruskan usaha untuk membuktikan bahawa tempat itu merupakan petempatan manusia zaman silam setelah menemui karpus manusia dan bahan-bahan tinggalan sejarah. Mereka juga bekerjasama menyiapkan projek tersebut biarpun Profesor

7

Page 8: SKEMA BM K2 - SET 3

SKEMA KERTAS 2 : SET 3 (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)

Azfa Hanani, Tengku Ellina, Fuad, Adlan dan Fazlina sering memberikan kerjasama yang padu dalam pasukan forum remaja. Mereka berbincang bersama-sama untuk membuat latihan bagi memastikan kemenangan pasukan sekolah mereka. Oleh sebab ketiadaan masa, mereka sanggup berkumpul dan berbincang di rumah Tengku Ellina. Akhirnya, pasukan forum mereka telah berjaya dan Azfa Hanani menjadi pengerusi forum terbaik.

Nilai bekerjasama menjayakan Hari Sumbangsih

Ekran bekerjasama dengan rakan-rakannya dalam Persatuan Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Taman Sari untuk menjayakan Program Hari Sumbangsih bagi mengumpulkan dana sebanyak RM16000.

Nilai bekerjasama mendirikan gerai burger yang baharu

Tengku Muzaffar bekerjasama dengan Ekran mendirikan gerai burger milik Ekran yang telah terbakar.

Zaidah tercedera dan tidak dapat bertugas.

Nilai bekerjasama mencari rakan yang hilang.

Amira, Jacinta, Itai, Roslan dan Pak Lias berusaha mencari Malique yang hilang setelah kereta yang dinaikinya terjunam ke dalam gaung sehingga ke Gunung Gua Gajah. Amira dan Itai akhirnya menemui Malique di hujung gua tersebut.

Nilai bekerjasama mencari kata laluan mobile disk

Amira, Itai dan Jacinta bekerjasama untuk berkongsi idea mencari kata laluan mobile disk yang ditemui oleh Amira di puncak Gunung Gua Gajah untuk mengetahui pemilik sebenar disket dalam usaha mencari Malique yang hilang.

4 (b) Latar Tempat(i) Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari.

8

Page 9: SKEMA BM K2 - SET 3

SKEMA KERTAS 2 : SET 3 (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)

(ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.(iii) Berikan 1 markah bagi setiap isi yang lengkap.(iv) Berikan 2 markah bagi huraian yang lengkap.(v) Berikan 1 markah bagi huraian yang kurang lengkap.(vi) Markah isi maksimum 6 markah (maksimum 3 markah bagi setiap novel)(vii) Markah bahasa maksimum 2 markah.(viii) Markah bahasa diberi secara impression

(i) Baik = 2 markah(ii) Lemah = 1 markah

(ix) Jika calon menjawab dan markah isi 0 berikan 1 markah untuk bahasa.(x) Calon tidak menjawab 0 markah.

[maksimum : 8 markah]

4 (b) Latar TempatAzfa Hanani Kembara Amira

1. Di Kampung MerpatiKampung yang tenang dan harmoni serta merupakan tempat tinggal Azfa Hanani, Mak Diah, Pak Madi dan Zuraini .

2. Di Makmal Kimia Sekolah Menengah Sri Dian

Azfa Hanani mengelamun sedangkan Falina, Kamilah dan Aini sibuk menyusun radas dan bahan-bahan kimia.

3. Di bilik pengetua Sekolah Menengah Sri Dian

Azfa Hanani diperkenalkan kepada Tengku Mazran dan Kak Syafinaz.

4. Di Institut Lingua FrancaAzfa Hanani belajar bahasa Inggeris dan bahasa Jepun.

5. Banglo Datuk Tengku MansurTempat Azfa Hanani tinggal dan menyamar sebagai Tengku Murni. Di sini juga Azfa Hanani bertengkar dengan Tengku Muzaffar. Di sini juga, Azfa Hanani ditampar dan dihalau oleh Datin Maziah.

1. Di Desa karpusTempat atau tapak kerja lapangan untuk mencari gali artifak yang diketuai oleh Prof Zaidah. Di situ juga mereka mendirikan khemah untuk dijadikan tempat tinggal sementara.

2. Di Gunung Gua GajahAmira menjumpai mobile disk milik Malique semasa pergi ke situ bersama-sama dengan Jacinta, Dr. Zawawi, Itai dan Tau. Mereka juga menjumpai kapak batu yang digunakan oleh manusia zaman Neolitik di situ.

3. Di rumah LudinPenduduk kampung berbincang dan berbahas tentang Itai yang membawa Amira ke sungai yang terdapat ketulan emas. Ketulan emas itu hendak diberikan kepada Jacinta. Hal ini menyebabkan Itai yang bakal menjadi ketua kampung itu hampir-hampir dilucutkan kelayakannya.

4. Di Bukit Mat RayaTempat kerja cari gali artifak lama dan tapak kompleks arkeologi.

5. Di Stesen Dahan HijauTempat persinggahan Amira , Jacinta, Malique, dan John O’Hara sebelum ke hutan Bukit Mat Raya.

9