sixxxx

7
Teori : Hukum Avogadro ini juga dikenali sebagai Teori Avogadro ataupun Hipotesis Avogadro. Ia merupakan satu hukum yang mana gas-gas dengan isi padu yang sama, pada suhu dan tekanan yang sama, mempunyai bilangan zarah atau molekul yang sama. Bilangan molekul yang ada pada isi padu gas yang tertentu adalah bebas daripada saiz ataupun jisim molekul gas tersebut. Sebagai contohnya, sekiranya pada suhu dan tekanan yang sama, gas hidrogen dan gas nitrogen pada isi padu yang sama mempunyai bilangan molekul yang sama. Nilai teori bagi pemalar Avogadro merupakan 6.022 × 10 23. Ia merupakan bilangan molekul apa jua gas yang hadir pada 22.4 L isipadu. Dalam segi matematik, hukum ini boleh dinyatakan seperti berikut: yang : V adalah isipadu gas n adalah kuantiti bahan dalam gas / bilangan mol gas itu k adalah pemalar berkadar terus / pembolehubah tetap Teori yang amat penting dalam Hukum Avogadro ini ialah pemalar gas ideal mempunyai nilai yang sama bagi semua jenis gas (pembolehubah tetap gas unggul mempunyai nilai yang sama). Perkara ini boleh dirumuskan seperti formula di bawah :-

Upload: mogana-tan-keng-yu

Post on 18-Jan-2017

239 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sixxxx

Teori :

Hukum Avogadro ini juga dikenali sebagai Teori Avogadro ataupun Hipotesis

Avogadro. Ia merupakan satu hukum yang mana gas-gas dengan isi padu yang sama,

pada suhu dan tekanan yang sama, mempunyai bilangan zarah atau molekul yang

sama. Bilangan molekul yang ada pada isi padu gas yang tertentu adalah bebas

daripada saiz ataupun jisim molekul gas tersebut. Sebagai contohnya, sekiranya pada

suhu dan tekanan yang sama, gas hidrogen dan gas nitrogen pada isi padu yang sama

mempunyai bilangan molekul yang sama. Nilai teori bagi pemalar Avogadro merupakan

6.022 × 1023. Ia merupakan bilangan molekul apa jua gas yang hadir pada 22.4 L

isipadu. Dalam segi matematik, hukum ini boleh dinyatakan seperti berikut:

yang : V adalah isipadu gas

n adalah kuantiti bahan dalam gas / bilangan mol gas itu

k adalah pemalar berkadar terus / pembolehubah tetap

Teori yang amat penting dalam Hukum Avogadro ini ialah pemalar gas ideal

mempunyai nilai yang sama bagi semua jenis gas (pembolehubah tetap gas unggul

mempunyai nilai yang sama). Perkara ini boleh dirumuskan seperti formula di bawah :-

di mana, p adalah tekanan bagi gas

T suhu bagi gas

Ini bermaksud nilai pemalar di atas adalah sama bagi semua gas tanpa bergantung

pada saiz atau jisim molekul-molekul gas tersebut.

Page 2: Sixxxx

Nilai Avogadro sebagai atau pemalar yang asas bagi kimia membolehkan

pengiraan kuantiti bahan tulen (lebih dikenali sebagai mol). Nilai Avogadro ini dapat

digunakan dalam membuat penentuan tentang perbandingan berat di antara sesuatu

molekul dalam gas yang berlainan. Selain itu, nilai pemalar Avogadro boleh ditentukan

dengan menggunakan proses elektrolisis. Dalam proses ini, elektrod kuprum bersama

dengan elektrolit kuprum sulfat digunakan. Dua plat kuprum ini dicelupkan di dalam

sebuah bikar yang mengandungi larutan kuprum sulfat. Elektrod anod akan mengalami

proses pengoksidaan dan elektrod katod pula mengalami proses penurunan. Contoh

persamaan bagi tindak balas ini adalah seperti berikut:-

Cu (pe) → Cu2+ (ak) + 2e- (pengoksidaan) Cu2+ (ak) + 2e- → Cu (pe) (penurunan )

Di sini, anod akan mengalami pengoksidaan dan melepaskan elektron kepada katod.

Maka, anod akan kehilangan jisim dan atom kuprum akan bertukar menjadi ion kuprum.

Kehilangan elektron di anod akan diterima oleh katod. Maka, katod akan bertambah

jisim berbanding dengan anod. Elektrod yang akan diplatkan akan ditimbang jisimnya

sebelum dan selepas eksperimen. Perbezaan bagi di antara kedua-dua jisim ini adalah

seperti berikut:-

m = mf - mi

yang, mi = jisim awal elektrod

mf = jisim akhir elektrod

Cas elektrik yang mengalir dalam sistem sewaktu proses elektrolisis, q boleh dikira.

Formulanya seperti berikut :-

q = It

yang , I adalah arus elektrik dan

t adalah jumlah masa yang diambil

Page 3: Sixxxx

Secara keseluruhannya, Nilai Avogadro, NA ini dapat dikira dengan bantuan formula di

bawah :

N A=q Mn m qe

yang, M adalah jisim atom bagi besi

n adalah bilangan elektron dalam persamaan setengah

qe adalah cas satu elektron

Page 4: Sixxxx

Refleksi

Kami berempat dalam kumpulan telah menjalankan pratikal 6 dengan baik.

Seperti biasa, sebelum mengendalikan eksperimen ini kami telah membaca dan

memahami kehendak dan prosedur pratikal ini. Hal ini membantu kami untuk

menjalankan pratikal ini tanpa sebarang masalah. Sebenarnya, eksperimen ini agak

mudah untuk dibuat. Hal ini kerana langkah-langkah untuk menjalankan eksperimen ini

agak kecil dan mudah difahami.

Dengan bantuan eksperimen ini dapat mengenali maksud nilai Avogadro ini

dengan baik melalui sumber internat dan juga buku rujukan dari perpustakaan.

Maklumat-maklumat ini membantu saya ketika menulis teori bagi laporan pratikal ini.

Selain itu, kefahaman terhadap hukum ini juga dapat dipertingkatkan. Ketika

eskperimen ini, seorang daripada rakan kumpulan saya mengemukakan beberapa

soalan berkaitan dengan hukum ini untuk mendapat kefahaman yang jelas. Di situ, saya

membantu dia untuk menerangkan maklumat yang ada dalam hukum ini.

Kami dapat memasang radas bagi pratikal ini dengan tepat dan betul atas

pertolongan dan bimbingan pensyarah. Selepas 30minit, kami membaca bacaan

ammeter dan merekod dalam jadual keputusan. Selepas itu, saya telah membersihkan

kedua-dua plat kuprum tersebut dengan larutan propanon. Setelah itu, saya telah

mengukur jisim bagi kedua-dua plat tersebut dengan menggunakan neraca jisim

elektrik. Ketika ini, saya menyedari bahawa bacaan melalui necara jisim elektronik amat

tepat berbanding dengan jenis neraca lain.

Di samping itu, saya juga menyedari bahawa keputusan sesuatu eksperimen

amat penting dalam penggiraan dan juga dalam babak perbincangan. Melalui

eksperimen ini, nilai-nilai saintifik dan moral juga dapat dipertingkatkan antara ahli

kumpulan. Ketika eksperimen ini, kami telah berkerjasama antara satu sama lain,

menjalankan tanggungjawab masing-masing, dan bertolak ansur sesama lain. Kami

telah menangkap gambar hasil keputusan eksperimen ini. Setelah eksperimen ini

Page 5: Sixxxx

tamat, kami berempat berkerjasama bagi membersihkan radas-radas yang digunakan

dan juga mengemaskan tempat yang kami telah digunakan. Sebagai bakal guru, saya

menyedar bahawa kita harus memastikan tempat eksperimen yang dijalankan kelihatan

dalam keadaan bersih. Di sekolah juga kita harus mengalakkan dan mengajar murid-

murid untuk memastikan makmal sains dalam keadaan bersih, kemas dan teratur.

Secara keseluruhannya, saya telah mempelajari banyak ilmu daripada

eksperimen ini. Di sini, saya berpendapat bahawa aktiviti pratikal begini amat penting

dan effektif bagi seseorang guru pelatih untuk meningkatkan kemahiran manipulatif bagi

mengendalikan radas-radas sains dengan baik. Setelah menjalankan aktivti eksperimen

ini kami telah dapat membuat dan menyiapakan laporan pratikal yang baik.