siti fatimah hj. sajadi najmah nawawi …€¦ · bab 2 sorotan kajian 2.1 ... serta mendapat...

74

Upload: phungkiet

Post on 01-Sep-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SITI FATIMAH HJ. SAJADI

NAJMAH NAWAWI

AZLIFAH ABAS

NOR AZLINA KASSIM

ROSIDAH RAHID

2008

ii

©Maktab Koperasi Malaysia

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk

dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Maktab

Koperasi Malaysia

Perpustakaan NegaraLiterasi Komputer Dalam Kalangan Anggota Lembaga

Dan Kakitangan Koperasi Di MalaysiaISSN 1823-4844

Diterbitkan Oleh:Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi

Maktab Koperasi Malaysia103, Jalan Templer46700 Petaling Jaya

Selangor

Tel: 603-7964 9000 Faks: 603-7957 0434Email: [email protected]

Disunting Oleh :Siti Fatimah Sajadi

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Yusnita OthmanMaktab Koperasi Malaysia

Cawangan Utara

iii

SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL ABSTRAK

BAB 1

PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian

1.1.1 Kepentingan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Dalam Pembangunan Negara

1.1.2 Kepentingan ICT kepada koperasi 1.2 Pernyataan Masalah 1.3 Objektif Kajian 1.4 Kepentingan Kajian

BAB 2

SOROTAN KAJIAN2.1 Definisi Literasi Komputer 2.2 Mengukur Literasi Komputer 2.3 Faktor-faktor Yang Mempunyai Kaitan Dengan Literasi

Komputer Individu 2.3.1 Faktor Ciri-ciri Demografi Dan Tahap Literasi

Komputer 2.3.2 Faktor Selain Ciri-ciri Demografi Dan Tahap

Literasi Komputer2.4 Takrifan, Pengukuran dan Faktor-faktor Tahap Literasi

Komputer Bagi Kajian

viviiixi

11

2334

567

7

8

8

ISI KANDUNGAN

HALAMAN

iv

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN3.1 Kerangka Kajian 3.2 Skop Dan Batasan Kajian 3.3 Kaedah Persampelan 3.4 Kaedah Pengumpulan Data 3.5 Instrumen Kajian 3.6 Pembolehubah Kajian 3.7 Kaedah Analisis Data

BAB 4

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN4.1 Kadar Maklum Balas 4.2 Latar Belakang Sampel Kajian

4.2.1 Latar Belakang Koperasi 4.2.2 Latar Belakang Responden Keseluruhan

4.3 Tahap Pengetahuan Asas Komputer 4.3.1 Tahap Pengetahuan Asas Komputer

Keseluruhan 4.3.2 Tahap Pengetahuan Asas Komputer ALK 4.3.3 Tahap Pengetahuan Asas Komputer Kakitangan 4.3.4 Tahap Keupayaan Menggunakan Perisian/

Aplikasi Komputer 4.4 Tahap Literasi Komputer

4.4.1 Tahap Literasi Komputer Keseluruhan 4.4.2 Tahap Literasi Komputer Keseluruhan

Berdasarkan Jawatan

HALAMAN

ISI KANDUNGAN

11121213131416

171717192222

232629

353435

v

4.4.3 Tahap Literasi Komputer ALK Dan Kakitangan Berdasarkan Jantina

4.4.4 Tahap Literasi Komputer ALK Dan Kakitangan Berdasarkan Umur

4.4.5 Tahap Literasi Komputer ALK Dan Kakitangan Berdasarkan Tahap Pendidikan

4.4.6 Tahap Literasi Komputer ALK Dan Kakitangan Berdasarkan Tempoh Berkhidmat

4.4.7 Tahap Literasi Komputer ALK Dan Kakitangan Berdasarkan Pemilikan Komputer

4.4.8 Tahap Literasi Komputer ALK Dan Kakitangan Berdasarkan Pengalaman Menggunakan Komputer

4.4.9 Tahap Literasi Komputer ALK Dan Kakitangan Berdasarkan Kekerapan Menghadiri Kursus Komputer

4.5 Faktor-faktor Berkaitan Dengan Tahap Literasi Komputer

BAB 5

RUMUSAN DAN CADANGAN5.1 Rumusan Hasil Kajian 5.2 Cadangan 5.3 Kajian Lanjutan

RUJUKAN

HALAMAN

ISI KANDUNGAN

36

38

40

42

44

46

48

50

535656

57

vi

SENARAI RAJAH

Rajah Perkara Halaman

Rajah 3-1

Rajah 4-1

Rajah 4-2

Rajah 4-3

Rajah 4-4

Rajah 4-5

Rajah 4-6

Rajah 4-7

Rajah 4-8

Rajah 4-9

Rajah 4-10

Rajah 4-11

Kerangka kajian literasi komputer

Tahap literasi komputer keseluruhan berdasarkan jawatan

Tahap literasi komputer ALK berdasarkan jantina

Tahap literasi komputer kakitangan berdasarkan jantina

Tahap literasi komputer ALK berdasarkan umur

Tahap literasi komputer kakitangan berdasarkan umur

Tahap literasi komputer ALK berdasarkan tahap pendidikan

Tahap literasi komputer kakitangan berdasarkan tahap pendidikan

Tahap literasi komputer ALK berdasarkan tempoh berkhidmat

Tahap literasi komputer kakitangan berdasarkan tempoh berkhidmat

Tahap literasi komputer ALK berdasarkan pemilikan komputer

Tahap literasi komputer kakitangan berdasarkan pemilikan komputer

11

36

37

38

39

40

41

42

43

44

45

46

vii

SENARAI RAJAH

Rajah Perkara Halaman

Rajah 4-12

Rajah 4-13

Rajah 4-14

Rajah 4-15

Tahap literasi komputer ALK berdasarkan pengalaman menggunakan komputer

Tahap literasi komputer kakitangan berdasarkan pengalaman menggunakan komputer

Tahap literasi komputer ALK berdasarkan kekerapan menghadiri kursus

Tahap literasi komputer kakitangan berdasarkan kekerapan menghadiri kursus

47

48

49

50

viii

SENARAI JADUAL

Rajah Perkara Halaman

Jadual 2-1

Jadual 2-2

Jadual 3-1

Jadual 3-2

Jadual 3-3

Jadual 4-1

Jadual 4-2

Jadual 4-3

Jadual 4-4

Jadual 4-5

Jadual 4-6

Jadual 4-7

Jadual 4-8

Jadual 4-9

Definisi Literasi Komputer

Pengukuran Tahap Literasi Komputer

Borang Soal Selidik

Senarai Pembolehubah Bersandar

Senarai Pembolehubah Tak Bersandar

Taburan Koperasi Mengikut Peringkat

Taburan Koperasi Mengikut Negeri

Latar Belakang Demografi Sampel Keseluruhan

Latar Belakang Responden Berkaitan Penggunaan Komputer

Tahap Pengetahuan Asas Komputer

Tahap Pengetahuan Asas Komputer Bagi ALK

Tahap Pengetahuan Asas Komputer Bagi Kakitangan Koperasi

Peratus Responden Yang Pernah Menggunakan Perisian Aplikasi

Statistik Tahap Kemahiran Mengikut Tugasan Dan Kategori Jawatan

5

6

13

15

15

18

18

19

21

22

24

27

29

30

ix

SENARAI JADUAL

Rajah Perkara Halaman

Jadual 4-10

Jadual 4-11

Jadual 4-12

Jadual 4-13

Jadual 4-14

Min Skor Tahap Kekerapan Dan Keupayaan Menggunakan Komputer Mengikut Tugasan

Perbandingan Min Kemampuan, Penggunaan Komputer Dan Jurang Antara Ciri-ciri Demografi

Tahap Literasi Komputer

Ujian Perbandingan Tahap Literasi Mengikut Faktor Kualitatif

Hubung Kait Antara Tahap Literasi Dan Faktor Kuantitatif

32

33

35

51

52

x

Muka surat ini sengaja dibiarkan kosong.

xi

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai tahap literasi komputer dalam kalangan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan kakitangan koperasi. Penilaian ini adalah berdasarkan kepada tiga (3) komponen utama iaitu tahap pengetahuan asas komputer, keupayaan mengguna aplikasi asas komputer serta keupayaan mengguna komputer untuk memenuhi keperluan tugas di koperasi. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk menentukan sama ada tahap literasi komputer sepadan dengan keperluan beban tugas di koperasi dan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap literasi komputer. Kajiian ini melibatkan responden yang terdiri daripada enam (6) orang ALK dan sekurang-kurangnya seorang (1) kakitangan bagi setiap koperasi dewasa yang terlibat iaitu berjumlah 619 buah koperasi. Kaedah pengumpulan data kajian adalah menerusi borang soal selidik dan responden melakukan penilaian terhadap diri sendiri ke atas tiga (3) komponen utama kajian.

Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati tahap literasi dalam kalangan responden kakitangan adalah lebih tinggi (63 peratus) berbanding responden ALK (38.1 peratus). Hasil kajian turut menunjukkan tahap literasi komputer bagi responden ALK dan kakitangan adalah tinggi bagi kaum wanita, golongan muda (berumur 35 tahun ke bawah) serta mendapat pendidikan formal dalam kemahiran berkomputer. Didapati, tahap literasi komputer meningkat sejajar dengan tahap akademik, pengalaman menggunakan komputer, tempoh berkhidmat di koperasi dan kehadiran ke kursus komputer. Di samping itu, hasil kajian ini juga menunjukkan tahap penggunaan aplikasi komputer adalah rendah dalam menjalankan tugasan harian di koperasi. Di dapati juga tahap kemampuan melebihi daripada keperluan tugas yang memerlukan penggunaan komputer di koperasi. Seterusnya, penggunaan perisian pemprosesan teks adalah yang paling tinggi manakala perisian yang paling jarang digunakan adalah pangkalan data.

xii

Bahagian akhir kajian ini telah mengemukakan beberapa cadangan untuk dipertimbangkan oleh Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) dan gerakan koperasi bagi meningkatkan lagi tahap literasi dalam kalangan ALK dan kakitangan koperasi. Antara cadangan tersebut adalah memperbanyakkan kursus komputer mengikut keperluan, menubuhkan kelab komputer dan menggalakkan jaringan koperasi untuk meningkatkan kecekapan dalam pentadbiran dan pengurusan koperasi.

Kumpulan Penyelidik :

Siti Fatimah Bt. Haji SajadiNajmah Bt. NawawiAzlifah Bt. AbasNor Azlina Bt. KassimRosidah Bt. Rashid

Penyelidikan ini disiapkan dalam tahun 2008.

1

Bab 1Pengenalan

BAB 1PENGENALAN

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

1.1.1 Kepentingan ICT dalam Pembangunan Negara

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara. Malaysia turut tidak terkecuali dalam usaha meningkatkan prasarana ICT di negara ini dengan menggubal dan melaksanakan pelbagai dasar ICT. Koridor Raya Multimedia (MSC) merupakan usaha terbesar kerajaan untuk memangkinkan pertumbuhan industri ICT negara, menggalakkan penggunaan ICT dalam kalangan rakyat dan memacu transformasi ekonomi negara daripada berlandaskan pengeluaran kepada berasaskan pengetahuan.

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK 9), kerajaan telah menggariskan beberapa perkara yang perlu diberikan tumpuan dalam pembangunan ICT seperti:

• Mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab ICT dan multimedia global;

• Meluaskan rangkaian komunikasi bagi memastikan akses kepada perkhidmatan dan maklumat yang lebih setara;

• Menggiatkan usaha merapatkan jurang digital;• Membangunkan bandar siber sedia ada serta mempromosikan pusat siber

yang baru dan aplikasi multimedia MSC;• Merangsang sumber pertumbuhan baru dalam sektor ICT termasuk

berinformasi, gabungan bioteknologi dan ICT;• Membangunkan tenaga kerja mahir dalam bidang ICT;• Mempercepatkan pembudayaan e-pembelajaran; dan • Mempertingkatkan keselamatan maklumat.

PENGENALANBab 1

2

Monograf Penyelidikan

Melihat kepada kepesatan perkembangan ICT masa kini, usaha kerajaan memperkukuhkan asas bagi mencapai ekonomi berasaskan pengetahunan memerlukan kerjasama utuh daripada setiap pihak sama ada sektor awam atau swasta. Kerjasama ini penting bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing negara.

1.1.2 Kepentingan ICT kepada Koperasi

Salah satu daripada strategi Dasar Koperasi Negara (DKN) (2001- 2010) adalah “Mempertingkatkan kualiti produk dan perkhidmatan secara berterusan supaya anggota sentiasa menerima produk dan perkhidmatan yang terbaik”. Sehubungan itu, koperasi perlu (i) mempertingkatkan keupayaan koperasi bersaing di pasaran terbuka dan memantapkan rantaian penggunaan ICT untuk memajukan gerakan koperasi, (ii) menjalankan penyelidikan dan pembangunan, dan (iii) mempertingkatkan usaha-usaha bagi membolehkan koperasi meneroka bidang-bidang baru dalam k-ekonomi, e-dagang dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semasa (DKN, 2004).

Menerusi Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) yang kini dikenali sebagai Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah membangunkan portal koperasi iaitu myKoop. Dengan moto ““Pemangkin Kemajuan Gerakan Koperasi Melalui Alam Digital”, myKoop menyediakan pelbagai maklumat, kemudahan dan aplikasi dalam membentuk jaringan hubungan koperasi dengan pelbagai pihak. Kemudahan dan aplikasi utama myKoop adalah pengkalan data maklumat koperasi, pengurusan laman web koperasi, pengkalan data maklumat anggota koperasi, pengurusan pengiklanan produk (barangan dan perkhidmatan), jaringan perniagaan koperasi sekolah dan gabungan, permohonan keanggotaan serta berita dan peristiwa gerakan koperasi.

Selain itu, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) juga mempunyai laman web yang menawarkan pelbagai maklumat. Dikenali sebagai Sistem Online ANGKASA (SOLA), sistem ini menawarkan dua (2) bentuk infrastruktur teknologi maklumat kepada para pelanggannya iaitu untuk membuat semakan rekod potongan gaji anggota koperasi atau mendapatkan fail bayaran koperasi yang dikehendaki secara elektronik.

Sungguhpun usaha gigih telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak untuk membangunkan ICT koperasi, gerakan koperasi itu sendiri perlu memiliki kesedaran betapa pentingnya ICT dalam memajukan koperasi. Salah satu usaha yang boleh dilakukkan oleh koperasi adalah mengeksploitasi

3

Bab 1Pengenalan

kemudahan-kemudahan ICT. Antaranya koperasi boleh meningkatkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan dengan menyediakan perkhidmatan dalam talian kepada anggota seperti menyediakan borang keahlian, borang pinjaman, semakan akaun dan pengumuman sesuatu berita dan peristiwa koperasi.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Dalam abad ke 21, perubahan ke arah masyarakat bermaklumat telah memberi cabaran baru kepada koperasi. Kepesatan perkembangan ICT khasnya internet mampu membekalkan pelbagai bentuk maklumat yang diperlukan oleh koperasi. Namun demikian, faedah dari internet ini hanya dapat diraih oleh koperasi sekiranya ALK dan kakitangannya mempunyai kemahiran menggunakan komputer. Pengetahuan yang diperoleh dari maklumat yang sudah diproses dengan penggunaan aplikasi ICT akan menjadikan individu lebih kreatif dan inovatif (Md. Nor Hayati, 2005) serta mampu memberi nilai tambah dan mempunyai kesan positif terhadap produktiviti sesebuah organisasi (Brynjolfsson, 1993). Dari segi ekonomi pula, penggunaan lebih banyak maklumat bukan sahaja boleh meningkatkan pengeluaran perkhidmatan dan barangan baru, tetapi juga pengeluarannya dapat dilakukan dengan lebih murah, kualiti lebih tinggi, dan dalam masa yang lebih pendek.

Hakikatnya, penguasaan atau kemahiran komputer kini bukan lagi sebagai satu pilihan, sebaliknya ia sepatutnya menjadi satu kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap individu. Justeru itu, ALK dan kakitangan perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran komputer agar faedah daripada ICT dapat dimanfaatkan oleh koperasi dan seterusnya dapat menjadikan koperasi lebih berdaya maju dan berdaya saing serta mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anggota.

Sehingga kini, tiada sebarang kajian mengenai tahap literasi komputer dalam kalangan ALK dan kakitangan koperasi dijalankan. Sehubungan itu, adalah wajar bagi MKM untuk menjalankan satu kajian bagi mengetahui sama ada ALK dan kakitangan koperasi telah mencapai tahap literasi komputer yang mampu menggunakan kemudahan ICT dan seterusnya menikmati faedah tersebut. Ini selaras dengan saranan Dasar Koperasi Negara (DKN) yang menjurus kepada k-ekonomi dan e-dagang yang harus dimanfaatkan oleh gerakan koperasi.

4

Monograf Penyelidikan

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

i) Mengukur tahap literasi komputer dalam kalangan ALK dan kakitangan koperasi.

ii) Mengukur tahap penggunaan berbanding kemampuan menggunakan komputer dalam melaksanakan tugas.

iii) Mengenal pasti faktor-faktor yang ada kaitan dengan tahap literasi komputer ALK dan kakitangan koperasi.

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini akan memberi faedah kepada beberapa pihak iaitu:

i) Maktab Koperasi Malaysia • Mengenal pasti dan mengaplikasikan kaedah yang sesuai untuk

menyalurkan maklumat kepada gerakan koperasi.• Mengenal pasti kesesuaian melaksanakan program e-pembelajaran

melalui program jarak jauh atau e-pjj.• Mengenal pasti keperluan latihan serta membangunkan program

latihan yang sesuai kepada gerakan koperasi.

ii) Suruhanjaya Koperasi Malaysia• Mengenal pasti dan mengaplikasikan kaedah yang sesuai untuk

menyalurkan maklumat kepada gerakan koperasi.• Merancang strategi-strategi menggalakkan penggunaan ICT

kepada gerakan koperasi.

iii) Gerakan Koperasi• Merancang keperluan latihan komputer bagi anggota, ALK dan

kakitangan koperasi.• Mengenal pasti kesesuaian menjalin hubungan rangkaian sesama

koperasi melalui perkhidmatan internet.• Mengenal pasti kesesuaian menjalankan perniagaan melalui

internet (e-dagang) bagi pasaran global.

5

Bab 2Sorotan Kajian

2.1 DEFINISI LITERASI KOMPUTER

Terdapat pelbagai takrifan untuk menerangkan literasi komputer seperti disenaraikan dalam Jadual 2-1.

Jadual 2-1: Definisi Literasi Komputer

Definisi Literasi Komputer Sumber

Computer literacy is the ability to read and write in the computer medium and an understanding of how the computer fits into the long tradition of the technologies of writing.

Bolter (1991)

An individual who is able to use the computer to satisfy the per-sonal needs of his professional area is computer literate.

Kim & Keith (1994)

Computer literacy means being able to compute, read, write, and solve problems. Computer literacy involves developing the skills of accessing, assessing, and using information.

ClamDyp (1995)

Computer literacy is an understanding of computer characteris-tics, capabilities, and applications, as well as an ability to imple-ment this knowledge in the skillful, productive use of computer applications suitable to individual roles in society.

Smith(1996)

Computer literacy is an amount of computer knowledge acquired in the past and the length of computer usage.

Mitra (1998)

Computer literacy can be defined as the set of skills, knowledge and attitudes that will facilitate (or inhibit) opportunities rang-ing from personal development and self efficacy to education and training to labour market success.

Lowe & McAuley

(2000)

SOROTAN KAJIANBab 2

6

Monograf Penyelidikan

Jadual 2-1: Definisi Literasi Komputer (samb.)

Computer literacy is an individual’s knowledge and ability with computer. Du (2004)

Computer literacy actually encompasses two distinct components: an awareness component that requires an individual to have knowledge of how computers affect his/her daily life or society as a whole, and a competence component that requires an individual to demonstrate a “hands on” proficiency with a software application.

Mason & Morrow (2006)

Computer literacy involves having a knowledge and understand-ing of computers

Shelly G. B. et al.

(2007)

2.2 MENGUKUR LITERASI KOMPUTER

Terdapat banyak kaedah digunakan oleh penyelidik untuk mengukur tahap literasi komputer berdasarkan kemajuan teknologi apabila komputer mikro mula digunakan (Aienly et al., 2000). Penyelidik-penyelidik yang telah menggunakan soal selidik dalam mengukur literasi komputer adalah seperti di Jadual 2-2.

Jadual 2-2 : Pengukuran Tahap Literasi Komputer

Pengukuran Tahap Literasi Komputer Sumber

Menggunakan Computer Skill and Use Assessment untuk mengukur kompetensi komputer. Soal selidik berasaskan web ini mengandungi 197 soalan dari tujuh (7) kumpulan kemahiran iaitu (i) pengetahuan asas komputer dan kemahiran, (ii) pemprosesan teks, (iii) lembaran elektronik, (iv) pangkalan data, (v) persembahan, (vi) internet dan (vii) pembangunan web.

Du

(2004)

Mengemukakan soalan-soalan soal selidik di dalam bidang seperti (i) penggunaan telekomunikasi, (ii) penggunaan aplikasi, (iii) kemahiran sistem pengoperasian, dan (iv) pengetahuan istilah-istilah komputer untuk mengukur tahap literasi komputer.

Patrikas et al. (1999)

Menggunakan Teacher Technology Survey Questionnaire (TTSQ) untuk menilai tahap literasi komputer dengan menggunakan skala (i) novice, (ii) intermediate atau (iii) advance.

Mathews

(1998)

Menggunakan Skala Likert Lima Titik dengan ukuran nilai dari sangat tidak memuaskan kepada sangat memuaskan di dalam soal selidik.

Al-Daihani & Rehman

(2006)

7

Bab 2Sorotan Kajian

Selain dari soal selidik, terdapat juga penyelidik yang menggunakan ujian sebagai cara untuk mengukur tahap literasi komputer. Sebagai contoh, Connelly (2003) telah mencipta satu pengukuran literasi komputer berbentuk ujian iaitu Computer Literacy Measure For Prospective Employees (CLMPE) dan Smith (2004) pula menggunakan Computer Self-Efficacy Assessment (CSEA).

Sejajar dengan perkembangan ICT semasa, terdapat banyak kaedah pengukuran tahap kemahiran komputer menggunakan pakej perisian seperti pakej ujian Advantage oleh McGraw-Hill, SkillCheck dari Pentice-Hall, DistributeIT dari Bandwiz McDonald (2004). Dickerson (2005) menggunakan Skills Assessment Manager (SAM) yang mana responden dikehendaki menduduki ujian atas talian dengan menyempurnakan 60 soalan kemahiran komputer di dalam Microsoft Office Suite.

Bagi mengkaji keberkesanan kaedah pengukuran literasi komputer, Meckelborg (2003) telah mengukur tahap literasi komputer berdasarkan empat kaedah ukuran menggunakan soal selidik berdasarkan penilain diri ; (1) pengalaman komputer, (2) vocabulary, (3) kemahiran komputer dan (4) ujian pengetahuan secara bertulis. Hasil analisis mendapati semua kaedah pengukuran yang digunakan adalah sangat berkesan (nilai kebolehpercayaan tinggi).

2.3 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI KAITAN DENGAN LITERASI KOMPUTER INDIVIDU

2.3.1 Faktor Ciri-ciri Demografi dan Tahap Literasi Komputer

Kajian oleh Nor Azan Mat Zin et al. (2000) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati pelajar lelaki mempunyai tahap literasi komputer yang lebih tinggi berbanding pelajar perempuan. Hasil kajian yang diperoleh adalah sama dengan hasil kajian Smith (1996). Davies et al. (2002) juga mendapati faktor jantina merupakan salah satu petunjuk kepada kemahiran ICT, yang mana pelajar lelaki lebih berminat terhadap teknologi berbanding pelajar perempuan.

Hasil kajian Huang (2005) menunjukkan responden yang berumur 50 tahun ke atas mempunyai tahap kemahiran teknologi yang rendah berbanding responden yang berumur di bawah 50 tahun. Faktor jantina pula tidak menunjukkan perbezaan nyata yang mana responden lelaki dan wanita mempunyai tahap kemahiran komputer yang sama. Selain itu, kajian ini mendapati tempoh khidmat atau pengalaman kerja bukan merupakan faktor signifikan bagi tahap kemahiran teknologi bagi responden.

8

Monograf Penyelidikan

Dari segi tahap pendidikan, hasil kajian Mathew (1998) mendapati faktor tahap pendidikan merupakan petunjuk signifikan bagi kemahiran komputer guru-guru. Didapati responden yang berpendidikan tinggi mempunyai tahap kemahiran komputer yang lebih tinggi berbanding responden yang berpendidikan rendah.

Dickerson (2005) pula telah membuat kajian mengikut kumpulan individu untuk menguji sama ada ciri-ciri demografi seperti umur, jantina, dan bangsa merupakan petunjuk kepada kemahiran komputer tertentu. Walau bagaimanapun, hasil kajiannya menunjukkan ciri-ciri demografi bukan merupakan petunjuk kepada kemahiran komputer.

2.3.2 Faktor Selain Ciri-ciri Demografi dan Tahap Literasi Komputer Hasil kajian Nor Azan Mat Zin et al. (2000) menunjukkan pengalaman menggunakan komputer yang semakin meningkat dan pemilikan komputer dapat meningkatkan tahap literasi komputer pelajar sama ada pelajar lelaki atau perempuan. Keputusan kajian ini juga dipersetujui oleh Connelly (2003) yang mendapati tahap literasi komputer adalah tinggi dalam kalangan individu yang mempunyai pengalaman komputer yang lama. Hasil kajian oleh Karsten dan Roth (1998) pula mendapati kemampuan pelajar menggunakan komputer meningkat setelah mengikuti kursus berkaitan komputer.

Huang (2000) telah mengkaji sama ada kaedah memperoleh kemahiran komputer (seperti belajar sendiri, menghadiri bengkel, menghadiri kelas atau kombinasi beberapa kaedah) mempengaruhi tahap kemahiran komputer responden. Hasilnya, beliau mendapati bahawa responden yang mempelajari komputer lebih dari dua kaedah mempunyai tahap kemahiran komputer yang lebih tinggi.

2.4 TAKRIFAN, PENGUKURAN DAN FAKTOR-FAKTOR TAHAP LITERASI KOMPUTER BAGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian tahap literasi komputer dan bukannya literasi ICT. Berdasarkan sorotan kajian, penyelidik telah merumuskan takrifan literasi komputer dengan mengambil kira kesesuaian di koperasi, iaitu: (i) mempunyai pengetahuan asas mengenai komputer, (ii) mempunyai kemahiran menggunakan aplikasi komputer dan (iii) mampu melaksanakan tugas menggunakan komputer di koperasi. Ini bermakna literasi komputer sangat berkait dengan pengetahuan, kemampuan dan kemahiran atau keupayaan untuk menggunakan komputer dengan berkesan di tempat kerja (Connelly, 2003).

9

Bab 2Sorotan Kajian

Kajian ini juga akan menggunakan soal selidik dengan Skala Likert Lima Titik untuk mengukur tahap literasi komputer dengan merujuk kepada aspek-aspek seperti berikut:

• Pengetahuan asas mengenai ciri-ciri dan keupayaan komputer.• Keupayaan menggunakan perisian atau aplikasi komputer tertentu. • Keupayaan menggunakan komputer untuk melaksanakan tugas-tugas

tertentu di koperasi.

Kajian ini turut akan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi atau mempunyai kaitan dengan tahap literasi komputer. Fokus kajian adalah kepada dua (2) kumpulan faktor iaitu latar belakang demografi dan latar belakang berkaitan penggunaan komputer.

10

Monograf Penyelidikan

Muka surat ini sengaja dibiarkan kosong.

11

Bab 3Metodologi Kajian

BAB 3METODOLOGI KAJIAN

3.1 KERANGKA KAJIAN

Dengan andaian literasi komputer mempunyai hubung kait dengan dua (2) faktor iaitu (i) latar belakang demografi responden dan (ii) latar belakang berkaitan penggunaan komputer, kerangka kajian ini ditunjukkan seperti di Rajah 3-1.

Rajah 3-1: Kerangka Kajian Literasi Komputer

Secara umunya, latar belakang demografi meliputi umur, jantina, tahap pendidikan, jawatan dan tempoh berkhidmat. Manakala latar belakang berkaitan penggunaan komputer responden pula meliputi maklumat pemilikan komputer oleh responden, pengalaman menggunakan komputer dan pengalaman mengikuti kursus atau latihan komputer. Tahap literasi komputer responden pula dinilai

Latar belakang demografiresponden :

• Umur• Jantina• Tahap Pendidikan

Pengetahuan asas tentang ciri-ciri dan keupayaan komputer

Keupayaan menggunakan aplikasi komputer

Keupayaan menjalankan tugas-tugas menggunakan komputer

FAKTORPEMBOLEHUBAH

BERSANDAR

TAHAPLITERASI

Latar belakang komputer responden :

• Memiliki komputer• Pengalaman menggunakan komputer• Bilangan kursus komputer yang dihadiri

METODOLOGI KAJIANBab 3

12

Monograf Penyelidikan

dengan mengukur komponen-komponen seperti pengetahuan responden tentang ciri-ciri dan fungsi asas komputer, keupayaan menggunakan aplikasi komputer tertentu dan keupayaan menggunakan komputer dalam melakukan tugas-tugas harian di koperasi.

3.2 SKOP DAN BATASAN KAJIAN

Kajian ini tertumpu kepada koperasi dewasa berdaftar setakat 31 Disember 2006 di seluruh Malaysia. Selain itu, koperasi dewasa ini perlu memiliki sekurang-kurangnya seorang kakitangan. Kajian ini melibatkan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan semua kakitangan koperasi yang berjawatan tetap di bahagian pentadbiran dan perkeranian.

Kaedah temu bual dan pengukuran sebenar melalui ujian praktikal di dalam makmal komputer tidak dapat dilakukan memandangkan skop kajian meliputi geografi yang luas iaitu seluruh Malaysia dan tempoh kajian hanya 15 bulan. Sampel kajian berdasarkan bilangan koperasi yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang kakitangan di pejabat pula tidak menyeluruh kerana hanya berdasarkan data SKM yang dikemas kini sehingga 2006. Data dan maklumat yang tidak lengkap seperti alamat dan nombor telefon koperasi menyebabkan sebahagian sampel tidak termasuk dalam kajian.

3.3 KAEDAH PENSAMPELAN

Responden bagi kajian ini ialah ALK dan kakitangan koperasi. Pemilihan responden dilakukan melalui dua peringkat. Pada peringkat pertama, senarai koperasi yang memenuhi ciri-ciri seperti koperasi dewasa (bukan koperasi sekolah) dan mempunyai sekurang-kurangnya seorang kakitangan. Jumlah koperasi aktif yang direkodkan pada tahun 2006 adalah sebanyak 4,955 buah dan daripada jumlah tersebut 3,143 buah koperasi adalah koperasi dewasa (tidak termasuk koperasi sekolah). Namun begitu, dalam kalangan koperasi-koperasi tersebut hanya 619 yang memenuhi kriteria bagi kajian ini.

Pada peringkat kedua pula, seramai enam (6) orang ALK dan di antara seorang (1) hingga sepuluh (10) orang kakitangan dipilih sebagai responden. Jika koperasi mempunyai lebih dari sepuluh orang kakitangan, kakitangan yang dipilih sebagai responden adalah sepuluh orang sahaja. Setiap koperasi diberi kebebasan untuk memilih kakitangan yang sesuai sebagai responden sekiranya bilangan kakitangan melebihi bilangan responden yang diperlukan. Berdasarkan kaedah pemilihan sampel di atas sampel rawak diperoleh.

13

Bab 3Metodologi Kajian

3.4 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Data utama kajian ini diperoleh menerusi borang soal selidik. Sebanyak 5,837 borang soal selidik telah dihantar secara pos ke alamat koperasi terpilih. Responden diberi tempoh masa selama tiga (3) minggu untuk mengisi dan mengembalikan borang tersebut kepada penyelidik. Bagi memastikan borang soal selidik telah diterima, lengkap diisi dan dikumpulkan untuk dihantar semula kepada MKM, pasukan penyelidik telah membuat tindakan susulan ke koperasi menerusi panggilan telefon. Secara keseluruhannya, sebanyak 2,040 soal selidik telah diterima dan digunakan untuk analisis yang dibincangkan dalam laporan ini.

Di samping itu, kajian ini juga memperoleh maklumat sekunder daripada pihak SKM, penerbitan buku, laporan tahunan koperasi dan bahan-bahan dari internet.

3.5 INSTRUMEN KAJIAN

Kaedah pengumpulan data menggunakan borang soal selidik mengandungi empat(4) bahagian seperti di Jadual 3-1.

Jadual 3-1: Borang Soal Selidik

Bahagian Kandungan Tujuan

A Latar belakang demografi •dan latar belakang penggunaan komputer responden.Latar belakang koperasi.•

Untuk mengenal pasti latar belakang responden dan faktor-faktor yang mempunyai kaitan dengan literasi komputer.

B Pernyataan-pernyataan •untuk mengukur tahap pengetahuan asas komputer responden.

Mengukur tahap pengetahuan asas komputer dalam kalangan ALK dan kakitangan koperasi.

14

Monograf Penyelidikan

Jadual 3-1: Borang Soal Selidik (samb.)

C Soalan untuk mengenal •pasti aplikasi komputer yang digunakan oleh responden.Pernyataan-pernyataan •untuk mengukur tahap keupayaan responden mengguna aplikasi komputer tertentu.

Mengukur tahap keupayaan menggunakan aplikasi komputer.

D Pernyataan-pernyataan •untuk mengukur tahap penggunaan dan kemampuan responden menggunakan komputer dalam tugas harian.

Mengukur tahap penggunaan dan kemampuan responden menjalankan tugas-tugas tertentu menggunakan komputer.

3.6 PEMBOLEHUBAH KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor (pembolehubah tak bersandar) yang berkaitan dengan tahap literasi komputer (pembolehubah bersandar). Skor bagi tahap pengetahuan asas (Skor (1)) ialah dari 0 hingga 10, manakala skor bagi tahap keupayaan asas menggunakan aplikasi komputer (Skor(2)) dan tahap keupayaan menggunakan komputer dalam melaksanakan tugas (Skor(4)) ialah dari 1 hingga 5. Jadual 3-2 dan Jadual 3-3 menunjukkan senarai pembolehubah yang terlibat.

Secara khususnya, tahap literasi komputer (dalam peratus) dapat ditakrifkan seperti berikut:

15

Bab 3Metodologi Kajian

Jadual 3-2: Senarai Pembolehubah Bersandar

PembolehubahSoalan Dalam

Borang Soal selidikCara Pengukuran

Tahap pengetahuan asas1. Bahagian B Jumlah skor jawapan yang betul daripada 10 soalan.

Tahap keupayaan 2. menggunakan aplikasi asas komputer

Bahagian C Min skor bagi 10 soalan berskala Likert 1 hingga 5.

Tahap kekerapan 3. menggunakan komputer

Bahagian D (i) Min skor bagi 8 soalan berskala Likert.

Tahap keupayaan 4. menggunakan komputer dalam melaksanakan tugas

Bahagian D (ii) Min skor bagi 8 soalan berskala Likert.

Tahap literasi komputer5. Gabungan Bahagian B, C dan D (ii)

Purata tahap Skor(1), Skor(2) dan Skor(4).

Jadual 3-3: Senarai Pembolehubah Tak Bersandar

Pembolehubah Tak Bersandar

Latar belakang koperasi1.

Latar belakang demografi responden2.

Pengalaman berkhidmat di koperasi3.

Pengalaman menggunakan komputer4.

Penggunaan kemudahan komputer di koperasi5.

16

Monograf Penyelidikan

3.7 KAEDAH ANALISIS DATA

Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences (SPSS). Perbandingan tahap literasi komputer antara ciri-ciri demografi responden yang terdiri daripada ALK dan kakitangan koperasi dibentangkan dengan menggunakan statistik ringkas dan carta. Semua analisis perbandingan dibuat secara berasingan bagi dua golongan responden ini.

Kaedah berstatistik yang digunakan bagi menentukan faktor-faktor yang berkaitan dengan tahap literasi komputer bergantung kepada skala ukuran faktor yang dibandingkan, iaitu sama ada kualitatif atau kuantitatif. Oleh kerana tahap literasi komputer tidak memenuhi syarat ujian berparameter, ujian tak berparameter lebih sesuai digunakan untuk tujuan perbandingan serta hubung kait dengan faktor-faktor terpilih. Semua faktor diukur dalam skala nominal atau ordinal.

17

Bab 4Hasil Kajian dan Perbincangan

BAB 4HASIL ANALISIS

DAN PERBINCANGAN

4.1 KADAR MAKLUM BALAS

Kajian ini telah menetapkan untuk mengambil enam orang Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan sekurang-kurangnya seorang kakitangan koperasi sebagai responden kajian. Untuk mencapai sasaran tersebut, sebanyak 5,837 borang soal selidik telah dihantar kepada 619 koperasi di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut sebanyak 2,040 borang (35 peratus) dipulangkan daripada 282 koperasi dan digunakan dalam analisis. Kadar maklum balas ini boleh dianggap memuaskan kerana secara amnya pengumpulan data melalui pos sukar untuk mencapai kadar melebihi 30 peratus (Sekaran, 2000).

4.2 LATAR BELAKANG SAMPEL KAJIAN

Perbincangan tentang ciri-ciri sampel kajian dibahagikan kepada dua bahagian iaitu latar belakang kopersi dan latar belakang responden.

4.2.1 LATAR BELAKANG KOPERASI

Jadual 4-1 menunjukkan majoriti iaitu separuh (50.7%) daripada 282 koperasi yang diwakili dalam tinjauan ini adalah koperasi peringkat daerah, manakala satu pertiga (34.8%) koperasi peringkat negeri dan selebihnya peringkat nasional (14.5%). Manakala taburan koperasi mengikut negeri terdapat dalam Jadual 4.2.

HASIL KAJIAN DANPERBINCANGAN

Bab 4

18

Monograf Penyelidikan

Jadual 4-1: Taburan Koperasi Mengikut Peringkat

Peringkat Koperasi Bilangan Peratus

Nasional 41 14.5

Negeri 98 34.8

Daerah 143 50.7

Keseluruhan 282 100.0

Jadual 4-2: Taburan Koperasi Mengikut Negeri

Negeri Bilangan Peratus

Sabah 44 15.6

Perak 40 14.2

Johor 33 11.7

Selangor 28 9.9

Pahang 28 9.9

Wilayah Persekutuan 23 8.2

Pulau Pinang 20 7.1

Kedah 17 6.0

Terengganu 12 4.3

Negeri Sembilan 11 3.9

Sarawak 10 3.5

Kelantan 9 3.2

Melaka 5 1.8

Perlis 2 0.7

Jumlah 282 100.0

19

Bab 4Hasil Kajian dan Perbincangan

4.2.2 LATAR BELAKANG RESPONDEN Ciri-ciri demografi bagi sampel secara keseluruhan dirumuskan dalam Jadual 4-3, manakala latar belakang berkaitan penggunaan komputer terdapat dalam Jadual 4-4. Majoriti dalam kalangan responden adalah lelaki (62.1%), berketurunan Melayu (87.3%) dan berpendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke bawah (65.2%). Dari segi umur pula, lebih separuh berusia 45 tahun ke atas (55.5%) serta telah berkhidmat dengan koperasi masing-masing kurang daripada 10 tahun (53.5%).

Jadual 4-3: Latar Belakang Demografi Sampel Keseluruhan

Pembolehubah Kategori Bilangan Peratus

JantinaLelaki 1,259 62.1

Perempuan 769 37.9

Bangsa

Melayu 1,767 87.3

Cina 80 4.0

India 53 2.6

Lain-lain 123 6.1

Umur:

Minima = 18

Maksima = 82

Median = 46

Min = 45.6

< 25 132 6.5

25 -34 351 17.2

35 – 44 426 20.9

45 – 54 560 27.5

55 – 64 352 17.3

>= 65 219 10.7

20

Monograf Penyelidikan

Jadual 4-3: Latar Belakang Demografi Sampel Keseluruhan (samb.)

Tahap Pendidikan

Sekolah Rendah/setaraf 196 9.7

PMR/setaraf 225 11.1

SPM/setaraf 891 44.4

STPM/ Matrikulasi 110 5.4

Diploma / O Level 275 13.6

Ijazah/Master/PhD 327 16.2

Lama Berkhidmat :

Minima = 0 (kurang

setahun)

Maksima = 49 tahun

Median = 8 tahun

Min = 9.9 tahun

<5 635 31.1

5-9 457 22.4

10-14 352 17.3

15-19 207 10.1

>=20 389 19.1

Latar belakang berkaitan penggunaan komputer juga berbeza-beza seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4-4. Lebih separuh (56.8%) memiliki komputer dan berpengalaman menggunakan komputer sekurang-kurangnya 10 tahun (50.2%). Cara memperoleh kemahiran komputer juga pelbagai dan lebih dari satu kaedah bagi setiap seorang. Paling ramai mengatakan mereka memperoleh kemahiran secara tidak formal, iaitu semasa bekerja (35.7%), belajar sendiri (33.1%) dan/atau belajar dari rakan (18.7%). Kursus secara formal ialah melalui kursus komputer (38.1%) dan/atau pendidikan formal (14.0%) seperti kursus sijil, diploma atau ijazah dalam bidang komputer dan teknologi maklumat.

21

Bab 4Hasil Kajian dan Perbincangan

Jadual 4-4: Latar Belakang Responden Berkaitan Penggunaan Komputer

Latar Belakang Berkaitan Komputer

Kategori Bilangan Peratus

Pemilikan komputer Ya 1,145 56.8

Tidak 872 43.2

Pengalaman menggunakan komputer

<5 771 37.8

5-9 244 12.0

10-14 492 24.1

15-19 189 9.2

>=20 344 16.9

Kaedah memperoleh kemahiran komputer

Kursus komputer 685 38.1

Semasa bekerja 641 35.7

Belajar sendiri 596 33.1

Belajar dari rakan 334 18.6

Pendidikan formal 251 14.0

Kekerapan hadir kursus

Tidak pernah 811 39.8

1-3 kali 648 31.8

> 3 kali 581 28.5

Kaedah pembelajaran komputer yang digemari

Tunjuk ajar guru 1,297 71.0

Belajar sendiri 641 35.1

Pendidikan jarak jauh 58 3.2

22

Monograf Penyelidikan

4.3 TAHAP PENGETAHUAN ASAS KOMPUTER

4.3.1 TAHAP PENGETAHUAN ASAS KOMPUTER KESELURUHAN

Tahap pengetahuan asas komputer diukur dengan skor yang didapati oleh responden daripada sepuluh soalan berkaitan seperti yang terdapat di Bahagian B borang soal selidik. Secara keseluruhannya, Jadual 4-5 menunjukkan tahap pengetahuan asas komputer terlalu berbeza-beza, iaitu dari tidak tahu langsung (skor = 0) sehingga markah penuh (skor = 10). Walau bagaimanapun, secara purata, tahap pengetahuan adalah tinggi (min = 7.27) dengan lebih separuh berjaya menjawab soalan dengan betul daripada 10 soalan (median = 9). Perbandingan antara kategori responden pula menunjukkan, secara purata tahap pengetahuan responden kakitangan (min = 8.17; median = 9) mengatasi responden ALK (min = 6.58; median = 8). Skor juga lebih berbeza-beza dalam kalangan ALK berbanding dengan kakitangan seperti yang ditunjukkan oleh nilai sisihan piawai iaitu masing-masing 3.51 bagi ALK dan 1.88 bagi kakitangan. Oleh kerana tahap pengetahuan antara ALK dan kakitangan berbeza-beza, analisis perbandingan berikutnya dilakukan secara berasingan antara dua kategori responden ini.

Jadual 4-5: Tahap Pengetahuan Asas Komputer

JawatanStatistik Skor

N Minimum Maksimum Min MedianSisihan Piawai

ALK 1,164 0 10 6.58 8 3.51

Kakitangan 876 0 10 8.17 9 1.88

Keseluruhan 2,040 0 10 7.27 9 3.03

4.3.1.1 PERBANDINGAN MENGIKUT CIRI-CIRI TERPILIH Bagi memudahkan perbandingan antara ciri-ciri terpilih, skor tahap pengetahuan dikategorikan seperti berikut:

0 = Tidak tahu langsung1 hingga 5 = Rendah6 hingga 8 = Sederhana9 hingga 10 = Tinggi

23

Bab 4Hasil Kajian dan Perbincangan

4.3.2 TAHAP PENGETAHUAN ASAS KOMPUTER ALK

Perbandingan dibuat berdasarkan peratus responden mengikut tahap serta kategori demografi seperti yang dirumuskan dalam Jadual 4-6. Didapati tahap pengetahuan asas komputer bagi ALK lelaki tidak berbeza dengan ALK perempuan. Separuh dalam kalangan mereka (lelaki 49.7%) dan (perempuan 49.3%) mempunyai tahap pengetahuan asas yang tinggi. Walau bagaimanapun, dalam kalangan ALK perempuan peratusan yang tidak tahu langsung (20.5%) adalah jauh lebih tinggi berbanding peratusan dalam kalangan ALK lelaki (9.0 %).

Tahap pengetahuan asas komputer ALK mengikut peringkat umur pula menunjukkan tahap pengetahuan asas komputer adalah tinggi dalam kalangan mereka yang berusia di bawah 35 tahun (49 orang) tetapi jauh lebih rendah dalam kalangan mereka yang lebih tua. Dalam kalangan yang berusia 65 tahun ke atas, lebih 40 peratus (40.4% daripada 203 responden) tidak tahu langsung tentang asas komputer, manakala dalam kalangan responden di bawah usia 35 tahun tiada seorang pun yang berada dalam golongan tidak tahu langsung.

Seperti yang dijangka, tahap pengetahuan meningkat apabila tahap pendidikan meningkat. ALK yang mempunyai pendidikan SPM dan setaraf, lebih daripada separuh (54.6%) mencapai tahap pengetahuan asas komputer yang tinggi. Bagi mereka yang mempunyai pendidikan diploma ke atas hampir tiga per empat (73.8%) tergolong dalam kumpulan tersebut. Sebaliknya, dalam kalangan yang berpendidikan sekolah rendah, majoriti (60.2%) tidak tahu langsung, manakala dalam kalangan yang berpendidikan setakat SRP atau setaraf hampir satu per tiga (32.2%) tergolong dalam kategori yang sama.

24

Monograf Penyelidikan

Jadual 4-6: Tahap Pengetahuan Asas Komputer Bagi ALK

Ciri Demografi Kategori

Peratus Responden

Tidak Tahu Langsung

Rendah Sederhana Tinggi

JantinaLelaki 9.0 6.2 35.0 49.7

Perempuan 20.5 7.5 22.6 49.3

Bangsa

Melayu 20.2 7.4 24.3 48.1

Cina 11.1 4.4 20.0 64.4

India 4.0 8.0 28.0 60.0

Lain-lain 9.6 9.6 27.4 53.4

Umur

Minima = 18Maksima = 82Median = 46Min = 45.6

< 25 tahun 0.0 0.0 33.3 66.7

25-34 0.0 2.2 32.6 65.2

35-44 6.0 5.4 28.3 60.3

45-54 12.7 7.5 23.4 56.5

55-64 23.0 8.6 25.5 42.9

≥65 tahun 40.4 8.4 19.7 31.5

Tahap pendidikan

Sekolah Rendah/ setaraf

60.2 7.2 14.9 17.7

PMR/setaraf 32.2 15.8 27.3 24.6

SPM/ STPM/Matrikulasi/setaraf

9.2 7.6 28.6 54.6

Pendidikan tinggi 1.8 2.7 21.7 73.8

25

Bab 4Hasil Kajian dan Perbincangan

Jadual 4-6: Tahap Pengetahuan Asas Komputer Bagi ALK (samb.)

Ciri Demografi KategoriPeratus Responden

Tidak Tahu Langsung

Rendah Sederhana Tinggi

Lama berkhidmat:Minima = 0 (kurang setahun)Maksima = 49 tahunMedian = 8.0 tahunMin = 9.9 tahun

<5 16.8 8.1 22.0 53.0

5-9 17.3 7.3 27.0 48.3

10-14 16.6 6.0 26.1 51.3

15-19 22.4 9.6 24.8 43.2

>=20 24.6 6.2 23.1 46.2

Pengalaman guna komputer

<5 27.2 12.2 25.6 35.1

5-9 2.5 1.3 30.0 66.3

10-14 0 2.4 25.5 72.2

15-19 1.2 0 16.9 81.9

>=20 27.8 5.2 21.7 45.2

Pemilikan Komputer

Ya 4.3 2.9 26.4 66.4

Tidak 38.6 14.0 22.1 25.3

Kekerapan Hadir Kursus

Tidak Pernah 24.2 12.5 20.6 42.8

1-3 1.4 4.0 29.0 65.5

4 ke atas 29.1 3.8 25.3 41.9

26

Monograf Penyelidikan

4.3.3 TAHAP PENGETAHUAN ASAS KOMPUTER KAKITANGAN

Jadual 4-7 menunjukkan tahap pengetahuan asas komputer bagi kakitangan mengikut ciri-ciri terpilih. Didapati tahap pengetahuan asas komputer bagi kakitangan lelaki dan perempuan tidak terlalu berbeza dengan lebih daripada 60 peratus mempunyai tahap pengetahuan asas yang tinggi. Walau bagaimanapun, golongan yang tidak tahu langsung adalah lebih tinggi dalam kalangan kakitangan perempuan (4.3%) berbanding kakitangan lelaki (1.7%). Tahap pengetahuan juga berkaitan dengan umur. Majoriti (melebihi 60 peratus) dalam kalangan mereka yang berusia di bawah 55 tahun mempunyai tahap pengetahuan asas komputer yang tinggi, berbanding kurang daripada separuh (di bawah 45 peratus) dalam kalangan yang berusia 55 tahun ke atas mencapai tahap tersebut.

Tahap pengetahuan juga meningkat dengan tahap pendidikan. Dalam kalangan kakitangan yang berpendidikan sekolah rendah, hanya 40 peratus mencapai tahap tinggi manakala lebih 70 peratus dalam kalangan yang berpendidikan tinggi mencapai tahap tersebut (70.7%). Sebaliknya, lebih satu perempat (26.7%) dalam kalangan yang berpendidikan sekolah rendah tidak tahu langsung berbanding kurang daripada 2 peratus bagi kumpulan yang berpendidikan SPM ke atas.

Sepertimana ALK, tahap pengetahuan asas komputer dalam kalangan kakitangan juga lebih tinggi dalam kalangan yang mempunyai komputer (69.8% berbanding yang tidak mempunyai komputer 53.9%) dan yang pernah menghadiri kursus komputer sekurang-kurangnya sekali (65% dan 62% berbanding 59.0%).

27

Bab 4Hasil Kajian dan Perbincangan

Jadual 4-7: Tahap Pengetahuan Asas Komputer Bagi Kakitangan Koperasi

Ciri Demografi

Kategori

Peratus Responden

Tidak Tahu

LangsungRendah Sederhana Tinggi

JantinaLelaki 1.7 2.5 34.5 61.3

Perempuan 4.3 3.3 27.9 64.5

Bangsa

Melayu 2.1 2.5 32.0 63.3

Cina 0 2.9 34.3 62.9

India 3.6 7.1 46.4 42.9

Lain-lain 10.0 4.0 30.0 56.0

Umur

Minima =18Maksima =82Median =46Min =45.6

< 25 tahun 0 3.1 30.2 66.7

25-34 1.3 1.6 33.8 63.3

35-44 2.9 3.7 32.2 61.2

45-54 3.2 2.5 32.9 61.4

55-64 19.2 7.7 30.8 42.3

≥65 tahun 37.5 0 18.8 43.8

Tahap pendidikan

Sekolah Rendah /setaraf 26.7 13.3 20.0 40.0

PMR/setaraf 11.9 16.7 21.4 50.0

SPM/ STPM/Matrikulasi/setaraf

1.8 2.2 36.5 59.5

Pendidikan tinggi 1.5 1.1 26.7 70.7

28

Monograf Penyelidikan

Jadual 4-7: Tahap Pengetahuan Asas Komputer Bagi Kakitangan Koperasi (samb.)

Ciri Demografi

Kategori

Peratus Responden

Tidak Tahu

LangsungRendah Sederhana Tinggi

Lama berkhidmat

Minima = 0 (kurang setahun)Maksima = 49 tahunMedian = 8.0 tahunMin = 9.9 tahun

<5 1.7 1.4 32.8 64.1

5-9 0.6 2.5 35.0 61.8

10-14 2.6 3.3 32.0 62.1

15-19 3.7 2.4 29.3 64.6

>=20 7.2 4.6 30.9 57.2

Pengalaman guna komputer

<5 6.6 3.8 31.1 58.5

5-9 0 1.2 33.5 65.2

10-14 0.7 1.4 35.0 62.9

15-19 0 1.9 34.9 63.2

>=20 9.6 7.0 23.7 59.6

Pemilikan Komputer

Ya 0.9 1.3 28.1 69.8

Tidak 4.2 4.5 37.4 53.9

Kekerapan Hadir Kursus

Tidak Pernah 3.2 2.9 34.8 59.0

1-3 0.7 1.7 32.7 65.0

4 Ke atas 5.9 3.8 28.3 62.0

29

Bab 4Hasil Kajian dan Perbincangan

4.3.4 TAHAP KEUPAYAAN MENGGUNAKAN PERISIAN/APLIKASI KOMPUTER

Jadual 4-8 menunjukkan peratus responden yang mengatakan bahawa mereka pernah menggunakan perisian aplikasi yang disenaraikan. Secara keseluruhan, pemprosesan teks lebih kerap digunakan berbanding perisian lain (32.1%), peratusan dalam kalangan ALK (34.4%) lebih tinggi berbanding dalam kalangan kakitangan (29.8%). Sebaliknya peratus yang pernah menggunakan lembaran elektronik lebih tinggi dalam kalangan kakitangan (25.3%) berbanding dalam kalangan ALK (21.3%). Penggunaan perisian persembahan serta pelayar web masih rendah, iaitu tidak sampai 20 peratus, manakala, tidak sampai sepuluh peratus pernah menggunakan pangkalan data bagi kedua-dua kumpulan.

Jadual 4-8: Peratus Responden Yang Pernah Menggunakan Perisian Aplikasi

PerisianALK Kakitangan Keseluruhan

Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus

Pemprosesan 1. teks

791 34.40 785 29.80 1,576 32.10

Lembaran 2. elektronik

490 21.30 665 25.30 1,155 23.30

Persembahan 3. 416 18.10 463 17.60 879 17.85

Browser 4. Internet

401 17.50 496 18.90 897 18.20

Pangkalan data5. 199 8.70 221 8.40 420 8.55

Seterusnya, responden diminta untuk menilai diri sendiri dari segi tahap kemahiran mereka menggunakan perisian-perisian berkenaan untuk melaksanakan tugas-tugas khusus, menggunakan skor skala Likert antara 1 (Tidak boleh guna langsung) hingga 5 (Sangat mahir). Jadual 4-9 menunjukkan min skor bagi setiap tugasan secara keseluruhan mengikut kategori responden. Secara keseluruhannya, ALK menilai tahap kemahiran mereka di tahap sederhana (median = 2.7; min = 2.68), manakala kakitangan berpendapat mereka mahir (median = 3.7; min = 3.56). Dari segi penggunaan aplikasi komputer, secara purata para responden menilai kemampuan mereka pada tahap sederhana bagi kebanyakan tugas melainkan untuk mereka bentuk slaid (median = 2.0; min = 2.57) dengan separuh dalam kalangan mereka (median) mengaku kurang mahir atau tidak tahu langsung untuk tugas tersebut.

30

Monograf Penyelidikan

Dalam kalangan ALK, secara purata mereka mengatakan bahawa tahap kemampuan mereka hanya pada tahap sederhana bagi lima tugas pertama di dalam senarai, tetapi tidak mahir atau tidak tahu langsung bagi lima tugas berikutnya. Antara skor terendah ialah bagi menggunakan formula dalam lembaran elektronik (median = 2; min = 2.47) dan mereka bentuk slaid (median = 2; min = 2.32). Dalam kalangan kakitangan pula, mereka menilai diri sendiri sebagai mahir untuk melakukan kebanyakan tugasan berkenaan, tetapi sederhana mahir untuk melayari Internet (median = 3; min = 3.31), menghantar mel elektronik (median = 3; min = 3.22) dan mereka bentuk slaid (median = 3; min = 2.88).

Jadual 4-9: Statistik Tahap Kemahiran Mengikut Tugasan Dan Kategori Jawatan

TugasanJawatan

ALK Kakitangan Keseluruhan

Median Min Median Min Median Min

Memformatkan 1. teks 3.0 2.93 4.0 3.95 4.0 3.38

Mengurus 2. windows 3.0 2.94 4.0 3.95 4.0 3.38

Mengurus fail 3. dan folder 3.0 2.88 4.0 3.92 4.0 3.34

Mereka bentuk 4. dokumen 3.0 2.87 4.0 3.88 3.0 3.31

Memainkan CD5. 3.0 2.80 4.0 3.58 3.0 3.14

Membina jadual6. 2.0 2.54 4.0 3.45 3.0 2.94

Melayari Internet7. 2.0 2.61 3.0 3.31 3.0 2.92

Menggunakan 8. formula dalam lembaran elektronik

2.0 2.47 4.0 3.44 3.0 2.90

Hantar e-mel9. 2.0 2.53 3.0 3.22 3.0 2.83

Mereka bentuk 10. slaid 2.0 2.32 3.0 2.88 2.0 2.57

Keseluruhan 2.7 2.68 3.7 3.56 3.1 3.10

31

Bab 4Hasil Kajian dan Perbincangan

Bahagian D borang soal selidik kajian ini mengandungi soalan-soalan yang bertujuan untuk menilai tahap kekerapan penggunaan komputer mengikut tugasan serta tahap keupayaan mereka dalam melaksanakan tugas-tugas tersebut. Berdasarkan dua ukuran ini, jurang antara keupayaan dan kekerapan ditentukan untuk menilai sama ada terdapat keseimbangan antara keperluan koperasi dan keupayaan warga pengurusan koperasi dalam melaksanakan tugas-tugas di koperasi menggunakan komputer. Jadual 4-10 menunjukkan min kekerapan penggunaan dan keupayaan menggunakan komputer mengikut penilaian responden sendiri serta jurang antara keduanya (jurang = keupayaan - kekerapan).

Secara purata, tahap kekerapan penggunaan komputer adalah sederhana bagi menaip memo dan surat (3.05) tetapi agak rendah bagi tugas-tugas lain, terutamanya menghantar e-mel (2.37), menyediakan akaun (2.31) dan menyediakan slaid persembahan (1.96). Mereka juga mengakui bahawa tahap keupayaan mereka untuk melaksanakan tugas-tugas tersebut adalah sederhana bagi empat tugasan (min = 3.0 atau lebih) dan rendah (<3.00) bagi empat tugasan yang lain terutamanya bagi menyediakan slaid persembahan (2.49).

Jurang pula mengukur perbezaan antara tahap keupayaan responden dengan tahap kekerapan dalam menjalankan sesuatu tugas. Kedua-duanya berdasarkan penilaian oleh responden sendiri. Nilai jurang negatif menunjukkan bahawa responden merasakan bahawa beliau tidak mempunyai kemahiran yang secukupnya untuk melaksanakan tugas yang perlu dilaksanakan. Sebaliknya, jurang positif bermaksud responden berpendapat bahawa kemahiran mengatasi apa yang diperlukan, manakala jurang = 0 bermaksud kemahiran menepati keperluan. Hasil analisis menunjukkan jurang bagi semua tugas adalah positif. Ini bermakna responden merasakan bahawa keupayaan mereka mengatasi apa yang diperlukan untuk melaksanakan tugas harian di koperasi. Ujian berstatistik (ujian Wilcoxon Signed-Ranked) membuktikan bahawa jurang tersebut bermakna. Ringkasnya, mereka yakin dengan keupayaan mereka.

32

Monograf Penyelidikan

Jadual 4-10 : Min Skor Tahap Kekerapan Dan Keupayaan Menggunakan Komputer Mengikut Tugasan

Tugasan Kekerapan Keupayaan JurangNilai p bagi

Jurang

Menaip memo dan surat1. 3.05 3.35 0.27 < 0.001

Menyimpan maklumat 2. / rekod 2.76 3.14 0.36 < 0.001

Menyediakan laporan / 3. kertas kerja 2.72 3.15 0.41 < 0.001

Mencari maklumat di 4. Internet 2.53 2.86 0.30 < 0.001

Menaip minit mesyuarat 5. 2.49 3.20 0.70 < 0.001

Menghantar e-mel6. 2.37 2.77 0.38 < 0.001

Menyediakan akaun7. 2.31 2.71 0.39 < 0.001

Menyediakan slaid 8. persembahan 1.96 2.49 0.51 < 0.001

Keseluruhan 2.54 2.96 0.42 < 0.001

Jadual 4-11 menunjukkan perbandingan min keupayaan, kekerapan menggunakan komputer dan jurang antara ciri-ciri demografi terpilih. Secara keseluruhannya, mereka yang paling kerap menggunakan komputer adalah responden yang berpendidikan tinggi (3.27), berpengalaman menggunakan komputer di antara 15 hingga 19 tahun (3.15) dan berusia antara 25 hingga 34 tahun (3.13). Walau bagaimanapun, tahap penggunaan adalah sederhana sahaja. Sementara itu, tahap kekerapan menggunakan komputer adalah paling rendah bagi responden yang mempunyai tahap pendidikan sekolah rendah (1.30), kumpulan umur melebihi 65 tahun (1.63) dan pengalaman menggunakan komputer kurang dari 5 tahun (1.90).

Hasil analisis juga mendapati kakitangan lebih mahir menggunakan komputer (2.86) berbanding ALK (2.26). Selain itu, responden yang memiliki komputer lebih kerap menggunakan komputer (2.89) berbanding mereka yang tidak mempunyai komputer (2.03). Tidak terdapat banyak perbezaan tahap penggunaan komputer di dalam kumpulan tempoh berkhidmat (2.32 hingga 2.67) dan kumpulan bilangan kursus komputer yang dihadiri (2.28 hingga 2.79). Namun terdapat kaitan yang positif antara tahap penggunaan dan tanggapan tentang keupayaan.

33

Bab 4Hasil Kajian dan Perbincangan

Seperti yang dijangka, tahap keupayaan menggunakan komputer adalah lebih rendah bagi responden yang mempunyai tahap pendidikan sekolah rendah (1.37) berbanding mereka yang mempunyai tahap pendidikan tinggi (3.84). Selain itu, kakitangan mempunyai tahap keupayaan yang lebih tinggi (3.40) berbanding ALK (2.61). Ini mungkin disebabkan kakitangan lebih kerap menggunakan komputer dalam melaksanakan tugas-tugas di pejabat menyebabkan mereka lebih mampu melaksanakan tugas-tugas yang disenaraikan.

Ringkasnya, tahap keupayaan lebih tinggi bagi perempuan, kakitangan, mereka yang memiliki komputer, generasi muda serta yang pernah menghadiri kursus komputer. Tahap keupayaan juga meningkat dengan tahap pendidikan dan pengalaman.

Jadual 4-11: Perbandingan Min Kemampuan, Penggunaan Komputer Dan JurangAntara Ciri-ciri Demografi

Pembolehubah Kategori Kekerapan Keupayaan Jurang

JantinaLelaki 2.36 2.72 0.33

Perempuan 2.78 3.34 0.54

Umur

<25 2.88 3.61 0.72

25-34 3.13 3.82 0.66

35-44 2.74 3.20 0.44

45-54 2.51 2.86 0.33

55-64 2.00 2.26 0.24

>=65 1.63 1.79 0.15

JawatanALK 2.26 2.61 0.32

Kakitangan 2.86 3.40 0.53

34

Monograf Penyelidikan

Pembolehubah Kategori Kekerapan Keupayaan Jurang

Tahap Pendidikan

Sekolah Rendah/setaraf

1.30 1.37 0.07

PMR/setaraf 1.73 1.98 0.24

SPM/ STPM/Matrikulasi/ setaraf

2.47 2.90 0.42

Pendidikan Tinggi 3.27 3.84 0.54

Pemilikan Komputer

Ya 2.89 3.39 0.47

Tidak 2.03 2.39 0.33

Tempoh Berkhidmat

< 5 2.67 3.22 0.52

5 – 9 tahun 2.53 2.94 0.40

10 – 14 tahun 2.51 2.90 0.38

15 – 19 tahun 2.46 2.85 0.34

>= 20 ke atas 2.32 2.67 0.30

Pengalaman Menggunakan Komputer

< 5 1.90 2.15 0.25

5 – 9 tahun 2.88 3.43 0.52

10 – 14 tahun 3.01 3.53 0.51

15 – 19 tahun 3.15 3.81 0.62

>= 20 ke atas 2.60 3.02 0.40

Kekerapan Menghadiri Kursus

Tidak Pernah 2.28 2.68 0.38

1 – 3 kali 2.79 3.23 0.41

>= 4 ke atas 2.57 3.07 0.46

Jadual 4-11: Perbandingan Min Kemampuan, Penggunaan KomputerDan Jurang Antara Ciri-Ciri Demografi (samb.)

35

Bab 4Hasil Kajian dan Perbincangan

4.4 TAHAP LITERASI KOMPUTER

4.4.1 TAHAP LITERASI KOMPUTER KESELURUHAN

Skor bagi tahap literasi komputer merupakan gabungan skor daripada Bahagian B, C dan D yang telah dibincangkan secara berasingan di atas. Skor setiap bahagian dilaraskan supaya mempunyai pemberat yang sama apabila digabungkan. Ia diukur dalam bentuk peratus dan untuk tujuan perbandingan dipecahkan kepada lima kategori seperti dalam Jadual 4-12.

Hasil analisis menunjukkan secara keseluruhannya, hampir separuh daripada responden (48.8%) mempunyai tahap literasi yang tinggi (27.3%) atau sangat tinggi (21.5%). Kira-kira satu perempat responden (24.7%) adalah pada tahap sederhana manakala selebihnya adalah pada tahap rendah (13.5%) atau sangat rendah (13.0%). Ukuran ini merupakan penilaian diri sendiri, bukan ujian kemahiran sebenar melainkan Bahagian B (Pengetahuan Asas Komputer) borang soal selidik.

Jadual 4-12: Tahap Literasi Komputer

Skor (Peratus) Tahap Bilangan Peratus

Kurang daripada 40 Sangat rendah 236 13.0

40-54 Rendah 246 13.5

55-69 Sederhana 449 24.7

70-84 Tinggi 497 27.3

85 ke atas Sangat tinggi 391 21.5

4.4.2 TAHAP LITERASI KOMPUTER KESELURUHAN BERDASARKAN JAWATAN

Tahap literasi komputer keseluruhan berdasarkan jawatan dirumuskan dalam Rajah 4-1. Secara keseluruhan tahap literasi komputer kakitangan koperasi adalah lebih tinggi berbanding dengan ALK. Lebih daripada separuh kakitangan koperasi (63.3%) mempunyai tahap literasi yang tinggi (34.5%) dan sangat tinggi (28.8%) tetapi sebaliknya kurang dari separuh ALK (38.1%) mempunyai tahap literasi yang tinggi (21.5%) dan sangat tinggi (15.6%). Kira-kira satu per empat ALK (23.5%) dan kakitangan koperasi (26.1%) adalah pada tahap sederhana. Selebihnya berada pada tahap rendah/sangat rendah (39.4% bagi ALK dan 10.6% bagi kakitangan).

36

Monograf Penyelidikan

Rajah 4-1 : Tahap Literasi Komputer Keseluruhan Berdasarkan Jawatan

4.4.3 TAHAP LITERASI KOMPUTER ALK DAN KAKITANGAN BERDASARKAN JANTINA

Rajah 4-2 menunjukkan tahap literasi komputer mengikut jantina ALK. Secara keseluruhan ALK perempuan mempunyai tahap literasi komputer lebih tinggi berbanding dengan ALK lelaki. Hampir separuh ALK perempuan (48.7%) mempunyai tahap literasi yang tinggi (25.9%) dan sangat tinggi (22.8%) berbanding hanya sekitar satu per tiga mencapai tahap tersebut (masing-masing 20.8% dan 14.2%) dalam kalangan ALK lelaki. Tidak terdapat perbezaan peratusan ALK lelaki (23.6%) dan ALK perempuan (23.5%) yang mencapai tahap literasi sederhana. Selebihnya, lebih dari satu per empat ALK perempuan (27.7%) berada pada tahap rendah (16%) dan sangat rendah (11.7%), manakala peratusan ALK lelaki dalam kategori ini jauh lebih tinggi (masing-masing 18.5% dan 22.9%).

0

5

10

15

20

25

30

35

Pera

tus

SangatRendah

ALK

Kakitangan

Rendah Sederhana Tinggi SangatTinggi

Tahap Literasi Komputer

37

Bab 4Hasil Kajian dan Perbincangan

Rajah 4-2: Tahap Literasi Komputer ALK Berdasarkan Jantina

Rajah 4-3 membandingkan tahap literasi komputer kakitangan lelaki dan perempuan. Secara keseluruhannya, kakitangan lelaki dan perempuan tidak mempunyai tahap literasi yang terlalu berbeza. Lebih separuh daripada kakitangan lelaki (61.8%) dan perempuan (64.1%) mempunyai tahap literasi tinggi atau sangat tinggi. Sementara itu, 24.2 peratus kakitangan lelaki dan 27.1 peratus kakitangan perempuan berada pada tahap sederhana. Kurang daripada 10 peratus kakitangan lelaki (9.0%) dan perempuan (7.4%) mempunyai tahap literasi yang rendah atau sangat rendah (masing-masing 5.1% bagi lelaki dan 1.4% bagi perempuan).

0

5

10

15

20

25

30

Pera

tus

SangatRendah

ALK Lelaki

ALK Perempuan

Tahap Literasi Komputer

Rendah Sederhana Tinggi SangatTinggi

38

Monograf Penyelidikan

Rajah 4-3: Tahap Literasi Komputer Kakitangan Berdasarkan Jantina

4.4.4 TAHAP LITERASI KOMPUTER ALK DAN KAKITANGAN BERDASARKAN UMUR

Rajah 4-4 menunjukkan tahap literasi komputer mengikut umur responden secara purata. Tahap literasi dalam kalangan golongan muda mengatasi tahap literasi golongan yang lebih tua. Contohnya, majoriti dalam kalangan ALK yang berusia di bawah 35 tahun mempunyai tahap literasi tinggi/sangat tinggi. Sebaliknya, dalam kalangan yang berusia 65 tahun ke atas, majoriti (71.45%) mencapai tahap literasi rendah/amat rendah. Lebih daripada 80 peratus daripada ALK yang berumur 25 hingga 34 tahun mempunyai tahap literasi komputer yang sangat tinggi (53.3%) atau tinggi (31.3%), manakala dua pertiga dalam kalangan yang berusia di bawah 25 tahun berada pada tahap yang sama (masing-masing 33.3%).

Paling ramai dalam kalangan ALK yang berusia antara 35 hingga 54 tahun berada pada tahap literasi sederhana iaitu masing-masing 25.3 peratus bagi kumpulan berusia 35 hingga 44 tahun dan 29.2% bagi kumpulan umur 45 hingga 54 tahun. Keadaan ini memang dijangka kerana generasi muda mendapat pendedahan yang lebih banyak dari segi penggunaan komputer sama ada di sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) dan juga di rumah.

0

5

10

15

20

25

30

35

40

Pera

tus

SangatRendah

Kakitangan Lelaki

Kakitangan Perempuan

Rendah Sederhana Tinggi SangatTinggi

Tahap Literasi Komputer

39

Bab 4Hasil Kajian dan Perbincangan

Rajah 4-4: Tahap Literasi Komputer ALK Berdasarkan Umur

Bagi kakitangan koperasi pula, tahap literasi komputer juga berbeza-beza mengikut umur seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4-5. Corak perbezaan sama seperti kes responden ALK yang dibincangkan di atas. Lebih daripada tiga perempat dalam kalangan yang berusia di bawah 35 tahun mencapai tahap literasi tinggi atau sangat tinggi. Walau bagaimanapun, tahap literasi kakitangan yang berusia 55 tahun ke atas jauh lebih tinggi berbanding ALK dalam kategori umur yang sama. Contohnya, dalam kalangan ALK yang berusia 65 tahun ke atas, peratusan yang mencapai tahap tinggi atau sangat tinggi ialah 15.5 peratus sahaja (Rajah 4-4) berbanding 30 peratus dalam kalangan kakitangan pada kumpulan umur yang sama bagi kakitangan.

0

10

20

30

40

50

60

Pera

tus

SangatRendah

<25

25-34

Rendah Sederhana

TAHUN

Tinggi SangatTinggi

35-44

45-54

55-64

Tahap Literasi Komputer

40

Monograf Penyelidikan

Rajah 4-5: Tahap Literasi Komputer Kakitangan Berdasarkan Umur

4.4.5 TAHAP LITERASI KOMPUTER ALK DAN KAKITANGAN BERDASARKAN TAHAP PENDIDIKAN

Seperti yang dijangka, tahap literasi komputer ada kaitan dengan tahap pendidikan (Rajah 4-6). Hampir 90 peratus (89.6%) dalam kalangan ALK berkelulusan Sekolah Rendah/setaraf mencapai tahap literasi yang rendah/sangat rendah dan tidak ada seorang pun mencapai tahap sangat tinggi. Sebaliknya, dalam kalangan yang berpendidikan tinggi majoriti (71.1%) mencapai tahap literasi yang tinggi/sangat tinggi, manakala di kalangan yang berkelulusan SPM/STPM/setaraf, paling ramai mencapai tahap sederhana (33.2%).

0

10

20

30

40

50

Pera

tus

SangatRendah

<25

25-34

Rendah

TAHUN

Sederhana Tinggi SangatTinggi

35-44

45-54

55-64

65

Tahap Literasi Komputer

41

Bab 4Hasil Kajian dan Perbincangan

Rajah 4-6: Tahap Literasi Komputer ALK Berdasarkan Tahap Pendidikan

Corak hubung kait di antara tahap literasi dan tahap pendidikan yang serupa juga didapati bagi kakitangan koperasi (Rajah 4-7). Bagaimanapun, tahap literasi bagi setiap kumpulan jauh lebih tinggi berbanding kumpulan yang sama dalam kalangan ALK. Contohnya, lebih separuh (56.5%) dalam kalangan kakitangan yang berpendidikan tinggi mempunyai tahap literasi yang sangat tinggi diikuti oleh mereka yang mencapai tahap tinggi (33.5%). Lebih daripada separuh (53.3%) dalam kalangan yang berkelulusan SPM/STPM/setaraf juga berjaya mencapai tahap tinggi/amat tinggi, manakala paling ramai dalam kalangan yang berkelulusan PMR/setaraf mempunyai tahap literasi sederhana (38.9%). Peratusan di atas menunjukkan tahap literasi kakitangan mengatasi tahap literasi ALK pada semua tahap pendidikan.

0

10

20

30

40

50

60

70

80

Pera

tus

SangatRendah

Sek. Rendah/setara

PMR/setara

SPM/STPM/setara

Pendidikan Tinggi

Rendah Sederhana Tinggi SangatTinggi

Tahap Literasi Komputer

42

Monograf Penyelidikan

Rajah 4-7: Tahap Literasi Komputer Kakitangan Berdasarkan Tahap Pendidikan

4.4.6 TAHAP LITERASI KOMPUTER ALK DAN KAKITANGAN BERDASARKAN TEMPOH BERKHIDMAT

Secara amnya, wujud perbezaan tahap literasi dalam kalangan ALK mengikut tempoh mereka berkhidmat di koperasi (Rajah 4-8). Khususnya, tahap literasi bagi mereka yang baru berkhidmat mengatasi mereka yang lebih lama berkhidmat. Contohnya, dalam kalangan mereka yang berkhidmat kurang daripada lima tahun, 46.7 peratus mempunyai tahap literasi tinggi/sangat tinggi, berbanding 24.9 peratus pada tahap rendah/sangat rendah. Sebaliknya, bagi mereka yang telah berkhidmat 20 tahun ke atas, peratusan-peratusan berkenaan ialah masing-masing 27.9 peratus dan 35.5 peratus. Jurang ini disebabkan oleh hakikat bahawa tempoh berkhidmat berkait rapat dengan usia dan hasil analisis terdahulu menunjukkan tahap literasi jauh lebih tinggi bagi golongan muda. Ini disebabkan oleh hakikat bahawa generasi muda mendapat pendedahan yang lebih banyak dalam bidang komputer semasa di sekolah, IPT dan juga di rumah, dan bukannya semasa berkhidmat.

0

10

20

30

40

50

60

Pera

tus

SangatRendah

Sek. Rendah/setara

PMR/setara

SPM/STPM/setara

Pendidikan Tinggi

Rendah Sederhana Tinggi SangatTinggi

Tahap Literasi Komputer

43

Bab 4Hasil Kajian dan Perbincangan

Rajah 4-8: Tahap Literasi Komputer ALK Berdasarkan Tempoh Berkhidmat

Corak hubung kait di antara tahap literasi dan tempoh berkhidmat juga ketara dalam kalangan kakitangan koperasi seperti yang ditunjukkan oleh Rajah 4-9. Lebih tiga perempat (76.6%) dalam kalangan mereka yang baru berkhidmat (di bawah 5 tahun) mempunyai tahap literasi yang tinggi/sangat tinggi berbanding mereka yang telah berkhidmat lebih lama. Ini juga disebabkan oleh hakikat bahawa kakitangan yang baru berkhidmat mempunyai kelayakan akademik lebih tinggi dan mendapat pendedahan teknologi komputer yang lebih banyak sebelum berkhidmat di koperasi. Bagi mereka yang telah berkhidmat 20 tahun ke atas, kebanyakan mereka mencapai tahap literasi komputer sederhana (43.4%). Bagaimanapun, tahap literasi kakitangan mengatasi tahap literasi ALK pada sebarang tempoh perkhidmatan.

0

5

10

15

20

25

30

Pera

tus

SangatRendah

<5

5-9

Rendah Sederhana

TAHUN

Tinggi SangatTinggi

10-14 20

15-19

Tahap Literasi Komputer

44

Monograf Penyelidikan

Rajah 4-9: Tahap Literasi Komputer KakitanganBerdasarkan Tempoh Berkhidmat

4.4.7 TAHAP LITERASI KOMPUTER ALK DAN KAKITANGAN BERDASARKAN PEMILIKAN KOMPUTER

Berdasarkan Rajah 4-10, hampir separuh (46.9%) daripada ALK yang tidak mempunyai komputer mencapai tahap literasi komputer sangat rendah. Didapati peratusan ALK yang tidak memiliki komputer semakin menurun dengan peningkatan tahap literasi. Majoriti ALK yang memiliki komputer mempunyai tahap literasi sederhana dan ke atas.

0

10

20

30

40

50

Pera

tus

SangatRendah

<5

5-9

Rendah Sederhana

TAHUN

Tinggi SangatTinggi

10-14 20

15-19

Tahap Literasi Komputer

45

Bab 4Hasil Kajian dan Perbincangan

Rajah 4-10: Tahap Literasi Komputer ALK Berdasarkan Pemilikan Komputer

Rajah 4-11 menunjukkan tahap literasi kakitangan semakin meningkat selari dengan pemilikan komputer. Majoriti (74.8%) kakitangan yang memiliki komputer mencapai tahap literasi yang tinggi. Tidak ada perbezaan tahap literasi komputer yang nyata bagi kakitangan yang memiliki komputer dengan yang tidak memiliki komputer.

0

10

20

30

40

50

Pera

tus

SangatRendah

Ya

Tidak

Rendah Sederhana Tinggi SangatTinggi

Tahap Literasi Komputer

46

Monograf Penyelidikan

Rajah 4-11: Tahap Literasi Komputer Kakitangan Berdasarkan Pemilikan Komputer

4.4.8 TAHAP LITERASI KOMPUTER ALK DAN KAKITANGAN BERDASARKAN PENGALAMAN MENGGUNAKAN KOMPUTER

Dijangka tahap literasi komputer seseorang meningkat dengan pengalaman menggunakan komputer. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa ini adalah benar bagi ALK (Rajah 4-12) dan juga kakitangan koperasi (Rajah 4-13). Contohnya, dalam kalangan ALK yang mempunyai pengalaman menggunakan komputer kurang dari lima tahun, hanya 12.7 peratus mencapai tahap tinggi/amat tinggi, manakala bagi mereka yang berpengalaman antara 15 hingga 19 tahun lebih daripada 80 peratus (83.8%) mencapai tahap tersebut.

0

5

10

15

20

25

30

35

40

Pera

tus

SangatRendah

Ya

Tidak

Rendah Sederhana Tinggi SangatTinggi

Tahap literasi komputer

47

Bab 4Hasil Kajian dan Perbincangan

Rajah 4-12: Tahap Literasi Komputer ALK Berdasarkan PengalamanMenggunakan Komputer

Keadaan yang serupa juga benar dalam kalangan kakitangan koperasi (Rajah 4-13) iaitu tahap literasi komputer lebih tinggi dalam kalangan mereka yang lebih lama menggunakan komputer berbanding dengan mereka yang baru. Dalam kalangan yang mempunyai pengalaman 5 hingga 19 tahun, lebih daripada 70 peratus (71.3%) mencapai tahap literasi tinggi atau sangat tinggi, berbanding dengan tidak sampai separuh (42.2%) dalam kalangan mereka yang mempunyai pengalaman kurang daripada lima tahun mencapai tahap tersebut. Walau bagaimanapun, dalam kalangan mereka yang berpengalaman 20 tahun atau lebih, hanya 55.0% mencapai tahap tinggi/sangat tinggi. Ini mungkin disebabkan oleh faktor umur dan tahap pendidikan yang dibincangkan terdahulu.

0

10

20

30

40

50

60

Pera

tus

SangatRendah

<5

5-9

Rendah Sederhana

TAHUN

Tinggi SangatTinggi

10-14 20

15-19

Tahap Literasi Komputer

48

Monograf Penyelidikan

Rajah 4-13: Tahap Literasi Komputer Kakitangan Berdasarkan PengalamanMenggunakan Komputer

4.4.9 TAHAP LITERASI KOMPUTER ALK DAN KAKITANGAN BERDASARKAN KEKERAPAN MENGHADIRI KURSUS KOMPUTER

Rajah 4-14 menunjukkan tahap literasi komputer mengikut kekerapan ALK menghadiri kursus. Secara amnya, tahap literasi bagi mereka yang menghadiri kursus komputer sekurang-kurangnya sekali mengatasi tahap literasi mereka yang tidak pernah langsung menghadirinya. Lebih daripada separuh (53.6%) dalam kalangan ALK yang tidak pernah menghadiri kursus mempunyai tahap literasi yang rendah (21.7%) atau sangat rendah (31.9%), manakala hampir satu perempat (24.3%) dalam kalangan yang sudah menghadiri empat atau lebih kursus mencapai tahap literasi sangat tinggi.

Namun, kekerapan menghadiri kursus tidak menjamin peningkatan tahap literasi komputer. Ini berdasarkan hakikat bahawa di kalangan mereka yang pernah menghadiri kursus lebih daripada empat kali, sekitar satu perempat (25.4%) masih mempunyai tahap literasi rendah. Peratusan ini jauh lebih tinggi berbanding mereka yang pernah menghadirinya antara satu hingga tiga kali (3.5%).

0

10

20

30

40

50

Pera

tus

SangatRendah

<5

5-9

Rendah Sederhana

TAHUN

Tinggi SangatTinggi

10-14 20

15-19

Tahap Literasi Komputer

49

Bab 4Hasil Kajian dan Perbincangan

Rajah 4-14: Tahap Literasi Komputer ALK BerdasarkanKekerapan Menghadiri Kursus

Keputusan yang serupa juga didapati bagi kakitangan seperti yang dirumuskan dalam Rajah 4-15. Sungguhpun golongan yang mencapai tahap literasi sangat tinggi ialah dalam kalangan mereka yang pernah menghadiri kursus sebanyak empat kali atau lebih (35.7%), namun peratusan dalam kalangan mereka yang berada pada tahap rendah/sangat rendah juga adalah tinggi relatif kepada kumpulan lain (10.5%) Bilangan kursus juga tidak begitu membezakan tahap literasi komputer iaitu bagi kakitangan yang menghadiri kursus 1 hingga 3 kali, 73.0% mencapai tahap tinggi/amat tinggi. Ia hampir sama dengan kumpulan yang lebih kerap menghadiri kursus (73.8%).

0

5

10

15

20

25

30

35

Pera

tus

SangatRendah

Tidak Pernah

1 - 3 kali

Rendah Sederhana Tinggi SangatTinggi

4 kali & ke atas

Tahap Literasi Komputer

50

Monograf Penyelidikan

Rajah 4-15: Tahap Literasi Komputer Kakitangan Berdasarkan Kekerapan Menghadiri Kursus

4.5 FAKTOR-FAKTOR BERKAITAN DENGAN TAHAP LITERASI KOMPUTER

Bagi menentukan faktor-faktor yang membezakan tahap literasi komputer, ujian berstatistik menggunakan skor asal dilakukan dan hasilnya dirumuskan dalam Jadual 4-13. Bagi faktor kualitatif dengan dua kategori (jawatan, jantina, pemilikan komputer dan kewujudan kemudahan Internet di koperasi) kaedah Mann-Whitney digunakan manakala bagi faktor yang mempunyai lebih daripada dua kategori (tahap pendidikan) ujian Kruskal-Wallis adalah sesuai. Secara purata tahap literasi komputer ALK lebih rendah berbanding tahap literasi kakitangan (berdasarkan nilai min pangkat), manakala tahap literasi komputer perempuan mengatasi tahap lelaki. Mereka yang memiliki komputer sendiri juga mempunyai tahap literasi yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak memiliki komputer sendiri. Seperti yang dijangka, tahap literasi meningkat selari dengan tahap pendidikan.

0

10

20

30

40

50

Pera

tus

SangatRendah

Tidak Pernah

1 - 3 kali

Rendah Sederhana Tinggi SangatTinggi

4 kali & ke atas

Tahap Literasi Komputer

51

Bab 4Hasil Kajian dan Perbincangan

Jadual 4-13: Ujian Perbandingan Tahap Literasi Mengikut Faktor Kualitatif

Faktor KategoriMin

PangkatStatistik

Ujian Nilai p

1. Pendidikan Sek. Rendah/ setaraf 222.79 545.64 <0.001*

PMR/setaraf 452.36

SPM/setaraf 899.25

Pendidikan Tinggi 1,310.95

2. Pemilikan komputer peribadi

Ya 1,107.52 -17.664 <0.001*

Tidak 664.64

3. Jawatan ALK 772.64 -13.805 <0.001*

Kakitangan 1,117.67

4. Jantina Lelaki 825.55 -9.896 <0.001*

Perempuan 1,076.76

*Perbezaan tahap literasi bererti pada tahap 0.001

Analisis korelasi (Spearman) digunakan untuk menilai hubung kait antara tahap literasi komputer dengan faktor kuantitatif (umur, lama berkhidmat, kekerapan menghadiri kursus dan pengalaman mengguna komputer) dan hasilnya dirumuskan dalam Jadual 4-14. Faktor paling penting menentukan tahap literasi komputer ialah pengalaman mengguna komputer (r = 0.650). Hasil analisis juga menunjukkan golongan muda lebih mahir berbanding golongan yang telah berusia (r = -0.528). Faktor-faktor lain, iaitu lama/tempoh berkhidmat serta kekerapan menghadiri kursus bukan merupakan faktor penting (walaupun bermakna secara statistik) dalam menentukan tahap literasi komputer berdasarkan tahap korelasi yang agak lemah.

52

Monograf Penyelidikan

Jadual 4-14: Hubung Kait Antara Tahap Literasi Dan Faktor Kuantitatif

Faktor Koefisien Korelasi Nilai p

Pengalaman mengguna 1) komputer 0.650 <0.001*

Umur2) -0.528 <0.001*

Kekerapan menghadiri kursus3) 0.308 <0.001*

Lama berkhidmat4) -0.161 <0.001*

*Korelasi bererti pada aras 0.001

Berdasarkan hasil analisis di atas, wajar dirumuskan bahawa perbezaan tahap literasi komputer antara ALK dan kakitangan koperasi amat ketara. Antara faktor utama yang berkaitan dengan perbezaan tersebut ialah usia dan jantina. Kebanyakan ALK adalah lelaki serta terdiri daripada mereka yang jauh lebih berusia berbanding kakitangan. Selain itu, kakitangan mempunyai lebih banyak peluang untuk menggunakan komputer berdasarkan tugas harian yang mereka lakukan di pejabat. Dari segi pendidikan pula, golongan muda mendapat pendedahan yang lebih banyak terhadap teknologi komputer berbanding golongan yang berusia, walaupun dari segi tahap pendidikan mungkin sama.

53

Bab 5Rumusan dan Cadangan

BAB 5RUMUSAN DAN CADANGAN

Bab ini merumuskan hasil analisis, diikuti dengan beberapa cadangan bagi meningkatkan tahap literasi komputer dalam kalangan ALK dan kakitangan koperasi.

5.1 RUMUSAN HASIL KAJIAN

Kadar maklum balas bagi kajian ini adalah sebanyak 35 peratus. Kadar ini adalah memuaskan kerana secara amnya pengumpulan data melalui pos sukar untuk mencapai kadar melebihi 30 peratus (Sekaran, 2000). Secara keseluruhannya, maklum balas daripada kalangan kakitangan adalah lebih baik berbanding ALK. Ini mungkin disebabkan kakitangan lebih mudah memberi maklum balas kerana kebiasaannya mereka berada di pejabat koperasi sepanjang hari, manakala ALK hanya berada di pejabat koperasi pada masa-masa tertentu sedangkan tempoh masa yang diberikan untuk melengkapkan borang soal selidik hanya tiga minggu sahaja. Majoriti dalam kalangan koperasi yang memberi maklum balas adalah koperasi peringkat daerah, diikuti oleh koperasi peringkat nasional dan negeri.

Hasil kajian menunjukkan ciri-ciri demografi ALK agak berbeza dengan kakitangan. Didapati majoriti responden ALK adalah lelaki, manakala majoriti responden kakitangan adalah perempuan. Dari segi umur pula, secara purata ALK lebih berusia daripada kakitangan. Ini disebabkan kebanyakan ALK adalah dari golongan mereka yang menghampiri umur persaraan dan telah bersara.

Tahap pengetahuan asas komputer dalam kalangan ALK dan kakitangan jauh lebih tinggi bagi yang memiliki komputer dan pernah menghadiri kursus komputer sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun terakhir. Ini memang dijangka, kerana tahap pengetahuan asas komputer individu akan meningkat setelah menghadiri kursus komputer dan/atau memiliki komputer sendiri.

RUMUSAN DAN CADANGANBab 5

54

Monograf Penyelidikan

Bagi penggunaan aplikasi komputer, kebanyakan mereka menggunakan perisian pemprosesan teks diikuti dengan lembaran elektronik, melayari Internet dan membuat slaid persembahan. Sebaliknya, yang paling jarang digunakan ialah pangkalan data. Ini disebabkan tugas-tugas di pejabat koperasi yang memerlukan penggunaan komputer lebih kepada penyediaan dokumen yang menggunakan perisian pemprosesan teks sahaja. Bagi tahap kemahiran mengguna aplikasi komputer untuk melaksanakan tugas-tugas khusus, secara purata para responden menilai kemampuan mereka pada tahap sederhana bagi kebanyakan tugas.

Analisis perbandingan tahap kemahiran asas menggunakan aplikasi komputer menunjukkan umur, tahap pendidikan dan pengalaman menggunakan komputer merupakan antara faktor penting yang membezakan tahap kemahiran. Didapati tahap kemahiran adalah rendah dalam kalangan mereka yang berusia 65 tahun ke atas, berpendidikan sekolah rendah dan mempunyai pengalaman menggunakan komputer kurang dari lima tahun. Sebaliknya, tahap kemahiran adalah tinggi dalam kalangan responden perempuan, golongan muda dan mereka yang pernah menghadiri kursus.

Hakikatnya, golongan muda mendapat pendedahan yang lebih banyak dalam penggunaan komputer dalam kehidupan harian mereka. Tahap kemahiran responden perempuan lebih tinggi berbanding responden lelaki kerana majoriti dalam kalangan kakitangan adalah perempuan kerana biasanya mereka yang menjalankan tugas pentadbiran harian koperasi. Ini selari dengan hakikat bahawa tahap kemahiran kakitangan lebih tinggi berbanding ALK kerana tanggungjawab ALK berbeza dengan kakitangan. ALK lebih banyak terlibat dalam membuat keputusan berbanding dengan kakitangan yang banyak membuat kerja-kerja pejabat khususnya dengan menggunakan komputer. Ini juga menunjukkan tidak ada kaitan yang ketara antara tahap kemahiran responden dengan bilangan kursus yang dihadiri.

Secara amnya, tahap penggunaan aplikasi komputer dalam tugasan harian di koperasi adalah rendah kecuali bagi kerja-kerja menaip memo atau surat iaitu pada tahap sederhana. Ini bermakna, pada masa ini tugas-tugas yang memerlukan kemahiran komputer di koperasi belum begitu mencabar. Kemungkinannya, tiada arahan atau inisiatif diri untuk meningkatkan hasil kerja yang lebih baik. Contohnya, jika kebiasaannya pembentangan dalam mesyuarat hanya menggunakan laporan bertulis sahaja tetapi kini boleh dipertingkatkan keberkesanan penyampaian maklumat dengan menggunakan perisian komputer yang bersesuaian.

Perbandingan antara tahap kemampuan dan penggunaan komputer menunjukkan nilai jurang positif bagi semua tugas. Ini bermakna, responden merasakan keupayaan mereka mengatasi apa yang diperlukan untuk melaksanakan tugas harian di koperasi. Kemungkinan, mereka melakukan tugas yang sama

55

Bab 5Rumusan dan Cadangan

setiap hari serta kurang mencabar. Secara keseluruhannya, mereka yang paling kerap menggunakan komputer adalah responden yang berpendidikan tinggi, berpengalaman menggunakan komputer antara 15 hingga 19 tahun dan berumur antara 25 hingga 34 tahun. Tahap keupayaan adalah lebih tinggi bagi perempuan, kakitangan, mereka yang memiliki komputer, generasi muda serta yang pernah menghadiri kursus komputer. Tahap keupayaan juga meningkat dengan tahap pendidikan dan pengalaman mengguna komputer.

Hasil kajian menunjukkan lebih daripada separuh kakitangan koperasi mempunyai tahap literasi yang tinggi dan sangat tinggi tetapi sebaliknya kurang dari separuh ALK mempunyai tahap literasi yang tinggi dan sangat tinggi. Didapati tahap literasi komputer kakitangan mengatasi tahap literasi ALK. Hasil analisis perbandingan menunjukkan: (1) ALK perempuan mempunyai tahap literasi komputer lebih tinggi berbanding dengan ALK lelaki; (2) tahap literasi golongan muda mengatasi golongan lebih tua; (3) tempoh berkhidmat tidak ada kaitan dengan tahap literasi komputer ALK tetapi ada kaitan dengan tahap literasi kakitangan; (4) tahap kemahiran kakitangan meningkat sejajar dengan pengalaman tetapi tidak bagi ALK kerana kebanyakan dalam kalangan mereka telah berusia dan tidak mempunyai asas komputer yang kukuh seperti kakitangan yang secara purata jauh lebih muda; (5) dalam kalangan ALK, semakin kerap mereka menghadiri kursus, semakin tinggi tahap literasi mereka, tetapi bagi kakitangan pula, kekerapan menghadiri kursus tidak ada kaitan dengan tahap literasi komputer, sebaliknya tahap pendidikan mempunyai kaitan yang tinggi.

Hasil daripada kajian, secara keseluruhannya didapati faktor-faktor yang ada kaitan dengan tahap literasi komputer adalah umur, jantina, tahap pendidikan dan jawatan. Secara purata, tahap literasi komputer ALK lebih rendah berbanding tahap literasi kakitangan, manakala tahap literasi komputer perempuan mengatasi tahap lelaki. Seperti yang dijangka, tahap literasi meningkat selari dengan tahap pendidikan. Hasil analisis juga menunjukkan golongan muda lebih mahir berbanding golongan yang berusia.

Berdasarkan hasil analisis, wajar dirumuskan bahawa perbezaan tahap literasi komputer antara ALK dan kakitangan koperasi amat ketara. Faktor utama yang berkaitan dengan perbezaan tersebut ialah umur dan jantina. Kebanyakan ALK adalah lelaki dan jauh lebih berusia berbanding kakitangan. Selain itu, kakitangan mempunyai lebih banyak peluang untuk menggunakan komputer berdasarkan tugas harian yang mereka lakukan di pejabat. Bagi pendidikan pula, golongan muda mendapat pendedahan yang lebih banyak terhadap teknologi komputer berbanding golongan yang telah berusia, walaupun dari segi tahap pendidikan mungkin sama.

56

Monograf Penyelidikan

5.2 CADANGAN

Hasil kajian mempunyai implikasi penting kepada pihak yang berkepentingan seperti Maktab Koperasi Malaysia (MKM) dan gerakan koperasi. Cadangan berikut dikemukakan bagi meningkatkan tahap literasi dalam kalangan ALK dan kakitangan koperasi dan seterusnya menjadikan pengurusan koperasi lebih cekap.

(i) Maktab Koperasi Malaysia• Memperbanyakkan kursus komputer peringkat asas untuk memberi

peluang kepada kakitangan dan anggota koperasi yang mempunyai tahap literasi rendah.

• Memperbanyakkan kursus-kursus komputer di peringkat lanjutan mengikut keperluan koperasi.

• Memperkenalkan kursus-kursus komputer mengikut keperluan semasa koperasi.

(ii) Gerakan Koperasi• Menggalakkan ALK dan kakitangan koperasi menghadiri kursus

pangkalan data bagi mengurus data/maklumat penting koperasi seperti Sistem Maklumat Keanggotaan, Sistem Inventori dan sistem-sistem lain.

• Menggalakkan jaringan (networking) koperasi di mana semua koperasi boleh berkomunikasi antara satu sama lain secara atas talian (on-line) dengan menggunakan Internet.

• Mewujudkan kelab komputer untuk anggota koperasi mendalami bidang ICT.

5.3 KAJIAN LANJUTAN

Terdapat pelbagai cara untuk mengukur tahap literasi seperti yang telah dinyatakan di dalam sorotan kajian. Bagi kajian ini, tahap literasi diukur dengan menggunakan soal selidik yang berdasarkan penilaian diri sendiri. Terdapat kemungkinan dapatan kajian kurang tepat. Oleh itu, untuk memantapkan dapatan kajian ini, dicadangkan supaya kaedah ujian amali di makmal komputer pula digunakan untuk mengukur tahap literasi komputer responden.

57

Rujukan

RUJUKAN

Ainley, J., Fraillon, J. & Haber, J. (2006). Assessing student technology literacy at a national level. Paper presented at the National Educational Computing Conference,San Diego. Dicapai dari http://www.iste.org/Content/NavigationMenu/Research/NECC_Research_Paper Archives/NECC_2006/Haber_Jon_NECC06.pdf

Al-Daihani, S., M. & Rehman, S. (2006). A study of the information literacy capabilities of the Kuwaiti police officers. Kuwait: Emerald Group Publishing Limited. Dicapai dari http://www.emeraldinsight.com/KuwaitPolice.pdf

Anderson, M. A. (2000). Assessing teacher technology skills. ProQuest Education Journals. 25. Dicapai dari http://proquest.umi.com.newdc.oum.edu.my/pqdweb?index=21&did=63318448&SrchMode=1&sid=2&Fmt=3&VInst=PROD&VType=PQD&RQT=309&VName=PQD&TS=1233305866&clientId=56581

Brynjolfsson, E. (1993). The productivity paradox of information technology: Review and assessment. Communications of the ACM (December). Dicapai dari http://ccs.mit.edu/CCWP130/CCSWPI30.html

Connelly, J., A. (2003). Computer literacy in the digital age: Development of the computer literacy measure for prospective employees (clmpe). USA: ProQuest Information and Learning Company. Dicapai dari http://proquest.umi.com/pqdlink?did=766620671&Fmt=7&clientId=79356&RQT=309&VName=PQD

Davies, J.E. (2002). Assessing and Predicting ICT Literacy in Education Undergraduates. Paper presented at the annual meeting of SITE, March 2002. Dicapai dari http://www.quasar.ualberta.ca/IT/research/Szabo/Site2001.pdf

Dickerson, J.G. (2005). Analysis of computing skills and differences between demographic groups: A basis for curriculum development in computer technology courses at Unc-wilmington. Dicaapai dari http://www.lib.ncsu.edu/theses/available/etd-06292005- 102215/unrestricted/etd.pdf

Du, Y. (2004). The relationship between students’ computer competency and perception of enjoyment and difficulty level in web-based distance learning. Education Libraries, 27 (2), 5-12. Dicapai dari http://units.sla.org/division/ded/educationlibraries/27-2.pdf

58

Monograf Penyelidikan

European Commission, Enterprise And Industry Directorate-General. (2006, 30 Jun). Effect of ICT capital on economic growth. Dicapai dari http://ec.europa.eu/enterprise/ict/policy/ict/ict-cap-eff.pdf pada Mac 12, 2007.

Hawkins, R. (1997). Computer literacy and computer use among college students:Diffrences in black and white. Journal of Negro Education, Vol. 66, #2.

Huang, S. M. (2005). Technology proficiency of college level language teachers in Taiwan: Effect on their technology utilization and expectation for students’ technology proficiency. Dicapai dari http://worldcat.org/oclc/67523735

International ICT Literacy Panel (2000). Digital transformation a framework for ICT literacy. U.S.A: Educational Testing Service. Dicapai dari http://www.ets.org/ictliteracy/digital1.html

Dasar Koperasi Negara. (2003). Kuala Lumpur: Jabatan Pembangunan Koperasi.

Karsten R. & Roth R., M. (1998). Computer self-efficacy: A practical indicator of student computer competency in introductory IS courses. Dicapai dari http://www.learning-quest.com/software/compefficacy.pdf

Khirul Bahri Basaruddin. (2005, Julai 31). Tingkat Prestasi Koperasi. Berita Minggu, p.2.

Markauskaite, L. (2006). Towards an integrated analytical framework of information and communications technology literacy: from intended to implemented and achieved dimensions. Information Research, 11(3) paper 252. Dicapai dari http://InformationR.net/ir/11-3/paper252.html pada Mac 30, 2007.

Mathews, J. G. (1998). Predicting teacher perceived technology use: Needs assessment model for small rural schools. Dicapai dari http://www.eric.ed.gov/ERICDocs/data/ericdocs2sql/content_storage_01/0000019b /80/15/6a/d0.pdf

McDonald, D. S. (2004). Computer literacy skills for computer information systems majors: A case study. Journal of Information Systems Education. 15 (1), 19-33. Dicapai dari http://www.jise.appstate.edu/Issues/15/19-abs.pdf

Md. Nor Hayati. (2005). Knowledge captured as an innovation factor: The application and usage of ICT in the Malaysian public sector. INTAN Management Journal. Vol 7(1).

59

Rujukan

Meckelborg, A. (2003). Assessing computer literacy in adult ESL learners. ProQuest Education Journal. Dicapai dari http://proquest.umi.com.newdc.oum.edu.my/pqdweb?did=766710521&sid=8&Fmt =2&clientId=56581&RQT=309&VName=PQD

Mohd Ghazali Abas. (2005). Factors the affect ICT usage: Case of Asean and Malaysian economy. INTAN Management Journal. 7(1).

Nor Azan Mat Zin. (2000). Gender differences in computer literacy level among undergraduate students in Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dicapai dari http://www.ejisdc.org/ojs2/index.php/ejisdc/article/viewFile/3/3

Organization for Economic Co-operation and Development (2003). The Sources of Economic Growth in OECD Countries. Dicapai dari http://www.oecd.org/document/32/0,3343,en_2649_34325_2506528_1_1_1_37443,00.html pada April 20, 2007.

Norlaili Mansor. (2006, Ogos). Hari Koperasi Negara 2006: Wawasan PM memperkukuhkan gerakan koperasi sekolah. Pelancar Online. Dicapai dari http://www.angkasa.coop/pelancar/index.php?p=aug003-2006 pada Januari 9, 2007.

Oliver, R. & Towers, S. (2000). Benchmarking ICT literacy in tertiary learning settings. In R. Sims, M. O’Reilly & S. Sawkins (Eds). Learning to choose: Choosing to learn. Proceedings of the 17 th Annual ASCILITE Conference (pp 381-390). Lismore, NSW: Southern Cross University Press. Dicapai dari http://elrond.scca.ecu.edu.au/oliver/2000/aciliteict.pdf

Patrikas, E. O. & Newton, R. A. (1999). Computer literacy among entering allied health students and faculty. Technology Horizons in Education Journal. Dicapai dari http://www.thejournal.com/articles/14498_1 pada Februari 27, 2008.

Pejabat Perdana Menteri (2007, Oktober 23). Pelancaran M.S.C. Malaysia Cybercentre @ Meru Raya. Dicapai dari http://www.pmo.gov.my website/webdbase.nsf/w_4?openForm&url=http://www.pmo.gov.my/WebNotesApp/Abdul lah.nsf/KoleksiUcapanForm?OPenform&ta juknyer=All% 20Speeches,%20Statement%20and%20Press%20Release%20By%20PM&lang=1 pada November 10, 2007.

60

Monograf Penyelidikan

Smith, B. N. (1996). Assessing the computer literacy of undergraduate college students. Dicapai dari http://findarticles.com/p/articles/mi_qa3673/is_199601/ai_n8743567/print

Smith, S. M. (2004). Software skills acquisition: Confidence vs. competence. Information Technology, Learning, and Performance Journal. 22 (2), 33-40. Dicapai dari http://www.osra.org/itlpj/smithfall2004.pdf

Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010 (2006). Putrajaya: Unit Perancang Ekonomi.

Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (2006, September). Ucapan Bajet 2007: Melaksanakan misi nasional ke arah mencapai wawasan negara. Dicapai dari http://www.epu.jpm.my/bajet/bmbajet2007.pdf pada Februari 12, 2007.