sistem pertahanan badan

3
SISTEM PERTAHANAN BADAN Sistem pertahanan badan adalah berfungsi untuk melindungi badan daripada pathogen. Patogen ialah Sejenis bakteria/virus/kulat/parasit yang boleh menyebabkan penyakit kepada kita. Patogen boleh memasuki badan melalui makanan/minuman yang tercemar, titisan air semasa bernafas dan sentuhan kulit. Sistem pertahan badan ini mempunyai dua peringkat pertahanan badan iaitu peringkat pertahanan tidak khusus dan pertahanan khusus. Sistem pertahanan tidak khusus terletak pada peringkat pertama sistem ini. Ianya dilindungi oleh kulit dan membran mukus. Ini dikenali sebagai sisitem pertahanan luar. Pertahanan luar yang menghalang mikroorganisma masuk ke dalam badan ialah : - Organ kulit (hidung,mulut, salur respirasi) - Membran mukus (peluh, sebum, asid perut) - Tindakan mekanisma pembekuan darah. Cara Sistem Pertahanan Tidak Khusus Bertindak Apabila pathogen masuk, system ini akan bertindak melalui kulit, perut, mata dan mekanisme pembekuan darah. Kulit yang tebal akan menghalang pathogen daripada masuk. Selain itu, pH kulit yang berasid (pH 3- pH5) akan menghalang percambahan mikrob. Di samping itu, kulit dapat menjadi pelindung melalui enzim lisozim yang wujud dalam peluh dan sebum di permukaan peluh. Ianya dapat membunuh mikrob. Seterusnya, lapisan kulit yang mati juga akan sentiasa disingkirkan. Manakala sebum yang mengandungi asid laktik yang tinggi boleh menghalang pertumbuhan bacteria dan kulat.

Upload: saiful-singah

Post on 25-Jun-2015

762 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: SISTEM PERTAHANAN BADAN

SISTEM PERTAHANAN BADAN

Sistem pertahanan badan adalah berfungsi untuk melindungi badan daripada pathogen. Patogen ialah Sejenis bakteria/virus/kulat/parasit yang boleh menyebabkan penyakit kepada kita. Patogen boleh memasuki badan melalui makanan/minuman yang tercemar, titisan air semasa bernafas dan sentuhan kulit. Sistem pertahan badan ini mempunyai dua peringkat pertahanan badan iaitu peringkat pertahanan tidak khusus dan pertahanan khusus.

Sistem pertahanan tidak khusus terletak pada peringkat pertama sistem ini. Ianya dilindungi oleh kulit dan membran mukus. Ini dikenali sebagai sisitem pertahanan luar. Pertahanan luar yang menghalang mikroorganisma masuk ke dalam badan ialah :

- Organ kulit (hidung,mulut, salur respirasi)- Membran mukus (peluh, sebum, asid perut)- Tindakan mekanisma pembekuan darah.

Cara Sistem Pertahanan Tidak Khusus Bertindak

Apabila pathogen masuk, system ini akan bertindak melalui kulit, perut, mata dan mekanisme pembekuan darah. Kulit yang tebal akan menghalang pathogen daripada masuk. Selain itu, pH kulit yang berasid (pH 3- pH5) akan menghalang percambahan mikrob. Di samping itu, kulit dapat menjadi pelindung melalui enzim lisozim yang wujud dalam peluh dan sebum di permukaan peluh. Ianya dapat membunuh mikrob. Seterusnya, lapisan kulit yang mati juga akan sentiasa disingkirkan. Manakala sebum yang mengandungi asid laktik yang tinggi boleh menghalang pertumbuhan bacteria dan kulat.

Perut juag membantu pertahanan badan daripada terdedah kepada pathogen. Asid hidroklorik yang wujud dalam perut dan jus gaster akan membunuh pathogen yang terdapat dalam makanan yang kita makan dan menghalang percambahan mikrob.

Mata juga mampu bertindak sebagai system pertahanan badan melalui air mata yang mengandungi enzim lisozim ( protein antimikrob) . Enzi mini dapat menghuraikan dan membunuuh sesetengah jenis pathogen yang memasuki mata.

Page 2: SISTEM PERTAHANAN BADAN

Mekanisme pembekuan darah juga membantu sistem ini. Ianya bertindak melalui antibodi dalam serum yang dapat membunuh bacteria yang masuk melalui luka. Apabila berlaku pendarahan, mekanisme ini akan bertindak dengan mengumpalkan darah pada tempat yang berlaku luka . Seterusnya sistem ini bertindak membekukan darah dan mengeras dan membentuk keruping. Keruping ataupun kudis tersebut akan bertindak sebagai pengganti kepada kulit serta mengahalang pathogen daripada masuk.