sistem perparitan, sikap penduduk jadi punca - nre.gov.my di akhbar/sistem perparit… · jerantut...

3
Sistem perparitan, sikap penduduk jadi punca Peniaga, pengusaha rugi JERANTUT - Pengusaha kolam ikan, peruncit dan peniaga kedai makan antara mangsa yang terpaksa menanggung kerugian tinggi akibat banjir kilat di tujuh kawasan, lewat malam semalam. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 2 pagi akibat hujan lebat selama lebih dua jam yang menyebabkan 65 rumah di Kampung Sri Muda, Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Mat Kilau, PAKR 410 Bandar Baru, Kampung Muhibah, Kampung Batu 1 Jalan Benta, Kampung Batu Embun dan Taman Sri Jaya dinaiki air. Pengusaha kolam ikan di Kampung Batu Embun, Mohd Zamani Mohd Taib, 32, berkata, kejadian itu bermula sekitar jam 2 pagi menyebabkan sistem perparitan di kawasan berdekatan tidak dapat menampung jumlah air yang banyak. Menurutnya, keadaan itu diburukkan lagi dengan projek perumahan yang turut menyumbang kepada punca laluan air tersekat seterusnya mendatangkan masalah kepada penduduk setempat. “Sebelum projek itu dijalankan, banjir kilat tidak pernah berlaku. Semuanya berubah apabila lima paya berdekatan tidak dapat menampung jumlah air, tambahan projek perumahan itu gagal menyediakan sistem perparitan yang sempurna. “Ini bencana banjir kilat terbesar. Saya terpaksa menanggung kerugian hampir RM10,000 apabila ternakan ikan di tiga kolam iaitu induk keli, keli sedia dipasarkan dan benih ikan keli terlepas,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam. Mohd Zamani berkata, dia turut menanggung kerugian apabila terdapat kambing dan ayam peliharaannya mati berikutan kejadian banjir itu. Sementara itu, peruncit di Kampung Sri Muda, Abdul Hamid Othman, 49, berkata, kejadian banjir kilat itu menyebabkan dia sekeluarga tidak tidur malam untuk memindahkan pelbagai jenis barangan. Tajuk : Sistem perparitan, sikap penduduk jadi punca Tarikh : 29 November 2010 Sumber : Sinar Harian KERATAN AKHBAR ONLINE

Upload: buidat

Post on 22-Feb-2018

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem perparitan, sikap penduduk jadi punca - nre.gov.my di Akhbar/Sistem perparit… · JERANTUT - Pengusaha kolam ikan, peruncit dan peniaga kedai makan antara mangsa yang terpaksa

Sistem perparitan, sikap penduduk jadi punca

Peniaga, pengusaha rugi

JERANTUT - Pengusaha kolam ikan, peruncit dan peniaga kedai makan antara mangsa yang

terpaksa menanggung kerugian tinggi akibat banjir kilat di tujuh kawasan, lewat malam

semalam.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 2 pagi akibat hujan lebat selama lebih dua jam yang

menyebabkan 65 rumah di Kampung Sri Muda, Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Mat

Kilau, PAKR 410 Bandar Baru, Kampung Muhibah, Kampung Batu 1 Jalan Benta, Kampung

Batu Embun dan Taman Sri Jaya dinaiki air.

Pengusaha kolam ikan di Kampung Batu Embun, Mohd Zamani Mohd Taib, 32, berkata,

kejadian itu bermula sekitar jam 2 pagi menyebabkan sistem perparitan di kawasan

berdekatan tidak dapat menampung jumlah air yang banyak.

Menurutnya, keadaan itu diburukkan lagi dengan projek perumahan yang turut menyumbang

kepada punca laluan air tersekat seterusnya mendatangkan masalah kepada penduduk

setempat.

“Sebelum projek itu dijalankan, banjir kilat tidak pernah berlaku. Semuanya berubah apabila

lima paya berdekatan tidak dapat menampung jumlah air, tambahan projek perumahan itu

gagal menyediakan sistem perparitan yang sempurna.

“Ini bencana banjir kilat terbesar. Saya terpaksa menanggung kerugian hampir RM10,000

apabila ternakan ikan di tiga kolam iaitu induk keli, keli sedia dipasarkan dan benih ikan keli

terlepas,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Mohd Zamani berkata, dia turut menanggung kerugian apabila terdapat kambing dan ayam

peliharaannya mati berikutan kejadian banjir itu.

Sementara itu, peruncit di Kampung Sri Muda, Abdul Hamid Othman, 49, berkata, kejadian

banjir kilat itu menyebabkan dia sekeluarga tidak tidur malam untuk memindahkan pelbagai

jenis barangan.

Tajuk : Sistem perparitan, sikap penduduk jadi punca

Tarikh : 29 November 2010

Sumber : Sinar Harian

KERATAN AKHBAR ONLINE

Page 2: Sistem perparitan, sikap penduduk jadi punca - nre.gov.my di Akhbar/Sistem perparit… · JERANTUT - Pengusaha kolam ikan, peruncit dan peniaga kedai makan antara mangsa yang terpaksa

Menurutnya, dia terpaksa membahagikan tugas kepada isteri dan anak untuk mengalihkan

barangan di dalam rumah, sementara dirinya dibantu jiran mengalihkan barangan di dalam

kedai runcit.

“Saya rugi lebih RM6,000 membabitkan barangan runcit di kedai dan rumah. Kebanyakannya

barangan seperti tepung, beras dan sebagainya rosak akibat ditenggelami air.

“Ruang tamu rumah juga ditenggelami air dan hanya surut kira-kira jam 8 pagi. Pelbagai

barangan elektrik dan perabot rosak teruk,” katanya.

Sementara itu, di Kampung Batu 1 Jalan Benta pula, pasangan R Menachey, 44 dan R

Nalarajah, 46, bersama tiga anak terpaksa keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri kerana

bimbang berlaku kejadian lebih buruk berikutan air naik dengan cepat.

R Menachey berkata, kejadian berlaku agak cepat dan ketika dia terjaga daripada tidur, dia

mendapati semua barangan termasuk tilam, perabot, karpet, pakaian dan sebagainya

ditenggelami air.

Menurutnya, kesemua bahagian rumah dinaiki air menyebabkan mereka terpaksa mencari dan

menyelamatkan pakaian sekolah seorang anaknya yang akan menduduki peperiksaan Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM) semalam.

“Sewaktu saya dan suami bangun, kami pergi ke bilik sebelah untuk mengejutkan tiga lagi

anak. Kami membuka pintu dapur dan terkejut melihat semua barangan dapur sudah terapung.

“Kesemua kelengkapan rosak teruk terutama barangan elektrik dan komputer riba. Kami

gagal menyelamatkan apa pun sebab terpaksa keluar dan menumpang di rumah kakak ipar

kerana keesokannya anak saya perlu menduduki peperiksaan SPM,” katanya di sini.

R Menachey berkata, dia terpaksa mencuci semula pakaian anaknya pada jam 4 pagi malahan

anaknya terpaksa berselipar ke sekolah ke sekolah kasutnya dihanyutkan banjir kilat.

“Saya rugi hampir RM10,000 akibat semua barangan dalam rumah musnah sama sekali,

namun kami sekeluarga bersyukur kerana selamat dan tidak berlaku sebarang kecederaan,”

katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Mat

Kilau, Ahmad Anuar Awang Chik berkata, sebanyak 25 rumah di dua kawasan perumahan

iaitu Taman Wira dan PAKR Mat Kilau terbabit dalam kejadian banjir itu.

Menurutnya, masalah itu berpunca daripada masalah kotak pembetung kecil sehingga tidak

dapat menampung jumlah air yang banyak setiap kali hujan lebat berterusan berlaku.

“Kerosakan dan jumlah penduduk yang terbabit dengan banjir kilat ini sudah kita ajukan

Page 3: Sistem perparitan, sikap penduduk jadi punca - nre.gov.my di Akhbar/Sistem perparit… · JERANTUT - Pengusaha kolam ikan, peruncit dan peniaga kedai makan antara mangsa yang terpaksa

kepada Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut.

“JKKK amat mengharapkan pihak berkenaan dapat menyediakan pembetung, sistem

perparitan dan longkang yang lebih besar supaya masalah sama tidak berulang kelak,”

katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Pengerui PAKR 410, Mohd Nasir Abdullah Sani pula berkata, sebanyak 28 rumah terbabit

dalam banjir kilat itu kerana sistem perparitan tidak sempurna dan pembangunan projek

perumahan di kawasan bersebelahan.

Menurutnya, kesemua yang berlaku dilaporkan kepada pentadbiran daerah dan diharapkan

tindakan sewajarnya dapat dilakukan untuk mengatasi masalah itu supaya ia tidak lagi

berulang.