sistem perpaipan bangunan

8
PEMASANGAN PAIP BUANGAN DAN SALURAN NAJIS DALAM BANGUNAN, LURANG DAN LONGKANG PERMUKAAN Sistem ini adalah sistem pembuangan air sisa dan najis dari lekapan-lekapan sanitari ke tangki septik atau ke loji rawatan kumbahan. Sistem ini terdiri daripada: Rangkaian perpaipan Perangkap Kebuk pemeriksaan atau lurang Rawatan kumbahan Kaedah saliran atau perpaipan Terdapat dua kaedah saliran yang digunakan: a) saliran atas permukaan tanah (above ground drainage) b) saliran bawah permukaan tanah (underground drainage) SISTEM SALIRAN ATAS PERMUKAAN TANAH Terdapat tiga jenis paip yang digunakan dalam sistem saliran atas tanah iaitu: paip air sisa (waste pipes) paip najis (soil pipes) paip bolong atau paip anti-sifon (ventilation pipes) 1. paip air sisa

Upload: faridah-abdullah

Post on 16-Apr-2015

596 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

Maklumat berkenaan sistem perpaipan dan saluran najis

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem Perpaipan Bangunan

PEMASANGAN PAIP BUANGAN DAN SALURAN NAJIS DALAM BANGUNAN, LURANG DAN LONGKANG PERMUKAAN

Sistem ini adalah sistem pembuangan air sisa dan najis dari lekapan-lekapan sanitari ke tangki

septik atau ke loji rawatan kumbahan.

Sistem ini terdiri daripada:

Rangkaian perpaipan

Perangkap

Kebuk pemeriksaan atau lurang

Rawatan kumbahan

Kaedah saliran atau perpaipan

Terdapat dua kaedah saliran yang digunakan:

a) saliran atas permukaan tanah (above ground drainage)

b) saliran bawah permukaan tanah (underground drainage)

SISTEM SALIRAN ATAS PERMUKAAN TANAH

Terdapat tiga jenis paip yang digunakan dalam sistem saliran atas tanah iaitu:

paip air sisa (waste pipes)

paip najis (soil pipes)

paip bolong atau paip anti-sifon (ventilation pipes)

1. paip air sisa

untuk menyalurkan air sisa dari lekapan air sisa di dalam bangunan atau rumah ke sistem paip

saliran bawah tanah.

Page 2: Sistem Perpaipan Bangunan

2. paip najis

untuk menyalurkan kumbahan dari manusia seperti najis dan urinal dari lekapan najis ke

tangki septik atau ke loji rawatan kumbahan melalui sistem paip saliran bawah tanah.

3. paip bolong@paip anti sifon

untuk mengedarkan udara di dalam sistem saliran serta mencegah dari berlakunya

pensifonan.

Paip ini di hubungkan kepada paip air sisa dan paip najis tetapi ia tidak menyalurkan air

sisa dan najis.

SALIRAN BAWAH TANAH

Paip-paip untuk saliran bawah tanah berfungsi untuk menyalurkan air sisa dan najis dari paip air

sisa dan paip najis di dalam bangunan atau rumah ke tangki septik atau loji rawatan kumbahan.

SISTEM SALIRAN ATAU PERPAIPAN ATAS PERMUKAAN TANAH

Terdapat tiga jenis sistem:

sistem dua paip (two or dual pipe system)

sistem satu paip (one pipe system)

sistem paip tumpu tunggal (single stack system)

SISTEM DUA PAIP

Merupakan salah satu kaedah traditional untuk menyalurkan atau menyalirkan najis dan air

sisa dari lekapan sanitari.

Ia sesuai digunakan apabila lekapan air sisa terletak jauh dari lekapan najis bagi

memudahkan kadar alirannya.

Page 3: Sistem Perpaipan Bangunan

Dalam system ini, dua paip utama digunakan:

Paip buangan digunakan untuk membawa air buangan dari dapur dan bilik air ke longkang

manakala paip najis membawa najis dari alatan kebersihan ke pembentung.

Kedua-dua paip tumpu tersebut akan dihubungkan kepada paip saliran di bawah tanah

dengan menggunakan liku dan cabang.

Air sisa terlebih dahulu akan disalirkan ke dalam perangkap gegeluk atau gully sebelum

disalirkan ke dalam paip saliran air sisa bawah tanah.

Kebaikkan system ini adalah ia dapat mencegah dari berlakunya bau busuk.

Kelemahan system ini adalah kos pemasangan yang mahal kerana banyak menggunakan

paip serta ia memerlukan penjagaan yang rapi.

Sistem dua paip

Page 4: Sistem Perpaipan Bangunan

SISTEM SATU PAIP

Sistem ini hanya menggunakan satu paip sahaja kerana ia

lebih ekonomi.

Dalam sistem ini, paip bolong atau paip anti sifon digunakan

untuk mencegah kehilangan kedap air di dalam perangkap

yang mungkin berlaku disebabkan oleh pensifonan, tekanan

membalik dan akibat dari kesan angin.

Rangkaian paip bolong sekurang-kurangnya bergaris pusat

50mm di hubungkan dari perangkap lekapan sanitari kepada

paip tumpu bolong yang bergaris pusat 75mm.

Bahagian bawah paip tumpu bolong di hubungkan kepada paip

tumpu (air sisa dan najis) untuk membebaskan mana-mana

udara termampat yang mungkin ada di bahagian bawah paip

tumpu najis dan air sisa.

Paip pencawang air sisa dipasang di bahagian atas lantai,

manakala paip pencawang najis di pasang di bahagian bawah

lantai.

Oleh itu, kedudukan penyambungannya pada paip tumpu

adalah berbeza.

Air sisa dan najis di salirkan ke paip tumpu dan seterusnya ke

paip saliran bawah tanah.

Kebaikkan bagi system ini, ia menjimatkan kos terutama bagi

bangunan tinggi kerana semua lekapan-lekapan sanitari

adalah berhampiran dengan paip tumpu.

Page 5: Sistem Perpaipan Bangunan

Kelemahan bagi system ini adalah kerja pemasangannya

adalah kompleks.

System ini dikenali sebagai ‘sistem pengudaraan sepenuhnya’

(fully vented), oleh itu ia memerlukan perangkap pada setiap

lekapan sanitari.

Jika paip tumpu tersumbat, keseluruhan sistem akan terjejas.

Sistem satu paip

SISTEM PAIP TUMPU TUNGGAL (SISTEM STAK TUNGGAL)

Sistem ini hanya menggunakan satu paip sahaja tetapi ia

berbeza dari system satu paip dari segi sambungan alatan

kebersihan.

Bagi sistem ini, kesemua alatan kebersihan disambung terus

ke paip utama. Ini bertujuan untuk mengelakkan dari

Page 6: Sistem Perpaipan Bangunan

berlakunya perubahan tekanan semasa beberapa alatan

kebersihan di gunakan secara serentak.

Bagi mengelakkan dari berlakunya ‘saifan tersendiri’,

penggunaan garis pusat paip yang sesuai, panjang paip,

kecondongan paip dan sambungan yang betul di ambil kira.

System ini adalah lebih kemas dan menjimatkan.

Paip pengudaraan adalah perlu apabila terdapat alatan

kebersihan yang terletak jauh dari paip utama dan jika paip

paip utama tidak dapat di letakkan betul-betul menegak.

Dalam system ini, paip bolong atau paip anti sifon tidak

digunakan.

Kebaikan bagi sistem ini adalah kos pemasangannya lebih

ekonomi kerana kerja paipnya mudah dan tidak memerlukan

paip yang banyak.

Manakala kelemahannya, jika terlalu banyak lekapan sanitari

dipasang pada paip tumpu, ia akan menimbulkan masalah.

Setiap lekapan sanitari dipasang dengan paip pencawang, oleh

itu, penyambungan paip pencawang kepada paip tumpu

terlalu berdekatan antara satu sama lain.

Paip bolong di perlukan apabila atau jika lekapan sanitari

berada jauh dari paip tumpu.