sistem pengangkutan dalam bangunan

18
PENGENALAN Sistem pengangkutan merupakan salah satu perkhidmatan yang agak penting digunakan di dalam sesebuah bangunan. Terdapat beberapa pengangkutan yang digunakan antaranya lift dan escalator yang terdiri dari gerakan elektrik serta menggunakan motor untuk bergerak. Tangga juga boleh dikategorikan sebagai salah sebuah pengangkutan. Sistem lift kebiasaannya dipasang pada bangunan yang mempunyai 4 atau 5 tingkat ke atas. Lift juga mempunyai muatan tertentu pada satu-satu ketika. Proses menetapan kereta lift juga perlu dipertimbangkan pada kadar pengunjung yang mengunjungi bangunan tersebut. Bagi escalator pula pengangkutan ini digunakan untuk penumpang yang bertujuan untuk naik dari tingkat ke tingkat dengan lebih mudah lagi. Seperti contoh pengunjung yang datng akan membawa barang yang banyak akan lebih memudahkan proses naik dari tingkat ke tingkat. Di Jitra Mall juga terdapat elevator yang digunakan untuk troli turun ketingkat bawah iaitu tempat letak kereta. Oleh itu, kami akan mengkaji proses sistem, jenis jenis pengangkutan, dan membezakan kajian kami dengan undang-undang dan akta pengangkutan yang kami dapat.

Upload: shie-shieraa-alias

Post on 31-Dec-2015

2.038 views

Category:

Documents


89 download

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Sistem pengangkutan merupakan salah satu perkhidmatan yang agak penting digunakan

di dalam sesebuah bangunan. Terdapat beberapa pengangkutan yang digunakan antaranya lift

dan escalator yang terdiri dari gerakan elektrik serta menggunakan motor untuk bergerak.

Tangga juga boleh dikategorikan sebagai salah sebuah pengangkutan. Sistem lift kebiasaannya

dipasang pada bangunan yang mempunyai 4 atau 5 tingkat ke atas. Lift juga mempunyai

muatan tertentu pada satu-satu ketika. Proses menetapan kereta lift juga perlu

dipertimbangkan pada kadar pengunjung yang mengunjungi bangunan tersebut.

Bagi escalator pula pengangkutan ini digunakan untuk penumpang yang bertujuan untuk

naik dari tingkat ke tingkat dengan lebih mudah lagi. Seperti contoh pengunjung yang datng

akan membawa barang yang banyak akan lebih memudahkan proses naik dari tingkat ke

tingkat. Di Jitra Mall juga terdapat elevator yang digunakan untuk troli turun ketingkat bawah

iaitu tempat letak kereta.

Oleh itu, kami akan mengkaji proses sistem, jenis –jenis pengangkutan, dan membezakan kajian

kami dengan undang-undang dan akta pengangkutan yang kami dapat.

1. RIWAYAT LIF (EVELATOR)

Elevator penumpang pertama dipasang oleh Otis di New York pada tahun

1857. Setelah meninggalnya Otis pada tahun 1861, anaknya, Charles dan

Norton mengembangkan warisan yang ditinggalkan oleh Otis dengan

membentuk Otis Brothers & Co. Pada tahun 1867.

Pada tahun 1873 lebih dari 2000 elevator Otis telah dipergunakan di

bangunan-bangunan pejabat, hotel, dan department store di seluruh Amerika,

dan lima tahun kemudian dipasanglah elevator penumpang hidrolik Otis yang

pertama.Berikutnya adalah era Pencakar Langit.

Pada tahun 1889 Otis mengeluarkan enjin elevator elektrik direct-

connected geared pertama yang sangat berjaya.

Pada tahun 1903, Otis memperkenalkan desain yang akan menjadi

"tulang belakang" industri elevator, iaitu: elevator kuasa gearless traction yang

direka dan terbukti mengalahkan usia bangunan itu sendiri. Hal ini membawa

pada berkembangnya jaman struktur-struktur tinggi, termasuk yang paling

menonjol adalah Empire State building dan World Trade Center di New York,

John Hancock Center di Chicago dan CN Tower di Toronto

Selama bertahun-tahun ini, beberapa dari inovasi yang dibuat oleh Otis

dalam bidang kawalan automatik adalah Sistem Pengendalian Isyarat, Peak

Period Control, Sistem Autotronik Otis dan Multiple Zoning. Otis adalah yang

terdepan di dunia dalam pembangunan teknologi komputer dan syarikat tersebut

telah membuat revolusi dalam kawalan elevator sehingga tercipta peningkatan

yang dramatik dalam hal masa reaksi elevator dan mutu memandu dalam

elevator.

2. PENGENALAN LIF

Salah satu dari pelbagai keputusan harus dibuat oleh seseorang

perekabentuk bangunan berbilang tingkat adalah mengenai pemilihan peralatan

untuk sebuah sistem pengangkutan dalam bangunan khususnya sistem

pengangkutan menegak, iaitu lif penumpang, barang, atau perkhidmatan dan

juga escalator. Lif atau evelator merupakan pengangkutan menegak.

Peralatan jentera untuk menggerakkan manusia dan barang-barang pada

masa sekarang merupakan keperluan hakiki bagi kebanyakan jenis bangunan.

Rekabentuk asal bangunan mestilah mengambilkira pemasangan perkhidmatan

jentera. Ini bagi memudahkan serta menjimatkan perbelanjaan pembinaan dan

juga masa.

2.1 JENIS-JENIS LIF

Terdapat beberapa jenis kategori lif yang biasa didapati bagi sesuatu rekabentuk

bangunan. diantara ialah:-

1. Lif Penumpang (Passengers Lift)

2. Lif Barangan (Goods Lift)

3. Lif Perkhidmatan (Service Lift)

2.2 JADUAL LIF DAN KEGUNAAN

Jenis Kegunaan Contoh

Penumpang Untuk penumpang sahaja. Pejabat, hotel,

Katil/Penumpang

(Serbaguna) Untuk penumpang termasuk pesakit atas katil. Hospital, Apartment

Perkhidmatan Penumpang & Barangan Pejabat, Hotel,

Hospital

Barangan Barangan dengan satu/dua orang penumpang Kilang

2.3 LIF PENUMPANG

1. Pada dasarnya pemasangan sebuah lif terdiri daripada kereta ynag

membawa penumpang, disokong oleh satu kabel berjalan sekeliling takal

dan diimbangkan oleh pengimbang berat (counter weight).

2. Pengimbang-berat dan kereta turun-naik melalui di antara pemandu steel

yang dibentuk di dalam lubang lif.

3. Geledung penarik di letakkan bersama dengan motor dan gear pengawal

di dalam bilik motor di atas lubang lif.

4. Di bahagian atas dan bawah lubang lif terdapat ruang yang dilebihkan

yang dinamakan pit lif dan perjalanan lebih (overrun) lif.

5. Dibahagian atas lubang lif terdapat satu lubang angin untuk pengedaran

udara bersih. Ini bagi memastikan bahawa apabila berlaku sesuatu

kebakaran asap tidak akan tersebar disetiap tingkat banggunan dimana

lubang lif ini bertindak sebagai corong asap.

6. Kelajuan lif berubah daripad 0.5 m/s untuk pemasangan kecil dan

perlahan kepada 6 hingga 7 m/s untuk bangunan tinggi. Kebiasaannya

kelajuan yang digunakan adalah daripada 1.2 m/s kepada 1.5 m/s untuk

bangunan 6,7, atau 8 tingkat dan 2.0 – 2.5 m/s mengatasi tinggi ini,

melainkan bangunan yang tinggi di mana kelajuan tinggi memang

dikehendaki.

7. Untuk lif kelajuan rendah satu motor A.C. memacu geledung penarik

melalui satu gear belitan (worm gear) yang menyediakan kuasa alasan.

8. Pemasangan kelajuan tinggi kawalannya baik, operasinya senyap dan

bergerak dengan licin dan kelebihan yang lain dari segi teknikal ialah

motor D.C digunakan di sambung terus kepada geledung dan di

operasikan di atas satu sistem voltan berubah.

9. Bagi pemasangan kelajuan tinggi pula ianya di operasikan oleh D.C motor

yang disambungkan terus ke gelendung penarik tanpa gear belitan.

10. Kelebihan daripada A.C lif ialah ia dapat di oprasikan pada bangunan

tinggi, kawalannya lebih baik, operasinya senyap kelajuannya lebih cepat

lagi dan pergerakan lebih licin lagi.

11. Kerana D.C biasanya dijanakan daripada bekalan utama oleh janakuasa

sendiri oleh setiap lif. Dengan ini bilik motor, lubang pit serta perjalanan

lebih berkehendakkan lebih besar lagi.

2.4 PENGKELASAN LIF PENUMPANG

Terdapat beberapa pengkelasan bagi sesebuah lif penumpang. Biasanya

lif ini terdapat pada bangunan yang tingginya melebihi daripada 5 atau 6 tingkat.

Jumlah lif yang dipasang pada sesuatu bangunan adalah bergantung kepada

besar atau kecil bangunan tersebut.

Perlaksanaan yang ideal bagi sesebuah kereta pada sebarang tingkat

lantai, kecepatan yang selesa, pengangkutan yang cepat, kelambatan yang licin

dan segera, pelarasan yang automatik pada masa landing dan kecepatan

memasukkan dan mengeluarkan penumpang pada semua perhentian.

Dalam tambahan pada pertimbangan perkhidmatan bagi lif mestilah

mempunyai rekabentuk senibina yang baik.

Bagi lif penumpang boleh diklaskan kepada beberapa bahagian:-

1. Tujuan Umum (GENERAL PURPOSE)

2. Penginapan (RESIDENTIAL)

3. Hospital

2.5 CARA LIF BEROPERASI

1. Pada sistem geared atau gearless (yang masing-masing digunakan pada

pemasangan bangunan dengan ketinggian sederhana dan tinggi), kereta

elevator tergantung di ruangan luncur oleh beberapa steel hoist ropes,

biasanya dua Puli Katrol, dan sebuah bobot pengimbang (counterweight).

2. Bobot kereta dan counterweight menghasilkan traksi yang mencukupi

antara Puli Katrol dan hoist ropes sehingga Puli Katrol boleh menggegam

hoist ropes dan bergerak serta menahan kereta tanpa selip berlebihan.

Kereta dan counterweight bergerak sepanjang rel yang menegak agar

mereka tidak berayun-ayun

Mesin Lift “Gearless”

3. Mesin untuk menggerakkan elevator terletak di ruangan enjin yang

biasanya tepat di atas ruangan luncur kereta. Untuk membekalkan kuasa

ke kereta dan menerima isyarat kuasa dari kereta ini, dipergunakan

sebuah kabel elektrik multi-wire untuk menyambung ruangan mesin

dengan kereta. Hujung kabel yang terikat pada kereta turut bergerak

dengan kereta sehingga disebut sebagai "kabel bergerak (traveling cable)"

Jalur Lift (Hoistway) dan ruang mesin di atasnya

4. Mesin geared mempunyai motor dengan kelajuan lebih tinggi dan drive

sheave dihubungkan dengan aci motor melalui gigi-gigi di tempat gigi,

yang boleh mengurangkan kelajuan putaran aci motor menjadi kelajuan

drive-sheave rendah. Mesin gearless memiliki motor kelajuan rendah dan

Puli Katrol penggerak menyambung terus ke aci motor.

Sistem pergerakan Elevator/Lift dengan Gearless

5. Pada sistem hidrolik (terutama digunakan pada pemasangan di bangunan

rendah, dengan kelajuan kereta sederhana), kereta dihubungkan ke

bahagian atas piston panjang yang bergerak naik dan turun di dalam

sebuah silinder.

6. Kereta bergerak naik saat oli dipam ke dalam silinder dari tangki oli,

sehingga mendorong piston naik. Kereta turun saat oli kembali ke tangki

oli.

7. Aksi pengangkatan boleh bersifat langsung (piston dihubungkan ke

kereta) atau roped (piston terikat kepada kereta melalui rope).

8. Pada kedua cara tersebut, pekerjaan pengangkatan yang dilakukan oleh

pam motor (tenaga kinetik) untuk mengangkat kereta ke Elevasi yang

lebih tinggi sehingga membuat kereta mampu melakukan kerja (tenaga

keupayaan).

9. Transfer tenaga ini berlaku setiap kali kereta diangkat. Ketika kereta

diturunkan, tenaga keupayaan digunakan habis dan kitaran tenaga

menjadi lengkap sudah. Gerakan naik dan turun kereta elevator

dikendalikan oleh injap hidraulik

2.6 KERJA-KERJA PERSEDIAAN AWAM UNTUK PEMASANGAN LIF.

1. Lubang Lif (lift shaft)

2. Hoisting beam atau hook

3. Bilik jentera dan pintu

4. Lift pit- kering dan di perkuatkan (concrete)

5. Cat ladder di dalam lift pit.

6. Dinding lubang lif yang tahan api

7. Pembukaan kasar untuk pintu lif

8. lubang untuk butang signal lain-lain

2.7 CIRI-CIRI YANG DIKEHENDAKI UNTUK LIF YANG BAIK

Pemilihan lif untuk bangunan dipengaruhi oleh :

1. Keupayaan memberi perkhidmatan yang sempurna bagi bangunan berkenaan

2. Pengendalian yang mudah dan menjimatkan dari segi masa dan belanja.

3. Ruang yang perlu bagi pemasangan satu-satu lif ini mempengaruhi rekabentuk

senibina bangunan seperti kedudukan lobi, bilah motor dan lubang lif

2.8 CIRI-CIRI LIF YANG BAIK

1. Masa menuggu yang singkat pada sebarang tingkat dalam bangunan.

2. Kecekapan yang selesa (comfortable acceleration).

3. Pengangkutan yang cekap dan mudah (rapid transportation).

4. Behenti denagan baik dan cepat – tidak bergegar atau terhentak-hentak, perjalanan

licin.

5. Mengaras denagan cara automatik dengan lantai tempat berhenti (automatic leveling

at landing).

6. Pengangkutan dan pemunggahan yang cepat dan mudah di tempat berhenti – (rapid

loading & unloading at all stops) – sama ada mudah keluar masuk orang atau

barang.

7. Operasi pintu yang baik dan senyap.

8. Ada petunjuk tingkat lantai di dalam kereta pengangkut dan tempat menunggu.

9. Kereta pengankut dan butang penekan yang mudah dikendali.

10. Pemasangan lampu yang sempurna.

11. Alat perhubungan masa kecemasan.

12. Pengudaraan yang baik.

2.8 KEPERLUAN PERLAKSANAAN LIF (PERFORMANCE REQUIREMENT)

1. Sebuah lif mestilah berfungsi mengikut seperti yang dikehendaki, sesuai dengan

tempat penggunaannya. Banyak perlu di ambil kira seperti kawalan, ukuran,

halaju, keupayaan muatan dan lain-lain.

2. Cara lif bergerak di kawal dengan berbagai cara mengikut jenis pemasangan. Lif

mestilah bergerak dengan lancar samaada ke atas atau kebawah dan mudah

menerima panggilan.

3. Ukuran yang ditentukan mesti sesuai dengan kegunaan seperti menjimatkan.

Misalnya untuk tempat-tempat umum sediakan ukuran yang dapat memuatkan

penumpang dengan jumlah maksimum pada masa paling sibuk, untuk barangan

mesti sekurang-kurangnya dapat memuatkan saiz maksimum barang yang selalu

dibawa.

4. Halaju lif juga mempengaruhi perlaksanaannya, ia kena disesuaikan dengan

kegunaan. Jika lif terlalu laju pergerakkannya boleh menyebabkan gegaran dan

pengguna akan merasa tidak selesa di dalamnya.

5. Muatan yang berlebihan boleh menggangu gerakan lif kadang-kadang berhenti

ditengah-tengah antara dua tingkat lantai. Keadaan ini boleh diatasi dengan

mengadakan lampu isyarat atau lonceng pemberitahu bila muatan berlebih.

1. RIWAYAT ESKALATOR

Pada tahun 1899, Charles D. Seeberger menyertai dengan Syarikat Otis

Elevator Co., Yang mana dari dia timbullah nama eskalator (yang diciptakan dengan

menggabungkan kata scala, yang dalam bahasa Latin bermaksud langkah-langkah

(step), dengan elevator). Bergabungnya Seeberger dan Otis telah menghasilkan

eskalator pertama step type eskalator untuk umum, dan eskalator itu dipasang di Paris

Exibition 1900 dan memenangi hadiah pertama. Mr. Seeberger pada akhirnya menjual

hak patennya kepada Otis pada tahun 1910.

Eskalator menegak dan melengkung

Dalam perkembangannya, syarikat Mitsubishi Electric Corporation telah berjaya

membangunkan eskalator spiral (kenyataannya lebih cenderung melengkung / curve

daripada melingkar / uli) dan secara eksklusif dijual sejak pertengahan tahun 1980.

Eskalator ini dipasang di Osaka, Jepun pada tahun 1985.

3.1 PENGENALAN ESKALATOR

Eskalator adalah salah satu transportasi vertikal berupa konveyor untuk mengangkut

orang, yang terdiri dari tangga terpisah yang dapat bergerak ke atas dan ke bawah mengikuti

jalur yang berupa rail atau rantai yang digerakkan oleh motor.

Kerana digerakkan oleh motor listrik , tangga berjalan ini dirancang untuk mengangkut

orang dari bawah ke atas atau sebaliknya. Untuk jarak yang pendek eskalator digunakan di

seluruh dunia untuk mengangkut pejalan kaki yang mana menggunakan elevator tidak praktis.

Pemakaiannya terutama di daerah pusat perbelanjaan, bandara, sistem transit, pusat konvensi,

hotel dan fasilitas umum lainnya.

Keuntungan dari eskalator cukup banyak seperti mempunyai kapasitas memindahkan

sejumlah orang dalam jumlah besar dan tidak ada interval waktu tunggu terutama di jam-jam

sibuk dan mengarahkan orang ke tempat tertentu seperti ke pintu keluar, pertemuan khusus

dan lain-lain.

3.2. KOMPONEN-KOMPONEN ESKALATOR

1. Pendaratan / Landing

Floor plate rata dengan lantai akhir dan diberi engsel atau boleh dilepaskan untuk

jalan ke ruangan mesin yang berada di bawah floor plates.

Comb plate adalah sebahagian antara floor plate yang statik dan anak tangga

bergerak. Comb plate ini sedikit miring ke bawah agar geriginya tepat berada di

antara celah-celah anak tangga-anak tangga. Tepi muka bergerigi comb plate

berada dibawah permukaan cleat.

2. Landasan penopang / Truss

Landasan penopang adalah struktur mekanikal yang menjembatani ruangan

antara pendaratan bawah dan atas.

Landasan penopang pada dasarnya adalah tempat berongga yang diperbuat dari

bahagian-bahagian sisi dua yang digabungkan bersama-sama dengan

menggunakan sambungan bersilang sepanjang bahagian asas dan tepat dibawah

bahagian hujungnya. Ujung-ujung truss tersandar pada penopang konkrit atau

baja

3. Lintasan

Sistem laluan dibina di dalam landasan penopang untuk mengantarkan rantai anak tangga,

yang menarik anak tangga melalui loop tidak berujung.

Terdapat dua laluan, pertama untuk bahagian muka anak tangga (yang disebut

laluan roda anak tangga) dan satu untuk roda Trailer anak tangga (disebut

sebagai laluan roda Trailer).

Perbezaan kedudukan dari laluan-laluan ini menyebabkan anak tangga-anak

tangga muncul dari bawah comb plate untuk membentuk tangga dan menghilang

kembali ke dalam landasan penopang.

Lintasan pembalikan di pendaratan atas menggulung anak tangga-anak tangga

mengelilingi bahagian hujung dan kemudian menggerakkannya kembali ke arah

yang berbeza. Lintasan overhead berfungsi untuk memastikan bahawa roda

Trailer tetap berada di tempatnya saat rantai anak tangga diputar kembali.

3.3. CARA ESKALATOR BEROPERASI

Cara pergerakan eskalator

1. Eskalator atau tangga berjalan sesungguhnya merupakan tangga bermesin

yang berfungsi sebagai alat "pengangkutan" mudah untuk memindahkan para

"penumpang" dari satu tempat ke tempat lain tanpa harus melangkah

2. Sebagaimana tangga biasa, eskalator juga mempunyai serangkaian anak

tangga dan pegangan tangga.

3. Yang membezakannya, rangkanian anak tangga pada eskalator mempunyai

roda dibahagian bawah yang bergerak pada sebuah bantalan rel.

4. Tambahan pula, pada setiap sisi bahagian dalam anak tangga terdapat rantai

pengikat yang menghubungkan satu anak tangga dengan anak tangga yang

lain. walaupun masing-masing anak tangga eskalator ini berasingan antara

satu sama lain, tapi semuanya boleh bergerak dengan mudah dalam satu

rangkaian yang sambung-menyambung tanpa henti.

5. Anak tangga akan bergerak mengikut bantalan rel eskalator ini kerana ia

bergerak dari satu ujung ke hujung yang lain, melainkan terus terangkai

secara penuh dalam pusingan berbentuk elips.

6. Sementara itu, pada kedua-dua hujung tingkat eskalator juga terdapat roda

gigi bermesin yang berputar, menggerakkan dan menarik rangkaian pengikat

anak tangga

7. Dengan tenaga dari elektrik, kedua-dua roda gigi di setiap hujung tingkat ini

akan terus menerus menaik rangkaian anak tangga beroda untuk bergerak

melintasi pusingan rel berbentuk elips yang sebahagian di antaranya tidak

nampak oleh kita kerana berada di bahagian dalam tingkat.

8. Jadi, anak tangga yang masuk pada hujung tingkat sebenarnya tidak

menghilang. Ia hanya tengah bergerak di sisi dalam tingkat dan akan terus

bergerak sehingga muncul kembali pada hujung awal eskalator.