sistem permohonan permit kerja panas ehotwork · • klik pada report pada menu utama untuk melihat...

16
MANUAL PENGGUNA SISTEM PERMOHONAN PERMIT KERJA PANAS eHOTWORK (Ejen Perkapalan) Disediakan oleh: Lembaga Pelabuhan Kelang 2018

Upload: others

Post on 19-Oct-2020

27 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • MANUAL PENGGUNA

    SISTEM PERMOHONAN PERMIT KERJA PANAS

    eHOTWORK

    (Ejen Perkapalan)

    Disediakan oleh: Lembaga Pelabuhan Kelang

    2018

  • 2

    KANDUNGAN

    TAJUK MUKA SURAT

    1. Pengenalan 3

    2. Keperluan Utama 3

    3. Panduan Pengguna 4

    3.1 Cara-cara Capaian 4

    3.2 Log-in (Log Masuk) 4

    3.3 Menu : Main Menu 9

    3.4 Menu : New Permit Application 10

    3.5 Menu : Update Profile 11

    3.6 Menu : Update Password 12

    3.7 Menu : Check Status 12

    3.8 Menu : Report 13

    3.9 Cetak permohonan permit 14

    3.10 Log Keluar 15

    4. Bantuan Sistem 16

  • 3

    SISTEM PERMOHONAN PERMIT KERJA PANAS SECARA ATAS TALIAN

    (eHOTWORK) PANDUAN PENGGUNA BAGI SYARIKAT YANG BERDAFTAR 1. Pengenalan Sistem Permohonan Permit Kerja Panas Secara Atas Talian membenarkan pengguna iaitu ejen perkapalan dan lain-lain syarikat di dalam pelabuhan untuk memohon permit atau kebenaran sebelum kontraktor kerja panas menjalankan kerja-kerja panas di dalam kawasan had pelabuhan sama ada di daratan dalam kawasan pelabuhan atau di atas kapal. Pengguna boleh memohon secara terus kepada pihak Jabatan Bomba Lembaga Pelabuhan Kelang sebelum mendapat sokongan dari pihak Jabatan Laut Malaysia (JLM) dan pihak pengendali terminal melalui pelayar (browser) web seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox, Safari atau lain-lain pelayar web. Skop :

    i) Di daratan dalam kawasan had pelabuhan. ii) Di atas kapal / tongkang / tugboat / dan lain-lain.

    2. Keperluan Utama

    • Sambungan Talian Internet

    • Pelayar Web (Web Browser) cth: Internet Explorer, Chrome, Mozilla dan lain-lain.

  • 4

    3. Panduan Pengguna

    3.1 Cara-cara Capaian

    i) Buka pelayar (browser) web. ii) Taip http://www.pka.gov.my/ bagi mencapai laman web LPK. iii) Di bahagian Menu pilih pada Online Services. iv) Pilih pada eHotwork

    Rajah 1

    3.2 Log-in (Log Masuk)

    i) Antara muka utama sistem tersebut akan dipaparkan seperti Rajah 2. Di antara muka utama ini juga mengandungi : • Panduan Pengguna Sistem Kerja Panas (eHotwork) • Syarat-Syarat Tambahan Kerja Panas (eHotwork) – Jika Ada • Daftar Pengguna Baru

    http://www.pka.gov.my/

  • 5

    Rajah 2

    ii) Daftar Pengguna Baru • Bagi pengguna baru klik Sign Up/Daftar Masuk Pengguna Baru. Bagi

    yang sudah berdaftar boleh terus log masuk. • Borang seperti Rajah 3 akan dipaparkan dan perlu diisi oleh pengguna

    yang baru pertama kali masuk ke sistem ini. • Semua maklumat profil pengguna adalah mandatori dan perlu diisi.

  • 6

    Rajah 3

    • Masukkan nombor pendaftaran syarikat/perniagaan seperti yang

    terdapat dalam sijil SSM. • Lampirkan sijil SSM dengan klik pada butang Browse. Antaramuka

    seperti Rajah 4 akan dipaparkan. Pilih salinan sijil dan klik butang Open. Sistem hanya membenarkan memuatnaik salinan sijil berformat PDF, JPEG dan JPG sahaja.

  • 7

    Rajah 4

    • Masukkan maklumat lain seperti maklumat syarikat, maklumat

    kewangan dan maklumat pegawai perhubungan. • Masukkan katalaluan yang diperlukan. Pengguna boleh mengemaskini

    katalaluan masing-masing pada bila-bila masa. Sahkan katalaluan. • Masukkan kod semakan. • Klik butang Hantar selepas selesai. Pengguna telah berjaya melakukan

    pendaftaran sistem. Maklumat pendaftaran seperti Rajah 5 akan dipaparkan.

    Rajah 5

  • 8

    • Dalam masa yang sama maklumat pendaftaran juga telah dihantar kepada pengguna melalui emel seperti Rajah 6.

    Rajah 6

    iii) Log Masuk • Masukkan ID Pengguna. • Masukkan Katalaluan seperti di Rajah 7. • Klik butang Hantar.

    Rajah 7

    • Jika Katalaluan anda tidak sah, mesej seperti di Rajah 8 akan dipaparkan.

    Rajah 8

  • 9

    3.3 Menu : Main Menu

    i) Selepas pengguna berjaya Log Masuk, skrin Main Menu dibawah akan dipaparkan seperti di Rajah 9.

    Rajah 9

    Bahagian 1

    - Deklarasi disusun mengikut status. Boleh klik mengikut status yang dikehendaki. Senarai permohonan akan dipaparkan di Bahagain 3.

    Bahagian 2

    - Menu Utama

    Bahagian 3

    - Senarai permohonan permit Hotwork yang berstatus Awaiting Response / Not Submitted akan dipaparkan pada skrin Main Menu. Untuk maklumat lanjut klik pada App. Number.

    1

    2

    3

  • 10

    3.4 Menu : New Permit Application • Klik New Permit Application untuk membuat permohonan permit baru.

    Paparan seperti Rajah 10 akan dipaparkan. • Masukkan semua maklumat di bahagian Scope Of Work dan Contractor

    Details • Untuk membuat lampiran pada Type of Work, Certificate of Training dan Gas

    Free Certificate, sila klik pada butang Browse untuk memilih dokumen. Hanya dokumen berformat .jpeg, .jpg dan .pdf sahaja diterima oleh sistem ini.

    • Klik pada butang Save sekiranya mahu menyimpan maklumat yang telah dimasukkan tanpa menghantar permohonan. Deklarasi ini akan berstatus Not Submitted.

    • Jika sudah pasti dengan maklumat yang diberi, klik pada butang Submit. Deklarasi ini akan berstatus Awaiting Response.

    Rajah 10

  • 11

    Bagi permohonan yang memilih Place of work di Vessel, skrin seperti di Rajah 11 akan dipaparkan.

    • Masukkan semua maklumat yang diperlukan dan klik Save.

    Rajah 11

    3.5 Menu : Update Profile • Klik Update Profile untuk mengemaskini profil syarikat. Paparan seperti

    Rajah 12 akan dipaparkan.

    Rajah 12

    • Kemaskini maklumat yang perlu. • Klik butang Simpan.

  • 12

    3.6 Menu : Update Password • Klik pada Update Password untuk mengemaskini katalaluan. Paparan seperti

    Rajah 13 akan dipaparkan. • Masukkan katalaluan lama. • Masukkan katalaluan baru dan kemudian sila masukkan semula katalaluan di

    ruangan Pengesahan katalaluan baru. • Klik butang Simpan.

    Rajah 13

    3.7 Menu : Check Status

    • Klik pada Check Status untuk melihat status permohonan permit. Paparan seperti di Rajah 14 akan dipaparkan.

    • Bagi membuat carian, masukkan Contractor Name dan klik Search. • Klik pada Contractor Name untuk melihat maklumat terperinci berkaitan

    permohonan. Paparan seperti di Rajah 15 akan dipaparkan dan boleh dicetak.

    Rajah 14

  • 13

    Rajah 15

    3.8 Menu : Report

    • Klik pada Report pada menu utama untuk melihat laporan. • Masukkan tahun di ruangan carian dan klik pada butang Search. Paparan

    seperti di Rajah 16 akan dipaparkan. • Senarai permohonan mengikut tahun yang dipilih akan disenaraikan. • Klik pada Contractor Name untuk melihat maklumat terperinci berkaitan

    permohonan permit dan boleh dicetak.

    Rajah 16

  • 14

    3.9 Cetak permohonan permit • Bagi mencetak permohonan permit, klik pada App. Number seperti di Rajah

    17.

    Rajah 17

    • Skrin seperti Rajah 18 akan dipaparkan. Klik pada icon untuk

    mengeluarkan permohonan dalam format sedia untuk dicetak seperti di Rajah 19.

    Rajah 18

  • 15

    Rajah 19

    3.10 Log Keluar • Klik Log Keluar untuk keluar dari sistem seperti Rajah 20.

    Rajah 20

  • 16

    4. Bantuan Sistem Untuk sebarang bantuan berkaitan sistem eHOTWORK, sila hubungi:

    • PgKB I MUHAMMAD BIN BAHAUDDIN ext. 3057 • PgKB II SRI DEWI BT. BASRI ext. 2054 • PgB MOHD NAZRI B. MOHAMMAD ANUAR ext. 2058 • PPgB ZAINAL B. AHMARI ext. 2057 • PPgB HUSSAINI NUR ADHA B. ISHAK ext. 2053 • PPgB WAN AMRIE BIN WAN ZAINAL ext. 2055 • PB MOHD ABDULLAH HAKIM B. MOHD HASSAN ext. 3123

    Jabatan Bomba, Lembaga Pelabuhan Kelang, Beg Berkunci 202, Jalan Pelabuhan Utara, 42005 Pelabuhan Klang, Selangor Tel: 03-31688211 Email: [email protected]