sistem penyimpanan automatik dengan menggunakan aturcara visual basic - elyaniza bt. mohd halid -...

Upload: alji-neue-regime

Post on 14-Oct-2015

53 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • SISTEM PENYIMPANAN AUTOMATIK DENGAN MENGGUNAKAN

    ATURCARA VISUAL BASIC

    ELYANIZA BINTI MOHD HALID

    Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan Ijazah Sarjana hiluda Kejumieraan Elektronik

    (Kejuruteraan Komputer)

    Fakulti Kejuruteraan Elektronik & Kejuruteraan Komputer (FKEKK) Kolej Universiii Tekilikal Kebagsaan Malaysia

    Mei 2006

  • Projek ini adalah berdasarkan penelitian dan pengalaman saya mengenai kecelaruan serta kerosakan peralatan yang digunakan oleh para pekerja akibat daripada kurangnya rasa prihatin dan tanggungjawab. Dengan menggunakan sistem ini storan peralatan dapat di atasi dan juga mengelakkan daripada kehabisan stok ketika keperluannya amat diperlukan. Selain itu ia juga menyediakan sistem pengesan untuk mengelakkan daripada berlakunya kejadian kecurian dan kehilangan peralatan yang berharga dan bernilai komersial di pasaran.

    Objektif projek ini adalah untuk merekabentuk satu sistem pengesan dengan menggunakan penderia i n h merah dan aturcara visual basic sebagai pengawal untuk mengawal keseluruhan sistem. Sistem ini amat menjimatkan kos operasi dan ruang serta mengelakkan berlakunya kerosakan disebabkan oleh binatang perosak. Sistem ini sesuai digunakan di kilang, perpustakaan, pejabat dan juga di rumah kediaman.

  • ABSTRACT

    This project is base on findings and my experience in several cases such as the irresponsible worker that use tools until they are damaged and causing disorganizing to the system. By using this system, hopefully, the store system that had disorganizing problem will be fixed and avoiding fiom unavailable stock happening when needed. It also serves as a security system to avoid burglary and missing tools that are very sumptuous and commercial assess in market.

    The objectives of this project are to design and develop a safety by using i n h - red sensor and visual basic program as a controller unit the whole system. This system can save operation cost and space, and it also can avoid from being damaged by animal pest. This system is suitable to be used in factory, library, office and home.

  • BAB I

    PENGENALAN SISTEM PENYIMPANAN AUTOMATIK DENGAN MENGGUNAKAN

    ATURCARA VISUAL BASIC

    1.1 Pendahuluan

    Sistem kawalan s e c m digital merupakan satu sistem yang terbukti lebih cekap dan efisien berbanding dengan sistem kawalan secara analog. Banyak peralatan kini telah beralih daripada kawalan secara analog kepada sistem kawalan secara digital. Terdapat banyak peralatan dan perisian yang boleh digunakan untuk membangunkan sesebuah sistem kawalan digital. Salah satu perisian yang boleh digunakan ialah perisian Visual Basic.

    Sistem yang hendak diketengahkan ini menekankan mengenai pembangunan sebuah sistem yang dapat mengesan kuantiti barang di dalam sesuatu rak melalui komputer peribadi menggunakan perisian Visual Basic. Sistem ini akan diaplikasikan kepada salah satu cabang dalam proses mengetahui kuantiti dengan paparan pada skrin komputer bagi mengelakkan kecurian.

  • Kawalan secara digital banyak digunakan dalam kegiatan seharian kita. Penggunaan perisian yang mesra pengguna penting agar sistem yang dibangunkan dapat diterima dan digunakan oleh semua pihak. Sistem yang dibangunkan ini boleh digunakan dalam industri atau sebagainya memandangkan penggunaanya lebih praktikal dalam menjimatkan kos serta tenaga ke rja.

    Sistem kawalan yang dibangunkan mampu melakukan kerja-kerja untuk mengesan kuantiti barang melalui pengesan infia merah. Pengesan infia merah akan memberikan isyarat "on" atau "off" dan kemudian akan memberi isyarat tersebut kepada litar antaramuka masukan keluaran bagi membolehkan komputer berinteraksi dengan isyarat penderia. Komputer peribadi yang telah diprogramkan dengan menggunakan aturcara visual basic akan memberikan bacaan bergantung kepada berapa banyak keluar masuknya barang yang telah ditetapkan di dalam sesuatu rak.

    Pengaturcaraan yang dibuat membolehkan kerja-kerja mengesan dan paparan dapat dilakukan secara automatik. Kerja-kerja untuk reset juga boleh dilakukan dengan segera menggunakan komputer yang sama dengan mengambil bacaan yang terakhir sebelum berlaku kecurian. Ia dapat dilakukan dengan mudah dan cepat tanpa membuang masa. Selain itu pengguna juga dapat melihat rekod kecurian yang lepas kerana setiap masa berlaku kecurian, dengan secara automatik program akan merekodkan waktu dan masa berlakunya kecurian bagi membuat kajian.

  • 1.2 Objektif Projek Dan Skop Kerja

    Objektif projek rekabentuk sistem penyimpanan automatik ini adalah bergantung kepada beberapa faktor. Antara faktor- faktor tersebut ia1ah:-

    1) Merekabentuk dan merealisasikan satu sistem yang menggabungkan antara mekanikal dan elektronik yang mana bersesuaian dengan kursus yang diceburi.

    2) Untuk menghasilkan ciptaan prototaip yang masih belum terdapat di pasaran dan institusi ini.

    3) Mengkaji mengenai pengawalan penderia i n h merah yang akan digunakan pada projek ini.

    4) Merekabentuk litar kawalan elektronik untuk digunakan sebagai punca kuasa ataupun pengantaramuka antara "Liang Pencetak" (printer port) dengan sistem yang telah dibina.

    5) Mengkaji aturcara menggunakan perisian mual Basic yang boleh berkomunikasi dengan pengantaramuka bagi mengawal sistem.

    6) Secara keseluruhan, projek ini dapat mengenalpasti komponen serta peralatan yang boleh digunakan serta masalah-masalah yang akan timbul dan cara penyelesaian tersebut.

  • 1.2.2 Skop Kerja

    Skop kerja bagi perlaksanaan projek ini adalah seperti berikut:-

    1) Mengkaji keseluruhan sistem serta rekabentuk rak dan penderia ini sama ada masukan yang akan diterima dan keluaran yang akan dihasilkan.

    2) Mengkaji keseluruhan komponen yang akan digunakan di dalam projek ini serta memahami sistem-sistem pada setiap komponen.

    3) Menghasilkan paparan pada skrin menggunakan aturcara yang telah dibangunkan dan membangunkan aturcara pengawalan sistem menggunakan perisian Visual Basic.

    4) Membuat ujian dan menjalankan proses paparan dengan menggunakan sistem yang telah dihasilkan .

    5) Jika terdapat sebarang masalah yang timbul daripada hasil ujikaji ke atas sistem ini dan tidak memenuhi objektif prujekmaka rekabentuk sistem ini akan diubah sehingga keputusan ujikaji memenuhi objektif projek.

  • 1.3 Kelebihan Pembangunan dan Kegunaan Projek

    Penggunaan komputer sebagai kawalan sangat meluas pada masa kini. Sistem yang akan dibina ialah satu sistem pengawalan dalam proses mengesan kecurian atau kehilangan barang yang telah ditetapkan di dalam sesuatu rak.

    Pembangunan sistem ini adalah bertujuan untuk mendapatkan hasil kerja yang terbaik , menjirnatkan masa, kos dan juga tenaga buruh. Pemilihan penderia infra merah sebagai penggerak pengawalan sistem adalah kerana terdapat beberapa ciri dan kelebihan yang membolehkan pengesan berinteraksi dengan aturcara melalui alarnat- alamat yang telah ditetapkan.

    Pada masa kini antara perisian yang paling popular adalah perisian Visual Basic. Perisian ini dipilih kerana ia lebih senang untuk diaturcara, mempunyai banyak kelebihan berbanding beberapa sistem perisian yang lain dan yang paling penting ialah ia mesra pengguna. Borang paparan juga lebih menarik perhatian bergantung kepada kreativiti seseorang pengaturcaraan.

    Kajian mengenai proses mengesan barang membolehkan kita lebih memahami mengenai penderia. Kelebihan sistem yang dibangunkan membolehkan kerja-kerja penyimpanan dapat di lakukan dengan lebih cekap. Sistem ini juga dilengkapi dengan penerangan ringkas mengenai cara-cara penggunaannya serta jenis-jenis kerosakan dan penyebabnya. Melalui sistem yang dibangunkan membolehkan pengguna mendapatkan sedikit panduan dan juga sebagai nota rujukan.

  • 1.4 Penyataan Masalah

    Terdapat pelbagai masalah yang dihadapi sebelum wujudnya sistem atau projek ini dilaksanakan. Bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh setiap pengguna terutamanya di bidang industri dan bidang komersial, maka wujudlah Sistem Penyimpanan Automatik.

    Antara masalah yang dihadapi oleh sesetengah pengguna ialah di dalam sesebuah kilang yang besar dan mempunyai banyak penggunaan peralatan serta juga stok, terdapatnya pelbagai masalah yang dihadapi. Antaranya ialah risiko kehilangan peralatan setelah digunakan oleh pekerja yang kurangnya prihatin terhadap tanggungjawab yang di amanahlan oleh mereka. Mereka mengambil sikap mudah dan juga sambil lewa terhadap peralatan yang dipinjam atau digunakan tanpa rasa tanggungjawab.

    Selain itu, kehabisan stok juga dapat dikesan terutamanya dalam bidang industri . ini berlaku kerana tiadanya sistem penyimpanan maklumat mengenai keluar masuk stok. Masalah yang seterusnya ialah kerosakan peralatan setelah para peke rja memulangkan semula peralatan yang dipinjam oleh mereka sebagai contoh di sesuah kilang,perpustakaan pejabat dan sebagainya. Sebagai kesimpulan, segala masalah ini berpunca dan berlaku kerana tiadanya sistem penyimpanan stok yang bersistematik dalam sesebuah organisasi atau syarikat yang besar dan mempunyai ramai pekerja.

  • 1.5 Susunan Tesis

    Kandungan tesis ini adalah bertujuan untuk mendokumenkan segala konsep, ciri- ciri, aktiviti, rekabentuk dan hasil kerja yang berkaitan dengan perlaksanaan projek kepantasan manipulasi menggunakan penderia i n h merah, litar masukan keluaran dan aturcara visual basic. Tesis ini lebih menekankan kepada aspek rekabentuk aturcara visual basic dan juga rekabentuk litar masukan keluaran. Dalam merekabentuk sistem ini, banyak faktor yang perlu diambil kira terutamanya dalam merekabentuk aturcara dan litar yang mana ia memerlukan penelitian yang jitu supaya pergerakkan setiap sistem berjalan dengan lancar.

    Tesis ini bermula dengan BAB 1 yang mana ia memberikan pengenalan urnum terhadap keseluruhan tajuk serta objektif projek dan juga skop kerja yang ditetapkan.

    Tesis ini kemudiannya diikuti oleh BAB 2 di mana pada bab ini akan menerangkan mengenai kajian litar belakang mengenai sistem yang akan dibangunkan. Ini adalah untuk memberikan penerangan yang lebih lanjut mengenai hngsi sistem serta ciri-ciri yang akan digunakan pada projek ini.

    Dalam BAB 3 pula, ia akan menerangkan mengenai metadologi dan rekabentuk yang akan dilakukan pada projek ini. la juga menerangkan bagaimana perjalanan projek ini dijalankan.

  • Di dalam BAB 4 pula ialah menerangkan mengenai penyelesaian projek, merekabentuk litar dan membina aplikasi serta hasil ujikaji dan keputusan dengan menunjukkan bukti mengenai pencapaian yang telah diperolehi.

    BAB 5 pula membincangkan mengenai aturcara-aturcara yang telah dijalankan dan alamat-alamat yang telah diperolehi daripada ujian yang dijalankan. Ia juga menunjukkan bagaimana sesuatu aturcara itu dibuat dengan menggunakan kodan-kodan tertentu bagi menjalankan sistem ini supaya dapat berinteraksi dengan litar antaramuka dan penderia.

    BAB 6 akan menerangkan rekabentuk pengujian dan hasil projek yang telah diperolehi. Ia juga menunjukkan rekabentuk sebenar yang telah siap serta kedudukan di mana letaknya penderia.

    BAB 7 adalah merupakan bab yang terakhir di dalam tesis ini. Di dalam bab ini pula akan menerangkan kesimpulan dan cadangan yang telah di capai selama perjalanan projek dilaksanakan.

  • BAB 2

    KAJIAN LATAR BELAKANG

    2.1 Perantaramuka

    Perantaramuka adalah satu konsep dimana penghantaran data secara analog kepada digital (AID). Maklumat yang telah diaturcara digunakan bagi membolehkan sesuatu peralatan tersebut dapat berfiingsi dengan baik. Litar pengantaramuka digunakan untuk menghubungkan diantara sistem yang telah dibina dengan komputer peribadi, yang mana liang pencetak pada komputer peribadi digunakan sebagai keluaran untuk mengawal proses. Litar ini adalah merupakan pemacu bagi pengoperasian sistem pneumatik dan ianya amat penting dalam membuat antaramuka diantara perkakasan luaran dengan komputer peribadi.

  • Litar perantaramuka yang digunakan dikenali sebagai litar perantaramuka 12 kawalan keluaran. Ia menggunakan litar bersepadu ULN 2803 sebagai pandu arah kerja seperti yang akan dibincangkan kemudian. Bagi membolehkan aturcara berfungsi pula, litar pengantaramuka ini akan disambungkan dengan litar penerima infia merah yang menggunakan IC741. Selain itu, kelebihan menggunakan papan litar perantaramuka ini adalah ia mengandungi 4 masukan yang berfungsi sebagai masukkan untuk tujuan kawalan. Kawalan masukan ini menggunakan litar bersepadu 74LS244 yang berfungsi sebagai pemicu data masukan seperti yang di akan dibincangkan kemudian. 1

    Perisian yang digunakan untuk menjalankan operasi kawalan kedudukan digital adalah perisian Visual Basic 6.0. Perisian yang digunakan ini adalah bersesuaian dengan sistem pneumatik yang hendak dikawal.

    Alamat

    3 3 b

    Rajah 2.1: Gambarajah blok sistem kawalan proses mengesan barang melalui kawalan komputer

  • Berdasarkan rajah 2.1, dapat diterangkan bahawa sistem ini mempunyai 3 blok yang penting. Ia terdiri daripada komputer peribadi, litar perantaramuka dan penderia infia merah. Rajah blok ini menunjukkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk membina sistem kawalan proses pengesan barang secara berkomputer.

    2.1.1 Aplikasi perantaramuka (interface) dalam kejuruteraan komputer

    Perantaramuka adalah salah satu sistem di mana komputer berinteraksi dengan dunia lux. Perantaramuka ini boleh terbahagi kepada perisian dan perkakasan. Bagi perisian, perantaramuka adalah salah satu corak perhubungan antara pengguna dengan komputer. Manakala perkakasan pula, ia adalah perhubungan antara komputer dengan peranti lain yang beroperasi berlandaskan kawalan komputer.

    2.2 Komputer Peribadi (liang pencetak)

    Komputer peribadi digunakan sebagai alat kawalan untuk mengawal sesuatu operasi yang telah ditetapkan. Kawalan ini adalah dilakukan dengan menggunakan liang pencetak selari yang terdapat pada komputer peribadi. Fungsi komputer peribadi adalah untuk menggerakkan bahagian perkakasan yang telah dibina berdasarkan kepada aturcara yang telah dilakukan.

    Bufer atau penimbal telah digunakan bertujuan untuk melindungi bahagian masukan dan keluaran pada komputer peribadi supaya tidak mengalami kerosakan akibat daripada arus atau nilai voltan tinggi mengalir ke dalam komputer peribadi semasa penyambungan dilakukan diantara perkakasan yang telah dibina dengan

  • komputer peribadi. Satu aturcara yang dibina adalah berperanan untuk mengawal perkakasan seperti litar antaramuka yang digunakan untuk sistem yang hendak dibangunkan . 1

    2.2.1 Kawalan dengan menggunakan liang pencetak (Port RS232)

    Model antaramuka disambungkan pada liang pencetak daripada komputer peribadi dengan menggunakan penyambungan biasa '25 ways D-type' atau dikenali sebagai port RS232. Rajah 2.2 dibawah menunjukkan penyambungan 25 pin.

    Rajah 2.2 : Soket DB25 pada penyambungan komputer peribadi dengan papan litar antaramuka (No 1)

    8 pin keluaran keluaran yang diterima dari liang data. 5 pin masukan satu disongsangkan yang dicapai daripada liang status. 4 pin keluaran tiga disongsangkanyang dicapai daripada liang kawalan. 8 pin adalah dibumikan.

  • Keluaran pencetak pada kebiasaannya adalah dalam bentuk selari dan penggunaannya dalam beroperasi adalah lebih meluas. Pada kebiasaannya pada alamat data laluan komputer peribadi adalah bemilai 0378H manakala pada status laluan komputer peribadi masukan pula adalah pada alamat 0379H dan pada kawalan laluan pula ialah pada alamat 037AH. Jadual 2.1 dibawah menunjukkan alamat-alamat pada status laluan, kawalan laluan dan data laluan.

    Jadua12.1: Alamat pada data laluan, kawalan laluan dan status laluan.

    Maka dengan konsep ini, satu kawalan boleh dilakukan tanpa menghadapi masalah yang besar. Data arahan boleh disalurkan pada peralatan yang digunakan untuk tujuan pengawalan.

    2.2.2 Kelebihan menggunakan liang pencetak (port RS232)

    i. Tiada kad tambahan yang perlu disambungkan pada komputer. ii. Nombor PIN yang digunakan adalah nombor standard bagi semua komputer.

  • 2.2.3 Keburukan dengan menggunakan liang pencetak (port RS232)

    i. Printer tidak boleh disarnbungkan pada port ini semasa sistem ini sedang digunakan.

    2.2.4 Konsep asas liang pencetak (Port RS232)

    i. Port RS232 atau lebih dikenali sebagai liang pencetak mempunyai 25-pin kesemuanya.

    ii. Ia adalah soket female ...

    111. Terdapat 3 alamat yang bersesuaian dengan port ini iaitu base, base + 1, base + 2.

    iv. Alamat pada base biasanya komputer akan mengesan maklumat yang disampaikan melalui System Check Software.

    v. Port ini mengandungi 8 data bit keluaran dan beberapa data kawalan. Sesetengah daripada data keluaran adalah data masukan dan sesetengahnya adalah data keluaran.

    Rajah 2.3 : Sambungan liang pencetak dengan papan perantaramuka

    LED 0

    KOMPUTER PJN BIT

    0 -

    2

    3

    4 r

    5

    3 2 -

    3

    1 - 1 1 9 8 LIANG PENCETAK ' .

    '

    SELARl

    . 4

    5 6

    7

    GND

    7 --

    8 9

    25

    -

    vcc

    Gnd

    5 6 -

    7 P

    Gnd

  • 2.2.5 Jadual Fungsi pin penyambung soket 25 pin

    Jadua12.2: Fungsi Setiap pin untuk penyambung D-Type 25 -

  • 2.2.6: Litar untuk penyambungan litar antaramuka dengan keluaran liang pencetak

    Rajah 2.4 : Garnbarajah litar asas untuk masukan dan keluaran liang pencetak

    Rajah 2.4 adalah merupakan litar yang perlu disambung bagi membolehkan litar antararnuka beroperasi dengan lebih baik. Tujuan penyambungan diatas adalah untuk memastikan bahawa litar perantaramuka yang dibina mampu untuk berinteraksi dengan pengesan infra merah dari komputer peribadi. Ini adalah bertujuan supaya isyarat masukan yang terdiri daripada litar pengesan dapat dikesan oleh pengawal. 3

    2.3 Kawalan masukan dengan menggunakan Darlington Array Transistor

    Satu pemacu atau litar bersepadu diperlukan untuk mengelakkan d aripada berlakunya lebihan arus pada litar pengubah ini. Litar bersepadu yang digunakan adalah terdiri daripada litar bersepadu ULN2803. Litar ini mampu untuk mengelakkan daripada berlakunya lebihan arus yang terhasil daripada litar perkakasan dari masuk pada bahagian masukan komputer peribadi.

  • Rajah 2.5 di bawah adalah merupakan binaan dalaman bagi litar bersepadu yang digunakan dalam pembinaan litar pengantaramuka diantara komputer peribadi dengan bahagian perkakasan.

    Rajah 2.5 : Garnbarajah skematik ULN 2803

    Litar bersepadu dalam rajah 2.6 di bawah adalah litar bersepadu ULN2803 yang mana ia amat popular digunakan untuk membuat penyambungan diantara beban yang besar dengan litar bercetak. Butiran lanjut mengenai litar bersepadu adalah seperti dilampirkan. 3

    fEi lnsrde the ULN2SO.3

    I P Cornrim From 1 9% D~clc Smith Catalogue

    Rajah 2.6 : Gambarajah penjanaan arus bagi ULN 2803

  • Bagi membolehkan port pada printer membaca data pada papan litar perantaramuka adalah dengan mengistharkan atau mengklasifikasikan bacaan alamat pada port printer. Jadual 2.4 menunjukkan data alamat masukan yang ingin digunakan pada bacaan binari, decimal dan hexadecimal.

    Jadua12.3: Data alarnat yang digunakan pada bacaan binari, desimal dan hexadesimal

    2.3.2 Kawalan masukan dengan menggunakan 74LS244

    PIN

    1

    2

    3 4

    5 6 7

    8

    Kawalan masukan dari papan litar antaramuka ke liang pencetak menggunakan litar bersepadu 74LS244. kawalan masukan ini dikenali sebagai Octal tri-state Bu#er/Line Driver. Kawalan masukan ini membolehkan kawalan dijanakan hasil daripada kombinasi kajian dengan menggunakan sensor sebagai masukan dan menggerakkan sistem pneumatik pada port keluaran.

    BACAAN KELUARAN PADA PORT

    DO D l

    D2 D3 D4

    D5 D6

    D7

    BINARI

    0000000 1 000000 10 00000 100 0000 1000 000 10000 001 00000 0 1000000 10000000

    DESIMAL

    1

    2

    4 8 16 32 64 128

    HEXADESIMAL

    0 1 02 04 08 10 20 40 80

  • Rajah 2.7: Binaan bagi litar bersepadu 74LS244

    Litar asas keluaran ini disambung pada perintang lOOk ohm dan disambung ke 5V sumber bekalan. Cara litar ini berkendali adalah apabila suis di aktif kan, paparan akan berkendali pada 'LOW'. Pada keadaan ini, signal akan disalurkan pada aturcara dan isyarat ke j a akan diberikan pada keluaran.

    Cara kendalian bagi litar masukan ini menggunakan alamat pada alamat 889 dan berkendali pada port D4 hingga D7. Data alamat untuk kawalan masukan ini boleh dirujuk pada jadua12.2. Untuk membolehkan litar ini berfingsi dengan baik, satu aturcara perlu dilakukan dan perlu mengistiharkan data alamat pada port masukan seperti jadual 2.5 dibawah. Rajah 2.8 pula ialah binaan dalam bagi kendalian masukan dengan menggunakan litar bersepadu 74LS244. 3

  • Rajah 2.8 : Binaan dalam bagi kendalian masukan dengan menggunakan litar bersepadu 74LS244

    2.4 Pengenalan kepada perisian (Sofiware)

    Perisian bagi projek yang hendak dilaksanakan terbahagi kepada bahagian aturcara yang mana ia dibuat bagi mendapatkan keluaran yang akan dipaparkan bagi melihat keluaran yang terhasil.

    2.4.1 Aturcara

    Bahasa mesin adalah salah satu cara komputer berinteraksi di antara satu sama lain. Bahasa mesin ini sangat penting dan ia merupakan nadi utama bagi sesebuah komputer untuk berfungsi dan memainkan peranan seperti yang diarahkan. Salah satu contoh bahasa mesin yang biasa digunakan ialah bahasa-C (C-language). Bagi aturcara bahasa=C ini, ia lebih mudah difahami dan lebih mudah diaturcarakan. Ini kerana bahasa ini tidak memerlukan seseorang itu memberi arahan yang merumitkan bagi sesuatu kerja.

  • Namun begitu untuk mengistiharkan penggunaan bahsa mesin dengan peralatan yang digunakan, pemilihan bahasa mesin yang dikenali sebagai Visual Basic adalah kerana ia bersesuaian dengan perisian tetingkap(Wind0ws) kerana perisian ini memang dicipta khas oleh badan Microsoj2 untuk melaksanakan aturcara yang mana menggunakan Windows sebagai tapak utama. 4

    Maka untuk melaksanakan atau melakukan kerja dengan menggunakan bahasa Visual Basic ini maka seseorang itu perlu tahu bagaimana cara memulakan sesuatu kerja sehingga selesainya sesuatu kerja tersebut. Dengan melakukan aturcara ini, maka BIOS (Basic Input Output System) akan mengenal pasti kerja yang perlu dilakukan dan menyalurkan atau memberikan arahan tersebut kepada peranti luar untuk melakukan sesuatu kerja yang dikehendaki. Oleh yang demikian, perkara asas yang perlu diambil kira sebelum melakukan aturcara ialah:

    2.4.1.1 Mengenalpasti masalah dan kerja yang hendak dilakukan\

    Apakah aturcara yang hendak dibuat Apakah masukan data yang perlu ada Menyelaraskan aturcara yang perlu dibuat sama ada bagi masukan atau keluaran

    2.4.1.2 Mereka aturcara yang perlu dilakukan

    Menggunakan salah satu cara mereka bentuk aturcara yang perlu dilakukan

  • 2.4.1.3 Menulis arahan pada aturcara tersebut

    Pada peringkat ini adalah proses di mana setiap idea yang ingin dibuat ditukarkan dan ditulis ke bahasa C (kod arahan bagi Visual Basic) Menggunakan source code pada bahagian mengedit aturcara.

    2.4.1.4 Menukar aturcara ke kod binari (Compile)

    Aturcara kerja Compiler's adalah peringkat di mana proses aturcara yang telah ditulis di tukar dalarn bentuk binari yang boleh difahami oleh processor.

    2.4.1.5 Linking

    Jika proses compile dilakukan tanpa ralat (error), proses linker dipaparkan dan di pecahkan ke executable j l e . Terdapat 3 jenis kerja pada bahagian linker ini terdiri daripada:

    Mencantumkan permulaan kod yang diperlukan dengan sistem yang hendak dibangunkan.

    Menggabungkan fail yang terdapat dalarn library dengan aturcara yang terakhir. Menggabungkan aturcara lain yang telah pun ditulis atau dibina.

  • 2.4.1.6 Menyemak kembali aturcara dan proses debug dilakukan

    Proses pada peringkat ini sangat penting dan mesti dilakukan. Beberapa perkara yang akan diperiksa adalah seperti berikut:

    Apakah data yang dimasukkan adalah betul dan bersesuaian dengan kerja yang ingin dilakukan.

    Bagaimanakah maklum balas komputer jika masukan data yang tidak betul. Adakah aturcara mendatangkan masalah besar kepada komputer yang sedang dijalankan dan berfungsi pada paksinya. Adakah aturcara ini dapat berkomunikasi dengan perantaramuka yang digunakan.

    2.4.1.7 Menjalankan aturcara (run)

    Pada peringkat ini proses aturcara cuba di run kan secara am sebelum proses sebenar dilakukan. Pada peringkat ini masih belum lagi dilakukan proses pembahagian dan penyenaraian angka ASCII.

    2.4.1.8 Mengekalkan atau Mnegubah aturcara yang telah disemak

    Pada peringkat terakhir di mana proses penyemakan terakhir dilakukan. Jika tiada masalah maka aturcara yang telah dibina bersedia untuk berfungsi dengan baik. Maka dengan adanya langkah kerja yang tersusun maka satu aturcara dapat dibangunkan. Bagi projek ini, aturcara merupakan nadi penggerak kepada perlatan yang hendak disimulasikan.

  • Secara tidak langsung, dari penggunaan perisian Visual Basic maka paparan menu boleh dilakukan dengan senang kerana perisian ini telah siap menyediakan penggunaan paparan menu yang mana pengguna perlu kreatif untuk menghasilkan satu paparan yang senang difahami dan praktikal. 4

    2.5 Litar Penderia

    2.5.1 Litar Pemancar

    Litar pemancar yang digunakan adalah litar pemasa. Rajah menunjukkan litar pemancar infra merah. Litar pemasa ini menghasilkan gelombang segiempat sebanyak sekitar 50 peratus kitar kerja. Kitar kerja dapat diubah dengan mengubah nisbah antara perintang R2 dan perintang R1. (No 5)

    Rajah 2.9: Litar Pemancar Kawalan Jauh Infra-Merah