sistem pengangkutan dalam tumbuhan

6
Sistem Pengangkutan Dalam Tumbuhan Jumaat, Mac 08, 2013 Sains Ting 3 10 comments Sistem pengangkutan dalam tumbuhan adalah untuk membantu membawa bahan-bahan ke seluruh bahagian tumbuhan. Ia nya terdiri daripada tiub-tiub nipis yang dipanggil berkas vaskular dan boleh ditemui dalam batang, daun dan akar. Struktur floem berada pada bahagian luar berkas vaskular. Floem berfungsi untuk mengangkut hasil fotosintesis (glukosa) dari daun ke seluruh bahagian tumbuhan. Manakala struktur xilem pula boleh ditemui pada bahagian dalam berkas vaskular. Xilem berfungsi untukmengangkut air dan mineral terlarut dari akar ke daun. Selain itu ia nya juga memberi sokongan kepada tumbuhan.

Upload: dhia-mirza

Post on 18-Dec-2015

153 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

floem dan xilem

TRANSCRIPT

Sistem Pengangkutan Dalam TumbuhanJumaat, Mac 08, 2013Sains Ting 310 commentsSistem pengangkutan dalam tumbuhan adalah untuk membantu membawa bahan-bahan ke seluruh bahagian tumbuhan. Ia nya terdiri daripada tiub-tiub nipis yang dipanggil berkas vaskular dan boleh ditemui dalam batang, daun dan akar.

Strukturfloemberada pada bahagian luar berkas vaskular. Floem berfungsi untukmengangkut hasil fotosintesis (glukosa)dari daun ke seluruh bahagian tumbuhan.

Manakala strukturxilempula boleh ditemui pada bahagian dalam berkas vaskular. Xilem berfungsi untukmengangkut air dan mineral terlarutdari akar ke daun. Selain itu ia nya juga memberi sokongan kepada tumbuhan.

Transpirasi pula adalahproses kehilangan airdari daun ke persekitaran melalui stomata dalam bentuk wap air.

Air hilang dalam kuantiti kecil melalui penyejatan dari permukaan bunga dan juga lentisel pada batang.Namun, hampir 90% air hilang adalah dalam bentuk wap air dan kebanyakkan nya hilang melalui liang-liang kecil pada permukaan daun, yang dikenali sebagaistomata.

Stomata adalah liang kecil pada permukaan daun yang dikawal oleh sel pengawal yang berbentuk seperti kacang. Berfungsi untukmembenarkan pertukaran oksigen dan karbon dioksidasemasa fotosintesis dan juga respirasi. Selain itu, stomata juga berfungsi untuk menyingkirkan wap air semasa transpirasi.

Semakin luas permukaan daun, semakin banyakbilangan stomatapada tumbuhan tersebut. Semakin luas kawasan untuk air menyejat, semakin tinggi pula kadar transpirasi.

Cahayamerangsang bukaan stomata. Semakin tinggi keamatan cahaya, semakin tinggi kadar transpirasi kerana stomata akan terbuka dengan lebih luas.

Semakin tinggisuhu pada persekitaran, maka semakin tinggi juga lah kadar transpirasi yang berlaku.

Semakin tinggikelembapan udara,semakin rendah kadar transpirasi. Ini kerana, udara lembap mengandungi banyak wap air.

Semakinlaju pergerakan udara, semakin tinggi kadar transpirasi kerana banyak wap air yang dipindahkan.Para pelajar sekalian, sistem pengangkutan pada tumbuhan melibatkan tiga organ penting pada tumbuhan iaitu akar, batang dan daun. Sistem pengangkutan ini dibantu oleh prosesTRANSPIRASI. Pengangkutan air pada tumbuhan menggunakan saluranXILEMdan pengangkutan makanan (hasil fotosintesis) menggunakan saluranFLOEM.

::PROSES TRANSPIRASI::

1. Transpirasiadalah proses apabila tumbuhan kehilangan air melalui penyejatan menerusi daun dan batang tumbuhan.2. Air dan garam mineral dari dalam tanah meresap masuk ke dalam akar pokok3. Air merentasi dari satu sel ke satu sel yang lain dan memasuki saluran XILEM4. Tekanan transpirasi menarik air bergerak sepanjang saluran XILEM hingga ke sel-sel pada daun.5. Air tersejat dari sel-sel daun ke permukaan daun dan terbebas ke udara menerusi liang-liang STOMATA.

Apakah kepentingan proses Transpirasi bagi tumbuhan?

Menyejukkan tumbuhan dengan penyejatan air Mengangkut air dan mineral daripada akar ke daun Memastikan kesegahan sel sebagai sokongan kepada tumbuhan Menyingkirkan air yang berlebihan dari tumbuhanApakah faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi tumbuhan? KELAJUAN ANGIN -Semakin laju angin, semakin banyak air tersejat, kadar transpirasi bertambah. SUHU -Semakin tinggi suhu (panas),semakin banyak air tersejat, kadar transpirasi bertambah KELEMBAPAN -Semakin lembap persekitaran (banyak wap air),semakin kurang air tersejat, kadar transpirasi berkurang ALTITUD -Semakin tinggi altitud (kawasan tinggi),semakin kurang tekanan atmosfera, lebih banyak air tersejat, kadar transpirasi bertambah TUMPUAN CAHAYA -Semakin tumpu cahaya,lebih besar liang stoma dibuka, semakin banyak air tersejat, kadar transpirasi bertambah AIR -Sekiranya bekalan air berkurangan, tumbuhan akan layu, liang stomata akan ditutup,semakin kurang air tersejat, kadar transpirasi berkurang

::SISTEM PENGANGKUTAN TUMBUHAN::

Bahan utama yang diangkut oleh tumbuhan berbunga adalahAIR(mengandungi garam mineral daripada tanah) danMAKANAN(dihasilkan di daun semasa fotosintesis).

XILEM: Mengangkut air dan garam mineral daripada tanah naik ke daun. Memberi sokongan kepada tumbuhanFLOEM: Mengangkut makanan (Seperti glukosa) daripada daun ke seluruh bahagian tumbuhanKAMBIUM: Menghasilkan sel-sel xilem dan floem yang baru.=TAMAT=