sistem pemerintahan kerajaan melayu melaka

9
Sistem pemerintahan kerajaan Melayu Melaka Melaka mempunyai satu sistem pentadbiran yang tersusun dan sistematik. Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan sistem pemerintahan yang dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan. Melalui sistem ini, sultan mengetuai pemerintahan. Baginda dibantu oleh empat pembesar yang dikenali sebagai Pembesar Berempat, iaitu Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Penghulu Bendahari Struktur pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka adalah seperti berikut: Sultan Sultan merupakan kuasa tertinggi kerajaan. Sultan dianggap berdaulat. Daulat bermakna kesempurnaan, keistimewaan, kuasa tertinggi dan kewibawaan pemerintah. Konsep daulat ini amat Sultan Pembesar berempat Pembesar berlapan Pembesar enam belas Pembesar tiga puluh dua Pembesar berempat Bendahara Penghulu bendahari Temenggung Laksamana

Upload: zue-layhar

Post on 15-Jan-2016

110 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bmm

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem Pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka

Sistem pemerintahan kerajaan Melayu Melaka

Melaka mempunyai satu sistem pentadbiran yang tersusun dan sistematik. Kesultanan

Melayu Melaka mengamalkan sistem pemerintahan yang dikenali sebagai Sistem Pembesar

Empat Lipatan. Melalui sistem ini, sultan mengetuai pemerintahan. Baginda dibantu oleh

empat pembesar yang dikenali sebagai Pembesar Berempat, iaitu Bendahara,

Temenggung, Laksamana dan Penghulu Bendahari

Struktur pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka adalah seperti berikut:

Sultan

Sultan merupakan kuasa tertinggi kerajaan. Sultan dianggap berdaulat. Daulat bermakna

kesempurnaan, keistimewaan, kuasa tertinggi dan kewibawaan pemerintah. Konsep daulat

ini amat dimuliakan oleh rakyat kerana jika seseorang yang enggan mengakui kedaulatan

sultan, mereka akan dianggap menderhaka

Antara peranan sultan ialah penyelaras semua kegiatan ekonomi, menjadi lambang

perpaduan rakyat, mengetuai hubungan diplomatik, menjadi ketua agama Islam dan adat

istiadat Melayu, mengetuai angkatan tentera seterusnya melantik sultan negeri. Sultan juga

dianggap mempunyai kuasa mutlak dalam segala aspek, iaitu dalam pemerintahan

peperangan, hubungan diplomatik dan agama Islam.

Sultan

Pembesar berempat

Pembesar berlapan

Pembesar enam belas

Pembesar tiga puluh dua

Pembesar berempat

Bendahara

Penghulu

bendahari

Temenggung

Laksamana

Page 2: Sistem Pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka

Peranan sultan

Penyelaras kegiatan ekonomi

Lambang perpaduan

rakyat

Ketua hubungan diplomatik

Ketua agama

islam dan adat istiadat

melayu

Ketua angkatan tentera

Melantik sultan negeri

Page 3: Sistem Pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka

Sistem Pembesar Empat Lipatan

Sistem Pentadbiran Pembesar Empat Lipatan adalah satu sistem yang sistematik. Setiap

pembesar diberikan tugas dan tanggungjawab untuk melicinkan pentadbiran

Bendahara

Dalam sejarah kuno Sumatera dan pulau jawa, jawatan ini merupakan bendahari kepada

kerajaan. Dalam sejarah kerajaan tua di semenanjung Malaysia pula, bendahara sering

disamakan tugas dan tarafnya sebagai perdana menteri. Bendahara menjadi ketua eksekutif

sesebuah kerajaan dan juga melibatkan diri dalam tugas ketenteraan, khidmat awam,

peperangan, kedutaan, penasihat kerajaan dan lain-lain.

Pada zaman kesultanan Melaka, bendahara menjadi ketua eksekutif dalam khidmat

awam. Dalam kalangan empat orang pembesar utama, bendahara menjadi pembesar

terkanan daripada pembesar-pembesar lain, iaitu penghulu bendahari, laksamana dan

temenggung. Bendahara menjadi tonggak dan penegak kepada kedaulatan seseorang raja

yang memerintah. Taraf seorang bendahara begitu tinggi dalam hierarki pemerintahan

sehingga pada waktu ketiadaan raja, bendahara yang memangku jawatan raja. Bendahara

juga menjadi tokoh pengimbang dalam menentukan tindakan atau keputusan yang dibuat

oleh raja.

Keutamaan fungsi dan ketinggian taraf politik serta sosial bendahara, dapat dilihat

menerusi beberapa perlakuan budaya dan adat istiadat yang diamalkan di istana Melaka.

Dalam susunan kedudukan di balairung, bendahara duduk di hadapan sekali daripada

pembesar kanan yang lain dan paling hampir dengan raja. Bendahara juga menjadi ketua

turus angkatan darat dan laut Melaka. Oleh itu, bendahara seharusnya seorang yang handal

dalam peperangan. Bendahara Melaka yang termasyhur dalam sejarah Melaka ialah tun

perak. Beliau berjaya menampilkan ketokohannya sebagai seorang ahli politik dan pentadbir

setelah berjaya melumpuhkan serangan laut angkatan tentera siam di selat Melaka. Tun

perak pernah dilantik sebagai penghulu di klang.

Pada zaman kegemilangan kerajaan Melaka, bendahara ditugaskan menyerang dan

menakluki kawasan-kawasan penting yang strategik dari segi geografi dan ekonomi seperti

Pahang, kampar dan siak. Bendahara menjadi ketua

Page 4: Sistem Pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka

Temenggung

Temenggung merupakan pegawai atau jawatan pembesar dalam sistem politik dan birokrasi

Melayu tradisional yang bertanggungjawab atas keselamatan dan ketenteraman dalam

negeri. Tugas temenggung dilaksanakan secara bebas daripada kawalan dan pengawasan

sultan. Tertakluk kepada kewibawaan seorang sultan, lazimnya temenggung boleh bertindak

secara bebas dengan kawalan dan pengawasan sultan. Kesan dan pengaruh temenggung

dapat dilihat berdasarkan wujudnya Kampung Temenggung dan pengikutnya.

Apa yang penting bagi sultan ialah segala urusan pentadbiran dapat dijalankan

dengan lancar oleh temenggung. Dalam hal ini, temenggung bukan sahaja menjadi

pelaksana dan penguat kuasa undang-undang dan peraturan, juga sebagai pentafsir.

Temenggung boleh mentafsir sesebuah undang-undang atau peraturan mengikut

kehendaknya sendiri. Ini bermakna temenggung boleh mengubah undang-undang atau

peraturan semasa melaksanakan tugasnya. Umpamanya, mengubah hukuman daripada

denda kepada bunuh.

Tugas temenggung meliputi bidang jenayah dan sivil. Kesalahan jenayah yang paling

besar ialah melanggar perintah atau menderhaka kepada sultan. Temenggung

bertanggungjawab membasmi sebarang unsur penderhakaan. Temenggung sering kali

Bendahara

Ketua hakim

Ketua turus

angkatan perang

Penasihat kanan raja

Page 5: Sistem Pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka

bertindak atas perintah sultan secara langsung dalam kes ini. Lazimnya kesalahan jenis ini

dijatuhi hukuman bunuh.

Dalam sejarah Melayu ada mengisahkan tentang bagaimana temenggung seri

maharaja bertindak dalam usaha membasmi pencuri di Melaka pada masa pemerintahan

Sultan Alauddin Riayat Shah. Pada masa itu, kejadian mencuri berleluasa di Melaka.

Temenggung seri maharaja telah mengubah peraturan hukuman ke atas pencuri daripada

denda kepada bunuh. Dia telah membunuh setiap orang pencuri yang ditemuinya. Dengan

tindakan itu, Melaka telah bersih daripada pencuri. Tindakan seri maharaja itu di luar

pengetahuan sultan. Beliau menyedari apa yang penting kepada sultan ialah kejayaannya

membasmi jenayah tersebut dan bukan cara beliau bertindak.

Manakala, dalam bidang sivil pula, temenggung bertanggungjawab terhadap

kesempurnaan kehidupan kota seperti tembok, jalan, lorong, parit, bangunan dan pasar

berada dalam keadaan baik dan teratur. Temenggung juga perlu memastikan alat

penimbang di pasar dalam keadaan sempurna. Bagi menjamin keselamatan sultan dan

ketenteraman awam, temenggung akan menjadi ketua perarakan diraja dan ketua dalam

kerja-kerja awam. Temenggung juga menjadi pegawai perhubungan awam bagi kerajaan

kerana beliau mengetahui hal ehwal rakyat dan kota.

Dari segi status dalam kalangan pembesar negeri sebagaimana yang tertera dalam

susunan tempat duduk dalam majlis, temenggung menduduki tempat ketiga, iaitu selepas

bendahara dan penghulu bendahari. Namun demikian, dari segi kuasa dan peranan,

temenggung berada pada tempat kedua selepas bendahara. Seandainya sesebuah negeri

ketiadaan sultan dan bendahara, maka temenggung akan menjadi pemerintah. Dalam

keadaan-keadaan tertentu temenggung boleh menduduki tempat sultan.

Page 6: Sistem Pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka

Laksamana

Laksamana memainkan peranan penting dalam pentadbiran sesebuah kerajaan Melayu.

Tradisi gelaran laksamana dimulakan sejak awal Kesultanan Melayu Melaka (1400-1511). Di

Melaka, jawatan laksamana diwujudkan pada masa pemerintahan sultan mansur syah.

Contohnya, hang tuah telah diberi gelaran laksamana setelah beliau berjaya membunuh

seorang jawa yang mengamuk. Ketika itu, hang tuah bersama-sama rombongan sultan ke

majapahit kerana sultan hendak mengahwini puteri ratu jawa. Hang tuah merupakan tokoh

pertama Melayu yang memakai gelaran laksamana.

Di balairung, tugas laksamana ialah memikul pedang kerajaan. Selain itu, laksamana

juga memikul tugas rasmi yang lebih besar, iaitu menjaga ketenteraman di laut. Laksamana

sering disebut sebagai ketua angkatan laut Melaka. Dalam kitab hukum kanun Melaka, taraf

dan fungsi laksamana jelas disebut sebagai raja di laut. Sewaktu berada di kawasan

perairan, laksamana boleh menjatuhkan hukuman bunuh ke atas seorang pesalah.

Kewujudan jawatan dan tugas yang dipikul oleh laksamana jelas membayangkan hubungan

Temenggung

Ketua undang-undang

Ketua polis negara

Pengurus protokol istana

Hakim di darat

Penguasa bandar dan kota melaka

Mengawasi pedagang

asing

Page 7: Sistem Pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka

erat dengan corak dan tradisi maritim kerajaan Melaka dan beberapa buah kerajaan Melayu

selepas itu. Keamanan di laut menjamin kegiatan perkapalan dan perdagangan berjalan

dengan lancar.

Bukan sahaja menjadi ketua angkatan laut, laksamana juga menjaga hal-hal yang

berkaitan tentang hal ehwal politik dan diplomatik. Pada waktu tertentu, laksamana juga

terlibat dalam kegiatan ketenteraan di darat. Misalnya, seorang pembesar Pahang dilapor

membunuh seorang pembesar Terengganu. Dalam perundangan Melaka, hukuman mati

hanya boleh dijatuhkan oleh raja yang memerintah. Berikutan peristiwa itu, laksamana dari

Melaka telah diutus ke Pahang untuk menghukum pembesar Pahang berkenaan.

Sebagai salah seorang pembesar utama kerajaan Melaka, laksamana juga diberi

tanggungjawab untuk mentadbir dan mengawasi kawasan takluk Melaka. Tradisi sejarah

menyebut tanggungjawab pentadbiran dan pengawasan ini sebagai memegang dan

kawasan tersebut dipanggil pegangan. Tanggungjawab utama seorang pemegang adalah

untuk memastikan keamanan penduduk kawasan tersebut, menentukan taat setia yang

berterusan kepada Melaka dan menetapkan hasil mahsul dan komoditi yang dikeluarkan

oleh kawasan tersebut disalur untuk pemasaran menerusi pelabuhan Melaka sahaja.

Laksamana juga boleh menjatuhkan apa sahaja hukuman ke atas penduduknya yang

bersalah, melainkan hukuman mati. Laksamana juga menyandang jawatan duta dalam

hubungan diplomatik Melaka dengan kuasa-kuasa besar serantau.

Ketua angkatan laut

Menjaga

ketenteraman laut

Menjaga

keselamatan sultanKetua utusan diraja

Ketua duta

Page 8: Sistem Pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka