sistem merit untuk sekolah menengah

17
Sistem Merit / Demerit Sistem Merit / Demerit adalah satu usaha berterusan pihak sekolah untuk membendung masalah disiplin para pelajar. Pelajar yang telah dikesan melanggar peraturan sekolah dan salah laku akan diberikan demerit, tetapi dalam masa yang sama, ada memberikan sumbangan kepada sekolah akan diberikan merit. Walau bagaimanapun dalam proses menjaga disiplin pelajar, hukuman yang sedia ada juga akan turut digunakan. Pihak sekolah juga boleh mengambil tindakan tanpa mengambil kira sistem merit / demerit bagi salah laku-salah laku khusus yang perlu diurus mengikut cadangan / panduan / pekeliling daripada JPN dan KPM. Objektif pelaksanaan sistem ini adalah untuk: 1. Mewujudkan suasana P&P yang lebih baik selaras dengan kehendak FPN. 2. Membolehkan pelaksanaan sistem disiplin yang lebih jelas, adil dan saksama untuk tindakan guru-guru dan pengetahuan pelajar. 3. Menjadikannya satu instrumen kepada guru-guru merekodkan segala salah laku dan sumbangan pelajar. Sistem Merit

Upload: zambrisaid-ahmad

Post on 16-Dec-2015

1.228 views

Category:

Documents


157 download

DESCRIPTION

Peraturan disiplin sekolahSistem Merit / DemeritObjektif pelaksanaan sistem Peraturan Barang Larangan

TRANSCRIPT

Sistem Merit / DemeritSistem Merit / Demerit adalah satu usaha berterusan pihak sekolah untuk membendung masalah disiplin para pelajar. Pelajar yang telah dikesan melanggar peraturan sekolah dan salah laku akan diberikan demerit, tetapi dalam masa yang sama, ada memberikan sumbangan kepada sekolah akan diberikan merit. Walau bagaimanapun dalam proses menjaga disiplin pelajar, hukuman yang sedia ada juga akan turut digunakan. Pihak sekolah juga boleh mengambil tindakan tanpa mengambil kira sistem merit / demerit bagi salah laku-salah laku khusus yang perlu diurus mengikut cadangan / panduan / pekeliling daripada JPN dan KPM.

Objektif pelaksanaan sistem ini adalah untuk: 1. Mewujudkan suasana P&P yang lebih baik selaras dengan kehendak FPN. 2. Membolehkan pelaksanaan sistem disiplin yang lebih jelas, adil dan saksama untuk tindakan guru-guru dan pengetahuan pelajar. 3. Menjadikannya satu instrumen kepada guru-guru merekodkan segala salah laku dan sumbangan pelajar.

Sistem Merit1. Sumbangan yang akan direkodkan sebagai merit adalah seperti berikut:i. 5 merit bagi setiap sumbangan di bawah: a) Mewakili rumah untuk permainan dan sukan di peringkat sekolah.b) Menjadi ahli yang aktif di dalam persatuan dan kelab / sukan dan permainan / pasukan pakaian seragam. c) Sumbangan yang difikirkan setaraf dengannya. ii. 10 merit akan diberikan bagi setiap sumbangan di bawah:a) Menjadi ketua / penolong ketua tingkatan. b) Menjadi ahli jawatankuasa persatuan dan kelab / sukan dan permainan / pasukan pakaian seragam. c) Mewakili sekolah dalam pertandingan peringkat zon. d) Sumbangan yang difikirkan setaraf dengannya. iii. 15 merit diberikan bagi setiap sumbangan di bawah:a) Memegang jawatan di sekolah seperti pengerusi, setiausaha atau bendahari persatuan dan kelab / sukan dan permainan / pasukan pakaian seragam / pengawas dan Pusat Sumber Sekolah. b) Mewakili sekolah dalam apa-apa aktiviti di peringkat daerah dan negeri. c) Sumbangan yang difikirkan setaraf dengannya.

2. Merit yang boleh diberikan berdasarkan syarat (i)c / (ii)d / (iii)c mesti merupakan satu sumbangan (kepada sekolah) yang berterusan (sepanjang tahun). Sumbangan seperti membantu guru / sekolah mengangkat perabot sekali-sekala tidak layak diberikan markah merit. 3. Merit di atas hanyalah bertujuan mengurangkan demerit yang terkumpul. 4. Markah merit ini akan diberikan pada hujung setiap tahun sahaja. 5. Markah merit tidak akan diberikan sekiranya pelajar tidak mengumpul sebarang demerit dalam tahun semasa. 6. Markah merit tidak akan diambil kira dalam sistem pemberian hadiah atau penghargaan.

Sistem Demerit1. Setiap pelajar yang melanggar peraturan sekolah boleh dikenakan demerit mengikut jenis kesalahan yang dilakukan: i) Kesalahan Berat (Kod 1) Demerit tidak kurang daripada 30 dan tidak lebih 90. Layak dibuang sekolah atau digantung 2 minggu atau digantung 1 minggu atau dirotan tidak melebihi tiga kali di punggung (beralas pakaian). ii) Kesalahan Sederhana (Kod 2) Demerit tidak kurang daripada 10 dan tidak lebih daripada 30. Layak dirotan 1 kali di punggung (beralas pakaian) atau dirotan tidak lebih 3 kali di tapak tangan atau didenda atau diberi amaran / kaunseling. iii) Kesalahan Ringan (Kod 3) Demerit tidak lebih daripada 5 atau didenda atau diberi amaran / kaunseling. 2. Demerit tersebut akan direkodkan dan tindakan-tindakan seperti berikut juga boleh diambil bergantung kepada kes disiplin tersebut:i) 10 demerit Pelajar akan diberikan nasihat oleh Pengetua/Guru Kanan Disiplin/Guru Kaunseling. ii) 20 demerit Pelajar akan diberikan kaunseling khas dan ibu bapa dipanggil ke sekolah untuk perbincangan. iii) 30 demerit Ibu bapa dipanggil ke sekolah, pelajar digantung persekolahan selama 1 minggu dan surat perjanjian pertama dikeluarkan. iv) 60 demerit Ibu bapa dipanggil ke sekolah, pelajar digantung persekolahan selama 2 minggu dan surat perjanjian kedua dikeluarkan. v) 90 demerit Ibu bapa dipanggil ke sekolah, pelajar digantung persekolahan selama 2 minggu dan surat perjanjian terakhir dikeluarkan. vi) 100 demerit Pelajar dibuang sekolah.

3. Demerit terkumpul ini akan digunakan sepanjang tempoh persekolahan pelajar di sekolah ini selama 1 tahun. Pelajar juga akan dihadapkan ke Tribunal Disiplin terutamanya kes-kes serius sebelum sesuatu hukuman dijatuhkan. 4. Sebanyak 5 merit akan diberikan kepada pelajar yang sudah mengumpul demerit untuk setiap tempoh dua bulan sekiranya pelajar tidak melakukan apa-apa kesalahan. 5. Markah merit ini akan digunakan bagi tujuan mengurangkan demerit pada masa yang diputuskan oleh pihak sekolah. 6. Pelajar yang telah mengumpul lebih 90 demerit tidak lagi layak untuk menerima merit. 7. Pihak sekolah berhak meminda apa-apa peraturan dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

Jadual Kesalahan1. Kesalahan Berat (Kod 1)BilJenis Salah Laku

1Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga.

2Meyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah.

3Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau.

4Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan / mengkhayalkan.

5Menyebabkan / melakukan pergaduhan atau kekerasan.

6Melawan / biadab / ingkar perintag guru / pengawas.

7Mengancam / memukul / mengugut / mencederakan guru / pengawas / murid.

8Memeras ugut guru / pengawas / murid.

9Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya.

10Melakukan buli, penderaan atau paksaan terhadap murid lain.

11Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.

12Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.

13Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau pita rakaman dan multimedia terlarang.

14Membabitkan diri dalam kumpulan haram.

15Mencaul kehormatan guru / murid.

16Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.

17Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan.

18Bersekedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.

19Mengintai murid lelaki / perempuan.

20Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.

21Merosakkan harta benda sekolah / guru.

22Membawa atau menggunakan bahan letupan.

23Melukis / menulis perkatan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah.

24Memabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh.

25Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan multimedia.

26Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu pembelajaran dan pengajaran / peperiksaan / ujian.

27Menganjur / membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan masyarakat Malaysia.

28Menganjur / membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

29Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari selama 1 tahun sesi persekolahan.

30Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar / Pengetua / guru yang menjalankan tugas.

31Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran.

32Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah.

33Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.

34Berpasangan di tempat sunyi, kawasan larangan / melakukan hubungan yang dicurigai.

35Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.

2. Kesalahan Sederhana (Kod 2)BilJenis Salah Laku

1Melakukan mana-mana kesalahan ringan kali ketiga.

2Menyalahgunakan / menggunakan peralatan sumber bekalan air / elektrik sekolah tanpa kebenaran (pembaziran)

3Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.

4Tidak amanah / berbohong.

5Membawa bahan / disyaki / meniru dalam ujian / peperiksaan (ada bukti).

6Ponteng kelas.

7Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.

8Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan kebangsaan.

9Fesyen rambut keterlaluan seperti punk / skin head / berwarna / menyerupai kumpulan tertentu.

10Menconteng harta benda sekolah.

11Memakai barang perhiasan keterlaluan seperti menindik telinga dan memakai subang berlebihan daripada satu pada cuping telinga.

12Mewarna dan mencorakkan kuku.

13Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.

3. Kesalahan Ringan (Kod 3)BilJenis Salah Laku

1Menyimpan misai, janggut atau jambang.

2Berambut panjang / berkuku panjang.

3Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan larangan.

4Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah tanpa kebenaran.

5Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran / pas.

6Berada di kantin / koperasi / mesin air minuman pada waktu persekolahan.

7Menggunakan atau menyimpan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran.

8Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran.

9Memasuki atau tidak mematuhi arahan makmal / bengkel / bilik khas.

10Memakai barang kemas / perhiasan / alat solek (kecuali jam biasa).

11Memasuki bilik khas / kawasan larangan tanpa kebenaran.

12Makan dan minum di bilik darjah (kecuali air mineral)

13Memakai pakaian / Tamadun-shirt yang tiada identiti sekolah di kawasan sekolah.

14Tidak memakai pakaian sekolah / unit beruniform yang lengkap.

15Berseluar pendek / senteng semasa aktiviti / berada di kawasan sekolah.

16Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian, meniru kerja kawan).

17Datang lewat ke sekolah.

18Lewat masuk kelas.

19Lewat bergerak ke tapak perhimpunan / bengkel / makmal / bilik khas.

20Bising dalam perhimpunan / bilik darjah sehingga mengganggu kelas lain.

21Menunggang / memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.

22Menggunakan kenderaan bermotor ke sekolah tanpa lessen.

23Tidak membuat gerak kerja yang ditugaskan.

24Mengganggu kawasan.

25Mengganggu guru / murid lain.

26Melanggar ketertiban dalam khalayak (tidak berbaju di kawasan terbuka terutama selepas PJK)

27Mengotorkan kelas / kawasan sekolah.

28Tidak duduk setempat di dalam kelas atau di bilik-bilik khas.

29Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.

Ponteng 1. Bagi salahlaku ponteng sekolah, surat pemberitahuan ibu bapa / penjaga akan dikeluarkan berdasarkan jadual di bawah: Surat Hari Tidak Hadir (P) Berturut-turutHari Tidak Hadir (P) Bukan Berturut-turutMarkah Demerit

Amaran PertamaPada hari ke-3 Pada hari ke-10 30

Amaran Kedua7 hari selepas amaran pertama10 hari selepas amaran pertama 60

Amaran Terakhir7 hari selepas amaran kedua20 hari selepas amaran kedua90

Buang Sekolah 14 hari selepas amaran terakhir20 hari selepas amaran terakhir

Jumlah Ponteng 31 hari 60 hari tidak berturut-turut

2. Guru tingkatan bertanggungjawab menyediakan tiga (3) salinan surat amaran bagi setiap kes ponteng yang dikesan untuk diserahkan kepada PK HEM. 3. Amaran Pertama dan Amaran Kedua akan ditandatangani oleh guru tingkatan dan PK HEM manakala Amaran Ketiga akan ditandatangani oleh PK HEM dan Pengetua. 4. Pelajar yang mempunyai sijil sakit tidak akan dianggap ponteng. Pelajar bertanggungjawab menyerahkan sijil sakit kepada guru tingkatan sebaik sahaja kembali ke sekolah. 5. Pihak sekolah berhak menentukan kesahihan surat daripada ibu bapa dan berhak menentukan jumlah hari yang layak untuk diambil kira sebagai hari tidak ponteng. 6. Pelajar yang telah digantung sekolah tidak berhak datang ke sekolah sekiranya ibu bapa / penjaga tidak datang ke sekolah untuk menandatangani surat perjanjian / jaminan. Hari-hari tersebut dikira sebagai tempoh penggantungan. 7. Demerit bagi kes ponteng yang boleh diambil kira bersama demerit yang terkumpul atas salahlaku / kesalahan yang lain.

Kesalahan-kesalahan lainBilJenis Salah LakuHukuman

1Menghilangkan buku pemantauanDidenda RM 10

2Tidak memakai pakaian seragam sekolah 1 sebatan rotan

3Menyalahgunakan pemakaian baju biru sekolah 1 sebatan rotan / baju akan dirampas

4Makan atau membeli makanan di kantin bukan pada waktu rehat 1 sebatan rotan

Peraturan Barang Larangan

1. Kamera / kamera video 19. Hairspray / gel / wax / pewarna rambut 2. Televisyen mudah alih 20. Alat suntikan / pen & pensil berbentuk 3. Radio alat suntikan / pen marker4. Walkman 21. Buku cerita yang bersifat lucah / bahan 5. CD Player / Mini Compo lucah6. Pita Rakaman 22. Gula-gula getah 7. Telefon bimbit 23. Alat muzik (kecuali dengan kebenaran) 8. Pen Drive atau pemancu mudah bawa 24. Pakaian luar (bukan pakaian sekolah) 9. Kaset 25. Laptop 10. CD, DVD, Disket atau cakera liut 26. Rokok / tembakau / daun rokok / 11. Games Cartridges / permainan mancis / lighter elektronik 27. Dadah 12. Majalah hiburan / buku komik 28. Senjata berbahaya / alatan yang tajam / 13. Semua jenis permainan / daun terup pembaris besi14. Pemadam cecair / pelekat 29. Lencana / logo / button yang tidak 15. Alat persolekan / bau-bauan / bahan bersesuaian dengan sekolah semburan / spray 30. Gambar / poster / penanda buku / 16. Barang kemas emas / tiruan / plastik pelekat kad dan bahan lain yang (cincin, rantai leher, gelang, subang) memaparkan gambar artis, ahli gusti, 17. Kerongsang / pin / penyemat tudung orang bergaya seksi dan lain-lain yang 18. Tangkal tiada kaitan dengan P&P

Peringatan:Senarai di atas bukan senarai muktamad. Lembaga Disiplin Sekolah berhak membuat sebarang pindaan kepada senarai di atas dari semasa ke semasa apabila diperlukan. Jika pelajar didapati membawa barangan yang disenaraikan di atas, tindakan / hukuman akan dikenakan dan barangan tersebut akan dirampas. Barangan rampasan akan disimpan oleh Lembaga Disiplin Sekolah, dan yang dikategorikan berharga sahaja oleh pihak sekolah boleh dituntut oleh ibu / bapa / waris / penjaga. Sekiranya barangan larangan diperlukan untuk P&P, guru berkenaan hendaklah terlebih dahulu mengisi borang berkaitan untuk mendapatkan kebenaran daripada Lembaga Disiplin Sekolah. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan / kehilangan barangan tersebut.

VISIPENANG FREE SCHOOL

PENANG FREE SCHOOL SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI DAN BERTARAF ANTARABANGSA MENJELANG 2015

UNTUK MENGHASILKAN DAN MENYEBARKAN MODAL INSAN BERTARAF DUNIA BERDASARKAN ASPIRASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAANMISI