sistem kawalan bahanapi elektronik

14
SISTEM KAWALAN BAHANAPI ELEKTRONIK (EFI) Sistem kawalan bahanapi elektronik mengunakan pelbagai penderia untuk mengesan keadaan enjin dan kenderaan. ECU mengunakan maklumat daripada penderia penderia ini untuk mengira isipadu pancitan bahanapi yang diperlukan oleh kenderaan tersebut. Sistem kawalan bahanapi elektronik boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu: L EFI L bermaksud Luft atau udara di dalam bahasa Jerman. Di dalam sistem ini ECU mengukur kadar udara yang masuk samada secara jisim atau isipadu bagi menentukan kadar pancitan yang diperlukan. Abdul Shokor bin Abd Talib Page 1

Upload: abdul-shokor-abd-talib

Post on 19-Jun-2015

2.510 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem Kawalan Bahanapi Elektronik

SISTEM KAWALAN BAHANAPI ELEKTRONIK (EFI)

Sistem kawalan bahanapi elektronik mengunakan pelbagai penderia untuk mengesan keadaan enjin dan kenderaan. ECU mengunakan maklumat daripada penderia – penderia ini untuk mengira isipadu pancitan bahanapi yang diperlukan oleh kenderaan tersebut.

Sistem kawalan bahanapi elektronik boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:

L – EFI L bermaksud Luft atau udara di dalam bahasa Jerman. Di dalam sistem ini ECU mengukur kadar udara yang masuk samada secara jisim atau isipadu bagi menentukan kadar pancitan yang diperlukan.

Abdul Shokor bin Abd Talib Page 1

Page 2: Sistem Kawalan Bahanapi Elektronik

D – EFI D bermaksud Druck atau tekanan di dalam bahasa Jerman. Di dalam sistem ini ECU mengukur kadar tekanan yang terhasil di dalam intake manifold untuk menentukan kadar pancitan bahanapi yang diperlukan.

Sistem EFI biasanya mengunakan beberapa komponen asas untuk membolehkan sistem mengira kadar pancitan bahanapi yang diperlukan. Komponen – komponen tersebut ialah:

Engine ECU Berfungsi untuk mengira jumlah bahanapi yang optimum yang perlu dibekalkan kepada enjin berdasarkan kepada maklumat dari penderia.

Air flow meter Mengesan perubahan tekanan atau jumlah udara yang or manifold pressure sensor masuk ke dalam manifold

Crankshaft position sensor Digunakan untuk mengesan kedudukan crankshaft dan kelajuan enjin

Camshaft position sensor Digunakan untuk mengesan kedudukan camshaft dan camshaft timing.

Water temperature sensor Digunakan untuk mengesan suhu cecair penyejuk (coolant).

Throttle position sensor Digunakan untuk mengesan sudut pembukaan throttle valve.

Oxygen sensor Digunakan untuk mengesan kandungan oksigen di dalam gas ekzos.

Abdul Shokor bin Abd Talib Page 2

Page 3: Sistem Kawalan Bahanapi Elektronik

Sistem bekalan bahanapi

Sistem ini berfungsi untuk menyedut minyak dari tangki bahanapi dan dibekalkan kepada pemancit (injector) sebelum semburan boleh dilakukan.

Komponen utama system ini ialah: Tangki bahanapi (Fuel tank) Pam bahananapi (Fuel pump) Paip Penghantaran (Delivery pipe) Pemancit (Injector) Peredam (Pulsation Damper)

Abdul Shokor bin Abd Talib Page 3

Page 4: Sistem Kawalan Bahanapi Elektronik

Pam bahanapi

Ditempatkan di dalam tangki bahanapi bersama – sama dengan penapis bahanapi (fuel filter), Pressure regulator dan fuel sender gauge.

Bilah pam (pump impeller) yang diputarkan oleh motor berfungsi untuk memampatkan bahanapi. Check valve berfungsi untuk mengekalkan tekanan di dalam pam untuk memudahkan enjin dihidupkan.

Jika sekiranya tidak terdapat tekanan tinggal (residual pressure), vapor lock akan terhasil keadaan ini akan menyukarkan enjin untuk dihidupkan.

Injap pelega tekanan (Relief valve) berfungsi untuk melepaskan tekanan di dalam pam apabila tekanan di dalam pam menjadi terlalu tinggi.

Pengatur tekanan (Pressure regulator)

Berfungsi untuk memastikan bahawa tekanan bahanapi sentiasa berada pada 324 kPa (3.3 kgf/cm2) (Nilai ini mungkin berbeza pada satu kenderaan dengan kenderaan yang lain).

Ia juga berfungsi untuk mengekalkan tekanan tinggal di dalam sistem sama seperti check valve di dalam fuel pump.

Komponen ini bekerja dengan 2 cara iaitu: Tekanan tetap

Di dalam sistem ini pengatur tekanan akan menetapkan tekanan pada satu tekanan tertentu. Jika tekanan yang terhasil melebihi tekanan yang ditetapkan spring akan tertolak lalu menyebabkan bahanapi dialirkan semula masuk ke dalam tangki.

Abdul Shokor bin Abd Talib Page 4

Page 5: Sistem Kawalan Bahanapi Elektronik

Pengatur tekanan yang dilengkapi dengan paip penghantaran.

Prinsip operasi pengatur jenis ini adalah sama dengan jenis tekanan tetap, apa yang berbeza hanyalah ianya dilengkapkan dengan sebuah paip penghantaran yang berfungsi untuk menghantar tekanan ke dalam pengatur ini supaya tekanan bahanapi sentiasa lebih tinggi dari tekanan didalam intake manifold.

Di dalam sistem ini pembukaan injap dikawal oleh tekanan vakum yang terhasil dari intake manifold. Jika sekiranya tekanan initake manifold adalah terlalu rendah berbanding dengan tekanan bahanapi injap akan terbuka dan bahanapi akan dialirkan semula ke dalam tangki.

Abdul Shokor bin Abd Talib Page 5

Page 6: Sistem Kawalan Bahanapi Elektronik

Pulsation Damper

Digunakan untuk menyerap perbezaan tekanan yang berlaku akibat daripada mampatan bahanapi oleh pam dan pancitan bahanapi.

Pemancit (Injector)

Pemancit berfungsi untuk memancitkan bahanapi ke dalam selinder mengikut isyarat yang diberikan oleh ECU.

Isyarat dari ECU akan menyebabkan arus mengalir masuk ke dalam solenoid coil yang akan menyebabkan plunger tertarik, lalu membuka injap untuk memancitkan bahanapi.

Disebabkan oleh lejang plunger adalah tetap, jumlah pancitan bahanapi dikawal mengikut jumlah masa arus dibekalkan kepada solenoid.

Abdul Shokor bin Abd Talib Page 6

Page 7: Sistem Kawalan Bahanapi Elektronik

Fuel Filter/Fuel Pump Filter

Fuel filter

Berfungsi untuk mengasingkan kotoran dan bendasing yang dimampatkan oleh pam bahanapi.

Fuel pump filter

Berfungsi untuk menghalang kotoran dan bendasing dari memasuki pam bahanapi.

Litar kawalan pam bahanapi

Operasi asas

Pam hanya akan berfungsi jika enjin dihidupkan. Jika igniton switch pada kedudukan “On” sahaja, pam bahanapi tidak akan beroperasi.

Abdul Shokor bin Abd Talib Page 7

Page 8: Sistem Kawalan Bahanapi Elektronik

Ignition switch “On”

Apabila igntion switch berada pada kedudukan “On”, EFI main relay akan “On”.

Abdul Shokor bin Abd Talib Page 8

Page 9: Sistem Kawalan Bahanapi Elektronik

Ignition switch “Start”

Apabila ECU menerima isyarat STA dari starter motor, transistor yang terdapat di dalam di ECU akan “On” lalu menyebabkan circuit opening relay “On” dan seterusnya fuel pump akan mula berfungsi.

Engine cranking/running

Apabila enjin telah dihidupkan, ECU akan menerima isyarat NE dari crankshaft position sensor, keadaan ini akan menyebabkan transistor akan terus “On”.

Abdul Shokor bin Abd Talib Page 9

Page 10: Sistem Kawalan Bahanapi Elektronik

Jika enjin di matikan

Apabila enjin dimatikan, Camshaft position sensor akan berhenti membekalkan isyarat NE kepada ECU. Keadaan ini akan menyebabkan ECU memutuskan bekalan arus kepada transistor yang berfungsi untuk mengawal circuit opening relay.

Fuel pump speed control

Fungsi ini digunakan mengurangkan kelajuan fuel pump apabila jumlah bahanapi yang diperlukan adalah sedikit, seperti apabila enijn bekerja pada kelajuan rendah.

Abdul Shokor bin Abd Talib Page 10

Page 11: Sistem Kawalan Bahanapi Elektronik

Apabila arus mengalir melalui contact B, di dalam fuel pump control relay, pam akan beroperasi pada kelajuan rendah.

Sebaliknya, apabila enjin sedang “cranking”, kelajuan tinggi atau berada pada beban penuh arus akan dialirkan melalui contact A, lalu menyebabkan pam beroperasi pada kelajuan penuh.

ON-OFF control with speed control (by engine ECU and fuel pump ECU)

Sesetengah enjin mempunyai fuel pump ECU bagi mengantikan circuit opening relay, fuel pump control relay dan resistor.

ECU ini turut dilengkapi dengan diagnostic function. Ia akan menghantar isyarat kepada ECU jika terdapat sebarang masalah pada pam bahanapi.

Fuel pump shut-off system

Sesetengah kenderaan turut dilengkapi dengan mekanisma dimana bekalan kuasa kepada pam bahanapi akan diputuskan apabila keadaan berikut terjadi:

Airbag mengembang

Apabila salah satu airbag mengembang, fuel shut-off system akan memutuskan bekalan kepada pam bahanapi.

Apabila ECU menerima isyarat dari center airbag sensor assembly, bahawa pelanggaran telah berlaku dan airbag telah mengembang ECU akan memutuskan bekalan kepada pam bahanapi.

Untuk memulihkan semula kenderaan pemandu perlulah mematikan dan menghidupkan semula ignition switch untuk membolehkan pam bahanapi beroperasi semula.

Abdul Shokor bin Abd Talib Page 11

Page 12: Sistem Kawalan Bahanapi Elektronik

Apabila kereta berlanggar atau terbalik

Apabila kereta berlanggar atau terbalik, fuel pump inertia switch akan memutuskan bekalan kuasa kepada pam bahanapi untuk mengurangkan kebocoran.

Fuel pump inertia switch ini terletak diantara fuel pump ECU dan engine ECU.

Apabila bebola didalam suis ini berganjak dari kedudukannya akibat daripada perlanggaran yang berlaku. Contact di dalam suis tersebut akan terbuka lalu menyebabkan pengaliran arus ke pam bahanapi terputus.

Untuk memulihkan semula keadaan, tekan reset switch yang berada diatas suis ini.

Abdul Shokor bin Abd Talib Page 12

Page 13: Sistem Kawalan Bahanapi Elektronik

Abdul Shokor bin Abd Talib Page 13

Page 14: Sistem Kawalan Bahanapi Elektronik

Abdul Shokor bin Abd Talib Page 14