sistem e-assestment majlis perbandaran...
TRANSCRIPT
Sistem e-Assessment, MPKB-BRI 2014
1
SISTEM E-ASSESTMENT
MAJLIS PERBANDARAN KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM
Kota Bharu, Kelantan
PENGENALAN
Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam merupakan pihak berkuasa
tempatan (PBT) yang berfungsi sebagaimana berikut:-
o Menyediakan perkhidmatan perbandaran yang sempurna kepada warga kota
supaya dapat mewujudkan persekitaran yang bersih,indah dan selesa.
o Merancang dan menyusun pembangunan dengan kemas dan teratur.
o Membangunkan projek-projek sosio ekonomi serta kemudahan-kemudahan
riadah.
o Menguatkuasakan undang-undang bagi menjamin kesejahteraan warga kota
LAPORAN RINGKAS INOVASI
Tajuk Projek : Sistem e-Assestment
Tempoh Projek : Januari – Julai 2014
Objektif Projek
Mengurangkan kos penyediaan dan penghantaran Bil dan Notis Cukai Bandar MPKB-
BRI sebanyak 20%.
Pelaksanaan Inovasi
Membangunkan Sistem Aplikasi Bagi Pemakluman Bil dan notis melalui SMS dan
capaian Bil Cukai Bandar adalah secara atas talian (On-line)
Sistem ini dinamakan Sistem e-Assesment
Sistem dibangunkan sendiri oleh Bahagian Teknologi Maklumat dengan
menggunakan opensoft.
Sistem e-Assessment, MPKB-BRI 2014
2
Proses Sebelum Projek
Carta Aliran Proses Penyediaan Bil / Notis Sebelum Projek:-
Majlis mengeluarkan Bil Cukai Bandar kepada pemilik akaun cukai bandar 2 kali
setahun iaitu pada setiap Januari dan Julai
Notis pula dikeluarkan sebagai pemakluman denda dikenakan kepada pemilik akaun
yang tidak menjelaskan cukai bandarnya. Notis dikeluarkan pada bulan Mac dan
September
Bagi mempercepatkan proses pengeluaran Bil dan Notis, majlis menggunakan
khidmat syarikat percetakan dengan kos sebanyak RM0.24 bagi setiap bil dan notis
Kos penghantaran oleh POS Malaysia adalah RM0.60 bagi setiap bil dan notis
Kos keseluruhan bagi setiap Bil/Notis adalah sebanyak RM0.84
Majlis perlu mengeluarkan hampir 130,000 keping bil/notis bagi setiap tahun yang
mencecah kos melebihi RM 100 ribu
Sistem e-Assessment, MPKB-BRI 2014
3
Proses Selepas Projek
Carta Aliran Selepas Projek
Sistem yang dibangunkan akan mencapai data pemilik dan cukai bandar dari Sistem
Cukai Bandar majlis
Menghantar pemakluman bil cukai bandar kepada pemilik melalui SMS
Menggunakan SMS Gateway majlis secara automatik
Pemakluman akan lebih cepat dan tepat kepada pemilik
Menjimatkan kos kertas, cetakan dan pengeposan
Selepas proses bil cukai bandar iaitu pada 1 januari dan 1 Julai setiap tahun
Selepas proses notis iaitu pada 1 Mac dan 1 September setiap tahun
Selepas proses bil/notis SMS dihantar kepada pemilik secara automatik
Pemilik menerima SMS dan di’link’kan kepada bil secara on-line
Pemilik boleh juga membayar cukai bandar sekiranya memiliki akaun internet
banking secara on-line
Sistem e-Assessment, MPKB-BRI 2014
4
Langkah-langkah Sistem e-Assesment:-
Langkah 1: Pengguna memilih Seksyen akaun pemilik untuk proses penghantaran.
Langkah 2: Pengguna memilih templet ayat untuk proses penghantaran.
Langkah 3: Senarai semak sebelum penghantaran SMS
Sistem e-Assessment, MPKB-BRI 2014
5
Langkah 4: Sistem menghantar SMS kepada pemilik cukai bandar melalui SMS Gateway
majlis
Langkah 5: Pemilik akan menerima SMS nombor akaun, baki serta ‘link’ kepada bil cukai
bandarnya.
Langkah 6: Pemilik tekan pada ‘link’ dan secara automatik bil cukai bandar akan dipaparkan
Langkah 7: Pemilik juga membayar dengan menggunakan internet banking.
Sistem e-Assessment, MPKB-BRI 2014
6
Impak Inovasi
• Menjimatkan kos penyediaan dan penghantaran bil cukai bandar daripada RM0.84
kepada hanya RM0.06 perakaun pengurangan sebanyak 93%
• Menjimatkan masa penerimaan bil yang mana lebih cepat sampai kepada pemilik
berbanding penggunaan pos
• Tidak menggunakan kertas yang mana menjimatkan penggunaan ruang pejabat dan
pengurusan penghantaran
• Sistem beroperasi 24 jam sehari 7 hari seminggu.
Pengiktiran Projek
Ke-3 Konvensyen Kumpulan Inovasi Kretif Negeri Kelantan, 2014.
Ke-3 Anugerah Inovasi ICT Negeri Kelantan, 2014.
Penutup
Sistem e-Assessment dapat menjimatkan masa dan kos Majlis
Meningkatkan kadar kutipan cukai bandar
Memperkasakan penggunaan ICT di dalam pengurusan Majlis
Selaras dengan Program E-Government